Anehnya Cinta
BAB 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2012
Pertemuaan Afini dengan Yus telah menggegarkan satu ofis. Yus, sering kali mengamalkan sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa sangka, dua insan yang sering bermasam muka ini akhirnya terpaksa mendirikan rumah tangga.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13312

Bacaan







1

“Tidak!!! Tak mungkin! Tak mungkin... itu semua fitnah!” jeritan dan tangisan kian berpadu meletuskan apa yang terbuku di hati seorang wanita yang bernama Imah.

“Sabar, mak. Kita sendiri tak pasti sama ada apa yang pak teh cakapkan tu betul atau tak. Mungkin ini hanya salah faham.” Afini memujuk hati emaknya yang kian hancur mendengar apa yang baru dikhabarkan oleh pak tehnya.

“Tak, Afini. Ni bukannya salah faham atau fitnah. Tapi ini kenyataannya! Takkanlah pak teh nak buruk-burukkan arwah ayah kamu. Diakan adik pak teh.”

“Betul ke apa yang abang teh cakap ni? Tapi… kalau betul, kenapa arwah tak pernah beritahu pada Imah selama ni? Kenapa?”

“Sebenarnya Imah… semua ni salah abang teh juga. Selama ni abang sembunyikan semua ni daripada kamu dan Afini.”

“Maksud pak teh? Pak teh dah tahu arwah ayah dengan perempuan tu ke?”

Anggukan daripada pak teh menyesakkan dada Afini. Tidak disangka, lelaki yang selama ini menjadi kepercayaannya dan emaknya sanggup bersekongkol dengan arwah ayahnya untuk menyembunyikan rahsia sebesar ini.

“Nama perempuan tu… Jannah!” Pak teh menyela nafas berat.

“Arwah dan Jannah berkahwin di Thailand. Jannah janda beranak satu dan hasil perkahwinnya dengan arwah, dia mendapat seorang lagi anak perempuan, Siti Naailah,” kata pak teh lagi.

Siti Naailah? Bukankah maksud bagi nama tersebut adalah yang berhasil, yang mewah dan yang banyak memberi (dermawan). ‘Pandai ayah pilih nama untuk anak kesayangannya,’ getus hati Afini.

“Tapi kalau betul, kenapa baru sekarang abang teh beritahu Imah? Kenapa?!”

“Sebab… abang rasa Imah perlu bertindak.”

“Bertindak?” tanya Afini pula.

“Ya, Afini. Sebenarnya sebelum arwah meninggal, dia ada beritahu pada pak teh yang dia dah serahkan semua duit KWSP pada perempuan tu,” kata pak teh walaupun hatinya berat untuk berterus terang.

“Apa?” soal Imah yang kian melodak api kemarahannya. “Abang teh jangan nak reka-reka cerita ya! Dahlah abang fitnah adik abang sendiri! Sekarang ni abang nak beritahu yang suami yang selama ni saya percaya, sanggup pulak bagi semua duit KWSP dia pada perempuan yang entah apa tu! Macam tu?”

Afini kian gelabah tatkala melihat api kemarahan emaknya sudah sampai kekemuncak. Daripada duduk, emaknya bangun dan kini dengan mata yang kian berkaca dan jeritan yang kian meninggi, emaknya menatap tajam mata pak tehnya.

“Sabar mak, sabar,” pujuk Afini.

“Betul tu, Imah. Kau sabar dulu. Kalau kau rasa aku buat fitnah, aku reka cerita. Terpulang… cuma aku harap kau berusahalah untuk mendapatkan semula hak kau. Hanya ini sahaja yang boleh aku buat untuk tebus semula kesalahan aku pada kau dan Afini.” Pak teh bingkas bangun.

“Lagi satu Imah, kalau betullah aku buat fitnah, mana perginya duit KWSP arwah suami kau tu? Padahal tahun lepas lagi dia dah keluarkan duit KWSP tu. Mana perginya?” soal Pak Teh mendesak wanita yang masih berkaca matanya ini memberikan jawapan.

“Arwah cakap… duit tu dia dah guna untuk bayar hutang. Baki yang sikit tu dia kata nak buat modal untuk buka bengkel kereta dengan abang teh. Sebab tulah Imah sanggup cagarkan tanah pusaka ni untuk tolong arwah,” jawab Imah bersama tangisan.

“Betul ke apa yang mak cakap ni?” tanya Afini untuk lebih kepastian.

“Betul Afini… betul…”

Kian rintih tangisan Imah tatkala menuturkan kata-kata itu dan Afini sudahpun mendakap erat tubuh kecil milik emaknya itu untuk berbahagi kesedihan.

“Astaghfirullahalazim…” Hanya itulah kata yang mampu terlahir di bibir tua milik pak teh.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku