ROOM FOR RENT
Bab 2
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 04 Ogos 2017
Dendam dan cinta tak akan bersatu kecuali salah satu daripadanya, MATI!
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1989

Bacaan






BAB 2


 Naleen tergamam di hadapan muka pintu biliknya. Suasana dalam bilik agak sunyi sehingga siulan angin diluar pun dapat menembisi gegendang telinganya. Berdesing! 

 Tiada sesiapa pun yang berada di bilik itu.

 ‘Tak kan hantu kot. Siang-siang macamni pun ada hantu?’ Naleen menyoal diri sendiri lalu tersenyum sinis. Geli hatinya memikirkan apa yang dia fikirkan. 

Lantas, Naleen membuang tanggapannya dengan menghidupkan siaran televisyen. Benda macamtu tak dapat difikir sangat. Makhluk bertanduk tu memang suka!Walaubagaimanapun, dia yang sememangnya suka suasana sunyi dan sepi duduk menghadap televisyen sambil menekan-nekan siaran yang ada. 

Tiada apa yang menarik minatnya. 

 “Leen!” 

 Naleen kaget. Kepalanya cepat tertoleh-toleh. Memang telinganya belum pekak lagi hendak mendengar satu suara perempuan sedang memanggil namanya. Namun tiada siapa-siapa disitu yang sedang memanggilnya. Naleen ralat. Hati mula berdetik sesuatu yang kurang enak, namun segera disingkirkan daripada terus membelenggu. Ah, takut sangat kot! 

 Kerana terlalu bosan tidak berbuat apa, akhirnya Naleen tertidur di atas sofa. Apabila dia tersedar dari tidur, dia melihat biliknya gelap gelita. Screen handphone dinyalakan dan jam sedang menunjukkan pukul 8 malam. Lama betul dia ketiduran rupanya.Dia meraba-raba dalam gelap untuk menuju ke suis lampu. 

Namun, pergerakkannya terhenti apabila dia melihat seseorang sedang berdiri dihadapan tingkap bilik yang disuluhi samar-samar cahaya lampu neon dari jalan raya.

 “Siapa?” tanya Naleen. 

 Jantungnya mulai berdegup dengan kencang. 

 “Siapa tu?!” 

Naleen menguatkan lagi suaranya. Namun seseorang itu lansung tidak berganjak. Dengan tergopoh-gapah Naleen berlari menuju ke suis lampu tetapi ketika dia hendak menekan suis, tangannya telah dipegang oleh satu tangan yang dingin. Apabila Naleen menoleh, kelihatan seorang wanita berambut panjang lurus dengan mata tersembur keluar, wajah yang menggerutu dan mulutnya mengeluarkan cecair hitam yang busuk menyeringai garang memandangnya. 

 “Arghhhh!!” 

 Dengan sekuat hati, Naleen meraung ketakutan sambil meronta-ronta. 

 “Naleen!” 

Terasa badannya digoncang-goncang oleh seseorang. Dia membuka matanya dengan laju. Kelihatan, Nasuha sedang duduk disebelahnya. 

 “Mimpi apa tu ngigau teruk sangat ni?” tanya Nasuha. Muka Naleen yang berpeluh dingin diraup dengan telapak tangan. 

 “Aa..aaku mim..mimpi hantu,” ujar Naleen tersekat-sekat. 

“Itulah, tidur time maghrib. Kan dah kena kacau hantu. Mainan tidur aje tu,” 

Nasuha ketawa kecil sambil menenangkan Naleen.

 “Macamana kau masuk?” tanya Naleen apabila pernafasannya mulai teratur. 

 “Kau yang tak tutup pintu. Kebetulan aku lalu di sini dan nampak bilik kau gelap. Bila aku masuk, aku tengok kau meraung-raung. Tu pasal aku on suis dan kejutkan kau,” terang Nasuha. 

 Naleen hanya mengangguk. Namun, seingatnya, sebelum masuk bilik petang tadi, dia dah lock pun pintu bilik. Hurm..apa-apa ajelah! Naleen menyedapkan hati sendiri.Mujurlah hanya mimpi. Kalau real memang time tu juga dia kojol sendiri kat situ agaknya. Fuh! Naleen mengeluh.

 “Okeylah, aku keluar dulu,” Nasuha meminta diri untuk keluar. 


 “Terima kasih tau kejutkan aku tadi.” Kata naleen. Masih lagi terkenang-kenangkan mimpinya itu. Nasuha mengangguk lalu berlalu pergi. Tanpa berlengah lagi, Naleen mencapai tualanya lalu menuju ke bilik mandi. Jantungnya masih belum berhenti debarannya. Entah kenapa, semenjak dia mendiami bilik itu, seolah-olah ada perkara pelik yang berlaku. Terasa dirinya sedang diganggu oleh entiti yang tidak kelihatan.‘

Bilik ini je atau keseluruhan rumah ni? Tak kan kot? Kalau rumah ni seram, mana ada orang sanggup sewa,’ Naleen bermonolog sambil memasang paip. 

 "Eh, jap! Nasuha keluar bilik ni tadi kenapa pintu tak bunyi? Ke....aku yang tak perasan. Gila kau dah ni, Leen. Bawak sangat penakut kau tu. Sejak bila jadi penakut?"Naleen terusan bermonolog. 

 Dummm! 

 Kedengaran pintu tandas dirempuh dari luar. Jantung Naleen bagaikan rasa nak tercabut. Badannya menggigil kerana terlampau takut. Hampir terkeluar jeritannya kerana terlampau terkejut. Walaupun takut, dia terpaksa kuatkan hati untuk membuka dan memeriksa keadaan diluar. Namun tiada yang aneh berlaku diluar biliknya. 

 ‘Apa benda tu tadi?’ ujar Naleen lalu menyambung semula mandinya. Namun, hatinya tidak tenang seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhatikannya. Tergopoh-gapah Naleen mempercepatkan mandiannya kerana terlampau takut. 


 Hari ke 3, Naleen tinggal dibilik sewa itu, suasananya tetap tidak berubah. Penghuni bilik yang masing-masing membawa haluan sendiri. kurang ramah antara satu dengan yang lain. Kalau mujur, adalah mereka bertukar senyum. Kalau tak, sampai satu haripun tak nampak batang hidung. Entah apalah disibuk mereka sangat. Mujurlah Naleen bekerja office hour. Sampai rumah, tidur. Jarang keluar bersama dengan rakan sekerjanya. Walaupun berada dalam bilik,Naleen kadang-kadang rasa tidak selamat. Namun, dia tetap kuatkan hati. 


 "Tak ada apa-apa" hanya itu bujukan atas dirinya yang kurang berani semenjak dua menjak ini. 


 Hari itu, selepas mengemas diri, Naleen berjalan ke ruang tamu. Suasana kelihatan agak sunyi. Cuma sesekali terdengar suara geng sales asssistant yang menyewa bilik atas ketawa berdekah-dekah. Diluar, keadaan terasa sungguh tenang. Tidak seperti ketika berada dalam biliknya. Biliknya kadang-kadang berbau wangi dan terkadang bau seperti bangkai. Tidak lama. Cuma dalam 5-10 saat sahaja.Naluri ingin tahu Naleen semakin meluap-luap. Dia mengetuk pintu bilik Nasuha. Namun, tiada siapa pun yang membukanya. Mungkin Nasuha keluar ketika dia sedang mandi tadi. 


 “Cari aku ke?” Nasuha menyapa dari belakang. Pantas Naleen menoleh. Namun, dunia bagai terhenti daripada paksinya. Mata Naleen terbeliak besar melihat keadaan Nasuha yang berambut panjang lurus menyapu lantai, wajahnya pucat dan menggerutu beserta cairan darah meleleh dari rongga mulutnya dengan gigi bergeriji. Seperti makhluk yang berada di dalam mimpinya berberapa hari lepas! 


 “Cari aku ke?” ulang makhluk yang mengerikan itu sekali lagi dengan renungan yang tajam lalu mengilai nyaring. Naleen yang terpaku tidak mampu untuk berbuat apa. Suaranya bagaikan tersekat di rengkung. Badannya kaku apabila makhluk itu seolah-olah terbang melayang menghampirinya lalu mencengkam leher Naleen dengan tangan yang pucat berurat-urat dan kuku yang runcing.

 “Tinggalkan bilik tu kalau kau mahu selamat!” Makhluk itu memberi amaran. Mukanya yang hanya berada berberapa inci sahaja daripada muka Naleen itu membuatkan Naleen rasa putus nafas. Baunya sungguh busuk serupa bangkai!Akhirnya, Naleen terjelepuk jatuh kelantai.



 “Naleen..bangun sayang..” Perlahan-laham Naleen membuka matanya yang berat seolah-olah digam dengan gam gajah tu. Di hadapannya kelihatan emak dan mak mudanya melemparkan senyuman manis. 

 “Syukurlah dah sedar” kata mak mudanya sambil mengusap kepala Naleen.Naleen yang masih lagi dalam keadaan mamai berusaha untuk duduk. 

 “Ni kenapa boleh pengsan dekat ruang tamu ni? Mujur kawan Naleen call kami,” kata emak dengam risau.“Kawan yang mana?” tanya Naleen. 

 “Nasuha”Agak terperanjat Naleen mendengar nama itu. Makhluk yang menyerupai Nasuha itu mula menggayuti mata. 

 “Siapa yang bawa saya ke hospital?” tanya Naleen lagi.“Rugayah dan rakan-rakan yang lain.” Terang mak muda pula. 

 “Nasuha tak ikut?” 

 “Tak. Dia call masa Naleen dah sampai hospital.”Naleen merenung hujung kakinya. Otaknya mula rasa dibelenggu. Masih terngiang-ngiang amaran daripada makhluk yang menyerupai Nasuha itu di telinganya. 

 ‘Ada apa dengan bilik itu, ye? Mesti Rugayah tahu pasal bilik tu!” bisik Naleen sendirian. Setelah penat berfikir, Naleen merebahkan badannya semula. Wajah emak dan mak mudanya dipandang silih berganti. 

 Dalam diam, Naleen mengagumi emaknya yang sanggup berkongsi kasih ayah dengan perempuan lain untuk menjaga ayah.Kelihatan emak menyantuni mak muda dengan ramah. Mereka seperti adik beradik. Kalau dikenang semula momen duka saat ayah menikah lagi, Naleen menjadi benci pada mak muda yang telah merampas ayahnya dalam kehidupan mereka. Namun, emak sudah seperti redha. Bersetuju dan meraikan madunya dengan baik dalam kehidupannya. Walaupun Naleen marah kepada mak muda yang tua hanya 5 tahun sahaja daripadanya tu, namun jauh dalam hatinya dia menyenagi wanita penyayang yang penuh dengan kelembutan itu. Patutlah ayah tertarik dengannya. 

 “Mak muda..” panggil Naleen. Mak muda menoleh lalu memegang jari Naleen.

“Saya minta maaf kalau selama ini saya tidak menyenangi mak muda. Saya tak benci dengan mak muda. Cumaaa..” Naleen menghentikan kata-katanya. 

Bersinar-sinar mata mak muda mendengar pengakuan Naleen.

“Mak faham. Mak tak ambil hati pun..” kata Mak Muda. Hampir menitis air mata wanita itu. Emak juga kelihatan gembira. Dalam hatinya merafak seribu kesyukuran ke hadrat illahi kerana telah melembutkan hati anak daranya yang sangat degil selama ini.

“Kalau Leen dah bersedia, Leen tinggal je dengan mak, k?” mak Muda mempelawa. Namun, Naleen segera teringat dengan rakan sekerjanya yang mengajak untuk tinggal dirumah sewaan company kepada mereka.

“Tak apa lah mak. Saya pun nak tinggal dekat rumah company nanti. Bersama kawan-kawan yang lain” Mak muda mengangguk akur. 

“Rumah tempat kau tinggal tu, okey ke Leen? Mak belum tengok lagi. Esok pun mak tak dapat nak hantar kau. Mak ada hal,” kata emak. “

Macam okey je mak. Cantik. Besar. Selesa.” Balas naleen lalu meneguk air yang disuak oleh mak muda kepadanya.

“Kau tu dah besar panjang leen. Solat kau tu jaga. Ni tak, macam cipsmore. Kau nak, kau solat. Kau tak nak, memang terus tak nak. Bilik tempat kau tinggal tu ada ke tak kau bacakan ayat suci. Paling-paling pun masa kau masuk dulu baca tiga qul dan kursi. Ada ke tak?” Emak menekan suaranya sambil mencuit lengan Naleen. 

Naleen mengeleng sambil tersenyum sunging.

“Budak ni! Kau tu bukannya tak pandai. Pandai! Tapi degil. Malas!” emak membebel. 

Naleen tersengih-sengih melihat emaknya. Terhibur dia melihat emak yang suka membebel macamtu. Rindu nak dengar suara merdu emak ketika membebel. 

Dia akui, nafsu malasnya dalam beribadah sangat menebal. Solat pun nak tak nak aje. Quran? Langsung lama tak jenguk. Kat bilik sewa dia tu..entah ada ke tidak ayat-ayat suci. Dasar pemalas!

“Nantilah Leen buat mak.” Kata Naleen cuba menyedapkan hati emaknya.

“Kau tu jaga makan. Doktor cakap kau pengsan sebab terkejut. Kalau asyik makan maggi je..mana taknya jammed salur darah kau tu,” Hampir terburai gelak Naleen apabila mendengar kesimpulan emak tentang dirinya.

 Naleen memeluk lengan emaknya demgan menunjukkan kemanjaannya. Emak terus berhenti membebel dan mencium kepala Naleen. Anak daranya itu pandai bawa diri sebab dia memang degil. Kalau dia nak buat, memang dia usaha buat. Kadang, kalau Naleen tak ada memang sunyi kerana tiada teman untuk dibebelkan.


Hari ini, genap seminggu Naleen tinggal dibilik tersebut, Naleen kembali semula kerumah besar itu. Selepas keluar dari hospital hari tu, mak muda mengajaknya untuk tinggal semalam dua dengannya. Emak juga turut tinggal bersama mereka. Bahagianya Naleen melihat keluarganya. 

Namun, sesekali dia rasa kasihan terhadap emak.Seperti biasa, rumah itu sepi dan sunyi. Kereta housemate yang lain tidak kelihatan. Mesti mereka masih kerja lagi. Naleen berhasrat hendak menemui Rugayah. Namun, dia tidak memiliki nombor telefon Rugayah. Itulah masalahnya budak-budak zaman sekarang. Terlalu berat mulut untuk.menjalankan siraturahim. Bawa hal sendiri. Nanti, ada hal...nak minta tolong siapa? Naleen mengeluh. 

Mesti sekarang ni Rugayah tengah sibuk di kampus. Dia faham juga bahawa Rugayah sekarang berada dalam tahun terakhir. Naleen teringatkan Nasuha. 

Tentu Nasuha juga tengah bekerja sekarang. Dalam otak yang ligat berpusing itu, Naleen merebahkan badannya diatas tilam. Dia merenung syiling rumah dengan pandangan yang kosong. Sesekali telinganya menangkap bunyi yang agak aneh. Ianya seperti laungan suara dari jarak yang jauh. Raungan itu kedengaran hiba. Namun, Naleen enggan mempedulikan nya. Raunganyang berada di dalam kepalanya itu akhirnya menjauh dan semakin menjauh.

“Apa yang tak kena dengan bilik ini ye? Mesti ada sesuatu yang tak.kena!” Naleen bingkas bangun sambil matanya melilau-lilau memerhati setiap ceruk dinding dan syiling bilik tersebut.

“Apa kesalahan yang aku telah buat sampaikan aku rasa ada sesuatu nak ganggu aku ni?” Naleen bermonolog.

‘Atau..sesuatu ingin memberitahu something ngan aku pasal bilik ni. Kalau rumah ini yang bermasalah, mesti housemate yang lain dah lama chaw. Kuat hati aku cakap memang ada yang tak kena dengan bilik ni. Bilik ni dah la terperuk hujung sekali. Jarang ada gemg yang lalu. Kenapa aku tak fikir pasal hal ni masa masuk dulu!’ Naleen menepuk dahinya sendiri.


“Nasuha. Ya, Nasuha! Mesti ada sesuatu tentang dia,” Naleen cuba mengingati semula kata-kata yang pernah Nasuha katakan padanya dahulu.

“Aku kerja kerani di syarikat security dekat-dekat sini je”

 Ya! 

Naleen memetik jari. Dia harus mencari sesuatu yang sedang bermain di dalam kepalanya selama ini. Benarlah. Naleen memang degil orangnya! 


Dia harus mencari punca!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku