CERITA DAN LAGU
Bab 3
Genre: Umum
Kategori: Novelet
Paparan sejak 03 Julai 2017
Cerita berdasarkan pemahaman penulis berdasarkan sebuah lagu dan tidak ada kaitan dengan mencuri idea/ cerita dari kompser lagu tersebut. Hanya sekadar pemahaman dari perspektif seorang pendengar.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
97

Bacaan






BENCI VS CINTA(DI AMARAAN MAMA(HAZAMA))


Razlan melangkah masuk ke dalam rumah seperti pencuri. Di dalam gelap dia terpaksa menggunakan cahaya dari telefon bimbitnya untuk mendaki anak tangga. Belum sempat Razlan mendaki satu pun anak tangga tiba-tiba seluruh rumah menjadi terang-menderang.


"Assalamualaikum mama." ucap Razlan sambil tersengih-sengih dan berlagak tidak ada apa-apa yang berlaku .


"Waalaikumsalam, Raz dari mana?" tanya Puan Mashitah sambil berjalan seperti seorang komando mengelilingi pesalah.


"Raz, dari pejabat la ma, dari mana lagi?" jawab Razlan sambil terpinga-pingga apabila Puan Mashitah kelihatan tegas.


"Betul ke dari pejabat? Raz jangan nak tipu mama. Mama dari pejabat petang tadi tak nampak pun Raz , Atiqah kata lepas makan tengah hari saja Raz terus hilang dan dia terus hubungi mama. Raz tahu tak tadi syarikat kita ada mesyuarat dengan orang penting di Putrajaya pasal penajaan pembinaan pencawang baru di wilayah Borneo."


"Tahu ma."


"Habis tu, kalau tahu, ke mana Raz hilang? Mama dan Atiqah telefon tak dapat. Dah tu kenapa Raz tak reti-reti telefon mama atau Atiqah, bertahu kami Raz dekat mana?"


 'Ini mesti kerja Nurin ni."Tiba-tiba Razlan baru teringat yang dia telah meninggalkan telefonnya bersama Nurin.


"Siapa pulak Nurin ni? Berapa ramai teman wanita Raz?" tanya Puan Mashitah.


"Raz naik dulu ma, esok nak kena kerja." Razlan cepat-cepat naik ke bilik sebelum disoal siasat dengan lebih lama lagi oleh Puan Mashitah ibarat polis pencen.


Di dalam bilik, Razlan mundar-mandir sambil cuba menghubungi Nurin.


"Nurin, tolong la angkat." Setelah beberapa kali baru panggilannya dijawab.


"Hah! Angkat pun. Rin apa yang you buat dengan phone call I , you tahu tak mama mengamuk dengan I sekarang ni? Apa? Sorry? Senangnya you yang nak mengadap mama, I not you. Ah dah la." Razlan mematikan talian kemudian merebahkan diri di atas katil dengan perasaan kesal.


********************************************************


Fara Imani melayari internet untuk mencari kerja setelah seminggu balik dari luar negara. Puan Junaidah datang dari arah dapur sambil membawa minuman untuk anaknya.


"Nah air. Sibuk ke?"


"Terima kasih, tak ada la sibuk sangat tengah kemas kini resume untuk pergi interview esok." kata Fara sambil membetulkan cermin matanya yang jatuh hampir ke paras hidung.


"Ara ada interview di mana esok?"


"Tak tahu lagi, esok baru nak cari. Mama kalau dah mengantuk pergilah tidur dulu."


"Okay, mama tidur dulu. Ara jangan tidur lambat sangat." Puan Junaidah mencium ibunya sebelum ibunya masuk tidur sementara dia masih lagi mengadap laptop.


Pada keesokkan paginya, Fara cantik berbaju kurung hijau zamrud bertudung biru polos turun bersarapan dengan ibunya.


"Selamat pagi mama."


"Pagi, amboi bersemangat anak mama hari ini. Macam mana Ara nak pergi interview hari ini? Nak mama hantarkan ke?" Puan Junaidah menghulurkan segelas susu kepada Fara.


"Ara tumpanag Zita kebetulan dia cuti hari ini jadi dia temankan Ara pergi interview hari ini."


Pin!pin!. Tidak lama Zita sampai di hadapan rumah Fara.


"Ma, Zita dah sampai tu. Ara pergi dulu." Fara mencium tangan ibunya sebelum masuk ke dalam kereta Zita.


"Assalamualaikum, selamat pagi, Zita."


"Waaalaikumsalam.selamat pagi. Auntie kami pergi dulu."Zita dan Fara memulakan perjalanan mereka.


"So, Ara mana kita nak mulakan dulu ni?"


"Entahlah, tapi aku dah buat senarai beberapa syarikat. Apa kata kita ikut senarai ni saja." Fara menyerahkan senarai tersebut kepada Zita.


"Okay, jom kita mulakan misi." Mereka mula memandu ke tempat-tempat yang disenaraikan.


****************************************************


"Pagi ma."


"Pagi, Raz pagi ini jangan lupa gantikan mama untuk sesi temuduga untuk jawatan Public Relation yang telah dikosongkan selama tiga bulan tu, kalau ada yang sesuai terus terima sebab kita dah nak mulakan projek syarikat secepat mungkin."


"Okay ma, Raz pergi dulu." Razlan mencium tangan ibunya sebelum berangkat ke pejabat. Setelah Razlan pergi ke pejabat beberapa minit kemudian, Puan Mashitah menghubungi Atiqah.


"Assalamualaikum Atiqah jangan lupa laporkan apa-apa perkembangan yang berlaku."


***************************************************


"Balik-balik kami mencari pekerja yang berpengalaman sahaja dan jika kamu terpilih kami akan menghubungi cik. Kalau macam tu buat apa suruh rakyat Malaysia belajar tinggi-tinggi kalau tak bagi peluang macam mana nak dapat pengalaman." bebel Fara seperti seorang wakil rakyat.


"Sabar je la Ara. Lepas ni kita nak pergi mana pula?" tanya Zita sambil menghidupkan enjin keretanya.


"Tinggal satu sahaja harapan aku, jom kita bertolak sekarang."


10 minit kemudian,


Kereta Zita berhenti di hadapan sebuah bangunan.


"Agaknya, betul kot kalau ikut alamat ni." kata Zita memeriksa semula alamat yang diberikan Fara.


"F.E.G Communications, betul la." Fara mengesahkannya.


"Kalau macam tu, kau turun di sini dulu biar aku tunggu dekat mana-mana. Kalau kau dah habis call aku."


"Okay, Doakan aku." Fara memeluk Zita.


"Insya Allah, aku selalu doakan kau." Tidak lama selepas itu Fara keluar dan kereta Zita beredar dari situ.


"Ya Allah, ya tuhanku kau permudahkanlah temuduga aku yang terakhir ini." Setelah berdoa Fara memulakan langkah mendaki anak tangga syarikat tersebut. Dalam masa yang sama Razlan juga telah terlambat lalu mereka berlanggar sehingga cermin mata Fara terpelanting beberapa meter tidak jauh dari situ. Razlan berjalan terus menuju ke lif tanpa menghiraukan Fara yang sedang meraba-raba mencari cermin matanya. Tanpa memandang bawah Razlan juga telah memijak cermin mata Fara sehingga patah. Fara pula hanya mampu melihatnya walaupun kabur.


Kebetulan juga Atiqah berada di lobi dan membantu Fara mengutip cermin mata dan memapah Fara untuk duduk di ruangan menunggu.


"Nah! Cik tak apa-apa?"


"Tak apa-apa. Terima kasih." Fara mengambil kembali cermin matanya.


"Cik nak ke mana? Boleh saya bantu?"


"Tak apa, saya tunggu kawan saya."


"Kalau macam tu saya pergi dulu." Atikah terus menaiki lif . Fara menghubungi Zita.


"Zita, ambil aku dekat lobi sekarang, please. Nanti aku cerita dekat kau."


Razlan masuk ke dalam bilik sambil membuka laptopnya sambil menanti kehadiran Atiqah. Atiqah masuk sahaja ke pejabat mendapati Razlan sudah pun berad adi dalam biliknya lalu dia segera mencapai plannernya lalu mengetuk pintu bilik Razlan.


"Masuk!"


"Maaf Encik Razlan saya lambat." Razlan memberikan isyarat tangan supaya Atiqah memberitahu apa agendanya untuk hari ini.


"Okay, pukul 10.30 pagi ni kita ada sesi  temuduga untuk jawatan Public Relation, pukul 3 petang ada mesyuarat sidang video dengan Mr. Lim dari Pasific Ltd. dari Singapura. Itu saja."


"Okay, sekarang ni boleh kita pergi sesi temuduga sekarang." Razlan berdiri sambil membetulkan tali leher dan baju kotnya sebelum melangkah ke bilik mesyuarat tempat di mana sesi temuduga sedang dijalankan.


Di dalam bilik mesyuarat Encik Razif sedang menemuduga seorang wanita. Razlan mengambil resume calon tersebut.


"Aiza Maisara, apa yang awak tahu tentang jawatan yang awak pohon ini?" tiba-tiba Razlan menyoal secara spotan.


Tiba-tiba wanita yang bernama Aiza Maisara itu tiba-tiba menjadi kelu apabila menatap wajah Razlan.


"Kenapa senyap? Takkan awak tak tahu skop kerja yang awak pohon ni?" Razlan terus merenung wanita itu sambil terus menanti jawapan.


"Okay terima kasih, next?" Razlan memberi isyarat kepada Atiqah untuk memanggil calon seterusnya.


"Cik Fara Imani?' panggil Atiqah.


Sambil menunggu kehadiran calon seterusnya, Razlan meneliti maklumat calon tersebut. Tiba-tiba Razlan teringat peristiwa yang berlaku di lobi.


"Tak mungkin dia." Razlan cuba menidakkan apa yang sedang bermain di fikirannya.


"Mana calon seterusnya?"


"Maaf Encik Razlan, di luar sana tak ada sesiapa yang tinggal."


"Hai, resume ada tapi tuannya tak ada. Lain kali kalau tak nak datang temuduga tak payalah hantar resume. Razif rasanya awak boleh teruskan dengan pemilihan calon yang sesuiai." razlan keluar dari bilik mesyuarat itu. .

**************************************


"Ara, kau tak cerita dekat aku lagi apa yang berlaku. Kenapa kau panggil aku cepat sangat? Apa dah jadi dengan sesi temuduga tadi?"


"Aku tak pergi pun." jawab Fara selamba.


"La, kau tak pergi? Tadi bukan main lagi bersemangat ala-ala tentera, siap minta aku doakan untuk kau lagi, alih-alih kau tak pergi. Apa masalah kau sebenarnya?"


"Okay, aku cerita dekat kau. Lepas kau beredar dari situ, aku pun pergi la masuk. Sampai dekat lobi, entah mamat galah mana langgar aku sampai habis sijil-sijil aku berterabur, dengan cermin mata aku terpelanting entah ke mana. Dah la  langgar aku tak reti minta maaf, lepas tu boleh pulak pijak cermin mata aku sampai patah."


"La takkan sebab tu je kau tak pergi temuduga tu?"


Yalah sebab tu je la. Habis tu sebab apa lagi? Lagipun kalau tak pakai cermin mata ni aku mana nampak apa-apa."


"Okay, okay makan cepat, lepas ni aku temankan kau pergi kedai cermin mata baiki cermin mata kau ni."


'Tak payalah kau hantar aku balik je la. Nanti tahulah aku nak buat macam mana?"


"Kau nak buat apa? Ikat dengan getah? No, aku takkan benarkan sama sekali. Jom cepat masuk kereta." Zita terpaksa menarik Fara untuk ke kereta.


***********************************************

Selesai sesi temuduga, Razlan kembali semula ke pejabatnya dan memeriksa telefon bimbitnya sambil melonggarkan tali lehernya.


"Mak ai! Banyaknya miss called dia." Baru sahaja Razlan meletak telefon di atas meja mesej  masuk.


"You, jom keluar?"


"I busy, lagipun petang ni I ada meeting dengan client dari Singapura lain kali saja la, bye." Razlan cepat-cepat mematikan talian tersebut sebelum perbualan mereka semakin melarat.


"Ish! Macam mana la aku bertahan dengan si Nurin ni agaknya? Dengan perangai dia yang... Ah! Malas pulak aku nak fikir." Razlan cuba kembali fokus kepada kerja.


Atiqah mengintai dari tempatnya sebelum membuat laporan kepada Puan Mashitah.


"Assalamualaikum puan."


"Waalaikumsam, Atiqah macam mana dengan pejabat hari ini?"


"Keadaan pejabat berjalan seperti biasa."


"Macam mana proses temuduga untuk jawatan Public Relations?"


"Alhamdulillah semua berjalan lancar, hari ini ada tiga calon tapi yang hadir cuma dua orang sahaja, yang seorang tu tak hadir."


"Okay, petang ni suruh Razif jumpa saya dan bawa bersama senarai maklumat calon-calon untuk jawatan Public Relations dan pastikan Razlan hadiri mesyuarat dengan syarikat Singapura tu."


"Baik puan."


Selesai bercakap dengan Atiqah, Puan Mashitah bersiap sedia untuk keluar.


*****************************************************


Zita telah membawa Fara pergi ke kedai cermin mata bagi membeli cermin mata baru untuk Fara.


"Ala, boleh taukeh saya sanggup bayar berapa harga kalau taukeh boleh baiki cermin mata saya ini." rayu Fara.


"Aiya, amoi kalau lu mau bayar mahal pun wa takkan boleh baiki punya."


"Kalau macam tu Zita jom la balik."


"Ara, kau jangan mengada-ngada duduk sini diam-diam. Taukeh kasi tengok cermin mata bingkai warna ungu itu. Kau cuba pakai." Zita memakaikan kepada Fara dan melihatnya melalui cermin.


"Cantik apa?"


"Cantik tu, memang cantik tapi aku tak selesa, aku lebih selesa pakai cermin mata lama."


"Tak pun cuba pakai bingkai yang warna biru ni pulak." Fara mencuba pula cermin mata tersebut.


"Aku rasa biru ni lebih sesuai dengan kau, kita ambil yang biru ni je la." Fara mengangguk tanda setuju walaupun dalam terpaksa.


"Berapa?"


"RM700."


Setelah membayar mereka meninggalkan kedai tersebut dan pergi ke tempat lain.


'Terima kasih la Zita sebab belikan aku cermin mata baru ni. Aku janji lepas aku dapat kerja nanti aku bayar balik pada kau."


"Sama-sama, tak payahlah bayar. Kalau aku tunggu kau bayar tak tahu bila la kau nak dapat kerja kan."


"Amboi, kau perli aku ke? Tak baik tau. Patutnya kau doakan aku."


"Ala, merajuk pulak dia. Taklah, aku sentiasa doakan kawan baik aku seorang ni akan sentiasa dilindungi, amin."


"Amin. Lepas ni kita nak pergi mana?"


"Dah alang-alang kita dekat sini, apa kata kita jalan-jalan sambil cuci mata."


"Aku ikut je."


***********************************************************


Tepat jam tiga petang, Razlan dan beberapa ahli pengarah yang lain memulakan mesyuarat sidang video dengan pelanggan dari Singapura.


Semasa dalam mesyuarat Nurin telah beberapa kali menganggu perjalanan mesyuarat tersebut sehinggakan ahli lembaga pengarah yang lain merenung tajam ke arah Razlan. suka atau tidak Razlan terpaks amenjawab panggilan berkenaan.


"Hello Nurin, you tak faham bahasa ke? Kan I cakap I dalam mesyuarat sekarang tak boleh nak jumpa. Okay, okay I jumpa you dekat sana lepas habis mesyuarat nanti. Puas hati?" Razlan mematikan talian telefon dan meneruskan mesyuarat tersebut.


Puan Mashitah yang baru sahaja tiba di pejabat menuju ke bilik mesyuarat dan curi-curi melihat perjalanan mesyuarat tersebut. Atiqah menyedari kehadiran Puan Mashitah  dan beberapa minit kemudian, Puan Mashitah masuk ke dalam bilik Pengarah Urusan.


"Masuk! Jemput duduk Razif."


"Puan, ini senarai cakon temuduga yang datang pagi tadi."


''Termasuk yang tidak hadir?"


"Ya puan, termasuk yang tidak hadir Fara Imani." Puan Mashitah terpegun seketika.

 

Selesai sesi mesyuarat berjalan dengan lancar dan F.E.G Communications telah mendapat kesepakatan dengan pihak Singapura. Tidak lama selepas itu, Razlan terus menghilangkan diri dan tanpa Razlan sedari Puan Mashitah turut berada di situ.  


Razlan telah singgah  di sebuah pusat membeli-belah untuk berjumpa dengan Nurin setelah beberapa kali diganggu.


"Hah!Ada apa you nak sangat jumpa dengan I ni?" sergah Razlan.


"Tak ada apa saja, lagipun I boring duduk rumah tak tahu nak buat apa sebab tu I ajak you keluar."


"Sebab tu je. You tahu tak, kalau mama I tahu 'hilang' dari pejabat ni, habis la I."


"Ala, kalau you tak masuk pejabat pun syarikat bukannya muflis pun. Raz, I hairan la kenapa you takut sangat dengan mama you? Kalau you tak bekerja sekalipun I'm sure you still get your allowance right?"


"Oh tidak! Kalau papa mama you mungkin you akan dapat apa yang you nak, tapi bukan mama I."


"Patut la you takut sangat dengan mama you kan?"


"I bukan takut dengan mama I cuma hormat. Yang you ni hari-hari keluar dengan I, you tak bosan ke? Cuba-cubalah bawa cari kerja ke?"


"Tak, selagi you ada. You nak suruh I cari kerja? Apalah kerja yang I boleh buat pun. tapi kan kalau you nak I bekerja juga you tolonglah recommend I kerja dekat syarikat you, boleh la hari-hari I jumpa you."


"Allah! Menyesal pulak aku cakap macam tu tadi." Razlan mula menepuk dahi.


"Raz, kenapa ni?"


"Tak ada apa-apa, cuma rasa macam kena gigit nyamuk."


"Nyamuk, tak pernah pulak I tahu shopping complex ni banyak nyamuk."


**************************************


 Fara dan Zita terus ketawa sambil menuju ke tempat letak kereta sambil rancak berbual.


"Zita, aku tak boleh bayangkan macam mana lelaki tu boleh tahan dengan perangai teman wanita dia yang mengada-ngada tu."


"Entahlah, tapi setiap orang ada citarasa mereka tersendiri. Macam kau apa ciri-ciri lelaki idaman kau?"


"Eh, Zita sejak bila kau tukar profesion pulak ni dari model bertukar ke agen cari jodoh."


"Ala, kau jawab je la. Aku cuma nak tahu, tak salahkan?"


"Okay, yang pertama tak tinggal solat, bekerja keras tak harap duit mak bapak dan yang dengar cakap mak bapak."


"Aik! kenapa semua ciri-ciri tu semua ada persamaan dengan kau hah?"


"Mestilah, aku akan anak mama aku."


"Oh! Kiranya kau nak cari calon suami 'anak mak' la ni?"


Fara hanya mengangguk.


"Tapi ada lagi lelaki yang jenis anak mak ni?"


"Kalau kita tak cari mana tahu ada ke tidak."


***********************************************


Razlan baru sampai di rumah. Dia meletak beg di sofa dan berehat seketika.


"Baru balik, Raz?" tiba-tiba Puan Mashitah muncul sambil membawa air untuk Razlan.


"Terima kasih, ma."


"Sama-sama, macam mana dengan temuduga dan mesyuarat hari ini?" tanya Puan Mashitah.


"Semuanya okay. Berjalan lancar."


"Are you sure?"


"Betul la, kenapa tiba-tiba mama macam tak percayakan Raz ni?"


"Mama bukan tak percayakan anak mama tapi mama kenal anak mama ni. Tadi masa mesyuarat Raz on the phone dengan Nurin kan?"


"Ini mesti Atiqah yang beritahu mama kan?" Razlan mula tidak berpuas hati dengan Atiqah.


"Raz jangan salahkan Atiqah, kalau dah memang salah Raz."


"Okay, Raz mengaku salah Raz. Puas hati mama?" Razlan masuk bilik dan merajuk dengan Puan Mashitah kerana tidak mempercayainya.


"Razlan! Mama tak habis cakap lagi ni. Ish! Anak bujang aku seorang ni bila la nak berubah agaknya?" Puan Mashitah runsing memikirkan sikap anak bujangnya. Puan Mashitah tahu dia harus melakukan sesuatu.


************************************

 


"Terima kasih  Zita sebab teman aku pergi temuduga hari ini."


"Sama-sama tak ada hal la. Sementar aku tak sibuk ni boleh la tapi kalau jadual aku dah mula sibuk tu pandai-pandai la kau naik bas atau teksi."


"Tahu la aku."


"Anyway sebelum kau masuk ke dalam rumah, aku nak tanya ni betul ke kau tak nak pergi ke F.E.G Communication tu semula?"


"Tak apalah, aku anggap aku tak ada rezeki dekat situ dan rezeki aku mungkin dekat tempat lain. Sementara tu biarlah aku temankan mama aku dulu puas-puas."


"Oh, lupa pula aku kau ni kan anak mak dan nak cari calon suami pun dalam golongan anak mak jugak kan?"


"Eh, mesti la kalau bergaduh senang, aku balik rumah mama aku, dia balik rumah mak dia."


"Oh kiranya kalau korang nak main sorok-sorok pun dah tahu la mana nak cari kan?" Zita sengaja menyakat Fara .


"Ish! Dah la kau ni lebih-lebih pulak, aku masuk dulu." Fara keluar dari kereta Zita.


"Kirim salam aku pada auntie."


"Insya Allah." Setelah Zita beredar, Fara masuk ke dalam rumah.


"Assalamualaikum."


"Waalaikumsalam, lambat anak mama balik hari ini? Macam mana temu duga hari ini?" tanya Puan Junaidah.sambil duduk di samping anaknya.


"Hari ini Ara dengan Zita pergi dua daripada tiga temuduga, lepas tu teman kami pergi kedai cermin mata beli cermin mata baru untuk Ara."


"La, kenapa pula? Apa yang dah berlaku?"


"Petang tadi, masa sampai tempat temuduga terakhir, ada seorang mamat mana entah langgar Ara masa nak masuk lif untuk pergi temuduga. Dah la langgar orang tak reti minta maaf lepas tu patahkan cermin mata orang. Kalau Ara jumpa dia memang kena."


"Amboi, anak mama ni garang juga rupanya. Habis tu, Ara pergi ke tidak temuduga tu?"


"Tak pergi la ma. Lagipun, kalau Ara pergi mana nampak apa-apa semuanya nampak kabur saja. Cermin mata baru ni pun Zita tolong bayarkan. Belum apa-apa dah kena berhutang dengan orang lain, tak suka la ma." Fara memeluk ibunya.


"Manjanya anak mama ni, esok kalau dah kahwin bermanja denagn suami bukannya dengan mama lagi."


"Apa mama ni asyik cakap pasal suami ni sama macam Zita."


"Eh, Zita pun cakap perkara yang sama?"


"Yalah."


"Kalau macam tu memang patut pun anak mama ni le fasa berumah tangga la kan?"


"Malas la layan mama, Ara pergi mandi lagi bagus.". Fara terus masuk ke dalam bilik.


**********************************************************


Waktu hujung minggu Razlan tidak bekerja dan dia bangun agak lewat.


"Selamat pagi ma." Razlan mengambil sekeping roti lalu menyapu jem.


"Selamat pagi, hari ini Raz ada nak ke mana-mana tak?"


"Mungkin ke gym kot? Kenapa ma?"


"Tak adalah mama ingatkan nak minta Raz temankan mama ke rumah anak yatim di Ampang sana nak beri sedikit sumbangan daripada keuntungan syarikat."


"Boleh, tapi Raz cuma hantarkan mama sampai ke sana nak temankan mama Raz dah janji dengan kawan nak pergi gym."


"Kalau macam tu, mama pergi bersiap kejap." Puan Mashitah meninggalkan Razlan bersarapan seorang diri.


*******************************************************

Puan Junaidah dan Fara telah menghabiskan masa hujung minggu mereka di rumah anak yatim. Fara kelihatan seronok melayan karenah penghuni rumah anak yatim itu kerana mereka sudah dianggap seperti adik-adik Fara sendiri bagi melepaskan kerinduan kepada kakak dan abangnya yang menetap di luar negara bersama-sama dengan pasangan masing-masing.


Puan Mashitah tiba di rumah anak yatim bersama dengan Razlan. Mereka tercari-cari orang yang mereka berurusan, kebetulan Fara sedang mengajar 'adik-adiknya' sambil bermain.


"Ma, cuba tanya perempuan tu?" Razlan menunjuk ke arah Fara kepada Puan Mashitah lalu mereka mendekati Fara dan anak-anak yatim tersebut.


"Assalamualaikum maaf menganggu, saya Puan Mashitah ingin memberi sedikit sumbangan untuk rumah anak yatim ini. Dengan siapa saya harus berurusan?"


"Kejap, Amar boleh tolong bawakan Puan Mashitah ke pejabat berjumpa Umi Mariam. Puan dan encik boleh ikut Amar."


"Mama, boleh tak kalau mama pergi seorang, Raz dah lambat ni?" Razlan memberikan barang tersebut kepada Puan Mashitah tetapi Amar yang membawanya sebelum Razlan menghilang ke keretanya. Walaupun agak malu dengan kelakuan Razlan, Puan Mashitah terpaksa mengikut remaja yang bernama Amar itu ke pejabat dengan muka tebal.


"Assalamualaikum umi ada orang nak jumpa."


"Assalamualaikum, maaf menganggu saya Puan Mashitah ingin menyampaikan sumbangan peribadi."


"Kejap, awak ni Wan Mashitah bekas ketua dorm Melati, Sekolah Menengah Tunku Jaafar batch 1970." Puan Junaidah cuba mengingatkan Puan Mashitah.


"Junaidah Samad, frteshie 1970-1972? Ya Allah lamanya tak jumpa, apa khabar?" Puan Mashitah dan Puan Junaidah saling berpelukan hingga melupakan Umi Mariam yang sedari tadi asyik memerhatikan mereka.


"Baik, alhamdulillah. Sebelum tu, kami berdua minta maaflah pada puan sebab terpaksa tengok 'drama jejak kasih' kami berdua."


"Tak mengapa saya faham."


*********************************************


Razlan mengeluarkan peluh di atas treadmill selama setengah jam sebelum mengesat peluh dan berehat seketika sambil meneguk sebotol air mineral.


"Raz, kau kenapa? Dari tadi kau senyap je dari tadi, ada apa-apa masalah kau nak kongsi dengan aku?" tanya Daniel.


"Biasalah."


"Kejap, kalau aku dengar perkataan 'biasa' ni tak lain tak bukan mesti pasal Nurin kan? Apa pula kali ini dia dah buat?"


"Kalau dia ajak aku keluar aku tak kisah tapi kalau hari-hari ajak aku keluar pada waktu pejabat lepas pulang lewat malam. Balik je rumah terus kena smash dengan mama aku."


"Habis tu kau tak cuba explain pada dia?"


"Aku explain la macam pembentangan belanjawan negara sekalipun dia takkan faham yang aku sedang bekerja. Kalau dia tak puas hati dia akan terpacak depan office aku. Kau rasa dia faham ke semua tu?"


"Susah juga, habis tu mama kau cakap apa?"


"Apa lagi? Suruh tinggalkan la."


"Habis tu, kau buat tak, permintaan mama kau tu?"


"Aku terpaksa juga la kalau dah bagi kata dua antara kerja dan Nurin apa lagi pilihan yang aku ada?"


"Ya tak ya juga. Setahu aku Auntie Mas tu tegas kalah jeneral."


"Tahu pun kau. Tu belum campur mama aku cakap nak carikan jodoh untuk aku."


"Wah parah ni kalau Nurin tahu ni masak kau kena."


"Apa yang patut I tahu? Hi Dan." tiba-tiba Nurin mucul.


"Hi. Raz, korang berbual la dulu aku nak sambung balik workout." Daniel meninggalkan Razlan dan Nurin.


"Apa yang patut I tahu tadi?" Nurin bertanya sekali lagi.


'Tak ada apa pun, hal orang lelaki. Mana tahu I ada dekat sini?"


"Kebetulan, I dari bank ternampak kereta you dekat area sini. Kalau you dah habis, jom teman I shooping?" ajak Nurin dalam nada manja. Razlan yang ternyata lemah dengan cara sebegitu memandang ke arah Daniel yang tidak jauh dari situ meminta bantuan. 


"Alamak! Raz lupa pulak aku sebenarnya ada orang dari Borneo nak jumpa dengan kau tengah hari ini. Auntie baru mesej aku tadi."


"Eh, kenapa pulak mama Raz call you pulak tak call dia sendiri?" Nurin mulai musykil.


"Tak, mungkin tadi I silent phone. Anyway thanks, I got to go. Daniel cari aku dekat tempat biasa." bisik Razlan sebelum angkat kaki dari ginasium tersebut. Nurin tidak berpuas hati apabila dia ditinggalkan bersendirian di situ.


************************************************


Selesai urusan Puan Mashitah dan Puan Junaidah serta Fara singgah seketika di restoran berhampiran dan menyambung perbualan mereka. Mereka kelihatan begitu rancak berbual sehingga memaksa Fara bermain dengan telefon bimbitnya bagi menghilangkan kebosanan.


"Eh, asyik sangat kita bersembang kisah lama. Kasihan pulak pada anak kau ni tentu dia bosan. Anak kau seorang ni saja ke?" tanya Puan Mashitah sambil mengerling ke arah Fara yang sedang tersipu-sipu malu sambil terus menatap telefon bimbitnya.


"Dua orang, yang sulung ada di Jepun, teman isteri dia belajar di sana dah tiga tahun duduk sana dan ini yang bongsu Fara Imani baru 3 bulan balik belajar dari Jerman dan sekarang tengah cari kerja."


"Oh ya ke? Fara belajar jurusan apa? Dah dapat kerja?"


"Public Relations. Belum masih mencari."


"Kalau macam tu, Fara datang ke pejabat esok dan berjumpa dengan Encik Razif." Puan Mashitah menerahkan kad namanya.


"F.E.G Communication? Ini macam...." Fara sedikit terkejut apabila membaca nama syarikat yang tertulis pada kad itu sambil membayangkan apa yang telah berlakunya di sana tempoh hari.


"Fara, ada apa-apa ke?" tanya Puan Mashitah.


"Eh, tak ada apalah auntie. insya Allah esok Ara akan ke sana." Fara tersenyum sebelum kembali senyap  tetapi dalam hatinya menjadi geram dan resah.


********************************************


"Raz, sampai bila kau nak lari dari Nurin?" tanya Daniel.


"Entah la mungkin sampai bila-bila. Eh tapi mana kau tahu pasal projek dekat Borneo tu?"


"Eh, betul ke, syarikat kau sedang buat projek tu? Aku ingatkan aku saja-saja reka sebab nak tolong kau."


"Dan, cakap betul-betul dengan aku, mana kau tahu pasal projek borneo tu?"


"Okay, okay Auntie Mas suruh aku assist kau untuk monitor projek tu sebab dia tahu perangai anak tunggal dia ni macam mana?" Razlan hanya memandang ke tempat lain sambil menyedut minumannya.


****************************************************


"Fara, ada apa kau telefon aku ni?" tanya Zita sambil mengemas pakaian untuk berangkat ke luar negara beberapa hari lagi.


"Zita, aku ada hal nak mengadu dengan kau ni." Fara mula rasa ingin menangis.


"La, kenapa pulak dengan kau ni Ara? Siapa yang kacau kawan baik aku seorang ni? Cuba cerita pada aku satu-persatu."


"Aku dah dapat kerja tapi kau tahu tak dekat mana?"


"Wah! Bagus la tu, dekat mana?"


"Dekat tempat yang aku tak jadi temuduga tu."


"Eh, macam mana pulak kau boleh dapat kerja dekat situ, setahu aku kau belum sempat kau masuk temuduga kau dah call aku minta balik sebab cermin mata kau patah."


"Memang la. Cerita dia macam ni, hari ini aku teman mama pergi rumah anak yatim terjumpa pulak dengan kawan lama dia. lepas tu dia ada offer aku kerja sebagai Public Relation kerja yang aku idam-idamkan sangat tu."


"Eh, bagus la tu. Apa lagi masalahnya? Pucuk dicita ulam mendatang kan. Tunggu apa lagi rebut la peluang tu orang lain semua kena temuduga kau tak payah."


"Tapi kalau aku jumpa dengan mamat poyo yang rosakkan cermin mata aku macam mana?"


"Ala, takkanlah pasal mamat poyo tu kau nak lepaskan peluang keemasan yang datang hanya sekali seumur hidup kau ni, lagipun kita tak tahu mungkin kau dapat department lain dan dia department lain, cuba kau fikir positif sikit."


"Ya, tak ya juga. Terima kasih la Zita sebab kau selalu ada dengan aku."


"Sama-sama, kalau kau ada apa-apa masalah kau call je aku, aku akan sentiasa ada untuk kau. Fara sebelum aku lupa aku akan terbang ke Eropah selama dua minggu jadi telefon adalah penghubung kita.


"Okay."


**********************************************


"Hai Raz, apa mimpi melekat dekat rumah ni? Selalunya selagi belum pukul 1, 2 pagi jangan haraplah nak nampak bayang Raz."


"Mama perli Raz ke apa? Kalau macam tu Raz nak keluar la." Tangan Razlan yang tadinya memici-micit butang alat kawalan jauh terhenti sambil menjeling ke arah mamanya.


"Tapi memang itu pun kenyataannya." walaupun kenyataan Puan Mashitah itu benar tetapi dia harus menelannya juga daan terus tidak jadi untuk bangun dari ruang tamu.


"Oh ya,  sebelum mama terlupa dalam masa beberapa hari ini pekerja untuk jawatan Public Relations akan masuk."


"Siapa pula? Setahu Raz semua calon yang kita temuduga ada tiga orang sahaja, dua orang yang hadiri temuduga seorang lagi tidak hadir, dan kedua-dua yang hadir tu macam tak ada keyakinan."


"Anak kawan mama. Fara namanya, nanti bila dia datang ke pejabat Raz tolong dia apa yang patut." pesan Puan Mashitah.


"Okay mama." Razlan terpaksa akur.


*********************************************


"Mama, Ara pergi dulu." Turun sahaja Fara, dia terus keluar dari rumah tanpa bersarapan pagi bersama ibunya.


"Ara! Tak sarapan dulu?"


"Tak apa la ma, Ara sarapan dekat luar saja la lagipun Ara takut lambat sampai sana nanti. Sebagai pekerja kita kena tunjukkan good first impression."


"Mama tahu tapi kalau Ara tak sarapan pun tak boleh juga." Puan Junaidah menghulurkan segelas susu, Fara meneguk susu tersebut sehingga setengah gelas dan mengigit sedikit roti tersebut sebelum mencium tangan ibunya.


"Ara pergi dulu, assalamualaikum." Fara keluar dari rumah dan terus menyeberangi jalan besar sambil menunggu teksi.


***********************************************************


Setengah jam kemudian, Fara turun di hadapan F.E.G Communications buat kali kedua. Hatinya tiba-tiba berdebar-debar.


"Ya Allah, ya tuhanku kau permudahkanlah segala urusanku hari ini." Fara menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum meneruskan langkahnya menuju ke lif lalu dia menekan butang naik, dalam masa yang sama, Razlan juga baru tiba dan turut menekan butang naik. Fara memerhatikan Razlan dari atas ke bawah beberapa kali sambil membetulkan cermin matanya yang hampir jatuh ke hidung.


"Ini bukan mamat yang langgar aku dua hari lepas ke?" Fara cuba mengingat semula tetapi pada ketika itu pandangannya kabur.


"Ish! Fara cuba jangan fikir bukan-bukan kau datang sini nak bekerja." Fara cepat-cepat menyingkir apa yang bermain di fikirannya. Dia cepat-cepat masuk ke dalam lif dan diikuti Razlan. Razlan menekan butang tingkat lima sebelum sempat Fara menekannya.


Selama beberapa minit mereka berdua di dalam lif tersebut Fara sudah rasa tidak selesa apabila dia merasakan dirinya dirinya sedang diperhatikan. Beberapa minit kemudian, pintu lif dibuka, Razlan berjalan ke arah bertentangan. Apabila Razlan beredar barulah Fara berasa lega dan mula masuk ke dalam F.E.G Communications.


"Assalamualaikum, saya Fara Imani boleh saya berjumpa dengan Encik Razif?" tanya Fara kepada penyambut tetamu.


"Waalaikumsalam, sekejap ya?"


Penyambut tetamu itu menghubungi Encik Razif.


"Maaf Encik Razif ada seorang bernama Fara Imani ingin berjumpa dengan encik, baik. Cik, sila ikut saya." Fara terus mengekori penyambut tetamu tersebut untuk berjumpa dengan Encik Razif. Dalam masa yang sama Razlan masuk ke dalam pejabat.


"Atiqah,  orang yang akan duduk untuk jawatan Public Relations tu dah sampai?"


"Belum."


"Kalau dia dah masuk suruh dia jumpa dengan saya." pesan Razlan dan kemudian dia masuk ke dalam biliknya.


"Baik, Cik Fara Imani, Sila ikut saya berjumpa dengan Cik Atiqah." Fara mengekori Encik Razif ke bahagian pengurusan.


"Maaf Cik Atiqah, ini saya kenalkan Cik Fara Imani staff baru kita untuk jawatan Public Relations."


"Atiqah."


"Fara Imani, boleh panggil saya Fara saja."


"Eh, awak bukan ke perempuan yang majikan akak terlanggar tu kan?'"


"Yalah kot, maaf kak saya tak berapa ingat sangat lagipun masa tu saya rabun."


"Tak apalah, akak faham. Jom Kak Tiqah bawa Fara jumpa dengan Encik Razlan,  pengurus syarikat ni." Tiba-tiba hati Fara rasa bedebar apabila Atiqah membawanya untuk bertemu dengan pengurus besar syarikat itu. Mata Fara tertumpu kepada nama yang tertera pada pintu bilik tersebut.


"RAZLAN ISKANDAR BIN ISMAIL."


"Masuk!"


Hati Fara mulai bergolak apabila mendengar suara garau dari dalam bilik tersebut. Atiqah dan Fara melangkah masuk.


"Encik Razlan, ini saya kenalkan Cik Fara Imani pekerja baru syarikat kita yang akan mengisi jawatan Public Relations syarikat."


"Cik Fara Imani binti Shamsuddin, jadi awaklah orang sepatutnya menghadiri sesi temuduga tiga hari lepas kan?" tanya Razlan sambil membelek-belek profil yang ada di atas mejanya


Fara tidak berkata sepatah walaupun dia sedikit terkejut.


"Awak tahu kenapa awak berada di sini? Walaupun awak sudah layak untuk menduduki jawatan ini melalui persetujuan mama saya, Puan Mashitah jangan ingat awak akan terlepas dari ditemuduga oleh saya. Beritahu saya apa tugas-tugas awak untuk jawatan Public Relations ini?" Razlan sengaja  menduga kemampuan Fara untuk melihat reaksi gadis itu.


"Tugas sebagai seorang Public Relations adalah mempromosi roduk atau perkhidmatan syarikat di samping menjaga imej syarikat dan perhubungan di antara pelabur dan masyarakaat di samping mencari peluang untuk menaikkan imej syarikat." Fara kelihatan sangat tenang walaupun dia sedang 'diusik' oleh majikannya.


"Okay baiklah, awak boleh ikut Atiqah dia akan tunjukkan tempat awak dan Atiqah jangan lupa terangkan pada Cik Fara tentang projek terbaru yang sedang kita jalankan dan Cik Fara saya nak awak kaji betul-betul apa yang perlu awak buat. Rasanya itu sahaja."


"Kalau macam tu, kami keluar dulu." Atiqah dan Fara keluar dari bilik Razlan. Razlan mulai musykil kerana 'jerat' yang dipasang tidak mengena. Fara tersenyum apabila melihat reaksi begang Razlan apabila tidak berjaya mengenakannya.


"So, ini tempat Fara, kejap lagi Kak Tiqah akan bawa masuk fail projek untuk Fara teliti. Sementara tu Fara sesuaikan diri dalam bilik ni. Sebelum tu Kak Tiqah nak minta maaf dengan Fara atas apa yang " Atiqah meninggalkan Fara seorang diri sementara dia pergi mengambil fail yang diperlukan.


Fara mengelilingi tempat kerja barunya sambil tersenyum sendiri tiba-tiba dia teringat pada Zita lalu dia menghubungi kawan baiknya itu.


"Assalamualaikum, Zita kau dah tidur ke?"


"Waalaikumsalam, belum lagi, aku baru lepas makan. Kau macam mana first day kerja?"


"Okay, sekarang ni aku ada dekat tempat kerja la ni, orang-orang dekat sini pun baik-baik belaka cuma bos aku tu..."


"Kenapa dengan bos kau dia menggatal dengan kau ke?"


"Tak,  bos aku tu muda lagi sebaya macam umur-umur kita ni 27 tahun."


"Habis tu apa yang terkena dengan bos kau tu?"


"Kau ingat tak beberapa hari lepas kau ada teman datang temuduga dekat sini lepas tu ada seorang mamat mana entah yang langgar aku sampai patah cermin mata aku tu?"


"Hah! Kenapa, kau dah tahu ke siapa orangnya?" tanya Zita kedengaran begitu teruja untuk mengetahuinya.


"Dah, mamat tu bos aku, Encik Razlan."


"Bos kau? Kau biar betul Ara macam mana kau boleh cam orang langgar tu bos kau sebab masa tu kau cakap dengan aku pandangan kau kabur.


"Kak Tiqah, setiausaha dia yang beritahu aku sebab masa tu Kak Tiqah juga yang tolong aku. Zita, kau tahu tak apa yang aku rasa sekarang ni?" Muka Fara mulai merah padam menahan rasa geramnya.


"Sabar la Ara, tak baik marah-marah on your first day, kau ingat lagi apa yang aku pesan pada kau?" Zita cuba menenangkan Fara. Ketika Fara dan Zita berbual di telefon Atiqah masuk bersama fail projek.


"Eh, Zita okay la aku nak mula kerja ni, ada masa aku telefon kau lagi, assalamualaikum." Fara menyimpan telefon bimbit dan kembali menumpu perhatian pada kerjanya.


"Hai, Kak Tiqah menganggu Fara berbual dengan teman lelaki ke?" tanya Atiqah sambil meletak beberapa buah fail di atas meja.


"Tak ada la Kak Tiqah."


"Kalau betul pun apa salahnya, akak pun saja mengusik Fara." Tidak lama kemudian mereka kembali fokus kepada kerja mereka. Atiqah mula menerangkan apa yang perlu diketahui Fara.


Setelah sehari suntuk di pejabat, akhirnya Fara sampai di rumah dan terus merebahkan diri di atas sofa.


"Ya Allah penatnya."


"Ara baru balik? Macam mana kerja?" tanya Puan Junaidah.


Ketika Fara sibuk mendengar penerangan dari Atiqah, Dalam masa yang sama Razlan mencuri-curi lihat cara Fara bekerja terutama ketika Fara memberi penerangan kepada pemegang saham.


Dua minggu kemudian....


"Macam mana dengan kerja baru kau?"


"Alhamdulillah, semuanya okay. Projek pertama pun berjalan lancar dan client pun puas hati. Cuma bos aku tu la ada saja benda yang dia tak puas hati dengan aku, nasib baik la aku ni penyabar orangnya kalau tidak...."


"Kalau tidak kenapa? Kau nak berhenti kerja pula, Ara kau jangan macam-macam sekarang susah nak dapat kerja."


"Tak ada la sampai nak berhenti kerja, aku tahu la sekarang ni susah nak dapat kerja lebih-lebih lagi graduan macam aku ni. Aku bukan apa Zita aku cuma geram dengan bos aku tu harap muka saja kacak tapi banyak ragam, itu tak kena, ini tak kena cerewet betul!" Fara melepaskan geram hingga bergegar meja dan diperhatikan oleh orang ramai.


"Amboi, marah betul kau kan? Kalau ya pun tengok la keadaan sekeliling malu aku tahu tak?" bisik  Zita kepada Fara sambil mukanya tersenyum menahan malu apabila mereka sedang diperhatikan oraang ramai yang berada dalam kafe itu.


"Ala maaf la, aku tak sengaja kalau ada punching bag nak je aku tumbuk-tumbuk dia." sekali lagi Fara melepaskan tumbukan ke atas meja tapi kali ini dia cuba mengawal marahnya agar tidak memalukan dirinya sendiri buat kali kedua.


******************************************************************


Razlan mulai tersenyum sendiri apabila teringat peristiwa dia 'membuli' Fara hari ini lebih-lebih lagi Atiqah tidak masuk hari ini kerana mengambil cuti kecemasan kerana kematian ahli keluarga.


"Fara buatkan saya air." arah Razlan tanpa segan silu.


"Tapi, saya sedang siapkan propsal untuk projek kita di Borneo tu. Lagipun Kak Tiqah kan secretary bos ada suruh la dia buatkan."


"Memang la Atiqah setiausaha saya tapi sekarang ni dia sedang bercuti jadi awak la yang kena buatkan air untuk saya. Cepat! Pergi buat air kopi untuk saya sekarang."


"Baiklah, saya buat sekarang."


"Satu lagi, kopi saya jangan pakai gula, pakai krimer, krimer tu pakai satu sudu kecil saja, air suam pula harus separuh cawan. Apa lagi pergi la buat sekarang." arah Razlan.


"Fara, saya..."


"Encik nak order apa lagi nasi lemak sambal kerang sebungkus atau roti canai kuah dal." perli Fara kerana dia merasakan dirinya sedang dipermainkan Razlan.


"Bolrh juga. Saya cuma nak ingatkan awak jangan lupa tunjuk dan beri penerangan pada saya dahulu sebelum bentang pada client kita."


Daniel sudah lama berada di sebelahnya mulai hairan melihat perangai kawan baiknya itu yang asyik tersenyum sendiri.


"Raz, ada apa-apa yang kau nak kongsi dengan aku ke? Tersenyum sorang-sorang ni macam ada berita baik saja. Kau dah dapat pengganti Nurin ke?"


"Ish! Apa yang kau mengarut ni, aku cuma teringat hal dekat pejabat tadi. Aku ada kenakan seorang seorang pekerja baru tu."


"Untuk jawatan Public Relations tu? Macam mana orangnya cantik tak?"


"Okay, okay la sedap mata memandang. Amboi, kau. pantang ada pekerja baru mesti kau tanya lawa ke tak? Kau tu bila nak masuk pejabat kata 'mata-mata' mama aku takkan makan gaji buta je." Razlan mula mengenakan Daniel.


"Insya Allah, lusa aku masuk, hari ini dan esok aku ada urusan di Putrajaya. Boleh juga aku berkenalan PR baru kita tu."


*************************************************************************


Fara sedang menggunakan mesin photostat untuk mencetak beberapa keping salinan hasil kerjanya sebelum dibentangkan di hadapan Razlan nanti.


"Selamat pagi semua." tegur Daniel kepada semua kakitangan F.E.G Communications. Selesai saja membuat beberapa salinan, Fara masuk semula ke biliknya tanpa bertegur sapa dengan Daniel.


Daniel terpandang Fara yang memasuki biliknya lalu dia mendekati bilik tersebut dan melihat Fara yang sedang tekun bekerja melalui cermin dari luar bilik Fara. Tidak lama kemudian, Razlan muncul.


"Itulah PR baru kita." tegur Razlan hingga mengejutkan Daniel. Daniel terus mengekori Razlan sambil matanya terus memerhatikan Fara.


"Amboi Dan, tak berkelip mata kau kan kalau tengok perempuan kan?"


"Taklah, aku cuma tak sangka itu rupanya PR kau."


"Dah itu pilihan mama nak buat macam mana? Lagipun dia anak kawan mama aku. Kau tahu la mama aku kalau dia dah buat keputusan aku tak boleh cakap apa-apa.lagi."


Tidak lama kemudian, Fara mengetuk pintu bilik Razlan.


"Masuk!


Fara masuk bersama beberaoa fail untuk disemak Razlan sebelum mereka memulakan mesyuarat bersama wakil-wakil syarikat yang mereka akan bekerjasama nanti.


"Ini fail-fail yang diperlu encik semak, kalau ada apa-apa encik tak puas hati sila cakap sekarang." Fara seakan menyindir Razlan.


"Cik Fara, awak sindir saya ke? Jemput duduk." Razlan mempersilakan Fara duduk.


"Tak apa la, biar saya berdiri sahaja." Fara tetap berdiri tegak seperti seorang pengawal keselamatan.


"Suka hati awak la, orang suruh duduk nak sangat berdiri. Nanti kalau awak pengsan jangan pandai-pandai awak mengadu pada mama saya cakap yang saya buli awak ya?" ugut Razlan. Mahu tak mahu akhirnya Fara duduk.


"Oh ya, sebelum saya lupa, saya kenalkan Encik Daniel Nazri communication engineer untuk syarikat kita."


"Daniel."


"Fara Imani." jawab Fara sambil menghadiahkan senyuman kepada Daniel tanpa menyambut huluran tangan Daniel.


"Cik Fara, biar saya semak dulu satu-persatu nanti setengah jam sebelum mesyuarat saya panggil awak."


"Kalau macam tu saya keluar dulu." Fara terus keluar dari bilik Razlan dan kembali ke biliknya.


"Tak sangka aku rupanya ada lagi spesis perempuan melayu terakhir dalam dunia ni, akui ingatkan dah pupus."


"Kenapa? Kau dah terpikat ke?" tanya Razlan sambil terus memeriksa kertas cadangan yang telah disiapkan Fara.


"Kalau tak ada orng marah apa salahnya? Lagipun, zaman sekarang ni susah nak dapat perempuan yang menjaga adab sopan macam tu."


Sekali lagi mesyuarat berjalan dengan lancar dan pelanggan amat menyukai idea-idea yang diutarakan oleh Fara. Ini membuatkan Razlan tidak berpuas hati dan rasa tercabar. Selesai sahaja mesyuarat dengan pelanggan Razlan terus masuk ke dalam bilik sambil diekori Daniel.


"Aku tak puas hati betul dengan PR kita tu, apa agaknya dia guna sampai setiap cadangan semua yang diusulkan semua setuju macam 'burung belatuk'."


Daniel hanya ketawa mendengar alasan Razlan itu.


"Dan, kenapa kau ketawa? Kau ingat aku tengah buat lawak antarabangsa ke? Aku tengah marah ni kau tahu tak?" Razlan duduk semula bagi meredakan kemarahannya.


"Aku tahu tapi aku rasa kau bukannya marah pada Fara tetapi sebenarnya kau cemburu kan?"


"Eh, kenapa pula aku nak cemburu dengan Fara? Aku cuma tak puas hati dengan cara dia bagi penjelasan tentang cadangan untuk projek pencawangan di Borneo tu."


"Aku rasa semua penerangan yang Fara beri tu semuanya lengkap dan client kita pun mudah faham dengan penerangan yang diberikan.atau sengaja nak kenakan dia."


"Kenapa pula aku nak kenakan dia? Padahal semua soalan yang aku tanya tu ada kaitan dengan projek di Borneo tu. Tak salah kan?"


"Salah tu memang tak salah, cuma aku tengok dari cara kau tanya dia tentang projek mengalahkan client kita padahal dah baca semua maklumat yang diberikan sebelum mesyuarat kan?" Razlan hanya tersenyum puas kerana dia telah berjaya melaksanakan 'misinya.


****************************************************************


Fara berada di pantry sedang membancuh air buat dirinya sambil fikirannya melayang memikirkan apa yang berlaku di bilik mesyuarat setengah jam yang lepas.


"Eee..... Geramnya aku. Nasib baik kau tu majikan aku kalau kau kawan-kawan aku tahu la aku nak buat apa." bebel Fara seorang diri.


"Kenapa tu?" tegur Atiqah apabila terdengar Fara bercakap seorang diri sambil menuang air untuk diminum.


"Bos kesayangan Kak Tiqah tu la siapa lagi?"


"Encik Razlan?"


"Yalah siapa lagi."


"Kenapa? Apa yang dia dah buat dengan Fara? Cuba cerita dengan Kak Tiqah?" tanya Atiqah sambil duduk menemani Fara di pantry.


"Bos kesayangan Kak Tiqah tu la sengaja buli saya depan client tanya saya soalan yang sama berulang-ulangkali padahal semua client faham apa yang saya terangkan."


"Mungkin, Encik Razlan tu sengaja mengusik Fara agaknya?"


"Mengusik apanya macam tu? Kak Tiqah nak tahu tak sepanjang seminggu akak tak ada dalam pejabat ni bos akak tu asyik buli saya je tau. Suruh saya buat itu la ini la. Kalau buat kerja Kak Tiqah sikit-sikit boleh la saya tolong tapi takkanlah sampai sampai kerja cleaner pun saya kena buat. Saya kerja dekat sini sebagai Public Relations bukannya cleaner."


"Ala, kasihannya dia. Tak apa la Fara sabar je la. Mungkin lama-lama nanti dia akan bosan la tu."


"Lain kali kalau tak ikhlas tak payah buat. Dalam Islam pun ada cakap kalau kita nak buat sesuatu kerja harus ikhlas bukannya dah buat lepas tu merungut di belakang." tiba-tiba Razlan muncul sambil menuang air ke dalam cawan.


"Kak Tiqah, Fara sambung kerja dulu la." Fara terus keluar dari pantry dan kembali semula ke biliknya sambil membawa bersama minumannya.


"Kak Tiqah sambung kerja dulu, Encik Razlan." Atiqah juga kembali ke tempatnya untuk menyambung kerjanya.


Fara masuk semula ke dalam bilik dan kembali fokus kepada kerjanya. Beberapa minit kemudian, fikirannya kembali berserabut.


"Ya Allah! Kenapa la aku teringat dekat mamat'poyo' tu. Fokus Ara fokus." Fara cuba menumpukan perhatiannya semula kepada kerjanya.


"Fara boleh saya masuk?" tiba-tiba Daniel membuka pintu bilik Fara.


"Masuk la." 


"Saya cuma nak ucapkan tahniah sebab awak berjaya mengendalikan mesyuarat bersama client kita dengan baik."


"Terima kasih, sebenarnya taklah banyak sangat yang saya buat asalkan kita tahu apa yang mereka kehendaki itu telah memudahkan kita semua."


"Saya suka dengan semangat awak tu walaupun Encik Razlan selalu buli awak suruh buat itu, buat ini awak tak pernah merungut."


"Dah memang kerja saya." Fara tersenyum sinis walaupun mulut dan hatinya tidak senada kerana hatinya terllau sakit apabila mengenangkan peristiwa itu.


"Sekarang ni dah masuk waktu makan tengah hari, jom kita keluar makan bersama." Daniel mengajak Fara untuk keluar makan bersamanya.


"Tak apalah encik terima kasih. Lagipun saya rasa saya tak keluar makan hari ini saya ada faks yang nak dihantar secepat mungkin." Fara menolak dengan penuh berhemah.


"Kalau macam tu saya keluar dulu. Tak nak menganggu awak kerja." Daniel keluar dari bilik Fara. Razlan yang asyik mengintai gelagat  Daniel dan Fara dari tirai biliknya. Melihat kemesraan mereka berbual tiba-tiba hatinya merasa sakit.


"Kenapa aku rasa berdebar-debar pula ni? Takkanlah aku....Tak, tak mungkin???" Razlan terus meninggalkan pejabat.


"Eh Raz, kau nak ke mana?" tanya Daniel apabila melihat Razlan tergesa-gesa keluar.


"Aku keluar kejap, kau tolong tengok-tengokkan pejabat. Kalau ada apa-apa call handphone aku." pesanRazlan. Daniel dan Atiqah hanya memandang antara satu sama lain.


**********************************************


Puan Mashitah dan Puan Junaidah meluangkan masa bersama di sebuah kafe.


"Jun, macam mana dengan Fara? Dia ada mengadu apa-apa tak pada kau?"


"Mengadu apa pula?" Puan Junaidah tidak memahami apa yang cuba dimaksudkan oleh sahabat baiknya itu.


"Yalah, mana la tahu Fara ada mengadu pada kau anak aku Razlan ada buli dia ke? Mana la tahu kan?"


"Ala, kalau hal-hal macam tu biasalah lagipun Ara pun baru mula bekerja di sana, mesti banyak benda dia kena belajar." kata  Puan Junaidah begitu optimis.


"Jun, boleh aku tanya sikit pasal Fara? Fara tu dah berpunya ke belum?" Puan Mashitah berterus terang.


Fara yang sedang memeriksa kerja-kerjanya tiba-tiba tersedak lalu segera meneguk air dan menenangkan diri.


"Ish! Siapa yang asyik sebut-sebut nama aku ni?" Fara duduk bersandar untuk bertenang seketika sebelum menyambung semula kerjanya.


"Belum, lagipun anak bongsu saya tu manja walaupun umur 26 tahun tetapi masih berkepit dengan saya sahaja."


"Sama la dengan Razlan tu umur nak masuk 29 tahun pun kadang-kadang perangai macam budak berumur 9 tahun."


Kali ini Razlan pula hampir tersedak ketika sedang memandu lalu dia berhenti seketika di tepi jalan.


"Fuh! Nasib baik tak accident. Siapalah yang sebut nama aku ni?" Razlan bertenang sebelum memulakan semula perjalanannya.


"Jun, saya cukup berkenan dengan Fara untuk dijadikan isteri Razlan." kata Puan Mashitah berterus-terang.


Kali ini Fara dan Razlan sekali lagi rasa tidak selesa apabila seperti terdengar ada orang sedang menyebut nama mereka sehingga Razlan hampir kemalangan tetapi dia bernasib baik kerana sempat menekan brek kecemasan.


*********************************************


Razlan pulang awal ke rumah hari ini. Dia mendapati ibunya tiada di rumah. 


"Mana pula mama pergi ni?" bebel Razlan sambil menuju ke dapur dan membuka peti sejuk llau meneguk sebtol kecil air sejuk.


Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumahnya lalu dia mengintai dari tingkap. Puan Mashitah turun dari teksi tersebut dan melihat kereta Razlan ada di rumah.


"Eh, awal pula anak bujang aku balik. Dia tak kerja ke hari ini?" Puan Mashitah berasa hairan apabila melihat kereta Razlan sudah berada di rumah pada waktu petang seawal 3 petang.


"Mama dari mana?" Razlan menyambut kepulangan Puan Mashitah.


"Mama keluar jumpa kawan kejap. Awal Raz balik hari ini, Tak masuk pejabat ke hari ini?"


"Pergi, tapi setengah hari saja Raz tak berapa sihat. Lagipun Daniel ada di pejabat kalau ada apa-apa dia akan uruskan atau call Raz." Razlan baring senula di atas sofa.


"Raz tak sihat ke? Kenapa mama tengok muka Raz nampak pucat." Puan Mashitah mula merasa dahi Razlan yang sedikit panas dan mula berpeluh.


"Raz rasa tak sedap badan."Raz mula berpeluk tubuh menahan kesejukan.


"Raz berehat la dulu. Kejap lagi mama masakkan bubur untuk Raz." Puan Mashitah meninggalkan seketika di ruang tamu sebelum kembali semula ke dapur untuk memasak bubur untuk anak bujangnya itu.


***********************************************


Jam hampir menunmjukkan pukul 5 petang, tiba masanya untuk Fara pulang. Sambil mengemas barang sebelum pulang Fara tergerak hati untuk mengintai apa yang sedang dilakukan oleh majikannya.


"Hai, kenapa bilik dia gelap je dari tengah hari tadi? Takkan dia dah balik? Ish! Kalau dia balik awal pun tak salah sebab dia kan bos suka hati dia la nak balik awal ke? Lambat ke? Aku peduli apa?" bebel Fara seorang diri. Setelah semuanya telah tersusun rapi dia mengambil begnya, menutup lampu dan bersedia untuk pulang. Hati Fara sekali lagi terdetik untuk mengintai bilik Razlan.


"Sah! Dah balik ni."


"Kalau Fara cari Encik Razlan, dia half day hari ini tak sihat katanya, Fara dah nak balik ke?" tiba-tiba Fara dikejutkan oleh Atiqah.


"A,ah nak balik dah. Kak Tiqah tak balik lagi?"


"Belum, Kak Tiqah kena tunggu Encik Daniel sedang berurusan dengan client di telefon." Fara cuba menjenguk dan ternyata Daniel kelihatan begitu serius.


"Kalau macam tu, Fara balik dulu la. Jumpa esok." Fara meninggalkan pejabatnya dan menaiki lif untuk turun.


Tidak lama kemudian, Daniel turut bersiap sedia untuk pulang.


"Kak Tiqah dah boleh balik." Tanpa membuang masaAtiqah terus mencapai beg tangannya dan cepat-cepat mengekori Daniel memasuki lif.


"Teksi banyak tapi satu pun tak berhenti?" Fara mula mundar-mandir di perhentian bas sambil memberi isyarat setiap kali ternampak teksi. Kereta Atiqah keluar dari perkarangan F.E.G Communications dan ternampak Fara di perhentian bas lalu dia berhenti di hadapan Fara lalu membuka tingkap.


"Fara, jom Kak Tiqah hantar balik. Waktu sekarang memnang susah nak dapat teksi. Fara tinggal di mana?"


"Petaling Jaya, tak menyusahkan Kak Tiqah ke?"


"Ish! Tak adalah, jom la naik." Tanpa membuang masa Fara masuk ke dalam  kereta Atiqah. Atiqah meneruskan perjalanan menghantar Fara pulang. Dalam perjalanan mereka berbual untuk mengenali lebih rapat lagi.


"Di Petaling Jaya Fara tinggal dengan siapa?"


"Tinggal dengan mama. Nak tinggal dia seorang diri tak sampai hati  pula lagipun abang saya dah kahwin dan tinggal di Jepun sebab kakak ipar sambung belajar di sana."


Setengah jam kemudian, mereka pun tiba di hadapan rumah Fara dan dalam masa yang sama Puan Junaidah sedang membelek pokok bunga kesayangannya.


"Assalamualaikum mama."


"Waalaikumsalam anak mama baru balik." Puan Junaidah mencabut sarung tangannya sambil menyambut kepulangan anaknya.


"Mama, kenalkan ini Atiqah rakan sekerja Ara." Fara memperkenalkan Atiqah kepada ibunya.


"Apa khabar mak cik?"


"Khabar baik, jemput masuk."


"Tak apa la mak cik, saya nak kena jemput anak saya. Fara, Kak Tiqah balik dulu jumpa esok."


"Terima kasih, Kak Tiqah jumpa esok." 


*****************************************************


Razlan menelan ubat sambil Puan Mashitah menghulurkan air suam kemudian diteguk Razlan sambil nembalut dirinya dengan selimut.


"Hai, kalau ada isteri kan senang ada orang jaga, ta ada la menyusahkan mama macam ni?" bebel Puan Mashitah sambil sambil menuam kain di dahi anaknya. Razlan mendengarnya sambil terbatuk-batuk.


"Hah! Mula la tu kan, asal mama cakap sikit pasal hal tu buat-buat tak dengar kan?" Razlan hanya mendengar kata-kata ibunya seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri sambil matanya terus menonton televisyen.


"Raz, ada perkara yang mama nak cakap dengan Raz ni?"


"Apa dia, ma?" Razlan tiba-tiba berasa berdebar.


Fara sedang menikmati mi segera sambil menonton televisyen. Puan Junaidah selesai mengemas di dapur menyertai Fara di ruang tamu.


"Makan mi segera? Takkan tak kenyang lagi makan makanan yaang mama masak tadi?"


"Entah la ma, tiba-tiba asyik rasa lapar sahaja hari ini, mungkin sebab tak makan dari tengah hari tadi kot? Sebab tu, ada 'nafsu gajah' ni," Fara menghirup kuah mi segeranya sehingga habis.


"Ara, mama ada perkra yang mama nak bincangkan dengan Ara." Puan Junaidah memulakan perbicaraannya.


"Mama, ada apa-apa berlaku pada abang dengan kakak di Jepun ke?" tiba-tiba hati Fara rasa berdebar.


Puan Junaidah mengelengkan kepala.


"Tak, abang kamu sekeluarga baik-baik saja. Ada pekara lain yang mama nak bincangkan dengan kamu."


"Bunyi macam serius saja." Fara mula memperlahankan volume.


********************************************


Fara terus mengurungkan diri di dalam bilik sambil terngiang-ngiang kata-kata ibunya.


"Auntie Mashitah nak jodokan Fara dengan anak dia."


"Tidak!" jerit Fara sambil mencapai telefon bimbitnya sambil mendail nombor Zita untuk mengadu masalah.


"Zita! Tolong aku!" Belum sempat Zita memberi salam Fara telah pun menjerit bagai nak gila.


"Assalamualaikum Fara, kenapa dengan kau ni menjerit macam orang gila ni dah kenapa? Nasib baik bukan kawan-kawan aku yang angkat kalau tidak, tak pasal-pasal kena maki tahu tak? Ada apa kau telefon aku ni?"


"Zita bila kau nak balik Malaysia? Aku perlukan kau sekarang." Fara mula menangis seperti bayi.


"Aku sekarang dekat Paris lagi dua hari aku balik la.  Ini mesti tak lain ni, mesti nak mengadu pasal masalah kau. Apa lagi masalah kau kali ini?" kedengaran suara Zita agak tegas.


"Zita, kau marah aku ke? Sebab aku selalu mengadu masalah aku pada kau? Aku minta maaf la, kau seorang saja tempat aku mengadu sekarang ni. Nak mengadu pada abang aku abang aku jauh lepas tu bil telefon mesti tinggi."


"Oh, kalau kau nak mengadu dekat abang kau jauh la, bil tinggi la. Habis tu, kau ingat bil telefon kau tak tinggi bila kau cakap dengan aku. Cik Fara sekarang ni aku dekat Paris tau P.A.R.I.S. Bukannya parit sebelah rumah kau." tiba-tiba Zita menyindir.


"Zita kau marah aku ke? Kalau kau marah aku tak apa la aku letak telefon dulu."


"Ala merajuk pula dia. Aku bergurau saja, cepat cerita apa masalah kau sambil aku fikirkan kata-kata hikmah untuk hari ini." Zita cuba bergurau.


"Mama aku dah carikan jodoh untuk aku."


"Wah! Bagus la tu. 'Pucuk dicita ulam mendatang'. 'Bagai mengantuk disorongkan bantal'. Apa masalahnya lagi?"


"Masalahnya, aku tak berapa suka dengan calon jodoh aku tu."


"La kau dah berjumpa dengan calon suami kau tu? Cepatnya."


"Jumpa apanya, aku tak payah jumpa pun dah tahu siapa orangnya?" Fara mula memeluk bantal panjang bagi menelempiaskan rasa geramnya.


"Siapa?" tiba-tiba Zita turut berdebar untuk mengetahuinya.


"Siapa lagi kalau bukan mamat 'poyo' Razlan majikan aku. Zita apa yang patut aku buat?" Fara mememekup mukanya dengan bantal.


"Buat apa lagi, kahwin la."


"Zita, aku beritahu kau sebab nak minta pendapat bukannya suruh kau setuju dengan cadangan mama aku. Lagipun kau tahu kan apa yang dibuat pada aku?"


"Okay, aku minta maaf. Aku rasa macam ni, apa kata jumpa dengan bakal jodoh merangkap majikan kau lepas tu kau luahkan apa yang kau rasa lepas tu pandai-pandai la koranng buat keputusan"


************************************************


 Masih terngiang-ngiang kata-kata Puan Mashitah apabila cuba menentang perjodohan dirinya dengan Fara.


"Tapi ma, Raz dengan Fara hanya majikan dan pekerja saja. Lagipun dia bukannya cantik mana pun, ataupun mungkin dia sudah ada teman lelaki mana kita tahu? Lagipun ma, zaman sekarang ni mana ada orang tua carikan jodoh untuk anaknya lagi. Zaman mama dengan awah papa tu boleh la." Razlan cuba mencipta pelbagai alasan agar penjodohan tidak akan berlaku.


"Mama tak nak dengar sebarang alasan. Lagi satu, jangan ingat mama tak tahu apa yang Raz buat pada Fara dua minggu lepas ya?  Hujung minggu ni, mama nak kita berjumpa dan makan tengah hari dengan Auntie Jun dan Fara. Raz jangan nak mengelak. Satu lagi, jangan terlalu membenci seseorang kelak nanti orang yang kita benci itulah orang akan kita cinta. " pesan Puan mashitah.


"Aduh! Apa aku nak buat ni?" Razlan semakin buntu hingga tertidur.


Pada keesokan paginya, Fara cuba tiba awal dari pekerja lain tetapi dia mendapati ada orang lain yang datang lebih awal darinya. Fara cuba untuk mengintai siapa yang berada di pantry. Razlan selesai membancuh air ingin kembali semula pejabatnya dikejutkan Fara sehingga minuman yang berada di tangan Razlan terlepas dan tumpah ke atas baju Fara.


"Ish! Apa yang Encik Razlan buat ni?" Fara cepat-cepat berlari ke tandas untuk membersihkan diri. Razlan tersenyum sambil kembali semula ke dalam bilik. Atiqah yang baru sahaja tiba di pejabat mula tertanya-tanya apa yang berlaku.


"Ish! Encik Razlan memang sengaja nak kenakan aku . Tak pasal-pasal aku mandi kopi hari ini." bebel Fara sambil membersihkan kotoran tersebut. Atiqah yang ingin menggunakan tandas terdengar Fara bercakap seorang diri.


"Hai, apa yang Fara bebel seorang diri ni?" tanya Atiqah sambil melihat cermin dan membetulkan tudung.


"Apa lagi, bos kesayangan Kak Tiqah tu la. Dia tak habis-habis nak kenakan saya. Bencinya!"


"Kenapa? Apa yang dia buat kali ini?" tanya Atiqah mengambil berat terhadap Fara lebih-lebih lagi apabila Fara sering mengadu segala permasalahan kepadanya.


"Kak Tiqah, tengok ni, habis baju saya bau kopi dah la baju warna putih mesti nampak kesan kopi punya. Dah la hari ini saya ada presentation dengan dia dekat Damasara pukul 10 pagi ni."


"Sabar je la Fara, mungkin dia saja usik Fara agaknya?"


"Kenapa dalam ramai-ramai pekerja perempuan dalam syarikat ni saya yang selalu jadi 'mangsa' dia?"


"Mungkin dia suka Fara kot?" Atiqah sengaja mengusik Fara sehingga mukanya berubah merah padam. Razlan yang mencuri dengar perbualan mereka telah terlanggar tong sampah hingga terjatuh.


"Bunyi apa tu kak?" Fara dan Atiqah berjalan ke arah pintu tandas untuk melihat apa yang berlaku.


"Tak ada apa pun kak?" Fara dan Atiqah berpandangan antara satu sama lain saambil mereka sama-sama keluar.


Beberapa minit kemudian barulah Razlan keluar dari tempat persembunyiannya.


"Fuh!! Nasib baik la tak ada sesiapa nampak. Tak pasal-pasal aku terpaksa jadi sesumpah pulak." Razlan membetulkan pakaian yang berkedut sebelum masuk ke pejabat semula dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku dan terus mengetuk pintu bilik Fara.


"Fara, petang ni jangan lupa petang ni kita ada presentation dengan client. Kita makan tengah hari sekali." pesan Razlan kepada Fara sebelum Razlan masuk ke dalam biliknya sambil diekori Atiqah.


"Tahulah orang buat kerja." bebel Fara sambil membuat persiapan untuk petang nanti


***************************************************


Tepat pukul 1.30 petang, Fara dan Razlan keluar bersama menaiki kereta Razlan. Dalam masa yang sama Nurin baru sahaja sampai di hadapan pejabat F.E.G Communications terserempak dengan mereka berdua menaiki kereta bersama.


"Siapa pulak perempuan yang naik kereta dengan Raz tu? Takkanlah girlfriend baru dia. What a bad taste." Nurin terserempak dengan Atiqah.


"Hei!! you tunggu kejap." Nurin mula berlari medekati Atiqah.


"Ala, apa pula perempuan tak cukup kain nak? Ya Cik Nurin, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Atiqah terpaksa berpura-pura tersenyum tetapi sebenarnya dia cukup malas untuk melayan karenah Nurin.


"I cuma nak tanya siapa perempuan yang naik kereta dengan Razlan tadi? Girlfriend baru dia ke?"


"Hm.... Ini mesti dia ternampak Encik Razlan dengan Fara tadi. Aku rasa macam nak kenakan dia la." tiba-tiba Atiqah rasa ingin 'mengenakan' Nurin.


"Hei! You dengar tak, apa yang I tanya tadi?"


"Oh maaf, apa yang Cik Nurin tadi? Oh ya, perempuan tadi tu teman wanita Cik Razlan. Ambik kau!" Atiqah tersenyum puas apabila dapat mengenakan Nurin. Apabila mendengar perkara tersebut Nurin terus meninggalkan F.E.G Communications.


************************************************************


    Sepanjang perjalanan Razlan dan Fara lebih selesa mendiamkan diri dan membibiarkan juruhebah berbicara.


"Okay, untuk lagu seterusnya bertajuk 'Di Amaran Mama' oleh Hazama." Bermula sahaj alagu tersebut Razlan terus menukar saluran radio lain tetapi lagu yang sama berkumandang.


"Ish! Radio ni tak ada lagu lain ke nak main?" bebel Razlan sambil terus menukar saluran radio lain beberapa kali.


"Dah  lagu tu tengah popular sekarang ni, radio mainkan la. Kalau tak nak dengar lagu macam tu baik dengar lagu nasyid baru insaf sikit" tiba-tiba Fara menyampuk dalam nada sinis. Tidak lama kemudian Razlan menutup terus radio tersebut.


"Awak perli saya ke?" tanya Razlan tetapi Fara tidak menjawab persoalan itu kerana dia tahu kalau dia jawab pasti dia yang akan terkena juga nanti kerana mereka berada dalam situasi yang sama.


Tidak lama kemudian, mereka tiba di lokasi yang dijanjikan. Telefon bimbit Razlan berbunyi lalu Razlan menjawabnya.Razlan menjarakkan diri sektika dengan Fara.


"It's okay, take you time." Tidak lama kemudian, Razlan kembali semula ke tempat Fara.


"Okay, kita makan dulu, client lambat sikit." Razlan terus memanggil pelayan untuk meminta menu.


"Nak makan apa?" tanya  Razlan kepada Fara.


"Iced Chocolate and Nasi goreng cina."


"Bagi saya iced lemon tea and kueh teow kung fu." Selesai membut pesanan Razlan dan  Fara mengembalikan semula menu kepada pelayan tersebut. Sementara menungu makanan mereka sampai, Fara lebih selesa memandang ke arah lain dari terus memandang muka Razlan.


"Aku rasa kau tahu rancangan mak kita untuk jodohkan kita berdua dan akan mengadakan perjumpaan hujung minggu ini."


"Tahu , habis tu Encik Razlan nak saya buat apa?" tanya Fara sambil menyeduut minumannya.


"Sebab tu, aku nak berbincang dengan kau sekarang ni kita kena fikirkan sama-sama apa cara terbaik untuk menolak supaya penjodohan ini tidak akan berlaku."


"Encik Razlan la cakap pada mak encik lagipun encik mempunyai alasan lebih kukuh dari saya."


"Apa alasan kukuh yang saya ada, cuba cakap dengan saya?"


"Mana la saya tahu mungkin encik cakap yang encik ada teman wanita ke? Takanlah muka kacak macam ni tak ada teman wanita?" Apabila  mendengar kata-kata Fara itu tiba-tiba Razlan terasa seperti berada di awangan.


"Encik Razlan tak apa-apa?"


"Tak ada apalah makanan pun dah sampai, cepat makan nanti client sampai, masa balik ke pejabat nanti kita bincang semula." Razlan membacakan doa sebelum makan. Fara mencuri pandang Razlan dan hatinya tiba-tiba terdetik.


"Dia mempunyai ciri-ciri imam idaman aku." Fara mula terpaku. Razlan yang sedang menikmati makanannya memandang Fara yang sedang membatu.


"Cik Fara kenapa tak makan lagi? Cepat sikit kejap lagi client kita sampai." Fara terus menyuap makanan ke mulutnya. Tidak lama akemudian pelanggan mereka pun tiba. Fara dan Razlan mula bekerja secara profesional dan tidak sampai sejam mereka telah mendapat persetujuan dan kata sepakat.


"Alhamdulillah, kita berjaya juga dapatkan projek di wilayah utara, lepas ni kita kena pastikan projek wilayah utara dan Borneo tu berjalan lancar seperti yang dijadualkan."


"Insya Allah. Encik Razlan boleh tak kalausaya nak ke tandas sekejap.


"Pergilah, tapi jangan lama sangat saya tunggu awak dalam kereta." Fara mengambil beg tangannya dan menyerahkan fail kepada Razlan sementara dia ke tandas. Selesai membayar bil Razlan keluar dari restoran dan menunggu di dalam kereta sementara Fara ke tandas.


Kebetulan Nurin keluar bersama kawan-kawannya ternampak kereta Razlan dia berasa teruja.


"Kawan-kawan, I ternampak boyfriend I la, korang pergi dulu nnati kita jumpa lagi." Nurin cepat-cepat masuk ke dalam kereta Razlan.


"Hai sayang, macam mana you tahu I dekat sini? Dah lama you tunggu I?" Razlan yang asyik membaca dokumen terkejut apabla tiba-tiba Nurin berada di sebelahnya.


"Hei! Mana you tahu I dekat sini?"


"Kebetulan I tengah hang out with my friend lepas tu ternampak kereta you dekat kawasan sini. Jom hantar I balik." Dengan muka temboknya Nurin terus memakai tali pinggang keledar. Fara baru sahaja keluar dari reston ternampak peristiwa itu terus menahan teksi dan kembali semula ke pejabat.


"Fa... Ish! Nurin you tengok apa yang you dah buat? I nak  you turun sekarang."Razlan terus menarik Nurin keluar dari kereta dan meninggalkan Nurin terkontang-kanting di tepi jalan.


***********************************************************


Fara kembali ke pejabat bersendirian tanpa Razlan terus masuk ke biliknya dan membuat kerja seperti biasa.


"Fara mana Encik Razlan? Macam mana dengan kontrak tender projek wilayah utara tu dapat tak?" tanya Atiqah sambil duduk.


"Fara mana awak pergi? Awak tahu tak berapa lama saya tunggu awak?"Beberapa minit kemudian, Razlan menerjah masuk ke dalam bilik Fara bersama  fail projek, Atiqah terus berdiri semula kerana terkejut.


"Saya balik pejabat naik teksi la. Lagipun, Encik Razlan sibuk dengan girlfriend encik tu siapa nama dia? Eh lantak la siapa dia sekalipun. Lagipun saya dah selamat sampai di pejabat pun cukup bersyukur dah."


Razlan merenung tajam ke arah Atiqah yang begitu khusyuk memerhatikan mereka berdua.


"Eh, KakTiqah keluar sambung kerja dulu." Atiqah keluar dari bilik Fara bersama fail kontrak dan tender projek sambil menutup pintu bilik Fara tetapi masih cuba mencuri dengar perbualan mereka.


"Kak Tiqah! Buat kerja." suara Razlan yang nyaring sekali lagi mengejutkan Atiqah. Atiqah kembali semula ke tempatnya.


"Fara saya nak jumpa awak lepas waktu kerja untuk berbincang pasal kita. Awak jangan lari pula." pesan Razlan sebelum keluar dari bilik Fara.


"Eh, dia ni, dia ingat dia tu siapa? Suami aku? Dekat pejabat ni, boleh la kau arah aku itu ini tetapi lepas pejabat I have my own time and space." bebel Fara seorang diri sambil menyelesaikan kerjanya.


Tepat pukul 5 petang, Fara bersiap sedia untuk pulang. Dia memerhatikan keadaan sekeliling terutama sekali bilik Pengarah Urusan.


"Dia dah balik kot?" Fara keluar dari biliknya dengan tenang sambil menuju ke lif. Fara masuk ke dalam lif dengan tenang. Fara keluar lif sambil bernyanyi.


"Senang hati nampak Cik Fara?" Fara yang tadinya senang hati tiba-tiba berubah apabila ditegur Razlan yang datang entah dari mana dan mood Fara yang tadinya girang mula berubah tetapi dia masih berlagak tenang.


"Eh, Encik Razlan kenapa tak balik lagi? Tak takut ada orang marah ke?" Fara memerli Razlan sambil memandang ke arah lain.


"Siapa pula yang nak marah saya? Takkan mama saya?" Razlan agak terkejut dengan kata-kata Fara kepadanya. Tiba-tiba Razlan teringat peristiwa di restoran tadi kemudian ketawa.


"Eh, kenapa ketawa? Kenyataan saya tadi satu jenaka ke?" Fara mula berasa geram.


"Tak la, cuma ada bau sesuatu."


"Bau apa pula? Tak ada bu apa-apa pun." Fara mula memeriksa bau badannya yang masih lagi wangi dan tidak berpeluh kerana dia bekerja di bawah penghawa dingin sepanjang hari.


"Not that's smell but the smell of jealous. Dah la tu, jom cepat ada perkara yang lebih penting lagi yang perlu diselesaikan, ini adalah perkara yang melibatkan antara hidup mati kita berdua. Jom cepat." Razlan menggesa Fara mahu tak mahu Fara terpaksa mengekorinya.


*********************************************************


"Encik Razlan dah dekat setengah jam kita duduk sini tak dapat apa-apa pun lagi? Air pun dah hampir separuh.


"Otak saya pun dah tepu tak tahu alasan apa yang sepatutnya kita beri pada mereka. Saya rasa cari idea untuk projek lagi senang daripada cari idea untuk menipu ni awak tahu tak?"


"Habis tu Encik Razlan ingat saya ni pandai sangat la bab tipu-menipu ni, tipu sunat pun saya tak pernah tahu tak?"


"Eleh, yalah tu tak pernah entah-entah awak pernah tapi awak saja kelentong saya sekarang ni. Ini pun dah kira menipu juga tau."


"Encik, apa kita nak buat sekarang ni? Saya tak larat sangat ni, jom la kita balik." rayu Fara sambil melentok kepenatan.


"Tak, tak boleh! Kita takkan balik selagi kita tak dapat alasan terbaik dan bernas. Awak nak sangat ke kita dijodohkan?" gertak Razlan.


"Eh mesti la, tak nak. Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana?" kata hati kecilnya.


"Apa awak cakap?" Razlan menyergah sehingga cermin mata Fara jatuh ke hidung.


"Okay, macam ni Encik Razlan apa kata kita balik buat solat istikarah dalam masa dua tiga hari, apa saja petunjuk dari Allah S.W.T kita terima dengan redha. Sekarang boleh kita balik? Kalau encik tak boleh hantar saya balik naik teksi saja." Fara terus angkat kaki keluar dari restoran tersebut. Razlan memanggil pelayan untuk membayar bil sebelum mengejar Fara dan menghantarnya pulang.


Sejam kemudian, kereta Razlan berhenti di hadapan rumah Fara, Puan Junaidah yang sedang asyik menonton televisyen mengintai ke luar melalui tingkap. Dia melihat anak daranya dihantar oleh Razlan.


"Terima kasih la Encik Razlan sebab sudi belanja minum serta hantar balik sampai depan rumah." Fara menoleh ke dalam rumah dan ternampak bayangan ibunya disebalik jendela itu.


"Sama-sama, aku harap idea kau tu berkesan la."


"Insya Allah, hanya itulah jalan terakhir yang kita ada apabila kita berada di jalan buntu dan saya berharap jawapan yang akan kita dapat nanti dapat memuaskan hati semua orang."


"Aku pun harap begitu. Aku balik dulu la, nanti kirim salam aku pada Auntie Jun, assalamualaikum."


"Waalaikumsalam."Fara masuk ke dalam rumah dan setelah itu barulah Razlan beredar.


"Assalamualaikum." Fara melangkah masuk sambil terus berbaring di ribaan ibunya.


"Waalaikumsalam, anak mama lambat hari ini?" tanya Puan Junaidah sambil membelai anak bongsu kesayangannya.


"Lambat la, bos  suruh buat itu, buat ini, pergi sana, pergi sini. Habis penat satu badan ni dikerahnya macam kerja dekat tapak pembinaan pula." Fara mengadu kepada ibunya.


"Manja sangat anak mama ni. Nanti bila dapat suami macam mana agaknya?"


"Apa mama ni? Dah la, Ara nak mandi, solat dulu." Fara mula menarik muka sebelum dia beredar ke biliknya.


"Eh, betul la." Puan Junaidah sengaja mengusik anak bongsunya itr


"Mama!" jerit Fara dari dalam bilik.


*****************************************************


Jam menunjukkan pukul 2 pagi, Razlan tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan penjodohan antara dirinya dengan Fara lalu dia bangun mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat Istikarah bagi memohon petunjuk. Begitu juga dengan Fara.


"Ya Allah, aku memohon petunjuk dari-Mu jika dia adalah jodohku kau dekatkanlah dan jika bukan jauhkanlah. Aku redha, ya Allah.


Keesokkan paginya, Fara dan Razlan bekerja seperti biasa dan mereka tidak membicarakan soal jodoh mereka melainkan hal-hal kerja. Atiqah yang sedang membuat kerja sesekali menjeling ke arah bilik Fara. Fara dan Razlan kelihatan semakin rapat dan sudah boleh bergurau antara satu sama lain.


"Eh, diorang dah berbaik ke? Baru bulan lepas diaorang bergaduh tapi hari ini dah berbaik. Ke dunia ni dah nak kiamat?" Daniel masuk ke pejabat dan melihat Atiqah sedang membebel seorang diri.


"Hai, Kak Tiqah kenapa membebel sorang-sorang ni? Sampai cakap pasal hari kiamat pula."


"Eh, selamat pagi Encik Daniel. Kak Tiqah bukan apa Encik Daniel Kak Tiqah cuma hairan apa sebenarnya status Encik Razlan dengan PR kita, dua minggu lepas complicated tapi hari ini macam pasangan kekasih la pula siap boleh bergelak ketawa lagi." Daniel turut memerhatikan gelagat Razlan dan Fara dan ternyata ianya benar.


Tidak lama kemudian, Razlan keluar dari bilik Fara dan Daniel berpura-pura berbual dengan Atiqah soal projek.


"Okay, kalau macam masa lunch nanti kita bincang balik macam mana lagipun kita kena buat keputusan lagi dua hari."


"Kalau macam tu saya sambung kerja dulu." Fara menutup pintu biliknya dan menyambung kerjanya. Razlan pula turut kembali ke biliknya sambil diekori Daniel.


"Razlan sejak bila kau rapat dengan PR kita tu? Setahu aku kalau korang berjumpa mesti kau suruh si Fara buat itu buat ini macam 'kuli' tapi hari ini aku tengok macam kawan baik siap boleh gelak ketawa lagi, kalau tidak hari-hari kau cuba cari pasal dengan dia."


"Entah la, mungkin aku dah nampak kebaikan dia walaupun dah macam-macam aku buat pada dia dan aku juga tak nafikan yang kami berdua sebenarnya 'sekepala'.


"Alhamdulillah, bagus la kalau macam tu. Kalau tidak hari-hari aku dan pekerja-pekerja lain kena layan 'drama swasta sebabak' korang berdua." Razlan hanya tersenyum sambil menyambung kerjanya. Sebenarnya dia sendiri pun seperti tidak percaya macam mana dia boleh berbaik dengan Fara dalam sekelip mata.


******************************************************


Jam menunjukkan hampir pukul tiga pagi, Puan Mashitah bangun kerana tiba-tiba tekaknya berasa haus pula lalu dia bangun hendak ke dapur. Ketika dia melalui bilik anak bujangnya kelihatan masih cerah dan sayup-sayup kedengaran suara anak bujangnya sedang mengaji.


"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah." Puan Mashitah mengesat air matanya dan turun ke dapur sebelum disedari Razlan. Selesai menunaikan solat sunat Razlan melipat sejadah dan cub auntuk melelapkan mata tetapi setiap kali dia cuba untuk melelapkan mata dia akan bermimpikan orang yang sama. Begitu juga dengan Fara.


"Ya Allah, mungkinkah itu petunjuk dari-Mu?"


Pada keesokan paginya Razlan bersarapan bersama Puan Mashitah seperti biasa sebelum berangkat ke pejabat.


"Selamat pagi ma." Razlan terus mencapai segelas susu bersama sekeping roti.


"Selamat pagi, apa perancangan Razlan hari ini?"


"Hari ini Raz ada perbincangan dengan Fara sebelum bagi keputusan pada client esok."


"Bgus la kalau macam tu. Macam mana pula hubungan Raz dengan Fara? Raz masih buli dia lagi?" Puan Mashitah sengaja memerangkap anak bujangnya.


"Mana ada, okay la ma Raz pergi pejabat dulu la." Razlan segera angkat kaki ke pejabat sebelum dia disoal siasat oleh mamanya.


"Fuh! Lega kalau tidak macam-macam solan keluar kalah soalan SPM." Razlan terus menekan minyak. Puan Mashitah hanya tersenyum apabila melihat reaksinya begitu kerana dia tahu Razlan telah berubah sedikit demi sedikit.


************************************************


Razlan dan Fara  bekerja seperti biasa dan tidak memikirkan soal penjodohan mereka dan fokus kepada kerja mereka dan cuba bekerja seperti biasa sehinggalah tiba pada harinya.


Sehari sebelum hari kejadian, Fara berjumpa dengan kawaan baiknya Zita untuk mengadu permasalahanya.


"Hah! Macam mana? Apa keputusan yang korang dapat?" tanya Zita sudah tidak sabar.


"Kami belum ambil kata putus lagi, lagipun aku belum jumpa dia lagi untuk bincang hal."


"Maksud kau, kau tak bincang apa-apa walaupun korang berdua selalu berjumpa di pejabat?"


"Tak, lagipun dekat pejabat tu kami kena bersikap profesional. Takkanlah nak campurkan hal peribadi dengan kerja pula. Dalam dua tiga hari ini pun aku ada cakap dekat dia supaya sama-sama buat solat Istikarah memohon petunjuk Allah.


"Habis tu, kau dah dapat apa-apa petunjuk?"


Fara mengangguk sambil menyedut minumannya.


"Cuba cerita pada aku apa petunjuk yang yang kau dapat?"


"Okay, pertama sekali aku dapat mimpi seorang lelaki dari belakang berdasarkan susuk tubuh, aku dah dapat agak siapa orangnya."


"Aik! Takkanlah susuk tubuh belakang saja kau boleh tahu dialah orangnya?" Zita agak hairan dengan petunjuk yang diberikan Fara.


"Ada lagi, perhubungan kami pun semakin membaik dan banyak perkara yang kami kongsi bersama lepas tu setiap kali bersama dengan dia aku rasa selesa."


"Chop! Jangan cakap kau dah jatuh cinta dengan dia?" Zita cuba memerangkap Fara.


"Mana ada!"  Fara cepat-cepat memandang ke arah lain sambil menyedut minumannya. Zita pula tersenyum sinis kerana 'jeratnya' mengena.


Selesai makan tiba masanya, Fara dan Zita pulang mereka terus menuju ke tempat letak kerets lalu mereka masuk ke dalam kereta.


"Fara aku minta maaf la kalau aku menyinggung perasaan kau tadi. Aku bukannya apa aku cuma nak tengok kau dapat yang terbaik dalam hidup kau. Aku doakan yang terbaik untuk kau."


"Terima kasih Zita sebab kau sentiasa ada dengan aku tak mengira masa."


"Sama-sama. Jom balik, esok kan hari penting kau." Zita menghidupkan enjin kereta dan memandu pulang.


******************************************************


"Ish! Apa aku nak pakai ni? Ya Allah, apa yang susah nak pilih baju ni? bebel Fara seorang diri sambil buntu memikirkan pakaian apa yang harus dipakai pada hari itu sambil melihat beberapa helai pakaian yang berselerak di atas katilnya.


"Eh, chop! Kenaapa aku beria-ia sangat ni? Macam aku dah bersetuju saja permintaan mama aku dan auntie Junaidah untuk jodohkan aku dengan Razlan. Tak, tak. Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan aku hari ini, amin."


"Ara, dah siap ke belum? Kita dah lambat, tak baik buat orang tertunggu-tunggu."


"Okay, ma." Fara mencapai blaus berwarna kuning bersama seluar slack berwarna putih serta tudung berwarna krim susu. Setelah bersiap, Fara melihat dirinya di hadapan cermin setelah berpuas hati dia mencapai begnya dan keluar dari bilik.


"Mama, jom." Puan Junaidah sudah lama menanti anaknya di ruang tamu terpegun seketika melihat pernampilan anak bongsunya


"Kenapa mama tengok Ara macam scanner ni? Tak sesuai ke pakaian Ara ni? Kalau tak sesuai Ara pergi tukar kejap."


"Eh, tak payah, kita dah lambat. Jom." Puan Junaidah menarik tangan Fara untuk keluar rumah.


**************************************************


Sejam kemudian, Fara dan Puan Junaidah muncul dan secara tidak sengaja Razlan juga telah memakai yang sedondon dengan Fara.


"Assalamualaikum, maaf lambat sikit. Susah nak dapat teksi. Nak memandu, tak larat rasanya."


" Waalaikumsalam, la, yeke? Kenapa tak suruh anak saja yang memandu?"


"Nak suruh si Fara ni memandu, lesen pun dia tak ada walaupun umur dah memang layak ambil lesen katanya fobia dengan pembuli jalan raya sebab itulah sampai sekarang kau pergi mana-mana saya yaang hantarkan tak pun suruh kawan baiknya hantarkan."


Mendengar mamanya berkata sebegitu kepada Puan Mashitah tiba-tiba mukanya menjadi merah padam dan tersipu-sipu malu dalam masa yang sama, seperti terdengar suara Razlan seperti sedang mentertawakan dirinya.


"Ambil kau!


"Aduh!" tiba-tiba Razlan mengerang kesakitan Fara pula memandang ke arah lain dan berlakon seperti tiada apa yang  berlaku.


" Raz, krnapa?"


"Tak ada apa-apa cuma kaki kejang tiba-tiba. Jom la kita order makanan, waiter." Razlan memanggil pelayan untuk memesan makanan mereka. Semasa makan Puan Junaidah dan Puan Mashitah rancak berbual, manakala Fara dan Razlan lebih selesa menikmati makanan mereka sambil curi-curi pandang antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, ibu-ibu mereka juga turut memerhatikan mereka.


"Alhamdulillah, kenyang. Terima kasih la Mas sudi belanja kami anak-beranak makan. Semoga murah rezeki kau."


"Amin, sama-sama. Kalau macam tu boleh la kita ke agenda seterusnya." Apabila Puan Mashitah berkata begitu, hati Fara dan Razlan tiba-tiba berdebar.


"Macam mana? Apa keputusannya?" tanya Puan Mashitah sambil memandang Razlan.


"Aku tak kisah, terpulang pada mereka berdua." Puan Junaidah memandang pula Fara yang kelihatan resah lalu menunduk sahaja.


"Mama, auntie Jun sebelum apa-apa Raz nak minta maaf dulu kalau apa yang Raz cakapkan ini akan..."


"Hai Raz sayang, tak sangka boleh jumpa you dekat restoran favourite kita kan? Anyway, eh hai auntie sorry Rin tak perasaan yang ada orang lain dekat sini?" Nurin memandang sinis sambil menghadiahkan senyuman sinis kepada Fara yang sedang memegang segelas air masak.


"Apa yang Raz nak cakap tadi?" tanya Puan Mashitah sambil menganggap seperti Nurin tiada di situ.


"Raz setuju untuk berkahwin dengan Fara." Mendengar kata-kata Razlan, Fara yang sedang minum tiba-tiba menyemburkan minuman yang diminumnya ke arah Nurin.


"Hei" Nurin menjerit tanpa mempedulikan orang sekeliling yang sedang                         memerhatikan mereka.


"Maaf, saya tak sengaja."Fara menghulurkan beberapa keping tisu kepada Nurin sambil membetulkan cermin matanya.


"Mama, auntie rasanya mama dan auntie dah dapat jawapannya, boleh kita balik sekarang? Waiter, bil?" Setelah membayar Razlan dan yang lain-lain meninggalkan Nurin.


"Maaf sekali lagi?" Fara turut mempercepatkan langkah bagi menyaingi Razlan dan yang lain-lain.


"Razlan!" Nurin menjerit sekuat hatinya tanpa mempedulikan orang ramai sekeliling yang sedang memerhatikannya.


****************************************************


"Saya setuju untuk berkahwin dengan Fara." keputusan Razlan petang tadi telah membuatkan Fara tidak senang duduk.


"Ish! Kenapa dia boleh cakap macam tu tadi? Kejap, perempuan seksi tu macam pernah aku tengok tapi aku tak ingat dekat mana?" Fara cuba mengingat semula di mana dia pernah melihat Nurin.


"Hah! Aku dah ingat. Perempuan tu la yang tengok dia naik kereta Razlan  tempoh hari. Tapi apa kaitan aku yang akan berkahwin dengan Razlan? Entah-entah alasan nak berkahwin dengan aku tu semata-mata untuk dia jauhkan diri dari perempuan tu. Ya Allah kenapa kompleks sangat permasalahan aku ni. Zita mana kau? Aku perlukan kau sekarang ni?" Fara hampir hendak mengalirkan air mata kerana kebuntuan. Tidak lama kemudian orang yang dinannatikan menghubunginya semula.


"Zita! Tolong aku!".


*************************************************


Razlan kelihatan sibuk menghadap laptop terhenti sekewtika sambil tersenyum teringat akan peristiwa petang tadi.


"Razlan, Razlan apa yang kau buat petang tadi?" Dia sendiri tertanya-tanya apa sebenarnya diungkap dirinya petang tadi. Dia juga teringat reaksi Fara apabila dia berkata sebegitu.


Raz, ini mama ada buatkan air, sibuk ke?" tanya Puan Mashitah sambil membelek fail-fail projek yang dibawa balik ke rumah.


"Terima kasih ma. Ada beberapa perkara yang Raz perlu semak sebelum mesyuarat bulanan esok. Mama, kenapa tak tidur lagi?" Razlan menghirup sedikit air buatan ibunya sebelum meneruskan kerjanya.


"Raz, betul ke keputusan Raz nak berkahwin dengan Fara? Atau Raz sengaja cakap macam tu sebab nak ikut cakap mama dan sakitkan hati Nurin. Jangan kamu gunakan Fara untuk tujuan itu mama tak suka."


"Mama, mama jangan risau keputusan yang Raz buat ni berdasarkan naluri Raz yang paling dalam serta petunjuk dari Allah S.W.T." Puan Mashitah kelihatan sedikit terkejut mendengar kata-kata anak tunggalnya itu.


"Lega mama mendengarnya, mama harap Raz jaga Fara sebaik mungkin, jangan persia-siakan dia, jangan cari pasal dengan dia. Ingat pesan mama, kalau mama tahu siap Raz." Puan Mashitah memberi amaran.


"Baik mama. Mama jangan risau, okay. Raz akan jaga hubungan Raz dan Fara sebaik mungkin. Raz jnaji." Puan Mashitah menarik nafas lega mendengarnya,


"Buat la kerja tu, mama masuk tidur dulu. Raz jangan tidur lewat sangat, selamat malam."


"Okay, selamat malam."


***********************************************************


"Mana dia ni? Takkan tak sampai lagi? Dua hari lepas aku datang awal sebab nak mengelakkan diri dari dia, dia muncul, tapi hari ini bila aku nak jumpa, dia datang lambat la pula. Aku tunggu dekat lobi ni punya la lama sampai Pak guard tu pun dah pandang semacam dia ingat aku tengah teman dia agaknya?" bebel Fara hingga Razlan sudah berada di sebelahnya pun dia tidak sedar.


"Assalamualaikum, cik adik manis. Awal datang ini hari?" Tanpa menoleh Fara terus menghempuk kepala Razlan dengan dengan begnya tanpa melihat siapa.


"Aduh! Fara ini saya la Razlan." Apabila Razlan memperkenalkan diri barulah Fara berhenti.


*****************************************************


Sakit tak?" tanya Fara sambil menuam dahi Razlan dengan ais.


"Berdenyut la juga, nasib baik tak pengsan. Apa yang awak bawa dalam beg awak tu? Batu-bata ke?" kata Razlan sambil menahan sakit.


"Dalam beg saya ni ada macam-macam batu-bata, besi konkrit semua ada. Padan muka awak la orang pertama yang dapat 'hentakan tukul besi saya tu. Sakit lagi tak?"


"Kurang sikit. Yang awak tu, kenapa tunggu dekat lobi sorang-sorang tu kenapa? Awak tahu tak Pak Guard dari tadi asyik pandang awak saja. Kalau dia bawa lari awak macam mana?"


"Takkanlah lagipun kan ramai orang lalu lalang dekat lobi tu?"


"Ada saja jawapan awak kan Fara. Awak tak jawab lagi soalan saya, apa yang awak buat dekat lobi tu sorang-sorang."


"Saya tunggu encik la, takkanlah jadi penyambut tetamu pula. Saya dibayar gaji sebagai seorang PR bukannya receptionist."


"Manalah tahu awak nak tukar profesion pula, jimat sikit duit syarikat sebab ada orang sanggup buat dua kerja. Cepat cakap kenapa awak tunggu saya?"


"Hah! Terlupa pula saya. Saya tunggu encik ni sebab nak minta penjelasan encik betul ke apa yang encik cakap di hadapan mama saya dan mama encik semalam?"


"La, itu saja. Awak datang awal ke pejabat tunggu saya semata-mata nak tanya soalan tu. Kenapa tak tak tanya dalam telefon saja. Oh lupa pula, bagi saya telefon awak kejap?"


"Telefon saya? Encik nak buat apa dengan telefon saya?" Fara mulai curiga dan serba salah untuk memberi telefon bimbitnya kepada Razlan.


"Bagi saja la, saya bukannya nak buat apa pun." perlahan-lahan Fara mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum dirampas Razlan.


"La, awak lock? Cepat buka." Fara terpaksa membuka telefon bimbitnya lalu memberikan kepada Razlan semula. Razlan mendail nombor telelefon bimbitnya sendiri menggunakan telefon bimbit Fara.


"Nah! Sekarang awak dah ada nombor saya dan saya pun dah ada nombor awak. Kalau ada apa-apa senang."


"Raz sayang?" Fara terkejut apabila Razlan meletak nama sebegitu di bahagian nama pemanggil.


"Eh, betul la kan? Awak kan memang bakal isteri saya?" Razlan sengaja mengusik Fara.


"Ish! Tolong sikit siapa yang nak jadi isteri encik?" Fara mulai meluat dengan Razlan.


"Okay, okay saya minta maaf. Saya akan terangkan pada awak kenapa saya buat keputusan begitu. Tapi sebelum tu jom teman saya minum dulu." Razlan mula membuat muka minta dikasihani.


"Yalah, yalah. Jom."Fara mengambil begnya dan turun lif bersama Razlan.


**************************************************************


Sementa menunggu pesanan mereka sampai, Fara sudah tidak keruan apabila Razlan memandangnya dengan satu pandangan yang aneh. Fara terus tunduk sambil menyedut minumannya.


"Okay, apa yang awak nak tahu pasal semalam?" tanya Razlan dengan tenang.


"Kenapa awak buat keputusan macam tu? Kenapa saya? Awak tahu tak, saya rasa diri saya dengan awak memang macam pipit dengan enggang, langit dan bumi."


"Lagi? Macam durian dan mentimun, itu masuk awak?" Fara hanya diam seribu bahasa.


"Okay la, Cik Fara Imani Shamsuddin, saya  Razlan Iskandar Ismail meminta maaf kalau keputusan yang saya buat itu amat mengejutkan awak. Tapi saya nak awak tahu keputusan yang saya buat ini adalah berdasarkan petunjuk solat Istikarah dn kata hati saya tanpa paksaan sesiapa."


Apabila mendengar kata-kata Razlan itu, Fara terus dan angkat kaki meninggalkan Razlan.


"Awak jangan ikut saya!" Fara memberi amaran kepada Razlan apabila lelaki itu seperti sedang mengekorinya.


"Satu lagi, saya nak minta izin awak untuk masuk pejabat lambat hari ini." Fara terus meninggalkan Razlan kerana dia perlu masa untuk bersendirian.


Fara berhenti di sebuah taman bagi menenangkan fikirannya yang buntu itu. Peristiwa petang kelmarin dan permintaan ibunya dan ibu Razlan amat memeningkan kepalanya.


*********************************************************

Nurin menjerit hampir separuh gila apabila teringatkan kata-kata Razlan yang ingin memperisterikan Fara tetapi bukan dirinya.


"Apa kurang aku? Razlan aku sayangkan kau lebih dari segala-galanya. Tak aku tak boleh macam ni, aku kena jumpa dengan Razlan dan pujuk dia. Ta pun aku kena pakai tudung macam perempuan tu. Ya aku tak boleh kalah dengan dia." Nurin mula nekad.  


Razlan kembali semula ke pejabat dan bekerja seperti biasa. Sambil membuat kerja dia memerhatikan bilik Fara yang masih kosong kerana Fara memintanya untuk masuk lewat. Razlan rasa serba salah terhadap Fara.


Setelah agak tenang, Fara kembali semula ke pejabat dan terus masuk ke biliknya tanpa bertegur sapa dengan Atiqah.


"Eh, kenapa pula dengan Fara? Nampak moody semacam" Atiqah mulai hairan kerana Fara tidak menegurnya seperti selalu.


Razlan melihat Fara sudah masuk ke dalam biliknya lalu dia menghantar mesej kepada Fara.


Fara awak okay?


Fara yang baru hendak memulakan kerja terhenti apabila dia membalas mesej dengan Razlan.


Awak rasa? 


Fara, saya tahu saya salah saya minta maaf . Saya cuma nak awak tahu keputusan yang saya buat ini datang dari hati saya tak ada paksaan dari orang lain ia datang dari hati saya.


"Yalah tu." Fara menyambung menaip.


Dah, saya nak sambung buat kerja, jangan ganggu saya.


Selesai membalas mesej dengan Razlan, Fara meletak telefon bimbitnya di sisi dan cuba kembali fokus tetapi tak boleh.


"Zita, kau dekat mana? Aku perlukan kau sekarang ni." Fara merengek kerana sedang buntu. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi.


Zita, kau pergi mana? Kenapa kau susah nak angkat telefon. Aku perlukan kau. Lepas kerja ni, kalau tolong ambil aku dekat pejabat. Okay aku tunggu." Setelah dapat bercakap dengan Zita, Fara berasa lega walau tidak sepenuhnya dan dia cuba menumpukan perhatian kepada kerjanya semula. 


*********************************************


Tepat pukul lima petang, Fara terus keluar dari pejabat sambil diekori Razlan masih cuba memujuk Fara. 


"Sayang, awak dah nak balik ke? Jom saya hantar balik."


"Tak payah, saya balik dengan kawan. Satu lagi kan saya dah cakap jangan panggil saya sayang." Fara tiba-tiba bersikap tegas.


"Okay, okay kalau awak tak nak saya tak panggil lagi. Tapi jom saya hantar awak balik." Razlan terus memujuk Fara.


"Hai Raz." tiba-tiba Nurin muncul dengan imej yang berbeza. Fara mula merenung tajam ke arah Razlan. Dalam masa yang sama, Zita sampai Fara terus menaikikereta tersebut tanpa mempedulikan mereka berdua.


"Encik Razlan jangan risau saya akan jaga Fara dengan baik." Zita memberi jaminan kepada Razlan sebelum dia memulakan perjalanan.


Setelah kereta Zita bergerak meninggalkan perkarangan F.E.G Communications Razlan terut meninggalkan Nurin.


"Razlan, tunggu I." Nurin terus mengekori Razlan hingga ke kereta lelaki itu dan terus menghalang Razlan dari membuka pintu kereta.


"Nurin apa lagi yang you nak? I rasa I bagi alasan paling kukuh pada you apa lagi yang you tak faham?"


"I cuma nak tahu, kenapa dalam ramai-ramai perempuan you pilih dia. I tahu perempuan tu bukan jenis yang you suka."


"Ya, memang Fara tu bukan jenis perempuan yang I suka dan ia pilihan mama I. I mula sukakan dia sebab dia ada apa yang you tak ada."


"Apa maksud you yang I tak ada apa yang dia ada?"


"Nurin, sebenarnya I tak nak buka aib you tapi you sendiri dah tanya I terpaksa jujur dengan you. Dia seorang yang berdikari, hormatkan I sebagai seorang lelaki dan paling penting dia hormat diri sendiri serta orang tua. Dah, tepi sikit I nak balik, penat."


"Tak nak!" Nurin tetap bekeras tidak memberi ruang kepada untuk memasuki keretanya.


"Nurin, I cakap baik-baik dengan you jangan sampai I berkasar dengan you." Razlan mula mengertak Nurin barulah dia beredar. Razlan terus beredar dari situ.


*************************************************


Fara dan Zita telah singgah di pasar malam untuk cuci mata di samping Zita ingin mencari makanan untuk minum petang.


"Ara, kita duduk tepi padang permainan dan makan aku dah lapar ni." Fara hanya mengikut sahaja Zita.


"Kau nak? Zita menghulurkan keropok lekor kepada Fara tetapi Fara menolaknya.


"Okay, sekarang cuba kau cerita pada aku apa masalah kau dengan si Razlan, tu, aku tengok dia okay handsome pun boleh tahan. Apa lagi yang tak kena?"


"Tak ada la , aku terima semua jawapan yang tuhan tunjukkan pada aku. Aku cuma rasa semuanya berlaku terlalu cepat. Cuba kau bayangkan, dua hari lepas depan mama aku dan mama dia serta tak dilupkan perempuan rambut karat yang berselendang dekat depan pejabat tadi dia terus kata yang aku ni bakal isteri dia. Lepas tu hari ini tiba-tiba dia jadi 'mat jiwang' panggil aku sayang. Lepas tu, tadi teman wanita dia datang pujuk rayu dia. Lepas tu esok apa pula?"


"Mungkin, dia ajak kau menikah kot?" Zita cuba bergurau.


"Zita, kau jangan takutkan aku." sekali lagi Fara berasa gementar.


"Okay, okay aku faham apa yang kau lalui. Cuma apa yang aku nak cakap ni bukanlah aku pandai sangat bab-bab agama ni, tapi aku selalu dengar orang cakap petunjuk Allah akan datang tak kira masa, tidak terlalu cepat dan tidak juga terlalu lambat. Dalam kes kau ni mungkin sudah tiba masanya dan kau kena terima walau apa keadaan sekali pun sebab kau dah tertulis untuk Razlan." Fara terus terdiam mendengar kata-kata Zita.


**************************************************************


"Raz, kenapa kau diam? Tadi kau juga yang ajak aku lepak.  Kau ada masalah dengan Fara? Korang berdua bergaduh?" tanya Daniel.


"Biasalah, gaduh-gaduh manja." jawab Razlan sambil terus menanti panggilan dari Fara.


"Raz, mungkin kau patut berikan dri kau dan dia masa untuk mengenali antara satu sama lain. Kau patut tahu apa yang dia suka, yang dia tak suka begitu juga dia. Walaupun ianya mengambil masa tapi itulah yang sebaiknya."


Pada hari-hari seterusnya hubungan Razlan dan Fara semakin membaik. Mereka juga sudah tidak mencampurkan urusan kerja dengan urusan peribadi.


Pada suatu petang, Razlan dan Fara telah meluangkan masa bersama selepas waktu kerja di sebuah taman.


"Raz, boleh saya tahu sejak bila awak suka saya?" Fara terus menyoal secara spontan.


"Sejak pertama kali awak masuk kerja. Masa tu saya selalu buli awak suruh buat itu, buat ini. Awak ingat tak?"


"Mestilah saya ingat. Sampai kerja mak cik cleaner pun awak suruh saya buat. Apa motif awak sebenarnya?"


"Sebelum tu saya nak minta maaf dengan awak."


"Minta maaf kenapa pula?"


"Sebab saya patahkan cermin mata awak masa hari pertama awak datang temuduga dulu."


"Awak ingat lagi peristiwa tu?" tanya Fara terkejut. Razlan mengangguk.


"Habis tu, apa pula alasan untuk kes yang awak selalu buli saya macam budak-budak sekolah tu, macam mana?"


"Tak ada apa, saja sebagai sesi suai kenal, sampai satu tahap saya cemburu dengan kejayaan setiap projek bawah kelolaan awak. Setiap kali awak buka mulut saja client pasti akan setuju. Sampai satu tahap saya berniat nak sabotaj awak tapi tak boleh sebab mama sentiasa ada dan mama siap ugut saya lagi untuk jodohkan saya dan awak. Sejak itulah saya mula belajar kenal awak. Betul amaran mama pada saya selama ini."


"Amaran?"


"Ya amaran. Mama cakap kalau kita selalu usik atau buli orang yang sama, itu merupakan isyarat yang kita menyukai dia dalam diam." Fara hanya mampu terdiam sambil tersenyum tersipu-sipu malu. 


   

  



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku