Handsome & the Beast
Bab 5
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 Ogos 2017
Memang dia handsome, pemilik sepasang mata hazel hijau. -Mia Kalesha- Ya, dia memang pembunuh. Tapi kalau dia tak ada, aku terbunuh. -Yigit Aslan Öztürk-
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
406

Bacaan






Bab5

Mia Kalesha dijemput masuk ke dalam oleh Bik Krista. Gadis bertubuh tinggi lampai itupun berjalan masuk ke kediaman yang diinspirasi daripada konsep rumah-rumah desa Eropah dan dibuntuti oleh Bik Krista. Mewah tetapi masih mengekalkan ciri-ciriasli Eropah.

Di ruang tamu, Bik Yati telah menyediakan hidangan jus delima dan roti beserta keju cheddar untuk menjamu tetamu majikan mudanya itu.

“Silakan duduk cik,” pelawa Bik Krista. Mia Kalesha tanpa banyak menyoal hanya menuruti sahaja pelawaan Bik Krista. Bik yati menghulurkan segelas jus delima sejuk kepada Mia Kalesha. Gadis itu menyambut baik huluran orang gaji itu. Bik Krista meninggalkan Mia Kalesha ditemani Bik Yati.

“Kalau tiada apa saya minta diri dulu, cik,” ucap Bik Yati penuh sopan sambil memberi sedikit tunduk hormat kepada Mia Kalesha.

Seriously wei, apa yang berlaku sekarang ni. Siapa dia orang berdua ni. Pakai gaun bagai. Yang tadi jemput aku masuk pakai gaun pendek paras lutut.Yang ini pulak gaun panjang sampai ke paras tumit kaki. Tapi rekaan kedua-dua gaun dia orang sama aje. Macam uniform pun ada. Eh, ke dia orang ni orang gaji kat rumah ni. Gila.... budak laki tu kerja apa eh. Dia buat kerja part-time juga agaknya. Getus hati Mia Kalesha.

“Sekejap kak, nama akak siapa ya? Tak tahu pulak nak panggil apa,” tanya Mia Kaleshapenuh mesra. Dia memang tak kira sesiapa senang sangat mesranya.

“Aduh, cik jangan panggil saya kakak ya. Saya inikan orang gaji di rumah ini. Panggil aje Bik Yati. Yang tadi itu Bik Krista,” jawab Bik Yati.

Melopong mulut Mia Kalesha. Walaupun dia sudah meneka dua orang wanita yang baru sahaja ditemuinya itu adalah orang gaji tetapi Mia Kalesha berharap sangkaannya itu salah. Nah, sekarang ini Mia Kalesha sudah rasa ada ruang yang memisahkan dia daripada mengenali Yigit Aslan lebih lanjut.

Apa perlu aku buat aku dah tertarik dengan pemuda bermata pelik tu. Argh... keluhsuara hati Mia Kalesha.

Oleh kerana Mia Kalesha berdiam diri, Bik Yati bersuara lagi, “Kami berdua datangnya daripada Indonesia. Saya dari Medan dan Krista dari Kalimantan Barat. Jadi tidak susah untuk kami berbahasa Malaysia. Sangat mudah. Kami ada seorang lagi kawan. Cik boleh panggil dia Bik Enon. Tapi dia tak ada hari ini sehingga lusa. Ikut Tuan Besar Aslan ke.. ke mana ya. Saya lupa..”

“Oh...” Mia Kalesha memberi senyuman mesra. “Panggil saya, Mia. Gembira bertemu Bik Yati. Orangnya cantik..”

Bik Yati tersipu malu.

Yigit Aslan yang sudah usai solat asar mendatangi Bik Yati. Mereka berbual-bual soal penyelenggaraan rumah terutamanya bahagian dapur. Kedua-dua mereka menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium berkomunikasi. Terkebil-kebil mata Mia Kalesha.

Mak aih.. Bik Yati bukan setakat fasih cakap ala-ala loghat negeri-negeri di selatan Malaysia, dia juga fasih cakap omputih. Macam-macamlah zaman sekarang ni. Tak boleh menilai orang daripada luarannya aje. Mesti majikan dia dah ajar dia cakap omputih. Kenapa pilih indon ya.. ah, bayaran murah agaknya daripada negara terdekat dengan Turki. Agaknyalah. Bebel hati Mia Kalesha.

Saat Yigit Aslan dan Bik Yati berbincang, mata Mia Kalesha terjatuh pada sehelai kertas yang berada di atas meja di hadapannya. Betul-betul bersebelahan roti yang disajikan untuknya. Mia Kalesha mencapai kertas itu. Dibacanya. ‘BorangPermohonan Guru Bahasa Melayu dan Pengasuh’. Mia Kalesha juga membaca waktu bekerja dan kriteria yang diperlukan:

•           Masa bekerja : (Isnin-Khamis : 5.00petang – 10.00 malam)

(Sabtu-Ahad   : 9.00 pagi –5.00 petang)

Oh Jumaat cuti. Bagus-bagus. Lepas habis kuliah bolehlah aku relaks dan selesaikan sebanyak mungkin tugasan kuliah pada hari Jumaat. Mia Kalesha menyambung penelitiannya:

•           Mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang.

•           Mempunyai ilmu Matematik, Perniagaan dan Bahasa Melayu yang mendalam

•           Berkomunikasi Bahasa Inggeris dengan lancar

•           Penyabar, mampu mengasuh dengan baik dan berdisiplin

Selepas itu Mia Kalesha juga meneliti manfaat-manfaat mendapatkan jawapan itu:

•           Gaji bulanan : RM 4000

•           Elaun perubatan disediakan (Tidak melebihi RM100 sebulan)

•           Makanan disediakan kecuali hari cuti bekerja

Wah, bagusnya. Boleh berjimat-cermatlah aku lepas ni... manalah tahu esok lusa aku demamkah, bolehlah pergi klinik swasta percuma. Kena apply ni. Mungkin sebab inilah budak laki tu hidup serba mewah. Gaji mahal gila! Jangan bagi peluang ni jatuh ke tangan dia, dia dah kaya. Rumah mewah. Kereta mewah. Orang gaji sampai tiga orang. Muka handsome mesti otak geliga punya. Senanglah dia dapat jawatan sekali mohon aje. Aku kena curi borang ni. Getus hati Mia Kalesha yang naif itu.

Hai, setakat RM 4,000 itu apa sahajalah yang boleh dibuat wahai Mia Kalesha yang naif hoi!

Bik Yati kembali ke dapur. Yigit Aslan melabuhkan punggungnya di sofa empuk yang diimport dari Eropah. Duduk berhadapan dengan Mia Kalesha.

“Apa yang kau sorokkan tu?” tanya Yigit Aslan. Sangsi. Mungkin Mia Kalesha mencuri perhiasan antik atau kristal di rumahnya untuk dijual. Fikir Yigit Aslan.

“Tak ada apa,” jawab Mia Kalesha. Selamba. Borong permohonan itu dimasukkan ke dalam beg galasnya yang lusuh. Dengan senyuman penuh kesyukuran kerana Yigit Aslan menculiknya dan membawanya ke rumah itu, maka dia menemui borang permohonanyang dirasakan cukup berharga itu.

“Pasti tak ada apa-apa?” soal Yigit Aslan lagi yang berasa curiga dengan tindak tanduk Mia Kalesha. Mia Kalesha mengangguk beberapa kali. Meyakinkan Yigit Aslan.

“Okey,” jawab Yigit Aslan lalu memperkenalkan dirinya sebagai pelajar baru yang menukar pusat pengajiannya. Daripada Istanbul ke Malaysia. “So what’s your name?”

“Mia Kalesha,” jawab Mia Kalesha. Laju.

“Apa?”

“Mia Kalesha.”

Budak perempuan ni nak lari ke mana. Cubalah cakap satu per satu. Entah apa-apa yang dia jawab. Tak berjaya masuk ke telinga aku. “Sekali lagi, apa nama awak?” soal Yigit Aslan.

“Mia Kalesha!” jawab Mia Kalesha sekali lagi. Lebih laju dan meninggi suara.

Whatever..” balas Yigit Aslan. “Saya panggil awak Kesha. Itu aje yang saya dengar.” Mia Kalesha menjeling Yigit Aslan. Cemberut muka Mia Kalesha.

“Eleh, dahlah tanya orang bukan main banyak kali lagi. Tup tup panggil aku nama arwah mak aku. Mak aku nama dia Kalesha Ohmakkau Binti Mamat Ohpakkau. Nama Kalesha diambil bersempena nama mak aku. By the way, sedapkan nama mak aku. Ala-ala nama minah saleh celup kacuk Cina gitu,” bebel Mia Kalesha dalam Bahasa Melayu. Berkerut dahi Yigit Aslan tidak memahami sepatah pun perkataan yang keluar daripada mulut gadis itu.

“Kenapa nangis tadi kat kolej?” soal Yigit Aslan. Tidak mahu Mia Kalesha terus membebel. Jangan-jangan perempuan itu kutuk dia. Manalah dia faham.

“Sakit perut aje,” tipu Mia Kalesha.

“Tasha dan Amelia buli kau ya?” Yigit Aslan cuba mencungkil lubang.

“Mana ada.”

“Ada. Aku tahu dia orang berdua suka buli kau. Betul tak?”

“Hei, kau soal siasat Zaki eh? Aku tumbuk kau baru tahu,” ujar Mia Kalesha sambil mengacukan buku lima separuh saiz buku lima Yigit Aslan. Oleh kerana lelaki itu juga mengeluarkan buku limanya lalu diajukan buku limanya bersebelah dengan buku lima Mia Kalesha untuk perbandingan, Mia Kalesha merengus geram. Tidak berpuas hati lalu Mia Kalesha menyorokkan buku limanya yang kecil itu.

“Hahahaha... Kenapa tangan kau kecil sangat. Macam kucing. Tak cukup zat eh?” Yigit Aslan mengenyit sebelah matanya. Mia Kalesha berasa tergugat dengan ketampanan pemuda itu.

Tak aci kaukan. Mentang-mentang Tuhan kurniakan kau rupa paras yang menawan, kau goda aku sungguh-sungguh. Mia Kalesha cuba melawak kepada dirinya sendiri.

“Janganlah marah. Aku cuma rasa saiz kau macam tak normal. Sudahlah pendek. Tangan kecil. Pergelangan tangan kau macam budak umur sepuluh tahun aje,” kutuk Yigit Aslan.Selama ini ketinggian dan air muka seperti Mia Kalesha dan kebanyakkan gadis-gadis di kolejnya hanyalah mencapai ketinggian dan kematangan wajah gadis-gadis belasan tahun di Eropah.

Mia Kalesha yang tinggi itu berada pada tahap tidak cukup ketinggian pada pandangan Yigit Aslan yang sememangnya gemarkan perempuan yang lebih tinggi daripada Mia Kalesha yang hanya mencapai ketinggian 164sm itu. Bekas teman wanita YigitAslan berketinggian 170sm. Manakala Yigit Aslan sendiri berketinggian 185sm.

“Hei, tolong sikit. Aku tinggi tau. Kau rasa aku dan Tasha tu siapa yang lagi tinggi?” Mia Kalesha menyoal. Dia pasti Yigit Aslan akan menjawab Mia Kalesha lebih tinggi berbanding Tasha yang setiap hari menggayakan kasut tumit tinggi. Manakala Mia Kalesha hanya berkasut perempuan bertutup dan tidak bertumit setiap hari walau ke mana sahaja dia pergi. Tanpa kasut tumit tinggi Tasha, gadis itu lebih rendah daripada Mia Kalesha.

“Sama aje,” jawab Yigit Aslan. Selamba. Mencula mata Mia Kalesha. Jawapan yang tidak diduga diterima.  “Bercakap pasal Tasha ni. Jangan izinkan sesiapa pun buli kau. Apa hak orang lain nak rendah-rendahkan martabat kau. Sayangilah diri kau, ya.”

“Kau tak faham..” Mendatar suara Mia Kalesha.

“Apa yang aku tak faham?” Yigit Aslan menyoal. Mia Kalesha menggeleng kepala lalu meneguk rakus jus delima yang berbaki di dalam gelasnya. Yigit Aslan menjamah roti berserta keju sambil memandang tepat ke wajah Mia Kalesha yang menjadi suram serta-merta itu.

“Kau tak faham...” Kau tak faham Yigit, kalau aku tak izinkan dia merendahkan aku atau membuli aku.. Nanti dia orang boleh buat perkara yang lebih dahsyat lagi. Sebab aku pernah kena. Tapi kau tak berada di tempat aku.. Aku cuma inginkan hidup tenang. Aku tak suka hari-hari dalam hidup aku penuh kerisauan tentang keselamatan aku dan ayah aku. Dunia kita berbeza.

 

 

Sekembalinya Yigit Aslan daripada menghantar Mia Kalesha pulang, dia terus ke kamar tetamu. Mahu menjenguk Zaki. Ternyata Zaki baru selesai solat isyak. Yigit Aslan berkira mahu mengajak Zaki untuk makan malam bersamanya. Tetapi dia mematikan niatnya itu. Tidak mahu mengganggu Zaki. Biarlah nanti orang gajinya sahaja yang menjemput Zaki untuk makan malam.

“Yigit, masuklah..” jemput Zaki yang perasan kawannya itu berdiri di pintu bilik itu.Yigit Aslan melangkah masuk. Kemudian melabuhkan punggung di kerusi empuk yang terletak di suatu sudut di dalam kamar tetamu itu. Zaki mengikuti tindak-tanduk Yigit Aslan lalu melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Yigit Aslan. Mereka dipisahkan dengan sebuah meja kaca.

“Dahsolat?” tanya Zaki. Yigit Aslan mengangguk.

“Dah. Kat rumah Kesha. Ayah dia ajak. Kebetulan waktu sampai depan rumah dia tu azan isyak berkumandang,” jelas Yigit Aslan panjang lebar.

“Kesha?” Berkerut dahi Zahi. Siapa pulak tu. Baru ini kali pertama aku dengar nama Kesha. Eh, mana pulak si Mia pergi. Zaki teringatkan Mia Kalesha yang juga datang ke kediaman itu bersamanya.

“Budak perempuan tadi..”

“Oh.. Mia Kalesha.. Kesha ya? Nice name. Hehehe..” Zaki berasa lucu. Tak sangka Mia dapat nama timangan baru. Daripada student luar negara pulak tu. Getus hati Zaki.

“Jom makan malam?” Pelawa Yigit Aslan. Zaki mengangguk. “Aku tunggu kau kat meja makan tau.” Yigit Aslan berdiri. Dia mahu ke ruang makan terlebih dahulu. Zaki menarik lengan Yigit Aslan membuatkan pemuda itu kembali duduk di kerusi yang sama. Yigit Aslan berdiam diri. Memberi ruang kepada Zaki. Mungkin ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh Zaki.

“Mak aku dah meninggal dalam sebuah kebakaran. Ayah aku menghilang entah ke mana beberapa bulan sebelum mak aku meninggal..” Zaki membuka mulut tentang kejadian dia mengamuk di kolej siang tadi.

I’m so sorry, Zaki...” Yigit Aslan mengusap-usap belakang badan Zaki beberapa kali. Zaki pura-pura mengukir senyuman kelat di wajah. Mata Zaki berkaca.

Sambung Zaki lagi, “Masyarakat menuduh mak kecewa dengan pemergian ayah aku lalu membakar dirinya. Dia orang tuduh mak aku bunuh diri. Ditambah lagi, kebakaran berlaku disebabkan adanya penumpahan minyak tanah dan sebatang mancis yangsengaja dinyalakan. Itulah hasil siasatan pihak berkuasa.”

“Zaki...” Yigit Aslan tidak mampu berkata apa. Dia sebolehnya memikirkan yang baik-baik sahaja tentang arwah emak Zaki. Sesungguhnya, rahmat Tuhan itu amat luas mengatasi jangkauan minda manusia. Hari ini manusia boleh tuduh mak Zaki bunuh diri, tapi bila dibentangkan di mahsyar nanti, rupa-rupa itu adalah kecelakaan atau dirancang oleh manusia durjana. Yigit Aslan tidak mahu fikir buruk-buruk tentang sesiapa sahaja yang kini sedang berada di alam barzakh.

“Kalau ayah aku tak pergi tinggalkan kita orang berdua. Mak aku takkan dituduh sebegini, Yigit.. argh!... aku kenal mak aku. Dia perempuan baik-baik. Dia ada iman. Dia tak menganiaya dirinya sendiri! Yigit..” Sayu jeritan Zaki. “Itulah satu-satunya gambar mak aku yang aku ada. Semua barang-barang kita orang hangus dalam kebakaran itu. Aku balik aje dari sekolah... tahu-tahu pihak bomba tengah padamkan api daripada merebak. Jiran tetangga mengerumuni kawasan tu dan menghina mak aku di tempat kejadian.”

“Zaki.. ketabahan kau reda dengan semua ini inshiallah beroleh keredaan ALLAH. Inshiallah rahmat Tuhan itu luas untuk kau. Yakinlah,” ujar Yigit Aslan yangcuba menenteramkan Zaki.

 

 

“Mia nak guna? Ambillah..” Abdul Bedul menghulurkan wang kertas bernilai RM100 kepada Mia Kalesha. Terbeliak mata Mia Kalesha. Mulutnya juga ternganga luas. Tunggu lalat masuk sahaja. Boleh makan lalat percuma buat tahi gigi.

“Mak aih.. duduk rumah goyang kaki dapat duit banyak ni. Mana ayah dapat orang ziarah ayahkah?” Mia Kalesha menghidu wang kertas itu. Ambil bau. Wanginya bau duit...

“Ha’ah. Ada orang datang ziarah ayah tadi. Dia kata ini dah menjadi budayanya memberi wang, makanan, atau sesuatu yang bernilai sebagai tanda hormat kat orang tuay ang dilawati,” jelas Abdul Bedul.

“Wah, bagus-bagus. Nanti suruh dia datang lagi. Seminggu sekali pun jadilah. Dapat tambah pendapatan,” gurau Mia Kalesha. Tidak serius. Abdul Bedul menepuk bahu anak perempuannya itu.

“Mulanya ayah menolak, lepas tu dia kata lagi, budaya dia jika ditolak maksudnya orang yang menolak itu tidak memberi penghormatan kepada orang yang memberi. Mungkin juga sakit hati atau membenci pihak yang memberi tu. Jadi ayah pun terimalah dengan berbesar hari,” terang Abdul Bedul lagi.

“Mahu tak besar hati ayah dapat durian runtuh. Tapi.. siapa orang yang baik hati ziarah ayah?” Mia Kalesha berasa pelik. Kawan-kawan ayahnya semua cukup-cukupmakan sama seperti mereka dua beranak. Menurut Abdul Bedul, dia sebatang kara sebelum berkahwin dengan Kalesha Ohmakkau yang juga merupakan sebatang kara.

“Tak payahlah siasat ayah sampai ke situ..”

“Alah, beritahulah.. merajuklah kalau macam ni. Tahun depan baru Mia cakap dengan ayah. Tahun ni tak ingin..” ugut Mia Kalesha. Dia kalau merajuk memang pernah seminggu tak mahu bersua muka dengan ayahnya itu. Sehinggalah Abdul Bedul perlu menawan hati anak perempuannya itu semula. Barulah Mia Kalesha mahu berbual dengan ayahnya kembali.

“Janganlah macam tu. Yigit Aslan..” jawab Abdul Bedul keberatan.

“Hah? Yakah? Hahaha... bagus-bagus. Nanti ayah minta lebih-lebih eh daripada dia. Diatu orang kaya. Gaji kerja part-time dia RM4000 tau. Agaknyalah. Mia agak aje. Mungkin lebih daripada tu,” bebel Mia Kalesha.

Nasib baik Mia tak fikir bukan-bukan tentang aku. Getus hati Abdul Bedul.

“Sikitnya RM 4,000 itu Mia di mata orang kaya seperti Yigit Aslan tu.. Lainlah kita ni, RM400 pun dah besar sangat.” Perlahan Abdul Bedul mengomen sambil mengusap rambut Mia Kalesha. Kesiannya anak aku, dia naif betul dengan dunia. Mungkin sebab dalam hidup dia ayahnya gaji RM800 aje agaknya. Jadi dia fikir RM4000 tu terlalu besar.

“Ish, ayah ni. Macamlah dia kaya. Seribu pun tak sampai gaji ayah. Tak baik tau kutuk Yigit.” Mia Kalesha menunjukkan muncungnya yang panjang sedepa. “Eh, jap tapi macam mana ayah boleh faham apa yang Yigit cakap eh? Macam mana ayah berbual dengan dia?” Tiba-tiba Mia Kalesha terfikir tentang itu. Abdul Bedul berasa tidak selesa dengan soalan yang diajukan kepadanya. Abdul Bedul menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Alah, ayah... ayah.. Ayah tahulah sikit-sikit cakap omputih ni semua.”

“Hahaha...” Mia Kalesha tidak sangsi dengan bapanya. “Jangan-jangan apa yang ayah sampaikan pada Mia tentang apa yang Yigit cakap kat ayah benda tu semua tak betul tak.Baguslah, bahasa ayam dan itik.” Mengekek Mia Kalesha ketawa. Berasa lucu. Entah macam manalah ayah dia berbual dengan Yigit Aslan. Mesti masing-masing tidak memahami antara satu sama lain. Fikir Mia Kalesha.

“Iya tak ya juga...” balas Abdul Bedul dengan mata yang terkebil-kebil.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku