IMAMKU ENCIK PILOT
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Julai 2017
QASHA IRDINA, dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya setelah menghilang dan memutuskan pertunangan secara tiba-tiba. Dia cuma harapkan perkahwinan ini bakal menjadi bahagia. Namun, siapalah dia untuk mengecapi bahagian sedangkan dirinya tidak sempurna pun. Kemunculan pelbagai manusia telah menambahkan lagi rencah dalam kehidupan rumah tangganya. Namun, yang menariknya, siapakan lelaki yang sentiasa menyelamatkannya tanpa dia kenal identiti lelaki itu? Adakah lelaki itu suaminya... atau orang lain? Follow Pena Putera di : FACEBOOK : Pena Putera BLOG : karyapenaputera ILHAM : Pena Putera WATTPAD: PenaPutera NOVEL+ : PenaPutera
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
230

Bacaan






TINGGAL lagi tiga hari sahaja perkahwinan antara aku dan Daniel bakal berlangsung, Semua persiapan telah dilakukan dan hanya tinggal majlis resepsi saja. Majlisnya berlangsung di hotel. Dua-dua belah pihak. Aku tak kesah sebab yang pentingnya akad nikah, bukannya pelamin.


Bila dah nak menghampiri hari tersebut, dada ini berdebar yang amat. Aku tak tahu, betulkah keputusan yang aku lakukan ini? Bila dengan Daniel, aku rasa mungkin aku tak akan menyesal. Sebab aku kenal Daniel dulu walaupun dia tak kenal aku sangat.


Mulalah aku teringat kisah dulu. Waktu itu aku tingkatan empat dan dia pun sama. Umur kami sebaya. Kami sama-sama ambil aliran sains tulen. Dan sebenarnya, aku ambil aliran itu sebab nak sekelas dengan Daniel. Punyalah gila bayang dengan Daniel dulu. Aku yang tak minat nak ambil tahu tentang inersia pun jadi minat nak belajar. Semuanya sebab dia.


Aku tak tahulah kalau dia perasan kewujudan aku dalam kelas sebab aku dengan lelaki memang pendiam. Dengan perempuan sahaja, mulut aku akan huhahuha.


Dua tahun aku pendam perasaan pada dia. Dia crush aku kut. Selepas habis SPM, dia mula hilangkan diri. Pastinya dia mahu kejar cita-cita dia memandangkan dia dapat straight A dalam SPM. Kebanggaan sekolah itu.


Aku pula? Macam aku cakap, cukup-cukup makan. Kalau tak sangkut biologi dan kimia, aku rasa dah straight B kut. Haha.


“Hah, mengelamun!” sergah Dania yang hampir sahaja mengejutkan aku. Aku pandang dia tajam. Rasa nak telan ini orang.


“Kalau jantung aku ini tiba-tiba berhenti berdegup, memang nahas aku cari kau malam-malam.”


“Janganlah. Aku takut.” Dania buat muka cuak.


“Kau datang sorang ke?” Aku pandang sekeliling ruang tamu. Mencari sesuatu.


“Taklah. Syeidi ada dekat luar. Borak dengan ayah kau sekejap.”


Dania ini sepupu aku. Syeidi itu pula suaminya. Mereka ada seorang cahaya mata. Memang comel sangat anak mereka. Lagilah buat aku rasa nak cepat-cepat kahwin. Nak timang anak comel.


“Tak sangka kau nak kahwin dah. Finally, aku dapat juga tengok muka suami kau nanti. Macam mana, hensem tak dia?” tanya Dania seperti orang lain tanya. Eh, memang menjadi satu kemestian, ke tanya bakal suami orang hensem atau tidak?


“Bolehlah,” jawabku sepatah. Malas.


“Tapi, suami aku lagi hensem kut!” Dania tambah saham suaminya. Ada aku peduli? Suami dia, suka hati dialah nak puji atau apa sekali pun.


“Kau orang dah planning nak pergi honeymoon dekat mana?”


Honeymoon? Aku tak pernah fikir sampai ke situ. Tak pernah bincang lagi dengan Daniel. Tapi, rasa janggal kut nak bincang benda itu dengan Daniel. Kami nak berbulan madu? Nak madukan apa? Haih…


“Belum lagi.” Terus tangan Dania tampar bahu aku. Sakit betul dek terkena tamparannya.


“Sekarang inilah waktu yang patut kau kena fikir nak pergi honeymoon. Taklah kelam-kabut nanti nak rancang lepas kahwin. Kalau kau nak aku beri cadangan, aku boleh saja bagi.”


Aku angkat kening, minta dia tolong beri cadangan.


“Kalau kau nak suasana yang romantis di tepi pantai, kau pergi Bali. Nakkan suasana romantis di bandar, pergi Paris. Nakkan suasana yang romantik di pulau, pergi Jeju.” Amboi, Dania punya cadangan. Semua luar negara. Kalau boleh, aku tak naklah pergi jauh-jauh.


“Dalam Malaysia tak ada tempat yang menarik, ke?”


“Ada aje. Tapi, tak syoklah.”


Tengoklah itu. Kita sepatutnya bangga kerana ada negara yang kaya dengan pelbagai tempat melancong yang menarik. Kenapa orang kita asyik pandang negara luar sedangkan warga asing memandang negara kita yang menarik ini?


“Aku nak dalam Malaysia. Tak nak pergi jauh-jauh. Takut naik kapal terbang.”


“Tak payah takut. Kau suruh suami kau bawakan kau. Suami kau, kan pilot.” Dania gelak. Aku mencebik bibir. Kisah aku yang akan kahwin dengan Daniel sudah tersebar luas ke seluruh ahli keluarga dan kenalan. Jadi, mereka tahulah kerja Daniel apa. Sebab itu Daniel menjadi topik yang hangat ketika ini.


Dah macam viral kerja Daniel itu!




SEJAK bila Aunty Sarimah ini sampai aku tidak tahu. Yang aku nak tahu, kenapa tiba-tiba dia datang sini? Ada sesuatu yang berlakukah? Atau dia nak tunjuk beg LV dia yang baru sebab aku tengok begnya sudah bertukar baru.


“Aku datang nak cakap dengan kau, Qasha,” ujar Aunty Sarimah berterus-terang. Maka, ahli keluarga yang lain meninggalkan aku dan Aunty Sarimah berdua-duaan.


Aci lawan apa pun, aku yakin mesti mereka sedang pasang telinga senyap-senyap sekarang. Bukannya aku tak tahu perangai busybody keluarga aku.


“Kenapa aunty nak jumpa saya?”


“Aku nak kau tinggalkan bakal suami kau.”


What the… Seriously? Aunty Sarimah ini betul ke tidak kepalanya. Meluap-luap rasa marahku bila dia suruh aku tinggalkan Daniel. Macam tak lojik, tapi inilah hakikatnya. Jelas kedengaran.


“Aku tak nak nanti kau tak bahagia dengan perkahwinan kau. Aku tahu, kau buat semua ini terpaksa. Sebagai seorang ibu saudara, aku cuma nasihatkan kau saja.”


Dan-dan waktu inilah dia nak mengaku dia ibu saudara aku. Prihatin pula dia dengan aku. Sebelum ini, pandang sebelah mata aje.


“Kenapa pula saya kena tinggalkan dia?”


“Kau nak ke kahwin secara paksa? Belum tentu lagi lepas nikah nanti, kau boleh cintakan dia. Jangan jadi orang tak bijaklah buat keputusan.”


Aku mula berang. Nak kata aku tak bijaklah sekarang ini? Habis itu, yang dia datang sini dan minta aku tinggalkan Daniel, bijak sangatlah tindakannya? Sesedap nasi lemak saja Aunty Sarimah bercakap.


“Maaflah. Sebab saya masih waras, saya boleh berfikir dengan bijak. Dan saya rasa ini keputusan yang bijak saya telah lakukan. Aunty jangan ingat, perkahwinan ini tak akan memberikan saya rasa bahagia.” Kerana aku yakin, Daniel akan mengajar aku erti cinta kelak.


Aunty Sarimah tersenyum sinis. “Terserahlah. Kau jangan menangis esok hari pula kalau tiba-tiba bakal suami kau itu tinggalkan kau sebab dia dah tak tahan hidup dengan kau.”


Aku tak faham, sebab apa Aunty Sarimah benar-benar mahu aku putuskan hubungan dengan Daniel. Apa tujuan dia yang sebenarnya? Dia sudah tersedak clorox, ke sampai fikir bukan-bukan?


Ting! Barulah aku perasan kenapa dia buat begini. Aku lupa, dia mana boleh orang lebih daripada dia, kan? Anak dara dia itu mana ada siapa nak. Mesti dia dengki sebab aku akan kahwin dengan orang yang berkerjaya.


Ada juga orang busuk hati ini.


“Aunty tak usah bimbangkan saya. Yang sepatutnya aunty kesahkan sekarang, anak-anak aunty. Semuanya tak kahwin lagi. Tapi, jangan risau. Kalau ada jodoh, mesti mereka kahwin. Mana tahu, kahwin dengan Tan Sri atau Puan Sri terus!” Aku gelak mengejek.


“Kau nak perli aku?”


“Sejak bila saya perli? Saya doakan aje.” Aku tambah minyak dalam api kemarahan Aunty Sarimah. Siapa suruh cari pasal dengan aku?


“Habis, kenapa kau kata macam itu?”


“Bukan aunty cemburu sebab saya kahwin dengan seorang pilot, sedangkan anak-anak aunty, pembantu kedai pun tak pandang.” Memang hakikat, sebab anak-anaknya ada rupa paras yang baik, tetapi akhlak yang buruk. Sebab itulah cinta anak-anaknya tidak bertahan lama.


Paling pecah rekod, kisah cinta anak sulung dia. Seminggu aje, weh. Kasihan sungguh.


“Kau ini, kan… Mulut macam longkang. Kau itu yang busuk hati.”


Ewah! Sedap cakap mulut aku macam longkang. Mulut dia itu, bau strawberi ke? Mahu aku tak naik angin bila dia cakap macam itu.


“Saya tak tahulah kenapa aunty cakap mulut saya ini macam longkang. Padahal, saya berus gigi guna ubat gigi jenama Colgate kut. Yang Optic White punya itu saya pakai.” Aku loyar buruk.


“Loyar buruk pula kau, ya? Tak apa, kita tengok siapa yang meraung esok lusa. Aku ingatkan kau aje.”


“Aunty yang kena beringat, sebab saya dah kahwin. Anak-anak aunty belum kahwin lagi. Silap hari bulan, membujang sampai ke tua. Tapi, mungkinlah Zulaikha kahwin dulu. Sebab dia paling berpontensi untuk jadi isteri mithali.” Bukan satu andaian, tapi kepastian.


“Aku nak balik!” Aunty Sarimah terus pergi tanpa menunggu lagi. Sebenarnya, aku tak tahulah apa yang bermain di fikirannya sampai begitu sekali. Dengki. Hati busuk. Melayu. Haha. Kutuk bangsa aku sendiri pula.


Selepas saja Aunty Sarimah pergi, kelihatan ahli keluargaku mendekati. Dah kata, mereka mesti pasang telinga senyap-senyap tadi.


“Apa lagilah Imah itu nak? Tak boleh nak tengok orang bahagia langsung!” Ibu mengeluh. Memang jelas ibu nampak kesal dengan sikap birasnya itu.


“Aku pun tak tahu macam mana Zainal masih boleh bertahan dengan sikap dia itu?” Ayah bersuara geram.


Sebenarnya, aku pun hairan. Bagaimana Pak Su Zainal masih boleh bertahan dengan Aunty Sarimah? Sudah berpuluh tahun mereka hidup, tapi tak pernah pula dengar ura-ura mereka akan bercerai.




DANIEL telefon aku. OMG! Apa aku nak buat sekarang. Jawab atau tidak? Kalau tak jawab, bolehlah jual mahal sikit. Tapi, aku nak jawab. Nak dengar suara charming dia itu. Rindu nak dengar!


“Assalamualaikum.” Aku beri salam dengan sopan. Kenapa rasa nak cari tandas ini?


“Waalaikumusalam. Awak buat apa itu?”


“Tak buat apa-apa. Awak pula?” Aku tanya soalan yang sama kepada dia. Hakikatnya, aku benar-benar buntu mahu bercakap apa dengan dia.


“Saya tengah telefon awak ini, kan?”


“Ya tak ya. Kenapa awak telefon saya ini?”


“Ermmm… Rindu?”


Dia rindukan aku? Seriuslah? Mahu aku melompat atas katil dengan riang macam kanak-kanak Ribena. Kenapalah aku suka sangat bila dia kata macam itu?


“Kenapa pula rindukan saya?” Main tarik tali.


“Tak menjadi kesalahan untuk rindukan seorang bakal isteri.”


“Tak salah pun.” Suka sebenarnya.


“Rasa tak sabar pula nak tunggu majlis kahwin kita nanti.”


Dia fikir macam itu? Lagilah buat aku terkinja-kinja nak menari pula. Menari lagu I Got A Boy. Sebab aku dah dapat boy yang sangat comel lagi segak. Awww! Kemudian, suasana jadi awkward. Macam inilah jadinya kalau berbual dengan seorang yang sangat pendiam.


“Awak, nanti kita nak honeymoon dekat mana?” Aku cuba hidupkan suasana.


“Saya tak kesah di mana-mana pun. Awak pilih saja tempat.”


Aku mula berfikir sejenak. Tempat paling menarik di Malaysia, banyak sangat. Sampai aku tak boleh nak pilih di mana aku mahu pergi bercuti. Tiba-tiba, terlintas satu tempat yang sangat sesuai kalau kami nak pergi honeymoon.


“Cameron Highlands, okey tak?” cadangku. Bolehlah kami berlari bersama-sama di taman bunga lavender sambil makan strawberi bersama-sama. Mesti romantik gila!


“Awak boleh tahan sejuk?”


“Mestilah. Saya pakailah baju sejuk tebal-tebal. Taklah sejuk sangat nanti.” Hal sejuk itu tak menjadi masalah pun pada aku. Janji, dapat bercuti di sana.


Don’t worry, dear. You’ll be warm with my hug.”


Dia… Yang cakap tadi, kan? Aku tak percaya. Budak skema lagi pendiam, cuba mengayat aku? Wah, sisi baru yang aku baru tahu tentang lelaki bernama Izz Daniel.


Speechless?” Dia tanya.


Yes, I’m speechless.


“Tadi, awak cakap nak pergi sana untuk honeymoon kita. Nak bertolak bila?”


“Ermmm… Keesokan majlis nikah kita, sesuai tak?”


“Okey.”


Aku masih terkedu dengan ayat dia tadi. Sungguh, dia benar-benar lain kali ini.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku