Dia PAINKILLER Cinta
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Julai 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
259

Bacaan






Suasana sepi didalam kereta milik Zaim. Aafiyah ralit memandang ke luar tingkap.Selepas sesi meluahkan perasaan di rumah alongnya, memang dia hanya diam sahaja. Yang banyak bercakap sudah tentu lelaki disebelahnya ini.

Sebaik sahaja mendapat panggilan dari Care Shelter, terus sahaja dia bergegas menelefon uber lantaran dia datang ke rumah alongnya dengan menaiki uber. Namun Zaim beria benar mahu menghantar. Dek desakan alongnya, terpaksa dia benarkan Zaim padahal kalau boleh dia mahu jauh dari lelaki itu. Satu keluhan berat dilepaskan.

“Mengeluh sakan nampak?” tegur Zaim. Tidak mahu terus membiarkan sepi antara mereka.

“Yang awak ni, baik sangat nak hantar kenapa?” soal Aafiyah. Matanya masih tekun memandang ke luar.

“Fiya... Awak cakap dengan saya ke dengan tingkap?” Tahu yang Aafiyah sedari tadi tidak mahu memandang wajahnya. Belum sempat Aafiyah mahu membalas, telefon Zaim berdering nyaring.

“Fiya.. tolong jawabkan. Saya tengah memandu ni,” terus sahaja Aafiyah mencapai telefon Zaim dan menekan punat telefon. Lantas telefon itu ditekapkan ke telinga Zaim.

“ Im tengah drive ni, ma.” Terangguk-angguk lelaki itu mendengar apa yang dikata oleh mamanya.

“Sebelum magrib Im sampai. Jangan risau, kek tu kejap lagi Im belikan.” Zaim memberi signal untuk belok ke kiri. Terpampang papan tanda Hope Cats Veterinary Clinic milik Aafiyah.

“Kejap lagi Im call mama. Im ada kerja sikit. Assalamualaikum.” Setelah memarkirkan kereta. Terus sahaja Zaim membuntuti Aafiyah yang sedang membuka pintu klinik.

“Masuklah.. kejap lagi diaorang sampailah kot. Awak duduk dulu.” Ajak Aafiyah.Mata Zaim memerhatikan ruang klinik itu. Susun atur yang sangat kemas. Pandai Aafiyah memilih kombinasi warna dan dekorasi di ruangan menunggu itu. Suasana yang dapat membuatkan pengunjung yang datang berasa selesa dan tenang.

            Mata berpaling ke arah pintu saat terdengarkan loceng berbunyi. Terus sahaja dia bangun dan membuka pintu kacaitu. Terlihat dua orang lelaki dan seorang wanita masuk dengan membawa carrier.

“Zul, come here.” Panggil Aafiyah. Zaim hanya diam mengikut lelaki yang bernama Zul yang memegang carrier.Terpandangkan Aafiyah yang memakai topeng muka serta sarung tangan membuatkan hatinya terasa lain. Mata itu. Mata hitam pekat milik Aafiyah bagaikan magnet untuk dia terus memandang.

Seriously bleeding. Telinga dia ada orang potong.” Mengucap panjang Aafiyah bila terpandangkan seekor kucing berwarna oren berlumuran darah. Serasa sebak melihat haiwan itu mengiau kesakitan. Tangan lincah mencapai alat-alat yang telah disteril tadi. Ingin cepat memberi rawatan.

            Ralit Zaim melihat Aafiyah yang bertungkus-lumus merawat kucing yang bernasib malang itu. Kagum. Itu yang diarasa saat ini.

“ Telinga tu saya dah jahit. Saya dah check,memang tak ada sebarang luka di tempat lain. Kejap lagi saya bagi ubat. Minggu depan bawa dia datang sekali lagi untuk rawatan susulan.” Katanya sambil membuka sarung tangan getah dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

Thank you, Dr. Apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Makin kita maju, makin rasa perikemanusian tu hilang.” Ujar Zul. Aafiyah hanya tersenyum kelat. Tahu hakikat itu. Disebabkan itulah dia mengambil keputusan untuk membuat kerjasama dengan Care Shelter.Sekurang-kurangnya dia dapat membantu biarpun tidak sebanyak mana.

“Bila akal dan nafsu merajai hati memang begitu, Zul.” Sampuk Ila. Kesal benar dengan sikap segelintir masyarakat yang memandang enteng tentang hal ini. Tidak menegur bahkan ada yang sanggup berdiam diri biarpun penganiyaan terhadap haiwan ini terjadi dihadapan mata.

            Perbualan itu terhenti tatkala telefon lelaki yang mengikut Ila dan Zul berbunyi. Terus sahaja lelaki itu keluar mahu menjawab panggilan tersebut.

“Siapa tu?” soal Aafiyah. Dari tadi tertanya-tanya namun terkenangkan tanggungjawab yang dia kena laksanakan terus sahaja dia terlupa.

“Tajul. Dia yang jumpa kucing tu. Dia call kami. Yang ni siapa pulak?” Ila tersenyum kepada Zaim. Hati tertarik untuk mengenali lelaki yang dari tadi berada disisi Aafiyah.

“ Saya bakal suami, Dr Aafiyah..” terjegil mata Aafiyah mendengar kata-kata dari Zaim itu. Dia ni memang nak kena dengan aku. Selamba dia je mengaku macam tu.

“Bila kenduri? Nanti jangan lupa jemput saya ya, Dr.” sela Zul. Langsung tidak perasan dengan perubahan wajah Ila yang seakan kecewa itu. Usai berpamitan terus sahaja laju tangan Aafiyah mencapai sebuah fail dan mengetuk tangan Zaim.Geram.

“Sakitlah Fiya..” disapu tangannya yang sedikit pijar itu. Nak ketawa lihat muka Aafiyah yang merah.

“Padan muka..Tunggu kejap saya nak steril alat-alat ni dulu. Then, kita balik.” Mata Zaim liar meninjau ruangan klinik itu. Cukup sempurna dan lengkap. Cuma satu sahaja Zaim tidak berpuas hati. Sistem keselamatan di klinik itu. Baginya agak longgar.Senang orang nak buat jahat. Pintu yang digunakan juga tidak begitu selamat.Orang boleh pecah masuk dengan mudah.

“Fiya.. kenapa tak letak grill depan pintu tu?” soalnya. Terhenti tangan Aafiyahyang sedap membasuh tangan itu.

“Perlu ke?” Zaim mengetap bibir. Selamba betul Aafiyah menjawab. Haih..orang risau pasal dia. Sabar jelah.

“Bahaya, sayang.. Orang boleh pecah masuk tau. Awak tahu kan kadar jenayah makin meningkat?” Aafiyah mencapai kunci. Diperiksa sama ada semua suis ditutup olehnya. Baru sahaja mahu mengunci pintu, Zaim terlebih dahulu merampas dan menguncinya.

“Kalau macam tu nanti awak tolong uruskan. Saya tak reti. Along pulak selalu sibuk sampai saya terlupa. Boleh, eh..” terkedip-kedip mata Aafiyah memandang Zaim. Sengaja.

“Okey.. Sekarang, jom teman saya pergi beli kek.” Enjin kereta dihidupkan. Terus sahaja kereta digerakkan menuju destinasi seterusnya.

“Awak hantar saya dulu lah. Tak pun hantar je dekat bus stop. Saya boleh naik uber. Saya malulah nak pergi rumah mama dan papa awak.” Dia tak bersedia.Aafiyah resah sendiri. Tidak tahu mahu buat apa. Mulalah rasa menyesal tidak membawa kereta. Kononnya tak mahu sesak dalam traffic jam. Hmm.. apa aku nak buat ni.

“Kita pergi kejap je.. Lagipun hari ni birthday si kembar tu. Mesti diaorang suka kalau awak ada sama.” Pujuk Zaim.

“Eleh.. Awak tu cakap kononnya macam abang mithali. Padahal kalau mama awak tak call tadi pesan suruh beli kek. Entah-entah awak pun lupa kan.” Cebik Aafiyah.Zaim hanya ketawa. Dia akui kata-kata Aafiyah.

***

            Mahu tak mahu Aafiyah terpaksa ikut Zaim. Hatinya cepat lembut bila mendengar pujukan dari lelaki itu. Lagipun dia tak sampai hati mahu menghampakan Zahira dan Zahara bila mengetahui yang dia ada dengan Zaim ketika itu. Masuk sahaja ke pekarangan rumah itu, hati mula rasa lain macam. Debar bukan main.

“Besarnya rumah ni..” terpegun melihat rumah banglo mewah milik keluarga Zaim.Rasa jakun pun ada. Dia mana pernah jejak rumah besar-besar macam ni.

“Biasa je awak. Jom kita masuk.” Ajak Zaim. Kek yang dibeli tadi diambil dari tempat duduk belakang. Hadiah yang Aafiyah belikan untuk si kembar pun dia ambil. Tidak mahu Aafiyah mengangkat benda-benda berat waima plastik sekali pun. Over sungguh kau, Zaim. Tersenyum melihat reaksi Aafiyah. Langsung tak berpura-pura. Comel.

            Aafiyah hanya mengikut Zaim dari belakang. Saat terpandangkan seorang wanita yang berada di hadapan pintu, hati Aafiyah mula gementar. 

“Assalamualaikum, ma..” tegur Zaim sambil menyalam Datin Zalina yang sedari tadi menunggu kehadiran mereka di muka pintu. Terus sahaja Aafiyah menyalam wanita yang dikenali sebagai ibu Zaim itu dengan sopan.

“Sihat puan eh datin..” gugup. Itu yang dia rasakan sekarang. Dijeling Zaim yang asyik ketawakan dia. Lucu melihat Aafiyah yang menggelabah.

“Apa Im ni.. Tak baik tau gelakkan bakal isteri sendiri. Mama..Fiya panggil mama, ya?” Datin Zalina tersenyum manis. Sejuk betul jari-jemari Aafiyah. Takut dan gementar barangkali.Ditarik wanita itu ke dalam rumah.

“Banyak kali mama suruh Zaim bawak Aafiyah datang rumah. Tapi budak ni sibuk je memanjang. Fiya duduk kejap ya. Mama nak ambilkan air.”

“ Eh mama..Tak payah susah-susah. Fiya okey je.” Tegah Aafiyah. Tidak mahu Datin Zalina susahkan diri demi dia.

“Tak susah pun.. Semua dah sedia cuma tinggal hidang je.” Datin Zalina terus ke dapur.

            Mata Aafiyah liar memandang ruang tamu di rumah itu. Cantiknya. Nampak simple tapi cukup menampakan ciri-ciri mewah dan eksklusif dengan kombinasi warna dan padanan perabot yang digunakan.

“Cantik..” katanya perlahan. Aafiyah tersentak apabila lehernya tiba-tiba dirangkul dari belakang.

“Rindu akak..” ujar Zahara. Entah kenapa dia rasa sayang sangat dengan Aafiyah.Mungkin sebab mereka tiada kakak jadi kasih sayangnya tumpah pada wanita muda itu.

“ Rindu..tapi tak call kak Fiya pun. Birthday ni pun akak tak tahu. Nasib abang Aya si chipsmore ni bagitau opss..” ditekup mulutnya bila menyedari dia sudah terlanjur kata. Tak berani memandang Zaim.

“Fiya.. Again?” berkerut dahinya. Pura-pura terasa dengan kata-kata Aafiyah. Zahara dah ketawa kecil. Tahu yang abangnya mahu mengenakan Aafiyah.

Sorry.. tak sengaja..” tersengih Aafiyah. Buatnya Zaim tak mahu hantar dia balik nanti sebab kes ni. Masalah nanti.

Nope.. sedih saya tau. Nama saya bukan main sedap lagi, Zaim Ammar.. tak nak panggil nama, panggil abang ke.. sayang ke..Ni awak boleh panggil saya chipsmore?”suka dia lihat Aafiyah yang sudah serba salah itu. Nampak menarik dimatanya.

“Er..Sorry abang..” terus sahaja kepala sendiri diketuk. Apa kau ni Fiya? Biul dah ke? Terasa bahang mukanya. Malunya aku.. apasal aku ni jadi bendul tiba-tiba ni.

“Sudah Zaim..kenapa lah Im kacau Fiya macam tu sekali. Merah dah pipi dia tu,”tegur Datin Zalina. Bukan dia tak dengar apa yang diusik oleh anak lelakinya tadi. Tersenyum dia melihat muka Aafiyah yang menahan malu itu.

            Zaim kelu. Tak sangka yang Aafiyah boleh tersasul sebegitu sekali. Hatinya rasa bahagia semacam saat terdengar suara Aafiyah yang agak lembut itu memanggilnya abang. Di pandang sekilas wajah itu. Tak sabar mahu memiliki hati wanita di hadapannya itu. Terdengar salam diberi dari luar. Terus matanya menoleh ke arah pintu.

“Mak ngah !!!” bingit sahaja suara itu menerpa. Zaim memandang Zahara dengan penuh tanda tanya.

“Macam mana dia boleh ada sini? Bukan dia dah balik kampus ke?” bisiknya. Namun Zahara mengelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Aafiyah terpinga-pinga. Tidak faham apa yang dibualkan oleh dua manusia di hadapannya.

“Siapa ni, mak ngah. Kawan Aya ke ?” Aafiyah menoleh bila terasa dirinya bagai diperhati seseorang. Mak aiii..seksi nak mampus. Perempuan itu hanya memakai dress pendek yang agak ketat berwarna merah. Cantik. Tapi sayang..seksi.

“Kenapa u tengok i macam tu? I terlampau cantik ye..” bukan Tia tidak nampak yang dirinya dari tadi menjadi tatapan mata wanita yang dia tidak kenali itu.

“Tia.. duduklah. Fiya minum air tu.” Datin Zalina bersuara lembut. Tia terus duduk disebelah Zaim. Di ambil kusyen kecil di tepinya dan diletakkan ke atas riba. Badan mula mahu mengesel pada Zaim. Dia merengus kecil bila Zaim berpindah tempat dan duduk di sebelah Aafiyah.

“Aku tak tahu pulak yang kau ada kawan yang macam ni,” diperhati Aafiyah atas bawah sampaikan wanita itu tidak selesa.

“Yang kau nak sibuk kenapa.” Mendidih rasa hati kalau berjumpa dengan kakak sepupunya itu. Tak suka. Perasan sangat yang abang suka dekat dia. Dijuihkan mulutnya.

“Aku kena sibuklah.. aku kan bakal kakak ipar kau.” Katanya penuh yakin. Disebak rambutnya yang panjang itu dengan aksi mengoda.

            Mendengarkan kata-kata yang diucapkan oleh Tia, terus sahaja Aafiyah menoleh ke arah Zaim. Tenang dan tiada reaksi langsung. Seolah kata-kata Tia langsung tidak memberi apa-apa erti.

“Mama, kenduri start pukul berapa?”soal Zaim. Menganggap yang Tia tak wujud.

“ Lepas Isya’ kata papa sebab papa panggil orang masjid sekali. Kenapa Im?”

“Tak adalah.. ingat nak bincang tentang majlis pernikahan kami. Tu yang tanya.” Tersedak Aafiyah yang sedang minum air. Terkejut dengan kata-kata Zaim. Tajam matanya memandang kearah Zaim.

“Nikah? Apa semua ni, mak ngah. Abang Im?” soal Tia.

“Kalau Tia nak tahu, Aafiyah ni bakal isteri abang Zaim kamu..” tenang sahaja Datin Zalina menuturkan kata-kata itu.

What !!!” pekik Tia.

            Aafiyah terkaku. Tidak tahu nak buat apa lantaran dirinya bagai tersepit ditengah-tengah. Melihat mata Tia yang mencerlung memandangnya. Ada rasa takut dihati. Janganlah ada yang arwah malam karang. Matanya tepat memandang Zaim. Permainan apa yang awak tengah buat ni,Zaim..Berkaca matanya. Diri mahukan penjelasan dari mulut lelaki yang ada disebelahnya. Lelaki yang bernama Zaim Ammar itu.

 

 

 

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku