Kau Kekasihku
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Julai 2017
“Cantik” itu gelaran untuk Sasha, anak kesayangan abah dan umi, menjalin hubungan dengan Haikal dan mereka berjanji akan berkahwin selepas menamatkan pengajian di universiti yang sama. Siapa sangka dia akhirnya dikecewakan. Saat Sasha mengumpul sejuta semangat untuk bangkit semula, hadir pula Aqil iaitu lelaki yang dulu pernah diminatinya tetapi cintanya ditolak mentah oleh lelaki itu. Sasha keliru !! Bagaimana pula dengan si kasanova Shahrizal yang tak habis-habis mengganggunya? Keadaan bertambah rumit apabila Haikal kembali menagih cinta daripadanya. Antara Haikal, Aqil dan Shahrizal.. Siapakah yang berjaya mendapatkan sekeping hati milik Sasha? Siapa pula Emilin dan Haryana yang muncul di antara mereka?
Penilaian Purata:
482

Bacaan






                Dumm! Dentuman guruh yang luar biasa kuat itu mengejutkan Sasha yang sedang tekunmembaca buku. Dia mengurut dada sambil beristighfar. Di luar, hujanmencurah-curah.  “Sha? Kenapa belum tidurlagi ni?”, suara itu menghentikan konsentrasinya. “Ryn?” Serentak Sashaberpaling. Dia terkejut. Kelihatan kawannya itu menapak menuju ke arahnya.“Buat apa ni? Tak habis lagi ke baca buku tu”, soal Nuryn kepada sahabatnyaitu. Sasha tersenyum. “Belum mengantuk lah”, ujar Sasha sambil menguap.“Haa…belum ngantuk lah sangat, habis menguap tu apasal? Dah lah, tidur…besokkan nak balik KL. Jom”, ajak Nuryn sambil menarik tangan Sasha. Mendengarsahaja sebaris kata daripada kawannya itu, hati Sasha melonjak-lonjakkeriangan. Dia sangat rindukan abah dan uminya. Sasha tersenyum sendirianapabila mengingatkan keesokan hari yang bakal tiba. Tak sabar pulak dia.Excited excited !

“Haiii..apa lagi tersenyum macam orang gila ni?”Nuryn hairan sambil memandang ke arah Sasha dengan penuh tanda soal. Macam dhkena sampuk pun ada. Mana taknya, tengah malam macam ni senyum-senyumsendirian. Eee seram! “Ok lah Ryn. Ngantuk lah..tidur jom” kata Sasha tanpamenjawab soalan Nuryn sebentar tadi. Dia terus berlari ke arah biliknya. Nurynyang melihat hanya menggelengkan kepala.

            TELEFONSasha mendering menandakan ada panggilan masuk. Sasha yang masih berselubungselimut itu terpisat-pisat bangun. “Siapa pulak yang ganggu pagi-pagi ni”,katanya dalam hati dengan geram. Dengan mata yang terpejam, “Hello…”

“Hai Sha. Morning. Baru bangun ke?”, ujar satusuara. Suara itulah yang selalu menceriakan hari-harinya. “Ohh Kal. Awakrupanya. Nak apa ganggu pagi-pagi ni?”, kata Sasha dengan separuh mata terbuka.Haikal tertawa kecil di hujung talian. ”Ye ke Haikal ganggu? Tak nak balik KLke saying oii. Takkan nak terus tinggl sini kot”, ketawa Haikal masih bersisa.Serta-merta.. “Ya Allah! Kenapa tak bagitau awal-awal? Hishh!”, Sasha terusmematikan talian dan berlari ke bilik mandi. Haikal terpinga-pinga mendengartalian dimatikan Sasha dengan tergesa-gesa. “Haii..aku juga yang kena marah.Sabarlah lah Haikal dah kau terlanjur sayang dengan dia”, kata Haikal sendirisambil tersenyum-senyum.

“Babe, saya pergi dulu tau. Jaga diri baik-baik ok”,pesan Sasha sebelum pergi kepada Nuryn. “Awak pun sama tau. Saya mesti rindukanawak nanti. Jangan lupakan saya kat sini. Tahulah yang awak tu dah habis study.Bila dah dapat kerja, mesti berlagak dengan saya”

“Sampai hati awak cakap macam tu. Tak sayang mulut.Kalau masin mulut tu padan muka”, balas Sasha. “Alaa tak nak lah macam tu. Okok. Nanti ada jodoh kita jumpa hehe”

“Insya Allah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum bye”.Mereka saling berpelukan sesama sendiri. Nuryn sangat berat hati melepaskankepergian sahabatnya itu tapi apa boleh buat. Memang sudah ditakdirkan agaknyapersahabatan mereka setakat ini. Nuryn berjanji kepada dirinya sendiri bahawadia akan mencari Sasha lepas dia tamat pengajian nanti. Itu janjinya. Deringantelefon mengejutkan Nuryn.

“Ya Haikal? Ada apa?” Pelik juga sebab susah nakmelihat Haikal telefon kepadanya melainkan ada hal penting. “Hai Ryn. Aku naktanya ni. Sasha ada kat situ lagi ke?”, tanyanya. “Eh dia dah pergi dah Kal.Bukan Kal dengan dia ke?”, tanya Nuryn pula. “Macam tu ke? Takpa lah. Anywaythanks bye”, balas Haikal langsung memadamkan talian. Nuryn terpinga-pingaterhadap tindakan Haikal. Biasalah orang bercinta kan.

Haikal masih tertanya-tanya. Dimanakah Sasha? Kenapadia tak hubungi aku dari tadi? Aku ada buat salah ke? Kalau ikutkan hati, haritu juga Haikal balik KL supaya dia dapat balik bersama-sama dengan Sasha.Namun, tarikh pada tiket yang dibelikan ayahnya adalah dua hari selepas Sashabalik ke KL. Sabo je lah! Bila dia hubungi Sasha pula, hanya peti suara yangmenjawab panggilannya. Sungguh dia tidak paham. Mungkinkah sesuatu yang tidakdiingini berlaku? Astaghfirullahalazim..Haikal cepat-cepat beristighfar.

         “ABAH umi. Sha rindu sangat dengan korang. Eh, Lya tak ikut sekali?”,tanyanya sebaik sahaja meleraikan pelukan. Encik Rahim menggeleng. “Laa. Katanak jemput semalam. Eee mungkir janji betul lah budak tu”, kata Sasha kecewa.“Lya sibuk sayang. Memang dia dah janji semalam tapi banyak pulak kes yang kenadia selesaikan tadi. Maklumlah, adik Sha tu kan peguam”. Yaa..siapa tak kenallawyer yang paling professional, Nurzianie Lyana itu.

“Dah lah. Umi yakin Lya rindu sangat dengan kakakdia ni. Kita balik dulu jom, kat rumah nanti kita berbual lagi”, kata PuanElin. Anak-beranak itu terus beriringan menuju ke tempat letak kereta.

            “Akak?Lya rindu sangat dengan akak tau, sorry erk Lya tak dapat ikut umi dan abahjemput akak tadi”, ujar Lya lalu memeluk Sasha. “Opss jangan pelul-peluk. Akaktengah merajuk ni. Ada orang tu janji nak jemput kita tapi janji tinggal janjipula”, kata Sasha lalu meleraikan pelukan. Lyana terpinga-pinga. “Tak nak lahmerajuk macam ni. Takkan tak rindu adik. Kejam lah akak ni”, kata Lyana menarikmuka masam. Sambil tersenyum, “Belum mandi lagi kan? Busuk lah”, ujar Sashasambil menutup hidung. Lyana pantas mengambil bantal dan memukul kakaknyamanja. “Eee tak gunalah akak ni. Takpe takpe, hari ni hari akak tau. Hari esokhari Selasa”, Lyana ketawa kuat. “Ish dah lah. Pergi mandi. Akak nak tolong umisiapkan makan malam. Kalau layan adik ni sampai esok pun tak habis”, Sasha terusberlalu ingin turun ke tingkat bawah. Belum sempat dia menutup pintu, “Akak !Tunggu jap”, lalung Lyana. Sasha mengangkat muka. “Apasal adik call akak banyakkali tapi satu pun tak pernah masuk dalam talian. Handphone akak mana? Baksini”, tanya Lyana lalu menyuakan tangannya meminta.

“Entah. Tak perasan pun”, jawabnya bersahaja.Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Alamak! Dia baru teringatkan Haikal. Mestilelaki itu tertunggu-tunggu menanti panggilannya. Tanpa membuang masa, diaterus mendapatkan telefonnya yang terdapat dalam beg tangannya. Namun, puassudah dia mencari, tetapi bentuk telefon pun tak ada dalam beg tangannya.Lantas, Sasha pergi mendapatkan uminya yang sedang kusyuk memasak di dapur.Lyana yang melihat tingkah laku kakaknya hairan namun dia sengaja tidak ambiltahu. Lebih baik mandi hehehe..

“Umi umi umi umi”, jeritnya dengan nafastermengah-mengah. “Ada apa ni Sha? Terjerit-jerit macam orang hilang laki. Umitengah masak ni”, kata Puan Elin tanpa memandang ke arah Sasha. “Umi…Sha naktanya ni”. Puan Elin sekadar menggangguk. “Umi..umi dengar tak ni? Sha naktanya”, kata Sasha lagi dengan perasaan yang tak puas hati. “Ye ye ye. Umidengar. Haa nak tanya apa ni intan payung?”, balas Puan Elin dengan intonasiyang sengaja dilembutkan. “Umi nampak handphone Sha tak? Sha tak tahulah katmana Sha letak”.

“Manalah umi ni tahu. Kamu tu kan baru balik.Carilah lagi kot kot ada yang tertinggal lihat”, saran Puan Elin lalu meyambungbalik kerja memasaknya yang tergendala sebentar tadi. Sasha sangat tidak puashati mendengar kata-kata uminya sebab dia yakin yang telefonnya ada dibawabersama dalam beg tangannya sebelum berangkat tadi. Dia mula mengimbas kembalidetik-detik di airport sebelum abah dan uminya sampai. Tiba-tiba Sasha terusmenjerit dan menghentak-hentakkan kaki lagak anak kecil. Puan Elin dan EncikRahim yang mendengar dari tingkat bawah serentak bertanya “Sha? Ada apa tu?Kenapa jerit-jerit?” Sebaik sahaja mendengar pertanyaan tersebut, Sasha terusmenghentikan tingkah lakunya itu. “Tak ada apa-apa abah umi. Sha okey”,jawabnya. Hmm! Okey lah sangat. Digit-gigitnya bantal untuk melepaskan geram.Patutlah satu panggilan masuk pun tidak kedengaran paduhal telefonnyatertinggal dalam tandas airport. Confirm Haikal tengah risau sekarang ni.Lantas, Sasha mengambil keputusan untuk memberitahu Haikal tentang kehilangantelefonnya sejurus selepas lelaki itu balik nanti. Bukannya lama pun, dua harije!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku