Tuhan, Izinkan Aku Mencintainya
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Julai 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
315

Bacaan






“Awak tahu tak Irfan...tadi kan, ada seorang budak sekolah nak beli buku latihan matematik tapi dia terambil buku matematik tambahan. Lepas tu, dia cakap saya yang salah sebab tak susun buku ikut subjek...Tapi pecah rahsia bila kawan dia tetiba datang dan tanya kenapa dia tak pakai kacamata...Akhirnya, diamalu sendiri...Emm...” 


Hartini rancak bercerita sambil menyuap perlahan-lahan ais kacang yang masih tinggal separuh dalam magkuk sederhana besar. Dia mengangkat muka, kelihatan Irfan sedang memandang pada satu arah. Dia juga pusiangkan wajah, untuk melihat apakah yang sedang dipandang oleh Irfan sehingga tidak mendengar apa yang dicakapkannya.


“Irfan...”


Masih lagi diam.


“Irfan!”


“Haa...Ya..Awak cakap ngan saya ke?” 


Irfan termangu-mangu. Dia melihat Hartini mengerutkan dahi.


“Awak ni kenapa? Ada masalah ke?”


“Emm...awak tanya saya tentang apa tadi?” Irfan sudah mula kembali ke alam nyata.


“Saya tak tanya awak...Saya cuma bercerita dengan awak tentang seorang customer tadi...”


Hartini terasa sedikit pelik.


“Kenapa dengan customer tu?”

“Kan saya dah cerita tadi....”

“Bila?”

“Tadi...Eh, awak ni...Awak ada masalah kan? Tapi tak nak syer dengan saya...”


Hartini tersenyum. Mahu menghilangkan apa jua rasa yang bertandang di hati teman yang baru dikenalinya beberapa bulan yang lepas. Serasanya, dia tidak pernah melihat Irfan berkeadaan begitu. Bagaikan ada sesuatu yang menghantui perasaan temannya itu. Seketika, barulah dia perasan keadaan Irfan agak tidak terurus. Rambutnya tidak rapi seperti biasa, tali leher yang dipakai senget dan tidak kemas. Dalam anak mata pemuda itu, ada rasa gusar yang tidak tertahan.


“Awak boleh tolong saya tak?”


Irfan memandang penuh mengharap.


“Tolong awak?”


Irfanmengangguk.


“Tolong apa?”


“ Tolong jadi kekasih saya”


Haa? Hartini tercengang. Dia memandang wajah Irfan tanpa berkelip. Entah mengapa,terasa ada debaran dalam hatinya. Ya Allah, kenapa dengan aku?


“ Awak cakap apa ni?”


Hartini cuba untuk berlagak setenang yang mungkin.


 “ Emm...Saya tahu awak dah ada Saiful dan saya juga tahu awak sangat sayangkan dia. Tapi, saya dah tak ada kawan lain yang boleh tolong saya selain daripada awak. Plese Tini...Jadi kekasih saya untuk sekejap? Untuk saya perkenalkan pada mama dan papa...”


“Untuk apa?”


Hartini kehairanan. Tak kan tidak ada kekasih, temannya itu dalam keadaan yang sangat teruk!


 “ Untuk buktikan kepada family saya! saya juga boleh dapatkan perempuan yang baik, masih ada perempuan yang ikhlas berkawan dengan saya”


Hartini menggeleng.


“Saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan Irfan...”


“ Saya terluka dengan family saya. Awak tahu kan tentang sejarah silam saya? Awak tahu kan saya banyak teman wanita? Tapi...semua teman wanita saya tak macam awak...Family saya tak berkenan. Sampai sekarang, mereka macam tak percaya saya boleh berubah...Hanya awak yang percaya...”


Benar, mengenali Hartini membuatkan dia berterus terang tentang sejarah silamnya. Semuanya dia luahkan, tiada yang dia simpan.


“Irfan, dengan membawa saya sebagai kekasih awak tidak dapat selesaikan masalah...Awak boleh duduk berbincang dengan family awak, terangkan kepada mereka awak nak berubah. Jelaskan kepada mereka berikan awak masa untuk mencari seorang wanita yang betul-betul ikhlas dengan awak”


Hartini simpati dengan nasib si teman. Punyai segalanya tetapi kekurangan dalam mencari ikatan ukhwah yang ikhlas sesama insan. Seketika, ingatannya melayang terbang terhadap Saiful...Teman istemewa yang sudah terlalu lama tidak ditemuinya. Rindunya dia pada seraut wajah yang penuh dengan senyuman dan ketenangan tersebut. Rindu mahu mendengar titipan nasihat yang tidak pernah ada akhirnya. Serasanya sudah hampir sebulan dia tidak menerima apa-apa berita daripada Saiful yang sedang menuntut di selatan tahanair. Apa agaknya khabar Saiful sekarang? Tidak dapatkah messege yang aku hantar beberapa hari yang lalu?


Dia teringin mahu call Saiful tetapi dia bimbang kalau-kalau akan menganggu aktiviti harian Saiful di sana.


“Aik? awak pulak berangan? Jadi ke tak jadi ni....?”


Hartini tersedar.yang dia sudah jauh mengelamun. Hatinya menjadi sayu. Rindu yang datang secara tiba-tiba membuatkan dia rasa seperti mahu menangis.


 “ Tini...Awak ok tak ni?”


Irfan menyentuh tangan Hartini menggunakan telefon bimbitnya. Wajah Hartini seperti menyimpan sesuatu.


“Saya rindukan Saiful...” Ikhlas dia menuturkan ayat itu. Sungguh, dia benar-benar dalam kerinduan.


Zapp! Jantung Irfan terasa seperti dicucuk jarum yang tajam. Pedih. Sakit.


“Dia tak balik? Kan sekarang cuti semester...” 


Irfan hanya menahan perasaan di dalam hati.


“Entahlah awak...Dah lama dia tak kirimkan surat, messege saya hantar pun dia tak replay. Agaknya dia ada program kot...” 


Hartini menyedapkan hatinya sendiri.


“ Tak kan sampai tak sempat nak balas messege awak? Sibuk sangat ke? Mengalahkan saya yang dah bekerja...”


Irfan mula merasakan ada yang tidak kena. Aku juga pernah belajar kat universiti,tapi tak adalah sampai tak cukup masa langsung!


“Emm...Kita tutup bincangkan topik Saiful,sekarang kita setlekan masalah awak ngan family awak dulu...”


“ Kenapa? Awak rasa Saiful sengaja menjarakkan diri dengan awak ke?” 


Irfan masih lagi mahu mempersoalkan tentang Saiful. Rasa geram pula terhadap Saiful kerana berjaya mencuri hati gadis pujaannya tetapi tidak tahu pula mahu menjaga sebaik mungkin.


 “ Awak...Kan saya dah cakap, kita stop cakap pasal Saiful? Kita selesaikan masalah awak dan family awak dulu...”


“ Awak tak dapat terima hakikat  Saiful makin jauh daripada awak?”


 “ Awak!”


Haryati terasa geram dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Irfan. Apa kena dengan temannya itu? Ada masalah dengan keluarga tetapi mahu kaitkan sekali nama Saiful...


“ Apa? Salah ke apa yang saya cakap...Kalau betul Saiful sayangkan awak, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk awak!”


Hartini memandang tepat pada anak mata Irfan. Hatinya sedikit tercalar dan dia tahu Irfan sengaja mahu menambahkan sakit hatinya.


 “ Awak jangan cakap bukan-bukan pasal Saiful, boleh tak? Awak tak kenal dia macam saya kenal dia! sebelum awak hadir dalam hidup saya, hanya Saiful yang faham susah senang saya bertahun-tahun!”


 Kerana geram yang tidak tertahan, Hartini lupa kenyataan yang dia keluarkan akan menyakitkan hati si teman.


Fine!”

 “ Kalau kita duduk kat sini hanya nak bertekak, baik kita balik!”


Hartini menahan amarah. Dijeling teman di hadapan dengan perasaan yang bercampur baur. Entah kenapa, kata-kata yang Irfan lafazkan sangat mengusik hatinya walaupun kedengaran agak kejam. Betulkah jarak telah menyebabkan hubungannya bersama Saiful makin menjauh? Apa salahnya? Tanpa sedar, ada air mata yang mengalir perlahan namun ditepisnya dengan kasar. Irfan yang memandang bertambah panas. Sakit hatinya menjadi makin parah. Hartini menangis kerana rindukan Saiful?


Aku ni apa?? Tunggul? Arghhh...!!


“Ok, jom kita balik!”


Irfan geram. Hartini juga geram. Akhirnya masing-masing diam menahan perasaan tidak puas hati dalam diri. Sepanjang perjalanan menghantar Hartini, Irfan langsung tidak bercakap. Walaupun dia tahu, pertengkaran yang berlaku adalah salahnya, tetapi ego yang menebal dalam dirinya membuatkan dia hanya mendiamkan diri. Hartini keluar daripada keretanya tanpa sepatah kata. Berjalan tanpa memandang ke arahnya lagi. Dia tahu dia telah sakitkan hati teman baiknya itu tetapi dia juga tidak mampu untuk menuturkan kata maaf... Ketahuilah Tini, hati aku juga sangat sakit..


..............................................................................................................


Dia merebahkan perlahan tubuhnya di atas sofa yang terdapat di ruang tengah kedai buku tempatnya bekerja. Mahu menenangkan dirinya yang agak tertekan dengan kata-kata yang diluahkan oleh Irfan sebentar tadi. Mahu menilai apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Irfan. Mencari di mana silapnya hubungan antara dia dan Saiful. Betulkah Saiful sengaja mencipta jarak?


“Tini, Epul tak akan tinggalkan Tini...Epul akan pergi kalau Tini yang tinggalkan Epul...Percayalah sayang...”


Masih terngiang-ngiang kata-kata Saiful tiga tahun yang lepas sewaktu temannya itu mahu menaiki bas untuk memulakan kembali kuliah yang tertangguh kerana cuti semester. Epul...Masih setiakah lagi dengan kata-kata itu? Hartini mengeluh perlahan...


Tuhan,sukarnya mahu menilai hati insan ciptaanMu...


“ Tini, cepat balik?”


Bahunya disentuh. Dia berpaling, Maisara hanya tersenyum melihatnya.


“ Err...Tak ramai orang kat kedai makan tu kak...Dapat makan pun cepat la...” 


Hanya itu yang mampu diluahkan.Tidak mungkin dia akan ceritakan bagaimana dia dan Irfan bergaduh dan masing-masing sudah tidak ada selera untuk menghabiskan makanan tengahari. Maisara mengangguk dan melabuhkan duduk di sebelahnya. Hartini memandang wajah majikannya itu dengan dahi yang berkerut. Kenapa wajah Maisara nampak keruh?


“ Akak...Akak tak sihat ke?”


Hartini menyentuh lembut tangan majikan yang terlalu baik terhadapnya itu.


“Akak sakit kepala Tini, entahlah...Semenjak seminggu lalu, badan akak cepat letih”


“Akak tak pergi cek doktor?” Hartini risau.


“Dah...Tapi doktor cakap akak perlukan rehat dan...Akak stress...”


Hartini terkejut. Stress?


“Akak stress? Kenapa?”


“Mak mertua akak dah mula tanya, bila akak nak mengandung...”


Wajah Maisara kelihatan sedih waktu menuturkan ayat tersebut. Hartini hanya mampu mengusap perlahan tangan Maisara. Sangkanya ibu mertua Maisara seorang yang memahami...Iya, faham tentang ketentuan tuhan, faham bagaimana bentuk ujian yang Allah akan berikan kepada hambanya...Dan dia amat yakin Maisara sedang diuji dengan ujian tuhan sekarang.


 “ Tini, wanita mana tidak mahu melahirkan zuriat? Wanita mana yang tidak mahu membuktikan rasa cintanya pada suami tersayang. Akak sudah terlalu lama menanti....Tetapi akak tak salahkan takdir,akak redha....” 


Wanita ini memang tabah! Sentiasa mensyukuri apa yang telah dikurnikan kepadanya.


 “ Teruskan berdoa kak..Semoga Allah mendengar doa akak kali ini...”


Hartini memandang wajah ketenangan itu penuh kasih. Wanita ini telah banyak menolongnya, telah banyak membantunya sekeluarga dan dia tahu sampai bilapun,jasa wanita itu tidak mampu untuk dia balas.


 “ Tini, ayah Tini macammana?”


Maisara menukar topik perbualan.Tidak mahu terus hanyut  melayan perasaan sedih yang mula bertamu di hatinya. Biarlah, apa yang berlaku cuba diterimanya dengan setabah mungkin.


“ Emm...Susah Tini nak cakap kak...Ayah dah banyak berubah sejak dia kehilangan kakinya. Dia dah berubah seratus peratus...Tini seperti sudah tidak kenal ayah lagi kak....” 

Maisara menggigit bibirnya. Rasa sedih makin menggigit tangkai hatinya. Dia sangka ujian diterimanya sudah berat tetapi dia lupa insan di depannya sekarang menghadapi ujian yang sangat berat untuk diterima. Hartini, tabahkan hatimu dik....Dia berbisik perlahan...


Perlahan-lahan tubuh Hartini dirangkul. Seketika, dia terdengar esak kecil daripada Hartini. Tidak mahu menambahkan kekusutan, dia hanya membiarkan Hartini reda sendiri. Betullah, sampai waktu, air mata bisa menjadi pengubat paling mujarab bagi sebuah ketenangan.


....................................................................................................................................................



Irfan termenung. Di tangannya tetap setia talefon bimbit yang dipegangnya seerat mungkin. Mahu rasanya dia membaling talefon nipis itu ke arah dinding biliknya.Hatinya berkecamuk! Jiwanya resah kerana menanti pesanan ringkas mahupun panggilan daripada daripada Hartini. Kenapa dengan aku? Aduh..kemana harus aku mencari Hartini....


“ Salam...Akak, Hartini mana?”


Maisara berhenti menulis pesanan yang diterimanya sebentar tadi.  Pandangannya beralih pada satu wajah yang agak kusut dihadapannya itu. Kenapa dengan Irfan? Hatinya mula sangsi...


Mata Irfan meliar,memerhatikan suasana kedai yang tidak banyak berubah.  Sama seperti pertama kali dia menjejakkan diri ke kedai tersebut. Kerinduan yang mendalam terhadap gadis tersebut menyebabkan dia gagahkan langkah untuk kemari. Mahu menatap mata bundar yang penuh dengan pengertian dan ketenangan tersebut. Mahu meminta maaf dengan seikhlas hati...Atau, sekiranya perlu...Dia tidak teragak-agak berlutut....


“ Tini cuti Irfan...Seminggu”


Maisara menjawab. Lansung tidak memandang wajahnya dan meyambung semula kerjanya.  Dia bimbang andai terlupa mencatit pesanan yang telah dibuat.  Sejak akhir-akhirini, dia semakin pelupa....


“ Cuti? Kenapa?”


Irfan kaget. Hartini bercuti dan gadis itu langsung tidak memberitahunya?


“ Eh...Salah ke kalau pekerja akak nak bercuti? Akak bukan majikan yang tidak bertimbang rasa...Lagipun, Hartini memang setiap tahun akan mengambil cuti bila tiba hari lahir dia...”


Maisara menjawab perlahan.  Memang Hartini akan bercuti untuk meraikan hari ulangtahunnya bersama keluarga setiap tahun. Dia sudah faham benar dengan rutin pekerja kesayangannya itu setiap tahun dan dia sendiri tidak kisah kerana Hartini jarang mengambil cuti melainkan cuti terdesak. Tetapi, kali ini hatinya resah...Hartini mengambil cuti selama seminggu dan hanya diberitahu melalui message...

Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada gadis tersebut, tetapi apa ya?


“ Lamanya kak...Dia kahwin ke?” 

Dengupan  jantung Irfan sudah tidak senada.


 “ Ish..kamu ni Irfan, kalau dia kahwin mestilah dia bagitahu akak...Kan akak dah cakap dia ambil cuti sebab nak bersama keluarga untuk menyambut hari jadi dia”


Maisara menjawab walaupun dia sendiri keliru dengan jawapan yang harus diberikannya kepada Irfan.


Birthday dia? Bila kak?” Irfan terkejut.


Maisara menaikkan kening.


 “ Kamu tak tahu? Kan esok....”


Hanya itu ayat terkahir yang didengarnya daripada Maisara.  Dia sudah tidak sanggup untuk mendengar apa-apa lagi. Langkah kakinya diatur ke kereta untuk  pulang ke rumah dengan perasaan yang sangat hampa. Apa yang tinggal sekarang hanyalah persoalan demi persoalan yang tidak punya jawapan. Dia menekan lagi nombor talefon Hartini untuk kesekian kalinya tetapi hanya peti suara yang menjawab. Dia tersandar kehampaan sambil merenung tajam pintu masuk kedai buku Maisara Enterprise.


Argh!


Dia menjerit dalam hati. Pintu kereta dibuka kembali.


Kali ini, langkah kakinya semakin laju....


 “Akak, saya nak alamat Tini...Sekarang!”


Maisara terkejut. Baru sebentar tadi dia melihat Irfan berlalu meninggalkan kedainya tanpa salam dan tidak sampai seminit, pemuda itu masuk semula dan menyergahnya dengan begitu. Ish,nasib baik aku tidak mengidap lemah jantung!


 “Kamu nak buat apa dengan alamat dia?”


“Nanti saya ceritalah! Akak bagi la cepat..” Irfan bagaikan mendesak pula.


 “Kamu jangan macam-macam Irfan...Akak bukan tak kenal perangai kamu. Kakak kamu tu kawan baik akak...”


 “Kak! Saya tahu la saya ni teruk,tapi saya ikhlas berkawan dengan Hartini dan saya tak pernah seikhlas ni selama ni...Puas hati?”


Maisara seakan terkaku mendengar apa yang dituturkan Irfan. Dengan pantas dia memberikan alamat rumah Hartini kepada Irfan dan Irfan menyambutnya dengan senyuman lebar...

Arghh.. dia mengeluh lagi, alamat rumah Hartini yang berjaya dia dapatkan pagi tadi kembali direnung....

............................................................................................................................................


Hartini memotong sayur sawi dengan perlahan. Fikirannya melayang terbang entah kemana. Dia tahu hatinya masih lagi sakit, pedih...Ya Allah...Kuatkan semagat hambamu ini! Dia teringat bagaimana pertemuan tanpa disengajakan dengan jiran Adila pagi tadi akan membawa khabar duka buatnya..


Hartini membelek perlahan sayur yang ingin dibeli. Dia mahu masakkan makanan yang paling istemewa untuk keluarganya. Esok hari lahirnya, dan dia mahu meraikannya bersama ayah dan adik-adik tersayang. Acuan untuk kek juga telah dihafalnya, segalanya mahu dilakukan bersendirian tanpa bantuan kedua adiknya iaitu Hardina dan Haryani. Setiap tahun, dia akan lakukan perkara yang sama tanpa rasa jemu, kerana hari istemewanya itulah yang akan membuatkan perasaan kasih kepada arwah ibu semakin mendalam. Dia tahu, ibu bertarung nyawa untuk melahirkannya dan dia juga tahu sukarnya ibu untuk mendidiknya menjadi anak yang berguna. Kasih sayang arwah ibu walaupun hanya seketika akan dia simpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Dan, setiap tahun, pada hari istemewa itulah dia akan berjanji untuk menjadi anak dan kakak terbaik untuk adik-adiknya. Dia mahu memegang amanah arwah ibu sebaik mungkin, mahu menjadi hamba tuhan yang sebaiknya…..


“ Tini, tak kerja hari ni?” 

Ada suara ramah menegurnya. Dia mengangkat muka dan tersenyum.


“ Tini ambil cuti hari ni  Mak Nab…”


Dia menjawab tenang. Begitulah setiap tahun, cuti akan disimpannya untuk hari istemewa itu.


“ Banyak beli barang? Buat makan-makan ke?”

 Mak Nab mengusik.


 “ Tak adalah Mak Nab, masak biasa-biasa je…Dah lama rasanya Tini tak masak untuk adik-adik. Mak Nab beli gula banyak-banyak ni nak buat apa? Kan harga gula naik…” 


Hartini mengusik. Dia melihat wajah Mak Nab sedikit berubah.


“ Eh, Tini tak tahu?”


Hartini menjungkitkan bahu. Tahu apa?


“ Ish…Bukan ke Adila anak Senah tu kawan kamu?”


Mata Hartini bercahaya saat nama Adila meniti di bibir Mak Nab. Mak Nab merupakan jiran Adila dan merupakan kawan baik Ibu Adila.


“ Adila balik Mak Nab? Saya dah lama tak jumpa dia…Hampir enam bulan. Biasanya kalau cuti semester macam ni, dia rajin datang rumah…” 


Ramah dia bercerita tentang kawan baiknya itu. Terasa rindu pula pada satu wajah comel dan sering membuatnya tersenyum.


 “ Adila dah balik seminggu, dia kan bertunang malam ni…”


What? Jantungnya seperti berhenti berdengup. Dia terkaku…Seakan tidak percaya!


 “ Adila nak bertunang? Malam ni? Betul ke Mak Nab…Bukan kakak dia?”


Dia cuba berlagak tenang tetapi tidak boleh. Apa yang disampaikan oleh Mak Nab begitu mengejutkannya dan dia tidak faham kenapa perkara penting sebegitu, Adila perlu berahsia dengannya?


“ Eh, kamu ni…Tak kan la Mak Nab tersilap dengar pulak. Hari-hari Senah bercerita dengan Mak Nab, lagipun Adila kan dah abis belajar…Mak Nab rasa Adila sengaja nak beri kamu kejutan. Mungkin petang ni dia akan ke rumah kamu dan berterus terang tentang pertunangan dia dan Saiful”


Haa? Sekali lagi dia rasa seperti mahu pitam. Tangannya mengeletar. Barang yang dipegangnya seperti mahu terlepas. Dia tidak mahu tahu lagi apa yang ingin Mak Nab katakan. Dia bergerak perlahan untuk pulang kerumahnya tanpa menoleh lagi. Panggilan daripada Mak Nab juga tidak dihiraukannya. Apa yang dia tahu sekarang hatinya terluka! Parah!


“ Along...”

Bagaikan ada yang memanggil namanya....


“ Along!”


Ayah!


Dia meletakkan pisau yang berada ditangan di atas meja. Bergegas dia mendapatkan ayahnya yang hanya duduk mengadap suratkhabar yang dibelinya sewaktu ke kedai untuk membeli barang basah beberapa jam yang lepas...


“ Kenapa ayah? Ayah dah lapar? Along belum masak”


Dia serba salah.


“ Ayah tak lapar”


Ayahnya mengangkat muka apabila menyedari dia sudah melabuhkan duduk di situ. Pandangan matanya bertembung dengan mata tua ayahnya.


 “ Kenapa ayah panggil Along?”


 “ Ayah rasa dah lama tak berbual dengan Along...”


Tersentak. Dia amat terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya itu. Sudah terlalu lama rasanya dia merindukan suara ayahnya. Sudah hampir bertahun lamanya dia mengimpikan untuk berbual mesra dengan ayah seperti dulu...Sama seperti sebelum ayah kemalangan...


“ Ayah....”

Suaranya tersekat walaupun dalam hatinya terlalu banyak yang ingin diluahkan.  Bibirnya bergetar hebat tatkala melihat senyuman yang ayah berikan kepadanya. Ya Tuhan, andai ini hikmah disebalik kesakitan yang telah Saiful berikan, dia rela...Dia rela menanggung kesakitan jika dibalas dengan nikmat yang tidak ternilai ini...


“ Ayah sudah terlalu lama tidak memeluk Along dan adik-adik...”


Serentak dia meluru kedalam dakapan ayah tersayang. Tidak perlu kata-kata, tidak perlu lagu indah...Hanya tangisan sudah cukup meggambarkan bahawa dia amat bahagia saat ini. Inilah hadiah yang tidak ternilai sempena dengan ulangtahun kelahirannya esok...


“ Along! Ayah! Kenapa ni?”


Dia terdengar jeritan halus daripada Haryani. Adiknya itu berlari mendapatkan dia dan ayah.  Dia merenggangkan sedikit pelukan ayah dan cuba untuk tersenyum kepada Haryani. Dia tidak mahu Haryani dibebani rasa takut.  Dia masih ingat beberapa tahun lepas saat dikhabarkan kaki ayahnya akan dipotong, adiknya itu pitam,berhari-hari tubuh kecil itu tidak berupaya menjamah nasi. Dia tahu adik-adiknya terlalu takut untuk merasakan kehilangan sekali lagi...Cukuplah ibu telah pergi...Ya Allah, janganlah kau tarik nyawa ayah saat adik-adik masih memerlukannya...Dia mengesat perlahan airmata yang tidak henti-henti mengalir.


“Angah, peluk ayah...”


Haryani kelihatan tercengang.  Seperti kebingungan. Perlahan tubuh adiknya dirapati, dia tahu Haryani terkejut dengan permintaan ayah sepertimana dia tadi. Dia mengangguk perlahan kepada adiknya itu isyarat mengikut sahaja permintaan ayahnya. Tidak sampai seminit, Haryani telah tenggelam dalam esak tangis yang dia rasa sudah terlalu lama adiknya itu pendamkan. Dia tahu, adik-adiknya sudah terlalu lama merindui ayahnya, merindui kasih sayang ayahnya itu...Dadanya seperti mahu pecah menahan rasa hiba yang bertandang,rasa ngilu yang menjentik perasaan....


            ...................................................................................................



Hartini memeluk erat-erat Al-Quran yang telah selesai dibacanya.  Tangannya terasa dingin kerana menahan airmata yang sudah mula bertakung di tubir matanya.  Dia melihat arah jarum jam yang menginjak keangka satu pagi dan dia tahu beberapa jam yang sudah pasti pertunangan antara Adila dan Saiful telah selamat dilangsungkan. Sakit dan sebak yang meraja dihati bagaikan tidak tertahan walaupun mulutnya tidak henti-henti mengalunkan kalimah Allah. Dia sudah kehilangan dua orang yang menjadi benteng kekuatannya selama ini. Dua insan tersebut terlalu dia sayang....Adila, teman baiknya dan Saiful...Lelaki itu telah disandarkan harapan untuk menjadi pelindungnya,untuk dijadikan sebahagian daripada dirinya tetapi sekarang? Kedua insan tersebut juga yang telah merobek-robek tangkai hatinya. 

Sakit! Pedih!


Kerdilnya diri aku...bodohnya aku...


Ya Allah,kenapa aku diperlakukan begini? Apa kesilapan yang telah aku lakukan sehingga mereka berdua sanggup melukakan hati aku sampai begini? Hatinya merintih hiba. Airmata yang ditahan sejak pagi tadi mengalir jua. Biarlah! Biar airmata ini tumpah....


Saat dia mahu mengesat airmata, dia bagaikan terdengar namanya dipanggil dari luar rumah. Hati yang berkecamuk dengan kesakitan ditambah pula dengan rasa takut yang datang secara tiba-tiba. Suara siapa yang panggil aku pagi-pagi macam ni?


Dia mendiamkan diri, telinganya didekatkan dengan dinding bilik. Mahu mendegar dengan jelas suara siapa yang memanggilnya. Senyap. Emm...Khayalan aku je..


“Tini...”


Haa? Suara itu agak kuat sedikit berbanding tadi. Dia memberanikan diri untuk membuka tingkap biliknya. Tidak ada apa yang nampak melainkan pekat pagi...


 “Tini...Irfan ni...”


Ya Allah! Hampir sahaja dia menjerit. Semangatnya terbang melayang.... Betul-betul depan matanya wajah Irfan dengan dahi yang berkerut.


 “Apa awak buat ni?”


Suaranya agak serak kerana menangis. Agak samar-samar wajah Irfan dalam pekat pagi begitu.


“Dari tadi saya tunggu awak habis mengaji...lenguh kaki saya...”


Irfan mengadu...


“Macammana awak tahu rumah saya?Kenapa datang pagi-pagi macam ni? Ish,awak ni!” 


Hartini mula merasa geram. Kesedihan dalam hatinya dapat dilupakan seketika namun diganti pula dengna rasa bimbang, dia takut andai ada jiran-jiran ternampak kelibat Irfan di luar tingkap biliknya.


 “Saya nak datang petang tadi rumah awak tapi mesyuarat habis lambat. Dalam pukul sebelas tadi saya dah ada depan rumah awak tapi semua lampu dah tutup. Hanya bilik awak yang masih terang, saya dengar awak mengaji...Saya dah kena nyamuk ni Tini...”


Huh! Padan muka!  Siapa suruh buat kerja gila macam ni? Datang rumah orang tengah-tengah malam...Tak boleh tunggu siang ke...Irfan ni memang pelik!


 “Ada hal apa awak nak jumpa saya sangat ni? Cepat cakap, lepas tu awak boleh balik. Saya takut ada jiran-jiran nampak...Cepatlah..”


Dalam keadaan kelam kabut begitu,dia hanya sempat menutup rambutnya dengan kain langsir biliknya sahaja...


“Emm...Saya nak jadi orang pertama yang ucapkan selamat hari lahir kat awak!, so... happy birthday Tini!


Irfan meluahkan dan dia dapat lihat mata Hartini yang berkaca....


“Awak bersusah payah datang sini semata-mata nak wish birthday kat saya?”


Hartini keharuan. Dadanya sebak yang tertahan. Di saat Adila dan Saiful memilih untuk bertunag pada tarikh hari lahirnya, Allah mengirimkan seorang sahabat yang lain pula kepadanya.


            .............................................................................................


            “Awak menangis Tini?”


Irfan cuba menyentuh pipi mulus Hartini tetapi dengan cepat Hartini menjauhkan jarak. Dia mengeluh, Hartini terlalu beku dan dingin. Buat seketika, dia hanya merenung wajah hitam manis itu yang masih menutup rambut dengan langsir tingkap bilik.  Agak lucu tetapi pada pandangan matanya, Hartini tetap cantik! Mata bundar itu tetap indah seperti biasa.Namun, Irfan seperti dapat merasakan sesuatu...Wajah Hartini nampak sugul,seperti baru lepas menangis.


“Tak..Saya ok..Irfan,awak balikla...Dah pagi sangat ni. Awak janganlah buat benda mengarut ni lagi” 

Saat menuturkan ayat tersebut, tanpa sedar ada air mata yang mengalir, malah makin laju membasahi pipi mulusnya.  Dia tidak dapat menipu perasaan terharu yang hadir apabila melihat kesungguhan Irfan menunjukkan keikhlasan dalam persahabatan mereka. Tanpa dia sedar, kehadiran Irfan sedikit sebanyak telah mengisi kekosongan persahabatan yang telah ditinggalkan Adila dan Saiful. Masih segar di ingatannya, pertemuan yang penuh menjengkelkan antara dirinya dan Irfan dan siapa sangka ‘pemuda sombong’ pada waktu itu telah menjadi sahabatnya kini. 


“Saya tahu awak tengah bersedih...Kenapa Tini? Awak masih marahkan saya ke...Saya nak mintak maaf dengan awak! Saya tahu saya tak patut mengata bukan-bukan mengenai Saiful. Saya tahu Saiful lelaki yang baik sebab awak terlalu baik Tini...Allah ciptakan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik kan?”


Jujur.Ikhlas. Itu yang dapat dia rasakan waktu Irfan memohon maaf kepadanya. Dia hanya mengangguk, demi tuhan, dadanya terasa mahu pecah menahan tangisan yang dibendungnya.


“Irfan, awak baliklah...Awak tak buat salah dengan saya...”


Hanya itu ayat terbaik yang dia fikirkan saat ini. Irfan tidak perlu tahu, tidak! Bukan waktunya Irfan mengetahui penamat hubunganya dan Saiful.


“Betul Tini? Awak dah tak marahkan saya? Betul?”


Ada nada gembira dalam suara Irfan walaupun nada suaranya sedaya mungkin diperlahankan.


“ Saya tahu Tini, mesti awak terharu sebab saya datang ni kan? Awak tak sangka saya ni sahabat yang baik.. kan?”


“Irfan...tolonglah balik...” 


sebelum airmatanya terburai, sebelum dia teresak-esak di hadapan temannya itu, dia rasa cukuplah setakat itu perbualan mereka berdua. Dia juga sudah merasa kesejukan menahan angin pagi yang masuk melalui tingkap biliknya yang dibuka sedikit...


“Ok, saya akan balik tapi boleh awak janji dengan saya?”


Berjanji?Ditengah-tengah pagi macam ni? Irfan memang suka buat kerja gila!


“Berjanji apa?” 


Pilihan apa yang dia ada...


“Awak jangan tinggalkan saya, saya ikhlas berkawan dengan awak!”


Jangan tinggalkan saya? Mengapa perlu diungkapkan kata-kata seperti itu...Bukankah ungkapan itu juga pernah diberikan Saiful kepadanya? Dan sekarang...Ungkapan itu lansung sudah tidak memberikan apa-apa erti buatnya...




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku