Handsome & the Beast
Bab 8
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 Ogos 2017
Memang dia handsome, pemilik sepasang mata hazel hijau. -Mia Kalesha- Ya, dia memang pembunuh. Tapi kalau dia tak ada, aku terbunuh. -Yigit Aslan Öztürk-
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
307

Bacaan






Bab 8

Mia Kalesha dihantar pulang ke rumahnya menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu peribadi Aslan Kemal yang menghantarnya pulang. Kepulangan Mia Kalesha disambut oleh Abdul Bedul yang sememangnya amat risau dengan keberadaan anak perempuan tunggalnya itu. Sudah beratus kali dia cuba menghubungi Nurul tetapi tidak berjawab.Sementara Mia Kalesha pula tertinggal telefon bimbitnya di rumah.

“Terima kasih, encik. Hantar anak saya pulang,” ucap Abdul Bedul kepada pemandu peribadi Aslan Kemal.

“Sudah menjadi tugas saya,” jawab pemandu peribadi itu sebelum memacu kereta mewah itu meninggalkan perkarangan rumah Abdul Bedul.

“Mia, pergi mana sayang? Tolonglah jangan buat ayah risau lagi, nak.” Menangis Abdul Bedul merayu pada anaknya itu. Mia Kalesha menghulurkan bungkusan makanan yang lazat-lazat belaka untuk memujuk Abdul Bedul. Nanti kalau Mia Kalesha minta maaf lagilah menjadi-jadi Abdul Bedul melayan perasaan.

Berbinar-binar mata Abdul Bedul menghidu keenakan hidangan makanan yang ada di dalam bungkusan itu mangkuk tingkat itu.Abdul Bedul memimpin tangan Mia Kalesha masuk ke dalam rumah bersamanya. Mereka berdua duduk di ruang tamu yang tidak berperabot itu. Hanya beralaskan tikar mengkuang. Di atas tikar itulah Abdul Bedul solat isyak berjemaah bersama Yigit Aslan beberapa hari lalu.

“Em... sedapnya bau.. mana dapat?” soal Abdul Bedul.

“Bos baru bagi,” jawab Mia Kalesha. Sebenarnya Bik Yati yang menghulurkan bekalan makanan itu kepada Mia Kalesha. Sebelum Mia Kalesha masuk ke dalam kereta, Bik Yati berlari-lari anak menghulurkan sesuatu bungkusan yang dibalut kain. Sewaktu dalam perjalanan pulang, Mia Kalesha membuka bungkusan itu. Mangkuk tingkat rupanya. Telahan Mia Kalesha, pasti Bik Yati membekalkannya menu yang enak-enak.

“Yang tadi itukah bos Mia? Mia lulusya temuduga sebab tu balik lambat?” soal Abdul Bedul lagi. Mia Kalesha menggeleng-gelengkan kepalanya dan mengangguk-anggukkan kepalanya. Mana satu. Bikin Abdul Bedul keliru sahaja.

“Mia lulus temuduga. Esok mula kerja. Yang tadi tu driver dia. Kalau ayah nak tahu majikan baru Mia ayah kepada Yigit Aslan.”

“Hah? Mia memang berniat nak kerja dengan keluarga Yigit Aslan?”

 “Tak.” Mia menggeleng. “Kebetulan aje,” sambung Mia Kalesha lagi, “Mia tak tahu pulak yang Mia rupanya mohon jadi guru bahasa dan pengasuh Yigit. Orang gaji dia yang jelaskan perkara yang sebenarnya kat Mia.”

Tekun Abdul Bedul mendengar penjelasan anaknya itu sambil menjamu selera dengan penuh berseleranya. Sudah lama dalam hayatnya tidak menjamah makanan seenak itu. Rezeki TUHAN jangan ditolak.

“Kalau Mia nak tahu, nama Tuan Besar rumah ni, Aslan Kemal Öztürk. Bapa kandung kepada Yigit Aslan Öztürk. Mia dipilih menjawat jawatan sebagai guru tutorial merangkap pengasuh pun kerana dua sebab. Sebab yang pertama keputusan pembejaran Mia yang sangat cemerlang. Dan...”

“Yang keduanya apa Bik?” soal Mia Kalesha tidak sabar hendak tahu sebab yang kedua dia terpilih dengan begitu mudah.

“Sebab yang kedua, Mia masih belajar.”

“Hah? Sebab masih belajar Bik?” Mia Kalesha menggeleng-geleng kepalanya beberapa kali. “Sepatutnya kerana saya masih belajarlah saya mempunyai alasan yang kukuh untuk ditolak. Bukankah begitu, Bik?”

“Salah. Oleh kerana tempat belajar kamu adalah Kolej Universiti Dermasakti, maka kamu dipilih,” beritahu Bik Enon.

“Kenapa macam tu pulak Bik?”

“Bik ada dengar yang Tuan Aslan Kemal ada niat untuk menaikkan gaji kamu sebanyakRM1000 untuk mengintip anaknya, Yigit Aslan yang kebetulan belajar di tempat yang sama dan berada di tahun yang sama dengan kamu jugak,” jelas Bik Enon.

“Bik apa kena mengena jadi pengasuhlah, guru tutoriallah dan merangkap pengintip Yigit lagi, Bik? Banyaknya kerja,” rungut Mia Kalesha. “Ini bermakna kat kampus ada kerja. Lepas kampus pun ada kerja?”

“Sebab itulah nanti Tuan Aslan nak naikkan gaji kamu daripada RM4000 kepada RM5000. Kamu akan sepenuhnya menatang Yigit Aslan bagai minyak yang penuh.”

“Apa? Menatang Yigit Aslan bagai minyak yang penuh, Bik? Sepenuhnya????” soal Mia Kalesha dengan mulut yang melopong dan mata yang terkebil-kebil bagaikan ikan emas berjantina bapok. “Kenapa dia pulak Bik? Bukankah saya perlu jadi guru tutorial dan pengasuh anak Tuan Aslan?”

“Mia? Kamu okeykah tidak ni? Yigit adalah anak Tuan Aslan satu-satunya. Emmm.... tak adalah sepenuhnya kecuali waktu kamu tidur tak adalah waktu tidur pun kamu kena awasi Yigit,” jawab Bik Enon lagi.

“Yigit, Bik? Yigit? Jadi maksud Bik Enon, saya akan mengasuh Yigit? Yigit?”

Bik Enon mengangguk. Takut Bik Enon dibuatnya dengan keterujaan Mia Kalesha. Bahagia sangat agaknya anak dara seorang ni dapat mengasuh anak majikannya yan gkacak lagi mempunyai tubuh badan yang mengiurkan itu. Sudahlah bermata seksi. Ngaum! Mengancam gitu. Getus hati Bik Enon.

Antara ketiga-tiga orang bibik, Bik Enonlah yang paling nakal. Namun, di hadapan Aslan Kemal, Bik Enonlah malaikat yang berwajah suci gara-gara takutkan majikannya yang garang itu.

“Bik, kenapa ya Yigit menghantar isyarat kecemasan ke rumah ni? Apa yang berlaku petang tadi, Bik?” soal Mia Kalesha sebaik sahaja teringat akan peristiwa petang itu.

“Oh, dengar cerita Yigit terjebak dalam suatu pergaduhan besar. Teruk dia kena belasah. Macam tak percaya. Biasanya dia yang belasah orang.”

“Hah gaduh besar? Saya tak percaya, Bik. Yigit tak macam tu. Tapi.. Bik.. Kenapa pulak Bik kata selalunya dia yang belasah orang?”

“Itulah, Bik pun macam tak percaya aje. Ha’ah Tuan Yigit akan belasah sesiapa aje yang menganiaya orang lain. Alah, macam superhero tu. Macam Superman. Wou!” Itulah kata-kata terakhir Bik Enon. Perbualan mereka berakhir di situ. Selepas itu, Aslan Kemal sudah memanggil Bik Enon.

“Makhluk sebesar dinasour macam itulah yang nak diasuh. Ish, ish, ish... silap-silap hari bulan boleh tinggal kulit dan tulang aje kamu, Mia,” ujar Abdul Bedul.

Hahahahaha... anak dan bapa itu ketawa berdekah-dekah membayangkan bagaimana Mia Kalesha bakal menjalani hari-harinya berdampingan dengan Yigit Aslan.

 

 

Jam menunjukkan tepat pukul 8.30 pagi. Abdul Bedul mendapatkan pemandu yang memandu kereta mewah semalam. Lelaki pemandu itu telah berada di halaman rumahnya pada sejakpukul 8.00 pagi tadi lagi. Sudah tiga puluh minit kereta mewah itu diparkir disitu. Abdul Bedul berasa kurang enak. Lebih baik dia sendiri pergi menjengah.

Pintu tingkap di sebelah pemandu diketuk beberapa kali. Tingkap itu diturunkan. Abdul bedul pun menjengah. “Buat apa kat sini?” tanya Abdul Bedul.

“Maaf, encik. Saya diarahkan Tuan Besar untuk mengambil Cik Mia ke kediamannya,” jawab pemandu itu.

“Saya rasa kamu silap ni. Pagi ni anak saya perlu ke kolej,” Abdul Bedul memberitahu pemandu berkenaan.

“Saya tak rasa Tuan Besar saya silap mengeluarkan arahan. Setiap hari sepanjang minggu ini Cik Mia tak akan menghadiri sebarang kuliah,” jawab pemandu itu yang sudah dimaklumkan dengan jadual tugasnya mengambil dan menghantar Mia Kalesha pergi dan pulang.

“Nanti saya tanyakan anak saya dulu, ya.” Abdul Bedul terjengkit-jengkit masuk ke dalam rumahnya. Kakinya yang terseliuh masih bisa.

“Mia!.. Oh, Mia!..” Abdul Bedul datang kepada Mia Kalesha yang sedang bersarapan di dapur. “Mia, beritahu ayah yang pagi ni Mia akan ke kolej, kan? Betul tak nak?”

“Erk? Apa maksud ayah?”

Suapan nasi goreng tidak jadi masuk ke mulutnya. Mia Kalesha tidak mahu Abdul Bedul berasa sedih sekiranya dia yang bertungkus lumus mencari rezeki mengetahui yang anak perempuannya itu tidak menghadiri kuliah.

“Kat luar tu. Driver semalam datang nak ambil Mia pergi kerja,” jawab Abdul Bedul.

“Ahh...” Mia Kalesha terkesima. Apa yang perlu dia kata kepada Abdul Bedul agar tidak lagi menyakiti hati tua lelaki itu. Mia Kalesha juga tidak menyangka yang Aslan Kemal akan menghantar pemandu peribadinya untuk menjemput dia ke tempat kerja. Kalau ikutkan perancangan, Mia mahu menyimpan rahsia ini daripada pengetahuan Abdul Bedul.

“Ayah, ayah.. ayah dengar sini, okey..” Mia Kalesha memeluk pinggang Abdul Bedul.

Lelaki itu mengeluh. Dia tahu. Mia Kalesha akan ke rumah majikan barunya itu dan bekerja. “Jadi, sepanjang minggu ini Mia akan bekerja pagi?”

Ayah faham rupanya.. getus hati Mia Kalesha. Dia mengangguk.

“Mia kenapa selalu menyakiti ayah,nak?” soal Abdul Bedul sambil mengusap kepala anaknya itu.

“Maafkan Mia, ayah. Hanya kerana seminggu ini Mia tak nak kehilangan kerja yang berbaloi ni. Mia mohon restu ayah.”

Abdul Bedul mencium dahi Mia Kalesha. Memberi restu. Mia Kalesha menyalami ayahnya. Mencium tangan lelakiitu.

“Pukul 5.00 petang Mia balik. Ayah jangan ke mana-mana tau. Jaga diri.”

“Hati-hati,” pesan Abdul Bedul.

 

 

“Cerita panas. Cerita panas....” Zarif datang kepada Aiman dan Syukri.

“Apa cerita yang panas sangat ni?” soal Syukri. Aiman awal-awal lagi sudah tersengih seolah-olah dapat menghidu cerita sensasi yang bakal disampaikan Zarif.

“Kita takkan berjumpa dengan Yigit Aslan selama seminggu atau lebih. Hahaha...” jawab Zarif dengan penuh yakinnya. Aiman tersenyum sinis.

“Hah?! Sebabapa?” Syukri yang tidak tahu apa-apa mengenai Yigit Aslan mengajukan soalan.

“Aku terdengar perbualan Zaki dengan Prof. Chandran. Dia kata Yigit masuk hospital dan berkemungkinan akan berada dihospital selama lebih kurang seminggu atau lebih.” Zarif memberi penjelasan.

“Hahahaha!.. baguslah tu. Aman kampus ni tanpa dia,” ujar Aiman.

“Kesiannya.. Sebab apa?” soal Syukri.

“Kesian tengkorak kau!” marah Aiman. Zarif menepuk dada Aiman dan memberi isyarat wajah serius kepada Aiman sebagai isyarat jangan naik angin dengan Syukri.

“Menurut Zaki, hero dia tu masuk hospital sebab kemalangan jalan raya,” terang Zarif.

“Kemalangan? Biar betul kau?” soal Aiman. Terkejut beruk Aiman menerima berita Yigit Aslan kemalangan.

“Betullah. Aku dengar sendiri perbualan Zaki dengan Prof. Chandran tadi. Kau tahu apa kau keluar kelas awal.Dia accident dengan seorang pelajar perempuan kuliah lain tau. Wooo belum sebulan lagi kat sini dah pikat awek Melayu!” Zarif meyakinkan Aiman.

Melopong mulut Aiman dibuatnya.“Yakah? Tak percayalah aku,” ujar Aiman.

“Betul, aku nak tipu nak buat apa. Bukannya dapat seguni emas pun. Telinga aku dengar. Tapi aku tak pastilah siapa pulak budak perempuan tu. Tapi kalau tak silap aku sama kuliah dengan Tasha dan Amelia.”

“Teruk sangatkah wei?” soal Syukri pula.

“Itu aku tak tahulah. Kalau kau nak tahu lebih lanjut pasal dia kau kena pergi tanya Zaki. Dia aje kot rasanya student yang tahu pasal Yigit,” balas Zarif. Syukri hanya mengangkat kedua-dua belah keningnya. Sangsi tentang kemalangan yang menimpa Yigit Aslan.

“Wei Aiman kau nak ke mana?” soal Zarif.

“Ada hal sikitlah bro. Jumpa esok.”Aiman melambai-lambai tangannya kepada Zarif dan Syukri.

“Kenapa dengan dia tu gaduh dengan Amelia?” Zarif menyoal Syukri.

“Entah. Sebelum kau datang tadi okey aje aku tengok dia tu. Kalau kau perasan dari awal pagi tadi lagi mood dia happy semacam aje. Tiba-tiba pulak bertukar jadi orang yang macam serabut otak bagai,” jawab Syukri.

“Biarlah dia. Jom makan?” ajakZarif.

“Jom... Eh, eh, Amelia.. panjang umur pendek akal..” Syukri melihat kelibat Aiman melepasi Amelia begitu sahaja.

“Mulut kau..” Zarif menepuk perut Syukri. “Dah, dah, kau dah janji tak nak ada hati kat minah sewel tu lagikan sejak Aiman dengan hormatnya dah jadikan dia makwe si Aiman. Lupakanlah Amelia ya.”

Syukri memuncung mendengar nasihat Zarif.

“Ish, sebal betul aku dengan Aiman. Kau orang nampak tak adakah patut aku baik-baik tegur dia. Dia buat muka bengis pulak. Tiba-tiba aje wei,” bebel Amelia.

“Sudahlah. Buat tak tahu ajelah katdia. Kau couple dengan dia pun sebab nak kikis duit dia ajekan. So,tak payahlah nak tunjuk kau care sangat pasal dia,” balas Zaiton. “Esok lusa dia carilah kau balik.”

“Kau sure, Ton? Dia akan cari aku balik? Duit aku dah senak ni.”

“Ya. Aku yakin. Macam biasa. Time otak dia kusut dia marahkan kau. Time dia bosan dia datang kat kau. Time dia enjoy, Zarif dengan Syukrilah tempat dia meluangkan masa.” Amelia mencebikkan mulutnya mendengar hakikat yang seakan-akan Zaiton memerli dirinya.

“Em, yalah.. Tasha mana Tasha?” soal Amelia.

“Tadi ada kat sini..” jawab Zaiton. Mereka mencari-cari kelibat Tasha yang mengekori Aiman dari belakang. Tasha mengendap Aiman dengan jarak dekat tanpa diketahui oleh Aiman.

“Tu hah!” Mulut Zaiton memuncung menunjukkan ke arah Tasha.

“Kau pergi panggil dia,” arah Amelia. Zaiton tanpa membantah melangkah ke arahTasha. Amelia menunggu di tempat yang sama.

“Hoi, kau menghendap siapa hah?” sergah Zaiton dari arah belakang.

“Kus semangat. Terkejut aku, Ton. Shhhh... diam..” Tasha meletakkan jari telunjuk kemulut sebagai isyarat diam. Zaiton ikut sahaja. “Kau jangan masuk campur. Kau tak perlu tahu siapa yang aku hendapkan. Aku nak kau berdiri kat sini. Berdiam diri okey. Kalau tak...” Belum lagi Tasha habis berbicara Zaiton sudah mengangkat tapak tangan kanannya ke bahu tanda dia berjanji untuk berdiam diri.

“Hei haiwan! Aku suruh kau belasah dia cukup-cukup. Bukannya kasi dia accident!” Aiman memarahi tiga orang pelajar lelaki junior.

“Bos, kita orang memang dah belasah dia cukup-cukup bos sama seperti yang bos arahkan. Sumpah, bos! Kita orang tak plan apa-apa untuk dia kemalangan bos!” jawab salah seorang daripada mereka yang menyamar sebagai lelaki tua bongkok yang mahu melintas jalan. Mereka diupah oleh Aiman untuk belasah Yigit Aslan.

“Mungkin dia accident selepas kena belasah agaknya, bos.”

“Ya, bos. Mungkin juga macam tu. Agaknya kecederaan yang teruk buatkan dia hilang kawalan waktu pandu kereta balik ke rumah,” seorang lagi membenarkan kata-kata kawannya.

“Sekarang ni aku nak kau orang berdiam diri. Mungkin punca kemalangan sedang disiasat. Aku harap tak ada sebarang penemuan bukti yang berkaitan dengan kau orang. Kalau tak seorang demi seorang aku cincang sampai lunyai!” berang Aiman.

“Faham, bos. Faham.” Ketiga-tiga mereka serentak berkata faham. Meyakinkan Aiman.

“Sekarang ni aku nak kau pergi dari sini dan jangan ada seorang pun daripada kau orang yang berani mengaku kenal aku. Faham?!”

“Faham!” jawab mereka bertiga. Serentak.

Zaiton menggeletar ketakutan. Walaupun dia tidak melihat wajah sesiapa namun diasedang dilanda rasa takut. Mana tidaknya, telinganya telah menjadi saksi tentang kemalangan dan peristiwa suara-suara yang didengarnya itu membelasah seseorang.

“Dengar sini, Ton. Kau dah janji yang kau akan simpan rahsia. Buat-buat tak tahu aje.Faham?” Tasha memegang lengan Zaiton. Kasar. Zaiton mengangguk-anggukkan kepalanya. “Bagus. Sekarang ni buat-buat yang kau tak pernah dengar semua ni.”Sekali lagi Zaiton mengangguk. “Dah, jom. Amelia dah tunggu kita kat sana.”

Zaiton mengikut Tasha kembali kepada Amelia yang sedang kegelisahan menanti mereka berdua.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku