IMAMKU ENCIK PILOT
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Julai 2017
QASHA IRDINA, memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya setelah menghilang dan memutuskan pertunangan secara tiba-tiba. Dia cuma harapkan perkahwinan ini bakal menjadi bahagia. Namun, siapalah dia untuk mengecapi bahagian sedangkan dirinya tidak sempurna pun. Kemunculan pelbagai manusia telah menambahkan lagi rencah dalam kehidupan rumah tangganya. Namun, yang menariknya, siapakan lelaki yang sentiasa menyelamatkannya tanpa dia kenal identiti lelaki itu? Adakah lelaki itu suaminya... atau orang lain? Follow Pena Putera di : FACEBOOK : Pena Putera BLOG : karyapenaputera ILHAM : Pena Putera WATTPAD: PenaPutera NOVEL+ : PenaPutera
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
524

Bacaan






MAJLIS akad nikah berlangsung dengan lancar. Dengan sekali lafaz, aku sudah sah menjadi milik kepada lelaki bernama Izz Daniel. Sebenarnya, aku rasa lega kerana aku tahu, Daniel pasti boleh membimbing aku. Hakikatnya, aku tak rasa pun perkahwinan ini dibina atas dasar terpaksa, cuma tak tahulah untuk pihak Daniel pula. Kisah Hafiz, sudah lama kulupakan.


Setelah itu, kami mula bergerak ke hotel. Bersiap-siap mahu melangsungkan majlis resepsi antara kedua-dua belah pihak. Aku didandan dengan secantiknya oleh jurusolek. Aku benar-benar terpesona dengan wajahku yang tercalit mekap tebal ini.


“Tak pakai mekap pun cantik, dah bermekap lagi cantik!” puji jurusolek itu. Nak tunjuk baik dengan pelangganlah itu. Aku tak kesah, sebab dia dah buat kerja dia dengan baik.


“Pengantin perempuan, sila bersedia. Kita akan mulakan dalam lima minit lagi.” Arahan itu buatkan aku bangun dan mula bersedia. Aku rasa berdebar.


“Relaks, Qasha. Tarik nafas dalam-dalam. Belum malam lagi ini.” Ilyana mengusik sebelum aku tampar lengannya perlahan. Belum apa-apa lagi, dia sudah cerita malam.


Nasib baiklah dia sudi jadi pengapit aku.


“Aku rasa nak menangis bila kawan baik aku nak kahwin dah.” Ilyana buat muka sedih. Memang nampak sedih, sebab Ilyana masih belum kahwin lagi.


“Tak apa, jodoh kau itu mesti ada di mana-mana nanti.”


“Amin.”


Kami melangkah keluar dari bilik persalinan.





SELESAI semuanya, tinggal aku dan Daniel di dalam bilik. Kami menginap di suite yang diberikan pihak hotel untuk malam pertama kami. Exclusive suite dia beri. Aku pandang sekeliling, semuanya cantik terhias. Aku rasa terpegun dengan hiasannya.


Macam rumah design suite ini. Ada ruang tamu lagi. Sebab itulah, aku pilih lepak ruang tamu sebab takut nak masuk bilik tidur. Rasanya Daniel sedang mandi di dalam bilik air dalam bilik tidur kami. Kami? Ya, kamilah. Siapa lagi?


Mata fokus kepada televisyen, tapi kepala fokus tang lain. Apalah yang perlu aku buat sekarang ini? Tak akanlah aku nak makan Encik Kentang dengan Daniel pula.


“Qasha.” Suara Daniel menerjah telinga aku. Aku tergamam melihat Daniel yang berdiri di depanku dalam jubah mandi. Tangannya sedang mengelap rambutnya yang basah dengan tuala kecil. Kenapa dia nampak… Seksi?


Oh My God… Kenapa rasa tak keruan ini?


“Tengok cerita apa?” Dia duduk sebelah aku. Sempat mata aku terpandang dada bidangnya di sebalik jubah mandinya itu. Aduh, kenapa mata tengok situ. Gatal kau, Qasha! Lekas-lekas aku alih pandangan ke TV semula.


Tapi, kepala teringatkan itu semula. Hesy!


“Qasha, saya tanya awak tengah tengok cerita apa?” Daniel ulang soalannya.


“Tengok cerita… Yang stesen TV siarkanlah!” Aku tak tahu nak jawab apa sebab bukannya aku fokus sangat tengok TV pun.


Daniel labuhkan kepalanya di bahuku. Mataku menjuling. Gila! Aku rasa macam nak lari, tapi kaki terasa dipaku. Tak boleh bergerak.


“Tak nak tengok cerita lain? Macam bosan aje cerita ini.” Dia kata. Terus aku capai alat kawalan jauh dan serahkan kepada dia.


“Awak tukarlah channel. Saya tak tahu nak tengok apa.”


Daniel tak banyak songeh, terus tukar saluran. Cari rancangan yang menarik untuk ditonton.


“Awak lapar tak?”


Aku terus angguk. Memang perut lapar pun. Makanan tadi tak mengenyangkan aku. Sibuk sangat dengan macam-macam urusan. Nak bergambarlah, berswafotolah… Tak sempat nak isi perut banyak-banyak.


“Nak makan apa?” Dia tanya lagi. Aku terdiam sejenak.


“Makanan yang ringanlah. Tak nak makan yang berat-berat.”


“Baiklah.” Daniel bangun dan masuk ke biliknya. Barulah jantung aku ini boleh berdegup dengan normal semula. Sistem kardiovaskular aku pun tidak lagi sehebat tadi. Sudah kembali biasa.


Daniel keluar semula dengan pakaian tak formal dan keluar. Tak lama kemudian, dia muncul kembali dengan plastik putih di tangannya sebelum diletakkan di atas meja kopi di depanku. Dia duduk semula di sebelahku.


“Makanlah. Saya belikan untuk kita makan malam ini sambil tengok TV.”


Aku capai makanan ringan itu dan makan Twisties terlebih dahulu. Tiba-tiba, Daniel berbaring di ribaku. Again, my heart trembling so fast.


“Suapkan untuk saya.” Daniel tunjuk muka comel, macam budak-budak minta kena suap. Tanpa sedar, aku menurut saja. Aku suapkan dia juga. Macam kena pukau pula aku.


“Sedap,” pujinya sepatah sebelum matanya dialihkan ke skrin televisyen.


Aku buat tak tahu. Sambung makan semula. Kadang-kadang, aku suapkan Daniel jajan bila dia minta. Dia tak minta pun, aku suapkan juga. Rasa suka pula buat begini.




AKU menggeliat kecil. Perlahan-lahan mata dibuka dan mencari jam di dinding. Sudah pukul 6:47 pagi. Mujur tidak terlepas waktu Subuh. Masih sempat lagi dan aku bersyukur kerana Allah masih beri peluang aku untuk hidup hari ini. Alhamdulillah.


Ketika aku mahu bangun, terasa ribaku berat. Aku pandang bawah. Terkejut, sebab Daniel tidur dalam ribaanku! Jangan-jangan, semalam kami terlelap tanpa sedar ketika layan rancangan di televisyen.


Daniel mula menggeliat. Aku gelabah. Apa yang perlu aku buat sekarang ini? Mesti dia perasan nanti dia tidur di ribaku sepanjang malam semalam.


“Pukul berapa sekarang ini?” tanyanya sambil menggosok matanya.


“Dah pukul enam lebih.” Berlagak tenang aku cuba lakukan.


“Ya ke? Cepatlah ambil wuduk. Nanti terlepas waktu subuh.”


Aku angguk dan ikut dia masuk ke bilik.


Selesai sahaja solat subuh, Daniel terus ajak aku sarapan. Inilah solat subuh jemaah pertama kami dan aku rasa gembira amat. Semalam solat isyak pun asing-asing sebab kalut sangat. Maknanya, inilah solat jemaah kami berdua yang pertama.


“Sedap tak makanan itu?” tanya Daniel ketika aku menyudukan mushroom soup ke dalam mulut.


“Nak rasa?” Aku pelawa dia.


“Suapkan,” arahnya. Tanpa menunggu lama, aku suapkan juga dia sesudu mushroom soup. Tak tahu kenapa aku rasa nak buat begitu pula. Kemudian, dia tersenyum.


“Sedap. Bolehlah awak buatkan nanti.”


Suka-suka dia aje suruh aku buat nanti. Nasib baik kita ada perencah segera sekarang. Tak adalah susah sangat nak buat. Bukan ke begitu?


“Petang ini kita bertolak ke Cameron Highlands. Cuma, sebelum itu kita pergi jenguk rumah ibu dan ayah awak dulu. Semua berkumpul di sana, nak jumpa kita. Balik bilik nanti, kita kemas apa yang patut.”


Aku angguk tanpa banyak bunyi. Sebenarnya sudah tidak sabar lagi mahu pergi ke Cameron Highlands petang ini. Aku nak kutip buah strawberi banyak-banyak.




KETIKA sampai di rumahku, ramai sanak-saudara sedang menunggu kami. Keluarga belah Daniel pun ada juga. Aku mahu turun, tetapi awal-awal lagi Daniel tolong bukakan pintu untuk aku. Dia ini pun… Sengaja nak tunjuk sikap sweet dia itu. Mulalah orang lain mengusik kami.


Gentleman suami kau, Sha!” Suara seseorang mengusik kami. Aku tak tahu siapa, tapi terima kasihlah puji suami aku. Makin melambunglah saham dia.


Dalam ramai-ramai umat manusia itu, aku perasan Aunty Sarimah sedang memandang aku dengan pandangan meluatnya. Kenapa? Dengki bila tengok aku bahagia dan bukannya berlaku seperti apa yang dia fikirkan?


“Sampai pun pengantin baru kita.” Ayah menunjukkan muka manisnya. Aku tak tahulah, kenapa aku masih belum boleh berbaik dengan ayah. Memang ayah yang paksa aku kahwin dengan Daniel, tetapi kenapa aku rasa suka pula kini?


“Macam mana semalam?” tanya Abang Firdaus tanpa teragak-agak. Ini mahu kaki aku sampai ke muka orang. Soalan pun… Melampau!


“Macam biasa aje.” Daniel menjawab selamba. Masa itulah, yang lain mula pandang kami dengan pandangan penuh makna. Gatal juga keluarga aku ini. Mereka tak tahu, maksud Daniel itu memang biasa pun. Sebab tak ada yang luar biasanya!


“Biasa macam mana itu?’ Abang Firdaus tanya lagi.


“Ini kalau tak masuk hospital, kira dah baik sangat,” bidasku. Abang Firdaus ketawa mengekek.


Aku berlalu ke arah umi dan abah, mentuaku. Aku salam mereka. Kenalah jadi menantu yang baik, kan? Macamlah aku ini baik sangattt.


“Alhamdulillah. Lega umi lihat kamu berdua macam ini,” kata umi yang buatkan aku tidak faham. Maksudnya?


“Umi jangan risau. Kami bahagia.” Daniel membalas. Aku hairan, kenapa umi lega pula? Dia nampak kami ini bahagia sangat? Memang kami bahagia setakat ini, tapi aku tak tahulah esok lusa.


Kemudian, kami mula menjamu hidangan makan tengah hari yang tersedia. Semuanya sedap belaka. Ada gulai kawah, ayam percik, ikan siakap tiga rasa, sayur campur, kerabu pucuk dan macam-macam lagi. Meriah lauk makanan tengah hari kami.


“Gemuklah saya nanti.” Aku mengomel. Mana boleh tahan. Kecur liur ini.


“Boleh kurus balik. Apa susah?”


“Ingat senang ke?” Nak tambah berat, senanglah. Nak turun berat, susah gila!


“Saya boleh jadi personal trainer awak. Special for your, dear.” Dia berbisik perlahan di telinga.


Sumpah, aku rasa terharu sangat! Thank you, Daniel.


“Nanti, kamu nak pergi berbulan madu di mana?” Abah tanya. Wajah abah ada mirip dengan wajah Daniel. Mungkin, sebab itulah Daniel hensem sebab muka abah pun hensem juga walaupun dah berusia.


Nasib baiklah abah tak gunakan wajahnya itu sebagai modal untuk mengurat orang lain. Setia dengan umi.


“Cameron Highlands aje.” Daniel tukang jawab.


Sempat aku jeling sekilas Aunty Sarimah. Dia tersenyum sinis. Seakan nak cakap, Cameron Highlands aje? Dah, itu yang aku pilih. Jangan nak cakap suami aku ini kedekut pula.


“Kenapa tak bawa dia pergi tempat yang lebih romantis lagi? Waktu inilah nak semai perasaan cinta itu. Bukannya selalu dapat pergi.” Umi mencelah, seperti tidak puas hati.


“Saya yang pilih, umi. Bukan apa. Nak terokalah tempat yang menarik di Malaysia ini. Tak semestinya di luar negara sahaja akan dapat suasana yang romantis.” Aku tidak mahu Daniel dipersalahkan pula.


“Betul itu, Qasha. Macamlah di Malaysia ini tak ada tempat yang best. Banyak aje sebenarnya. Selalunya, orang kaya-kaya, memang tak pandang tempat-tempat di Malaysia ini. Dia pandang Paris aje kut!”


Aku rasa, Kak Lin perli Aunty Sarimah kut. Sebab Aunty Sarimah memang tak suka benar bercuti di Malaysia. Katanya panas. Tak tahanlah. Baik cuti luar negara yang sejuk-sejuk itu.


Sembang… Pergi Bali yang panas itu, boleh pula tahan.


“Mak long kalau banyak duit, pandang Mekah terus. Buat apa pandang tempat lain lagi?” Kegemaran mak long waktu-waktu ini. Tak boleh tertinggal bas.


Sempat aku pandang Aunty Sarimah. Wajahnya sudah masam mencuka. Terasalah itu!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku