Tuhan, Izinkan Aku Mencintainya
BAB 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Julai 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
535

Bacaan






Sayup-sayup terdengar suara cengkerik memecah kesunyian pagi.  Dia menggeliat perlahan apabila terdengar suara cengkerik bersahutan pula dengan azan subuh di masjid kampungnya.  Sekilas matanya memandang pada jam di meja tulisnya, hadiah pemberian rakan sekelas pada majlis pertukaran hadiah yang diadakan pada tiga tahun lepas…Jam itu masih setia disitu, seperti tiga tahun lepas, masih tidak berganjak kedudukannya.


Terasa seperti waktu berlalu begitu pantas, tidak terkejar rasanya.  Dia bergerak kearah jendela, dikuaknya perlahan.  Terasa amat damai apabila hembusan bayu menyentuh pipinya. Indahnya ciptaanmu Ya Allah..dia memanjatkan rasa syukur…Al-hamdulillah,aku masih bisa bernafas pada waktu pagi yang sebegini indah…bangunlah umat Nabi Muhammad sekalian, tinggalkan mimpi-mimpi indah kalian…Tangannya menyapu lembut wajah, ingin buat seketika dia merasakan ketenangan pagi yang begitu menyentuh perasaan.


Dia membuka daun pintu untuk menuju kearah dapur, sarapan wajib disediakan sebelum dia bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Dari dapur kedengaran suara ayah melaungkan azan…dia tahu pasti ketiga-tiga adiknya akan menjadi makmun pagi itu…dia bercuti, jika tidak, pasti dia juga akan berjemaah bersama adik-adiknya.


Apa nak masak pagi ni ea…Dia termenung sendirian…andailah arwah mak masih ada,pasti aku tidak pening untuk memikirkan apa yang perlu dimasak setiap hari.  Mak…Along rindu…masih sempat hatinya berlagu kepiluan.  Kepiluan yang bertandang hanya seketika apabila dia disedarkan dengan keriuhan suara adiknya yang berebutkan bilik air.  Suasana begitu walaupun kadangkala boleh membuatkan hatinya yang tenang menjadi tegang tetapi dia hanya membiarkan.  Dia sudah tidak punya kudrat untuk memarahi adiknya setiap pagi kerana pagi keesokannya perkara sebegitu tetap berlaku. Seketika,matanya melirik ke arah jam yang tergantung di ruang dapur yang sederhana besar, alamak… Sudah menginjak ke angka 6.45 pagi!

Matilah aku!


Apanak masak ni??

…………………………………………………………………………

“ Alamak…nasi goreng lagi..bosan la…”

Imran yang sudah siap berpakaian mengeluh apabila terlihat makanan yang terhidang di hadapan matanya.


“ Apa adik ni…makan aje la...kesian Along, dah penat-penat masak...bukan nak ucap terima kasih”


Hardina, adiknya yang kedua sempat memarahi adik lelaki tunggalnya.  Dia hanya tersenyum.  Kata-kata Imran tidak langsung meninggalkan kudis…dia tahu Imran hanya meluahkan apa yang dirasa.  Budak-budak tidak pandai untuk menyimpan apa yang mereka rasa...semuanya akan diluahkan…Tangannya sempat menyapu lembut rambut adik lelaki tunggalnya itu. Tumpah perasaan kasih yang amat mendalam dalam dirinya.  Antara mereka empat beradik, Imran paling tidak bernasib baik, langsung tidak sempat untuk merasakan kasih sayang daripada arwah ibu mereka.  Siapa sangka,ibu bertarung nyawa saat mahu melahirkan adik lelaki tunggalnya itu.  Sejak daripada itu, dialah ibu dan dialah juga kakak bagi adiknya yang seramai tiga orang itu.


“ Adik..tak sedap ke Along masak?” 

Dia tersenyum memandang Imran yang seakan sudah tidak sabar mahu menjamah nasi goreng yang masih lagi berasap.


“ Adik bukan cakap tak sedap tapi adik cakap dah bosan nak makan nasi goreng. Along masak memang best! Tak ada sape leh lawan... kan Uteh…”


Emm..bodek! takut tak dapat makan la tu…Dia menyembunyikan senyum dalam hati.  Faham benar dengan karenah adik yang seorang itu.


“Makan cepat Adik…Along tak nak Adik terlewat, sebagai ketua kelas…”


“Adik kena tunjukkan contoh yang baik!”


Belum sempat dia mahu menghabiskan ayat, Imran terlebih dahulu menyudahkannnya.  Mungkin kerana dia seringkali berpesan perkara yang sama telah menyebabkan Imran sudah tahu apa yang ingin diakatakan.  Imran anak yang bijak!


 “ Emm…Angah ada sesuatu nak cakap ngan Along kan?”


Haryani,adik ketiganya yang nampak seperti tidak berselera tajam merenung ke arah Hardina.  Dia kehairanan.  Kenapa dengan adik-adiknya?


“Apa pulak Angah? Kan semalam Yanie yang nak cakap?”


Ada nada kemarahan dalam suara Hardina.  Dia semakin gelisah.  Pagi-pagi lagi adik-adiknya mahu membuat suasana menjadi tegang dan perkara seperti itulah yang tidak disukainya.


“Ada apa ni Dina? Yanie? Cuba cakap ngan Along…Jangan nak bertekak depan rezeki.  Tak elok…Lagipun sekarang ni awal pagi…Berapa kali Along nak pesan, awal-awal pagi kita kena ceria, kena tenang…Barulah rezeki masuk…Ilmu pun senang nak masuk…”


Dia cuba mengawal suaranya agar tidak nampak apa yang berada dalam hatinya saat ini.  Dia cukup tahu, andai begitulah tingkah adik-adiknya, pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh mereka.


“Emm…Along, cikgu Angah dah mula tanya Angah…Bila nak jelaskan yuran Kem Pemantapan Kendiri…” 


Dengan lambat-lambat, Hardina cuba untuk bersuara.  Dia mengeluh lega…Ingatkan apa benda la tadi…Dia tersenyum.  Menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.


“ Along,Uteh pun sama…Cikgu nak buat kem motivasi untuk pelajar tingkatan tiga. Cikgu minta seratus…”


Dia hanya mampu mengangguk.


“Dina…Yanie…Esok Along kasi yea…Along dapat gaji hari ni. Boleh tak bagitahu cikgu minta tangguh sampai esok?”


Dia memandang wajah kedua-dua  adiknya yang sudah mula mempamirkan wajah ceria. Dia cuba untuk menahan rasa sebak yang mula bertandang. Kesian adik-adiknya! 

  

“Terima kasih Along”


Hardina bangun daripada kerusi yang didudukinya dan bergerak perlahan-lahan menghampirinya. Tubuhnya dirangkul erat. Dia hanya mampu membalas perlahan. Pipi adiknya itu dicium.  Inilah harta yang telah arwah ibu amanatkan untuknya. Inilah hartanya dunia dan akhirat dan dia sudah berjanji dengan diri sendiri untuk menjaga adik-adiknya dengan sebaik mungkin.


“ Along,nak tambah!”


Imran mula menjerit. Mungkin bosan melihat tingkah drama sebabak yang berlaku didepan matanya itu.


“Adik, tak boleh ke tambah sendiri? Tengoklah Along…Kan Uteh dah cakap, jangan manjakan sangat Adik ni…Memualkan!”

 

Haryani menjeling tajam ke arah Imran yang hanya tersengih.


“Uteh jeles! Along sayang Adik lebih….Along sayang Adik…”


“Sudah-sudah…Kan Along dah cakap yang Along tak suka adik-adik Along bergaduh depan rezeki. Makan cepat, nanti terlewat nak masuk sekolah. Dina dah habis makan kan? Tolong Along bawakan sarapan untuk ayah”


Saat dia menuturkan ayat tersebut, dia perasan dari ruang tamu rumah, ayahnya hanya mampu memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk diatafsirkan…Seketika,tangan ayahnya seperti menyapu titisan jernih yang mengalir di pipi tuanya. Dia terkaku, pandanganya tumpah pula pada kaki kiri ayahnya yang telah tiada…


................................................................................................................................................

 

 

“Tini..ada stok baru sampai.  Kamu susun ikut rak yea..”


Dia hanya mengganguk.  Faham dengan tugasan yang perlu dilakukanya.  Itulah rutin seharianya, menyusun buku dan menjadi jurujual. Jika tidak ada pelanggan, masanya banyak dihabiskan dengan membaca novel dan majalah yang terdapat di kedai tersebut. Dia amat suka membaca dan itu menjadi satu sebab mengapa dia memohon kerja di situ.  Serasanya sudah hampir tiga tahun dia bekerja di situ, bukan tidak ada tawaran kerja yang lebih baik tetapi dia lebih senang di situ.  Dekat dengan ayah dan adik-adik. Sekurang-kurangnya, dia masih boleh menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan kakak. 


 “ Cik, saya naktahu..apa buku keluaran terbaru NB KARA?”


Dia menoleh apabila terasa yang suara tersebut begitu hampir denganya.  Dia tersenyum walaupun senyumanya tidak disambut oleh pemuda di hadapannya ini.

 Uih..sombong! hatinya mengutuk…   

     

“Kat sini adalah buku-buku keluaran terbaru Alaf 21 dan NB KARA… saudara boleh pilih sendiri.  Stok baru sampai pagi tadi”


“ Saya tak pandai nak pilih..sebab tu saya tanya awak. Kalau tak, apa guna awak jadi pekerja kat sini”


Dia terkejut. Sinis. Tajam.  Dia menahan sabar..pemuda itu adalah pelanggan..pelanggan sentiasa betul…Mukanya masih lagi dimaniskan.


“Saya rasa elok encik cuba baca buku ni..dengarnya sambutan yang diterima amat memberangsangkan…karya Norhayati Berahim...”


Dia menghulurkan salah satu buku yang berada di rak tersebut.  Buku yang dihulur tidak disambut.  Dia hanya menahan sabar dengan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh pemuda tersebut. Apa lah malang nasib, baru sekerat hari bekerja dah jumpa manusia macamni…Hebat sangatkah kau manusia sehingga boleh belagak sombong macam ni?


“ Kenapa bagi kat saya? Bungkuslah! Itu pun nak kena ajar ke?”


Dia terkejut.  Terasa ayat yang diluahkan oleh pemuda berlagak di depanya ini terlalu kasar.  Darahnya naik sampai ke kepala..ada jugak aku hempuk  buku ni kat kepala mamat ni!  baru dia tau langit tu tunggi ke rendah.


“Berapa?”

 “Rm 24.90”


Dia menjawab ala kadar.  Malas mahu melayan karenah manusia yang tidak pandai untuk berbudi bahasa.  Bukankah rakyat Malaysia kaya dengan budibahasa..budi bahasa budaya kita..kononnya! Seboleh mungkin dia cuba berlagak tenang dan berusaha untuk tidak mamandang wajah pemuda tersebut.


 “ What? Buku macam ni pun mahal?”


Ada nada ketidakpusan dalam suara pemuda sombong itu.


Ish..ini dah melampau.  Dia mengetap bibir..tadi berlagak, tak kan sebuah buku yang tak sampai lima puluh ringgit dah komlen….apa punya manusia la mamat ni…


“Awak nak beli ke tidak?” Dia seperti sudah kehilangan sabar.


“Eh..awak jangan nak perli saya lak..saya ada duit tau!” Pemuda itu membulatkan mata.  Dia hanya membalas.  Apa? Ingat aku takut?


“Ada saya cakap awak tak ada duit? Saya Cuma tanya awak nak beli ke tidak buku ni?”


“ Tapi pertanyaan awak macam perli saya…” Pemuda tadi masih mahu melancarkan peluru terhadapnya.


 “ Awak jangan nak memanipulasikan ayat saya…”


Hartini dah mula rasa nak muntah.  Dia sebenarnya cukup pantang bila berdepan dengan manusia yang sombong tidak bertempat.


“Awak jangan nak belagak dengan saya, boleh tak?”


Dia mengurut dada.  Matanya tercari-cari kemana menghilangnya Maisara iaitu bos dan merangkap pemilik kedai buku MaisaraEnterprise.


 “ Encik, sebenarnya encik datang ke kedai ni nak bergaduh dengan saya atau nak membeli buku?”


Dia mengangkat buku yang berjudul ‘Layang-layang Terputus Tali’ karya Norhayati Ibrahim itu tinggi-tinggi. Serasanya selama hampir tiga tahun dia bekerja disini, tidak pernah lagi dia berhadapan dengan pelanggan seperti pemuda yang berada di depannya ini.


 “ Mestilah nak!”


Dia terus memasukkan buku tersebut ke dalam beg plastik. Dia mahu pemuda tersebut cepat-cepat pergi daripada kedai. Mahu segera menamatkan segala sengketa yang tercetus dan yang paling penting dia tidak mahu membuang masa untuk melayan karenah manusia sombong di hadapannya itu.


 “ Terima Kasih…Datang lagi..”


Dia memaniskan wajah dalam keadaan terpaksa. Pemuda itu mengambil buku yang berada dalam tanggannya dengan kasar. Tanpa menjawab apa-apa, pemuda itu terus melangkah pergi dan tidak menoleh lagi.


Dia mengurut perlahan dadanya. Ya Allah, berikan aku kesabaran….


…………………………………………………………………


“Tini, ini gaji bulan ni…”


Maisara menghulurkan sampul berwarna biru kepadanya. Dia menyambut dengan rasa kesyukuran. Tidak sabar rasanya mahu memberikan sedikit duit daripada gajinyaitu kepada kedua adiknya iaitu Hardina dan Haryani. Dia tidak mahu adik-adiknya merasakan kesusahan yang telah dia rasa sedikit waktu dulu. Dia pernah merasa peritnya mahu membayar yuran peperiksaan setiap tahun dan sukarnya menahan rasa apabila baju sekolah yang dipakai jarang berganti. Dia masih ingat, pernah dia menahan perut pada waktu rehat kerana mahu menyimpan duit sekolah sebanyak seringgit sehari yang ayah berikan. Ah! Kenangan waktu persekolahan memang sukar untuk dilupakan!


“ Tini…”

Terasa ada tangan menyentuh bahunya. Dia tersedar. Jauh benar dia mengalamun rupanya!


“Tini, mari kita duduk-duduk sekejap. Akak ada perkara nak tanya Tini…”


Dia mengerutkan dahi tanda tidak mengerti namun kakinya digagah jua mengikut gerak langkah Maisara. Dia dan Maisara duduk di atas sofa pada ruangan yang agak kecil, memang dikhaskan oleh Maisara untuk pelangan yang ingin berurusan dengannya dalam hal jual beli buku.

Tidak sampai seminit duduk dengannya, Maisara bangun dan menghampiri pintu utama kedai. Tanda ‘open’ digantikan dengan‘closed’.


“Ada apa Kak?”


Dia bertanya.Bimbang kalau-kalau ada tingkahnya yang tidak menyenangkan Maisara.


“Tini ada masalah?”  Maisara memulakan bicara.


Hartini hanya tersenyum. Sejak daripada dulu lagi, dia amat mengkagumi keperibadian majikannya itu. Sudahlah cantik, berbudi bahasa pula…


“Tak ada apa kak…Kenapa?”      

     

“Akak nampak muka Tini macam orang yang ada masalah. Ceritalah kat akak, mungkin akak boleh tolong…”


“Akak…Saya tak ada masalah. Terima kasih sebab ambil berat pasal saya. Akak jangan bimbang ye, kalau saya ada masalah…Saya pasti akan cerita kat akak…”


Dia mengemgam erat tangan Maisara yang telah dia anggap lebih daripada seorang majikannya. Maisara tersenyum manis.


“Lega hati akak bila dengar Tini cakap macam tu. Akak bukan apa, cuma risau kalau-kalau Tini dirundung masalah…Sebab akak tahu, Tini dah banyak diuji…”

Seperti ada nada pilu di situ.


“Akak…Bukan ke semua orang yang lahir kat muka bumi ni akan diuji? Apa la sangat ujian yang saya dapat jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih teruk…Sekurangnya saya bersyukur kak, Allah mahu menguji saya…Itu tandanya Allah sayangkan saya…Kan kak?”


Dia bersuara tenang. Maisara hanya mengangguk.


“Akak kagum ngan Tini..Tini gadis istimewa…”


“Jangan memuji saya kak..Saya masih banyak kekurangan yang akak tak nampak”


Dia sudah tertunduk malu walaupun dia sedar Maisara sudah banyak kali memujinya.


“Emm…Sebelum akak terlupa, tadi akak ada belikan banyak lauk untuk makan malam. Akak dah asingkan untuk Tini separuh. Balik nanti, makan dengan ayah dan adik-adikTini…”


Maisara seperti mahu bangun daripada tempat duduknya.


“Tak payah lah akak…” Dia sudah terasa serba salah. Maisara terlalu baik!


“Tini…Akak beli banyak,mana habis kalau akak makan dengan abang Norman. Tini ambil ye..Akak tahu Tini letih, hari ni pelanggan kita ramai…So,malam ni Tini tak payah la masak”


Hartini membalas senyuman Maisara. Tuhan, terima kasih! Dia mengucap syukur…

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku