Handsome & the Beast
Bab 9
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 Ogos 2017
Memang dia handsome, pemilik sepasang mata hazel hijau. -Mia Kalesha- Ya, dia memang pembunuh. Tapi kalau dia tak ada, aku terbunuh. -Yigit Aslan Öztürk-
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
189

Bacaan






Bab 9

Yigin Aslan pengsan tidak sedarkan diri dari semalam lagi. Sehingga hari ini. Dia telah pun menerima rawatan yang sepatutnya. Tiada kecederaan teruk dialami oleh Yigit Aslan walaupun hampir keseluruhan tubuhnya cedera akibat dibelasah pelajar-pelajar junior suruhan Aiman.

“Kalau Yigit tak sedarkan diri sepanjang hari ni, maksudnya sepanjang hari ni free aje aku datang tanpa buat sebarang kerja. Tahu-tahu gaji untuk hari ni akan dibayar awal bulan depan sesuai dengan syarat yang dah dipersetujui antara aku dan ayah dia. Ish, ish,ish...” bebel Mia Kalesha yang duduk di suatu sudut ruang rehat dalam kamar besar Yigit Aslan.

Rumah ni sunyi betullah. Bibik-bibik semua sibuk dengan kerja masing-masing. Bik Enon sibuk berkebun dan menguruskan hiasan taman di luar. Bik Krista sibuk mengemas rumah. Sementara Bik Yati pula sibuk memasak kat dapur. Aku pulak dah macam sang penunggu gua menunggu sleeping handsome sedar dari lena yang panjang.

Eh,silap. Silap. Apa pulak penunggu gua, penunggu istanalah. Baru betul. Mia Kalesha bermonolog.

Dalam kebosanan tanpa sebarang kerjaitu, mata Mia Kalesha tertancap pada beg galas kulit milik Yigit Aslan. Mia Kalesha pergi ke meja belajar Yigit Aslan. Satu per satu barang-barang di atas meja dan di dalam beg galas Yigit Aslan dibeleknya.

“Mak aih, orangnya sebesar badak. Tapi otak sekecil burung unta,” kutuk Mia Kalesha yang sedang sibuk membelek latihan tutorial milik Yigit Aslan. “Daripada tak ada kerja nak buat, meh aku betulkan jawapan-jawapan kau labuuu....”

Bik Krista masuk ke kamar Yigit Aslan tanpa disedari oleh Mia Kalesha untuk mengemas kamar pemuda itu. Setiaphari seperti biasa.

“Cik Mia, bila Tuan Muda sedar nanti dia akan mengamuk jika barang-barang peribadinya disentuh atau diubah kedudukan,” tegur Bik Krista. Mia Kalesha terkejut dengan kehadiran Bik Krista yang secara tiba-tiba itu.

“Maaf Bik. Mia tak sengaja.”

Bik Krista senyum. “Bik pernah kena marah dengan Tuan Muda sebab masa kali pertama Bik kemas bilik dia, Bik dengan tidak sengajanya teralihkan susunan barang-barang kat bilik dia. Lepas tu sampailah sekarang kalau Bik nak kemas bilik dia Bik akan pastikan yang Bik tak ubah susunan satu barang pun,” jelas Bik Krista panjang lebar.

“Oh...” Mia Kalesha mengangguk sambil menghadiahkan senyuman kelat kepada Bik Krista. Teruk betul Yigit Aslan. Matilah aku kalau dia perasan susunan buku-buku dia dalam beg dia berubah. Aduh! Mati aku. Rungut Mia Kalesha dalam hatinya.

“Masa tu Bik bertugas kat rumah dia kat Istanbul. Err... minggu depan Bik balik Istanbul tau ikut Tuan Besar,” tambah Bik Krista lagi. Sendiri mahu beritahu tanpa di soal oleh Mia Kalesha.

“Hah? Bik pergi ke sana? Jauhnya.. Bik bukan kerja kat rumah ni?” soal Mia Kalesha. Sedikit keliru.

“Tak. Bik dan Yati kita orang kerja kat Istanbul. Hanya Enon yang tinggal kat rumah besar ni sorang-sorang sebabTuan Besar menggaji dia untuk menguruskan rumah ni,” terang Bik Krista. “Mungkin Yati akan tinggal kat sini sama Enon sebab Yati memang uruskan hal-halTuan Muda. Bik dan Enon diambil bekerja oleh Tuan Besar Aslan tapi Yati diambil bekerja oleh almarhum Puan Besar Zeynep khas untuk menjaga anak lelakinya.”

“Oh.. Macam tu. Barulah faham...”

“Okeylah, Bik keluar dulu ya,” pinta Bik Krista mengundur diri.

“Baik, Bik..” jawab Mia Kalesha.

Untungnya ada orang gaji buatkan kerja-kerja rumah. Aku? Em hampeh! Topi keledar ayah pun kita orang tak mampu beli lagi. Makan hari-hari bercatu lauklah, bercatu berapa gayung aje boleh mandi. Tak boleh lebih daripada sepuluh gayung sekali mandi. Yigit, Yigit.. untungnya kau lahir dalam keluarga berharta. Kalau aku jadi kau, aku takkan terjebak dengan mana-mana samseng pastu bergaduh-gaduh. Bebal Mia Kalesha dalam hati.

 

 

“Sebelum saya memulakan kuliah kita pada hari ini. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat rakan sekuliah kamu semua, iaitu Mia Kalesha Binti Abdul Bedul,” ujar Puan Zulaikha yang bertugas. Ucapan pensyarah itu penuh sebak. Seluruh dewan sunyi sepi.

Mereka terkejut menerima berita tentang kehilangan Mia Kalesha. Pemergian gadis itu yang merupakan pelajar kesukaan rakan-rakan di kuliah dan pelajar kegemaran kebanyakkan pensyarah begitu mendukacitakan mereka semua.

Mulut Tasha melopong. Dia terkesima. Air mata Tasha dan Zaiton bertakung. Tetapi tidak Amelia yang kelihatan biasa-biasa sahaja. Amelia adalah satu-satunya pelajar yang paling tenang di dalam dewan kuliah ketika ini.

 Manakala Nurul, air mata Nurul mengalir berjujuran bagaikan air paip yang bocor. Tidak dapat dihentikan tangisan sebak Nurul. Bersungguh-sungguh Nurul menangis sehingga keluar suatu cairan lendir dari hidungnya.

“Harap bersabar ya semua..” ucap Puan Zulaikha lagi. “Al-Fatihah...” Semua pelajar Muslim menadah tangan. Mereka menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah rakan sekuliah mereka dengan penuh keikhlasan di hati. Amelia melihat kiri dan kanannya, depan dan belakangnya. Semuanya bersedih. Amelia mencebikkan mulutnya.

Over doh, dia orang semua.. getus hati Amelia. Amelia tersenyum sinis melihat Tasha yang berdoa penuh perasaan untuk Mia Kalesha. Tasha menyesal kerana tidak menghargai Mia Kalesha selama hayat gadis itu.

Maafkan aku Mia. Maafkan aku... akulah punca kematian kau. Mia akulah pesalahnya. Seumur hidup aku, aku takkan dapat memaafkan diri aku. Mia!... macam mana aku nak beritahu bapak kau tentang ini semua  puncanya daripada aku sendiri Mia. Kalau tak kerana aku yang beriya-iya bawa kau ke temuduga dan ponteng kelas semalam, pasti tragedi ini takkan menimpa kau.

Oh, kau sahabat, kau teman.. Mia... sayu hati Nurul meratap pemergian Mia Kalesha. Dalam bayangan Nurul, kini dia perlu mencari teman lelaki untuk menemani waktu sunyinya. Kini dia sendirian tanpa Mia Kalesha.

“Baiklah, semua. Sama-samalah yakita doakan kesembuhan Mia agar dia dapat kembali bersama-sama dengan kita dalam perjuangan menuntut ilmu,” ujar Puan Zulaikha sebaik sahaja selesai menyedekahkan Al-Fatihah untuk Mia Kalesha.

“Puan nak roh Mia menyertai kita semua menuntut ilmu?” soal seorang pelajar lelaki yang duduk di barisan paling belakang.

“Puan, kot iya pun semua pensyarah sayangkan dia. Janganlah sampai misteri menyelubungi kita. Lepaskan Mia, puan. Biarkan roh arwah tenang di sana,” ujar pelajar perempuan yang lainnya.

Puan Zulaikha terkejut beruk, “Eh, siapa pulak yang cakap Mia meninggal? Roh Mia belum keluar lagilah daripada tubuhnya. Prof. Chandran beritahu saya yang Mia kemalangan semalam. Sebab itu kita semua mendoakan dia pada hari ini agar Mia lekas sembuh.”

“Hah? Hah? Hah?” Rata-rata para pelajar tidak percaya yang pensyarah mereka begitu berdrama sekali. Masing-masing melopongkan mulut mereka sambil menggeleng-gelengkan kepala mereka.

“Hahaha.. itulah. Aku dah cakap kau orang over sangat. Pergi layankan melankolik Puan Zulaikha apa pasal,” bebel Amelia. Macam baru kenal pensyarah anak dara tua ni memang over.

Nurul menghentak mejanya. Naik geram dia dengan drama Puan Zulaikha. Tak guna betul. Habis lengan t-shirt aku basah buat lap hingus. Rupa-rupa Mia hidup lagi.

“Kemalangan?” Tasha berasa seperti familiar dengan tragedi kemalangan. Kenapa dengan aku ni eh. Kamalangan? Aku rasa macam ada orang kemalanganlah. “Oh!” Tasha tersentak. Amelia menyiku Tasha. Tasha memandang Zaiton. Zaiton mengangkat kedua-dua belah kening dan bahunya. Tidak memahami pandangan Tasha yang membingungkan itu.

Aiman... hanya satu nama terpalit di hati Tasha. Nama Aiman. Masih segar diingatan Tasha yang Aiman mengupah tiga orang pelajar junior untuk membelasah seseorang tetapi akhirnya orang itu disahkan kemalangan jalan raya.

Kenapa Mia Kalesha? Apa kaitan Mia dan Aiman? Aku yakin ada sesuatu yang dirahsiakan antara dia orang. Tak mungkin Aiman upah orang belasah Mia kot. Minda Tasha sarat dengan persoalan tentang Aiman dan Mia Kalesha.

 

 

Sudah tiga jam Mia Kalesha tunggu Yigit Aslan sedarkan diri. Sudah tiga jam itu jugalah Mia Kalesha duduk di atas kerusi empuk yang terletak bersebelahan katil mewah Yigit Aslan. Alah, macam ala-ala pelawat yang melawat pesakit kat hospital. Sampai naik kaku punggung gadis itu. Walaupun kerusi itu empuk tetapi tidak mampu untuk menghindarkan Mia Kalesha daripada mengalami kejang punggung dan paha.

Jari-jemari Yigit Aslan bergerak-gerak. Yigit Aslan membukakan matanya sedikit demi sedikit. Saat menggerakkan tangan kanannya, Yigit Aslan menyentuh kepala Mia Kalesha. Saat itu juga jantung Yigit Aslan berdegup kencang. Kasih dan sayang yang pernah dicurahkan oleh arwah ibunya meresap keseluruh jiwa Yigit Aslan yang kosong. Hendak di toleh kepada pemilik kepala itu, seluruh badan Yigit Aslan masih berbisa.

Dihanyut dalam bayangan anggun wanita bernama Zeynep, Yigit Aslan mengusap-usap lembut kepala Mia Kalesha tanpa sengaja. Fikirannya melayang langsung melupai yang sang ibu bernama Zeynep itu telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Yigit Aslan menangis dahagakan kasih sayang seorang insan bergelar ibu.

Esak tangisan Yigit Aslan sayup-sayup kedengaran menerjah masuk ke cuping telinga Mia Kalesha. Terasa ada tangan yang mengusap-usap lembut kepalanya. Terpisat-pisat Mia Kalesha membuka mata.

Oh, ya! Aku ada kat bilik Yigit. Omaigad!... Mia Kalesha segera mengangkat kepalanya yang dibaringkan di atas tilam empuk milik Yigit Aslan.

Pemuda itu terkejut melihat Mia Kalesha berada di sampingnya. Terbeliak mata Yigit Aslan melihat Mia Kalesha. Gadis itu dipandang beberapa kali. Yigit Aslan menggosok matanya seakan tidak percaya. Mia Kalesha sengih-sengih kambing.

“Hai!” ucap Mia Kalesha sambil mengangkat tangan kanannya ke paras bahu. Yigit Aslan berkira-kira hendak senyum atau tidak. Dia pun tak tahu. Akhirnya hanya barisan gigi putih Yigit Aslan yang jelas kelihatan. Mia Kalesha juga menayangkan gigi putihnya yang tidak rata gara-gara dia mempunyai satu gigi taring atas di sebelah kiri yang agak sedikit terjungil.

Hati Yigit Aslan tercuit dengan senyuman gigi taring Mia Kalesha. Comel. Tapi sayang gadis di hadapannya itu menghidap jerawat yang teruk. Kalau tidak mesti Yigit Aslan tertarik kepada Mia Kalesha.

“Kesha, kau buat apa kat sini?” soal Yigit Aslan yang cuba untuk bangun dan menyandar di katilnya. Tetapi keadaan Yigit Aslan yang masih lemah membuatkan pemuda itu kembali terbaring. Beberapa kali Yigit Aslan cuba untuk duduk tetapi gagal. Akhirnya, Mia Kalesha membantu Yigit Aslan untuk duduk dan bersandar di katilnya. “Thanks..” ucap Yigit Aslan.

“Sama-sama,” balas Mia Kalesha. Pandangan mata mereka tertancap antara satu sama lain. Jarak yang begitu dekat antara mereka membuatkan Mia Kalesha merasai nafas hangat pemuda bermata menawan itu. Darah dalam tubuh Mia Kalesha serta-merta menerpa ke wajahnya. Membuatkan wajah gadis itu agak kemerah-merahan. Yigit Aslan terbatuk beberapa kali.

Mia Kalesha segera melepaskan kemasan pegangannya di lengan sasa Yigit Aslan. Pemuda itu tidak mengenakan sebarang baju di badan ketika itu. Mata Mia Kalesha tanpa sengaja pegun melihat perkasanya badan milik Yigit Aslan. Mia Kalesha berdiri tegak.  Menyedari yang perlakuannya itu tidak beradab.

Mia Kalesha dengan cemas merapikan rambutnya. Pura-pura tak lihat apa-apa.

“Agak-agaklah kau skodeng badan dia terang-terangan. Kot iya pun...” bebel Mia Kalesha kepada dirinya sendiri. Pemuda itu senyum kelat kerana tidak memahami apa yang dikatakan oleh Mia Kalesha. “Arghh.. ngaum! Gitu..” Hehehe... Mia Kalesha malu sendiri. Dia cepat-cepat menutup mulutnya. Menahan gelak.

Yigit Aslan masih terbatuk beberapa kali. Mia Kalesha menuangkan air di dalam jug yang berada di meja kecil sebelah katil Yigit Aslan ke dalam gelas. Lalu gelas itu dihulurkan kepada Yigit Aslan. Ketika Yigit Aslan hendak mencapai gelas itu, tangannya berasa kejang. Mia Kalesha tidak membuang masa. Mia Kalesha menyuakan gelas berisi air kosong ke mulut Yigit Aslan.

“Argh... kerongkong dia. Tengok tu.. air yang dia minum lalu masuk ke dalam kerongkong dia. Lagi jelas halkum dia.. wah....” Mia Kalesha sungguh teruja. Inilah kali pertama dia melayan lelaki sebegitu. Yigit Aslan adalah lelaki pertama yang pernah berada begitu dekat dengan Mia Kalesha. Dan inilah kali pertama dalam hidup Yigit Aslan ada perempuan yang menjaganya seperti itu.

“Apa yang awak cakapkan saya tak fahamlah,” ujar Yigit Aslan.

“Eh?” Mia Kalesha terkesima. Mampus aku... Mia Kalesha memejamkan kedua-dua matanya. Bagaikan mimpi ngeri saat dia tahu yang Yigit Aslan menyedari dia memberi perhatian kepada pemuda itu. Mia Kalesha menutup mukanya dengan kedua-dua belahtapak tangannya.

“Hahaha....” Yigit Aslan ketawa. “What’s wrong with you?” soal Yigit Aslan. Masih lagi mentertawakan kelakuan pelik Mia Kalesha. Yigit Aslan melihat tubuh sendiri yang tidak berbaju. Mungkin dia malu tengok badan aku agaknya. Getus hati Yigit Aslan.

Mia Kalesha mengalihkan sikit jari telunjuknya. Curi pandang Yigit Aslan yang berjalan terbongkok-bongkok ke almari baju. Mia Kalesha kembali menutup mukanya. Sepenuhnya.

“Jangan risau. Sekarang dah boleh buka mata,” ujar Yigit Aslan yang mengenakan t-shirt berwarna putih. Mia Kalesha masih lagi menutup matanya. Yigit Aslan sekali lagi ketawa geli hati dengan kenaifan Mia Kalesha.

Mia Kalesha tidak pernah melancong ke luar negara dan menyaksikan rata-rata lelaki akan berseluar pendek atau berseluar dalam sahaja ketika mereka bermandi-manda di pantai. Semuanya bergantung kepada individu dan kepercayaan mereka itu sendiri.

“Kesha...“ Yigit Aslan menarik kedua-dua tangan Mia Kalesha yang menutup muka gadis itu. Perlahan-lahan. Mia Kalesha memandang Yigit Aslan. Tepat ke dalam mata lelaki itu. Mata yang menawan itu diamatinya.

Cantiknya mata.. macam mata kucing. Getus hati Mia Kalesha.

“Ehem!” Yigit Aslan berdehem.

Langsung mematikan lamunan Mia Kalesha. “Macam mana kau boleh ada kat sini?” tanya Yigit Aslan sambil menuding jari telunjuknya ke dahi Mia Kalesha.

“Erk? A.. Aku..” Mia Kalesha menoleh kepada Yigit Aslan. Pemuda itu lesap setelah menetup pintu kamar mandi. Mia Kalesha mengeluh berat. Sesak dada aku. Tanya orang, baru orang nak jawab dah masuk bilik air. Mandilah tu agaknya. Teka Mia Kalesha.

 

 

“Macam mana kau boleh ada kat sini? Kau memang berada di mana aje aku berada eh?” soal Yigit Aslan sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala putih selepas keluar dari bilik mandi. Mia Kalesha mencebikkan mulutnya.

Eleh, dia ingat dia tu siapa. Sorry sikit okey. Mulai hari ni dengan rasminya aku adalah pengasuh kau, okey! “Untuk pengetahuan kau mulai hari ini..”

“Ah, aku tahu. Kau datang sini nak makan free?” teka Yigit Aslan.

“Aku rasa kau ada masalah otak lepas kena belasah semalam. Lagipun lama gila kau pengsan dari semalam,” selamba Mia Kalesha menjawab. Yigit Aslan membesarkan matanya untuk menakutkan Mia Kalesha. Sikit pun gadis itu tidak berasa gerun sama sekali.

 “Macam mana kau tahu aku pengsan sedangkan aku sendiri pun tak tahu?”

“Mestilah aku tahu. Aku nampak kau kena pikul semalam dengan lelaki bersut serba hitam,” jawab Mia Kalesha. Semalam, dalam usahanya mahu melarikan diri dia terserempak dengan beberapa orang lelaki bersut hitam. Salah seorang daripada mereka memikul Yigit Aslan yang tidaksedarkan diri. Terus Mia Kalesha mematikan niatnya untuk melarikan diri. Dia masuk semula ke kamar tetamu. Takut nanti dia ditembak dalam usaha melarikan diri. “Aku ingatkan kau mangsa bunuh dia orang,” tambah Mia Kalesha lagi.

Mengekek Yigit Aslan ketawa sambil menahan pedih di wajah yang terluka. “Oh, kau mengintip aku ya. Kau sukakan aku eh?” Mia Kalesha tersentak apabila diterjah dengan soalan itu. “Come on, Kesha. Aku tak marah. Bukan salah kau untuk menyukai aku. Tapi.. Aku harap kau matikan angan-angan kau terlebih dahulu sebelum kau kecewa. Sebab aku gay.”Kata-kata Yigit Aslan membuat mata Mia Kalesha terbuntang luas.

Mulut Mia Kalesha ternganga luas. Yigit Aslan menghampiri Mia Kalesha. Ngangahan mulut Mia Kalesha ditutup oleh Yigit Aslan dengan menaikkan dagu Mia Kalesha supaya bibir atas dan bawah gadis itu bertemu.

“Ya, Kesha. Aku gay. Aku tak dapat mengawal nafsu aku kepada kaum sejenis. Betapa ghairah bila aku melihat mereka semua....” tambah Yigit Aslan lagi.

“Ah!” Mia Kalesha menjerit . Kedua-dua telinga ditutup dengan tapak tangan. Tak sanggup aku dengar lagi. Hancur hati aku. Luluh. Peritnya tak bertepi. Argh! Aku terpikat dengan kau. Tapi kau.. kau gay. Ya Allah, Yigit... kembalilah kau ke pangkal jalan.

Yigit Aslan menarik tangan kiri dan kanan Mia Kalesha serentak. Tidak memberi peluang kepada gadis itu untuk menutup telinga. Terhiburnya Yigit Aslan dapat memperbodohkan Mia Kalesha. Naif betul kau, Kesha.

“Zaki..Ya, Zaki.. kau ingat lagi tak dia menangis dalam kereta sepanjang perjalanan ke rumah aku sehinggakan dia ketiduran? Kalau kau nak tahu, dia nangis tempoh hari sebab aku curang dengan dia. Aku pujuk dia tempoh hari,” tipu Yigit Aslan.

Sambung Yigit Aslan lagi, “Aku bawa dia balik ke sini. Kau tahukan yang aku hanya hantar kau pulang. Tapi Zaki tinggal kat sini. Dia bermalam kat sini.. Aku dan dia...” Belum sempat Yigit Aslan menghabiskan bicara, Mia Kalesha menjerit. Tak sanggup Mia Kalesha dengar luahan perasaan Yigit Aslan. Kecewanya Mia Kalesha.

“Aku cikgu Bahasa Melayu kau!” jerit Mia Kalesha sambil menutup telinganya.

“Apa?!” jerit Yigit Aslan. Terbuntang mata lelaki itu. Terus serius.

“Merangkap pengasuh kau...” Mendatar suara Mia Kalesha.

“Hah?!!” Naik pekak telinga Mia Kalesha dengan pekikan Yigit Aslan.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku