Datuk or Dato' ?
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Julai 2017
Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi pendamping hidupnya itu mempunyai pelbagai ragam dan karenah yang malas dilayannya. Manakan tidak, suka sangat bongkak dengan harta dan pangkat yang ada. Nasiblah ada dirinya, Xendra Aira mengawal dan mentarbiah lelaki itu. "Setakat jam yang dah habis bateri tu? Buang jelah." - Putera Rayqal "Boleh baiki kot, apa masalah awak?" - Xendra Aira "Baiki? Tolonglah. Harta aku terlampau banyak. Setakat beli lagi satu, ibarat tak sentuh lansung duit dalam akaun aku tu." - Putera Rayqal "Bongkak!" - Xendra Aira
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
596

Bacaan






“Mummy, daddy, tok ayah dan tok mak tidursini ye.” Ajak aku selepas semua tetamu yang lain sudah pun beredar. Waktusekarang pun dah lewat malam. Kesian pula pada mereka yang sudah pun penatuntuk memandu pulang ke rumah.

“Boleh je. Tapi sebelum semua naikberehat, mummy ada nak buat perhitungan sedikit.” Kata mummy membuat akutersenyum kelat.

“Ala mummy, dah lewat dah pun ni.Esok-esok la ye kita buat perhitungan.” Cuba memujuk mummy.

“Perhitungan apa, mummy?” Pergh, soalanRay ni bukan menyelamatkan keadaan.

“Sejak bila si Puteri tu balik Malaysia?”Aku nampak muka Ray kelat. Rupa cicak telan kapur dah.

“Macam mana mummy tahu?” Pura-purabertanya.

“Cerekarama yang ditayang depan mata kamitadi, apa benda?”

“Jap, sejak pukul berapa mummy dengansemua ada dalam rumah ni?”

“Erk, mereka semua dah ready dekat dapurdari waktu Ray balik tadi.” Dia memandang aku. Aku pula membalas denganrenungan yang tajam. Malu yang menyelubungi diri ini hanya Tuhan sahaja yangtahu.

“Puteri datang sebab ada urusan denganRay je mummy.” Mulut mengkhianati tuan. Masih lagi mahu ‘back up’ si suami.

“Iye ke?” Tok Ayah menjeling aku. Akumembuat reaksi menzipkan mulut.

“Yes, I admit that she is back. But, nowXendra Aira have become my wife.” Terang Ray.

“Ray, terus terang dengan tok mak. Kamuada masih perasaan dengan Puteri ke?” Aku memandang kearah dirinya.

5 minit telahpun berlalu tapi Ray masihberdiam. Aku nampak dah buktinya sekarang. “Dah tu. Jom tidur. Mesti semua dahpenatkan.” Senyum cuba diukir di wajahku.

Semua dah aku hantar masuk ke dalambilik. Tok ayah yang masih berdiri di depan pintu cepat-cepat aku tolak masukke dalam bilik. “Tok ayah pergilah tidur. Esok untuk sarapan Xen masakkan nasilemak dengan sambal udang kegemaran Tok ayah.”

“Xen, maafkan tok ayah.” Dah kenapa pulaorang tua ni minta maaf tiba-tiba. Aku rasa yang salah sekarang ni, aku.

“Bukan salah tok pun. Selagi Xen jadiisteri kepada cucu tok, in sya Allah Xen akan jaga cucu kesayangan tok tusebaik mungkin.”

“Walaupun tidak dicintai.” Katakuperlahan.

“Dah tu, pergi tidur sana. Tok nak esokada nasi lemak dan sambal udang buatan cucu menantu tok ni.” Tok mengusaplembut kepalaku.

Selepas pintu bilik itu ditutup, akumengeluh berat. Perkahwinan kami masih mentah pasti ini satu ujian yangdiberikan Allah untuk mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri. Berat hatiingin membuka pintu bilik kami. Walaupun aku tahu Ray pasti sudah berada didalam memikirkan isteri tak jadi yang baru ditemui siang tadi. Bila terfikirbalik dengan cerekarama mereka petang tadi sebelum sambutan hari jadi tadi. Akumerasa keliru dengan luahan itu, sama ada jujur atau hanya kata-kata di bibirsahaja.

“Maafkan saya.” Aku melangkah ke bilikaku terletak disebelah bilik kami. Tubuh yang letih direbahkan di atas katilyang empuk. Teddybear besar dipeluk ketat. Air mata yang cuba ditahanperlahan-lahan mengalir.


DONT FORGET TO COMMENT... atulaisy97@gmail.com 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku