Aku Dan Jiran
Aku Dan Jiran
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 21 Julai 2017
Apakah yang menganggu Zaliza sebenarnya? Apakah yang terjadi?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)
1138

Bacaan






KisahAku & Jiran

 

Lebihkurang 13 tahun aku tinggal di Flat ini. Rumah aku di tingkat 4, Flat 6 tingkatdi taman perumahan yang agak jauh dari bandar Klang. Suasananya sunyi serta mendamaikan.Masih dikelilingi hutan, haiwan liar dan kabus diwaktu pagi hari. Kerana itulah akutidak mahu berpindah ke bandar. Walaupon sudah lama aku tinggal disini masihada ramai jiran-jiran yang aku belum betul kenal. Maklulah kebanyakkan penduduksini penyewa yang berkerja dikilang-kilang berhampiran atau pun pelajar-pelajarkolej. Pun begitu aku masih kenal penduduk asal/lama di Flat seperti di Tingkat3 Kak Aishah & Keluarga (Isteri Ketua Tangga), Tingkat 5 Kak Ina &Keluarga (Babysitter & Rumah Transit) & disebelahnya pula rumah Kak Ita& Keluarga (Surirumah).

Merekaini adalah “Geng Mesyuarat Tangga” serta aktif berpersatuan. Setiap pagisebelum pergi kerja aku pasti bertegur sapa dengan mereka ketika mereka sedangberborak di tangga. Bertanya tentang aktiviti-aktiviti terbaru untuk penduduktaman. Sedikit sebanyak aku masih tahu apa yang berlaku di taman perumahanku.

Sebenarnyaapa yang aku mahu ceritakan adalah tentang jiran diatas rumahku iaitu Kak Nisa& Keluarga. Kak Nisa tinggal ditingkat 5 berhadapan rumah kak Ina. Setahuaku suami Kak Nisa adalah seorang pemandu lori dan selalu pulang jauh malam(Info dari Geng Mesyuarat Tangga). Setiap kali suami Kak Nisa pulang ke rumah mestiKak Nisa ini buat aktiviti menumbuk. Jangkaan ku Kak Niza memasak dan menyediakanmakanan untuk suaminya.  Bayangkan diaakan menumbuk tidak kira masa. Kadang tengah malam, awal pagi atau sebelumsubuh. Walaupon tidak kerap tapi tetap bising. Bayangkan tengah lena dibuaimimpi yang indah aku akan terkejut bangun apa bila mendengar bunyi menumbukitu.  Aku pernah luahkan rasa tidakpuashati pada Kak Nisa kerana bunyi bising dari aktiviti menumbuk dia itu.Alhamdulilah, masih ada walaupon tidak kerap dan sekuat sebelum ini. 

Tetapipada tahun ini aktiviti menumbuk kembali semula dan semakin kerap dan kuat cumabunyinya tidak lama.. Hendak dijadikan cerita pada satu malam antara pukul1pagi, tahap kesabaran aku semankin hilang ditambahkan pula aku tidak berapasihat setelah deman 2 hari. Dengan susah payah aku naik ke Tingkat 5, aku ketukpintu rumah Kak Nisa dengan kuat diserta salam. Hampa tidak dijawap. Panasbetul hati aku ketika itu. Setelah hampir 10 minit aku mengetuk pintu rumah KakNisa, akhirnya Kak Ina pula membuka pintu rumah dia…

KakIna : Za, kenapa kau ketuk pintu rumah itu kuat-kuat?

Aku: Bisinglah kak. Apa entah orang dalam rumah ini buat. Pagi-pagi buta menumbukapa entah. Memekak je. Terkejut saya. Tak pikir ke orang nak tidur. Sekarangketuk pintu tak mahu buka pula.

KakIna diam seketika selepas mendengar penjelasan aku.

KakIna:  Macam ini sekarang kau balik dulutidur. Esok nak kerjakan. Akak pun esok nak balik kampung. Nanti akak tolongapa yang boleh.

Aku:Terima kasih la akak. Saya balik dulu. Maaf menganggu akak pagi-pagi buta ini.

Sejakpagi itu tiada lagi aktiviti menumbuk dan bunyi bising lagi. Aku pun dapat tidurdengan lena. Aku pun hampir lupa apa yang telah berlaku. Kebetulan dua mingguselepas kejadian itu aku terjumpa Kak Ina masa Mesyurat Persatuan Penduduk. Akuharap sangat dapat menyatakan rasa terima kasih atas bantuan yang Kak Inaberikan. 

Aku:Akak, terima kasih sangat2 atas hal pagi tu. Sekarang lega sangat.  tak ada lagi aktiviti menumbuk dan bunyibising lagi.

KakIna: Za, akak nak tanya dah lama ke bunyi menumbuk yang kau kata tu?

Aku:Hah! Lama dah tapi tak berapa teruk. Bunyi pon tak kuat. Cuma 1-2 bulan kebelakanganini paling kerap hampir setiap malam. Kenapa Kak?

KakIna: Kau tau tak Ustazah yang menyewa sebelah rumah kau sudah pindah?

Za:Hah! Saya tahu sebab sudah lama tak dengar suara baby dia menangis. Lagi ponsaya pun dah tak nampak budak-budak datang mengaji.

KakIna: Kalau akak ckp kau jangan tekejut pula.

Aku:Kenapa pula?

KakIna: Sebenarnya Kak Nisa sudah pindah hujung tahun lepas. Bunyi menumbuk tuasalnya dari rumah sebelah iaitu atas rumah ustazah. Disebabkan tak tahandengan bunyi bising ustazah pon pindah. Tak sangka pula bunyi tu beralih atasrumah kau pula. Tapi sekarang kau kata bunyi menumbuk dah tak ada bagus la..

Aku:Garu kepala… Krik… Krik.. Krik…



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku