Merpati Putih Hitam
Mepati Putih Hitam
Genre: Cinta
Kategori: Puisi
Paparan sejak 09 Julai 2017
Cinta Yang Hilang
Penilaian Purata:
367

Bacaan






Iring dan lagakmu

memang pernah ku tau

ku teliti gerak dan susukmu

mekar tubuhmu semakin kelabu.

 

Benar,

kaulah merpati

yang dulunya di puja

kerna sirna manja dan auramu

membuat sang pemikat termangu

 

Oh!, merpati kesayangan

kini kembali pulang

Tapi alangkah sayang, gerak layangmu

tidak lagi selincah dahulu

 

Bagaimana kau tahu?

menjejak udara yang sama

setelah bermusim menghilang

dari ladang dan tanah lapang?

 

Kini kau datang lagi

bersama teman yang baru

membikin hatiku bertambah walang

 

Tiada apa lagi di sini

yang boleh diharapkan


Aku bukan lagi sang pemikat

aku hanyalah peladang

yang menggali haluan sendiri

Di atas tanah yang usang

Dengan kudrat yang semakin hilang

 

Pergilah, terbanglah tinggi-tinggi

Menyongsong angin yang menderu


Tiada apa lagi di sini

Hanyalah tinggalan kisah silam


Aku di sini

sudah tega ditemani 

siulan beburung kecil

Di tanah nan gersang

Di hujung tanjung terbuang






 Pinji Ria

Mohd Fauzi Abdul -    090717

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku