Cinta Akan Indah
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 Julai 2017
Tak mungkin aku temui cinta sejati kerana kasih sayangmu lebih bererti
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
337

Bacaan






SEBAIK sahaja keluar dari bilik Irsyad, Meeda me­rungut geram denganlayanan lelaki itu terhadapnya. Dia tahu Irsyad hanya menganggapnya sahabat,tak lebih daripada itu. Dia tahu juga sukar untuk memenangi hati lelaki itusemula.

Aisya yang berada di luar kecut melihat reaksi Meeda yang amat berlainanhari ini. Biasanya mood gadis itu baik bila sudah bertemu bosnya. Mungkinpermintaannya kali ini ditolak! Dia menjongket bahu melihat gaya Meeda, tidakmahu ambil tahu hal peribadi bosnya. Yang penting dia buat kerja. Serik diaditengking hanya kerana kesalahan remeh!

Meeda berjalan menghentakkan kasut tumitnya bising daripada biasa. Bunyiitu menarik perhatian beberapa orang pekerja di sekitar. Namun, mereka sudahmaklum kerana aksi dan lakonan gadis itu yang penuh duri kepura-puraan. Meedageram, kenapa Zainal mesti muncul semula?

Sampai saja di tingkat bawah menara syarikat, dia menuju ke Café Hafsah.Kemarahannya harus dilampiaskan pada seseorang. Dengan kasar dia menarik kerusidan duduk di depan Zainal yang seakan asyik dengan khayalan sendiri. Dia tidakpeduli dengan pandangan beberapa pelanggan di situ.

“Well... well... well. Apa you buat kat sini?” soal Zainal yang terganggudengan kedatangan Meeda secara tiba-tiba.

“Sepatutnya I yang tanya you. You buat apa kat sini? You tak pernah puasselagi you tak dapat, kan?” rengus Meeda marah. Dia terasa dengan sindiran itu.

“Hmm... seperti yang you maklum. Kerja I ni selalu outstation, tak tetap.Tak sangka pula hari ni I bertuah terse­rempak dengan you!” Sinis sindirantajam Zainal menusuk ke telinga. Ada pekung di dada yang sukar dibuka. Adacerita yang belum selesai dan ada hati yang telah lama terluka.

“Tak kuasa I nak layan. I tahu you intip segala pergerakan I selama ni,kan? Itu sebab you tak lepaskan Irsyad! Cukuplah, I tak mahu you terlalumengharap!” Suasana tegang mula menyelubungi wajah keruh Meeda.

“Intip you? Dari mana you dapat idea gila ni? Irsyad dan I dah lama kenal.Dia sahabat I sejak kecil lagi,” balas Zainal masih seperti tadi. Simpati padaMeeda sudah lama terkubur sejak gadis itu mempersendakan perasaannya.

“You tak ada sejak setahun lalu. You ke mana? Tiba-tiba you muncul semuladepan I.” Meeda mendesak. Hatinya juga masih ada kasih, namun ditutupi dengansikap tamaknya untuk menguasai kesetiaan cinta milik Irsyad.

“Supaya senang you lakonkan watak you bersama Irsyad.” Zainal cubamengeraskan hati daripada tersentuh dengan belaian kata-kata Meeda.

“Jangan sindir I! Siapa yang hilangkan diri tanpa khabar berita? Siapayang berjanji, tapi mungkir?” bentak Meeda tanpa mempedulikan orang sekeliling.

“Hendak seribu daya, Meeda... I tak ke mana, cuma tenangkan hati katJohor. Irsyad nak I uruskan salah satu cawangan projek One’za kat sana,” tuturZainal tenang. Dia tahu, dia tidak sepatutnya mengikut rentak gadis di depannyaitu. Dia meneliti Meeda yang diam. Wajah itu yang menjadi kegilaan Irsyad suatuwaktu dulu dan wajah itu juga yang merobek hatinya!

“Kenapa you tak pernah hubungi I? Sekurang-kurangnya you beritahu I you dimana.” Meeda mula membicarakan soal hatinya yang meruntun pilu.

“I tak mahu menambah cuka pada luka, Meeda. Biarlah I rawat hati I sendiridaripada merawat luka orang lain. Seksa rasanya melepaskan perasaan sayang yangpernah kita miliki dulu. You juga tak pernah mengatakan mahu menerima Iseadanya. You buat I mengharap pada yang tak sudi. Biarlah I pergi, I taksanggup berdepan dengan kerenah you tiap saat,” luah Zainal penuh perasaan.Biar Meeda tahu betapa hatinya merindui kehadiran gadis itu.

“Dan I, you biarkan meniti hari semanis semalam ke­seorangan. Kenapa duluyou sanggup merawat? Dan melepaskannya ketika I mula menerima you? Kenapasekarang you takut?” Meeda mula berlembut, tiada lagi benci. Hanya harapansemoga Zainal sudi menerima dirinya semula yang telah ternoda. Hatinya jugatidak sabar, penuh kasih semalam.

“You sendiri kata pada I, you nak kembali pada Khairul. Daripada I jadilelaki dayus, lebih baik I lepaskan you pergi.”

“Dengan membiarkan I tercari-cari ke mana you menghilang?”

“Terpulang bagaimana you mahu mentafsirkannya. Itu juga yang you mahuselama ni, bebaskan diri you daripada cengkaman I,” sindir Zainal lagi,memulang paku buah keras. Dia sudah bosan dengan kerenah Meeda bila bertembungdi mana-mana. Pasti mereka akan bertekak. Tak pun bermasam muka sepanjang masa.Hatinya tergores luka dengan sikap Meeda itu.

Meeda diam. Keruh wajahnya berubah riak. Seketika terdengar esakan kecilgadis itu. Zainal pula leka melayan panggilan telefon tanpa menyedari kata-katanyasebentar tadi amat menggores perasaan Meeda. Inikah yang difikirkan Zainalselama ini? Dia fikir aku sanggup perjudikan cinta pada si Khairul keparat?

“Okey, I naik sekarang. I tak apa-apa. I minum aje kat kafe ni... cumarimas sikit dengan gangguan kat sini.” Zainal mengerling Meeda di depan. Barudia menyedari wajah manis itu kusut dan basah. Dengan segera dia menghentikanperbualan dengan Irsyad.

“Jadi maksud you, selama kita bersama... you tak ada perasaan pada I?”Meeda teresak pilu. Terasa pahit menelan kata-kata Zainal itu.

“You...” Zainal serba salah, tidak tahu apa yang perlu dikatakan.

“I sedar, I pun bukannya gadis yang baik. Malah, mungkin tak sesuai untuklelaki baik seperti you. Tapi tu bukan bererti you boleh hina I sesuka hati. Imasih ada hati dan pe­rasaan.” Kesedihan hati Meeda sukar diucap. Cukuplahsekali Khairul menghinanya.

“I tak bermaksud apa-apa.” Zainal cuba memujuk. Dia menyedari kesilapantutur katanya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata sukar ditarikbalik.

Meeda diam.

“Nampaknya, I terpaksa terangkan perkara sebenar. Bila Lina meninggal,Irsyad berpindah ke Australia. Tinggallah kita berdua di kampus. Dalam ertikata lain, hubungan kita tak serapat ketika Irsyad ada bersama. You juga sejakIrsyad tiada, seolah-olah tak mahu bertemu dengan I. You tahu I terima diri youkerana you ialah Asmeeda Asmadee, bukannya kerana populariti you di kampus! Itahu you kecewa ditinggalkan Khairul, tapi tu tak menghalang I terima youseadanya. Tapi, you tak endahkan perasaan I langsung. You biar I melayanperasaan sorang-sorang! Apa yang I boleh buat?” Zainal menarik nafas menahangelora rasa.

“I tak mahu dengar apa-apa mengenai Irsyad sekarang!” pinta Meedamengharap. Dia sendiri sudah dapat menerima keadaan. Jangan disakiti lagi hatidengan mendengar kisah Irsyad yang tidak menentu tu. Itu akan membuatnya rasabersalah. Bersalah pada arwah Lina, pada Zainal, pada pe­rasaan dan hatisendiri.

“Okey! Kenapa you tiba-tiba marah?”

“Boleh kita mula bicarakan soal kita dengan tenang?”

Tiba-tiba telefon Zainal berdering.

“Sekejap lagi I akan naik. Beri I masa dalam 15 minit,” pinta Zainal padaIrsyad. “I tak apa-apa. Don’t worry!” Bimbang betul sahabatnya itu padadirinya.

“Ambil berat betul dia pada you?” Meeda menduga, itu panggilan daripadaIrsyad.

“Tak ada, cuma dia nak laporan waktu I di Johor,” balas Zainal.

“You cuma ada masa kurang dari 15 minit. Apa kata Sabtu ni kita jumpa?”Meeda memberikan cadangan.

“Buat apa?”

“Jadi teman I untuk undangan makan malam. Jangan lupa datang jemput I diapartment. Hari Sabtu, pukul 7.00 malam!” beritahu Meeda yakin.

“Okey!” Zainal berlalu sambil tersenyum.

Yes! Akhirnya, aku dapat menutup kesilapan aku. Meeda tersenyum. Diabegitu mudah menipu Zainal dengan lakonan dan aksi-aksi palsunya tadi. Jika diaseorang pelakon, tentu banyak anugerah yang dapat digondol. Cuma senyumanZainal sebelum berlalu pergi kurang disenanginya. Untuk apa senyuman itu?Seperti mengandungi sindiran. Atau ada se­suatu yang sukar untuknya mentafsir?Ah! Pedulikan... yang penting malam esok dia berteman.

Lagipun, Zainal belum kenal dirinya sebenar. Sejak Khairul memutuskanhubungan dengannya, dia tidak lagi akan mempercayai kata-kata manis seoranglelaki. Kerana dia tahu sampai ke akhirnya, perempuan juga yang akan menerimaakibat. Kepercayaan pada cinta seorang lelaki telah lama lenyap. Cuma Irsyadtelah membuktikan bahawa kematian seseorang tidak akan menguburkan bersamakesetiaan sebuah cinta. Atau ada sesuatu yang tidak diketahuinya?



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 | Bab 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku