Cinta Si Darah Muda
Intro
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 Julai 2017
Kata orang cinta darah muda selalunya dipenuhi dengan kemanisan. Tapi di mana letaknya manis itu jika tanda-tanda keretakan mula terlihat? Mampukah mereka mempertahankan mahligai yang mereka bina tanpa rasa cinta itu? Selami kisah antara Qalisa Nabila dan Danish Arfan dalam Cinta Si Darah Muda...
Penilaian Purata:
427

Bacaan






Berkahwin pada usia yang muda bukanlah sesuatu yang diimpikan Qalisa selama ini. Lebih-lebih lagi jika bakal suaminya itu bukanlah lelaki yang dia cintai. Namun apakan daya, semuanya telah dirancang kemas oleh papanya sehingga dia tiada ruang mahu membantah. Tambahan pula dia sudah termakan ‘jerat’ papanya. Antara rela dan tidak rela, terpaksa juga dia akur dengan kehendak papanya itu.

Tapi semuanya tidak berhenti setakat itusaja. Menerima keputusan papanya itu bukanlah bermakna dia merelakan dirinya untuk menjadi isteri kepada lelaki yang tidak dicintainya itu untuk sepanjang hayat. Pelbagai rancangan telah diatur rapi untuk membuatkan suaminya itu berputus asa dengan dirinya.

“Awak tahu kan saya ni macam mana orangnya? Saya suka bersosial, suka keluar pagi dan balik malam, tak suka memasak, tak suka kemas rumah, tak suka basuh baju dan macam-macam lagilah perkara buruk yang saya suka buat. Boleh ke awak bertahan nak hidup dengan saya untuk selama-lamanya? Awak tak rimas?” - QALISA NABILA

“Selagi mana awak tidak melanggar hukum Allah dan menjatuhkan maruah saya sebagai seorang suami, InsyaAllah saya boleh bertahan dengan awak. Lagipun, Allah dah menciptakan setiap pasangan itu untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kalau itu kekurangan awak, saya sedia membantu. Awak jangan risau.” - DANISH ARFAN

Bagi Danish, amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya perlu dijaga dengan baik. Kerana itu dia sentiasa bersabar dengan segala yang dilakukan oleh Qalisa walaupun kadang-kala perbuatan isterinya itu ada yang mengguris perasaannya sebagai seorang suami.

Namun, kesabaran seorang manusia ada hadnya. Jika selalu saja disakiti dan dianggap seperti tidak wujud, siapa yangboleh bertahan?

“Awak baru sedar ke sekarang ini yang awak ada suami? Sebelum ini awak anggap saya sebagai apa? Tunggul kayu?” -DANISH ARFAN

“Saya sedar yang saya dah buat satu kesilapan yang besar. Tolonglah maafkan saya...”- QALISA NABILA

Kata orang cinta darah muda selalunya dipenuhi dengan kemanisan. Tapi di mana letaknya manis itu jika tanda-tanda keretakan mula terlihat? Mampukah mereka mempertahankan mahligai yang mereka bina tanpa rasa cinta itu?


p/s: cerita ini akan bermula tidak lama lagi. untuk mendapatkan lebih update, boleh terus follow akaun wattpad saya. https://www.wattpad.com/user/shaqiriman




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku