Handsome & the Beast
Bab 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 Ogos 2017
Memang dia handsome, pemilik sepasang mata hazel hijau. -Mia Kalesha- Ya, dia memang pembunuh. Tapi kalau dia tak ada, aku terbunuh. -Yigit Aslan Öztürk-
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
581

Bacaan






Bab1

“HEI Bulan! Assignment aku dah siap belum?” soal Tasha sambil menolak bahu si gadis yang dipanggil Bulan itu.

“Ini hah,” jawab si Bulan yang bukan nama sebenar sambil menghulurkan kertas kerja Tasha yang telah siap dibuat olehnya. Tasha merentap huluran itu dengan kasar.

“Bagus. Ini upahnya,” ujar Tasha menghulurkan wang kertas RM20 kepada si Bulan. “Bye.Jumpa lagi.” Tasha dan dua orang lagi pengikutnya bergerak meninggalkan si Bulan dan rakan karib yang setia menjadi pendamping gadis merangkap gelaran Bulan itu.

“Nanti dulu.” Kawan karib si Bulan berkata. Lengan Tasha ditariknya. “Berapa kali aku nak pesan kat kau. Jangan panggil dia Bulan lagi. Dia ada namalah.”

“Hei Nurul, kalau kau tak nak aku panggil kau minah sewel mulai hari ini stop ingatkan aku.” Tasha menepis tangan Nurul yang memegang lengannya itu. “Dia tak kisah pun aku nak panggil dia apa yang kau busybody sangat ni kenapa,hah?!” tengking Tasha sambal bercekak pinggang. Mencula mata Tasha memandang Nurul.

“Siapa cakap dia tak kisah, hah?! Dia...”

“Aku! Aku cakap dia tak kisah!” sampuk Amelia. Orang kanan Tasha.

“Bukan kau yang cakap. Aku yang cakap,” ujar Tasha. Bahu Amelia sedikit ditolak kebelakang. Kawan tak kawan. Tak ada seorang manusia pun di kolej ini yang boleh melebihi Tasha dalam segenap bab.

Nurul naik rimas dengan minah dua orang itu. Seorang lagi daripada mereka tidaklah over sangat. Biasa-biasa sudah.

“Cubalah jadi macam Zaiton. Asyik diam aje. Jangan sampai aku rampas Zaiton masuk group aku baru kau orang berdua tahu. Tak ada perempuan yang kau orang gelar Bulan ni, Zaiton jadi mangsa suruhan kau orangkan? Macamlah aku tak tahu,” celah Nurul.

Zaiton hanya menunduk apabila namanya diusul Nurul.

“Berani ambillah dia daripada aku kalau kau nak tengok macam mana aku sepak pipi kau sampai naik juling mata kau tu nanti. Ambil, ambil… kalau kau memang betul-betul nak tengok apa yang jadi nanti,” jawab Tasha. Selamba sambil menggigit hujung kuku jari manisnya.

“Dahlah tu… jomlah kita pergi dari sini. Malulah orang tengok,” bisik si Bulan ke telinga Nurul.

“Kau diam. Jangan nak malu-malu,”ujar Nurul sambil menepuk punggung rakan karibnya itu. Tegas. “Sampai bila hah kau nak jadi hamba suruhan Tasha? Dari tahun satu lagi. Agak-agaklah sekarang ni kita dah masuk tahun akhir tahu tak,” bebel Nurul.

Si Bulan hanya menundukkan kepalanya. Malu apabila Nurul meninggikan suarakepadanya di hadapan Tasha, Zaiton dan Amelia.

“Cukuplah. Malas aku nak layan kau. Bulan yang sakai ni tak marah pun kat aku. Kau yang sibuk-sibuk. Tampar pipi kau nanti tercabut gigi,” ujar Tasha menarik tangan Amelia dan Zaiton agar mengikutinya pergi dari situ.

 “Nanti. Aku tak habis lagi.” Nurul menghalang mereka bertiga daripada pergi. Nurul berdiri betul-betul di hadapanTasha. Mata mereka bertentangan. “Untuk pengetahuan kau dia tak suka kau panggil dia Bulan. Dia benci. Tapi disebabkan kau ni perempuan jahat jadi dia takut untuk menyuarakan kebenciannya kat kau orang lebih-lebih lagi kau, Tasha.” Nurul menuding jari ke muka Tasha.

Kalau ikutkan hati nak aje aku cungkil biji mata si Tasha minah senget ni. Geram aih! Dia ingat kawan aku tu kuli batak dia buat selama-lamanya agaknya. Getus hati Nurul.

Sambung Nurul lagi, “Kalau dia melawan sepatah apa yang kau suruh nanti kau akan kenakan dia lagi teruk. Sebab tu dia tak menyuarakan isi hati dia!”

Tasha menjeling ke arah insan yang dimaksudkan Nurul, “Kau bencikan aku panggil kau Bulan?” Si Bulan cepat-cepat menggeleng. “Bagus. Jadi aku boleh panggil kau Bulan sampai bila-bila?” Si Bulan mengangguk beberapa kali meyakinkan Tasha. “Bagus.” Tasha berpuas hati.

Nurul menepuk dahinya. Ades! Aku bukan main back up dia tapi dia sikitpun tak ada hati nak pertahankan diri sendiri. Hampeh betul tau. Takut sangat dengan si Tasha senget ni.

“Hei, kawan kau sedar diri kot. Memang patut pun kita orang panggil dia Bulan tau. Kau tengok muka dia tu. Bertompok-tompok. Bukan main banyak lagi kawah kat muka dia. Memang patut pun nama timangan dia Bulan. Sesuai sangat dengan muka dia yang berkawah tu,” terang Amelia panjang lebar. “Kulit muka dia elok jadi batas semai anak-anak jerawat biar tumbuh besar dan subur. Tak payah bubuh baja pun menjadi.”

Tasha tergelak sinis. Zaiton hanya menutup mulutnya yang tersengih automatik bila mendengar kata-kata Amelia.

Tidak jauh dari situ ada seorang jejaka baru di kolej itu sedang menghendap mereka di sebalik tembok kafeteria. Jejaka itu mengekek ketawa tetapi tidak didengari oleh gadis-gadis yang sedang diperhatikan itu. Kebetulan dia sesat ingin ke bangunan pentadbiran tapi tidak jumpa jalan. Melihat beberapa orang pelajar perempuan yang berkumpul seakan-akan ada permusuhan yang sedang berlaku, lalu dia pun curi-curi dengar perbualan mereka.

“Jubo kau eh nama timangan?!” Nurulmenyekel kepala Amelia.

“Hei sakitlah ungka, babun, cipan!” jerit Amelia. Kedua-dua belah bahu Nurul dipegang kuat-kuat. Amelia menggoncang-goncang bahu Nurul sekuat hati membalas dendam atas perbuatan Nurul menyekel kepalanya.

“Kisah pulak aku,” Nurul menepis kedua-dua belah tangan Amelia yang menggoncang bahunya itu.

“Jom, Mia.. kita tinggalkan makhluk raksasa berdua ni,” ujar Nurul sambil menarik pergelangan si Bulan yang bernama Mia Kalesha sebaik sahaja menyedari air mata sudah bertakung di mata Mia Kalesha.“Kau tak payah ambil hati sangatlah dengan makhluk dua ekor yang berlagak diva tu,” bisik Nurul ke telinga Mia Kalesha.

Mia Kalesha mengangguk.

Tasha tidak berpuas hati melihat dua sahabat baik itu pergi begitu sahaja.

“Hei sudah cukup baik kita orang panggil dia Bulan tau. Tak adalah orang lain syak apa-apa buruk tentang Mia walaupun memang dia tu dasar si buruk rupa!” jerit Tasha mahu suaranya masuk ke cuping telinga Mia Kalesha dan Nurul. “Nasib baik kita orang tak panggil dia buntut kuali dengan muka dia yang berkerak dan berminyak tu! Aku tak tahulah Mia yang pengotor ni agaknya berak tak cuci tangan kot pastu sentuh muka. Memang eloklah si pengotor macam dia dapat mukayang menjijikkan tu. Kau bayangkanlah eh, bila makan segala kuman-kuman masuk dalam perut."

“Darah kotor dalam badan akibatnya jadi gitulah kulit muka dia,” sokong Amelia.

“Itu baru muka, beb. Belum tengok badan dia lagi. Jangan-jangan bernanah. Sebab itulah kalau dekat dengan dia aje ada bau yang meloyakan tekak. Ish, patutlah bukan main lagi dia tutup kulit badan dia ya. Takut orang kesan nanah-nanah kat badan dia.” Celupar betul mulut Tasha.

Kata-kata terakhir Tasha serta-merta telah membuat si jejaka yang menghendap mereka itu tersentak. Kau manusia kejam. Macamlah perempuan tu minta untuk diberi jerawat dan parut bekas-bekasjerawat dia bertepek kat muka. Menghina macam tak ada otak. Getus hatinya. Pemuda itu juga tanpa disedari rupanya dia menggenggam buku limanya kuat. Geram dengan tohmahan yang Tasha dan Amelia lontar kepada Mia Kalesha walaupun dia sendiri tidak berapa faham sangat Bahasa Melayu.

Sementara Mia Kalesha, air matanya tidak tertahan lagi. Akhirnya butiran jernih itu menelusuri lekuk pipinya. Nurul mengusap-usap belakang badan Mia Kalesha beberapa kali. Hanya itu yang mampu untuk menenangkan hati Mia Kalesha ketika itu.

Sebagai sahabat yang mengenali Mia Kalesha sejak di bangku sekolah rendah, dia tahu Mia Kalesha mempunyai paras wajah yang cantik dan bersih. Bahkan, Mia Kalesha pada suatu ketika dahulu menjadi kegilaan para pelajar lelaki sehinggalah ketika naik usia remaja sedikit demi sedikit jerawat makin ligat tumbuh di wajah Mia Kalesha. Sejak itu seorang demi seorang menjauhi gadis malang itu.

 

 

Gadis trio berlagak diva duduk di bawah payung cendawan konkrit sambil menikmati jus buah-buahan sementara menunggu kelas seterusnya bermula selepas sejam. Mereka ini kalau boleh setiap masa hendak minum jus buah-buahan yang mengandungi banyak khasiat dan vitamin untuk menjaga kecantikan kulit mereka. Orang ada duit bolehlah. Kalau pelajar yang cukup-cukup makan manalah mampu untuk menikmati jus buah-buahan beberapa kali dalam sehari ya tak.

“Wah, wah, wah… marvellous!Marvellous!..” ujar Amelia secara tiba-tiba.

Matanya terbeliak memerhatikan seseorang. Kepalanya sedikit menoleh ke kiri. Makin lama makin ke kiri. Dia menggeleng-geleng kepalanya beberapa kali dengan mulut yang melopong. Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika itu. “Oh,Tuhannnn…… Siapakah jejaka itu…..”

“Hei,” bentak Tasha sambil memetik jarinya beberapa kali. Amelia perlu dibawa kembali ke dunia nyata.

“Ish, kacau ajelah,” ujar Amelia. Muncungnya panjang seribu batu. Geram dengan Tasha yang mengganggu konsentrasinya memerhati seraut wajah asing.

Zaiton yang begitu menikmati jus kiwi kegemarannya bersuara, “Yigit Aslan.” Tasha dan Amelia serentak menoleh  Zaiton yang sedang buat mimik betapa bahagianya menikmati jus kiwi di bawah kebahangan mentari tengah hari.

“Hah? Apa?” soal Tasha.

“Yigit Aslan,” ujar Zaiton buat kali kedua. Memberitahu nama jejaka yang berjaya mendapat perhatian Amelia itu. Zaiton perasan yang sekarang ini Amelia sedang angau tentang jejaka yang berada tidak jauh daripada mereka itu.

“Aduh....” Tasha menepuk dahinya. “Apa kenalah dengan kawan-kawan aku hari ni. Seorang dah macam nampak bunian. Seorang lagi merapu entah apa-apa.” Tasha tidak faham situasi yang berlaku antara Zaiton dan Amelia.

Amelia sejujurnya juga tidak faham apa itu ‘Yigit Aslan’ yang disebut oleh Zaiton. Sejenis apakah itu. Bahasa apakah. Hanya Zaiton seorang sahajalah yang faham situasi antara mereka.

“Eh... bukan bunian tapi..”

“Ya, aku tahuputera kayangan impian kau dah turun daripada langit ya?” soal Tasha membetulkan penyataanya.

Amelia memang popular dengan angan-angannya menjadi isteri kepada putera kayangan. Bila ditanya kau percayakah wujudnya makhluk di kayangan, katanya tidak. Dia tahu tidak wujud dan angan-angan fantasinya itu agak keterlaluan dengan usianya di awal dewasa itu.

“Dan kau pulak, mancari inspirasi ya macam biasa? Kaukan suka membebel sorang-sorang,” kata Tasha kepada Zaiton. Zaiton dengan pantasnya menggeleng kerana kali ini dia tidak membebel seperti biasa. Kali ini dia memberitahu nama seseorang kepada Amelia. Tasha sekali lagi menepuk dahinya.

“Putera kayangan is nothing in front of him.. oh, putera hatiku. Handsome lagi putera yang ada dimuka bumi ni,” jawab Amelia kepada pertanyaan Tasha yang lama dibiarkan tidak berjawab gara-gara sibuk memerhatikan kelibat pemuda kacak. Apabila kelibat pemuda itu hilang dari pandangan barulah perhatian Amelia beralih kepada Tasha semula.

“Sengal tau dia ni...” keluh Tasha mengenangkan nasib Amelia yang berada dalam dunianya sendiri.

Zaiton meletak tangannya di atas bahu Amelia. “Yigit Aslan,” ujar Zaiton. Memberitahu nama pemuda kacak itu.

Amelia menepis tangan Zaiton. Entah apa-apa aje si Zaiton ni merapu kali ini. Malas aku nak layanlah.

“Apalah yang kau merapu tengah harini Ton..” Tasha menyembamkan mukanya ke meja. “Zarif pun satu! Jangan sampai aku minta putus. Dah beribu kali aku call tak nak jawab-jawab. Ini yang aku angin satu badan,” bentak Tasha. Fikirannya tiba-tiba melayang tentang teman lelaki tangkap muatnya itu yang sudah beberapa hari tidak dapat dihubungi.

Maka,duduklah mereka bertiga di bawah payung cendawan itu dengan dunia masing-masing.

 

 

Yigit Aslan sudah terlambat untuk menghadiri kuliah berlari pantas ke dewan kuliah. Tanpa disengajakan ada bahu yang dilanggarinya. Beberapa keping fail dan helaian kertas jatuh ke lantai marmar. Yigit Aslan tidak mahu berlengah lagi. Dia sudah melanggar orang. Jadi, dia perlu bertanggungjawab. Yigit Aslan pun tanpa berlengah terus mencangkung dan mengutip fail-fail dan helaian kertas milik seorang gadis yang dilanggarinya itu.

“Kau okey tak?”soal Nurul. Mia Kalesha tidak dengar teguran Nurul. Mia Kalesha terpegun melihat keindahan lekuk wajah pemuda yang melanggar bahunya itu. Tidak pernah seumur hidupnya melihat pemuda setampan ini.

“Mia? Mia?” panggil Nurul yang kerisauan melihat Mia Kalesha yang tersengih seorang diri. Aduh, penyakit apa pulak ni kena katkawan aku. Nurul menggaru-garu kepalanya.

Yigit Aslan kembali berdiri. “Are these yours,” ujar Yigit Aslan berbaur soalan sambil menghulurkan kembali beberapa keping fail-fail dan helaian kertas kuliah kepada Mia Kalesha.

Yigit Aslan terkejut melihat gadis yang dihina pagi tadi oleh dua orang gadis yang lain kini berdiri di hadapannya. Dia tahu gadis itu dihina kerana dialah pemuda yang menghendap mereka. Jadi, dia telah melanggar bahu gadis itulah. Betapa kolej yang luas boleh ternampak kecilnya dek suratan takdir.

Miss? Are you okay?” soal Yigit Aslan sambil melepaskan keluhan yang berat.

Tik tok tik tok masa berlalu tanpa henti seminit pun. Tapi gadis itu melambatkan lagi perjalanannya ke dewan kuliah. Melihat Mia Kalesha yang menyeringai memandangnya, Yigit Aslan memetik jari tepat depan mata Mia Kalesha. Petikan jari Yigit Aslan berjaya membawa Mia Kalesha kembali ke dunia nyata. Mia Kalesha tersentak. Yigit Aslan mengurut dada. Lega.

“Ya?”

These are... Hmm.. awak,” jawab Yigit Aslan. Berkerut dahi Mia Kalesha tidak faham apa yang cuba diperkatakan oleh pemuda itu. “Ehm... These fails and notes,” ujar Yigit Aslan mengangkat fail-fail dan kertas-kertas menunjuk kepada Mia Kalesha.

“Oh, ya saya punya. Semuanya,” jawab Mia Kalesha.

Yigit Aslan memulangkan barang kepunyaan Mia Kalesha. Sebelum Yigit Aslan pergi meninggalkan Mia Kalesha dan Nurul yang berdiri terpacak di sebelah Mia Kalesha, sempat lagi Yigit Aslan bersuara, “Sorry, I can’t speak Malay fluently.”

Maaf, saya tidak boleh berbahasa Melayu dengan fasih!

“Oh, wouuuu......” terbeliak biji mata Mia Kalesha. Dia sedikit melompat akibat kegirangan yang menerpa di hatinya serta-merta. Bahunya dilanggar oleh pemuda kacak yang tidak fasih berbahasa Melayu itu begitu mengujakan Mia Kalesha.

Nurul menggigit kukunya. “Dah, tak payah nak angau sangat,” nasihat Nurul yang tidak mahu Mia Kalesha dilukai. Jejaka setampan itu pasti sudah berpunya. Tidak pun mesti mempunyai standard tinggi dalam memilih pasangan.

“Kau nampak tak apa yang aku nampak?” soal Mia Kalesha penuh teruja. “Indahnya ciptaan Tuhan.” Mia Kalesha memeluk fail-fail dan kertas-kertas notanya lalu diciumnya. “Wanginya..... omaigad!”

“Eh, sampai macam tu sekali. Kau ingat dia tu mamat pemilik kilang minyak wangi? Apa yang dia sentuh akan bau wangi?” tempelak Nurul. Pening kepalanya dengan penangan yang diterima Mia Kalesha.

Setahu Nurul, Mia Kalesha bukanlah jenis perempuan yang senang jatuh cinta. Sejak jerawat Mia Kalesha tumbuh satu per satu gadis itu tidak meminati mana-mana lelaki selepas putus dengan cinta pertamanya akibat Mia Kalesha tidak lagi mempunyai kulit muka yang sihat.

Padahal, dia yang terkejar-kejarkan Mia Kalesha sejak di bangku sekolah rendah. Bila naik sekolah menengah, baru pintu hati Mia Kalesha terbuka untuk terima lelaki itu. Kejam punya lelaki waktu orang tu cantik bukan main lagi terhegeh-hegeh. Bila Mia Kalesha tidak berseri ditinggalkannya.

Nurul masih ingat Mia Kalesha patah hati sebelum SPM. Penat Nurul beri semangat baru buat sahabat kesayangannya itu. Sejak itu Mia Kalesha menutup mulutnya rapat tidak dibicarakan langsung tentang lelaki dan soal hati. Fobia agaknya dipuja kerana kecantikan dan dihina kerana kehodohan.

“Kau tak bau wangi dia mana kau nak tahu,” jawab Mia Kalesha.

“Amboi, amboi.. meh sini aku cium fail kau,” ujar Nurul sambil cuba merampas fail yang ada di tangan Mia Kalesha.

“Tak boleh. Private. Hanya aku seorang aje yang boleh tau.” Mia Kalesha memeluk fail-failnya.

“Eleh.....”cebik Nurul.

 

 

Yigit Aslan memberi salam kepada pensyarah wanita lewat 40-an yang beragama Islam itu. Pensyarah itu harus dimaklumkan sebab kelewatannya pada hari ini agar dia tidak dianggap pelajar yang tidak berdisiplin. Jadi Yigit Aslan melangkah kepada pensyarah itu untuk memaklumkan soal kelewatannya.

It’s okay, Yigit. Please have a seat,” jawab pensyarah yang memahami sebab kelewatan Yigit Aslan yang sesat dengan persekitaran baru tempat belajarnya yang baru. Lagi pula, Yigit Aslan baru lewat dua minit ditambah lagi dengan peluh di dahi Yigit Aslan yang menambah keyakinan pensyarah berkenaan bahawa Yigit Aslan berusaha mencari dewan kuliah.

“Para pelajar sekalian, terutamanya pelajar-pelajar lelaki sila terima kedatangan pelajar yang berpindah ke kolej kita tanpa membezakan bangsa. Ini adalah kuliah pertama untuk subjek ini di dewan kuliah ini juga merupakan kuliah pertama beliau hadiri. Jadi, saya harap isu sedemikian tidak berulang lagi. And for you, Yigit, please improve your Malay language,” bicara pensyarah itu sebelum menyambung kuliahnya.

Yigit Aslan mengangguk dan memberi isyarat ‘OK’.

Beberapa orang pelajar lelaki kelihatan bengis dengan kehadiran Yigit Aslan. Ini kerana wajah tampan mereka sudah dikalahkan dengan ketampanan Yigit Aslan. Hanya mereka bertiga yang layak mendapat perhatian gadis-gadis kampus.

“Yigit Aslan harus ditumpaskan,” ujar Zarif kepada Aiman dan Syukri.

“Dah tentu.. kau tengoklah, sem depan muka dia dah tak ada kat sini lagi,” jawab Aiman penuh yakin.

“Sem depan? Kenapa tak bulan depan atau minggu depan aje?” soal Syukri.

“Relaks.. kalau dia tak kacau populariti kita, biarkan aje dia berbahagia kat sini,”jelas Zarif. “Lagipun, badan dia lagi sado daripada aku.”

“Alah, kita bertiga. Dia seorang aje,” bantah Aiman yang sudah ada niat untuk mengganggu hidup pelajar baru itu.

Zarif menyegeh memandang Yigit Aslan yang sedang fokus mendengar kuliah yang sedang disampaikan.

Syukri menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak habis-habis budak dua orang ni cari musuh.Orang lain tak cari pasal dia orang yang cari gaduh dulu. Aduhai, penat akulah dah bertahun-tahun aku ikut aje rentak dia orang ni. Rungut suara hati Syukri.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku