Datuk or Dato' ?
Bab 13
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Julai 2017
Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi pendamping hidupnya itu mempunyai pelbagai ragam dan karenah yang malas dilayannya. Manakan tidak, suka sangat bongkak dengan harta dan pangkat yang ada. Nasiblah ada dirinya, Xendra Aira mengawal dan mentarbiah lelaki itu. "Setakat jam yang dah habis bateri tu? Buang jelah." - Putera Rayqal "Boleh baiki kot, apa masalah awak?" - Xendra Aira "Baiki? Tolonglah. Harta aku terlampau banyak. Setakat beli lagi satu, ibarat tak sentuh lansung duit dalam akaun aku tu." - Putera Rayqal "Bongkak!" - Xendra Aira
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
753

Bacaan






Ray di bilik tidak duduk senang. Masihmenunggu isterinya masuk ke dalam bilik mereka. Dia perlu menerangkansegalanya.

“Aduhai, mana Aira ni?” Jam yang melekatdi dinding di pandang sekilas. 1 jam dah berlalu tapi kelibat isterinya masihtidak lagi kelihatan. Tombol pintu yang menghubungkan bilik mereka dengan bilikAira dipulas perlahan.

“Patutlah lama aku tunggu kesayangan akuni. Dekat sini rupanya.” Ray memandang wajah lembut itu. Air mata yang mengalirdi mata itu disapunya. ‘Aduhai Ray, walaupun kau mengatakan yang diri kau sudahjatuh cinta pada gadis ini tapi hati kau masih lagi mengingat kenangan kaudengan Puteri.’ Bisik hati Ray.

Kemunculan Puteri sewaktu hatinya inginmembuat keputusan terganggu. Dia tidak tahu dan tidak pasti dengan hatinya.Wajah cantik Puteri yang melangkah masuk ke pejabatnya tadi terbayang dimatanya. Kenapa perempuan yang ingin dia angkat darjat sebagai isterinyalarikan diri? Padahal mereka sudah pun bercinta dalam jangka yang lama. Terpaksadia mengahwini gadis polos ini.

“Don’t leave me!” Tersedar Ray darimengelamun bila Aira meracau-racau.

“Shussh.” Ray mengangkat teddy bear besaritu letak ketepi dan dia menggantikan dirinya ditempat teddy bear besar itu.Semakin erat pula rangkulan di pinggangnya. Dadanya dijadikan bantal oleh Aira.

Aku mencelikkan mata. Tubuh yang inginmenggeliat membeku. Otak masih proses memikirkan bagaimana aku boleh tidurberalaskan pakcik ni. Aduhai nak biarkan sahaja tak patut pula sebab nanti diaterbabas subuh dosa dekat aku juga. Haish, Xen ni kan tanggungjawab.

“Ray. Ray.” Tubuh itu digoncang lembut.

“Hmm.” Ray menggeliat kemudian menarikaku semula ked alam pelukannya. “Puteri. Baby kenapa ganggu I tidur ni?”

Dada yang rasa pedih aku cengkam.“Rayqal, bangun. Subuh ni.”

“Eh, Aira.” Ray menggosok matanya. ‘Duhaimacam mana boleh sebut nama Puteri pula.’

“Ya, saya Aira belum tukar jadi Puteriawak lagi. Saya nak subuh dan sediakan nasi lemak untuk sarapan.” Kaki aku bawake bilik mandi untuk bersihkan badan.

Lama aku berendam di dalam tub yangdipenuhi air. Shower yang dipasang juga menyirami hati yang terluka ini.


DONT FORGET TO COMMENT... atulaisy97@gmail.com 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku