Anehnya Cinta
BAB 26
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2012
Pertemuaan Afini dengan Yus telah menggegarkan satu ofis. Yus, sering kali mengamalkan sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa sangka, dua insan yang sering bermasam muka ini akhirnya terpaksa mendirikan rumah tangga.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
8781

Bacaan






26

Hampir seminggu Afini mengisytiharkan perang dingin dengan Yus. Sewaktu di rumah, bilik merupakan zon selamat untuknya diami sepanjang tempoh tersebut. Yus pula pada kebiasaannya akan terus menghilangkan diri selepas dia menghantar Afini pulang. Baliknya pula melebihi waktu tengah malam.

Sepanjang perjalanan pulang dari pejabat, seperti biasa suasana bisu akan menyelubungi Afini dan Yus. Walaupun jarak di antara syarikat dan kondominium milik Yus tidaklah berapa jauh, namun tika ini terasa masa berlalu dengan begitu perlahan. Andailah dia mampu terbang, pasti sudah lama dia meninggalkan lelaki yang sedang menumpukan perhatian terhadap pemanduan saat ini.

Handphone Afini berdering. Cepat sahaja Afini mendapatkanhandphone yang berada di dalamhandbag. Tetapi saat terlihat nama sang pemanggil yang tertera di skrin, dia pantas mematikan niatnya. Deringan senyap seketika. Namu,n beberapa saat kemudian melodinya hadir semula dan seperti sebelumnya, dia hanya membiarkan sahaja.

“Kenapa tak jawab?” tanya Yus kasar.

Afini bagai tidak percaya yang Yus sedang bertanyakan soalan itu.

Setelah hampir seminggu, akhirnya Yus berbicara jua dengan dirinya. Kiranya dalam perang ini, Afini lah yang menjadi pemenangnya.

“Siapa telefon?” Yus masih bertanya apabila Afini tidak memberikan jawapan terhadap soalan sebelumnya.

“Tak penting,” jawab Afini, sepatah.

“Tak penting? Panggilan tu tak penting ke? Atau tak penting untuk you menjawab soalan I?” tanya Yus dengan suara sinis.

Afini malas hendak berbahas dengan lelaki yang sentiasa mencurigai dirinya itu. Lantas, dibiarkan sahaja persoalan itu tanpa jawapannya. Suasana kembali menyepi. Tetapi ia tidak lama.

Sekali lagihandphone Afini berdering dan sepantas kilat Yus merampashandphone yang sedang dipegangnya. Dia tergamam. Tidak menyangka yang Yus akan bersikap seperti itu sedangkan dia sedang memandu. Debaran kian kuat terasa di dadanya apabila Yus meletakkanhandphonenya ke telinga. ‘Oh tidak!’

“Siapa ni?” tanya Yus sedikit kasar.

“Ooo… Zack.” Sambil menyebut nama itu, Yus menjeling tajam ke arah Afini.

‘Mati aku!’ Peluh dingin membasahi Afini.

“Dia tak ada. Mandi. Boleh I tahu kenapa you nak bercakap dengan dia?” Tipu Yus dan terdengar nada ketidaksenangan dalam bicaranya.

“Okey. Nanti I minta diacall you balik.” Tanpa mengucapkan salam Yus terus memutuskan talian.

Afini diam. Dia menantikan reaksi daripada Yus. Dia pasti Yus akan melenting selepas ini.

Yus menghelas nafas kasar. Dengan pantas, dia menekan butang yang mengawal turun naik cermin kereta. Sekuat hati dia mencampakkanhandphone Afini. Nasib baik jualah tidak terkena cermin hadapan sebuah kereta yang memandu bersebelahan dengan mereka. Tetapi kerana si pemandu berang dengan sikap Yus, hon dibunyikan.

Yus tidak menghiraukan bunyi hon yang diberikan akibat sikap kurang ajarnya. Cermin kereta sudah lama dinaikkan semula. Dia menguatkan penghawa dingin.

Afini hanya mampu menelan liur, melihathandphonenya yang berkecai. Dia masih mendiamkan diri, takut untuk berkata atau melakukan apa-apa. Tidak dihiraukan rasa sakit hati akibathandphonenya dicampak keluar. Biarlah… biarlah dia kehilangan gajet itu daripada kehilangan nyawanya!

“Tak guna!” jerit Yus.

Afini benar-benar takut melihat muka Yus yang kelihatan bengis.

“Patutlah bila aku mintak ‘hak’ aku, kau tak bagi! Rupa-rupanya kau ada hubungan sulit dengan lelaki jahanam tu! Betul kan? Jawab!”

Hampir menitik air mata Afini mendengar tengkingan Yus. ‘Mampus aku! Yus betul-betul dah naik hantu ni!’ Ketakutan kian mencengkam kuat tali hati Afini.

“Jawab!!!” Sekali lagi Yus menengking. “Kau bisu ke apa?! Aku tanya kau ni!”

Saat ini Yus sudah memberhentikan keretanya di bahu jalan. Lengan Afini dicengkamnya kuat.

“Sakit…” Air mata Afini mula berlinangan. “Sakit! Tolong lepaskan I!”

Namun Yus tidak menghiraukan rayuan Afini. Malah lelaki itu kian mengcengkaman Afini dengan kuat.

“Kau ingat kalau kau menangis, aku akan simpati! Hah! Kau memang perempuan tak guna!”

“I tak ada hubungan sulit dengan sesiapa termasukZack! Dia cuma sahabat I.”

“Sahabat? Kalau sahabat kenapa kau tak jawab panggilan dia tadi? Kau takut?! Takut aku tahu yang kau ni memang ada hubungan sulit dengan dia!”

Kali ini Yus sudah melepaskan lengan Afini. Tetapi pandangannya masih tepat ke arah isterinya itu, bagai mahu dibahamnya Afini saat ini.

“I memang tak ada apa-apa hubungan dengan Zack. Dia cuma telefon I untuk bertanya khabar. Itu aje.”

“Bertanya khabar? Tolonglah… macamlah telinga aku ni pekak! Tak dapat nak cam suara orang yang tengah sedih! Kenapa? Dia sedih sebab kau dah tak layan dia ke?”

Hati Afini kian berdarah mendengar fitnah dan syak wasangka daripada Yus. “Yus… walaupun you tak pernah layan I dan anggap I sebagai seorang isteri, tapi… sumpah demi Allah yang I memang tak pernah ada hubungan sulit apatah lagi nak melakukan dosa besar seperti yang you sangkakan itu. I tahu siapa I di sisi you. Tapi, tolong jangan fitnah I sampai macam tu sekali. I masih ada maruah sebagai seorang perempuan dan tolong hormati I.”

Linangan air mata Afini kian laju mengalir.

Kemarahan Yus yang menggila terus menghilang saat melihat air mata Afini. Dia menghela nafas berat.

Yus termenung di depan bilik Afini. Masih terngiang-ngiang di telinga Yus akan kata-kata Jeff.

“Kau kena belajar untuk bersabar. Kawal marah kau tu! Kau tak boleh nak terus-terusan sakitkan hati Afini. Lagipun, aku tak percaya yang Afini tu jenis perempuan yang macam kau sangkakan tu. Aku yakin dia tak ada hubungan dengan Zack! Ini cuma salah faham. Kalau kau sayangkan Afini, kau kena percayakan dia!” nasihat Jeff.

Tangan Yus masih berkira-kira sama ada mahu mengetuk atau tidak daun pintu di hadapannya ini. Setelah hampir lima minit berdiri di hadapan muka pintu, akhirnya ketukan diberikan. Walaupun dua kali pintu diketuk, masih tiada respons daripada Afini. Dia yakin, Afini masih marah dengan dia. Dia berpaling untuk melangkah.

Namun, baru selangkah, terdengar daun pintu dibuka perlahan. Cepat sahaja Yus menoleh dan jelas di penglihatannya kini wajah Afini. Mata Afini bengkak. Serta merta dia rasa bersalah sangat. Dia menghampiri insan kesayangannya yang masih memakai telekung.

“Maaf… tadi I sembahyang,” lirih suara Afini.

‘Kenapa Afini yang harus menuturkan kata maaf sedangkan aku yang menyakiti dan menghancur remuk hatinya?’ rintih hati Yus. “I tunggu you dekat meja makan.”

“Tak apalah, you makanlah. I dah makan,” tipu Afini.Sebenarnya, sejak sampai di rumah tadi, dia langsung tidak meneguk air. Kesedihan membuatkan dia lupa segalanya.

“I ada perkara nak bincang dengan you. I tunggu you dekat meja makan.” Suara Yus lembut.

Hampir sepuluh minit, barulah Afini keluar dari biliknya. Dia melangkah ke meja makan. Yus setia menunggunya di situ. Dia atas meja, terhidang nasi ayam berserta sup dan air sirap limau di hadapan mereka berdua.

“I beli dekat kedai makan tadi,” beritahu Yus tanpa diminta. “Makanlah. I tahu you belum makan.”

Afini hanya diam. Nasi ayam di depan mata hanya di pandang sekilas.

“Afini…”

“You nak cakap apa? Maksud I… tadi you kata you nak berbincang. You nak bincang apa?” Suara Afini kedengaran serak akibat tangisan yang menggila siang tadi. Dia masih menundukkan wajahnya.

“Nah, ambil ni,” kata Yus sambil menghulurkan beg kertas warna biru di depan Afini.

Pantas, Afini menoleh ke arah Yus untuk melihat apakah yang dihulurkan kepadanya. Dia masih berkira-kira sama ada ingin mengambilnya atau tidak.

“Ambillah. I belikan khas untuk you,” pujuk Yus.

Dengan perlahan, Afini menerima pemberian Yus itu.

“Bukalah,” arah Yus dan Afini hanya menuruti.

“iPhone?” soal Afini, bagaikan tidak percaya. Sudah lama dia mahukan gajet yang sudah pun berada di tangannya ini. Memang selama ini impiannya nak memiliki gajet itu. Tetapi saat memikirkan yang dia perlu membayar ansuran bank cagaran tanah pusaka emaknya, dia hanya menyimpan sahaja hasratnya itu. Apatalah lagi jumlah yang perlu dibayar setiap bulan agak tinggi. Dia tersenyum.

“You suka?” tanya Yus.

Afini lantas mematikan senyumannya. “Tapi… harganya mahal. I tak mampu nak bayar.”

Yus tersenyum. “I tak kata pun yang you perlu bayar. I nak gantikanhandphone you yang I campak petang tadi.”

Handphone yang you campak tu murah aje. Tak sama dengan iPhone ni.” Afini masih berkira-kira.

“You tak nak iPhone ni? Kalau tak nak, tak apa. Esok I pulangkan balik dekat kedai. Lepas tu, I carikanhandphone yang sama dengan handphone you tu.” Cepat sahaja Yus ingin mengambil semula pemberiannya. Dia cuba menarik iPhone ditangan Afini.

Tetapi makin kuat Yus menarik, makin erat pula genggaman tangan Afini. Bagai tidak mahu dilepaskanbarang yang sudah lama diidam-idamkannya itu.

“Kenapa tak nak lepas?” Yus tersenyum.

“Hmm… nanti ada duit I bayar.”

Kian lebar senyuman Yus. “Tak payah bayar. I tahu you dah lama nakkan iPhone ni. Pertama kali you pandang iPhone I pun I tahu you mahukannya. Jadi tak payahlah you nak bayar. Anggap sahaja pemberian ini sebagai gantihandphone you yang I dah rosakkan tu. Lagi satu, I dah dapatkan nombor telefon sama yang you pakai sebelum ni. I tak tukar nombornya. I percaya dekat you. Kalau you kata tak ada hubungan dengan Zack, I percaya! Cuma I harap… you takkan hancurkan kepercayaan I.”

Afini membiarkan matanya menjamah seraut wajah milik Yus. Kumis nipis di wajah itu menambahkan lagi kekacakan lelaki itu. Namun, di sebalik wajahnya yang sempurna terlihat sebuah penyesalan. Sesalkah Yus dengan perbuatannya petang tadi?

“Afini…” Yus dan Afini bertentangan mata seketika. “I… nak minta maaf dengan apa yang I dah buat dekat you tadi.”

Afini menundukkan wajahnya. Tidak mampu untuk bertentang mata dengan Yus saat ini.

“I… I tahu yang I tak layak dimaafkan. Dah banyak kali I sakitkan hati you. Tapi, I betul-betul tak dapat terima… kalau benar you ada hubungan dengan mana-mana lelaki. I takut!”

“Takut?” soal Afini.

Agak lama Yus mengambil masa untuk menjawab soalan itu. “Betul. I takut. Takut yang I akan menerima nasib yang sama macam papa I!”

Afini mengerti apa yang ingin Yus sampaikan melalui renungannya itu. Tetapi adakah Yus mengerti dan memahami dirinya? Andai Yus benar-benar mengetahui siapakah Nur Afini yang sebenarnya, pasti lelaki itu tidak akan mencurigainya lagi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku