TIADA LELAKI SEPERTI DIA
Prolog
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 02 Julai 2017
Walaupun dalam mimpi, aku ingin sangat bertemu denganmu kekasihku.
Penilaian Purata:
676

Bacaan






 

 

                                                                     PROLOG

            Hari ini adalah hari yang sangat mengembirakan buat Azel Adriel kerana dia bakal melamar kekasih hatinya setelah baru selesai membeli sebentuk cincin silver. Tapi sebelum melamar gadis itu,dia mesti menguruskan kerjanya dulu pada petang ini dan barulah dia akan melamar gadisnya. Bila difikir-fikirkannya, tak sabar-sabar dia nak melamarIvanna Isabell, gadis yang selalu menimbulkan masalah padanya dan lansung taktakutkan dirinya, ketua mafia yang paling ganas di Malaysia walau usianya baru menjengah 28 tahun.

            Kalau ikutkan hati dan perasaan berbunga-bunganya sekarang, nak saja dia berlari mendapatkan gadis itu dan melamarnya sekarangdan batalkan saja tugasnya petang nanti.Tapi disebabkan tugasnya itu berkaitan dengan bekas kekasih gadisnya, dia laksanakan juga. Takut nanti, kalau dia biarkan perjumpaan dengan Noah. Mungkin sesuatu akan berlaku pada Ivanna Isabell, gadis yang kurang enam bulan dia kenali.

            “Hey!! Ada mesejlah!!” Jerit Ivanna Isabell sebagai nada dering mesej Azel, menghentikan dia yang berangan-angan sendirian dalam kereta nya ketika dia sedang memandu menuju ke arah tempat perjumpaannya bersama Noahdi perlabuhan Port Klang.

            Namun, mesej yang dia ketahui datangnya dari Ivanna lansung tak diendahkannya, bahkan dia tetap meneruskan perjalanannya menuju ke destinasinya. Lagipun, bahaya untuk dia membalas mesej berkenaan dalam keadaan dia memandu. Nanti tak pasal-pasal dia kemalangan dan kempunan dia mahu melamar gadis itu. Maklumlah dalam darah manis dia mahu melamar gadisnya. Apa-apa saja boleh berlaku. Jadi dia mestilah hati-hati sedikit demi kebaikan dirinya danmasa depannya sendiri.

            Sementara Azel yang sangat berhati-hati pada ketika ini,Ivanna yang sendirian di kondo yang terpacak gah di Bukit Bintang dalam keadaan mudar-mandir memikirkan tentang keselamatan Azel setelah dihubungi Noah tadi yang menyatakan hasratnya untuk membunuh Azel petang nanti di Port Klang. Dan kalau Ivanna mahu mengelakkan hal itu berlaku, dia mesti membawa sepuluh ribu ringgit yang ada dalam akaun simpanannya untuk diberikan padanya di tempat sama dia dan Azel bakal bertemu.

            Jadi untuk mengelakkkan hal tersebut terjadi dan mengelakkan wang simpanannya yang bersusah payah diusahakan dengan titik peluhnya lesap bergitu saja. Dia menelefon Azel berkali-kali. Tapi tiada jawapannya kerana talian sentiasa sibuk sahaja. Mungkin sedang sibuk berhubungan dengan orang lain. Oleh itu, dia kirim mesej saja menyatakan hal berkenaan. Namun, tiada balasan juga dari jejaka tersebut. Membuatkan dia bertambah runsing lagi memikirkan kesalamatan jejaka yang selalu melindunginya dan menjaganya dengan baik.

            Sekarang ini satu saja cara dia untuk menyelamatkan jejaka itu, iaitu turutkan saja kehendak lelaki durjana yang telah menjual dirinya pada Azel semata-mata inginkan bekalan dadah yang berpanjangan. Mujur saja, dirinya dijual pada ketua mafia yang luaran nampak ganas, tapi lembut dari segi dalaman. Hendak-hendak lagi, jejaka itu saling tak tumpah wajahnya macam mantan kekasihnya meninggal dulu. Bersyukur sekejap di waktu itu walau kalut memikirkan keselamatan jejaka ganas yang dicintainya sejak kali pertama terpandang wajahnya.

            Lalu,tanpa melenggah-lenggahkan masa yang masih berbaki lagi. Ivanna Isabell capai handphone nya ang dicampakkannya tadi di atas meja ruang tamu untuk menghubungi Zarif, orang bawahan Azel yang setia agar membawanya ke tempat seperti yang dinyatakan oleh Noah.

            “Tuttuttuut… hello, Cik Iva nak apa?” Sebaik saja Ivanna menhubungi Zarif, panggilannya terus dijawab oleh Zarif yang kebetulan mahu kekondo gadis kesayangan bos nya setelah diperintah oleh Azel agar menjaga Ivanna dengan baik ketika ketiadaannya untuk memastikan keselamatan Ivanna terjamin.

            “Awak boleh ke kondo kejap tak?” Pinta Ivanna.

            “Saya sekarang memang menuju ke kondo Cik sekarang.”Balas Zarif lagi.

            “Okey, kalau macam tu saya tunggu awak.” Akhiri Ivanna sebelum memutuskan talian telefonnya.

            Selang beberapa minit dia menelefon pekerja bawahan Azel,Zarif tiba dengan menggayakan cermin mata hitam dan pakaian serba hitamnya. Kalau diamati betul-betul, sudah seperti pengawal peribadi yang menjaga Puteri Istana pula gayanya. Fikir Ivanna yangsempat menafsirkan penggayaan orang bawahan Azel.

            “Ada apa Cik nak jumpa saya?” Tanya Zarif untuk memulakan bicaranya pada gadis lurus yang duduk di sofa ruang tamu berkenaan yang memandangnya ‘pelik’ ketika dia memasuki kondo tersebut.

            “Awak tahu tak, mana singa jadian tu pergi?” Soal Ivannapada lelaki kulit hitam manis yang menanyakan soalan padanya.

            “Errmm… ke Port Klang katanya tadi kerana ada hal yangdia nak uruskan dulu.” Jawab Zarif lurus pada gadis yang berani mengelarkan bosnya yang ganas tahap binatang buas dengan gelaran ‘singa jadian’ depan bosnya sendiri. Dia agak sebab itulah bos mudanya itu jatuh cinta pada gadis yang dijual sendiri oleh teman lelaki ‘tak guna’nya kerana keberaniannya meningkah segala kata-kata bosnya dan sesuka hati mengelarkan bosnya dengan apa-apa perkataan kurang baik yang terlintas difikirannya.

            “Ohhh… macam tu. Errmmm… awak boleh tolong saya tak?”Pinta Ivanna lembut pada Zarif yang selalu menemani Azel menjual barang-barangharamnya.

            “Apa dia Cik? Kalau logik saya tolong. Tapi kalau yangtak logik, saya tak boleh nak tolong.” Balas Zarif ragu-ragu dengan permintaan tolong dari gadis yang terkenal dengan perangai gila-gilanya itu sampai pening kepala bosnya dibuat oleh gadis berkenaan.

            “Jawablah dulu, awak boleh tolong saya tak…” Sengaja Ivanna paksa untuk Zarif membantunya.

            “Errmm… yelah Cik, saya setuju. Cik nak saya tolong buat apa?” Zarif terpaksa bersetuju dengan permintaan tolong dari gadis tersebut dalam keadaan terpaksa dan resah kerana sebelum ini gadis itu pernah meminta tolong padanya dan dia dengan gagah dan beraninya mengiyakan pertolongan gadis itu.

             Tapi setelah dia mengiyakan pertolongan gadis itu, dia terpaksa menolong gadis tersebut membersihkan rumah yang dan menyediakan makan tengahari. Sungguh malu dia saat itu bila mafia yang ganas dan suka menembak orang disuruh bulat-bulat untuk membersihkan rumah. Jatuh reputasinya sebagai gangster yang paling ditakuti diseluruh Malaysia.

            “Boleh awak tolong hantarkan saya ke tempat Azel dan Noah berjumpa?” Pinta Ivanna pada orang kuat Azel supaya menghantarnya ke tempat pertemuan diantara Azel dan Noah.

            “Ermm… kalau pertolongan itu, saya tak dapat nak membantu Cik sebab bos sendiri pun tak kasi saya ikut dengan dia.” Tolak Zarif bulat-bulat akan permintaan Ivanna bila disuruh membantu membawanya ke tempat perjumpaan Azel dan Noah kerana tadi bosnya melarang keras dia untuk turut serta dalam perjumpaannya kali ini. Mungkin bosnya itu mahu menyelesaikan masalahnya dengan Noah sendiri tanpa memerlukan bantuannya.

            Jadi dia akur saja kerana dia menurut perintah bosnya dan gentar untuk melanggar arahan bosnya yang menakutkan bila naik angin. Ini kan pula hendak membawa gadis kesayangan bosnya ke tempat kurang selamat itu,tidaklah jawabnya kerana kali ini dia dengar cerita Noah meminta lima kilo gram dadah jenis heroin sebagai gantian untuk dia lepaskan Ivanna pada Azel selamanya,atau rahsia gambar bogel Ivanna yang telah disunting sepenuhnya akan disiarkan secara umum. Itu yang membuat Zarif enggan masuk campur dalam hal percintaanmereka.

            Baginya, bosnya itu seorang yang sangat perihatin terhadap insan yang disayangi kerana demi melindungi gadis naif dari dipandang serong masyarakat. Azel terpaksa berjumpa dengan Noah, lelaki yang sengaja mengenakan Ivanna melalui gambar bogel perempuan lain yang diedit dengan wajah Ivanna. Tak sangka sungguh dia, jiwa mafia bosnya itu boleh ketar lutut jugabila berhadapan dengan masalah insan yang dikasihinya. Tabik sekejap dia dengan sifat bosnya itu yang tak seperti mafia-mafia yang lain.

            “Tolonglah wak…” pinta Ivanna sayu, seperti merayu minta Zarif setuju dengan permintaannya, Seraya, mematikan fikiran Zarif yang melambung memikirkan sifat murni bosnya itu.

            “Maaflah Cik, kali ini saya betul-betul tak boleh tolong Cik.” Tolak Zarif lembut supaya gadis itu mengerti akan keadaan yang sebenarnya.

            Berang permintaannya ditolak, Ivanna mengambil telefon bimbit jenama Samsung A3 nya dan menunjukkan mesej yang dihantar olehNoah tengahari tadi pada orang bawahan Azel yang setia akan perintah Azel.Manakala, Zarif yang lansung tak mengerti apa-apa tindakan Ivanna. Membaca isi kandungan mesej Noah yang ditunjukkan oleh Ivanna perlahan-lahan dan cermat supaya dia boleh memahami isi kandungannya nanti.

            “Datang ke Port Klang pukul 6 petang nie dengan duit simpanan 10,000 ribu kau tu. Atau cik abang yang kau sayang sangat2x tu mati kat tangan aku.- Noah” Baca Zarif perlahan-lahan akan mesej yang dihantar oleh Noah.

            “Dah tahu?? Kenapa saya nak sangat ke sana?” Soal Ivanna lalu meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja.

            “Betul ke nie?” Soal Zarif yang seakan tak percaya ugutan Noah yang sebelum ini tak serius seperti itu sampai mahu membunuh ketua kumpulan mafia mereka bagai.

            “Kau tak percaya sudah, aku pergi naik teksi.” Ivanna mengalah. Lalu, dia capai kembali telefon bimbitnya dan dimasukkan ke dalam tas tangannya warna biru tua sebelum dia hendak keluar dari kondo tersebut.

            “Nanti dulu, okeylah saya teman Cik ke sana. Tapi secara senyap-senyap tau tanpa pengetahuan bos.” Akhirnya Zarif yang bekeras tak mahu menghantar Ivanna ke tempat perjumpaan bosnya. Bersetuju untuk menghantar gadis yang keras kepala tersebut dan juga dia sebenarnya risau akan keadaan bosnya yang suatu masa dulu menyelamatkan dia dari dibunuh oleh Ahlong akibat menangung beban hutang ayahnya.

            “Okey tuan.” Tabik Ivanna gembira bila dapat tahu Zarif bersetuju untuk menemaninya ke tempat perjumpaan Azel dan Noah.

 

            ///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

                                                                                                 

            “Awak… bangun lah!! Jangan tinggalkan saya sendiri katdunia nie…” Ratap Azel hiba sambil memangku Ivanna Isabell di sisinya yang berlumuran darah di perut selepas di tembak oleh Noah yang telah tersasar tembakannya mengenai gadis itu kerana dia sebenarnya ingin menembak Azel.

            “Errhhh… sakit nya wak… sakit sangat!!!” Erang Ivanna Isabell lemah, memandang wajah cemas Azel yang bercucuran airmata lelakinya bila melihat keadaannya sebergitu. Menambahkan lagi kesakitannya  apabila peluru pistol pejal menebusi perut nipisnya itu dan apa yang paling menyakitkannya dalam dunia ini adalah melihat sang pujaan hatinya menangis meratapinya seolah-olah tahu bahawa ini adalah pertemuan terakhir mereka sebelum dia bakal menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

            “Awak sabar ya, saya bawak awak ke hospital!!” Lalu Azel mencempung tubuh Ivanna untuk di bawa ke hospital dalam kadar segera setelah gadis itu mengaduh kesakitan depan matanya.

            “Awak, tak payahlah bawak saya ke hospital. Tak guna pon sekarang sebab saya rasa dalam beberapa minit lagi saya akan meninggal.” Tolak Ivanna apabila Azel bersusah apayah mencempungnya sambil berlari mencari hospital yang berdekatan dalam kepekatan malam yang hanya ada dua tiga buah kenderaan yang lalu-lalang di kawasan berkenaan.

            “Sabarlah awak, tak lama lagi kita sampai dan awak akan selamat.” Pujuk Azel dengn matanya melilau mencari kalau-kalau ada hospital atau klinik yang berdekatan dengan kakinya gagah berlari di sebatang jalan yang lenggang dengan orang ramai dan yang ada hanya sekadar kedai-kedai yang sudah tutup tugasnya pada lewat tengah malam berkenaan.

            “Awak tak payahlah…” lemah suara Ivanna melarang kekasihnya yang berdegil mahu mengantarnya ke hospital kerana mustahil baginya untuk mereka temui. Lagipun, dia merasakan saat ini. Ajalnya sudah sampai untuk menyusuli kekasih lamanya yang telah dulu pergi. Kali ini,kalau dia pergi sekali pun. Dia tak akan menyesalinya kerana dia berada dalam pangkuan Azel dan itu sudah memadai buatnya.

            “Awak tolong berhenti sekarang. Saya penatlah…” rayu Ivanna lagi setelah Azel lansung tak mempedulikan kata-katanya tadi.

            “Tolonglah berhenti…” rayu Ivanna lagi dan lagi sambil membelai lembut wajah jejaka yang berpeluh-peluh mencempung dirinya dengan tangannya yang dilumuri darahnya sendiri.

            Namun, segala rayuan yang dipinta oleh gadis itu. Lansung tak diendahkan oleh Azel. Bahkan, dia memperlajukan lariannya mengharungi jalan yang dirasakannya berliku-liku tanpa ada hala tuju dalam keadaan jiwanya yang tak menentu memikirkan keadaan Ivanna yang sudah mencapai ‘nyawa-nyawa ikan’ sahaja sekarang.

            “Awak… saya sayang awak, sayang awak sangat-sangat!!” Kata Ivanna lemah sebelum tangannya yang membelai lembut wajah jejaka itu jatuh terkulai menandakan dia sudah berada ke kemuncak dalam penafasannya.

            Manakala, Azel yang merasai keadaan Ivanna yang sudah berada di ke kemuncak saat-saat terakhir nafasnya. Jatuh terduduk menahan sedih yang amat sangat bila gadis yang telah berjaya mengisi kekosongan hatinya yang ditinggalkan oleh ibunya bakal menamatkan nafasnya bila-bila saja.

            Kini, dunianya gelap saja. Tanpa ada cahaya yang menyinari mereka berdua yang sedang meratapi perpisahan masing-masing tanpa sempat mereka menjalin ikatan cinta yang diredhai Tuhan. Azel meraung semahunya di sisi Ivanna yang perit menahan sakit hatinya dan sakit jiwa yang lebih sakit dari tembakan itu dan belum sempat Ivanna menyedut udara terakhirnya. Mereka didatangi dua bayangan gelap yang lengkap bersayap. Malaikat maut barangkali, teka Ivanna kerana hanya Malaikat maut saja yang akan datang pada manusia yang menemui ajal mereka saat ini.

            “Tolong… beri kami peluang untuk bercinta lagi tanpa perlu dalam keadaan bergini. Tolonglah, sekali saja.” Rayu Ivanna untuk kali terakhir dan selepas itu nafas lemahnya lansung putus dan rohnya tercampak keluar dari jasadnya yang sudah kaku dipangkuan Azel kelihatan meraung kesedihan. Tapi anehnya, raungan Azel lansung dia tak dengari.

            Manakala dua malaikat yang berada di sisinya menunjukkan jalan yang tertuju ke arah gerbang pintu yang sangat besar. Mungkin pintu pengadilan untuk dirinya yang bakal masuk ke dunia baru. Tapi sebelum dia menuju ke pintu gerbang yang ternganga luas itu. Ivanna sempat berpaling pada Azel yang menangis meraung-raung pada jasad kakunya. Dan setelah puas dia memandang lelaki yang dicintainya untuk kali terakhir. Ivanna masuk ke dalam pintu gerbang yang diterangi cahaya putih dan terus menghilang.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku