#AntologiDarius
Bab 1
Genre: Alternatif
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 Ogos 2017
Merupakan kisah hidup Darius,jurugambar profesional serta insan-insan sekelilingnya.Ikuti suka duka kehidupan mereka sama ada dalam percintaan,kekeluargaan,persahabatan,konflik,misteri.sains fiksyen dan futuristik serta diselit dengan unsur islamik.Novel yang lain daripada yang lain.Di luar kebiasaan daripada novel yang berada di pasaran.Adakah Darius mampu mencari cinta sejati? atau adakah Darius akan terus menanti sehingga ke pintu syurga?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
303

Bacaan






Jam tepat menunjukkan pukul 3.00 petang.Seperti biasa,aku akan berada di pejabat aku pada hari biasa untuk menyiapkan kerja yang tertangguh.Renungan aku tepat pada paparan skrin di hadapan aku.Kelihatan gambar potret pasangan pengantin jelas dapat dilihat di skrin tersebut.Tangan kanan aku dengan pantas menghalakan tetikus ke arah gambar tersebut untuk dikemaskan mengikut kepada permintaan pelanggan.Tidak kelihatan sesiapapun selain daripada aku yang berada di dalam pejabat tersebut.Maklumlah perniagaan aku baru mencecah usia setahun.Jadi keupayaan untuk mengambil pekerja lain adalah mustahil ketika ini.Namun ia tidak mematahkan semangat aku untuk terus berniaga.

Alunan kata-kata pujian kepada Rasulullah S.A.W dapat didengari keluar daripada sistem bunyi komputer yang sedang digunakan oleh aku.Terikut mulut aku dengan bait-bait kata yang dihembuskan.ahli kumpulan nasyid tersebut.Lokasi pejabat perniagaan aku berada di tengah-tengah kesibukan kotaraya yang penuh dengan pancaroba dan fatamorgana.Hanya kekuatan dan kecintaan pada Yang Esa menjadi pembekal di dalam diri.Sekali alpa,memang akan ke lembah kehancuran akhlak.Bayangkanlah berapa banyak kelab malam yang mempunyai lesen sah untuk berniaga di dalam bandar ini?.Itu belum lagi dikira dengan kelab malam yang beroperasi secara haram.Tambah lagi dengan sarang pelacuran dan sarang perjudian.Sepanjang aku hidup di kotaraya ini,banyak kawan-kawan aku kecundang dengan godaan dan dugaan tersebut.Aku hanya mampu berdoa supaya Allah selamatkan mereka dan bawa mereka kembali ke jalan yang diredhaiNya.

Sedang aku asyik melakukan kerja aku di komputer,tiba-tiba telefon pejabat aku bordering.Dengan pantas aku mengangkat gagang telefon dan memberi salam.

“Assalammualaikum.Ini Syarikat Syurga Fotografi.Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?”

Ayat yang selalu aku gunakan tiap kali telefon pejabat aku menerima panggilan.Sebab apa aku buat macam nie sebab aku nak bakal pelanggan aku tahu bahawa syarikat aku ni menerapkan etika profesionalisme di dalam budaya kerja.Ini dapat meningkatkan kredibiliti syarikat aku di mata pelanggan.

“Waalaikummusalam.Saya Johan.Saya cadang nak ambik syarikat saudara untuk majlis perkahwinan saya.Boleh tak kalau kita jumpa untuk bincang dengan lebih lanjut lagi?” balas suara yang keluar dari gagang telefon tersebut.Dalam hati aku bersyukur kerana ada rezeki masuk pada hari ini.

“Boleh tiada masalah.Bila dan dimana saudara ingin berjumpa? Senang saya nak set dalam jadual saya dan saudara.”Lantas aku dengan pantas mengambil pen yang berada di atas meja beserta dengan nota kecil di sebelah telefon yang memang dikhususkan untuk mencatit perkara penting.

“Boleh kita jumpa esok tengahari di Restoran Seri Menanti,senang sikit sebab dekat dengan pejabat saya.”cadang lelaki tersebut

“Ok,tiada masalah.Tengahari di Restoran Seri Menanti.Kalau ada sebarang perubahan boleh maklumkan kepada saya semula.”balas aku sambil menulis waktu dan lokasi yang ditetapkan.

“Terima Kasih.Assalammualaikum”

“Waalaikummusalam”Tamat sudah perbualan aku dengan lelaki yang dikenali sebagai Johan.

Seperti biasa,aku akan membuka buku jadual kerja aku untuk memastikan urusan teresbut tidak terlepas daripada perhatian aku.Maklumlah tiada setiausaha di syarikat aku ni.Semua kena buat sendiri.Nanti bila sudah stabil mungkin baru aku rasa nak ambil.Jadi segala appointment dengan pelanggan kena dikemaskini cara manual.

Jam di dinding telah menunjukkan pukul 4.45 petang.Penggera aplikasi waktu solat di telefon pintarku telah berbunyi.Aku hentikan seketika kerja yang sedang aku lakukan dan segera mengambil air wudhu’ untuk menunaikan kewajipanku sebagai hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa.Setelah usai solat,waktu telah pun menunjukkan pukul 5.00 petang.Kerja yang aku lakukan tadi aku siapkan,Kemudian ku kemaskan segala peralatan dan meja kerana sudah tiba masanya aku kembali ke rumah.Maklumlah duduk di kawasan yang berpadatan tinggi.Kesesakan jalan menjadi rutin.So disebabkan itu,waktu operasi akan tamat pada pukul 5 petang.Sekurang-kurangnya aku akan sampai di rumah sebelum tamat waktu maghrib.

Aku mula beredar daripada pejabat setelah memastikan bahawa segala perkara telah dilakukan.Pejabat aku walaupun kecil tetap mempunyai barang yang agak mahal.Jadi keselamatan pejabat adalah perkara utama.Pejabat mestilah berkunci,Aku mula mencapai kunci motor aku dan bergegas ke lokasi motor aku disimpan.Aku mendongak memandang langit luas ciptaan Tuhan,Alhamdulillah cuaca cerah.Sekurang-kurangnya aku tak ditimpa hujan.Hari ni aku ke pejabat naik motor sahaja.Sebab aku takde ke lokasi.Kebanyakan pelanggan aku hari ini banyak yang buat photoshoot studio je.Maklumlah,kos kena kawal.Minyak sekarang nie plak tiap-tiap minggu harga berubah.Sekejap turun,sekejap naik.So disebabkan aku baru je mulakan bisnes,so kenalah buat macam nie.Lagipun lebih senang naik motor.Sesak jalan tue tak seteruk kalau naik kereta.Dengan tol lagi.

Sepanjang perjalanan pulang,kelihatan berpusu-pusu manusia bergerak pulang ke rumah masing-masing.Ada yang daripada tempat kerja,ada yang singgah sebentar mengambil anak daripada sekolah.Ada juga yang mengambil isteri di tempat kerja.Itu belum lagi dikira dengan yang mengambil insan bukan muhrim.Mujurlah hari ni tiada sebarang kemalangan berlaku dalam perjalanan pulang.Kalau tak tersangkut di jalan raya makin lama.

Setibanya aku ke rumah sewa,kelihatan kelibat teman serumahku juga baru sampai.Aku pun terus buka pagar rumah dan meletakkan motor aku di ruang hadapan rumah aku.Kucing peliharaanku,Neko juga turut sama menyambut kepulanganku.

“Hai Neko,rindu aku ke?.Ke ko sebenarnya lapar?” tanya aku kepada kucing aku yang aku bela sejak aku mula-mula tinggal disini.

“Nyaa”balas Neko.

Sudah semestilah aku tak faham apa yang cuba dikatakan olehnya.Aku bukan Nabi Sulaiman a.s yang mampu memahami bahasa haiwan.Apa yang mampu aku buat adalah dengan mengucap kepalanya dengan penuh manja.Neko pun mengerti apa yang aku cuba lakukan.Aku terus mencapai makanan kucing yang aku letakkan di kabinet khas di luar rumah dan mengisi semula bekas makanan milik Neko.

“Neko,makan.Aku nak masuk rumah mandi dan solat.Nanti kita main lagi ye.”ujar aku kepada Neko

Neko yang seakan mengerti akan arahan aku terus bergerak ke bekas makanannya dan menikmatinya.Aku terus buka pintu rumah dan masuk.Di ruang tamu tersebut teman serumahku sedang merebahkan dirinya di sofa yang empuk tersebut.Aku dengan segera bertanya kepadanya soalan.

“Assalamualaikum.Ko aku tengok penat semacam je hari nie?Nie ko dah mandi ke belum?”

“Waalaikumsalam.Macam biasalah.Keje dengan orang.Selagi bos suruh kenalah buat.Takkanlah nak tolak pulak arahan bos.Kau takpelah ada perniagaan sendiri.Aku nak rehat jap baru aku nak mandi,”balasnya

“Ok,tapi jangan lupa solat maghrib.Satgi lupa plak.”pesan aku kepada teman serumah aku.

“Baik ustaz Darius.Insyaallah”sindir dia kepada aku

“Jangan sebut je.Satgi lepas isyak kita keluar makan.Aku rasa stok makanan kita pun dah habis.”ajak aku.

“Hahaha.Janganlah marah.Aku buat.Ok jugak tue.Aku pun tak makan apa lagi nie.”balas dia terhadap ajakan aku tadi.

Setelah mendengar jawapannya aku terus menuju ke bilik untuk mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi.Rumah yang kami duduki ini mempunyai tiga biji bilik yang mana setiap seorang daripada kami menduduki satu bilik.Manakala yang satu lagi kami buat sebagai ruang penyimpanan barang yang jarang kami guna.Sewa yang dikenakan kepada kami juga tidaklah terlalu mahal.Dalam linkungan RM 800 untuk sebulan.Jadilah untuk kami berdua.Kedudukan taman ini juga strategik sebab di kawasan sekitarnya dikelilingi dengan lot kedai makan dan barang keperluan rumah.Jadi taklah menyusahkan kami untuk kami membeli barang keperluan.Cuma sebulan sekali sahaja kami akan pergi ke pasaraya besar untuk membeli stok makanan dan barang keperluan.

Oh,lupa aku nak kenalkan teman serumah aku.Namanya Farhain Bin Solihin.Sama umur dengan aku.Aku kenal dia di unversiti.Rupa dia lebih hensem daripada aku.Memang ramai yang minat dia di unversiti.Tapi disebabkan satu peristiwa kini dia merupakan lelaki yang sangat anti dengan wanita.Tapi jangan salah faham.Dia bukan lelaki yang diklasifikasikan sebagai kunyit mengikut terma budak zaman sekarang.Dia tetap straight.Kalau tak,memang aku takkan tinggal dengan dia sekali.Mintak dijauhkan.Tak nak aku dilaknat oleh Allah sepertimana kaum Nabi Luth a.s.Nak tahu kenapa dia jadi macam tue?Kalau aku nak terangkan,ia semua bermula semasa tahun akhir aku dengan dia di unversiti.


5 Tahun yang lalu

Asrama Lelaki

Universiti XX


Kelihatan Darius berada di mejanya sedang tekun mengulangkaji nota pelajaran yang dicatit ketika waktu kuliah.Ini kerana hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi peperiksaan akhir akan berlangsung.Sudah semestilah sebagai seorang pelajar,ingin memastikan dapat memperolehi keputusan yang cemerlang.Tetapi berbeza pula dengan roommatenya,Farhain.Darius memandang sahabatnya itu yang hanya terbaring di atas katil sambil menaip sesuatu di telefon pintarnya.

“Wei Farhain.Ko tak study  ke?Kan dah nak dekat peperiksaan akhir.Kalau tak lulus kena repeat semester kot.”tegur Darius kepada sahabatnya itu.

“Rilekla wei.Ada lagi masa nie.Aku nak chat jap dengan awek aku.”balas Farhain

Darius tahu sahabatnya mempunyai teman wanita.Kenapa pulak tidak untuk sahabatnya mempunyai teman?Dengan paras rupa yang dapat menandingi pelakon utama drama televisyen,tidak hairanlah kebanyakan wanita di universiti ini jatuh hati dengan sahabatnya.Ditambah pula mempunyai bentuk badan yang tegap disebabkan aktif di dalam sukan,mana-mana gadis pun akan terpesona dengan dia.Tapi dia sanggup berkawan dengannya yang tidak dipandang langsung oleh mana-mana wanita.Biasalah muka biasa-biasa je.Sebab itu Darius selalu menjadi medium penyampaian hasrat wanita yang ingin berkenalan dengan Farhain.Namun,dalam banyak-banyak wanita yang cuba,hanya satu sahaja yang berjaya menawan hati sahabatnya itu.Namanya Sheila.

Sheila juga tidak kurang hebatnya.Dia merupakan gadis yang sangat menawan dari segi rupa.Ibarat Farhain tapi versi wanita.Cuma…Darius takut apa yang didengarinya tentang Sheila akan melukakan hati Farhain.Dia tahu apa sahaja yang dia katakan tentang Sheila, cuma akan membuatkan Farhain marah kepadanya.Masam muka pulak dia nanti.Dahla tinggal sebumbung.Moga apa yang didengari itu cuma khabar angin yang cuba memburukkan imejnya.

Beberapa hari kemudian,pada waktu malam peristiwa yang mengubah sikap Farhain berlaku.

“Darius,jom kita keluar makan.”ajak Farhain

“Ok.Kita nak makan dekat mana?”Tanya Darius

“Emm,apa kata kita keluar makan dekat gerai depan hotel Pelangi?”cadang Farhain kepada Darius.

“On je asalkan kau belanja.”jawab Darius kepada Farhain.

“Emm,bolehla.Asalkan jangan lebih daripada RM30.”kata Farhain

“Yay,ok no problem.” Balas Darius dengan hati yang girang.

Kedua-duanya terus mempersiapkan diri untuk keluar seperti yang dijanjikan.Perjalanan ke gerai makan tersebut mengambil masa selama 30 minit daripada unversiti.Setibanya di kedai makan tersebut,ketika Darius dan Farhain baru sahaja ingin membuat pesanan,kelibat seseorang yang sangar dikenali keluar daripada Hotel Pelangi.Darius yang seakan tidak percaya cuba mengesahkan perkara tersebut dengan Farhain.

“Wei Farhain,itu bukan Sheila awek ko ke?”Tanya Darius

“Mana?”terkejut Farhain mendengarnya lantas cuba melihat untuk memastikan perkara tersebut.

Setelah diamati,memang benar itu Sheila,kekasih hati Farhain.Yang mengejutkannya adalah Sheila bersama dengan seorang lelaki yang lebih tua daripadanya sedang menuju ke arah sebuah kenderaan mewah.Melihat situasi tersebut Farhain dengan pantas meluru ke arah mereka sepantas mungkin.Darius yang tergamam dengan tindakan sahabatnya itu mengejarnya daripada belakang setelah memohon maaf kepada pelayan dan membatalkan hasrat memesan makanan.

“Sempatkah aku halang dia nie?”bisik Darius di dalam hati

Darius tahu apa yang akan berlaku selepas ini.Dan kalau dibiarkan mungkin akan menjadi peristiwa yang tidak diingini.Farhain yang telah berjaya menghampiri mereka berdua cuba menegur.

“Shiela,apa awak buat dengan lelaki ini dekat hotel tue?”

“Farhain,apa awak buat dekat sini?”jelas Sheila terkejut dengan kehadiran Farhain tatkala menjawab soalan yang dikemukan olehnya.

“U siapa?.Kenapa nak tahu i buat apa dengan dia?Lagipun I dengan dia dah sama2 setuju.Lagipun bukannya I buat dengan dia percuma”kata lelaki tersebut kepada Farhain.

“Astagfirullahalazim.Sanggup awak Sheila buat macam nie?Saya ingat awak wanita yang baik.Kenapa awak lakukan semua nie?”Terpaku Farhain mendengar penjelasan lelaki tersebut.Tidak disangka wanita yang sangat dicintainya itu menghancurkan hatinya.

“Maafkan saya Farhain.Saya terpaksa.Saya perlukan duit untuk tampung kehidupan.Ini sahaja cara yang saya tahu.”Tangis Sheila sambil merayu kepada Farhain.

“Apakah sehingga sanggup menjual kehormatan diri kepada lelaki berhidung belang?.Saya percayakan awak selama ini.Sanggup awak tipu saya.”jelas terpancar di riak wajah Farhain yang dia benar-benar kecewa dengan Sheila.

“U teman lelaki dia ke?U tak tahu ke dia buat servis dekat lelaki yang memerlukan.Sheila ni famous  tau dekat sini.Hehe”ujar lelaki tersebut sambil ketawa sinis.

Melihat kepada reaksi lelaki tersebut,Farhain dengan penuh geram cuba untuk melepaskan satu tumbukan padu pada wajah lelaki tersebut.Mujurlah,Darius sempat menghalang penumbuk Farhain itu daripada singgah ke muka lelaki tersebut.

“Tuan,baik tuan beredar daripada sini.Bawa Sheila sekali.Cuma satu sahaja saya nak nasihat dekat tuan.Tuan mungkin kaya dengan harta,tapi jangan ingat dengan harta tersebut tuan akan selamat daripada azab api neraka.Usia tuan nie sepatutnya tuan banyakkan amalan sebagai bekalan ke akhirat.”Darius berkata sambil menasihati lelaki tersebut.

Lelaki tersebut mengambil nasihat Darius dan beredar bersama dengan Sheila.Darius yang kini sedang melihat keadaan Farhain,seperti hatinya ditusuk cerucuk besi.Jujur Darius dapat rasakan kesedihan Farhain.Farhain merupakan sahabat akrabnya.Jika Farhain sedih,Darius turut sama bersedih.Ibarat cubit paha kiri,paha kanan terasa.

“Farhain,jomlah kita beredar.Ramai yang ushar kita.Mari kita cari satu tempat untuk kau tenangkan perasaan kau.” Cadang Darius kepada Farhain.

Farhain hanya mengangguk.Darius tahu Farhain benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku.Farhain benar-benar sayang kepada Sheila.Malah pernah Farhain menyatakan hasrat untuk memperisterikan Sheila sebaik sahaja tamat pengajian kami.Darius mengiringi Farhain sambil meletakkan tangannya di bahu Farhain.

Kebetulan di depan kelihatan dataran di mana kebanyakannya manusia meluangkan masa menikmati suasana malam bersama sahabat dan insan tersayang.

“Kau ok ke Farhain?”soal Darius kepada Farhain.

“Ada ke orang yang ok lepas jadi macam nie?” balas Farhain

“Kira ok la tue boleh balas soalan aku dengan jawapan yang sangat tajam.Aku sebenarnya rasa bersalah dengan kau.Kalaulah aku bagitahu dengan perkara ini dengan kau,takdelah kau kecewa macam nie.”terang Darius sambil menundukkan wajah ke tanah.

“Kau tak perlu rasa bersalah.Aku pun tahu pasal khabar angin tue.Tapi aku cuma anggap itu semua fitnah.Bila aku nampak sendiri dengan mata aku dan dia pun mengaku,memang aku rasa sedih sangat.”balas Farhain semula.

“Dahla Farhain,tak guna kau bersedih untuk dia.Anggaplah Allah duga kehidupan kau.Mungkin Allah hadirkan dia untuk ajar kau makna cinta.Allah mungkin akan beri yang lebih baik selepas ini.”ulas Darius kepada Farhain.

“Ntahla,aku berazam aku takkan beri peluang kepada mana-mana wanita untuk buat aku jatuh cinta dengan aku.”tekad Farhain tanpa menghiraukan nasihat Darius.

“Ish,tak baik kau cakap macam tu.Setiap apa yang berlaku atas izin Allah Yang Maha Esa.”ujar Darius

“Tak kira,itu ikrar aku.”tegas Farhain

“Ikut kaulah Farhain.Aku dah nasihatkan kau.Jangan kau jadi kunyit sudah.Dahla kita satu bilik.Aku sayang teruna aku.”geleng Darius sambil memberi amaran kepada Farhain.

“Woi.Ingat aku teringin ke dengan teruna ko.Tak hingin aku wei.Hahahaha”balas Farhain.

Gelak tawa mereka berdua menunjukkan peristiwa yang berlaku tadi kini hanya tinggal kenangan.Darius pula berharap agar masa dapat menyembuhkan hati sahabatnya itu.


Kini

Rumah Sewa


So macam tue lah Farhain jadi anti perempuan.Walaupun dah lima tahun berlalu,tapi hati dia still macam tue.Banyak juga perempuan lain yang cuba pikat dia,tapi hatinya memang keras.Nasib baiklah dia tak hancurkan hati diorang dengan mainkan perasaan dia.Aku plak dah cuba tarbiah dia setiap hari tapi tak jadi apa.So sekarang aku cuma berdoa supaya Allah swt lembutkan hati dia dan move on daripada peristiwa tersebut.

“Woi Darius,dah siap ke?” tanya Farhain

“Sekejap.”balas aku

Aku bangun daripada sejadah yang aku gunakan untuk solat dan melipatnya semula ke keadaan asal.Kemudian aku menyalin pakaian dan bersiap untuk keluar makan bersama Farhain.Lokasi kedai makan dengan rumah kami tak lah jauh mana pun dalam 15 minit je dah sampai.

“Naik motor jela wei.Aku bonceng.”cadang Farhain kepada aku

“Ok,ko bukak pagar cepat.Neko,jaga rumah baik-baik ye”pesan aku kepada kucing belaan aku.

“Cepatlah,aku lapar gile nie.”kata Farhain sambil menyarungkan topi keledar bersiap sedia untuk membonceng motor.

“Yela,aku nak keluarlah nie”balas aku sambil menghidupkan motor lalu keluar daripada rumah.Farhain terus mengunci pintu pagar dan membonceng di belakang aku.Terus saja aku bergerak ke kedai makan yang dituju.

Setelah 14 minit,kami sampai ke kedai makan yang kami maksudkan.Kedai makan Kak Maya.Maaflah kami tak makan dekat kedai mamak.Sejak tular video yang menunjukkan tahap kebersihan kedai makan mamak,kami nekad untuk tidak makan di kedai mamak lagi.Rasa nak muntah je bila ingat.Kedai Kak Maya nie terkenal sebab masakan dia sedap.Mungkin sebab tukang masak yang mereka ambik,ataupun resepi mereka.Tapi memang kedai Kak Maya nie tiap-tiap hari sesak.Sampai kadang-kadang kena kongsi meja dengan pelanggan lain.

Setelah selesai membuat pesanan,Farhain tiba-tiba soal aku.

“Darius,macam mana dengan bisnes kau?Ok tak?”

“Alhamdulillah.Lepasla nak bayar sewa kedai,sewa rumah dengan nak hidup.Biasalah perniagaan baru lagi.Pelanggan pun tak ramai lagi.Yang kau ttanya aku,kerja kau macam mana?Sejak akhir-akhir nie aku tengok kemain lagi sibuk kau.Selalu kau balik awal daripada aku.Sekarang aku balik kau pun baru sampai.Kau naik pangkat ke?” tanya aku kepada Farhain.

“Haa,nie aku nak cakap nie.Aku memang geram betul dengan bos baru aku ni.Menyirap aku dibuatnya.”Farhain terus mengubah nada suaranya.Agak marah sedikit tona suaranya.

“Apa yang dia buat dekat kau sampai kau marah-marah nie?”tanya aku dengan sedikit rasa ingin tahu timbul.

“Kau tahu tak dia buat aku macam pekerja bangla.Habis semua dia suruh aku.Dahla dia ingat dia lawa ke?.Menyampah aku.Nasib baikla dia tue bos”rengek Farhain kepada Darius.

“Bos baru kau perempuan ke?”tanya Darius inginkan kepastian

“Ye.perempuan paling menyakitkan hati pernah aku jumpa dalam hidup aku”jawab Farhain dengan geram.





Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Prolog | Bab 1 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku