Handsome & the Beast
Bab 4
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 Ogos 2017
Memang dia handsome, pemilik sepasang mata hazel hijau. -Mia Kalesha- Ya, dia memang pembunuh. Tapi kalau dia tak ada, aku terbunuh. -Yigit Aslan Öztürk-
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
281

Bacaan






Bab4

“Kau memang sengaja buat malu kita orang depan budak Turkish Cypriot tu, kan?!” soal Zarif membentak dengan menggelar Yigit Aslan sebagai budak Turkish Cypriot. Dia tidak tahu yang darah Melayu mengalir juga dalam tubuh Yigit Aslan.

Zarif mencekik leher Zaki. Mahu biru muka Zaki dibuatnya.

“Eh…. Jangan macam ni Zarif. Kita datang bukan nak bunuh dia.” Aiman melepaskan cekikan Zarif yang padu itu. Terbahak-bahak Zaki batuk berserta nafasnya yang mencungap-cungap. Ada kesan merah di leher Zaki akibat cekikan Zarif.

“Sekali lagi kau malukan aku dan kawan-kawan aku, aku bunuh kau, Zaki. Nasib baik tak ramai pelajar yang ada kat situ waktu tu!” tengking Zarif.

“Nasib baik tak ada seorang pun pensyarah yang keluar daripada pejabat dia. Kalau tidak padan muka kau,” jawab Zaki. Dia berdiri lama-lama di hadapan loker sewaannya itu pun kerana menunggu kedatangan Yigit Aslan yang pergi ke tandas.

Kalau ikutkan hati, Zaki cukup fobia mahu berlama-lama di situ. Situlah tempat rasmi dia selalu dibuli. Biasanya Zaki hanya masukkan sesuatu atau mengeluarkan sesuatu daripada locker itu. Tidak lebih daripada itu. Kalau dia berlama-lama di situ nanti Zarif datang habis dia jadi mangsa buli lelaki itu dan Aiman.

“Oh, kambing hitam dah pandai melawan... bagus, Zaki. Sejak kau berkepit dengan budak baru tu kau dah pandai melawan tuan sekarang ni ya. Kambing hitam belaan kita dah pandai mengembek pada tuan dia,” ujar Zarif.

“Apa lagi yang mamat Turkish Cypriot tu ajar dia. Meh, kita tengok Zarif,” cadang Aiman dengan sengihan jahatnya.

“Jom..”Zarif merapati Zaki. Selangkah demi selangkah. Akhirnya Zaki menyandar ke loker. Zarif menumbuk perut Zaki sekuat mungkin. Senak Zaki rasakan hanya TUHAN sahaja yang tahu. Bisa betul.

Yigit Aslan yang telah berjanji untuk datang ke loker Zaki memberhentikan langkah.Dia mahu lihat adegan seterusnya. Selepas itu, tumbukan yang diterima Zaki akan dipulangkan ke perut Zarif sebagai balasan menumbuk Zaki.

“Siapa ni? Orang bodoh mana dalam newspaper ni?” soal Aiman sambil mengajukan keratan gambar seorang wanita daripada keratan akhbar yang sudah sedikit usang yang dilekatkan dari dalam loker Zaki. Namun, tidak ada sebarang artikel turutserta.

Aiman berniat mahu meronyokkan keratan gambar wanita itu.

“Jangannnnn!!........” jerit Zaki. “ Jangan.. jangan sentuh gambar mak aku..” Zaki merayu.

“Melutut sekarang,” arah Aiman. Zaki menurut perintah Aiman tanpa berfikir panjang. Wajah wanita kesayangannya harus diselamatkan. Hanya itu sahaja satu-satunya kenangan yang Zaki ada.

Damn!” Yigit Aslan menggenggam penumbuk. Sudah berkali-kali dia menasihati Zaki agar mempertahankan maruah diri. Tapi Zaki tegas melutut apabila disuruh untuk berbuat demikian.

“Sayang. Kau lambat, hahaha..” Aiman mencarik sedikit demi sedikit keratan gambar yang diambil daripada akhbar itu.

“Mak.. mak.... maaaakkkkk...” Zaki menangis hiba. Yigit Aslan faham emak bermaksud mother. Tangan Yigit Aslan terketar-ketar dengan sendirinya. Wajah wanita pan-asia milik Zeyneb, arwah ibunya menerjah mindanya. Soal Zaki yang dibuli depan mata terus dilupakan begitu sahaja.

“Bingai kau khinzir!” jerit Zarif menerkam Aiman. Kedua-dua belah tangan Zarif mencengkam baju Aiman. Berbinar-binar mata Zarif memandang Aiman. Turun naik nafas Zarif. Zaki begitu menyayat hati. “Kau tengok! Satu per satu gambar mak dia yang kau carik dia kutip. Siapa suruh kau carik kenangan tentang mak dia hah khinzir?!”

“Hei Zarif. Relakslah. Setakat gambar buruk mak dia kau nak mengamuk dengan aku pasal apa? Tak berbaloilah,” jawab Aiman melawan kemarahan yang dilempar Zarif kepadanya.

“Kau tak ada otak. Kalau dia ada gambar mak dia yang lain takkan dia simpan gambar seburuk tu,” jawab Zarif meneka situasi Zaki.

“Argh ,argh, argh!...” Beberapa mata para pelajar yang ada di laluan locker itu memandang Zaki dengan penuh gerun. Zaki seperti orang yang kerasukan. Seluruh badan Zaki bergetar. Air mata Zaki tidak henti-henti berjuraian. “Arghhhh!!!.........” Zaki merempuh Zarif membuatkan lelaki itu terpelanting. Lalu jatuh terduduk ke lantai. Aiman tersandar kasar ke loker.

Zaki mengerah tenaga sekuat yang boleh. Leher Aiman dicengkam sehingga kaki pemuda itu tidak jejak ke lantai. Aiman kelihatan seperti manusia nazak yang tunggu masanya sahaja. Zarif berlari merempuah Zaki sehingga Zaki terpelanting dan terjelupuk sama seperti apa yang diperlakukan kepada Aiman.

“Jomlah berambus dari sini, beb,” cadang Zarif mencungap-cungap. Aiman tersenyum sinis. Aiman menyelongkar semua barangan yang ada dalam loker milik Zaki. Semua barangan yang ada di dalamnya dikeluarkan. Barangan milik Zaki bertaburan diatas lantai. Nota-nota dan jadual kuliah yang ditampal Zaki dikoyakkan.

“Inidah tentu gambar bapak kau, kan?” soal Aiman sambil menunjukkan gambar seoranglelaki yang juga disimpan di dalam loker Zaki. “Aku jamin bapak kau hidup lagi.”Aiman pun mencarik gambar itu. Hanya itu berjaya memuaskan hatinya untukmenyakiti Zaki memandangkan Zaki memalukan dia di hadapan para pelajar yang lalu lalang di situ dengan mencengkam lehernya. Gambar bapa Zaki akhirnyatercarik dua bahagian.

“Aaahhh!!” Zaki menjerit hilang siuman. Kepalanya dipegang kuat. Zaki menarik-narik rambutnya.

“Melampau kau.” Zarif memalingkan Aiman menghadapnya. Kemasan buku lima Zarif dihayun mahu mendarat ke perut Aiman.

Dengan sekali tumbuk. Burk! Tersembur darah keluar daripada mulut Aiman. Tepat mengena kemeja putih milik Yigit Aslan. Aiman jatuh terduduk. Posisinya seperti orang yang sedang sujud di kaki Yigit Aslan.

“Erk!” Sepasang mata milik Zarif dan Yigit Aslan bertentangan. Zarif tidak memahami apa yang berlaku sebenarnya. Dia sepatutnya menumbuk Aiman. Tetapi Yigit Aslan sudah menumbuk Aiman terlebih dahulu. Macam angin pemuda berdarah kacukan itu datang.

Begitu pantas tindakan Yigit Aslan. Belum sempat Zarif menumbuk Aiman. Tahu-tahu sahaja sentapan penumbuk Yigit Aslan yang entah bila tiba-tiba datang dari arah belakang Aiman yang pada ketika itu sedang menghadap Zarif menyentap perut Aiman. Yigit Aslan pantas menyentap bahu Aiman agar memandang kepadanya dengan sekelip mata lalu menumbuk patu perut Aiman.

Pandangan Zarif tidak dihiraukan. Yigit Aslan mendapatkan kawannya, Zaki.

Get up,” ujar Yigit Aslan kepada Zaki. Namun, Zaki hanya memberi pandangan hiba kepada Yigit Aslan.

Tempat apa yang aku datang ni sebenarnya hah. Ah, manusia kat sini semua pelik-pelik. Kenapa dia orang suka bermusuhan antara satu sama lain. Kenapa perlu ganggu hidup orang lain. Apa salah mereka. Oh, ALLAH berikan aku kekuatan menghadapi insan-insan kat kolej ini. Doa Yigit Aslan dalam hati.

Get up!” tengking Yigit Aslan. Zaki tidak berganjak. “I have no choice, okay.”Aku tak ada pilihan lain. Kau yang buat aku layan kau macam ni, Zaki.

Yigit Aslan mengangkat Zaki. Lelaki yang masih tidak berhenti menangis itu dipikul sebelah bahu sahaja. Zaki dipikul dengan posisi terbalik. Perutnya yang mendapat tumbukan Zarif mengena bahu kanan Yigit Aslan manakala punggungnya menonggeng di sebelah atas.

Sepanjang laluan ke tempat letak kereta pelajar Yigit Aslan memikul Zaki seperti itu di hadapan para pelajar. Beberapa orang pensyarah cuba menghalang perjalanan Yigit Aslan. Namun, pandangan brutal mata Yigit Aslan ketika sedang marah amat menggerunkan. Mereka hanya membiarkan Yigit Aslan berlalu begitu sahaja. Adegan itu mendapat perhatian Tasha, Amelia dan Zaiton.

Derapan tapak kaki Yigit Aslan akhirnya berhenti berbunyi. Pemuda itu memberhentikan langkahnya. Tepat berhadapan Mia Kalesha. Gulp! Gadis itu menelan liur.  Gugup melihat betapa garangnya wajah Yigit Aslan. Bengis. Begitu menakutkan. Singa kelaparan pun kalah. Matanya tajam mengalahkan bilah pedang.

After this, you,” ujar Yigit Aslan menuding jarinya tepat kepada Mia Kalesha.

“Hah?” Mencungap-cungap Mia Kalesha. Mahu semput dia sekarang juga. Apa kena dengan aku pulak. Mujurlah aku tak ada asma atau lemah jantung. Kalau tak kojol juga aku. Getus hati Mia Kalesha.

Ketakutan yang terpamer di wajah Mia Kalesha berjaya mencuit hati lelaki Yigit Aslan. Pemuda itu kemudian melangkah pergi dari situ memikul Zaki ke tempat letak kereta pelajar. Meninggalkan Mia Kalesha yang melopong dan terbeliak itu.

 

 

Zaki sudah dimasukkan ke dalam kereta Yigit Aslan. Zaki kini bersendirian duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan tempat duduk pemandu kerana Yigit Aslan sekarang ini mencari kelibat Mia Kalesha. Ratapan tangisan Zaki sudah berkurangan selepas mukanya ditampar beberapa kali oleh Yigit Aslan. Hati sejuk beku seperti Yigit Aslan manalah tahu berlembut. Lebih-lebih lagi dengan golongan yang sama jantina dengannya.

Where is her?!” soal Yigit Aslan kepada Nurul. Tegas.

Makkkkk....... hohoho.. Mia aku takutttt.... maafkan aku Mia. “Under here,” Bawah sini jawab Nurul. Tidak semena-mena Nurul menunjuk kedudukan Mia Kalesha yang menyorok di bawah meja.

Nice. Sekali tanya dah jawab. Getus hati Yigit Aslan. Tanpa sepatah perkataan apatah lagi meminta Mia Kalesha untuk keluar daripada tempat penyembunyiannya, Yigit Aslan menarik lengan Mia Kalesha. Kerana terpaksa Mia Kalesha keluar juga. Belum sempat gadis itu berdiri, Mia Kalesha menerima nasib yang sama dengan Zaki. Mia Kalesha juga diangkut ke kereta.

Kau nak bawa kawan aku ke mana, ‘Tuan Handsome’? Nurul menyoal Yigit Aslan dalam hati. Tidak berani menyoal depan-depan. Takut dengan dia-dia sekali diangkut Yigit Aslan. Untuk rasa cuak yang aku alami ni, biarlah Mia aje yang kena angkut.

“Kenapa makhluk jerawat bertimpap-timpap tu. Kenapa bukan aku? Ahhhhh....” Tasha menghentak-hentak kakinya beberapa kali ke lantai.

Amelia yang dilanda kekecewaan melihat Yigit Aslan pergi mengangkut Mia Kalesha hanya membisu. Luluh hatinya. Oh Putera idaman hati dinda...

“Hei handsome, kau nak bawa aku ke mana hah? Tak naklah! Lepas! Lepaskan akuuuu...” Belakang badan Yigit Aslan dipukul beberapa kali.

Apalah yang kau merepek ni aku tak faham. Yigit Aslan menggelengkan kepalanya.Setibanya di sebuah ‘Mini Cooper S Countryman’ miliknya, Yigit Aslan membuka pintu kereta itu. Mia Kalesha disumbat ke dalam ke tempat duduk belakang yang terletak di belakang tempat duduk pemandu.

Mia Kalesha yang berkira mahu menangis itu berhentikan sahaja hasrat di hatinya. Melihat Zaki yang ketiduran membuat Mia Kalesha berasa selamat. Alah, budak baik seperti Zaki siapa aje tak rasa selamatkan. Mungkiin budak baru kolej ni tak ada niat jahat kat aku. Fikir Mia Kalesha.

Memandangkan Zaki dan Mia Kalesha memberikan kerjasama yang baik, Yigit Aslan memacu keretanya meninggalkan perkarangan kolej mereka.

 

 

Dalam perjalanan sempat lagi Yigit Aslan curi-curi melihat Mia Kalesha kerana bimbang perbuatannya yang seperti menculik Mia Kalesha itu akan membuat gadis itu bertindak di luar jangkaan. Mia Kalesha juga tidak kurangnya, dia mencuri pandang menikmati keindahan wajah anugerah Yang Maha Pencipta yang dikurniakan kepada Yigit Aslan.

“Zaki, wake up,” Yigit Aslan mengejutkan Zaki. Mereka sudah sampai di destinasi.

Girl, telefon mak kau dan beritahu dia yang kau akan balik kejap lagi,” ujar Yigit Aslan berbahasa Inggeris kepada Mia Kalesha sambil menghulurkan telefon berjenama iPhone kepada gadis yang duduk dibelakangnya.

Mereka bertiga keluar daripada kereta itu. Yigit Aslan membawa Zaki masuk ke dalam kediaman mewahnya. Berjalan. Tiada lagi adegan pikul-memikul. Meninggalkan Mia Kalesha di perkarangan taman seorang diri. Yigit Aslan mahu memberi sedikit ruang untuk gadis itu menghubungi orang tuanya.

“Zakikau pergi bersihkan diri kau. Lepas tu solat asar okey. Rehatkan minda. Take your time. Kalau boleh aku nak kau bermalam kat sini aje..” ujar Yigit Aslan memandang wajah muram Zaki. “Lagipun, kau tinggal seorang dirikan katrumah kau.”

“Emm.” Zaki mengangguk. Setuju dengan pelawaan Yigit Aslan. Saat ini memang Zaki mengharapkan ada bahu untuk menyandar.

“Okey, bagus. Bila kau dah ready nanti aku sedia mendengar. Kalau kau tak nak cerita aku hormat pendirian kau. But for now biar aku settle dengan budak perempuan kat luar tu dulu.”

No problem,” jawab Zaki. Salah seorang orang gaji bernama Bik Krista menjemput Zaki ke kamar tetamu. Zaki membuntuti Bik Krista yang ingin menunjukkan bilik tetamu kepadanya. Yigit Aslan segera ke taman di halaman luar kediamannya.

 

 

“Kenapa tak masuk?” soal Yigit Aslan.

Gila kau. Tak pasal-pasal aku jadi mangsa rogol ke, pembunuhan ke, bedah organ, atau apa-apa ajelah yang mengerikan. Sia-sia aku hidup tau. Getus hati Mia Kalesha.

“Sudah makan?” soal Yigit Aslan lagi. Kali ini berbahasa Melayu. Besar biji mata Mia Kalesha memandang Yigit Aslan. “Apa? Kenapa?” seram sejuk dirasakan Yigit Aslan saat Mia Kalesha memandangnya begitu. Terasa ada sesuatu yang aneh berada dibelakang Yigit Aslan. Seram sejuk tubuh pemuda itu dibuatnya.

So you can speak Malay?”

Fuh! Berderau darah aku. Ingatkan apalah tadi perempuan ni pandang aku dengan mata terbeliak. Rupa-rupa terkejut bila aku cakap sepatah dua Bahasa Melayu. “Little bit only. Sikit-sikit..”

“Wah.. okey.. are you Malaysian or what?” Mia Kalesha kelihatan teruja. Kini baru dia ingat yang dia sudah jatuh suka pada Yigit Aslan saat kali pertama memandang wajah pemuda itu. Yigit Aslan menggeleng.

Nope. Aku Melayu plus Turkish Cypriot from Turki dilahirkan di Cyprus, ” jawab Yigit Aslan secara keseluruhan. Hehehe... senangnya dalam hati bila berhadapan dengan perempuan ni. Kenapa ya.

“Dilahirkan kat mana?” soal Mia Kalesha yang merasakan bahawa dirinya tidak berjaya menangkap jawapan pemuda bermata hazel hijau itu.

“Cyprus. North Cyprus sebenarnya.”

Where?”

“Cyprus.”

Sorry, what?”

Nothing,” jawab Yigit Aslan yang malas mahu mengulangi jawapannya.

“Okey.” Memandang aku tak tahu wujudnya tempat di muka bumi ni yang diberi nama Cyprus jadinya aku malas nak tanya lagi. Nanti bikin sakit hati kau pulakkan. Cyprus tu apa hah. Betulkah apa yang telinga aku dengar ni. Esok pergi library pandai-pandailah aku Google.

Suasana petang itu hening. Yigit Aslan mengerling ke arah jam tangan mewah miliknya. Jam menunjukkan tepat pukul 6.00 petang. Alamak, dia tidak solat lagi.

You can pray?” Yigit Aslan menyoal. Mia Kalesha menggeleng. “Well, I've to go. Need to solat. Tolong wait sini. Okey?”

Hahaha pun boleh bercampur aduk bahasa dia. Kesiannya. “Ookey, beres.”

“Apa?” Apa dia beres tu?

Can ,can..” Mia Kalesha menterjemah kebolehannya untuk menunggu Yigit Aslan sementara pemuda itu ingin menunaikan solat Asar. Mungkin. Itu yang Mia Kalesha rasa. Pemuda itu ingin pergi solat sebentar.

“Oh, boleh?..” soal Yigit Aslan.

“Hah, boleh. Boleh,” jawab Mia Kalesha. Sebaik kelibat Yigit Aslan memasuki kediaman itu, Mia Kalesha menepuk dahinya. Keluhan berat dilepaskan. Apalah aku ni. Kalau boleh guna perkataan ‘boleh’ buat apalah aku memeningkan kepala dia dengan guna perkataan ‘beres’.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku