Handsome & the Beast
Bab 10
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 Ogos 2017
Memang dia handsome, pemilik sepasang mata hazel hijau. -Mia Kalesha- Ya, dia memang pembunuh. Tapi kalau dia tak ada, aku terbunuh. -Yigit Aslan Öztürk-
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
347

Bacaan






Tasha menahan Zaki di susur gajah ketika pelajar lelaki itu hendak ke kafeteri untuk mengalas perut sebelum solat zohor berjemaah di surau kampus.

“Aku ada perkara nak tanya kat kau,” terjahTasha yang keluar dari sebalik pokok yang ada di sepanjang susur gajah itu. Zaki mengusap-usap dadanya beberapa kali. Terkejut dengan sapaan Tasha yang datang mengejut. Zaki menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Amelia danZaiton.

“Cari siapa? Aku seorang ajelah. Budak-budak aku tak ada dengan aku sekarang,” beritahu Tasha yang menyedari Zaki seakan tidak percaya saat itu Tasha muncul tanpa seorang peneman. “Aku yang sebenarnya ada hal penting nak bincang dengan kau. Kau nak ke mana ni?”

“Kafe.”

“Jom. Aku belanja.” Tasha menarik beg galas Zaki. Hendak tidak hendak Zaki terpaksa juga ikut langkah Tasha.

  

 

“Berakhirlah hidup aku, Kesha. Semuanya musnah. Porak-perandalah lepas ni hidup aku.. Hidup aku dah berakhir Kesha. Berakhir...” rungut Yigit Aslan sambil mundar-mandir dalam kamar besarnya.

“Naik juling aku jadinya. Kau ke sana ke sini. Boleh tak kau duduk satu tempat aje?” tegas Mia Kalesha.

“Boleh tak kau resign aje?” pintaYigit Aslan.

“Gilaaaa... Mana boleh!”

“Boleh!”

“Tak bolehlah!”

“Kenapa tak boleh?”

“Sebab... erk... aku.. aku..” Mia Kalesha teragak-agak untuk menjawab.

“Sah! Kau sukakan aku. Betul tak?” Telahan Yigit Aslan memang betul tapi hanya kerana jatuh hati dengan Yigit Aslan bukanlah sebab utama Mia Kalesha menerima jawatan itu. Ada perkara yang lebih penting lagi, iaitu wang. Ya, jumlah yang akan dibayar oleh bapa Yigit Aslan cukup memberangsangkan.

“Uhfff!....” Mengeluh panjang Mia Kalesha dibuatnya. Tak habis-habis dengan tuduhan itu. “Kau ingat otak aku singkat semata-mata sukakan kau lepas tu sampai sanggup jaga tenggiling gergasi sebesar kau?”

“Jadi betullah ya kau memang suka kat aku?” soal Yigit Aslan berlagak. Berpeluk tubuh.

“Mm.. Ma.. Mana ada!” Mia Kalesha menjeling Yigit Aslan. “Aku panggil kau tenggiling gergasi kau tak marah pulak. Motif? Jangan-jangan kau yang suka kat aku tak?” Sengaja Mia Kalesha mahu sakitkan hati Yigit Aslan. Biar pemuda itu tahu yang dia tidak senang dengan telahan pemuda itu terhadap dirinya biarpun memang telahan pemuda itu benar belaka.

“Kau boleh panggil aku apa-apa pun yang kau suka. Itulah bezanya perempuan otak terencat tak cukup ketinggian macam kau dengan pemuda setampan aku,” ujar Yigit Aslan sambil mengenyitkan matanya kepada Mia Kalesha. Naik tegak bulu roma Mia Kalesha.

“Kau sengaja buat perasaan aku berperang kat dalam ni, kan? Kau saja nak goda aku!” Mia Kalesha tidak tahan dengan ujian sebegitu. Dia rasa betul-betul terpikat dengan Yigit Aslan. Mia Kalesha berharap agar Yigit Aslan tidak menggunakan ketampanannya itu sebagai senjata agar Mia Kalesha mengaku kalah dan letak jawatan.

“Kau sendiri yang kata yang kau tak suka kataku. So, tak ada masalahlah nak resign. Bukankah begitu?” Kata-kata Yigit Aslan memeritkan kerongkong Mia Kalesha untuk mengeluarkan walau sepatah perkataan. Pemuda itu tahu betul bagaimana untuk memerangkap Mia Kalesha. “Lagi satu, Kesha. Kalau kau panggil aku dengan panggilan yang bukan-bukan lagi senanglah kau boleh kehilangan kerja kau tau.”

“Sebab?” soal Mia Kalesha. Tidak percaya dengan kenyataan yang dibuat oleh Yigit Aslan.

“Sebab ayah aku pentingkan ketinggian nilai hormat para pekerja kepada majikan. Tapi terus terang aku cakap, aku tak kisah kau nak panggil aku lanun darat sekali pun sebab kaukan kawan aku. Tak berapa nak kawan sangat. Tapi bolehlah...” jelas Yigit Aslan panjang lebar sambil melangkah keluar daripada kamarnya. Tanpa menutup pintu biliknya. Meninggalkan Mia Kalesha yang berdiri kaku.

“Jom makan! Aku lapar!” ajak Yigit Aslan yang sudah sepuluh langkah jauh.

Mia Kalesha terus membuntuti Yigit Aslan ke ruang makan.

 

 

Sorrylah Tasha kalau inilah soalan-soalan yang kau ajukan kat aku. Memang terus-terang aje aku cakap, aku tak boleh tolong,” ujar Zaki lalu menghirup sirap limau ais dalam gelasnya.

“Kau cakap dengan aku, Zaki. Berapa aje yang kau nak. Aku boleh bayarlah!” balasTasha pula. Tidak mahu mengalah. “Aku minta tolong baik-baik, kan?”

“Ya... aku tahu. Memang kau minta tolong secara baik. Tapi apa yang kau minta tu yang tak berapa nak baik sangat. Aku tak boleh tolong okey. Bye,” jawab Zaki yang tidak mampu memenuhi keinginan Tasha. “By the way, terima kasih untuk nasi ayam madu yang kau belanja.”

“Wei... Kau nak ke mana?”

“Surau,” jawab Zaki. Ringkas sambil berjalan pantas ke surau.

“Ish, aku bukannya suruh kau bunuh orang. Bukannya susah sangat pun apa yang aku suruh. Dasar budak tak guna. Memang patut pun selama ni Zarif dan kawan-kawan dia memperlekehkan kau. Setakat baru berkawan rapat dengan Yigit Aslan dah naik lemak. Berlagak! Tak sedar diri,” bebel Tasha yang geram dengan Zaki yang menolak tawarannya jika lelaki itu melakukan apa yang disuruh oleh Tasha.

“Sayang.. makan seorang aje?” soal Zarif yang kebetulan lalu di situ. Tasha menjeling Zarif. “Poket I dah kering,” tambah Zarif lagi. Zarif menghadiahkan Tasha senyuman selebar mungkin.

“Pergi mampus sama kau. Aku tak hairan!” ujar Tasha lalu meninggalkan Zarif. Lelaki itu mengejar Tasha dan merengut tanganTasha. Kasar. “Lepaskan akulah, bodoh!”

“Apa masalah you sejak dua menjak ini hah?” soal Zarif. Tidak berpuas hati dengan layanan yang diterimanya. Tasha betul-betul tidak lagi menghargai Zarif.

“Aku dah malas nak bela kau lagi Zarif.”

“Hah? Malas? You tahu tak kalau you tak bagi I duit, I takkan menyamar jadi boyfriend you lagi tau,” ugut Zarif. “Sampai bila-bila.”

“Bagus. Memang itu yang aku nak.” Mata Tasha mencula.

“Tapi kos perubatan mak I makin meningkat, Tasha. Please Tasha, please...” rayu Zarif yang risau akan perbelanjaan emaknya yang makin meningkat.

“Carilah kerja pemalas. Orang miskin macam kau memang rendah harga diri, kan?” Kata-kata Tasha betul-betul buat Zarif makin hati.

Sebenarnya dalam diam selepas beberapa kali Zarif membawa Tasha menemui emaknya yang terlantar di hospital, hati Zarif terbuka menerima Tasha. Zarif sedar hubunga nmereka selama tiga tahun hanyalah olok-olok belaka. Ini kerana Tasha perlu mendampingi lelaki paling popular di kampus. Kini, Zarif tidak lagi sepopular dulu. Sebab itu dia dibuang bagaikan sampah.

You nak ke mana tu?” tanya Zarif sedikit lantang. Memandangkan Tasha sudah agak jauh meninggalkan dirinya.

“Surau!” jerit Tasha. Dua pasang mata gadis yang lalu di situ memerhatikan Tasha atas bawah selepas mereka dengar yang Tasha hendak ke surau. Mereka tergelak kecil. “Apa tengok-tengok? Tak percayakah, hah?!” tengking Tasha. Mereka berlari meninggalkan Tasha.

“Surau? Seriously dia solat? Tapi perangai sikit punya jahat mengalahkan setan,” bebel Zarif seorang diri.

 

 

Yigit Aslan ditemani Mia Kalesha di ruang makan. Bik Yati yang menyedari akan kehadiran Yigit Aslan di meja makan segera berlari mendapatkan Tuan Mudanya itu. Meninggalkan dapur dan kerja-kerja menguli tepung untuk dibuat roti zaitun.

“Tuan Muda sila kembali ke kamar. Nanti saya bawakan segelas susu dan roti untuk tuan,” ujar Bik Yati sebaik sahaja dia berdiri di sebelah Yigit Aslan. Pemuda itu tersenyum. “Cik Mia mengapa biarkanTuan Muda keluar daripada kamarnya? Tak elok begitu. Lain kali bawakan sarapan untuk dia.”

“Teruk sangatkah keadaan saya, Bik?” tanya Yigit Aslan. Lain benar sifat pemuda ini saat dengan Mia Kalesha. Dengan orang gajinya pijak semut pun tak mati. Maklumlah, orang tak pernah ada kawan perempuan selama hayatnya. Bekas teman wanita pernah ada. Itupun sekali sahaja. Bik Yati menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Tapi...” balas Bik Yati tidak tahu ingin berkata apa.

“Sudah. Lupakan soal sarapan. Saya nak makan macam biasa. Bik masak apa? Hidangkanlah apa-apa pun janji rezeki. Perut saya dah lapar ni.”

“Iya.. iya..” jawab Bik Yati bersemangat. Dia segera kembali ke dapur.

Mia Kalesha berniat mahu mengikut Bik Yati. Tetapi lengannya dipegang oleh Yigit Aslan. Langkah kaki Mia Kalesha terhenti.

“Duduk,” arah Yigit Aslan. Lalu merentap perlahan lengan Mia Kalesha sehingga gadis itu terduduk di kerusi yang ada bersebelahan dengan Yigit Aslan. “Jadi kau dah buat keputusan walau apa pun yang terjadi kau takkan tinggalkan aku?”

“Hah?” Mia Kalesha kebingungan. Gila nak tinggalkan kau. Aku yang rugi tau... Getus hati Mia Kalesha.

“Maksud aku kau tak mungkin lepaskan posisi jawatan kau sekarang ni walau apa pun yang terjadi? Jelas? Faham?” Yigit Aslan mendekatkan mukanya ke muka Mia Kalesha.

“Mestilah,” jawab Mia Kalesha penuh yakin.

“Berapa ayah aku bayar kau sebulan?”

“Penyibuk. Buat apa kau nak tahu?”

“Mestilah aku nak tahu. Tanpa aku kau tak bekerja kat sini tau. Berterima kasihlah dengan kehadiran aku kat dunia ni. Sekurang-kurangnya aku dah pun jadi punca rezeki kau.”

“Eleh... berlagak,” ujar Mia Kalesha dalam bahasa ibundanya.

No Malay please. Ajarkan aku bahasa ibunda kau dulu baru boleh cakap Melayu dengan aku,” arah Yigit Aslan. Mia Kalesha buat-buat tidak kisah dengan pandangan menggoda Yigit Aslan.

Ah! Kau buat aku terbang melayang. Rasa macam nak cubit-cubit aje pipi kau. Geram tau. Getus hati Mia Kalesha lagi.

So, berapa ayah aku bayar kau?”

“Tak naklah beritahu kau. Janganlah paksa. Malulah aku. Nampak sangat aku ni tahap kuli-kuli aje,” jawab Mia Kalesha.

“Sampai macam tu sekali kau fikir? Kau tahu tak pendapatan kau halal?” soal Yigit Aslan. Mia Kalesha mengangguk kepalanya. “Apa kau nak malukan sedangkan kau sepatutnya berbangga dengan diri kau sendiri. Saat orang lain balik dari kolej dia orang lepak-lepak atau luangkan masa dengan hobi dia orang tapi kau ke mari untuk bekerja. Apalah kau, Kesha.” Yigit Aslan menggeleng kepalanya. Beberapa kali.

“RM5000,” jawab Mia Kalesha perlahan. Yigit Aslan melihat jam dinding besar yang berada tidak jauh darinya. Pukul 2.30 petang.

“Eh, kejap kau cuti eh hari ni? Kau dah berhenti belajar?” Yigit Aslan berasa pelik. Dia cuti hari ini kerana sakit. Tetapi mengapa pula gadis itu ada bersamanya.“Bukankah sepatutnya kau datang sini pukul 5.00 petang?” Langsung Yigit Aslan lupa soal bayaran gaji bulanan Mia Kalesha.

“Bukanlah. Seminggu ni aku cuti untuk jaga kau,” ujar Mia Kalesha sambil menuding jari kepada Yigit Aslan. “Gaji aku bulan ni lebih RM500 tau untuk jaga kau.”

“Oh, macam tu. Baguslah tak payah pergi kampus dapat duit lebih lagi tu. Dapatlah kau RM4500. Jangan risau okey.”

“RM5500lah...” pintas Mia Kalesha.

Berkerut dahi Yigit Aslan. Walaupun kepala dia masih mereng akibat dipukul semalam tapi otak dia waras. Belum hendak mereng lagi.

“Daripada mana datangnya RM1000 lagi? Kalau tak silap aku kau dibayar RM4000.”

“Erk..ah..” Mati nak beritahu dia. Aku dapat RM1000 lagi untuk spy kau sepanjang masa kat kampus untuk pengetahuan kau. Aduh.. Mia Kalesha mengetap bibir. Mata Mia Kalesha hanya memerhati tindak-tanduk Bik Yati menyediakan makanan. Kebetulan Bik Yati sampai dengan membawa aneka jenis makanan. Mak aih, ini nak buat majlis makan agaknya. Getus hati Mia Kalesha.

Yigit Aslan tidak fikir yang bukan-bukan. Lagipun tujuan dia tanya hanya untuk tahu sahaja. Bukannya apa. Baguslah ayahnya menaikkan jumlah pembayaran. Ada rasa kesian di hati Yigit Aslan dengan kedaifan Mia Kalesha dan ayahnya. Sebab itu jugalah Yigit Aslan tidak merancang untuk bertindak yang bukan-bukan agar Mia Kalesha beralah untuk bekerja sebagai guru bahasa merangkap pengasuhnya.

“Berapa umur kau Kesha jadi pengasuh aku?” Tiba-tiba soalan itu terpacul keluar. Bik Yati telah pun siap menghidang makanan

“22 tahun. Kenapa?”

What?!” Melopong mulut Yigit Aslan selama tiga saat. Dia mematikan niatnya untuk menyuap adana kebab ke dalam mulut. Minuman kultur berwarna putih yang sudah siap dituang ke dalam gelasnya diteguk rakus. “Aku cuba terima baik status kau sekarang tapi kau terlalu muda untuk jadi pengasuh aku, Kesha.”

“Yakah? Berapa umur kau?” soal Mia Kalesha.

“23,” jawab Yigit Aslan selamba. Roti disuakan ke dalam mulutnya.

“Alahai tua sangat...” perli Mia Kalesha.

 

 

Keluar sahaja Zaki daripada surau dia nampak Tasha di kaki lima. Zaki mengeluh panjang. Alamak dia ni sanggup tunggu aku depan kaki lima surau. Tak malu agaknya pelajar-pelajar lelaki yang keluar dari surau perhatikan dia. Ish, Tasha tolonglah jangan menghantui hidup aku. Cukup-cukuplah hidup aku dihantui boyfriend kau dan kawan-kawan dia.

 “Lantak kaulah,” bebel Zaki melintasi Tasha. Dia buat-buat tidak nampak sahaja kewujudan Tasha di depan mata.

“Ewah, ewah.. Hoi, ke mana kau nak pergi tu?” pekik Tasha. Zaki menjulingkan biji matanya dan menjelir lidahnya keluar kepada Tasha. “Amboi, ada hati nak ejek aku padahal baru lepas sembahyang. Tunggulah, hoi!” Tasha mengejar Zaki yang berjalan pantas meninggalkan dirinya.

“Cik adik kejar imamkah?” soal seorang pelajar lelaki yang berada di halaman surau.

“Mungkin dia tak boleh jadi imam untuk cik adik kot. Jangan-jangan dia dah ada makmum pilihan,” ujar pelajar lelaki lain pula. “Meh pilih abang bertiga. Sedia menunjukkan jalan yang lurus buat cik adik yang tersesat jalan pulang ni.”

“Bergetartak tulang rusuk?” soal kawannya pula.

“Ha’ah! Bergetar!” Tasha menggoyang-goyangkan dadanya seperti penari Arab. "Aku  nak cium-cium dia. Kenapa?! Kau jealous ya?” jawab Tasha. Lantang. Meluat pulak aku dengan mamat-mamat surau ni. Kolot. Muka tak handsome. Tak pandai bergaya. Lainlah kalau macam Yigit Aslan. Kalau yang itu berpurdah pun aku sanggup untuk dia tau.

“Allah, Allah...” Seorang daripada mereka berdua mengeluarkan tasbih dan berzikir. Kuat betul ujian seorang perempuan seperti Tasha itu.

“Astaghfirullah al-azim...” Dua orang lagi beristighfar. Bahayanya fitnah perempuan.

Tasha senyum lebar. Meleret hingga ke telinga. Baru kau orang tahu padahnya menyakitkan hati aku. “Apa kau orang pun nak aku cium ya? Meh sini aku cium seorang demi seorang,” ujar Tasha yang cuba menakutkan mereka. Selangkah Tasha bergerak menghampiri mereka selangkah mereka mundur ke belakang. Tasha maju ke hadapan lagi. Mereka pun lari pecut meninggalkan perkarangan surau.

Zaki pusing ke belakang hendak melihat apa yang bising sangat. Zaki menepuk dahinya. “Aduh, bahana betullah minah senget ni.” Zaki terus sambung berjalan meninggalkan Tasha.

“Hei, tunggulah!” pekik Tasha. Gadis bertumit tinggi itu mengejar Zaki. “Kalau kau tak nak tolong aku sekali pun, bagilah ruang dan peluang untuk aku memenangi hati Yigit. Beritahulah kat aku sedikit sebanyak tentang dia. Apa yang dia suka. Apa yang tak. Kekurangan dan kelebihan dia.”

Zaki menoleh Tasha yang berdiri di sebelahnya.

“Aku bukan aje tak nak tolong kau dapatkan Yigit. Nak tunjukkan jalan untuk kau berusaha sendiri untuk dapatkan dia pun aku tak nak tau!”

“Eleh. Macam bagus sangat,” bebel Tasha.

“Sekurang-kurangnya aku masih menjalankan tanggungjawab aku kepada Sang Pencipta,” jawab Zaki.

“Diamlah! Okey fine! Tak nak tolong tak apa. Tapi beritahulah aku mana Yigit?”

“Tak nak!”

“Naklah!”

“Tak!”

“Nakkkkk!!”

“Kau kena rasukkah apa?”

“Hei, ini rupanya kerja kau orang berdua ya? Oh, patutlah you dah berubah sekarang. Rupa-rupanya ada hubungan sulit dengan Zaki. Dah lama you selingkuh dengan I?” soal Zarif bertalu-talu yang kebetulan menunggu Tasha tidak jauh daripada surau. Sangkanya Tasha solat di surau. “Tasha, dengan I pun you tak semanja bila you dengan Zaki.”

“Ha’ah. Memang kita orang dah lama menjalin hubungan cinta. You adalah insan yang menjadi penghalang cinta kita orang,” ujar Tasha. Yakin. Bersemangat. Mendengar kata-kata nista Tasha itu, melopong luas mulut Zaki.

Agak-agaklah kot iya pun kau nak lari daripada dia. Kenapa aku yang kena. Zaki tidak berpuas hati dirinya dipergunakan oleh Tasha untuk meloloskan diri daripada Zarif.

“Tergamak kau Zaki merampas kebahagian aku. Dalam diam kau balas dendam eh selama ni aku buli kau?” Zarif mencengkam kolar baju kemeja Zaki.

Zaki melepaskan cengkaman itu. “Alang-alang Zarif ada kat sini. Kau tanyalah dia mana perginya Yigit menghilang. Aku pergi dulu. Bye.” Zaki mara beberapa langkah meninggalkan Tasha dan Zarif.

“Mana dia tahu. Kau kembali ke sini!” jerit Tasha.

“Satu kuliah kita orang tahu tentang apa yang menimpa Yigit,” jawab Zaki kemudian hilang daripada pandangan mereka berdua. Tasha sentap mendengar jawapan Zaki.

So, mana Yigit?” Tasha menyoal Zarif. Pemuda itu mengusap mukanya. Girls kat kuliah tak habis-habis dengan topik Yigit. Sekali dengan Tasha pun sama. Bosanlah! Bebel hati Zarif. “Jawablah!” tengking Tasha yang menanti jawapan.

Ah! Bosanlah aku. Yigit, Yigit,Yigit!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku