Tuhan, Izinkan Aku Mencintainya
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Julai 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
403

Bacaan






Dia cepat-cepat menyusun mangkuk ke atas meja dan dimasukkan lauk yang diberikan oleh Maisara kepadanya petang tadi. Hatinya berbunga riang, bagaikan ada kuasa yang menariknya agar segera menyudahkan kerjanya dan segera memasuki kebilik. Sambil memasukkan lauk, bibirnya sempat menyanyikan lagu Maher Zain…Insya-allah


“ Yani…Tengok Along ni, happy semacam jer! See…she had a huge smile across her face!”


Hardina yang baru selesai solat tersenyum-senyum apabila melihat kakak kesayangannya  ceria.


“Alah Angah ni, buat-buat tak faham pulak…Kan siang tadi abah cakap ada surat  daripada Johor!”

Diabuat-buat tidak dengar. Sudah masak dengan perangai adiknya yang suka benar  mengusik tentang hubungannya dan Saiful, pemuda sekampung yang telah lama  berkawan baik dengannya sejak di bangku sekolah lagi.


“Iya? Patutlah tadi Angah dengar ada orang tu tak nak makan. Ingatkan tak ada  selera sebab letih kerja, rupanya dah kenyang dengan surat cinta!”


Haryani  yang mendengar sudah ketawa kuat.


“Ish…Korang ni, tak baik tau ketawakan Along. Dah, pergi panggil Imran sama..Apala yang dibuat  anak teruna sorang tu.Dina, jangan lupa bawakan nasi ni untuk ayah…”


“Baik!”


Serentak kedua adiknya itu menjawab dengan disusuli ketawa riang. Dia bergerak cepat menghampiri pintu biliknya dan dikunci rapat. Hardina dan Haryani bukan boleh percaya. Tak pasal-pasal dia diusiknya lagi.

            ..............................................................................................................


Dia mencapai sampul surat berwarna coklat yang berada bawah bantalnya dengan seribu rasa yang sukar diungkap. Sejak dahulu lagi, Saiful tidak akan lupa untuk mengutus berita buatnya walaupun hubungan antara mereka berdua sekarang semakin  jauh. Saiful anak ketua kampung, sudah pastilah tidak sukar buat pemuda tersebut  untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dia juga pernah  menyimpan angan, mahu bersama-sama Saiful mendaki menara gading…Mahu mencari sebanyak mungkin ilmu…Tetapi mana mungkin…


‘Assalamualaikum…Hartini…’

Epul mengharapkan kedatangan surat ini akan mengurangkan  kerinduan Tini pada Epul…(Rindu ke?)

Tini sihat? Epul kat sini tak berapa sihat…Asyik demam  kura-kura…Teringatkan Tini..hehe…

Tini,

Epul nak bagitahu yang minggu depan Epul terlibat dengan  program Baktisiswa yang diadakan di Sabah. Insya-allah, Epul akan berada kat  sana selama seminggu. Tini doakan Epul selamat pergi dan selamat kembali…

Tini,

Epul rasa bahagia sangat dapat kenal gadis sebaik Tini,Epul harap Tini dapat tunggu Epul…Dah tak lama, ni semester terakhir Epul…

Emm…Epul rasa cukuplah setakat ini dahulu untuk kali ini.Tini jaga diri bebaik!

Ingat, Epul sentiasa sayangkan Tini dan hubungan kita…

Salam Sayang,....Epul..



Hartini melipat kemas surat yang baru diterimanya itu, hatinya berbunga kebahagiaan. Baginya, bertemu dengan lelaki sebaik Saiful merupakan anugerah terindah yang  dimilikinya selain daripada keluarganya sendiri. Kesusahan yang dihapinya dan  kekangan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading bukan alasan untuk Saiful  meninggalkannya. Dia teringat kembali detik pertemuan yang telah merapatkan hubungan mereka berdua pada empat tahun lalu…



“Emm…Saya terlewat hantar buku ni seminggu. Kena denda ke?”


Ada riak kesalan pada wajah putih bersih itu. Hartini hanya tersenyum. Tangannya menghulurkan jadual yang mengandungi butir-butir bayaran yang perlu dijelaskan oleh pelajar Sek.Men. Tengku Ampuan Intan sekiranya terlewat untuk menghantar buku.


“Seringgit empat puluh sen…” Hartini hanya memerhatikan tingkah yang dipamirkan oleh pelajar di depannya itu yang memakai tag nama ‘ Saiful’…


“Rasanya jumlah tu tidaklah membebankan jika nak dibandingkan dengan kesalahan awak”


Hartini bersuara apabila melihatkan keadaan Saiful yang masih tidak mahu menunjukkan  tanda-tanda mahu menjelaskan denda kelewatan tersebut. Saiful yang asyik  membelek jadual denda tersebut terasa yang Hartini seperti menyindirnya. Dia  mengangkat muka. Mata mereka bertatapan seketika. Ada debaran yang aneh muncul secara tiba-tiba dalam hatinya apabila matanya menatap sepasang anak mata redup pemilik nama ‘Hartini’…


“Bayaran boleh dijelaskan di kaunter sana Saiful…” 


Hartini sengaja menekan  sedikit suaranya agar Saiful yang sedang asyik memandangnya itu akan tersedar.  Sempat matanya memerhatikan beberapa orang pelajar yang keluar masuk ke dalam perpustakaan sekolah yang sedang berbisik sesama mereka. Mungkin pelik melihat  tingkah Saiful yang seperti terkena sumpahan. Hanya berdiri terpacak seperti tiang eletrrik sambil memerhatikannya.


“Haa? Err…Kat mana?” Saiful tergagap-gagap.


 “ Kat kaunter sana Saiful. Kaunter saya hanya untuk urusan peminjaman dan pemulangan buku”


Hartini  berkata sambil tangannya menunjuk ke arah belakang Saiful. Saiful berpusing, barulah dia sedar ada deretan pelajar di belakangnya dengan membawa beberapa  buah buku.


“Ops…Maafkan saya…”


Saiful terasa pipinya sudah merona kemerahan. Dia bergerak pantas meninggalkan kaunter yang dijaga Hartini dan menuju ke arah kaunter yang bersebelahan dengan pejabat perpustakaan.  Setelah selesai menjelaskan bayaran, matanya sempat menoleh ke arah Hartini yang juga sedang memandangnya dengan senyuman yang sungguh manis pada  pandangannya. Aduh! Ibu, anakmu ini terkena panahan cinta! Saiful tersenyum keseorangan dan melangkah menuju ke arah kantin sekolah.


            …………………………………………………………………………………..


“ Tini”


Dia  mengangkat muka apabila mendengar namanya dipanggil. Terlihat olehnya Adila  yang tersenyum simpul kepadanya. Dia memandang keadaan sekeliling yang agak  bising, emm…masing-masing dah berumur 17 tahun tetapi perangai mengalahkanbudak-budak!


Pantang cikgu tidak ada, kelas pasti akan jadi macam pasar… Dia menutup buku teks  subjek Sejarah di tangannya dan bangun untuk mendapatkan Adila yang merupakan sahabat  baiknya sejak kecil lagi.


“Kenapa kau datang sini? Kelas kau tak ada cikgu jugak ke?” Dia menampar lembut pipi gebu si teman yang mulus.


“Ada…” 


Ada?  Hartini terperanjat. Setahunya, Adila bukan seorang pelajar yang  suka ponteng kelas. Malah, temannya itu merupakan pelajar harapan sekolah untuk  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi.


“Ada tapi aku dah tak larat nak dengar Cikgu Rosmah membebel…So,aku keluar pergi  tandas. Lagipun, aku nak sampaikan amanah orang kat kau ni..”


Adilamengenyitkan mata. Nakal!


“Amanah apa? Boleh tak kau jangan merepek pagi-pagi macam ni?”


Hartini  terasa seperti Adila mahu main-mainkannya.


“Eh, kot ye pun...Kau jangan la marah aku. Pagi-pagi dah angin…Kenapa ni? Kau  datang bulan ea…” 

Adila sudah ketawakannya.


Diamenampar bahu si teman yang sungguh enak mempermainkannya.


“Aku bukan marah kau…Aku cuma tak suka kau bazirkan masa untuk datang ke kelas aku. Cepat cakap, amanah ape yang kau bawa ni sampai sanggup keluar kelas…”  

Dia  bersuara tegas.


“Ada orang kirim salam” Adila senyum.

“Itu aje?”


Hartini tenang.

           

 “ Eh…Kau tak nak tanya siapa?”

 Adilaterkejut.


“Dapat keuntungan ke kalau aku tanya siapa…”


Kali ini Hartini pula mahu main-mainkan Adila…Namun, dalam hatinya hanya Allah yang  tahu betapa gementarnya dia menerima apa yang dikatakan oleh Adila sebentar  tadi.


“Mestilah!” Adila bersungguh.

 “ Contohnya…?”

            

“ Emm…Sebab dia baik,hemsem,kacak,bergaya…”


Kali ini Hartini pula yang tidak dapat menahan daripada ketawa. Apa yang dikatakan  Adila amat mencuit hatinya. Ada ke pelajar kat sekolah ni seperti yang dikatakan Adila?


“Kenapa kau gelak? Tak baik tau…” Adila menarik muncung. Panjang sedepa!

“Siapa pemuda malang tu?” Hartini bertanya.


 “ Buat masa sekarang aku tak boleh  bagitahu lagi kat kau sebab tuan empunya badan belum izinkan. Tapi kau jangan  bimbang, tak lama lagi kau sendiri akan tahu”


“Lah…Tadi kau yang beriya-iya nak bagitahu aku. Sekarang ni, nak main  rahsia-rahsia pulak! Menyampah macam ni…”


Diapura-pura merajuk.


“Alah, tadi kau juga yang macam tak berminat. Sekarang ni nak jauh hati ngan aku  lak…”

Adila  memulangkan buah paku keras kepadanya. Dia terkena!


 “ Kalau macam tu, tak apala…Sekarang ni, amanah kau dah sampaikan. So, beban kat bahu kau dah takada…Boleh la kau balik ke kelas sekarang”


Tanggannya  mengibas ke arah belakang kelas insyarat mahu Adila segera berlalu daripada  kelasnya.


“Iya la..Aku tahu…Aku pergi dulu la. Rehat nanti, kau jaga library tak?”


 “ Kenapa?”


“Emm..tak ada apa lah! Ok la, aku pergi dulu…kelas kau bisinglah!”


Amboi..belum sempat dia mahu menjawab kata-kata Adila, temannya itu terlebih dahulu mengorak langkah. Tak apa…hatinya bersbisik.

Emm…Siapa  ya??


.................................................


Hartini tergopoh gapah mengemaskan buku-bukunya dengan memasukkan kesemuanya ke dalam beg sandangnya. Hatinya berdengup kencang! Cikgu Rosmaini masih setia  menantinya untuk dibawa ke hospital. Air mata sekan mahu menitik tetapi sedaya  upaya ditahannya. Dia tidak mahu cepat mengaku kalah. Lagipun, dia masih tidak  tahu apa yang terjadi pada ayah. Namun, dia juga tidak dapat menipu perasaan  sendiri, hati kecilnya sudah berentak sendu!


“ Tini…Kuatkan  semangat ye…”


Dia  hanya mampu mengangguk. Langkah kakinya bergerak pantas untuk bersaing dengan langkah kaki Cikgu Rosmaini, Cikgu Kaunselor yang amat prihatin dengan  kebajikan pelajar di sekolahnya. Dengan menaiki kereta Proton Waja berwarna  biru lembut, ia meluncur laju menuju ke arah Hospital Kuala Berang. Sepanjang perjalanan, dia hanya diam membisu. Tidak ada kudrat untuk menuturkan sebarang kata. Kerisauan yang bersarang menambahkan lagi bebanan perasaan yang ditanggungnya.

           

“Nurse, Mohd Hanafi Zainal wad mana?”


Buru-buru dia bertanya.


“Sekejap. Saya cek…”


“Dia baru dimasukkan tadi…” Hartini seperti mahu menangis.


“Saya tahu…Tunggu saya cek sekejap ye…”


Dia terdiam. Mungkin dia tidak seharusnya bersikap begitu kepada nurse yang bertugas di kaunter pertanyaan tersebut.


“ Tini,sabar…Jangan stress macam ni...Insya-allah, ayah awak tak apa-apa”


Dia  mengangguk.


“Mohd Hanafi Zainal…Emm, boleh saya tahu apa hubungan Cik dengan pesakit?”

“Saya anak dia!”


“Pesakit bernama Mohd Hanafi Zainal sudah dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu…Sepuluh minit yang lalu”


Ya Allah!

Lutunyaterasa lembik. Tangannya menggeletar.


“Ke…kenapa dengan ayah saya?”


“Ayah cik memerlukan pembedahan segera. Saya rasa elok cik ke sana segera”  Hartini terasa mahu pitam. Dia sempat memegang tangan Cikgu Rosmaini sebelum Cikgu Rosmaini mengheretnya keluar daripada Hospital Kuala Berang dan kembali  memasuki kereta untuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.


“Ayah saya cikgu…” Dia sudah tersesak.


“Sabar Tini, cikgu yakin ayah Tini tak apa-apa. Mungkin pembedahan dilakukan  untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku. Sebelum kita tahu keadaan sebenar, Tini tak perlu menekan perasaan sendiri…Simpan air mata tu. Tini kena  kuat untuk adik-adik Tini”


Lembut suara Cikgu Rosmaini untuk memujuknya. Dia bagaikan terubat seketika tetapi  perasaanya kembali bercelaru apabila memasuki wad empat. Wad yang menempatkan  ayahnya di situ.

“Emm..Kamu berdua ada hubungan dengan pesakit?”


Seorang doktor berjambang yang membawa fail memerhatikan dia dan Cikgu Rosmaini dengan pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan.


“Saya anak dia” Dia bersuara lemah.


Sign di sini…Kami perlu melakukan pembedahan ke atas kaki ayah cik…”


“Pembedahan untuk apa doktor?” Cikgu Rosmaini mengambil alih tempatnya untuk bertanya.


“Kaki kiri pesakit perlu dipotong kerana kaki tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. Sudah hancur teruk…”


Ya Allah! Ujian apakah ini…Hatinya meraung kuat.


 “ Cikgu…”

 Dia bersuara dalam  tangisan yang ditahan. Seperti ada batu yang tersekat di kerongkongnya.


“Sabar Tini, kuatkan semangat. Cikgu tahu Tini kuat. Sign sayang…Jangan biarkan  ayah Tini menderita kat dalam sana…”


Dia  mengambil pen yang dihulurkan oleh Doktor yang sedari tadi setia menunggu  tindakannya. Dengan kekuatan semangat yang bukan sedikit, dia gagahkan jua  jemari tangannya untuk menggores tandatangannya di atas kertas putih yang  diberikan. Selepas doktor itu berlalu semula ke dalam bilik pembedahan, dia  terjelepok jatuh di hadapan kaki Cikgu Rosmaini. Tangisan yang ditahannya  tumpah di situ…Dia kembali teringat peristiwa pagi tadi sebelum dia keluar rumah mahu ke sekolah. Ayah sempat berpesan padanya dan adik-adik agar belajar dengan rajin. Seperti biasa juga, tangan dan pipi ayahnya dicium lembut. Sejak kematian ibunya beberapa tahun lalu, ayahlah ketua keluarga dan ayah jua ibunya. Tidak sampai beberapa jam dia di sekolah, dia dikejutkan dengan  perkhabaran  ayahnya ditimpa kemalangan dan terpaksa ditahan di Hospital  Kuala Berang. Terlalu cepat semuanya berlaku...Dan sekarang, dia perlu menerima  hakikat bahawa kaki ayahnya telah tiada.


            ............................................................................................................


Dia  tersedar apabila terasa ada tangan yang menyentuh bahunya perlahan. Dia membuka  kelopak matanya. Dipandangnya wajah ayah yang sedang lena di atas katil hospital. Dia menoleh ke arah kanan, kelihatan Adila dan beberapa teman sekolahnya memandangnya dengan pandangan yang penuh simpati.


Diacuba untuk mengukir senyuman walaupun pada hakikat hatinya sudah tidak lalu untuk berbuat demikian.


“Bila ayah kau boleh keluar Tini?” Adila bersuara untuk memecah kebisuan yang melanda mereka. Teman-teman yang lain juga diam. Tidak mahu menganggu emosi Hartini.

           

“Insya-allah, kalau tak ada apa-apa...Ayah akan keluar esok. Aku risaulahAdila...”


Diameluahkan kegusaran yang menghantuinya sejak semalam.


“Risau tentang apa?”

“Macammana aku nak bawa ayah balik...”


Adila tersenyum. Ingatkan apalah yang dirisaukan oleh Hartini...


“Kalau tentang tu, kau jangan risau...Ayah aku dah tawarkan diri untuk ambil ayah kau bila keluar dari hospital. Tadi, ayah aku yang suruh tanya kau...Bila ayah kau dapat keluar”


Al-hamdulillah... Dia  mengeluh kelegaan. Pandangannya tumpah pula pada wajah rakan-rakan yang melawatayahnya. Baru dia perasan, ada wajah Saiful di situ yang hanya memandangnya.


“Terima kasih Adila”


Hanya itu yang mampu dia katakan.


“Tak payah berterima kasih. Kita kan kawan...Apa gunanya kawan kalau tak saling tolong menolong”    


“Betul cakap Adila tu Tini...Kami dah kutip derma untuk kau. Kawan-kawan sekelas doakan yang terbaik untuk kau. Kami harap kau akan dapat ke sekolah semula untuk teruskan perjuangan kita”


Hartini terharu mendengar kata-kata yang terluah daripada mulut teman-temannya. Dia tahu yang dia tidak keseorangan dalam mengharungi kepayahan hidup tetapi itu bukan bermakna yang dia perlu bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang lain.Dia perlu berdikari dan perlu belajar untuk mengharungi segalanya dengan  semangat yang kental.


“Adik-adik aku sihat?”


Hartini terasa sebak apabila teringatkan adik-adiknya yang terpaksa ditinggalkan dirumah Adila. Tidak ada saudara mara yang mahu menolong. Mujurlah Adila sanggup  menumpangkan adiknya sementara waktu dirumah keluarganya.


“Al-hamdulillah, sihat. Adik-adik kau setiap hari tanya bila ayah kau akan balik...”


“Diaorang nakal tak?”


“Adik-adik kau jenis yang dengar kata Tini...Jangan bimbang,aku tak akan dera  adik kau” 

Adila sempat mahu mengusiknya.


“Ala, Tini..Kalau aku dapat tahu Adila dera adik kau, memang dia nak kena ladengan aku!”

Fuad  bersuara tegas. Semua yang ada ketawa senang. Hartini tersenyum. Entah bagaimana, anak matanya bertemu dengan panahan redup mata Saiful yang langsung  tidak bersuara sejak daripada tadi.


“Emm...Tini, kau jangan lupa makan tau! Kau kena jaga kesihatan juga...Sekarang ni tanggungjawab kau dah makin besar...”


Ada bisikan halus ditelinganya. Adila memegang erat tangannya seakan mahu menyalur sedikit kekuatan ke dalam dirinya. Dia hanya mempu mengangguk. Dia sendiri tidak tahu apakah masih ada kekuatan yang tersimpan dalam dirinya setelah  berkali-kali diuji dengan ujian yang berat.


“Aku tak tahu adakah aku mampu...” 

Dia berbisik perlahan.


“Aku tahu kau kuat. Kau kawan aku yang paling tabah...Ingat,Allah sentiasa bersama dengan orang-orang diujiNYA”

 

Adila dan teman-teman meninggalkannya setelah hampir sejam menemaninya di situ. Dia merenung keadaan wad yang seba putih. Ada keinsafan yang mengalir dalam dirinya, ada rasa syukur dipanjatkan kerana dia masih bernasib baik berbanding dnegan orang lain. Sekuarang-kurangnya, Allah masih memberikannya sifat yang cukup untuk dia terus berbakti untuk keluarganya. Ya Allah, jika aku tiada,bagaimana nasib adik-adikku?

Diamengusap perlahan mukanya.


“Adik, sekejap...Akak nak tengok tekanan darah ayah adik”


Nurse yang bertugas menghampiri ayahnya yang masih tidur. Lena benar nampaknya ayah tidur...Barulah dia perasan yang garis-garis halus sudah mula kelihatan disebalik wajah yang makin dimamah usia itu. Hampir-hampir sahaja air mata yang ditahan menitik apabila ayah tersedar dan meraba kaki kanannya. Dia tahu, ayah mungkin fobia untuk berhadapan dengan kaki kanannya dipotong pula. Cukuplah dia hanya kehilangan sebelah kaki kiri.


Dia menghampiri ayahnya perlahan-lahan. Digemgamnya tangan ayah seerat mungkin.


“Ayah nak makan buah tak? Along belikan kat bawah...”


Ayah mengangguk. Dia lega. Dah banyak hari ayah tidak lalu makan. Dia takut kesihatan ayah akan terjejas pula.


“Ayah nak makan buah apa?”


“Anggur”

 

Dia tersenyum dan bangun daripada kerusi yang didudukinya. Langkah kakinya  dihayunkan menuju ke arah pintu keluar daripada wad tersebut. Di tangannya ada duit pemberian rakan sekelas yang berjumlah seratus ringgit. Kenapa ayah mahu makan buah yang jarang dimakannya?

Ah! Aku terlalu fikirkan bukan-bukan!


            ....................................................................................................................

Serasanya  sudah hampir sebulan dia tidak menghadirkan diri ke sekolah. Keterbatasan ayah  untuk bergerak menyebabkan dia perlu berkorban sekali lagi. Ayah masih tidak biasa bergerak menggunakan sebelah kaki dan keadaan inilah yang menyebabkan pergerakannya sentiasa dipantau. Dia biarkan adik-adiknya meneruskan persekolahan seperti biasa. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada persekolahan mereka. Dia menerima segalanya dengan penuh redha...Dan seboleh mungkin dia tidak mahu menyalahkan sesiapa dengan apa yang terjadi dalam keluarganya.


“Assalamualaikum”


Ada suara yang memberi salam.


Dia menjenguk ke luar tingkap. Saiful?


“ Kenapaawak datang ke sini?”


Dia bersuara. Pelik dengan tingkah pelajar yang dikenalinya sewaktu dalam perpustakaan sekolah. Sewaktu ayahnya dimasukkan kehospital, barulah dia tahu  Saiful merupakan pelajar baru di sekolahnya dan masih tidak tahu peraturan yang terdapat di perpustakaan sekolahnya.


“Kenapa? Awak tak suka saya datang?”


Ada senyuman diberikan. Ikhlas.


“Emm...Duduklah, saya tak boleh ajak awak masuk ke dalam. Ayah saya tidur...”


Dia mempelawa Saiful duduk di serambi rumahnya yang beralaskan tikar mengkuang.  Saiful hanya menurut tanpa banyak bicara.


“Saya datang sini sebab saya dah banyak hari tak nampak awak di sekolah. Awak sihat Tini?”


Saiful  membetulkan duduk. Berhadapan dan berbicara dengan orang yang telah mencuri hatinya membuatkan dia rasa tidak selesa. Dia tahu Hartini pasti bingung menerima kunjungan secara tiba-tiba. Selama ini bukan dia tidak pernah melawat Hartini tetapi dia seringkali datang bersama Adila ataupun rakan-rakan sekolah. Namun, hari ini dia beranikan diri untuk datang keseorangan. Dia sudah tidak mampu untuk menolak perasaan sayang yang hadir kepada gadis manis tersebut. Malahan,perasaan sayang dia pada Hartini makin bertambah semenjak Hartini berdepan  dengan ujian berat.


“Saya sihat, Insya-Allah...Kalau tak ada aral melintang, saya akan ke sekolah minggu depan. Kenapa?”


“Saya rindu...”


Hartini terperanjat.  Dia memandang tepat ke dalam anak mata Saiful yang kelihatan tenang menuturkan ayat tersebut.  Saiful rindu? Diakah yang selalu mengirimkan salam? Diakah pemuda yang selalu menghantar surat-surat cinta buatnya?


“Awak yang...”


“Iya...Saya la orangnya...Yang menghantar salam pada awak, yang menulis  surat-surat cinta dan yang selalu memberi buku-buku latihan SPM...”


“Kenapa?”


Dia kebingungan dengan pengakuan yang diluahkan Saiful kepadanya. Walaupun hatinya yang gundah dengan seribu persoalan telah menjadi tenang, namun dia masih keliru...


“Sebab saya sayangkan awak Tini! Saya sayangkan awak sejak pertama kali jumpa awak di perpustakaan. Sudikah awak terima saya?” Saiful bersuara penuh mengharap.


Hartini menarik nafas dalam-dalam. Dia merenung apa yang berlaku dalam kehidupannya  sejak akhir-akhir ini.  Dia sebenarnya tidak mampu untuk menidakkan perasaan bahagia yang hadir saat surat-surat daripada ‘pemuda misteri’ yang tidak diketahuinya itu berada di tangannya. Perasaannya juga bercampur antara gembira dan bingung apabila Adila seringkali meyampaikan salam daripada ‘pemuda misteri’.


“ Tini,saya janji akan ada dengan awak saat susah dan senang. Saya berterus terang sekarang bukannya untuk menambahkan tekanan awak tetapi untuk awak tahu yang saya sentiasa disamping awak dalam susah atau senang”


Saiful sedaya mungkin untuk menyakinkan Hartini tentang perasaannya.


“Bagi saya masa...Terlalu banyak perkara yang harus saya fikirkan sekarang. Lagipun SPM dah makin dekat. Kita tak seharusnya meletakkan perasaan dihadapan. Pelajaran kita lebih penting...Awak faham tak maksud saya Saiful?”


“ Tapi, macammana dengan perasaan saya pada awak?”


“Kita ada banyak masa lagi kan? Awak tengok sendiri keadaan saya sekarang. Nak bagi ruang untuk diri sendiri tidak ada...Apatah lagi nak bagi ruang untuk awak. Ruang kehidupan saya dah terlalu sempit Saiful...Ruang-ruang yang ada sudah terisi dengan ayah, adik-adik dan SPM...”

 

Hartini memandang jauh pada beberapa ekor burung yang hinggap pada laman rumahnya. Tidak lama burung itu di situ dan selepas itu, mereka berterbangan bebas di udara.


“Saya faham...Maaf Tini sebab dah buatkan awak tertekan dengan luahan perasaan saya. Saya akan tunggu awak sampai kita habis SPM...Tapi awak boleh janji ngan saya?”

Hartini hanya menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Saiful. Dia tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng.


“Janji  awak akan tunggu saya”


Dia hanya mampu tersenyum...Apalah yang mampu dia ungkapkan pada usia 17 tahun pada waktu itu. Dia mengusap perlahan surat daripada Saiful kepadanya. Serta merta perasaan rindunya pada pemuda yang setia menunggunya itu datang menerpa. Tanpa sedar, telah hampir empat tahun ukhwah mereka terbina....Dan, malam itu mimpinya sangat indah sekali. Mengharapkan yang dia dapat menatap wajah Saiful dalam mimpi....

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku