Tuhan, Izinkan Aku Mencintainya
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Julai 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
381

Bacaan






Hartini menyusun semua hidangan yang telah siap dimasaknya. Walaupun tidak banyak tetapi dia merasakan itu sudah cukup memadai untuknya sekeluarga. Ada nasi dagang, kek coklat, puding jagung dan sedikit pulut kuning untuk dimakan dengan rendang ayam. Semuanya disediakan sendiri olehnya.  Adik-adiknya tidak dibenarkan untuk menolongnya di dapur hari ini. Dia mahu lakukan semuanya sendiri, mahu merasa nikmatnya meyambut hari lahir dengan cara sendiri dan dia dapat merasakan kebahagiaan dengan berbuat begitu....Pedih semalam dan kelukaan yang sangat dalam sedang ditanggungnya mahu dilupakan seketika. Dia tahu,dia harus kuat dan dia juga tahu dia masih ada orang-orang yang sayangkannya...Dia masih ada ayah,adik-adik, Maisara dan juga Irfan...Emm..Mengingatkan pemuda itu,membuatkan dia mahu mengukirkan senyum...Temannya itu gila!


            “Semua dah siap!”


Dia memanggil adik-adiknya. Hidangan untuk ayahnya sudah diasingkan. Dia tidak mampu untuk memapah ayahnya ke meja makan yang ada di dapur.  Rumahnya juga rumah kayu yang agak usang, ayahnya tidak boleh melompat menggunkan sebelah kaki...Ayah hanya boleh mengensot tetapi dia tidak mahu ayah berbuat begitu di hari bahagianya.


            “Along...Apa kata kita angkut semua makanan ni depan ayah? Kita makan ramai-ramai depan dia...Bersila...”


Hardina membuat cadangan. Dia agak terkejut...


            “Ish..Angah ni, nanti ayah marah!”


Imran bersuara. Mungkin dia masih trauma akibat ditengking oleh ayah sewaktu merenggek mahu makan nasi bersama-sama ayah beberapa tahun sudah. Dia sebenarnya tidak mengerti mengapa ayah tidak membenarkan mereka sama-sama makan dengannya. Apa yang dapat dia fikirkan hanyalah ayah tidak mahu dia dan adik-adik tidak berselera untuk menjamah nasi bila berhadapan dengan sebelah kaki ayah yang masih ada....


            “Assalamualaikum!”


Ada suara memberi salam saat dia menghulurkan piring kepada Haryani. Semua mata adik-adiknya terarah kepadanya.


            “Adik pergi tengok siapa datang”


Dia  memandang Imran.


            “Asyik-asyik adik yang kena suruh...”


Mulut adik lelakinya membebel walaupun kakinya sudah dihayunkan menuju ke ruang tamu yang mengadap pintu utama rumahnya. Otaknya ligat berfikir, siapa yang sudi bertandang ke rumahnya tengahari begitu....


            “Along! Abang Irfan datang ni!”


Suara adiknya kuat daripada pintu utama. Abang Irfan?


Dalam kebingungan, langkah kaki dihayunkan juga untuk mendapatkan adik lelakinya yang masih lagi tidak berganjak daripada pintu utama.  Sempat dia melirik kepada ayahnya yang hanya tenang memandangnya.


            “Assalamualaikum Tini”


Saat dia menjengukkan wajah, ternampak sengihan melebar Irfan terhadapnya. Dia hanya mengeluh, sudah masak benar dengan perangai Irfan yang kadangkala sukar untuk dia jangkakan.


            “Along, ajaklah abang Irfan masuk”

Imran juga tersengih memandangnya. Apa kes dengan diaorang ni? Macam ada konspirasi sulit je...Sejak bila pula Imran tahu nama Irfan?


            “Adik kenal kawan along?”


Dia membulatkan matanya besar-besar....


            “Kenal la...Tadi, abang Irfan cakap kat adik...’Salam adik comel...Saya abang Irfan,kawan kakak adik!’...So,adikkenal la...kan abang Irfan...” 


Penjelasan Imran disambut gelak besar oleh Irfan...amboi,cepat benar mesra!


            “Tini,awak tak nak ajak saya masuk ke? Sesi soal kenal dah habis kan?”


 Irfan menunjukkan riak simpati...


            “Dah habis? Awak ingat semudah tu...Kalau dah rasa berani sangat, pergilah beramah mesra dengan ayah kat dalam tu!”


Hartini menyembunyikan senyum. Dia bergerak semula ke dalam rumah tanpa mempelawa temannya itu masuk. Dia terus menuju ke arah dapur, mahu menambah gelas dan pinggan untuk Irfan yang datang secara tiba-tiba. Apalah agaknya tanggapan ayah terhadapnya? Risau pula dia mahu memikirkannya....


            “Siapa along?”


Hardina dan Haryani hanya senyum-senyum kepadanya.


            “Kawan along”


            “Kawan yang hadiahkan along talefon tu?”


Dia hanya mengangguk.


            “Kawan yang sukakan along tu?”


Ish! Terus sahaja tangannya laju mahu mencubit lengan Hardina. Adik-adiknya itu tidak habis mahu mengusiknya...Tidak mungkin Irfan suka kepadanya...Temannya itu terlalu banyak kawan perempuan dan dia yakin mana-mana perempuan juga pastiakan terpikat dengan pakej lengkap yang dimiliki oleh Irfan. Temannya itu punya segalanya...Dan dia? Hanyalah gadis biasa....


            “Tini...Ayah awak nak duduk kat mana ni?” 

Hartini berpaling. Matanya bulat memandang Irfan yang sedang memapah ayahuntuk berdiri dengan stabil dibelakangnya. Dia rasa bukan dia sahaja yang terkejut melihat situasi itu tetapi juga kedua adik perempuannya.


            “Haaaa?”


Dia terkaku. Suaranya bagaikan tidak terkeluar kerana terkejut yang amat sangat.


            “Err...abang...letakkan ayah kat kerusi ni...” Mujurlah Haryani tidak lama melayan rasa kaget. Jika tidak,berpeluh juga Irfan mahu menampung beban tubuh ayah yang agak berat..


            “Macammana.....” dia cuba untuk bertanya...


            “Ayah yang mahu makan bersama dengan anak-anak ayah hari ni. Ayah mahu sama-sama meraikan hari jadi along”


Ya Allah! Indahnya kurniaanMu...Al-hamdulillah, allah telah memakbulkan doanya.Allah mendengar keluh kesahnya selama ini!


            “Sudahla tu...Jom la makan...” Imran menyelamatkan suasana yang agak lesu.


            “Irfan, kamu duduk sebelah ayah...”  Hanafi mengarahkan Irfan...


Ayah? Hartini mahu membantah tetapi suaranya tidak berupaya untuk keluar.


            “Adik pun nak duduk sebelah ayah! Sekarang ada ayah,ada along,angah,uteh dan abang Irfan! Happy family...suka-suka...”


Imran bagaikan sangat teruja dengan situasi tersebut. Hartini hanya menahan rasa dalam hati. Dia secara tiba-tiba berasa sangat segan dengan Irfan, dia tidak mahu temannya itu berfikir bukan-bukan....


            “Along,pasang hajat dan berdoa dulu...Lepas tu, potong kek!”


Hardina mengingatkan apabila melihatkan tingkah kakaknya yang agak terkesima. Hardina memandang Irfan, nampak dalam anak mata pemuda itu cahaya kasih kepada kakaknya...Dan,dia sebenarnya tahu mengenai pertunangan Saiful dan Adila sejak seminggu lepas tetapi dia tidak mempunyai kekuatan untuk berterus terang.Maafkan angah, along! Angah tak mahu menyampaikan berita menyedihkan itu pada along....Malam tadi dia tahu, hati kakaknya hancur,jiwa kakaknya patah...Walaupun kakaknya tidak mempamerkan apa-apa rasa tetapi dia tahu...Kakaknya menyimpan luka yang sangat dalam....


            “Doakan untuk saya sekali Tini...”  


suara nakal Irfan menyampuk. Dia hanya tersenyum manis...Bahagia melihatkan keluarga kecilnya ada bersama-sama dihadapanya sekarang..


            ........................................................................................................


Irfan tenang memerhatikan pokok-pokok bunga yang nampak segar dimatanya. Matanya liar pula beralih ke arah ruang dalam rumah Hartini yang nampak kosong dan kemas. Rumah itu sederhana besar, tidak ada perabot cuma ada meja kecil yang diletakkan radio yang agak uzur di atasya. Penjuru rumah kelihatan ayah Hartini sedang enak melayan mimpi setelah kenyang menikmati hidangan enak yang telah Hartini sediakan. Ruang dapur pula agak sempit, hanya menempatkan meja makan yang agak uzur dan sebuah almari untuk menyimpan barang-barang kering untuk memasak....


            “Buat apa termenung kat sini?”


Hartini menegur ramah. Tangannya menghulurkan segelas jus oren kepada Irfan dan disambut dengan senyuman oleh temannya itu.


            “Macam suami isteri lak kita ni kan?”


Irfan sudah ketawa dengan kata-katanya sendiri. Hartini hanya mencebik. Duduknya dilabuhkan di sebelah Irfan. Mereka sama-sama bersimpuh dia atas beranda rumah untuk menikmati angin petang...


            “Kat sini tenang je Tini...”


Bagaikan ada sesuatu yang mahu Irfan luahkan.


            “Biasalah Irfan, sini kampung bukan bandar...”


            “Tak...Maksud saya, rumah awak...tenang...”


Mata Irfan memanah tepat ke dalam anak mata Hartini. Hartini menaikkan kening tanda tidak mengerti...


            “Saya rasa macam bahagia bila bersama keluarga awak”


            “Irfan...Awak boleh rasa apa yang awak rasakan sekarang dengan family awak sendiri...Tapi, awak yang menjarakkan diri dengan mereka kan? Sampai bila nak macam ni...Dah sampai masanya awak jalinkan semula silaturahim yang renggang selama ni”


            “Dah terlambat Tini...Saya tahu saya teruk,saya selalu membelakangkan keluarga saya” Irfan kesal.


            “Irfan, air yang dicincang tidak akan putus...semua orang pernah buat silap dan tidak ada seorang manusia pun yang mahukan kesilapan berlaku dalam hidup mereka. Awak masih ada masa Irfan,masih berpeluang....Jangan sia-siakan lagi masa yang ada”


            “Tini, awak menyesal tak dapat kawan macam saya?”


            “Menyesal? Sebab apa...Sebab perangai awak teruk? Siapa saya Irfan...Mahu menghukum awak...Saya juga insan biasa,macam awak”


            “Tapi awak baik!”

            “Bagi saya,awak juga baik!”


Hartini senyum manis. Irfan yang mendengar terasa terharu. Dia tahu Hartini gadis yang baik, kata-kata Hartini nampak ikhlas....


            “Tini...Saya tak sangka hidup awak sesukar ini...”


Sungguh,hatinya sebak saat pertama kali menjejakan kaki memasuki rumah Hartini. Hatinya bertambah rawan apabila melihatkan keadaan ayah Hartini yang terlantar begitu. Sejak usia berapakah gadisku ini hidup dalam keadaan macam ni?


            “Maksud awak?”

            “Awak banyak bekorban untuk keluarga awak...Hidup awak susah”


Hartini senyum...Dia sudah jangkakan pasti Irfan terkejut melihat kehidupannya yang tidak semegah orang lain. Malah,dia juga sumber utama kewangan keluarganya..Ayahnya pula sakit...


            “ Saya tidak pernah memandang kehidupan saya sukar Irfan…saya bersyukur, sekurang-kurangnya Allah masih memberi saya sebuah keluarga yang bahagia. Masih memberi saya kudrat untuk membantu keluarga, masih memberi saya ruang untuk saya laksanakan tanggungjawab saya. Jika kita mampu melihat kesenangan dalam kesusahan..kita adalah insan yang bersyukur.  Saya tidak mahu kaya dunia tetapi miskin akhirat.. “


Irfan mengangguk. Mengerti ketabahan dimiliki Hartini bukan calang-calang wanita sanggup menggalasnya dan dia juga beryukur kerana Allah pertemukan dia dengan Hartini….


            “Berapa umur awak Tini?”


Melihatkan tubuh Hartini yang tidak terlalu kecil dan tidak juga terlalu tinggi menyebabkan dia sukar menduga usia sebenar gadis itu.


            “ Masa usia saya 16 tahun, Allah ambil Ibu selepas megalami pendarahan yang teruk selepas melahirkan Imran. Setahun selepas tu, ayah pulak kemalangan dan hilang sebelah kaki. Tulang belakang ayah sampai sekarang belum sembuh, doktor nasihatkan ayah jangan lakukan kerja berat...”


Irfan diam. Penuh minat dia mendengar. Semakin bertambah rasa sayang dan cintanya pada Hartini.


            “ Hari ni saya dah 22 tahun Irfan, saya muda lagi tau... so, i should call you ‘abang’? hurmm...”

Hartini ketawa. Irfan tergelak.


            “ Yes! Why Not?”


Mereka kembali ketawa. Irfan sangat bahagia melihat senyuman Hartini yang sangat manis. Wajah itu kembali ceria.


            “ Saya baru 31 tahun, takdelah tua sangat! Tapi kalau nak panggil abang, apa salahnya.. lagi mesra kan?”


Hartini menggeleng. Idea itu sangat kelaka ok!


            “Irfan, terima kasih” Hartini memandang anak mata Irfan. Dalam.


            “ Tini, boleh tak jangan renung saya macam tu?” Irfan serius.


Hah??!


            “Awak buatkan saya jatuh cinta berkali-kali”


Wajah Hartini merah. Irfan yang telah tersedar sesuatu segera ketawa kuat, mahu menutup keterlanjuran kata-katanya sebentar tadi.


            “Terima kasih Irfan!”

            “Untuk apa?”


            “Sebab hari ni,saya dapat makanbersama-sama ayah…Dah bertahun saya tunggu saat-saat macam ni,nak duduk semeja makan dengan ayah dan adik-adik. Selama ni,ayah tak mahu makan dengan saya dan adik-adik. Ayah macam berada dalam dunia dia sendiri tapi saya tak pernah berputus asa…Setiap hari saya berdoa,kembalikan ayah saya yang dulu…Dan, harini Allah makbulkan doa saya!”


Irfan tenang memandang wajah ceria Hartini. Suka benar dia melihat wajah manis itu tersenyum. Hatinya terasa damai….


            “Saya hanya tolong angkat ayah awak je!”


Irfan ketawa. Hartini juga ketawa…Dia terasa sangat bahagia hari ini walaupun semalam semangatnya hampir padam…


            “Tini,nah…”


Irfan menghulurkan kotak kecil yang hanya berikat denga riben. Hartini tergak-agak mengambilnya…


            “Bukan bom kan?”


Irfan menggeleng dan ketawa.


            “Boleh saya buka?”


Irfan menggangguk.


Perlahan riben itu dileraikan,kotak cantik itu dibuka…terletak kain sutera disitu…


            “Saya tak boleh terima Irfan”


Dengan pantas Hartini mahu menolak kotak tersebut kepada irfan tetapi dengan cepat Irfan mengelak.


            “Saya juga tak boleh terima Tini”

            “Kenapa?”

            “Ini pemberian Kak Sofea...bukan saya. Saya tak tahu nak beli apa kat awak…sorry ye”


Irfan bingung. Hampir tiga jam dia mundar-mandir di bandar Kuala Terengganu mahu mencari hadiah buat gadis kesayangannya tetapi masih tidak jumpa. Dia tidak mahu pergaduhan yang tercetus sewaktu membelikan telefon bimbit buat Hartini kembali berulang. Hartini bermatian menolak pemberiannya itu tetapi berkat pertolongan Maisara, dengan berat hati talefon kecil itu bertukar tangan.


“Kak Sofea tahu saya datang rumah awak hari ni,lepas tu dia kirimkan hadiah ni. Awak terima la pemberian ikhlas dia tu,nanti dia berkecil hati pulak…” Hartini hampir melompat kerana terkejut.


            “Kenapa Kak sofea bagi?”

            “Aik? Kata birthday…”


Hartini menjungkitkan bahu. Nanti dia akan berterima kasih kepada Sofea apabila bertemu dengan wanita itu kelak.


            “Tini…Kak sofea suka awak…”


Irfan tenang melihat wajah itu hanya tersenyum mendengar kata-katanya. ‘Saya juga suka awak!’ Irfan menjerit dalam hati, seluruh anggota dalamannya bergetar hebat. Untuk meluahkan, dia masih tidak mampu, lagipun dia tidak mahu merosakkan persahabatan yang terbina antara mereka berdua.


            “Saya pun suka Kak Sofea jugak!”


            “Jangan!”


            “Kenapa?”


            “Nanti suami dia cemburu…”


Gelak mereka berdua bersambung. Terima kasih Ya Tuhan, atas kegembiraan hari ini…Hartini bersuara dalam hati…


…………………………………………………………………………………………



Irfan sudah tidak senang duduk. Sekejap-sekejap dia melihat jam yang terlilit ditangannya, hatinya cukup resah. Handfhone yang sudah ditukar kepada mood silent diambilnya,mahu melihat kalau-kalau ada massage atau call daripada Hartini…


‘1Masage from Cahaya’


Dengan cepat dia menekan ‘open’….


‘Lambatnya pakcik…Saya dah lapar ni,jadi datang tak?’


Dipanggilnya aku pakcik? Nak kena Hartini ni…Irfan bersoal jawab sendiri. Sempat dia melihat ketua bahagiannya masih lagi rancak membentangkan usul terbaru bagi menjayakan projek perumahan yang sudah dirancang sejak awal tahun…


‘Jangan lapar dulu…Cakap kat perut awak,saya lambat sikit’-send


Dia senyum sendiri. Mendapat pesanan ringkas begitu sudah cukup membuatkan hari-harinya diselubungi keceriaan apatah lagi kalau dapat menatap wajah Hartini…


‘Perut saya tak boleh tunggu’


Tidak sampai seminit,Hartini sudah membalas. Irfan termenung, kasihan pula jika membiarkan Hartini menahan lapar begitu…


‘Awak makan la dulu,jangan tunggu saya’


Dengan berat hati, dia terpaksa berkata begitu. Risau pula jika gadis kesayangannya itu akan sakit…


            “So, apa pendapat awak dengan usul yang dibentangkan Irfan? Ada penambahan idea?”


Alamak! Hampir tercampak handfhone yang dipegangnya apabila disergah begitu oleh Dato’ Hamdan yang merupakan CEO syarikat tempatnya bekerja sekarang.


            “Err…Saya setuju Dato’…”


Tergagap-gagap dia menjawab. Aku sempat send ke tidak massage tadi? Masih sempat  otaknya berfikir…


            “Apa yang awak setuju?” Bagaikan ada riak tidak puas hati dalam pertanyaan Dato’ Hamdan kepadanya.


            “Iya la…Saya setuju dengan usul yang dibentangkan oleh Encik Farid tadi…Apabila kita mengambil pendekatan untuk membina rumah yang sederhana besar, secara tidak langsung kita sebenarnya memberi peluang kepada ramai orang yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri…Tempat pembinaan yang dicadangkan juga strategik sebab ia dibina di pekan…”


Semua yang ada hanya mengangguk-angguk tanda setuju. Dia melepaskan keluhan lega apabila melihat Encik Farid, Ketua Bahagiannya tersenyum lebar ke arahnya.


            “Saya rasa cukup sampai sini dahulu mesyuarat kita kali ini. Mesyuarat bersambung nanti…Assalamualaikum”


Fuh! Lega…Irfan buru-buru bangun untuk keluar daripada bilik mesyuarat yang hampir sahaja menyesakkan dadanya. Dia sempat melihat ke arah jam ditangannya, hampir ke angka tiga petang! Dia berjalan dengan laju,bagaikan tidak cukup tanah…


Apabila masuk sahaja ke dalam kereta Honda Civic pemberian ayahnya sempena hadiah harijadinya pada tahun lepas, dia terus menekan minyak laju menuju ke destinasi…..


            …………………………………………………………………..



            “Assalamualaikum, Tini mana kak?”dia menyapa lembut Maisara yang berada di kaunter. Ada seorang remaja sedang membuat pembayaran buku rujukan Sejarah Tingkatan Empat.


            “Ada…Tengah makan dekat belakang,kenapa lambat? Ingatkan tak jadi datang…Kesian Tini tunggu”


Dia tidak menjawab dan terus menghayunkan langkah menuju ke arah satu sudut kecil yang telah dijadikan ruang makan dan solat pada waktu rehat. Dia masuk perlahan-lahan, tidak mahu menganggu Hartini yang sedang kusyuk makan.


            “Makan tak ajak!” dia menjerit kuat di belakang gadis itu.


            “Ya Allah!”


Irfan hanya ketawa mendengar Hartini melatah…


            “Ish…Tak reti bagi salam?” Hartini bersuara geram.


            “Nak sikit…Lapar…” 


Belum sempat Hartini berkata apa-apa, Irfan menarik pinggan Hartini dekat dengannya. Tanpa segan silu,dia menyuap nasi goreng kampung kepunyaan Hartini kemulutnya.


            “Irfan! Teruk la awak ni!”

            “Saya lapar”


Kalau dah tahu lapar, beli la sendiri…Hartini bersuara dalam hati. Dia bergerak ke arah peti sejuk dan mengambil Nescafe dalam tin dan dihulurkan kepada Irfan. Pemuda itu hanya tersenyum dan masih meneruskan suapan…


            “Lapar sangat?” 


Hartini menegur.Rasa kasihan melihat tingkah si teman seakan sudah lama tidak bertemu nasi.


            “Lapar…Dah habis nasi awak Tini…Terima kasih ye sebab belanja saya”

            “Siapa belanja awak? Perasan!”


Hartini mengambil Nescafe yang belum terusik itu dan membuka penutupnya lalu dituangkan ke dalam cawan sederhana besar.Setelah selesai, cawan itu diletakkan kembali dekat dengan tangan Irfan. Irfan yang mahu menyuapkan suapan terakhir seakan terkaku. Tingkah Hartini sangat istemewa. Gadis itu terlalu sempurna dimatanya. Tapi sayang, gadis itu telah dimiliki…Beruntungnya Saiful…


            “Ayah awak macammana Tini?”


Irfan  mengalih topik. Dia tidak mahu terperangkap dalam mainan perasaan yang akan menjerat dirinya sendiri.

            “Al-hamdulillah Irfan…Ayah dah semakin ceria. Dia dah mula nak bercakap dan bercerita dengan kami adik beradik. Ayah ada tanyakan tentang awak Irfan…Dia tanya kenapa awak dah tak datang rumah…”


Irfan tersenyum.


            “Wah…mesti ayah awak rindukan saya,kan Tini? Beruntung jadi orang baik ni..Ramai orang sayang”


Hartini senyum. Senyumannya dan Irfan berpaut. Dia tersentak, bagaikan ada rasa getar  apabila melihatkan senyuman ikhlas Irfan terhadapnya. Ish, perasaan apakah ini?Hartini…Jangan biarkan perasaan bukan-bukan menjalar dalam hati kau! Kau taksedar-sedar lagi ke? Cinta lelaki ni tak boleh dipercayai? Jika lelaki sebaik Saiful sanggup menduakannya, apatah lagi lelaki seperti Irfan? Mana-mana gadis dia boleh dapat bila-bila masa sahaja.


Tapi,siapa aku mahu menghukum Irfan begitu? Manusia boleh berubah. Saiful juga telah berubah dengan menghancurkan hatinya selumatnya…Bagaimana Irfan? Bukankah Irfan juga sedang berubah menjadi lebih baik? Siapa tahu Irfan ikhlas cintakan aku…Hah??Irfan cintakan aku? Ish, Hartini menggeleng perlahan, tidak percaya hatinya sanggup memikirkan tentang Irfan sampai begitu sekali…


            “Awak kenapa Tini?”

            “Haa…?”


            “Iya la, dari tadi menggangguk,lepas tu…menggeleng…Emm, saya rasa saya kena masuk ofis semula ni. Balik nanti,jangan tunggu bas…Saya hantar awak balik ye,kita boleh singgah Maydin Mall kejap,beli barang dapur.Awak masak, saya makan malam kat umah awak”


Irfan berlalu dengan tergesa-gesa selepas mengeyitkan mata nakal buatnya. Dia tidak tahu apa yang telah Irfan katakan tadi. Dia tidak boleh menangkap satu ayat pun yang terkeluar daripada mulut temannya itu…ish, apa nak jadi dengan aku ni??

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku