Handsome & the Beast
Bab 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 Ogos 2017
Memang dia handsome, pemilik sepasang mata hazel hijau. -Mia Kalesha- Ya, dia memang pembunuh. Tapi kalau dia tak ada, aku terbunuh. -Yigit Aslan Öztürk-
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
307

Bacaan






Bab2

“HEI, hei, hei…tengok siapa kat sini. Abang long kita ada kat sinilah,” ujar Zarif menarik kolar baju Zaki.

“Alamak, takutnya!...” sampuk Aiman dengan wajah badak sumbunya.

Syukri mengetuk-ngetuk kepala Zaki beberapa kali dengan pembaris plastik. Tidak sakit. Zaki ingin berlalu dari situ. Tetapi kakinya dihalang Zarif. Zaki tersungkur jatuh.

Kebetulan Yigit Aslan lalu di situ. Kepala Zaki betul-betul menghadap kasut Yigit Aslan. Zaki bimbang sekiranya kasut tersebut milik tiga sekawan yang selalu membulinya itu. Perlahan-lahan Zaki mengangkat kepalanya. Lega betul hati Zaki melihat Yigit Aslan senyum kepadanya.

Yigit Aslan membantu Zaki bangun semula. Yigit Aslan meletakkan tangannya memeluk bahu Zaki penuh mesra seolah-oleh mereka sudah lama kenal. Zaki yang berasa nyaman dengan pelajar baru itu hanya mengikut sahaja langkah kaki Yigit Aslan.Entah ke mana Yigit Aslan mahu membawa Zaki, Yigit Aslan sendiri tidak pasti. Apa yang pasti dia mahu Zaki jauh daripada sekumpulan pelajar nakal itu. Siapa lagi kalau bukan Zarif, Aiman dan Syukri.

“Ewah, ewah, selamba badak aje si badak sumbu ni ambil kambing hitam kita bhai...” Syukri dan Aiman mengekek ketawa mendengar kata-kata Zarif.

“Dia tak faham Bahasa Melayu sangatlah,” bisik Syukri ke telinga Zarif. “Dia faham dua, tiga perkataan aje.”

“Ohhh..... Aku gagal kertas Bahasa Inggeris masa SPM dulu,” bisik Zarif pula ke telingaSyukri. Jujur pula Zarif si samseng kolej ini.

“Oh,patutlah. Aku pun sama tak pandai BI tapi taklah setolol kau sampai gagal,” balas Syukri selamba. Syukri sememangnya terkenal dengan sikap lurus bendulnya itu akan cakap apa-apa sahaja yang dia rasa betul dan patut tanpa sedikit pun berselindung. Zarif mengetuk kepala Syukri dengan buku limanya.

Zarif memberi isyarat mata kepada Aiman agar bertindak. Aiman yang memahami isyarat mata yang diterimanya, menganggukkan kepala. Aiman melangkah mengikuti langkah Yigit Aslan dan Zaki dari belakang. Aiman memegang bahu Yigit Aslan dari belakang. Dengan kasarnya Aiman menarik bahu Yigit Aslan. Membuatkan pemuda berdarah kacukan Asia dan Eropah itu terpusing menghadap Aiman.

Berbekalkan genggeman buku lima yang jitu, Aiman menghayun tumbukan dengan pantas. Buku limanya mahu disinggah ke muka Yigit Aslan agar mengurangkan kekacakan jejaka itu. Yigit Aslan dengan senang hatinya mengelakkan kepalanya. Kedua-dua belah tanganYigit Aslan kemas berada dalam poket seluarnya. Badan Yigit Aslan stabil tidak berganjak walau sedikit pun selepas tumbukan Aiman rupanya mendarat ke dinding. Jitu.

“Arghh!!!..”jerit Aiman.

Kesakitannya menumbuk dinding dapat dirasai hingga ke tulang sum-sum. Begitu perit. Terasa longlai sudah pergelangan tangan Aiman. Seolah-olah dia tidak lagi memiliki tangan. Betapa dia berniat mahu mencacatkan muka Yigit Aslan begitulah dia mencacati buku limanya sendiri.

Padan muka. Itulah nasib orang yang ada niat jahat kat orang lain.

“Hehehe...” Zaki tidak dapat menahan geli hati.

Inilah kali pertama dia begitu bahagia sepanjang tiga tahun dia menuntut di Kolej Universiti Dermasakti. Sisa pengajian yang berbaki lagi setahun dapat digambarkan betapa indah jika dia berdampingan dengan pelajar yang baru tukar kekolej itu. Pasti dirinya tidak lagi dihantui Zarif, Aiman dan Syukri. Tapi Syukri tak berapa jahat sangat.

Berang Aiman apabila ketawa Zaki menjengah masuk ke cuping telinganya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menghentak Zaki di situ. Namun, oleh kerana tangannya rasa berbisa. Dia hanya melangkah merapati Zarif dan Syukri. Bukan maksudnya dia mengaku kalahnya, ada ubi ada batas lain hari dia balas.

“Giliran kau,” ujar Zarif berbisik ke telinga Syukri.

Gulp! Syukri tertelan liur.

“Apasal aku pulak?” Syukri naik marah. Tidak semena-mena dia pula yang perlu mengajari Yigit Aslan sedangkan dia sejak awal lagi tidak mempunyai sebarang dendam terhadap Yigit Aslan walaupun dia menyedari bahawa Zarif dan Syukri membenci Yigit Aslan bermotifkan ketampanan yang dimiliki lelaki itu.

Tajam pandangan mata Zarif kepada Syukri.

“Okey, okey. Aku pergi. Nampak ni?” soal Syukri menunjukkan kakinya yang melangkah setapak demi setapak. Pun boleh...

Syukri berdiri berhadapan dengan Yigit Aslan. Syukri berpeluk tubuh. Apa yang perlu aku buat ni. Kalau aku tumbuk dia mesti dia mengelak. Tak ke naya aku tumbuk dinding free-free aje. Ish, tak nak akulah. Fikiran Syukri ligat berfikir apa yang perlu dilakukan.

He’sa nice a boy,” bisik Zaki ke telinga Yigit Aslan.

Terangkat kedua-kedua belah kening milik Yigit Aslan. Yakah baik. Muka macam bangunan tak siap aje.

Areyou sure?” Sambil memerhatikan Syukri sebagai langkah berhati-hati, YigitAslan sedikit menundukkan kepalanya setanding dengan ketinggian Zaki yang setinggi paras bahu Yigit Aslan. Bertanya soalan.

Yes,” jawab Zaki. Ringkas.

Mana tidaknya, berkat pertolongan senyap-senyap Syukri banyak rancangan jahat Zarif dan Aiman berjaya direncatkan. Syukri selalu mengirim khidmat pesanan ringkas melalu WhatsApp atau Facebook Messenger kepada Zaki memberitahu rencana dua orang rakan karibnya untuk menganiaya Zaki. Tetapi jika Syukri ketiadaan internet, dia akan berdiam diri kerana tidak akan sesekali dia membazir kredit RM0.07 untuk menghantar mesej manual kepada sesiapa pun.

Bagi Syukri, bukankah amalan berjimat cermat itu amalan mulia. Ya, mulia tidak kena tempat. Syukri juga berprinsip biar Zaki kena dengan Zarif dan Aiman janji jangan dia yang kena keluar tujuh sen untuk kirim mesej manual.

“Apa lama sangat dia tercengat kat situ?” soal Aiman yang tidak sabar mahu melihat Syukri beraksi menjatuhkan musuhnya kepada Zarif. “Memang habislah Yigit kali ni mesti kena belasah teruk.”

“Mana kau tahu?” soal Zarif.

“Kau dah lupakah yang Syukri kan tali pinggang hitam. Badan dia lebih besar daripada Yigit kot.”

“Ha’ah... betul-betul.. baru aku ingat,” balas Zarif. “Wei, kau tunggu apa lagi? Cepatlah!” ujar Zarif kepada Syukri.

Sekali lagi Syukri meneguk liur. Bergaduh memang perkara yang dibenci oleh Syukri. Lainlah membuli orang dalam keterpaksaan. Itu situasi darurat. Lain pula ceritanya. Syukri sudah berfikir panjang. Dia akan bermula dengan mencengkam kolar kemeja Yigit Aslan terlebih dahulu. Selepas itu barulah dia bertindak buas.

Tangan Syukri bergerak mahu mencapai kolar kemeja Yigit Aslan.

“Hah!!!!!!” sergah Yigit Aslan. Hampir terkencing dalam seluar Syukri dibuatnya.

Belum pun Syukri sempat mencapai kolar kemeja pemuda itu, Syukri melatah, “Oh, pocot mak kau!” Tersentak Yigit Aslan mendengar latahan Syukri. Bahasa apakah sepantas itu. Belum pernah menyapa ke telinga Yigit Aslan.

Aku berazam untuk fasih berbahasa Melayu sebelum kembali ke Istanbul dan seterusnya secara langsung untuk berkhidmat di syarikat ayah kat Istanbul. Getus hati Yigit Aslan. Berazam untuk mempelajari Bahasa Melayu sejurus selepas mendengar latahan satu saat Syukri itu.

‘Oh pocot mak kau!’ milik Syukri membawa inspirasi kepada Yigit Aslan untuk mendalami bahasa ibunda orang Melayu. Bolehlah janji ada penggerak motivasi.

“Hahaha!...” Kali ini lebih kuat Zaki ketawa. Terhibur dengan gelagat pengecut Syukri.

Give me five,” ujar Yigit Aslan. Zaki memberi tapak tangannya menepukt huluran tapak tangan Yigit Aslan.

“Hei..kau nak ke mana?” soal Zarif.

Syukri terus berlari meninggalkan mereka. Luluh jantung Syukri apabila disergah sebegitu oleh Yigit Aslan. Bara di hati Zarif terhadap Yigit Aslan bertambah panas. Boleh pula lelaki bermata hazel hijau itu menyegitkan matanya kepada Zarif. Dengan hati penuh sebal Zarif melangkah pergi.

Nasib baik badan aku kecik sikit daripada kau. Kalau takkkk..... eh, nahas kau aku kerjakan. Gumam Zarif.

Tercengang Aiman dengan tindakan Zarif. Walau bagaimanapun dia hanya membuntuti Zarif. Apa boleh buat, sebelah buku limanya sudah cedera. Cukuplah itu sahaja untuk hari ini.

 

 

“Hei, hei, hei... kau nak ke mana tu, hah?” soal Tasha yang termengah-mengah mengejar Syukri. Kebetulan dia terserempak dengan Syukri yang sedang berlari seperti dikejar biawak. Melihat Syukri yang lari setapak demi setapak perlahan itu sudah buat Tasha mencungap. Penat aku tengok si Syukri ni tau.

“Aku tak tahu aku nak lari ke mana,” jawab Syukri.

“Hei berhentilah,” Tasha mencengkam kolar baju t-shirt milik Syukri. Akibat daripada itu, Syukri berlari setempat. Dari hujung rambut ke hujung kaki Tasha perhatikan Syukri. Amelia dan Zaiton sudah ketawa sakan dengan reaksi Syukri itu. Kedunguan Syukri begitu memikat hati Zaiton.

“Hai, lari setempat bang?” soal Tasha.

“Dah kau cengkam kolar baju aku. Macam mana aku nak lari bukan setempat, hah?”

Aik, lari bukan setempat pun adakah. Maraton kot maksud Syukri. Fikir Tasha.

“Apa-apa ajelah. Zarif mana, Zarif?” soal Tasha terus ke tunjak soalan.

“Ada kat bangunan pentadbiran.”

“Buatapa?”

“Buli Zakilah. Apa lagi.” Tapi malang Yigit pulak lindungi dia.

“Zakilah?” Berkerut dahi Tasha. Entah perempuan mana pulak kali ni mamat durjana tu nak ngorat. Eee, sakit betullah hati aku ni.

“Aras apa?” soal Tasha. Syukri menunjukkan tanda isyarat ‘peace’ kepada Tasha. Itu namanya aras dua. Syukri masih berlari setempat.

Serentak itu Tasha melepaskan kolar baju Syukri sambil menolak pemuda itu sedikit kedepan. Tasha mahu ke aras dua bangunan pentadbiran. Mahu diajar Zarif cukup-cukup. Syukri meneruskan larian biawaknya. Sungguh perlahan.

Girls,jom kita ke bangunan pentadbiran.”

 

 

Setibanya di lobi bangunan pentadbiran kelibat Zarif dan Aiman sudah kelihatan dari jauh. Bagus. Ini bermakna aku tak payah masuk ke dalam.

“Oh putera idaman hati dinda...” ujar Amelia dengan sengihan kambingnya sebaik sahaja terpandang ke arah pemuda paling kacak yang pernah ditemuinya. Zaiton mengikut arah pandangan mata Amelia. Tepat ke arah Yigit Aslan dan pemuda dungu berkaca mata tebal dan berambut sisir tepi penuh minyak rambut di kepala, iaituZaki.

“Yi..” Zaiton mahu bersuara. Amelia memandang Zaiton. Lantas Zaiton keberatan untuk memberitahu nama pemuda idaman Amelia itu. Bimbang nanti bukan sahaja Amelia, malah Tasha juga akan naik berang dengan dirinya.

Amelia menjeling Zaiton. “Kau jangan kacau tumpuan aku okey,” Amelia mengeluarkan arahan. Zaiton mengeluh lemah. Mencula mata Tasha menoleh kebelakang memandang dua orang rakan karibnya itu.

“Kau orang jangan buat hal kat sini,” arah Tasha lalu merapati teman lelakinya, Zarif.

You, I dah cakap jangan sesekali cuba nak larikan diri dari I. You degil.. tak dengar cakap. Meh sini kita settlekan hal kita baik-baik ya, you,” ujar Tasha sambil mempial telinga Zarif. Boleh lagi pura-pura baik sementara lava gunung berapinya belum meledak.

Ketika itu juga tepat sahaja waktunya Yigit Aslan dan Zaki keluar dari bangunan pentadbiran itu. Zaki menyigung Yigit Aslan agar pemuda itu melihat gelagat Tasha memperlakukan Zarif. Wah, ketua gengster sampai kena tarik telinga dengan perempuan. Bukan main macho lagi. Geli hati Yigit Aslan.

“Sejak bila dia ada kat sini?” soal Zarif kepada Aiman. Perlahan suaranya.

“Tak tahu, bro,” jawab Aiman sambil mengangkat bahunya.

“Oh, sampaikan kedatangan I pun you tak perasan ya sayang...” Bertambah kuat Tasha pial telinga Zarif.

“Aduh, aduh. Sakit you.. sakit..” ujar Zarif menahan pedih telinganya dipial.

Aiman menahan gelak. Lucunya melihat Zarif diperlakukan sebegitu sampai terangkat kaki Zarif. Hah, baru tahu sampai tak jejak tanah kaki kau.

“Oh, sakit.. sakit ya you. Sakit lagi hati I ni. You dah ada perempuan baru ya you.. Bagus, Zarif. Bagus. Nice sangat apa yang kau buat kat aku ni. Aku upah kau jadi boyfriend aku bukan free tau. Tiap-tiap dua minggu sekali aku bayar kau. Tapi itu bukan bermakna kau bebas memilih mana-mana perempuan untuk berdampingan dengan kau melainkan aku,” bebel Tasha. “Dah beberapa hari ni kau menghilang ke mana?”

“Bro,aku minta diri dulu,” Aiman bersuara. Bahu Zarif ditepuk. Aiman meninggalkan Zarif dan Tasha. Biarlah Zarif dan Tasha dengan urusan rumah pondok dia orang.

“Sumpah, Tasha. Selepas sebelas kali I ada perempuan lain kat belakang you, sampailah detik ni I tak ada perempuan yang kedua belas. Sumpah!” Zarif meyakinkan Tasha. Tidak mahu gadis yang sudah tiga tahun sedikit sebanyak menampung perbelanjaannya itu curiga dengan kecurangannya.

Tambahan lagi, emak Zarif menyukai anak lelakinya itu di dampingi Tasha. Bukan perempuan lain. Itulah, siapa suruh Tasha pura-pura jadi gadis Melayu terakhir depan mak si Zarif tu. Kan hati seorang emak dah berkenan nak bermenantukan dia.

“Berani kau bersumpah? Habis tu siapa pulak Zakilah, hah? Kau jangan nak temberang dengan aku, Zarif. Macamlah aku tak tahu kau ada kat aras dua tadikan dengan Zakilah.”

“Hah?” Terbeliak biji mata Zarif. “Perempuan mana pulak tu sayang?”

“Manalah aku tahu kau. Siapa Zakilah tu Zarif? Pensyarah muda barukah? Atau junior baru?”

“Apa you mengarut ni?” soal Zarif. “Mana ada Zakilah.” Zaki adalah. Zaki adalah? Zakilah? Terbeliak biji mata Zarif. Ish, tak ingin aku nak ngorat Zaki.

“Syukri beritahu aku yang kau datang sini semata-mata demi Zakilah.”

“Ahhh..Zaki. Zaki. You kenalkan Zaki budak nerd kelas I? Pergi tanya Zaki sendiri ada tak I datang ganggu dia. Tapi plan I tak menjadi ada sorang mamat ni tolong dia.”

“Okey, I maafkan you.”

“Tapi I tak minta maaf pun.” Lah, kalau semudah itu maafkan aku kan bagus tak payah tarik telinga aku. Tengok ni kecapangan telinga aku dah makin terserlah tau. Rungut Zarif dalam hatinya.

Shut up, okey. Malam ni kita dinner kat tempat biasa okey. Sebelum 9.00 malam you mesti dah ada kat sana macam biasa, tempat biasa.” Tasha meninggalkan Zarif. Tasha kembali kepada Amelia dan Zaiton.

Oh, dah lebar selebar alam telinga aku dia tarik lepas tu senang-senang aje belanja makan kat restoran mewah. Zarif mengusap-usap telinganya.

AdeganTasha dan Zarif sudah tamat. Yigit Aslan dan Zaki bergerak dari situ. Mereka ingin ke kafeteria untuk sesi perkenalan. Kebetulan mereka berdua lalu bersebelahan gadis trio. Tidak semena-mena salah seorang daripada gadis trio itu menyapa Yigit Aslan.

“Hai..” ucap Amelia sambil tersipu malu.

“Kau dah gila kalau Aiman nampak nanti. Mampus bank kau bankrap. Mana kau nak cekau duit?” Peringatan sedikit membisik oleh Zaiton ke telinga Amelia berjaya menerjah masuk ke telingan Tasha, Zaki dan Yigit Aslan.

“Kau janganlah cakap kuat-kuat. Nanti dia dengar.” Amelia berbisik ke telinga Zaiton. Kali ini hanya Tasha dan Zaiton mendengarnya.

“Jangan risau dia bukannya faham Bahasa Melayu,” jawab Zaiton.

“Hah?” Terkedu Amelia dibuatnya. Tasha yang fasih berbahasa Inggeris tidak melepaskan peluang. Lantaklah Zarif nampak atau tidak dia cuba memikat Yigit Aslan.

Nice to meet you here. By the way, I’m Tasha. Last year student. What about you?” ujar Tasha cuba mencucuk jarum sambil menghulurkan salam perkenalan. Yalah, takkan nak cakap ‘kau handsome, aku cantik. Jomlah kita bercinta’. Dah mabuk?

Melopong mulut Amelia. Potong line betullah minah ni. Getus hati Amelia.

“Em... let’s go Zaki,” ajak Yigit Aslan. “Bye Zaiton,” ujar Yigit Aslan sebelum mereka dia dan Zaki berlalu dari situ.

“Hah?! Dia tinggalkan aku macam ni aje?” Tasha menghentakkan kakinya. “Mana kau tahu dia tak cakap Bahasa Melayu, hah Zaiton?”

“Dia orang Melayu Turki ah daripada Istanbul,” jawab Zaiton. “Dari semalam lagi si Amelia ni terangaukan putera idaman dia. Itulah orangnya. Berkali-kali aku cuba beritahu Amelia nama dia. Tapi kau orang berdua marahkan aku. Jadi apa boleh aku buat? Berdiam diri ajelah.”

“Ahhh tidakk... kenapalah kau tak cakap awal-awal,” bentak Amelia.

“Dah kau orang suruh aku senyap.” Zaiton memuncung.

“Mana kau tahu latar belakang dia?” soal Tasha.

“Dan macam mana dia kenal kau? Mana dia tahu nama kau, Ton?” soal Amelia pula.

“Semalam apa ayat kau cakap hah?” Tasha menyoal lagi. Bertalu-talu soalan menerjah Zaiton. Satu tidak dijawab datang lagi satu soalan.

“Aku kenal dia masa tingkatan empat kalau tak silap. Ayah aku pengurus syarikat ayah dia cawangan Malaysia. Jadi tidak semena-mena ayah aku merangkap orang yang menguruskan pertukaran kolej dia ke sini atas dasar percaya. Kebetulan aku belajar kat sini, jadi ayah aku yang merupakan orang kuat kolej ni pun ditambah lagi dengan kepututsan exam dia yang memang ‘kebabom’ tu dengan mudahnya dapat pindahkan dia ke sini” jawab Zaiton panjang lebarnya.

“Oh macam tu...” Panjang muncung Amelia.

Memang hidup ni kita perlukan pangkat dan harta. Dengan itu apa-apa sahaja tak mustahil untuk kita peroleh dengan mudah. Fikir Amelia.

“Kau tak ada hati kat dia, kan? Kan? Kan?” soal Tasha.

“Tak ada kerja aku nak jatuh hati kat dia. Kau ingat kita samakah. Dia tak adorable langsung kat mata akulah,” jawab Zaiton. Lainlah kalau Syukri yang sengal-sengal biawak tu. Bisik suara hati Zaiton sambil tersipu-sipu malu sendiri.

“Lega hati aku,Ton,” jawab Tasha.

“Aku pun sama. Lega hati aku..” jawab Amelia pula.

Zaiton memandang kelibat Yigit Aslan yang makin lama makin mengecil, “Yigit Aslan.”

“Apa kebendanya tu?” Sekali lagi tasha menyoal. Berkedut dahi Tasha. Setahu aku semalam pun kau ada merepek benda yang sama juga.

“Ha’ah. Sejenis apakah itu?” Amelia menyoal.

“Nama dialah. Budak mata pelik tu.”

“Oh, cantiknya mata putera hati adinda..” Belum sempat Amelia menghabiskan kata-katanya,Tasha pantas memotong.

“Itu aku punya,” ujar Tasha. Yakin. “Yigit Aslan.” Aku punya. Gerenti!

What?” Mencula mata Amelia memandang Tasha. Kau tu sekali petik jari berderet yang datang. Bagilah aku chance.

Namun, sikit pun Tasha tidak menghiraukan pandangan tajam Amelia terhadapnya. Lantaklah gadis itu mahu bentan sekalipun seumur hidup menunggu putera idaman yang tak kunjung tiba. Yang pasti, Tasha akan berusaha untuk buat apa sahaja agar dapat mendampingi jejaka perhatian ramai.

Kini Zarif bukan lagi pemuda nombor satu di kolej. Mendampingi Zarif yang tidak lama lagi bakal jatuh di tangga lelaki nombor dua kolej hanya akan menjatuhkan kredibiliti Tasha sebagai pelajar perempuan paling bergaya di kolej. Yigit Aslan, aku datang!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku