IMAMKU ENCIK PILOT
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Julai 2017
QASHA IRDINA, memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya setelah menghilang dan memutuskan pertunangan secara tiba-tiba. Dia cuma harapkan perkahwinan ini bakal menjadi bahagia. Namun, siapalah dia untuk mengecapi bahagian sedangkan dirinya tidak sempurna pun. Kemunculan pelbagai manusia telah menambahkan lagi rencah dalam kehidupan rumah tangganya. Namun, yang menariknya, siapakan lelaki yang sentiasa menyelamatkannya tanpa dia kenal identiti lelaki itu? Adakah lelaki itu suaminya... atau orang lain? Follow Pena Putera di : FACEBOOK : Pena Putera BLOG : karyapenaputera ILHAM : Pena Putera WATTPAD: PenaPutera NOVEL+ : PenaPutera
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
449

Bacaan






JOHN DALTON pernah mengatakan, atom digambarkan sebagai suatu bola kecil yang tidak dapat dibelah bahagi lagi seperti sebiji bola yang sangat halus. Macam itu juga masalah yang aku hadapi ketika ini. Tidak dapat dibahagikan dan akan sentiasa bertambah. Lepas satu, satu… 


Masalah oh masalah… kenapalah makin lama makin rumit dan sukar untuk aku mencari jalan keluarnya? Memang dah ada tersedia, cuma aku tak yakin. Adakah ini jalan penyelesaian yang terbaik antara terbaik? The best among best?


“Susah-susah sangat, kau tak payah kahwin. Tak serabutkan fikiran kau.” Azyah, sahabatku menyampuk. Bagus sangat cadangan itu. Boleh buat ayah aku mengamuk tujuh hari tujuh malam.


“Kahwin tak kahwin, masalah sekarang… Mana ayah aku nak letak muka dia kalau tahu anak perempuan kesayangan dia ini tak jadi kahwin?”


“Letak aje dalam frame gambar. Dekat kedai ada, nak aku belikan?” Azyah bantai gelak kemudian.


“Kau berani cakap macam itu depan ayah aku?”


Azyah kembali serius. Dia memandang aku.


“Macam inilah. Memandangkan kau nampak serabut dengan masalah kau dan sangat stres, kita selesaikan masalah kau guna cari yang lebih sistematik. Biar kau boleh nampak gambaran semuanya.”


“Maksud kau?” Aku tak faham.


“Kita guna kaedah saintifik?”


“Kau ingat kita tengah buat eksperimen kaji sifat oksida unsur Kala 3?” Aku bulatkan mata.


“Suka hati akulah. Nampak lebih sistematik, dan juga lebih jelas. Tak adalah pening sangat kau nak fikir nanti. Kepala kau itu cukup serabut, sampai tak boleh nak berfikir dengan betul.”


“Tapi tangan dan kaki aku masih boleh digunakan dengan betul.”


Azyah mencebik. “Suka hati kaulah. Baiklah, kita mulakan dengan pernyataan masalah dulu. Apa masalah kau sekarang ini?”


“Aku kena kahwin dengan pilihan ayah aku, dan aku tak pasti betul ke tindakan aku ini akan puaskan hati semua orang, termasuk aku.”


“Tujuan?”


“Untuk tutup malu keluarga aku.”


“Hipotesis kau?”


“Semakin aku cuba untuk memaksa diri aku terima, semakin tidak yakin aku untuk kecapi bahagia yang aku inginkan dalam perkahwinan ini.”


“At the end, kau kena buat sesuatu supaya kau kena buktikan, hipotesis kau itu salah. Kau patut yakin yang kau boleh kecapi bahagia. Kau berhak untuk bahagia, Qasha. Kau perlukan perancangan saja.”


Mungkin? Aku pun tidak pasti. Apa rancangan yang perlu aku lakukan ketika aku sendiri masih tidak pasti apa yang aku ingin lakukan ini. Adakah aku perlu rancang satu eksperimen untuk mengubah hipotesis? Hiptosis aku yang masih belum pasti?


“Aku cakap terus teranglah, kau itu bukannya apa… Tapi, kalau kau rasa tak yakin, kau boleh saja batalkan. Tak perlu fikirkan pasal orang lain. Kau nak kesah apa yang orang cakap? Mulut orang kita tak boleh tutup. Mulut tempayan itu lain ceritalah.” Seperti yang ibu katakan, Azyah juga cakap benda sama.


“Bukan apa. Kau yang nak kahwin. Bukan ayah kau. Nanti esok lusa, yang merana atau bahagia… kau juga. Ini melibatkan hati dan perasaan kau, Qasha. Aku tak nak nanti kau terjun jatuh gaung, kemudian terhempas ke tanah. Sakitnya tak terkata.”


Aku mengeluh sekian kalinya.




DENGAN pecutan yang sangat tinggi aku membawa kereta memandu pulang. Ketika tiba di rumah, ibu sedang lepak di kolam ikan sambil memberi ikan-ikan makan. Memang kegemaran ibu menghabiskan masa terluangnya setiap kali petang. Ibu pernah kata, tengok ikan berenang-renang di dalam air dapat memberi ketenangan serta menghilangkan resah di hati.


Aku cuba buat dulu. Masa itu study week. Stres nak menghafal apa yang akan masuk exam, aku lepak di kolam ikan. Tengok ikan berenang-renang yang kononnya boleh menenangkan seperti propaganda ibu. Ternyata, aku hanya membuang masa dan makin bosan aku melihatnya.


Jadi, kesimpulan aku… Hiburan setiap orang berbeza mengikut usia. Macam aku, layan drama Korea lebih menarik. Misalnya, Scarlet Heart Ryeo. Hensem gila putera-putera dia. Kalau aku dapat satu pun jadilah. Kalau dapat lebih, kira rezeki. Boleh buat stok simpanan. Haha. 


Berangan lebih!


“Baru balik dari mana ini?” Ibu menegur sewaktu aku menghampiri. Aku memeluk pinggang ibu erat. Mahu bermanja. Biasalah, perangai anak bongsu. Nak-nak lagi perempuan. Mahu manjanya dooh lalu.


“Keluar dengan kawan.”


“Esok rombongan daripada pihak belah lelaki akan sampai.” Ibu bersuara. Aku mengeluh perlahan. Kemudian, ibu meleraikan pelukan dan memandangku simpati. Dia tahu, apa yang berada di dalam hati anaknya. Naluri ibu, kan?


“Kamu sanggup ke terima semua ini? Masih belum terlambat kalau nak batalkan semuanya. Ibu cuma tak nak nanti esok kamu yang menderita. Sebab ini perkahwinan kamu.” Ibu masih mahu memujuk.


“Qasha sendiri yang nak semua ini berlaku. Kalau ikutkan, ini semua bukan paksaan. Malah, Qasha sendiri rela. Tiada paksaan dalam perkahwinan. Itu yang jelas.” Aku masih dengan pendirianku.


“Terserahlah. Kalau putih kata kamu, putihlah ibu ikut.” Ibu seperti sudah mengalah.


Aku tak mahu ini semua menjadi satu bebanan untuk difikirkan. Aku akan teruskan, walaupun aku rasa berat hati sebenarnya. Tak pedulilah apa mahu jadi. Manalah tahu, mungkin dalam perkahwinan ini, ternyata aku sudah menemui jodohku?


Kita guna konsep try and error.




HIDORGEN dan oksigen, dua nisbah satu… membentuk menjadi air. Habis, bagaimana air mata terbentuk? Ada proses penukaran menjadi air ke dalam mata aku ini? Banyak sangat yang keluar malam ini. Terlalu banyak osksigen dan hidrogen agaknya. Haih… Aku memang rasa berdebar gila menunggu esok. Takut, sedih… Semuanya ada. Ketika ini, barulah aku terfikir adakah apa yang aku buat ini semuanya betul atau tidak.


“Kak Sha?” Aku menoleh memandang empunya suara tersebut. Adik aku rupnaya. Adara, adik perempuan aku yang kini berada di tingkatan lima dan sedang menuntut di UiTM, mengambil kursus Diploma dalam Farmasi. Kiranya, bakal jadi ahli farmasilah adik aku ini.


“Kenapa, Adara?” Aku lap air mata yang basah di pipi.


“Lepas layan drama Korea, eh? Winter Sonata? Autumn In My Heart? Endless Heart? Jangan cakap baru lepas tengok Upin dan Ipin sampai menangis-nangis ini,” seloroh Adara sambil perli aku. Tahulah aku kaki drama Korea.


Adara pula, dia memang tak layan. Dia lebih minat tengok drama science fiction atau thriller. Pernah sekali dia cakap, geli tengok drama cintan-cintun ini. Hero kaya, heroin miskin. Mula-mula gaduh, lama-lama cinta. Hero hensem, heroin lawa. Macam-macam lagilah dia kutuk.


Eleh, kalau tak minat, tak payah kutuk. Dengki betul.


“Tak adalah.”


So, why you look like have big problem in your mind? Share la dengan Adara. Maybe somehow, I can help you. Sharing is caring, right?” pujuk Adara untuk aku berkongsi masalah.


Small matter.”


See? Kalau Adara cuba bantu selesaikan masalah Kak Sha, mesti tak nak. Sebab itu Adara dah tanya ibu awal-awal lagi. Dan Adara dah tahu.”


“Adara dah tahu?” Aku mula gementar.


That stupid guy… deserve my sidekick or maybe backhand? Berani betul dia tinggalkan Kak Sha macam itu. Dia dah tinggalkan sebuah intan permata yang sangat berharga tanpa sebab. Kalau Adara jumpa dia, memang Adara akan belasah cukup-cukup. He deserve it.”


Adara seperti sedang menahan marah. Dia pula yang terlebih emo. Tapi, kalau aku… Memang tak cukup semua itu. Mungkin aku akan terajang dia dengan halaju paling tinggi dalam masa yang singkat sehingga membuatkan pecutannya meninggi. Mungkin boleh sampai ke Thailand aku terajang dia itu.


“Habis, sekarang ini Kak Sha setuju nak kahwin dengan pilihan ayah?” Adara membulatkan mata. Tidak percaya.


“Apa lagi pilihan yang ada. Ayah nampak nak sangat Kak Sha kahwin supaya tak dapat malu. Kak Sha tak boleh buat apa lagi. Kak Sha pun tak nak nama keluarga kita dapat malu sebab Kak Sha sorang saja. Masyarakat tak akan pernah menilai dengan adil atas keburukan dan kebaikan seseorang.”


“Huh… People perception come first? Seriously? Kak Sha… mulut orang kita tak boleh nak tutup. Mulut kita sendiri pun akan terus bercakap dan bercakap. Ini lumrah hidup. Kak Sha kena terima.”


“Memang mulut orang tak akan berhenti. Tapi, apa perasaan ibu dan ayah nanti? Mereka juga akan jadi bualan orang juga. Ini bukan salah mereka pun, tetapi mereka juga terkena tempiasnya nanti. Kak Sha tak nak. Tell me, kalau ada jalan lain yang boleh selesaikan masalah ini? Yang paling selamat dan tak akan membahayakan semua orang dalam keadaan ini?”


Adara terdiam, tidak lagi membalas. Kelihatan terkedu wajahnya.


“Tak ada, kan? Nak buat macam mana lagi, Adara. Siapa tahu, mungkin dia jodoh Kak Sha? Kita guna kaedah try and error kali ini. Kalau betul dia bukan jodoh Kak Sha, then we go to next step.”


Divorce?”


Aku mengangguk lemah.


“Dan bergelar janda? Kak Sha sanggup?”


“Hina sangat ke gelaran janda itu, sampai kamu tanya Kak Sha sanggup atau tidak?” Aku mula berang dengan soalan itu.


“Bukan itu yang Adara maksudkan…”


Whatever. Kak Sha akan tetap teruskan semua ini.”


Tetapi, kuatkah hati ini untuk meneruskan semuanya?




HARI ini, ibu dan ahli keluarga terdekat sedang bergotong-royong di dapur untuk memasak jamuan bagi pihak rombongan lelaki. Semua ahli keluarga belah ayah kecuali Izara yang merupakan sepupuku belah ibu kerana dia tinggal di Klang. Aku memandang saja semua orang, tapi masih tak cukup. Siapa agaknya? Kalau pak lang, dia di Johor. Mak Suri pula, di Perlis.


“Sarimah tak datang lagi ke?” Ibu tanya membuatkan aku tak jadi tanya. Baru aku teringat. Maklumlah, banyak sangat masalah belakangan ini sampai terlupa aku dengan ibu saudara sendiri. Silap hari bulan, ibu kandung sendiri boleh lupa. Tapi, aku gurau saja.


“Biasalah dia…  Mahu pi jalan-jalan mall dulu. Beli handbag LV baru nak buat wayang dekat depan kita,” balas Mak Tom, kakak ayah yang ketiga dengan nada serupa perli. Aku tumpang gelak dalam kemeriahan ketawa itu.


“Tak pun, tengah bermekap depan cermin guna produk May be line.”


Sekali lagi ketawa orang ramai menjadi pengisi suasana. May be line pun bolehhh… Haha.


“Itu mungkin jadi talian, la Mak Tom. Agak-agaklah. Maybelline sebutannya. Maybelline,” sampuk Mak Ros pula. Mak Ros ini kakak Mak Tom, kakak kepada ayah juga. Kiranya, dia kakak kedua la.


“Dulu orang suruh sekolah, pi bercinta bawah pokok. Sekarang, siapa susah? Nak sebut pun dah salah.” Mai dah kakak sulung atau orang gangster panggil Kak Long. Inilah mak long. Memang gangster pun. Kalau tengok mukanya, pasti terkencing-kencing di malamnya.


Aku bangun dan meminta diri untuk ke tandas. Mahu buang air. Sebenarnya, aku tipu aje. Alasan nak larikan diri. Kalau aku terus lama-lama di situ, makin menimbun kerja aku. Sepupu aku yang lain, semua tak datang. Pandai betul mereka mengelak.


Ketika aku keluar ke halaman rumah, kelihatan sebuah kereta BMW warna hitam muncul di sebalik perkarang rumah. Melihatkan nombor plat sahaja, aku sudah tahu siapa pemiliknya.


Dia mai dah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku