Handsome & the Beast
Bab 7
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 Ogos 2017
Memang dia handsome, pemilik sepasang mata hazel hijau. -Mia Kalesha- Ya, dia memang pembunuh. Tapi kalau dia tak ada, aku terbunuh. -Yigit Aslan Öztürk-
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
234

Bacaan






Bab7

Nurul mematikan enjin motosikalnya di hadapan pintu pagar utama sebuah rumah ala-ala Eropah yang tersergam indah. Kediaman itu terletak di atas puncak bukit. Tersergam indah.

“Dah sampai....” ujar Nurul. Gembira kerana dia berjaya membawa sahabatnya ke tempat temuduga yang tertera alamatnya di belakang lampiran borang permohonan yang sudah siap diisi Mia Kalesha.

“Kau yakin rumah ni tempat aku nak hadiri temu duga?” soal Mia Kalesha. Curiga.

“Ya, betul. Baca alamat kat borang ni dan alamat kat tembok pagar rumah ni. Sama aje kan?”

Mia Kalesha meneliti satu per satu butir alamat yang tertera pada kedua-duanya. Sama. Tapi ada rasa aneh menerpa sanubarinya. Rasa aneh yang entah kenapa dia dapat merasai seolah-olah diapernah datang ke tempat ini sebelum ini. Kediaman Yigit Aslan.

“Aku rasa aku pernah datang sinilah,” ujar Mia Kalesha.

“Tahun bila pulak, Mia. Inilah kali pertama kau datang sini. Lainlah kalau kau tu ma’am besar kat sini. Aku ‘tabik spring’ kat kau.”

Sememangnya Mia Kalesha tidak pasti sama ada betul atau tidak dia pernah ke situ. Tetapi perasaan di dalam hatinya memberitahu bahawa dia pernah ke situ. Manalah dia hendak ingat yang dia pernah ke kediaman Yigit Aslan sekiranya pada waktu itu Yigit Aslan membawa kereta masuk melalui pintu pagar belakang rumah itu kerana tempat letak kereta kediaman itu terletak di belakang rumah. Sekarang ini pula mereka berdua berada di pintu pagar hadapan. Konsep rumah yang sama tetapi dua pintu pagar yang berbeza membuat Mia Kalesha gagal mengingati dengan tepat tentang kediaman Yigit Aslan.

Pengawal keselamatan menyoal siasat Nurul. Setelah diberitahu tujuan mereka ke situ dan menunjukkan borang permohonan jawatan yang dimaksudkan barulah mereka berdua diberi keizinan untuk masuk.

“Dah, jom masuk. Kau jalan kaki kepintu depan rumah tu okey. Tunggu aku parkir motor jap. Nanti aku datang kat kau,” arah Nurul. Mia Kalesha mengangguk dan terus berjalan ke pintu utama kediaman itu.

 

 

“Mia Kalesha Binti Abdul Bedul!” Seorang wanita berpakaian serba kemas dan formal memanggil nama Mia Kalesha. Menandakan sudah tiba masanya gadis itu masuk ke bilik temuduga. Mia Kalesha bangkit daripada kerusi menunggu. “It’s time,” ujar wanita itu lagi sambil menunjukkan jam tangannya sebagai masanya telah tiba untuk Mia Kalesha ditemuduga.

“Doakan aku eh Nurul,” pinta Mia Kalesha.

“Aku yakin kau boleh Mia. Kaulah pelajar cemerlang kat dalam kuliah kita. Kuliah kita aje eh. Jangan nak perasan pandai sangat pulak.” Nurul cuba melawak. Mia Kalesha menampar bahu Nurul. Tidak kuat. “Ingat Mia, walaupun aku tak kena saman polis dan malangnya tak ada saman yang perlu dibayar sebagai penggalak untuk kau berjaya. Kau mesti lulus temuduga ni tau.”

“Ish, tumbuk karang.” Mia Kalesha berjalan pantas ke bilik temuduga. Duduklah Nurul seorang diri di situ menunggu sahabatnya.

 

 

Mia Kelisha memperkenalkan latar belakang dirinya dengan ringkas. Sesuai dengan permintaan penemuduga. Terdapat tiga orang juri temuduga. Dua orang wanita berusia awal40-an dan seorang lelaki berusia awal 50-an. Lelaki itu adalah Aslan Kemal. Ayah kepada Yigit Aslan sendiri yang menjadi penemuduga.

“Berdasarkan tahap kecemerlangan kamu, tidak disangsikan lagi. Memang kamu memiliki kepintaran tersendiri. Tapi di sini kamu hanya mampu mengemukakan pengalaman bekerja buruh kelas bawahan sahaja. Apa kamu tidak pernah atau gagal untuk mendapat tempat di firma terkemuka di Malaysia?” soal Aslan Kemal.

Kalau ikutkan nasihat Nurul, dia suruh aku buat apa sahaja janji berjaya dalam temuduga ni. Tapi.. berkatkah duit gaji aku nanti. Mia Kalesha delima. Dia perlukan kerja ini. Mana nak dapa tkerja yang menawarkan gaji lumayan dengan menepati waktu terluangnya. Isnin hingga Khamis waktu kerja bermula pukul 5.00 petang. Ini tuah kepada seorang penuntut kolej sepertinya.

“Secara jujurnya, saya masih lagi menuntut di kolej yang tertera dalam resume tersebut. Saya berada ditahun  tahun akhir pengajian. Saya juga datang ke sini pada hari ini kerana mendapati bahawa waktu kerja yang dianjurkan oleh pihak tuan amatlah bertepatan dengan kehidupan saya sebagai seorang pelajar.” Mia Kalesha jujur.

Aku tahu aku dah gagal. Mana ada majikan nak menggaji budak hingusan sebagai guru bahasa merangkap pengasuh anak dia. Tapi aku masih harap keajaiban berlaku. Oh, TUHAN. Mia Kalesha memejam matanya. Dia menunggu salah seorang ahli temuduga itu berkata, ‘Terima kasih. Maaf anda gagal’.

“Tak disyak wasangka. Andalah yang kami cari. Tahniah, Mia Kalesha Binti Abdul Bedul! Anda diterima untuk bekerja di sini,” ucap Aslan Kemal.

“Hah?” Aku berjaya? Biar betul. Soundtrouble agaknya aku ni.

“Bolehlah nanti dia jadi pengintip Yigit dan melaporkan semuanya kepada saya,” bisik Aslan Kemal kepada dua orang juri wanita yang mengapitnya. Mereka berdua bersetuju dengan majikan mereka itu dan idea untuk mengintip Yigit Aslan.

“Jadi bila awak boleh mulakan kerja?” soal seorang penemuduga yang duduk di sebelah kiri Aslan kemal.

“Esok boleh?” Teruja Mia Kalesha. Dalam mindanya sudah membayangkan betapa mudahnya kehidupannya bersama Abdul Bedul yang sudah tua dan tidak kuat untuk bekerja keras lagi.

“Baik. Buat persediaan sebaiknya.Tetapi ingat, sekiranya awak gagal mengasuh anak saya dengan baik, maka awak akan dipecat tanpa notis,” ujar Aslan Kemal.

“Baik, Tuan.” Akur Mia Kalesha.

                       

 

Dalam perjalanan pulang ke rumah setelah tamat kuliah terakhirnya pada hari itu, Yigit Aslan ternampak seorang lelaki tua berbadan bongkok ingin melintas jalan. Tidak sampai hati dia ingin membiarkan lelaki tua itu terhegeh-hegeh di tepi jalan.Tanpa berfikir panjang daripada mana datang lelaki tua itu di suatu jalan yang sunyi itu, Yigit Aslan memberhentikan keretanya di tepi jalan. Yigit Aslan keluar mendapatkan lelaki tua itu.

Tanpa sebarang kata kerana dia puntidak tahu apa bahasa yang sesuai digunakan kerana dalam fikiran Yigit Aslan tidak mempunyai kamus Bahasa Melayu ‘mari saya tolong’  untuk dikatakan kepada lelaki tua itu. Yigit Aslan mencapai tangan lelaki tua itu dan perlahan-lahan memimpinnya menyeberangi jalan raya yang sunyi itu.

Yigit Aslan melepaskan lengan orang tua itu. Namun, lelaki tua itu memaut lengan Yigit Aslan dengan lebih erat lagi. Yigit Aslan menoleh ke wajah orang tua itu. Orang tua itu menyeringai memandang Yigit Aslan.

Something isn’t right. Getus hati Yigit Aslan. Lalu dengan kasar Yigit Aslan merentap tangan lelaki tua itu agar melepaskan lengannya. Yigit Aslan berjalan pantas ke keretanya. Lelaki tua yang bongkok itu berdiri tegak. Berlari ke arah Yigit Aslan dan menerkam Yigit Aslan dengan kuatnya.

Kemudian dua orang lagi lelaki bertopeng hitam keluar daripada semak berdekatan. Yigit Aslan yang berada dalam tahanan lelaki yang menyamar sebagai lelaki tua itu dibelasah cukup-cukup oleh dua orang lelaki bertopeng hitam. Oleh kerana Yigit Aslan tidak berjaya meloloskan dirinya daripada pelukan dari belakang oleh lelaki yang menyamar sebagai lelaki tua itu, maka dua orang lelaki bertopeng tadi membelasah Yigit Aslan secukupnya. Sesuai dengan arahan yang diterima.

“Dia dah kulai ni. Dah, dah. Jom kita berambus dari sini sebelum ada orang nampak kita,” cadang salah seorang daripada.

“Bos, mangsa beres. Tinggal nyawa-nyawa ikan aje.” Salah seorang daripada mereka menghubungi orang yang mengupah mereka.

“Bagus! Malam ni aku bagi upah!” ujar bos mereka dari hujung talian. Mereka membiarkan Yigit Aslan terbaring di tepi jalan seorang diri. Mereka meninggalkan YigitAslan.

Yigit Aslan dengan lemahnya menekan butang di jam tangannya yang ditempah khas dari salah sebuah syarikat pembuatan jam tangan berjenama di Turki. Yigit Aslan menghantar isyarat kecemasan.

 

 

Alarm berbunyi dengan kuatnya di seluruh kediaman Yigit Aslan. Mia Kalesha yang masih berada di bilik temuduga berasa kecut perut. Beberapa orang lelaki bersut hitam berlari masuk ke dalam bilik tersebut. Mereka berdiri tegak berbaris horizontal menghadap Aslan kemal.

“Periksa navigation di mana dia berada. Segera pergi kepadanya dengan apa jua bekalan sepanjang langkah berjaga-jaga.” Aslan Kemal mengeluarkan arahan kepada pemuda-pemuda lelaki bersut hitam yang berdiri tegak di hadapannya.

“Baik, Tuan!” jawab mereka semua serentak. Lalu keluar daripada bilik itu.

Gulp! Mia Kalesha menelan liur. Mia Kalesha bingung. Apakah yang sedang berlaku ketika ini. Ada orang buat serangan bom? Oh, tidak! Nurul aku harap kau baik-baik aje kat luar tu.

Di luar, Nurul kerisauan. Tidak senang duduk Nurul jadinya. Kediaman itu benar-benar menyeramkan Nurul. Seluruh kediaman bergema dengan bunyipenggera. Ditambah lagi dengan beberapa orang pemuda bersut hitam yang baru sahaja lalu di hadapannya menambahkan lagi seriau di hati Nurul. Nah, mereka lalu lagi. Oh, tidak! Mia cepatlah keluar dari bilik tu. Jom kita balik. Aku harap kau gagal temuduga hari ini.

“Kamu!” ujar Aslan Kemal menuding jari kepada Mia Kalesha. Aslan Kemal rasa gadis yang baru sahaja berjaya temuduga itu harus tahu keadaan Yigit Aslan dengan lebih lanjut. Apapun yang terjadi pada anak lelakinya sekarang ini, Aslan Kemal mahu Mia Kalesha berjumpa dengan Yigit Aslan hari ini juga. Mungkin ada baiknya untuk pekerja baru itu membuat persiapan mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang kemungkinan di kemudian hari.

Kenapa dengan aku pulak. Oh, janganlah macam ni.. nak balik..... merah muka Mia Kalesha menahan rasa takut. Kaki Mia Kalesha menggigil dengan sendirinya. Bayangkan betapa dia berada dalam ketakutan yang amat.

“Kamu jangan ke mana-mana,” arah Aslan Kemal. “Mulai hari ini..” Belum sempat Aslan Kemal menghabiskan ayat, Mia Kalesha sudah berdiri dan berkira-kira untuk cabut lari daripada bilik itu. Dia mahu meninggalkan kediaman misteri itu.

Kenapa aku tak boleh ke mana-mana. Apa orang tua perut boroi ni nak buat dengan aku. Jangan! Jangan sesekali kau apa-apakan aku. Aku bunuh kau nanti. Ketakutan Mia Kalesha semakin menaik. Mia Kalesha berlari ke muka pintu.

“Tangkap dia!” arah Aslan Kemal. Dua wanita yang menjadi juri temuduga itu bingkas bangun dan menangkap Mia Kalesha.

“Lepas! Lepaskan aku!” jerit Mia Kalesha. Mereka berdua mengheret Mia Kalesha keluar dari bilik temuduga berkenaan. Mia Kalesha diheret depan mata Nurul. Terkesima Nurul dibuatnya.“Nurul! Tolong aku, Nurul! Tolong!... Nurul!...”

“Miaaa!!........” jerit Nurul berlari mengekori Mia Kalesha dari arah belakang.

“Nurul jangan beritahu ayah aku nasib yang menimpa aku. Aku tak nak dia kecewa dan mati gering. Nurul tolong jauhkan diri kau daripada ayah aku. Cakap aje kau tak tahu tentang aku ya Nurul. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang,” ucap Mia Kalesha sambil diheret oleh dua orang wanita.

Drama betul. Aslan Kemal tidak berniat mahu menculik Mia Kalesha tetapi sikap agresif Mia Kalesha yang ketakutan dan berniat untuk melarikan diri itu yang menyebabkan situasi begini terjadi.

“Mia...” Nurul sebak. Nurul menangis dan berlari keluar daripada kediaman itu. Entah apalah nasib kau, Mia.

“Apa kau orang nak buat kat aku,hah?!” tengking Mia Kalesha.

“Tolong jaga adab dan tingkah laku anda di sini. Lulus temuduga tidak bermakna kamu boleh tunjuk belang kamu yang sebenarnya,” ucap salah seorang daripada mereka. Mia Kalesha tersenyum sinis.

“Adab? Tingkah laku?” soal Mia Kalesha. Mereka tidak mengendahkan Mia Kalesha. Gadis itu ditempatkan di sebuah bilik yang serba mewah. Mia Kalesha dikunci dari luar.

“Aku nak keluarlah hoi!... aku nak balik!...” jerit Mia Kalesha.

 

 

“Adik, manis..mengapa menangis, adik manis?” tegur Mat Bangla selaku pengawal keselamatan di rumah itu. Nurul menoleh kepadanya dengan muka yang bengis. Terkejut Mat Bangla dibuatnya. Gagal temuduga agaknya. Datang bukan main manis lagi. Balik dengan muka yang cemberut. Getus hati Mat Bangla itu.

“Hei Mat Bangla! Kau tolong jaga tepi kain kau sikit okey. Jangan nak menyibuk jaga tepi kain aku pulak!” marah Nurul. Mat Bangla itu melihat hujung seluarnya dan memerhatikan hujung kain baju kurung Nurul yang berkasut kanvas.

“Abang Mat Bangla tak pakai kainlah, adik manis. Adik manis yang pakai kain. Ayoyoyo.. adik manis sangat cantik masa datang tadi. Ini apa pasal sudah jadi adik masin?” seloroh Mat Bangla itu. Hehehe..

Nurul geli hati. Lurus bendul betul dia ni. Pepatah pun tak faham.

“Adik masin, selamat tinggal. Jumpa lagi..” ucap Mat Bangla itu kepada Nurul menonong membawa motosikalnya keluar dari kawasan kediaman itu.

 

 

Yigit Aslan dibawa pulang ke kediamannya. Keadaannya yang berlumuran darah dihadapkan kepada Aslan Kemal. Bapanya itu menjadi berang dengan Yigit Aslan kerana menyangka yang anak lelakinya itu terjebak dalam sebuah pergaduhan besar.

“Uruskan proses rawatan Yigit di rumah ini sahaja. Pastikan dia dirawat sebaiknya. Lagi satu, uruskan juga surat sakit daripada mana-mana hospital untuk Yigit dan pengasuhnya. Pastikan keadaan ini tak sampai ke pengetahuan orang luar. Reka apa-apa sahaja untuk tutup kes ini,” arah Aslan Kemal kepada ketua kumpulan lelaki bersut hitam.

“Baik,Tuan Besar,” jawab ketua kumpulan itu.

 

 

Aslan Kemal menjengah Mia Kalesha yang berbaring di atas katil mewah yang ada dalam kamar itu. Dia ditemani Bik Enon yang membawa hidang untuk Mia Kalesha menjamu selera. Mia Kalesha segera bangun dan berdiri menghampiri Aslan Kemal. Mia Kalesha yakin majikan barunya itu adalah orang yang baik-baik. Hatinya beritahu dia begitu walau akal Mia Kalesha tidak dapat terima dirinya menjadi mangsa kurungan sangkar emas.

“Kenapa kamu tiba-tiba bagaikan dirasuk petang tadi? Kamu tahu tentang perkara yang menimpa Yigit?” soal Aslan Kemal. Dia memandang tepat ke dalam mata Mia Kalesha. mungkin gadis itu panik petang tadi selepas alarm berbunyi kerana mengetahui perkara yang menimpa Yigit Aslan. Mereka satu kolej. Mungkin saling mengenali antara satu sama lain. Teka Aslan Kemal.

Yigit? Yigit Aslan? Apa yang menimpa Yigit? Jap, siapa pulak bos besar ni? Apa kena mengena dengan dia mengurung aku kat sini dan soal Yigit pulak. Kelirulah aku macam ni. Apa semua ni... Mia Kalesha tidak faham tentang satu pun hal yang terjadi pada hari ini. Niatnya baik datang temuduga tapi dijadikan mangsa kurungan pula.

“Kamu memilih untuk berdiam diri? Baiklah. Selepas alarm berbunyi petang tadi kamu kelihatan begitu takut. Apa kamu tahu sesuatu yang buruk menimpa Yigit?” soal Aslan Kemal lagi.

“Erk? Sesuatu yang buruk?” Terbeliak mata Mia Kalesha memandang Aslan Kemal. Penuh tanda tanya.

“Ya. Alarm tadi dibunyikan oleh Yigit. Yigit menghantar isyarat kecemasan ke rumah ni. Dia cedera teruk,” jawab Aslan Kemal. Orang tua itu terduduk dikerusi yang disediakan di ruang tamu kecil dalam kamar mewah itu. Melopong mulut Mia Kalesha. Ada sesuatu yang aneh dirasai oleh Mia Kalesha. Dia berasa sakit di dada sebelah kirinya sebaik sahaja mendengar berita tentang Yigit Aslan kecederaan. Cedera teruk.

“Ah....Yigit...” Mata Mia Kalesha berkaca. Lelaki sebaik Yigit Aslan cedera. Kesiannya dia.

“Saya ada satu permintaan. Boleh kamu mula berkhidmat hari ini juga tapi tak sangka pulak keadaan Yigit cukup teruk. Pulanglah ke rumah. Tolong mula berkhidmat esok pagi. Sepanjang minggu ini ikutlah jadual waktu hari Sabtu dan Ahad. Bermula minggu depan baru ikut jadual yang telah ditetapkan,” arah Aslan Kemal lalu beredar meninggalkan Mia Kalesha ditemani Bik Enon.

“Pulanglah selepas menjamu selera,” pelawa Bik Enon. Lembut.

Melihat Bik Enon yang hendak keluar meninggalkan dia, Mia Kalesha meminta Bik Enon untuk menemaninya, “Bik. Bik dah tentu Bik Enon, kan? Tolong temankan saya makan ya Bik.” Bik Enon terkejut apabila gadis itu mengenalinya. Setahu Bik Enon inilah kali pertama dia dan Mia Kalesha bersua muka. dia tidak tahu bahawa Mia Kalesha pernah berkunjung ke situ dan bertemu sama Bik Krista dan Bik Yati.

“Tolong Bik, fikiran saya kusut. Nak terputar belit urat kepala saya ni. Ada banyak perkara yang saya nak tanya Bik...”

Orang gaji itu mengangguk akur dengan permintaan tetamu di rumah itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku