Tuhan, Izinkan Aku Mencintainya
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Julai 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
201

Bacaan






“Terima kasih dik...datang lagi...”


Hartini memaniskan muka. Pelajar sekolah seramai lima orang itu berlalu setelah membuat pembayaran. Dia agak keletihan. Awal tahun memang dia akan terasa cepat letih kerana ramai pelajar sekolah yang akan ke kedainya untuk membeli buku rujukan tambahan dan buku latihan. Kedainya memang menjadi tumpuan pelajar kerana harga yang diberikan berpatutan. Malahan, ada sesetengah buku telah diberikan potongan sebanyak 10%.

 

Dia membuka botol mineral yang dibawanya daripada rumah. Mahu melepaskan dahaga yang semakin menyiksanya. Fuh...lega!


Eh...mcam pernah nampak je mamat ni? Tapi kat mana ya...dia cuba untuk mengingati wajah pemuda yang baru memasuki kedai dengan pandangan yang penuh tanda tanya.


“Kau lagi? Maisara mana?” 


Tanpa salam, tanpa senyuman...Pemuda di depannya menerjahnya dengan soalan begitu. Sombongnya...Sombong? Oh...Pemuda itu!


“Awak nak apa? Maisara tak ada. Dia keluar”


Hartini menjawab ala kadar. Malas mahu berbahasa dengan orang yang tidak tahu menjaga hati orang lain.


“Oo...Maisara tak ada, so...Kau boleh curi tulang la yea...”


Kurang ajar!


Sabar Tini...Sabar...Jangan naik angin dengan orang sebegini. Dia cepat-cepat beristifar di dalam hati.


“Awak nak apa? Ada urusan yang penting ke dengan Maisara? Bila dia balik nanti,saya akan sampaikan pesanan”


Dia masih lagi mahu berbaik. Risau juga kalau-kalau pemuda sombong ni tetamu istimewa Maisara.  Lagipun pemuda ni macam kenal je ngan Maisara...Dia masih lagi mahu membuat andaian...


“Berangan!”


Dia terperanjat. Pemuda di depannya itu menumbuk kuat meja di depannya.


“Awak ni kenapa?” 

Hartini sudah mula rasa panas...


“Kau tu yang ‘kenapa’ ...Bukan aku! Aku panggil banyak kali tapi kau boleh tenung je aku macam kerang busuk!”


What??

“Awak panggil saya?”


Kenapa tak dengar? Hartini berkata dalam hati.


“Habis tu, kau ingat aku panggil meja?kerusi?or...Bunga yang dah nak mati depan kau ni?”


Hartini hanya terkulat-kulat mendengar omelan pemuda sombong tersebut yang dengan sengaja mematahkan bunga ros yang berada dalam botol kecil yang diletakkan diatas meja. Bunga itu tidak mati tetapi sedikit layu...Mungkin aku terlupa mahu mengantikan air dalam botol itu pagi tadi.


“Maafkan saya...”

 Dia mengalah. Tidak mahu memanjangkan cerita. Dan yang lebih penting, bagaimana sakitnya hati dan perasaannya sekarang, dia perlu menjaga nama baik kedai buku Maisara.


“Nah!”


Pemuda tersebut menghempas kuat kertas kecil yang berada dalam gemgaman ke atas meja.Dia mengambil kertas tersebut dan sekali lagi dadanya sesak...Pemuda ini...


Seketika,dia teringat perbualannya bersama Maisara semalam....


Tengahari semalam dia tidak keluar untuk membeli makanan. Dia ada membawa bekal dari rumah. Bulan ini dia memerlukan duit yang agak banyak daripada biasa kerana kedua adiknya Hardina dan Haryani perlu membayar yuran peperiksaan minggu depan.  Nampaknya, tak boleh lagilah aku nak beli handfhone bulan ni..dia senyum sendirian…Insya-allah…ada rezeki aku bulan depan…dia menahan sabar.


“Tini...kenapa tak keluar makan?”


Maisara selaku bosnya menegur ramah.  Mengambil tempat di sebelahnya.


“Pagi tadi Tini masak lebih nasi lemak ni...tu yang bawak bekal.  Akak dah makan?”


Dia menyoal.  Dipandangnya bekas nasi lemak yang dah tinggal separuh.  Nak pelawa ke? Nampak macam kurang sopan mempelawa nasi yang telah dimakan.


“Akak dah makan ngan Abang Norman tadi..Abang Norman ada meeting kat kawasan ni tadi.  Tu yang dia ajak akak lunch sama..”


Dia hanya mengangguk.  Faham benar dengan kebaikan suami bosnya itu.  Tidak pernah sekalipun dia ternampak pasangan bahagia itu bertengkar, segalanya nampak macam baik-baik sahaja.  Semoga Allah panjangkan jodoh akak sampai akhirat..ikhlas dia mendoakan.  Maisara seorang yang baik, pasti Allah kurniakan seorang suami yang baik seperti Abang Norman untuknya.  Bukankah wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik? 

     

“ Tini..akak nak tanya ni..tapi, akak tak mahu Tini kecik hati..”


Lambat-lambat ayat itu dituturkan oleh Maisara.  Dia mengerutkan dahi..macam ada yang tak kena je… 


“Tanyalah akak…”


“Minggu lepas ada tak adik kawan akak datang sini?”


Dahinya semakin dikerutkan.  Berupaya untuk mengingati wajah-wajah yang seakan dia kenal datang ke kedai itu sejak dua hari yang lepas.  Dia menggeleng perlahan..


           

“Tak ada kak..adik siapa? Kak Ramlah ke..or Kak Syireen?”

“Adik Kak Sofea...”

“Kak Sofea ada adik?”


Maisara mengganguk. Mengiyakan kata-katanya.


“Kak Sofea cerita kat akak yang adikya marah-marah lepas balik dari kedai kita.  Katanya Tini cakap bukan-bukan dengan dia..menyindir dia..”


YaAllah!  Dia tergamam. Siapa yang memfitnah aku?     

                 

“Demi Allah kak...saya tak buat seperti apa yang adik Kak Sofea cakap.  Akak kenal saya macammana kan? Kak Sofea marah saya ke kak?”


Dia bertanya.  Gusar wanita sebaik Sofea akan berburuk sangka dengannya.


“ Tini janganlah fikir bukan-bukan.  Akak tak percaya cuma mahu cerita dan bertanya dengan Tini sahaja…kot-kot la adik Sofea tu tersilap kedai, dia baru balik dari UK. Kak Sofea kirim salam.  Petang esok dia mungkin datang..nak ambil buku yang dia order untuk sekolahnya”


Dia hanya mengangguk…Tidak sabar mahu bertemu dengan Sofea, mahu menjernihkan keadaan….


“Hoi! Kau ni memang banyak berangan kan? Aku hairan la, macammana Maisara boleh ambik kau kerja ngan dia...”


Sekali lagi dia disergah. Hilang segala perbualan bersama Maisara semalam, yang ada di depan matanya sekarang adalah seorang pemuda yang tidak beradab! Itulah, duduk lama sangat kat luar negara sampaikan sudah tidak tahu berbudi bahasa.


“Awak boleh tak kalau bercakap, fikir dulu...Tak guna kita ni,belajar tinggi-tinggi tetapi tak pandai nak berfikir sebelum cakap...”


Hartini seperti sudah kehilangan sabar. Pemuda sombong ini adik Sofea? Kenapa bagai langit dan bumi?


“Kau cakap aku tak berfikir sebelum cakap? Berani kau cakap macam tu kat aku?”


Pemuda tersebut membulatkan matanya. Apa? Ingat aku takut?


“Kenapa saya tak berani? Awak siapa? Dahlah pandai memfitnah saya...”


“Aku fitnah kau? Bila?”


Hartini melihat pemuda tersebut seperti kebingungan.


“Jangan nak berlakon...”


Hartini tidak mahu lama-lama berdepan dengan pemuda sombong itu. Dia berlalu untuk mencari buku-buku yang dipesan oleh Sofea. Dia terasa pemuda tersebut mengekorinya daripada arah belakang tetapi dia buat-buat tidak nampak. Serasanya dia sudah letih mahu bergaduh. Dia juga amat pelik dengan dirinya sekarang, kenapa cepat sangat naik angin? Bukankah aku seorang yang sentiasa tenang?


Wait...Aku tak puas hati lagi ngan kau. Kau nak kemana ni?”


Hartini memberhentikan langkah secara tiba-tiba. Dia menoleh kebelakang. Kaget. Pemuda itu betul-betul dibelakangnya!

Hampir sahaja muka mereka bersentuhan.  Akibat  terkejut yang teramat, pemuda tersebut telah menolaknya dengan kasar. Dia terdorong kebelakang dan terlanggar rak buku yang berada disitu. Beberapa buah buku jatuh bertaburan. Hartini mengaduh kesakitan. Tulang belakangnya seperti ngilu.


“Ya Allah...Sorry, sorry..Aku tak sengaja. Aku terkejut tadi...Aku tak ada niat nak tolak kau. Macammana ni, kau ok tak?”

 

Hartini berusaha untuk bangun tetapi terasa agak payah. Dia terpaksa berpegang pada lengan pemuda itu walaupun dalam hatinya tuhan yang tahu betapa sakit hatinya dia pada pemuda tersebut. Mujurlah pemuda sombong tersebut memakai kameja berlengan panjang, sekurang-kurangnya dia tidak berasa terlalu segan mahu meminta pertolongan.


“Aku hantar kau ke hospital”

“Tak payah, saya tak apa-apa...”

“Irfan! Tini! Kenapa ni?”


Hartini terdengar suara Maisara yang agak terkejut melihat dia yang bersusah payah untuk bangun.


“Kak Mai..Saya bawa Tini ke hospital ya..”


Pemuda yang dipanggil Irfan oleh Maisara seakan merayu kepada majikannya. Dia terasa lucu pula. Selama ini dia beranggapan pemuda tersebut hanya tahu marah-marah dan tak punya perasaan!


“Iya..iya...Irfan, jangan lupa hantar Tini balik rumah dia lepas kamu hantar ke hospital”


“Baik kak...Saya pergi dulu”



            .........................................................................................



“Doktor cakap apa?”


Buru-buru dia disergah dengan soalan oleh Irfan. Dia cuba untuk tersenyum.


“Doktor cakap tulang pinggang saya retak”


 “ What?”


Irfan seperti mahu menjerit. Hartini terperanjat. Malu apabila ada mata-mata yang memandang ke arah mereka.


“Janganlah menjerit! Malu la orang tengok...”

Hartini memberi isyarat ‘diam’ kepada Irfan.


“Abis tu...Pinggang kau retak, mestilah aku terkejut. Kalau kau saman aku,cammana?”


Hartini ketawa kelucuan.


“Kenapa kau gelak?” 

Irfan tidak berpuas hati.


“ Saya gurau je la awak...Sakit ni sebab bengkak. Bila bengkak ni surut, sakit ni akan hilang”


Hartini melihat Irfan mengjengilkan matanya yang besar itu kepadanya sekali lagi...


“Perkara macam ni pun awak boleh buat main-main?”


“Tak ada apa la awak..Dah la, saya nak balik”


Hartini mengambil beg sandangnya yang berada di tangan Irfan. Irfan memegang kemas.


“Saya nak beg saya!” Dia bersuara geram.


“Saya bawak...Kan saya kena hantar awak balik rumah” Irfan juga bangun.


“Tak payah, saya boleh balik sendiri...”


Hartini terusan berusaha untuk mengambil beg sandangnya daripada tangan Irfan. Wajah pemuda itu menunjukkan reaksi tidak senang tidak dihiraukan. Apa yang dia tahu sekarang adalah ingin mengambil semula begnya dan segera pulang ke rumah. Badannya masih terasa ngilu.


“Kenapa dengan awak ni?”


“Kenapa dengan saya?”


Hartini juga menyoal kepada Irfan. Dia sengaja mahu menaikkan kemarahan pemuda itu.Tetapi buat seketika, dia terasa ada sesuatu yang agak pelik dalam tutur kata Irfan. Pemuda itu membahasakan dirinya ‘saya’? dan memanggilnya dengan  panggilan ‘awak’?


“Awak janganlah dera saya...Cepatlah saya hantar awak...” Seperti merayu nada Irfan diperdengarannya.


“Ok la..Awak boleh hantar saya tapi bukan hantar depan rumah. Hantar kat simpang jalan je, ayah saya garang...”


Irfan menjungkitkan bahu tanda mengalah.  



.............................................................................................................................................                 


Irfan menghempaskan tubuhnya pada katil yang agak kecil jika mahu dibandingkan dengan ruang kosong yang masih banyak dalam biliknya itu. Entah mengapa, sejak beberapa hari yang lalu ingatannya hanya pada satu nama, satu wajah dan satu senyuman. Hartini! Jatuh cintakah aku? Dia menyoal diri sendiri. Dia meraba poket seluarnya dan mengambil talefon bimbitnya. Dia mencari-cari nama Hartini...Dia mahu mendengar suara gadis tersebut sebelum dia tidur. Eh..Tak ada? Hilang ke nombor Tini...Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.


Ditekannya lagi senarai nama yang berada dalam talefon bimbitnya. Ha..ada pun! Patutlah tak jumpa, dia telah menukar nama ‘Hartini’ kepada ‘Cahaya’....Dia tersenyum keseorangan. Bila masa pulak aku tukar ni? Ish...


Ingatan terhadap Hartini datang lagi...Kali ini dia teringat peristiwa di kedai dua hari lepas...


“Hai Tini...Tak sibuk nampak!”


Dia tersenyum-senyum.


“Encik Irfan, tak boleh ke kalau nak menegur tu...Dimulakan dengan salam...” 


Hartini menjawab tenang. Dia meneruskan kerja menyusun buku-buku yang baru sampai pagi tadi dengan berhati-hati. Dia tidak mahu ada buku yang tercalar atau berlipat.


“Ops...Silap Cik Tini...Emm...Assalamualaikum...Saya nampak awak tak sibuk!”


“Waalaikumussalam...Tak sibuk? Habis tu sekarang ni awak tengok saya buat apa?”


Hartini terasa mahu menampar Irfan dengan buku yang berada di tangannya. Irfan hanya ketawa. Pemuda itu kaya benar dengan katawa. Terlalu berbeza dengan pertemuan pertama mereka.


“Saya tengok awak tengah menyusun buku yang berkotak-kotak ni...”


“Tahu pun!”


Dia menolak tubuh Irfan dengan buku ditangannya agar Irfan bergerak ke kanan sedikit. Irfan berdiri tegak disebelahnya telah menyebabkan dia sukar mahu mengambil lebihan buku yang masih berada dalam kotak.


“Tapi...Saya dah minta izin dengan kak Mai nak ajak awak lunch. Jomla...”


Irfan sudah menarik lengan baju kurungnya. Dia terperanjat. Beraninya Irfan!


“Jangan sentuh saya!”


 Dia bersuara tegas. Dia tidak mahu Irfan sesuka hati menyentuhnya.


“ Saya tak sentuh awak, saya sentuh baju kurung awak...”


 Irfan tersenyum-senyum. Hartini rasa geram yang teramat.


“Saya tak suka buat kerja bertangguh. Saya nak habiskan kerja saya dulu. Kalau awak larat tunggu...”

“Saya tunggu!” 


Belum sempat hartini mahu menghabiskan ayat, laju Irfan menjawab...


“Tunggu kat sana” 


Hartini memuncungkan mulut ke arah ruang menunggu di hadapan kaunter bayaran.


“Tak nak! Saya nak tunggu awak kat sini. Nak tengok awak buat kerja...”


Irfan dengan muka tidak bersalah melabuhkan duduk di atas salah sebuah kotak buku yang terdapat di situ. Hartini yang melihat hanya mampu menahan rasa di dalam hati. Sudah masak benar dengan perangai Irfan yang sukar ditegur.


“Ikut suka awaklah...”


Hartini meneruskan kerja menyusun tanpa memandang wajah Irfan yang asyik merenungnya. Dia sudah terbiasa dengan renungan tersebut dan telah menganggapnya perkara biasa.


“Tini...Bagi saya no fhone awak...”


Irfan memohon....


“Call je kedai...

“Susah...”

“Apa yang susah?” 


Hartini bertanya. Pelik.


“Malam-malam tak dapat call....”


Hah? biar betul Irfan ni...Tak kan terjatuh suka kat aku kot...Ish,tak mungkin....


“Saya tak ada fhone...”

“Tipu!”


Irfan bersuara kuat. Tak kan la zaman canggih macam ni masih ada manusia yang tidak ada talefon? Anak saudara aku yang berusia 11 tahun tu pun ada dua fhone...


“Awak, berapa kali saya nak cakap...suara tu tak perlu kuat, saya masih boleh dengar...”


“Ops! Sorry...Tapi betul ke awak tak ada fhone? Atau awak memang sengaja tak nak kasi kat saya”


Irfan mula berjauh hati, entah mengapa...Bersama Hartini, dia merasakan kehidupannya berwarna warni...


“Irfan...Pernah ke saya tipu awak? Betul...Saya tak ada fhone...”


Saat Hartini menuturkan ayat itu, dia perasan yang air muka Irfan berubah. Tidak percaya!


Justeru,selepas menghantar Hartini balik semula ke kedai selepas mereka makan tengahari, dia bergegas pula ke kedai telekomunikasi yang berdekatan untuk membeli sebuah fhone buat Hartini beserta dengan sim kad sekali. Tidak lupa dia telah savekan nombor fhonenya di dalam kad sim Hartini...


“Assalamualaikum Irfan...”


Suara memberi salam di hujung talian menyebabkan ingatan terhadap peristiwa beberapa hari lepas terbang melayang...


 “ Waalaikumussalam...Tini ada...”


Dia sengaja mengusik.


 “ Ada apa Encik Irfan...”

 “ Saja...Saya call, untuk ucapkan selamat malam kat awak”


“ Kenapa tadi awak tak datang kedai?”


Hartini bertanya. Sudah dua hari Irfan tidak datang ke kedai, dan sudah dua hari juga dia tidak keluar makan. Mahu membawa bekal, takut membazir kerana Irfan selalu mengajaknya makan di luar.


“ Saya sibuk...Kenapa? awak rindukan saya yea...” 

Irfan senyum walaupun dia tahu Hartini tidak nampak senyumannya.


“ Jangan nak perasan! Ok la Irfan, saya macam dengar ayah panggil...”


Irfan terdengar suara buru-buru Hartini di hujung talian.


“ Emm...Ok la Tini, jangan lupa mimpikan saya yea...Esok saya jumpa awak! Assalamualaikum”


Dia terdengar Hartini menjawab salam sebelum talian dimatikan. Dia termenung lagi.  Memikirkan apa yang telah berlakupada dirinya sejak kebelakangan ini. Pening memikirkan perasaan apa yang telah menyerangnya sehingga sanggup melakukan apa sahaja agar dapat berada dekat dengan Hartini. Namun, seketika dia runsing sendiri...Perkhabaran daripada Maisara membuatkan semangatnya lemah sedikit. Hartini sebenarnya sudah ada teman istimewa dan Hartini terlalu setia...


Apa harus aku buat?


Merampas Hartini daripada teman lelaki dia? Tak mungkin! Aku tak sekejam itu...


Merayu pada teman lelaki dia agar melepaskan Hartini kepada aku? Juga tak mungkin!


YaAllah...


Apa harus aku lakukan....Emm, sudah lama aku tidak memohon padaMU YaAllah...Irfan seakan tersedar. Bayangan silam menggamit perasaanya, dia seakan baru tersedar  sudah terlalu jauh dia tersasar daripada landasan sebenar. Hampir enam tahun berada dalam daerah yang jauh daripada keluarga telah membuatkan dia terleka tentang tanggungjawab pada maha pencipta, lupa untuk mengucapkan syukur, lupa mahu meminta pertolongan...


Masih adakah ruang untuk aku bertaubat?


Dia kembali merenung diri sendiri dan membandingkan pula dengan Hartini, bagaikan langit dengan bumi! Hartini seorang yang terlalu taat pada penciptaNYA...Dia seringkali mendengar ucapan Al-hamdulillah daripada mulut gadis itu dan setiapkali keluar makan tengahari, gadis itu pasti membawa telekung sembahyang untuk singgah mana-mana masjid untuk menunaikan solat. Kadang-kadang dia amat malu dengan Hartini tetapi gadis itu tidak pernah bertanya, jauh sekali mahu mengutuknya...Hartini selalu mengingatkan dia bahawa pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua umat Allah...


Pandangannya tumpah pada beberapa buah buku yang berada di atas katilnya, pemberian Hartini padanya. Dia mengambil sebuah buku yang berjudul ‘ Panduan Menunaikan Solat’...Diselak helaian demi helaian sehinggadia terasa mengantuk dan terlena.....



            ..........................................................................................................



            “ Macammana dengan kerja Irfan? Ok?”


Suara papa menegur. Dia berhenti mengunyah. Mengangkat kepala dan memandang Encik Farouk yang sedang menanti jawapannya.


“Ok je pa..Tak ada masalah”


Encik Farouk mengangguk. Dia memerhatikan gelagat anaknya itu makan. Nampak berselera betul...

           

“Papa harap Ifran tak salah faham dengan papa sebab tak benarkan Irfan bekerja dengan syarikat papa. Papa cuma mahukan Irfan bermula daripada bawah. Mahu Irfan berdikari”


Irfan tenang memandang Encik farouk.


            “ Papa...Irfan tak kisah. Sepatutnya Irfan kena berterima kasih dengan papa sebab bagi modal untuk Irfan mulakan syarikat Irfan sendiri tapi buat masa sekarang modal tu Irfan akan simpan dulu.... Irfan nak cari pengalaman bekerja dengan orang lain. Papa pun tahukan, Irfan tak boleh bekerja bawah orang lain...Lebih-lebih lagi bekerja dengan papa...”


 Irfan berseloroh. Semua yang ada di meja makan ketawa senang. Irfan semakin matang dan banyak berubah....


“Emm...Papa, mama...Aisyah nak bagitahu sesuatu...”


Secara tiba-tiba Aisyah, adik bongsunya bersuara. Semua mata tertumpu kepada apa yang ingin diperkatakan oleh Aisyah.


“Aisyah nak kahwin”

Hah?Dia hampir tersedak. Aisyah nak kahwin?


“Aisyah biar betul...Janganlah bergurau pagi-pagi macam ni...”

Irfan menyiku lengan adik bongsunya itu.


“Aisyah betul-betul papa, mama...Hujung minggu ni family Zaquan akan datang merisik...”

Irfan terasa dadanya sesak..


“Sebenarnya Aisyah, Zaquan dah talefon mama semalam. Mama pun dah berbincang dengan papa. Kami dah bersetuju...”

 

Wajah mama ceria saat menuturkan ayat tersebut. Papa hanya mengangguk tanda mengiyakan apa yang dikatakan oleh mama.


“Apa ni papa, mama...Aisyah mana boleh kahwin....”


“Kenapa tak boleh? Irfan ni dah buang tabiat kot....Family kita kan dah kenal sangat dengan family Zaquan. Abang tengok Zaquan ok je...Apa masalah kau? ”


Fazli menegurnya.      


“Aisyah tak boleh langkah bendul....”


Semua yang ada sudah ketawa.    

     

“Itulah Irfan...Abang cakap kau tak berapa pandai, kau marah...Mana ada langkah bendul. Aisyah tu perempuan, Irfan lelaki...”


Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Salah ke aku?


“Aisyah dah nak kahwin, Irfan bila lagi?” Suhaila yang merupakan kakak iparnya menyampuk.


“Mama tak benarkan Irfan kahwin...Perempuan yang dia bawa balik jumpa mama semuanya mama tak berkenan! Mama tak ada menantu pun tak apa kalau macam tu la calonnya”


Irfan tersedak. Sampai hati mama!


“Aah la mama...Eh, Irfan...Kau bercinta lagi dengan model yang baru nak naik tu?”


Mama yang mendengar pertanyaan  Fazli hanya mencebik. Geram benar dia dengan taste anak lelaki bongsunya itu. Main redah je dan sambar mana-mana perempuan, senang sungguh jatuh cinta!


 “ Akak lupa la nama dia Irfan...Mary...Maryna...Apa yea Irfan?”


“Marylin la kak!” 


Aisyah pula menyampuk. Tidak lepas peluang untuk kenakan abangnya yang paling degil antara mereka empat beradik. Entah dimana silapnya,perangai abangnya yang sorang tu lain benar....malah, semenjak melanjutkan pelajaran ke luar negara, perangai peliknya semakin menjadi-jadi. Entah bila akan berubah...


“Malas la nak layan korang semua...pa,ma...Pergi ofis dulu...”


Dia bangun tanpa sempat menghabiskan nasi goreng yang disediakan oleh Yanti,pembantu rumahnya. Entah kenapa, dia terasa mula berjauh hati dengan keluarganya yang seakan mahu menyalahkan masa silamnya. Bukankah setiap orang tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan?


“Aik? Aisyah, kenapa dengan Irfan?”


 Fazli bertanya kerana pelik melihat sikap Irfan yang semakin dingin dengan mereka sekeluarga.


“Biasalah la abang...Putus cinta lagi la tu...Abang Irfan kan putus cinta macam putus tali kasut”


Semua yang ada enak katawa tanpa mereka sedari di sebalik dinding ruang dapur ada hati yang tersayat pedih....



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku