Handsome & the Beast
Bab 6
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 Ogos 2017
Memang dia handsome, pemilik sepasang mata hazel hijau. -Mia Kalesha- Ya, dia memang pembunuh. Tapi kalau dia tak ada, aku terbunuh. -Yigit Aslan Öztürk-
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
442

Bacaan






Bab 6

“Mia! Mia! Mia!” panggil Nurul berlari-lari anak mendapatkan Mia Kalesha.

“Kau kenapa macam nampak hantu aje?” soal Mia Kalesha. Nurul tercungap-cungap. Mia Kalesha menghulurkan botol 2000ml miliknya yang berisi air masak kepada Nurul. Nurul meneguk air masak yang diberikan kepadanya dengan rakus.

“Kau tahu tak aku datang daripada mana? Omaigad! Raksasa tu mangamuk. Teruk. Apa salah aku Mia? Arghh... menakutkannya...” ujar Nurul termengah-mengah. Jadi penat Mia Kalesha cuba mendalami perasaan Nurul. Mia Kalesha automatik turut mengah.

“Raksasa apa yang kau cakap ni? Kau datang daripada mana? Apa yang kau nampak? Apa berlaku kat kau, Nurul?” Bertalu-talu soalan diajukan kepada Nurul. Mia Kalesha menggoncang bahu Nurul beberapa kali. Mahu mengembalikan sahabatnya itu pulih daripada dirasuk sesuatu. “Okey, cool down, girl. Cuba ceritakan satu per satu.”

“Aku kena hambat, Mia. Raksasa tu hambat aku,” ujar Nurul memaut kedua-dua lengan baju Mia Kalesha.

“Okey. Take it easy. Kau kena hambat dengan raksasa. Siapa raksasa yang kau maksudkan dan kat mana?” Mia Kalesha cuba menenangkan Nurul.

“Siapa lagi kalau bukan encik misai melentik tu! Kat mana lagi. Kau faham-faham ajelah..” Nurul menyiku Mia Kalesha.

“Hahahaha....” Mia Kalesha ketawa geli hati. Entah macam manalah nasib Nurul agaknya.

“Mia, sampai hati kau gelakkan aku..” Muram wajah Nurul. Tak sangka Mia Kalesha tidak bersimpati akan nasib yang menimpa Nurul.

“Lawaklah, takkan kau tak tahu si buncit tu dah pecat aku. Dah dekat dua minggu aku tak kerja kat restoran dia lagi,” jawab Mia Kalesha.

“Hah?! Kenapa aku tak tahu. Jadi kau dah tak kerja dengan si misai melentik tu lagilah?” Nurul meminta kepastian.

“Ya, aku dah tak kerja dengan buncit tu lagi,” jawab Mia Kalesha lagi. Majikan yang digelar Perut Buncit memang dipanggil si Misai Melentik oleh Nurul.

“Patutlah. Aku datang nak makan tengah hari memandangkan kau ada kerja nak buat. Jadi aku pergilah kat sana sorang-sorang aje. Kebetulan dia lalu, aku punyalah baik tegur dia. Aku tanya pasal kau. Dia pun naik angin. Mengamuk kat situ juga. Malu aku. Lepas tu dia heret aku keluar,” cerita Nurul. “Aku sedih. Aku melutut depan kedai dia. Tak sangka aku dimalukan macam itu. Lepas tu kau tahu apa dia buat?”

“Tak...” balas Mia Kalesha.

“Dia kejar aku dengan parang!”

“Hah?” Melopong mulut Mia Kalesha. Fuh, nasib baik aku tak duduk lama-lama depan kedai dia malam tu. Kalau tidak mesti aku jadi mangsa parang dia. Getus hati Mia Kalesha.

“Ya, betul. Tak tipu. Lepas tu, aku pun lari ke kampus untuk cari kau. Nasib baik aku jumpa kau kat sini. Tengok ni, berdebu jadinya sneakers aku, Mia.”

“Baguslah tu. Sekarang ni kita sama-sama tak makan tengah hari. Jom, masuk dewan. Kuliah dah nak bermula,” ajak Mia Kalesha.

“Ceritala hapa tragedi disebalik kau dipecat, Mia?” pinta Nurul.

“Okey, macam ini ceritanya...” sepanjang perjalanan ke dewan kuliah, Mia Kalesha pun menceritakan peristiwa seram itu kepada Nurul.

“Hei Mia! Kau ingat aku bayar gaji kau untuk curi tulangkah?!” tengking pemilik restoran pizza tempat Mia Kalesha bekerja.

Akiba ttersentak dengan tengkingan mat lampir majikannya itu, Mia Kalesha terlepaskan nota-nota yang sedang dibacanya ke dalam kuali minyak panas. Bekas menggoreng ayam goreng. Restoran itu menyajikan aneka jenis roti pizza dan pelbagai perisa ayam goreng sebagai sajian utamanya.

Mencula mata majikannya yang mempunyai perut buncit itu. “Miaa!!...” jerit majikannya itu. “A!.. Akk.. Akuuu dah tak boleh bersabar lagi dengan kau ni Mia. Makin lama makin melampau.”

“Bos, kalau dulu sayalah pekerja kesukaan bos. Selalu bos puji-puji kerajinan saya.Tapi semenjak dua menjak ni bos selalu marah-marah saya. Sampai hati bos. Saya tak buat salah apa pun, bos,” jawab Mia Kalesha.

“Sudahlah tak habis-habis curi tulang. Pandai menjawab pulak tu. Aku ganyang mulut kau dengan sos cili ni baru tahu. Nak?!” tengking pemilik restoran itu sambilmenunjukkan pes cili yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Mia Kalesha menggeleng kepalanya. “Tahu pun tak nak!”

“Maaf bos...” Mia Kalesha menundukkan wajahnya ke lantai dapur restoran itu.

“Maaf! Maaf!... berapa kali maaf?! Seribu kali maaf? Hei, Mia.. tak ada maaf bagi kau. Dulu ya, memang aku sanjung kau. Tapi naik bosan aku bila kau awal bulan dah minta gaji. Pertengahan bulan minta lagi. Akhir bulan minta lagi. Lima belas tahun aku berniaga, kaulah pekerja pertama yang aku bayar ansuran sampai tiga kali sebulan, tahu tak?! Orang lain semua aku bayar lump-sum gaji bulanan dia orang setiap akhir bulan,” bebel majikannya itu.

“Bos...”

“Minyak panas ni nak buat apa? Dah hangus dengan surat-surat cinta kau!” marah majikanitu lagi tanpa mengizinkan Mia berkata sepatah pun. “Itulah kau. Pantang ada masa terluang aje mesti curi tulang. Sibuk bercintan-cintun.”

“Bos rasa saya sempat nak bercintakah? Saya meluangkan masa dengan study. Lagipun, tak ada kerja. Semua pesanan siap sedia,” jelas Mia Kalesha. Tidak mahu majikannya itu manyalahi dirinya lagi.

“Diam kau! Alah, study konon. Lepas habis belajar apa kau dapat, Mia? Mengganggur? Jangan nak temberangkan akulah, Mia. Mana ada budak-budak sebaya kau yang kerja bertungkus lumus cari duit lepas tu mengaku meluangkan masa senggang lima, sepuluh minit baca buku.”

Ee, geramnya aku dengan si perut buncit ni. Mia Kalesha menggenggam penumbuk. Mahunya dia tumbuk lelaki perut buncit itu.

“Kenapa kau diam? Jawablah kalau pandai sangat.”

“Bos, saya nak bersuara bos tak bagi. Saya diam bos salahkan saya. Senang cakap semua tentang saya bos dah tak suka. Sebab tu bos berusaha keras cari salah saya.” Berani Mia Kalesha bersuara lantang sehinggakan beberapa pekerja yang ada di dapur memerhatikan mereka berdua.

“Hei Mia, setakat muka penuh jerawat macam kau ni jangan nak kelentong akulah. Kau ni berangan banyak. Gatal nak kahwin. Sebab tu jerawat makin menjadi-jadi tumbuh kat muka kau. Kau banyak berangan eh. Duduk kat dapur aku siap baca surat cinta lagi. Bukan main melambak surat cinta kau.”

Majikan itu menuding jari ke arah helaian nota-nota Mia Kalesha yang bertakung dalam kuali minyak panas.

“Hei perut besar gedabak!” Mia Kalesha menengking majikannya itu sambil menepuk perut lelaki itu yang lebih kurang sebaya Abdul Bedul. “Aku rasa kau makan tahi banyak sangatlah. Sebab tu otak kau penuh tahi. Benak dan senak. Otak benak. Perut senak.” Mia Kalesha tidak lagi boleh menerima penghinaan pemilik restoran itu.

Hahahaha..kedengaran derai tawa beberapa pekerja di situ tidak dapat menahan gelak mereka. Lagipun, mereka memang sudah lama makan hati dengan orang tua mulut laser itu. Baguslah Mia Kalesha berjaya menghentam orang tua mulut longkang itu dengan ayat-ayat yang patut digunakan untuk majikan mereka itu muhasabah diri.

“Budak kurang ajar! Berambus kau dari sini. Aku tak nak tengok muka jijik kau lagi. Nanti habis semua pizza dan ayam goreng aku termasuk nanah kat muka kau tu!” hina majikan itu sambil mengheret Mia Kalesha keluar daripada restoran itu. Beberapa mata para pelanggan memerhatikan adegan itu. Mereka semuanya terkesima.

Mia Kalesha dicampakkan ke ruangan luar pintu masuk restoran tersebut. Kemudian, majikan itu mengambil beg galas Mia Kalesha di dapur. Lalu, beg galas lusuh itu dicampakkan ke kepala Mia Kalesha.

“Aku beri kau lima minit untuk berambus! Kalau tidak, tahulah kau nasib yang akan menimpa kau nanti!” ugut lelaki itu sambil membuka topi chef  berwarna putih di kepalanya.

“Lepas tu apa jadi Mia? Kau nangis tak? Dia bagi duit gaji kau untuk bulan tu tak?” soal Nurul bertalu-talu.

“Kau ingat aku ni makhluk asing tak ada hati perasaan? Mestilah menangis sikit kat situ. Tapi kat rumah aku sambung nangis  puas-puas sampai tertidur. Lepas aku berhenti nangis, aku rasa bahagia tau. Sebab aku dapat puaskan hati aku ni. Duit gaji bulan ni tak bagilah sebab belum sampai seminggu lagikan aku kerja. Lagipun,dia dah naik sawan time tu tak beranilah aku minta duit.”

Mereka berdua masuk ke dewan kuliah berhawa dingin itu dan memilih tempat duduk masing-masing. Duduk bersebelahan macam biasa.

“Ish, ish, ish.. macam manalah dia boleh berbini empat, kan?” Nurul geli geleman bila terfikir tentang itu. Seram sejuk juga ada. Seriau betul. Mia Kalesha hanya mencebikkan muka. “Mana kau nak cekau duit lepas ni?”

“Ni hah.” Mia Kalesha menunjukkan borang permohonan untuk menjadi guru bahasa dan pengasuh. Nurul membelek-belek borang itu.

“Setakat RM4000 di mata orang kaya tak jadi hal bagi dia orang. Eh, Mia! Tarikh tamat temuduga dan penyerahan borang permohonan ni hari ni. Kau tak bacakah?”

Berdegup kencang jantung Mia Kalesha. Ya Allah, adakah peluang ini akan berlalu begitu sahaja. Mia Kalesha dapat merasakan peluang untuk menjana pendapat berakhir. “Aku tak perasanlah..”

“Bila kau dapat borang ni?”

“Dua, tiga hari lepas.”

“Janganlah sedih. Aku tahu tempat ni. Area atas bukit lima minit selepas rumah aku. Tak apa lepas kuliah ni kita pergi sama-sama okey. Lagipun, pukul 5.00 petang sesi temuduga tamat,” pujuk Nurul cuba menenangkan Mia Kalesha.

“Tak apalah, Nurul. Pukul 4.00 petang kuliah habis. Kau ingat sempatkah nak cari tempat ni lagi. Dengan aku yang tak bawa resume dan salinan sijil-sijil lagi,” keluh Mia Kalesha.

Betul juga cakap Mia. Getus hati Nurul.

“Kat mana kau letak benda tu semua? Dah ready ke tak soalnya?”

“Mestilah dah ready akukan pemohon kerja paling kerap di Malaysia. Haha..” Mia Kalesha cuba ketawa. Buat diri sendiri gembira padahal sedih adalah.

“Bagus, kalau macam tu jom kita keluar sekarang sebelum lecturer masuk,” cadang Nurul.

“Ish, tak naklah aku. Kerja gila tahu tak. Buatnya kita keluar lepas tu dia pun masuk..” Nurul sudah bangun daripada tempat duduknya. “Nurul.. Nurul..” panggil Mia Kalesha. Nurul selamba menuruni anak tangga dewan kuliah itu. Aduh, minah ni suka buat hal.

Nurul sudah pun berdiri di muka pintu hadapan dewan kuliah. Nurul menjenguk ke luar dewan daripada pintu yang mempunyai ruangan kaca. Dia nampak kelibat Puan Zulaikha, pensyarah untuk subjek kuliah mereka pada petang ini. Nurul kembali menoleh kepada Mia Kalesha dan memberi temannya itu isyarat supaya keluar ikut pintu belakang.

“Sekarang Mia.. Ikut pintu belakang...” Suara Nurul tidak kedengaran oleh sesiapa. Tasha dan Amelia memandang sinis Nurul dan Mia Kalesha silih berganti. Zaiton berasa tidak sedap hati. Bimbang perbuatan Nurul dan Mia Kalesha yang disangkanya mahu ponteng kuliah pada hari itu kantoi.

“Kenapa muka kau serius sangat ni, Ya Tuhan...” bebel Mia Kalesha kepada dirinya sendiri. Wajah serius Nurul menakutkan Mia Kalesha.

“Bodohlah Mia ni.. Cepatlah, Puan Zulaikha dalam perjalanan ke sini....” Amboi mentang-mentanglah tak ada siapa dengar, berani mengutuk sahabat sendiri dalam senyap ya si Nurul ini.

Mia Kalesha bangun dengan begitu pantas menaiki tangga dewan kuliah tersebut. Mia Kalesha memulas tombol pintu belakang dewan kuliah itu, tetapi langkahnya untuk terus keluar terhenti. Dia menoleh Nurul. Tiada Nurul di pintu hadapan sebelah kanan dewan kuliah itu. Pintu hadapan sebelah kiri dewan kuliah itu dibuka oleh seseorang. Kelibat Puan Zulaikha masuk serentak dengan itu Mia Kalesha pun menutup pintu belakang dewan itu. Mia Kalesha kini berdiri di luar dewan.

Tanpa berlengahkan masa lagi Mia Kalesha menuruni anak tangga untuk ke tempat letak motosikal para pelajar. Pasti Nurul sedang menunggunya di sana.

 

 

“Kau pasti tak ada apa-apa dokumen penting yang tinggal Mia?” tanya Nurul.

“Aku pasti,” jawab Mia Kalesha.

“Dah, jom. Kau pegang aku kuat-kuat tau. Aku nak merempit ni,” arah Nurul sambilmemberitahu niatnya yang hendak memacu motosikalnya itu laju-laju.

“Okey ,beres!” jawab Mia Kalesha bersedia. Abdul Bedul memerhatikan anaknya dari jendela rumah. Dalam hatinya, dia mendoakan yang baik-baik sahaja untuk Mia Kalesha. Semoga gadis itu pulang dengan kejayaan.

Dalam sekelip mata Nurul memacu laju motorsikalnya. Nasib baik Mia Kalesha sempat memaut pinggang Nurul. Nasib baik juga Abdul Bedul bersin waktu itu. Kalau tidak habislah Mia Kalesha pasti dimarahinya. Bapa mana yang tak bimbang tentang keselamatan anak mereka. Lebih-lebih lagi perempuan.

 

 

Terkebil-kebil mata Mia Kalesha dimasuki anginlah, habuklah. Naik pedih mata dia. Tidak kurang hebatnya rambut lebat dan panjang milik Nurul berterbangan ditiup angin. Sampai kadang-kala masuk ke dalam mulut Mia Kalesha. Naik pening lalat gadis itu dibuatnya. Sudahlah Nurul tak habis-habis perah minyak dan tekan brek suka-suka.

Tak tahu jimat petrol langsung minah ni. Bawa motor ala-ala brutal pulak tu. Mia Kalesha mengutuk Nurul dalam diam. Dia tersengih sendiri duduk di belakang kerana suara hatinya hanya dia sahaja yang dengar.

“Wei, kau kenapa tak beritahu aku awal-awal masa kat dewan tadi yang kau tak bawak helmet spare, hah?” soal Mia Kalesha saat mereka berhenti di traffic light kerana lampu isyarat bewarna merah.

“Alah, Mia mana aku tahu. Rumah kau dekat dengan kampus. Jalan kaki pun boleh. Jadi aku ingatkan sampai kat rumah kau nanti kau akan kebas helmet bapak kau.Sebab tu aku buat relaks aje,” jawab Nurul.

“Banyaklah kau. Helmet buruk bapak aku pun dah kena kebas dua tiga bulan lepas tahu tak masa dia parkir kat depan kedai runcit berdekatan rumah kita orang.”

“Sampai sekarang tak beli baru?” Melopong mulut Nurul.

“Tak. Jimatkan amalam mulia...” seloroh Mia Kalesha. Yang sebenarnya duit nak beli topi keledar telah digunakan buat biaya perubatan kaki Abdul Bedul yang terseliuh.

“Mia, kau kena pastikan yang kau berjaya temuduga kali ini. Kalau boleh kau kelentong sikit mana-mana yang patut tau. Terdesak nak dapatkan kerja, Mia. Tak apa.” Nurul mengajar Mia Kalesha sesuatu yang tidak patut diajar. “Jap lagi kalau aku kena saman sebab kau tak pakai helmet, bolehlah cukup bulan nanti kau bayar saman aku okey.”

“Beres!” jawab Mia Kalesha bersemangat.

 


Tasha tidak semena-mena mengangkat tangannya sewaktu Puan Zulaikha sedang memberi syarahan kepada para pelajar di dalam dewan kuliah itu. Tidak ada soalan yang dikemukan oleh Puan Zulaikha tetapi Tasha mengangkat tangannya setinggi boleh. Puan Zulaikha yang sudah masak dengan perangai Tasha membiarkan Tasha. Malas hendak dilayan.

Tahun ini adalah tahun keempat Puan Zulaikha menghadap Tasha sebagi mentinya dan Puan Zulaikha sebagai mentornya. Manakala para pelajar lain, semester inilah kali pertama mereka mengenali Puan Zulaikha.

“Kau dah kenapa?” Amelia menyoal Tasha tetapi gadis itu tidak mengendahkan soalan Amelia. Tidak puas apabila mentornya itu tidak mengendahkan dirinya, Tasha mengangkat sebelah lagi tangannya. Tasha mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Tasha berdiri. Ya, kini Tasha berdiri. Para pelajar menyaksikan Tasha dengan rasa bingung. Tak ada angin tak ada ribut masakan pokok bergoyang. Puan Zulaikha tidak ada pilihan lain melainkan memberi perhatian kepada Tasha.

“Ya, pelajar. Ada apa?” soal Puan Zulaikha.

‘Pelajar’ dia panggil aku. Eleh, macam dia tak tahu nama aku. Silap-silap hari bulan nama penuh aku pun dia hafal. Dari tahun satu lagi dia memang kenal aku. Getus hatiTasha.

“Mia Kalesha dan Nurul ponteng kuliah puan pada hari ini!” lantang suara Tasha memberitahu. Puan Zulaikha mengeluh berat.

“Kamu berhentikan lecture saya semata-mata sebab ini? Daripada semester satu sehingga semester tujuh ni kamu tak pernah ponteng mana-mana kuliah?” sinis sahaja Puan Zulaikha menyoal Tasha.

“Tapi dia orang sengaja ponteng. Dia orang dah masuk dalam dewan ni. Sebelum beberapa saat Puan masuk dia orang berdua serentak keluar.”

Puan Zulaikha mengambil rekod kedatangan pelajar. Mencari nama Mia Kalesha dan Nurul yang dimaksudkan  Tasha. Oh, mangsa buli Tasha. Patutlah dia geram semacam aje bila Mia Kalesha berjaya meloloskan diri. Puan Zulaikha tidak mengenali siapa Nurul dan siapa Mia Kalesha tapi Puan Zulaikha tahu insan bernama Mia Kalesha selalu menjadi orang suruhan Tasha. Zaiton penyiasat upahan Puan Zulaikha dalam diam.

“Kuota ponteng tanpa surat maksimum dibenarkan adalah sebanyak lima kali sahaja. Jika lebih daripada lima kali ponteng tanpa surat dan sebab yang munasabah, mereka akan saya ban daripada menduduki peperiksaan. Jelas semua?”

“Jelas puan!..” Suara pelajar-pelajar bergema menyahut soalan Puan Zulaikha.

Tasha benar-benar tidak berpuas hati. Lain yang dia rancang, lain pula yang jadi. Dirinya dipermalukan. Beberapa para pelajar mentertawakan Tasha. Termasuklah Amelia dan Zaiton.

Siap kau Mia aku kerjakan! Tasha merancang sesuatu untuk menjatuhkan Mia Kalesha seperti mana imej Tasha jatuh pada hari ini.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku