Datuk or Dato' ?
Bab 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Julai 2017
Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi pendamping hidupnya itu mempunyai pelbagai ragam dan karenah yang malas dilayannya. Manakan tidak, suka sangat bongkak dengan harta dan pangkat yang ada. Nasiblah ada dirinya, Xendra Aira mengawal dan mentarbiah lelaki itu. "Setakat jam yang dah habis bateri tu? Buang jelah." - Putera Rayqal "Boleh baiki kot, apa masalah awak?" - Xendra Aira "Baiki? Tolonglah. Harta aku terlampau banyak. Setakat beli lagi satu, ibarat tak sentuh lansung duit dalam akaun aku tu." - Putera Rayqal "Bongkak!" - Xendra Aira
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
863

Bacaan






 “Awaknak pergi mana?” aku menegur Ray melangkah keluar dari pintu rumah. Tubuhnyatersarung t-shirt polo hitam dan dipadankan dengan jeans hitam. Raybandigantungkan di kolar baju. Macam nak pergi dating sahaja lagaknya.

“Aku ada hal dengan geng aku.” Jawabnyadan tubuh itu hilang dari pandangan mata. Untuk pertama kali suaminya itukeluar pada hujung minggu berjumpa dengan gengnya. Teringat lagi minggu keduamereka berkahwin, dia sendiri pernah bertanya tidak keluarkah lelaki itumenemui raka-rakannya. Tapi hanya dibalas dengan “Tak, sebab diaorang semuahabiskan masa dengan isteri dan aku pun macam tu.”

Tapi, ini. Padahal, keluarga suaminyabaru sahaja meninggalkan rumah 30 minit yang lepas. Bosanlah aku macam ni. Nakbuat apa ye.

Kini jam sudah menginjak pukul 8 malam.Tapi Ray masih lagi belum pulang ke rumah mereka. Aku berguling malas di ataskatil. Lantas, aku bangun dan menuruni tangga. Tangan mengusap sofa yangmenerbitkan kenangan manis diantara mereka berdua. Tapi,kekal ke kenangan itujika hanya dari pihaknya sahaja mencintai.

“Puan, kenapa puan tidur disini?” Gayahmengejut isteri majikannya.

“Eh, Gayah. Pukul berapa dah ni?” Mataaku meliar mencari kelibat Ray. Walaupun hati berat mengatakan yang dia tidakpulang malam tadi.

“Pukul 10 pagi dah, puan.”

“Astaghfirullahalazim, subuh. Terlepas.”Mana tidaknya aku menahan daripada tidur. Walaupun tika itu jam di Astro sudahmenunjukkan pukul 3.30 pagi. Tak akan dia tidak masuk pejabat hari ni.

“Thanks kejutkan saya, Gayah.” Akumelompat bangun dari sofa dan laju memanjat tangga.

Telefon yang berada di tangan sekejap di‘on’ sekejap di ‘off’ kan oleh Aira. Gadis itu memikirkan sama ada dia perlumenelefon sahabat suaminya untuk bertanyakan keadaan suaminya itu atau tidak.Lafaz bismillah terucap dibibir Aira dan nombor telefon Najmi didail.

“Yes, sis. Can I help you?” suara Najmidi corong telefon menjawab seperti operator telefon.

“Assalammualaikum, bro.”

Najmi menjawab salam. Tiada kata-katadari Aira. “Kenapa sis? Tiba-tiba, call. Dato’ Sri tu tak jeles ke?”

“Naj.”

“Kenapa kau ni? Kalau senyap macam ni,baik tak yah call. Banyak kerja ni.” Aira terkulat membisu. Rasa serba salahmengganggu waktu kerja Najmi.

“Sorry la. Aku just nak tanya, semalamkau orang balik pukul berapa yea?”

“Semalam. Aku duduk rumah je bermanjadengan isteri aku.” Pergh tak bertapis lansung.

“Ray cakap kau orang ajak lepak tengahhari semalam.” Beritahu aku.

“Eh mana ada. Kau merepek apa ni?”pertanyaan Najmi sudah cukup jelas pada aku. Siapalah aku untuk menghalang diadaripada keluar masuk dari rumah ni. Rumah ni pun milik dia, aku ni hanyamenumpang sahaja dengan harta dan kesenangan yang dia ada.

“Tak ada apa-apa. Saja aku kenakan kau.Dah pergi sambung buat kerja kau. Mentang boss tak masuk suka pula kau ye gantidia jadi boss.”

“Kau salah telan ubat ke pagi ni? Bossaku tu suami kau. Suami kau masuk ofis je macam biasa, tapi siap dengan pakejseri pengantin lagi. Tersengih sorang-sorang.” Apa yang berlaku sekarang ni?

“Naj, aku letak dulu. Bye. Kirim salamdekat isteri kau.” Panggilan itu dimatikan. Aku memeluk teddy bear besar,hadiah dari Ray semalam. Kalau kau orang ingat, benda berbulu yang aku pelukwaktu lampu terpadam tu. Mr. Teddybear ni la. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku