Datuk or Dato' ?
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Julai 2017
Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi pendamping hidupnya itu mempunyai pelbagai ragam dan karenah yang malas dilayannya. Manakan tidak, suka sangat bongkak dengan harta dan pangkat yang ada. Nasiblah ada dirinya, Xendra Aira mengawal dan mentarbiah lelaki itu. "Setakat jam yang dah habis bateri tu? Buang jelah." - Putera Rayqal "Boleh baiki kot, apa masalah awak?" - Xendra Aira "Baiki? Tolonglah. Harta aku terlampau banyak. Setakat beli lagi satu, ibarat tak sentuh lansung duit dalam akaun aku tu." - Putera Rayqal "Bongkak!" - Xendra Aira
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
581

Bacaan






Lincah tangan Aira menyediakan sarapanmereka pada pagi ini. Dia hanya duduk di counter table dan memerhati isterinya.“Nak aku tolong apa-apa tak?” Ray Cuma berbasa-basi menghilangkan rasa janggaldiantara mereka.

“Tak perlu. Selagi saya jadi isteri awak,saya akan sediakan makan minum awak.” Jawab gadis itu tanpa menoleh.

“Aku…” Ray buntu.

“Rasa sambal ni. Sedap tak?” Airamengacukan sesudu sambal ke mulutnya. Sedap macam selalu.

“Sedap.”

“Amboi, sweetnya anak dan menantu mummyni.” Mummy menegur kami yang leka merenung antara satu sama lain.

“Assalammualaikum dan selamat pagi mummy,daddy.” Aira menyapa dan berpusing semula ke arah dapur mengacau sambaldimasaknya.

Langkah Aira yang menghidangkan sarapandi meja diikuti Ray dari belakang. Terkejut Ray apabila Aira berpaling kearahnya. Aira yang juga terkejut mengundur ke belakang dan kakinya tersadungkaki meja. Pantas Ray merangkul pinggang isterinya mengelak dari tubuh iturebah.

“Erk, thanks.” Dada Ray ditolak.Terlampau dekat jarak antara mereka, nampak riak muka Aira yang tidak selesadengan keadaan mereka. Malah, kelakuan romantic mereka itu menjadi tontonanpada mata daddy, mummy, tok ayah dan juga tok mummy.

“Dah tu Ray, sat gi lepas kami baliksambunglah.” Sakat tok ayah.

Aku merasa semua memandang ke arahku.“Jemput makan semua.”

“Muka dah merah macam tomato. Malu-malupula dengan kami.” Sakat daddy.

“Daddy, kesian isteri Ray ni. Makin merahpula, tengok tu sampai ke telinga merah.” Kata dari mulut Ray lagi membuat akumenunduk malu.

“Cukuplah tu. Tok ayah…” merengek akupada tok ayah. Tok ayah pula boleh ketawa besar. Ish.

Ray membaca doa makan dan kamimasing-masing menjamu selera yang aku sediakan. Tak lekang pujian dari mulutdaddy tentang sambal udang. Suka dan kembang hati bila semua duk puji. Tapi Rayasyik dengan makanannya. Sedap sangat kot sampai tak mampu berikan apa-apakomen. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku