IMAMKU ENCIK PILOT
Bab 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Julai 2017
QASHA IRDINA, memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya setelah menghilang dan memutuskan pertunangan secara tiba-tiba. Dia cuma harapkan perkahwinan ini bakal menjadi bahagia. Namun, siapalah dia untuk mengecapi bahagian sedangkan dirinya tidak sempurna pun. Kemunculan pelbagai manusia telah menambahkan lagi rencah dalam kehidupan rumah tangganya. Namun, yang menariknya, siapakan lelaki yang sentiasa menyelamatkannya tanpa dia kenal identiti lelaki itu? Adakah lelaki itu suaminya... atau orang lain? Follow Pena Putera di : FACEBOOK : Pena Putera BLOG : karyapenaputera ILHAM : Pena Putera WATTPAD: PenaPutera NOVEL+ : PenaPutera
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
526

Bacaan






“KENAPA degil bawa kereta sendiri, ini? Nanti balik, nak naik kereta siapa?” Daniel bercekak pinggang, dengan muka keliru seperti memikirkan sesuatu. Aku cuma sengih. Sengaja nak biarkan dia berteka-teki.


“Adalah. Bukan sengaja Qasha bawa kereta ini suka-suka. Qasha ada rancangan baik punya.” Aku angkat ibu jari ke atas. Daniel masih tak faham apa aku maksudkan. Macam mana nak faham, aku belum cerita lagi!


“Maksudnya?”


“Kita dating dengan kereta masing-masing. Abang dengan Qasha, Encik Macho dengan Cik Jelita. Macam mana? Okey tak idea Qasha?” Aku terangkan plan khas yang sudah dirancang.


“Dengan uniform macam ini?” Dia tunjuk baju uniformnya. Nampak seperti tidak senang riak wajahnya, seperti memikirkan yang dia kena dating dengan uniform tersebut.


“Tukar aje la uniform itu dengan baju lain. Qasha dah bawakan baju spare. Don’t worry.” Semuanya tanggung beres!


“Nasib baik. Kalau tak, segan abang dengan uniform ini. Pandangan orang jadi semacam saja kalau nampak.”


Aku mengukirkan senyuman. Sebenarnya, aku pun kurang selesa bila keluar dengan dia yang berpakaian begitu. Sebabnya, mestilah pandangan orang sekeliling. Ada saja yang akan pandang kami sampai pelbagai spekulasi yang dibuat.


Tidak hanya itu, ada pula tangkap gambar kemudian tularkan di media sosial. Siapa lagi yang nak buat semua itu kalau bukan sesetengah rakyat Malaysia yang laparkan like. Haha.


“Kejap, Qasha kata Encik Macho dan Cik Jelita? Apa maksud Qasha? Amboi, tak nak mengalah.”


Aku sengih sambil buat tanda peace di tangan kanan.


“Mana boleh abang seorang saja yang keretanya ada nama. Qasha pun nak juga.”


Attractive.”


“Huh?” Apa yang dia baru saja cakap sebentar tadi?


You’re so attractive. Tahu tak, awak nampak comel tadi, bila awak macam tak nak kalah. Macam budak-budak.” Kemudian, dia mendekatiku dengan tubuh tingginya. Waaa… Dahlah aku pendek. Pendek dengan tinggi purata perempuan-perempuan Melayu.


“Tinggi pun macam budak-budak.”


Aku tampar lengan dia. Daniel mengaduh kesakitan, namun ketawa selepas itu. Bukannya aku tak boleh terima hakikat, cuma aku tak boleh terima bila orang kata macam itu. Rasa macam kena ejek lebih kuranglah.


“Tapi, abang tetap suka. Comel.”


Comel? Terus aku buat muka comel ala-ala innocent. Haha.




PUTRAJAYA menjadi destinasi dating kami. Daniel sudah lengkap berpakaian T-shirt dan seluar slack hitam. Sudah bertransformasi menjadi manusia yang biasa-biasa saja. Aku lihat sekeliling Dataran Putra. Ramai yang datang bersama keluarga dan rakan-rakan.


Bila dalam keadaan begini, aku rasa seronok sangat kerana ada suami di sisi yang menemaniku. Suami yang aku tak jangka langsung malah tidak pernah terfikir. Bekas crush aje pun.


“Jadi, macam mana?”


Soalan Daniel kurang jelas. Macam mana apanya?


“Apa dia?”


“Apa yang awak buat sepanjang abang tak ada?”


“Tak banyaklah. Cuma, banyak habiskan masa dengan duduk rumah saja-saja.” Aku mengeluh bosan. Hakikatnya, memang bosan bila goyang kaki di rumah. “Tapi jangan risau. Drama Korea ada. Saya tak akan bosan lagi dengan adanya drama Korea.”


Itu kenyataan. Sambil layan, sambil terbayang. Kalau Daniel seperti hero-hero dalam drama itu… Oh my… I’m totally falling with him. More than now. Bagaikan ada daya tarikan yang lebih kuat daripada Daniel menarik aku lebih jauh ke dasar hatinya.


“Amboi… Layan K-Drama, eh?” Daniel pandang aku, mengejek. Seperti tidak puas hati dengan sesuatu.


“Tak rugi pun kalau tengok. Minat masing-masing.” Aku mencebik lalu menyilangkan tangan di dada. Kemudian, mataku tertangkap akan lori bergerak yang menjual makanan ringan seperti burger. Perut mula berkeroncong lalu aku pandang Damien. Muka kasihan aku tunjukkan.


“Kenapa muka macam itu?” Daniel kelihatan berasa pelik apabila memandangku. Aku tunjukkan dia ke lori bergerak yang menjual burger itu.


“Nak, ke?”


Lantas aku angguk. Dia memandang semula sebelum melihat aku kembali.


“Nak apa?”


Burger ayam. Special punya. Tapi, jangan letak banyak sangat tomato. Saya tak suka tomato. Sayur lain, saya suka.” Cerewetnya aku.


“Masih tak suka tomato?”


Aku geleng. Siapa yang kenal aku, tahulah aku memang anti dengan tomato. Aku dan tomato, macam musuh ketat. Hakikatnya, aku alergi dengan tomato.


“Haih… Ingatkan dah berubah. Tahu tak, tomato itu bagus untuk kesihatan?”


“Nak jadi doktor pula. Pergi ajelah. Dah lapar ni.” Aku tolak badan dia supaya dia cepat-cepat pergi. Daniel menurut sebelum melangkah ke sana. Setelah itu, mataku mula meliau ke arah Dataran Putra kembali. Menonton gelagat orang ramai yang datang berkunjung.


Pap! Seseorang dengan tanpa sengaja terlanggar aku. Hampir sahaja aku terjatuh. Mujur aku sempat imbangkan diri terlebih dahulu.


Damn!” Lelaki itu terus bergegas pergi, seperti terkejar-kejar sesuatu. Aku hanya maafkan saja, mungkin lelaki itu ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Tak baik nak sangka buruk walaupun aku sempat dengar lelaki itu berkata sesuatu yang tak senonoh.


Cuma yang aku kesal, tidak sempat aku melihat siapa lelaki yang telah menolak aku. Hanya suaranya saja kedengaran.


Ketika aku mengusap lengan yang ditolak bahu lelaki itu tadi, satu mesej mengetuk pintu masuk telefonku. Lekas-lekas aku membuka, takut mesej penting masuk.


My first warning! And my first introduction, sweetheart…


“Siapa itu?”


Aku menoleh lalu telefon di tangan cepat-cepat aku tutup. Mata Daniel aku tenung dalam-dalam. Otak ligat berfikir sesuatu. Apa yang perlu aku pilih antara berterus-terang atau beralasan? Aduhai, haru!


“Abang… Mana ada siapa-siapa. Mesej tak penting aje.” Beralasan juga aku pilih akhirnya.


Daniel tidak banyak songeh, terus mengajak aku mencari tempat duduk yang sesuai untuk kami berdua makan burger yang dibeli.


Suasana jadi sepi. Kejanggalan mula terasa antara kami berdua. Sebenarnya, aku serba salah nak cakap apa sebab kepala sekarang ini tengah fikir mesej tadi. Aneh… Memang mesej itu dituju kepada aku, ke? Atau cuma kebetulan sebab tersilap hantar?


Apabila teringatkan aku terlanggar seseorang tadi, aku yakin ini bukan kebetulan. Tapi, mengapa dia cari aku? Kenapa dia mahu memberikan aku amaran? Jangan-jangan, dia dengkikan kebahagiaan yang aku peroleh ketika ini.


Aku juga dapat rasakan, orang itu bukan orang yang aku kenali kerana dia kata ini adalah pengenalan pertamanya untukku. Paling aku gerun, dia panggil aku sweetheart. Jijiknya!


“Fikir tentang apa itu?”


Aku cepat-cepat geleng untuk soalan Daniel.


“Tak fikir apa pun.” Kemudian aku menjamah burger di tangan.


“Lepas ini, kita balik eh. Abang dah penat,” ujar Daniel seraya menguap perlahan. Aku angguk, memahami keletihan Daniel.




HUJUNG MINGGU, aku dan Daniel serta seluruh ahli keluargaku pulang ke kampung halaman sebelah ibu di Kelantan. Negeri Cik Siti Wan Kembang dalam panggilan lainnya. Kepulangan kami ke kampung ini bertujuan untuk memperkenalkan Damien kepada seluruh ahli keluarga belah ibu walaupun mereka sudah kenal. Cuma, kali ini untuk buat majlis kesyukuran di sana.


Lokasi pertama kami tiba adalah di rumah mek. Mek itu panggilan nenek aku dan mak kepada anak-anak nenek seperti ibu. Rindu betul nak jumpa dengan mek. Biasalah. Cucu manja, kan.


“Mek!” Aku terus tarik mek dalam pelukan. Kemudian, aku cium kedua-dua belah pipi mek dengan penuh kasih sayang. Mek hanya membiarkan, sebab dah biasa sangat. Nak marah, cucu pula.


“Datang-datang aje dah buat perangai dia. Manja betul!” Abang Firdaus mencebik. Aku jelirkan lidah. Depan mek, beranilah buat sebab mek mesti back up aku. Cuba depan ibu, dua-dua kena pulas mulut. Haha.


“Entah. Macam tak jumpa sepuluh tahun pula akak tengok.” Kak Anita menggeleng-gelengkan kepalanya.


Mek diam, hanya tersenyum. Seperti gembira benar bila melihat karenah cucu-cucunya. Walaupun cucu-cucunya sudah besar, namun umur mek masih panjang untuk melihat kebahagiaan anak cucunya. Sampai bercicit pun. Cuma, tak larat nak berjalan manalah. Mampu terduduk sahaja.


Macam sekarang, duduk di kerusi roda.


Alhamdulillah, rezeki mek.


“Ini ke tok laki mu, Qasha?” Mak Mah bertanya. Baru aku sedar kewujudan Mak Mah. Mak Mah ini kakak ibu. Dialah yang jaga mek. Dulunya, Mak Mah tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya. Namun, sejak kematian suaminya, Mak Mah memutuskan untuk tinggal bersama mek di samping membalas budi.


Aku sekadar mengangguk. Daniel terus bersalam dengan Mak Mah dan mek. Dia melemparkan senyuman kepada mereka. Pasti Daniel berasa segan dan masih belum biasa dengan mereka. Aku faham.


“Marilah masuk. Mak Mah gi buatkan air.” Mak Mah terus beredar pergi, manakala ibu pula menolak kerusi roda mek. Aku terasa tangan dipegang sesuatu. Lalu aku memandang, tangan Daniel sudah sedia memegang di situ.


Daniel kelihatan gugup.




“LAMA tak balik kampung.” Daniel menuturkan kata sambil lepak di pangkin. Aku cuma diam sahaja. Tidak banyak bising. Hanya melayan perasaan.


“Abang rindukan suasana kampung.”


Memang dia sudah lama sangat ke, tidak balik ke kampung sehingga suaranya seperti kesal akan sesuatu? Aku tak faham. Bagaimana aku nak faham, kalau cerita tentang Daniel aku tak tahu sepenuhnya. Waktu inilah aku kena ambil tahu. Aku ada hak untuk mengetahuinya juga.


“Kenapa dah lama tak balik kampung?” Aku memandang dia yang asyik melayan ketenangan jiwa.


Dia tidak membalas, namun tersenyum.


“Orang tanya ini, jawablah.” Boleh pula senyum-senyum. Ingat aku faham?


“Biasalah. Keluarga kalau tak bergaduh, mana boleh jadi keluarga.”


Kiranya, masalah keluargalah ni. Ada apa dengan keluarga Daniel? Aku tak pernah tahu pun. Ketika di majlis kahwin kami dulu pun, tak nampak macam ahli keluarga Daniel yang lain seperti ada masalah.


“Besar sangat masalah itu?”


Dia angkat kedua-dua belah bahu.


“Entahlah.”


“Boleh pula cakap macam itu.”


“Abang tak nak ambil peduli pun. Bukannya ada kaitan dengan abang, tapi tempiasnya terkena kepada abang. Tak apalah, Allah itu ada. Dia tak akan biarkan abang terus menjadi mangsa keadaan. Allah pasti akan tunjukkan jalan penyelesaiannya.”


Sifat ingin tahuku semakin membuak-buak. Mendengarkannya, sudah aku tahu begitu besar masalah keluarga Daniel. Kalau tidak, tak mungkinlah sehingga Daniel menjadi tempiasnya walaupun bukan kesalahannya.


“Kiranya, masalah adik-beradik? Antara mak ayah abang dengan yang lainlah?”


Dia angguk. “Kadang-kadang, hidup ini tak selalunya indah, kan? Kita nampak ada matahari, menerangi hari kita. Tetapi, tidak menerangi kehidupan kita.” Daniel bermadah kata dengan ayat sastera.


“Abang silap. Matahari dapat memberikan tenaga haba yang sangat banyak dan salah satu punca utama bagi tenaga haba. Bila kita sebut pasal matahri dan haba, sudah pasti berkait dengan panas. Kehidupan kita begitu juga. Pasti akan ada panasnya.” Aku bermadah kata dengan ayat sains.


“I need you in my side.” Daniel meletakkan kepala di bahuku. Aku terpegun seketika, namun membiarkan sahaja. Cuma, sedikit kaget dengan tindakan dan kata-kata Daniel.


“Janji… jangan tinggalkan saya.”


Janji? Apa yang perlu aku jawab? Sedangkan perkahwinan ini dibina atas dasar tiada cinta. Aku akui, dalam hati ini, sudah mula berputik sesuatu rasa terhadap Daniel. Cuma, aku masih belum berani meluahkannya.


“Sayang?”


“Ya?” Dia panggil aku sayang?


“Awak tak akan tinggalkan saya, kan?”


“Ermmm… Saya…”


I love you so much…”


Daniel… Kata… Dia cintakan aku? Apa telinga aku benar-benar mendengar yang benar, bukan kesilapan? Tapi, kenapa secepat ini Daniel meluahkan rasa cinta kepada aku? Dia benar-benar cintakan aku, ke?


“Saya tak pernah menipu.” Kedengaran satu suara berbisik di telinga.


Andai awak tahu sesuatu… Saya pun cintakan awak, Daniel!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku