Hanya Dia Untukku
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Julai 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
390

Bacaan






“ Ayu, sure ke kita kena bermalam dekat sini ke? Aku seganlah dengan family kau,” Farisha menarik-narik tangan Ayuni sambil matanya meliar meneroka persekitaran rumah Ayuni yang sedari tadi membuatkan dia terpegun melihat rumah banglo milik keluarga gadis itu. Ayuni hanya ketawa melihat keletah Farisha.

“ Tidur sinilah. Best apa, boleh pillow talk dengan aku.” Terangkat-angkat kening Ayuni mengusik Farisha.

“ Alah, kalau setakat pillow talk dengan kau dekat hostel pun dah hari-hari buat sampai naik muntah hijau aku ni ha,” Farisha mencebik bila menyedari yang Ayuni saja mengusik dia.

“Jom masuk dalam,aku kenalkan dengan family aku. Jangan risau, family aku semua sporting.” tanpa menunggu balasan daripada Farisha, Ayuni terus menarik tangan kawannya itu ke dalam rumahnya. Kedatangan mereka disambut oleh seorang wanita berumur dalam lingkungan 50an namun masih kelihatan anggun dan jelita.

 “Mama, this is my lovely,cutey and kepochi friend, Farisha Inara. In, ni mama aku Puan Sri Zahida ” Farisha segera bersalaman dengan Puan Sri Zahida.

“ Sihat auntie? Ibu dengan daddy saya kirim salam,” katanya sopan.

“ Alhamdullilah, sihat. Waalaikumussalam. Meh duduk minum air dulu ya. Baru naik atas rehat,” balas Puan Sri Zahida lembut.Air dituang dan diberikan kepada Farisha.

“ Kakak dengan abang mana ma? Papa pun Yuyu tak nampak,”

“ Kejap lagi baliklah tu. Tadi papa ada je,tapi tiba-tiba ada urgent case tu yang keluar kejap pergi pejabat walaupun cuti harini. Kak Zuain heret kak Zurin dan Abang Zuhail kamu beli barang dapur untuk kesok. Abang Zuhayr kamu balik pagi esok, dia outstation ke Langkawi.” terang Puan Sri Zahida.

“ Selama ni auntie asyik dengar Yuyu cerita je tentang Inara, cantik kamu ya. Alahai,tak puas auntie tengok. Janganlah malu-malu anggap je auntie nie macam mama sendiri ” Pujinya lagi. Farisha hanya tersipu-sipu malu mendengar pujian dari wanita anggun itu.

“ In ni mula-mula je malu ma. Karang bila dia dah terbiasa ha tak terlayan kot mama nanti dengan perangai dia,” usik Ayuni. Suka dia melihat wajah kawannya yang dah bertukar kemerahan itu.

“ ooo kau depan mama kau sedaplah membahan aku ya.” Terhambur terus ketawa Ayuni mendengar kata-kata dari Farisha.

“ See, i told you before, ma.” Puan Sri Zahida hanya ketawa melihat gelagat dua gadis dihadapannya. Senang hati melihat anaknya mempunyai kawan yang baik seperti Farisha kerana dia tahu Ayuni bukanlah seorang yang senang bergaul dengan orang yang dia tidak kenali. Sesekali dia terpegun melihat senyuman yang terbit dari Farisha,manis sekali ditambah dengan dua lesung pipit yang terserlah menyebabkan Farisha nampak begitu comel dimatanya.

********************************************************************

Tangan Farisha lincah memotong buah apple untuk dijadikan pencuci mulut nanti. Semalaman berada bersama keluarga Ayuni sedikits ebanyak membuatkan dirinya mula selesa, tangannya mula mencapai buah oren pula sambil dia menyanyi perlahan. Langsung dia tidak sedar ada mata yang sedang memerhatikan tingkah lakunya.

“ What are you doing here,young lady?” suara itu mengejutkan Farisha,nasib baik tangannya tidak terkena pisau.Perlahan-lahan kepalanya menoleh kearah suara yang menegurnya tadi.

“ Awak..?” dahinya mula berkerut. Zuhayr hanya diam bersandar di tepi dinding dapur itu.

“ Do i must repeat a same question again?”  ‘aik,pehal macam kerek semacam je mamat ni? Haritu jumpa bukan main tersenyum lagi,’ guman Farisha didalam hati.

“ In, dh settle ke potong buah?” kemunculan Ayu betul-betul menyelamatkan keadaan.

“ Eh, Abang Zuhayr dah balik? Tak perasan pun,” katanya lagi. Zuhayr hanya diam sambil membuka peti ais mengambil segelas jus.

“ Abang sampai subuh tadi, manalah Yuyu nak perasan. Mama kata majlis start petang,tu abang kalut balik awal juga tup-tup mama kata majlis start lepas Isyak.”  Zuhayr mula mengatur langkah untuk keluar dari ruangan dapur itu namun tertahan apabila adiknya bersuara.

“ Abang, ni kawan Yuyu dekat kampus. In, ni abang aku Zuhayr Aakif. In, aku nak ajak kau pergi Tesco kejap,mama suruh beli barang. Jomlah,aku tunggu di luar,” kemudian Ayuni mengorak langkah keluar dari ruangan dapur itu.

“ Nama apa ?” soal Zuhayr dengan lagak dingin sampai Farisha agak musykil dengan sikap lelaki itu.

“ Farisha Inara,” jawabnya sepatah lalu keluar mengikut Ayuni yang sedang menunggunya di luar.

********************************************************************

Malam itu, sebaik sahaja tetamu semua sudah bersurai, Ayuni sekeluarga duduk bersantai sambil masing-masing sibuk bercerita itu ini. Farisha dan Fauzi hanya ketawa melihat keletah Ayuni bersama keluarganya.

“ Kau tak nak balik lagi ke Zi?Amboi kau,syok noh duduk lepak dekat rumah bakal mertua,” usik Farisha.

“ Tadi lagi aku nak balik, tapi kawan kau tu tak bagi. Aku rasa macam dia ada benda nak kenakan kita tu,” bisik Fauzi perlahan. Farisha hanya menjungkitkan bahunya tanda dia tidak tahu.

“ Okey semua. Perhatian ya,” Suara Ayuni yang menggunakan microphone itu mengejutkan semua orang. Entah bila dia memasang microphone itu pun Farisha tidak tahu. Hatinya mula berdetak tidak tenang.Matanya memandang Fauzi. Terangkat kening Fauzi memberi isyarat yang dia juga tahu apa yang bakal berlaku nanti.

“ Memandangkan hari ni hari istimewa Yuyu,Yuyu nak request lagu. Yuyu nak Farisha dan Fauzi menyanyi satu lagu untuk Yuyu,boleh?” pintanya sambil memandang kedua insan yang disebut nama itu.

“ Ayuni... Tak baik tau request benda pelik-pelik,” Tegur Puan Sri Zahida.

“ Please..” permintaan Ayuni tidak begitu besar bagi Farisha lalu dia mula bangun.

“ Fauzi, jomlah. Kita duet lagu tu,” kata Farisha. Fauzi turut bangun dan mula melangkah ke hadapan. Microphone dipegang erat. Nasib baik cuma tinggal ahli keluarga Ayuni, ini pun dia dah rasa malu semacam. Tidak pernah dibuat orang, pergi ke rumah bakal mertua dan diminta menyanyi pula oleh buah hatinya.

“ Maaf ya kalau suara tidak sedap,” ucapnya.Melodi muzik mula berkumandang. Ayuni tersenyum. Masing-masing terpaku mendengar kelunakkan suara Fauzi. Farisha hanya tersenyum mendengar suara Fauzi berkumandang. Bait lirik mula bermain di mindanya.


We exchanged our last goodbyes as we sobbed

We hugged each other tight

Saying how much our hearts ached

Because we didn’t treat each other well

As we wiped each other’s tears away

After a long time passes and things become okay

Let’s meet again as friends and stay by each other’s side

After saying those words

We hugged for the last time.


Mata Farisha mula tertutup tanda amat menghayati lagu itu. Giliran dia pula untuk menyanyi menyebabkan hatinya terasa nyilu tiba-tiba.


Right before we parted i couldn’t hold it in

And i asked you a really stupid question

Can’t we just not break up?

Even though it was over

Then you, also stupidly, couldn’t answer

You just blankly stared at me because we already know

Because we know too well it was so scary to break up

Because  the sun was so bright

Because the sun was so warm

My tears dried up faster than I thought

Because I felt like I was going to die

I couldn’t even breathe but because the sun was so bright

Because the sun was bright, it was alright

Zuhayr tidak lepas memandang Farisha yang seakan tenggelam dalam dunianya sendiri. Suara itu begitu lunak dan mendayu.Tepukan gemuruh dari keluarga Ayuni membuatkan Farisha tersedar dari dunianya.Perlahan-lahan bibirnya membuahkan senyuman manis terasa puas hati mendapat respon yang positif dari semua orang.

“ Auntie tak sangka yang Farisha dengan Fauzi pandai menyanyi,”

“ Diaorang ni juara pertandingan vokal duet kampus kot ma,tidak Yuyu tak requestlah kat diaorang. Setakat suruh diaorang menyanyi ni, kira makanan diaoranglah,” sampuk Ayuni. Farisha hanya ketawa sahaja, malas nak mengulas apa-apa kerana dia lebih selesa begitu.

“ Pandailah kamu tu,Yuyu.” Celah Tan Sri Yazid pula. Kepala digeleng melihat karenah anak perempuan bongsunya itu.


************************************************************************

“ Buat apa seorang diri disini,” soal Zuhayr. Dari tadi dia memerhatikan Farisha yang seakan ralit memikirkan sesuatu.

“ Saja,” balas Farisha malas.

“ Sedap suara awak,”

“ Xie xie,”

“ Bu Ke Qi,” Segera Farisha menoleh memandang Zuhayr yang tersenyum mengusik.

“ Awak ni kan, kejap ok. Kejap lagi dingin pastu kerek,ish tak faham saya,” rungut Farisha.

“ Mana ada saya kerek,” Zuhayr mengerutkan dahinya.

“ Pagi tadi tu apa?” jeling Farisha. Tidak faham dengan sikap lelaki itu.

“ Saya baru sampailah pagi tadi, penat lagi.Tak sangka jodoh kita panjang ya,sampai ke rumah saya awak ikut,”

“ Eh hello, saya datang sebab Ayuni ok.Jangan nak perahsantan sangat ya Encik Zuhayr,” balas Farisha bersahaja.

“ Whatever. I do think that we are meant together,” ucap Zuhayr selamba.

“ No. We are not meant to be because i already has someone i loved. Lagipun lepas ni kita mungkin tak akan berjumpa lagi ”  terang Farisha. Dia takut melihat Zuhayr yang seakan-akan mengambil peluang untuk mendekatinya. Seraya itu,terdengar hilaian ketawa dari Zuhayr.

“ Relax,young lady. Saya bergurau je pun.Saya tahu awak dah ada someone special. Yuyu dah warning keras dah dekat saya tadi,” teringat Zuhayr kata-kata adiknya yang gadis dihadapannya ini sedang dalam penantian. Terus sahaja hasrat hatinya dibuang jauh-jauh.

“ Tapi, urusan jodoh kita tidak tahu kan. Mana tahu suatu hari nanti, kita akan berjumpa lagi dan saat tu awak pun tak mampu nak menyangkal hati awak dari mahu terus bersama saya,”

Tajam dan bermakna kata-kata Zuhayr itu lalu perlahan-lahan dia mula mengorak langkah untuk meninggalkan gadis itu sendirian.

 

 

 

 

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku