Anehnya Cinta
BAB 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2012
Pertemuaan Afini dengan Yus telah menggegarkan satu ofis. Yus, sering kali mengamalkan sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa sangka, dua insan yang sering bermasam muka ini akhirnya terpaksa mendirikan rumah tangga.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8244

Bacaan







4

Selesa sungguh Afini rasakan di saat dia merebahkan tubuhnya ke tilam. Seusai solat Subuh, dia terus mengemas rumah dan memasak.

Deringan telefon mematikan lamunan Afini. “Siapa pulak yang telefon tengah-tengah hari ni?” rungut Afini sambil mencapaihandphonenya. “Helo...”

“Helo, Cik Afini. Saya Eliz dari D’Astana Living Sdn. Bhd. Saya ingin memaklumkan yang Cik Afini diminta untuk hadir bekerja pada 7/5. Cik Afini diminta untuk melaporkan kehadiran kepada Encik Yusuf bin Dato Haji Mohd. Haalim. Untuk pengetahuan Cik Afini pihak kami juga sudah e-mailkan segala maklumat yang Cik Afini perlukan ke e-mail Cik Afini.”

Terasa dada Afini berdegup kencang tatkala mendapat berita gembira itu. “Betul ke apa yang you cakapkan ni?”

“Ya, Cik Afini. Ada apa-apa ke yang Cik Afini ingin tanyakan kepada saya?”

“Hmm… rasanya tak ada. Tak apalah, apa-apa pun I akan periksa e-mail I dulu. Kalau ada apa-apa yang I tak faham I akan hubungi you.”

“Baiklah. Kalau macam tu saya nak ucapkan tahniah kepada Cik Afini dan selamat datang ke Syarikat D’Astana Living Sdn. Bhd.”

“Terima kasih, Cik Eliz.”

“Sama-sama. Okey,bye.”

Bye.”

Hari ini Afini sampai setengah jam awal dari waktu yang sepatutnya. Sesampainya di lobi, dia melihat seorang gadis Melayu sedang rancak berbual di telefon. Gadis itu tersenyum kepada Afini.

Morning, Cik Afini,” sapareceptionist itu setelah meletakkan gagang.

Morning,” balas Afini sebelum menghulurkan tangan tanda perkenalan.

“Saya Eliz,receptionist di sini.”

“Jadi youlah Eliz. Orang yang menghubungi I tempoh hari?”

“Ha’ah... Cik Afini nak jumpa dengan Encik Yusuf ke?”

“Encik Yusuf dah sampai ke?” soal Afini tanpa menjawab persoalan yang diajukan oleh Eliz kepadanya sebelum itu.

“Awal-awal lagi Encik Yusuf dah sampai. Selalunya kalau Encik Yusuf tak adaappointment dengan sesiapa, sebelum pukul 8.00 lagi dia dah bertapa dalam bilik dia. Biar saya bawa Cik Afini ke bilik Encik Yusuf.” Eliz lantas mengatur langkah mendahului Afini.

Setelah dipersilakan duduk. Afini mengambil tempat di hadapan lelaki yang sebelum ini menemuduganya.

“Macam mana hari ni? Dah tak sesat?”

Afini agak terkejut mendengar kata-kata lelaki yang sedang memandangnya kini. Dahlah salam tidak dihulurkan perlian pula dilontarkan kepadanya. ‘Hisy! Mamat ni nak perli aku ke apa? Nasib baiklah kau tu bos aku! Kalau tak… siaplah kau!’ gerutu hati Afini.

“Tak… hari ni I dah tak salah jalan dah,” balas Afini.

“Dahbreakfast?

“Dah,” tipu Afini.

“Okey, I ingat baru nak ajak youbreakfast dengan I. Tapi tak apa,next timelah.”

Afini tidak membalas apa pun terhadap kata-kata lelaki di hadapannya itu. Hanya senyuman sahaja dilemparkan.

“I nak ucapkan selamat datang ke syarikat ini. I harap you akan bertahan lama di sini dan yang penting sekali I nak you berikan kualiti kerja yang terbaik. Lagi satu, kami di sini bekerja seperti famili. Jadi I harap you dapat jalinkan hubungan yang baik dengan semua staf. Apatah lagi you menyandang jawatan HR Manager. Faham!”

“Faham, Encik Yusuf. Saya berjanji akan melakukan tugasan dengan sebaik mungkin.”

“Bagus, I yakin you boleh! Tapi… Tak perlulah you nak panggil I Encik Yusuf. Semua orang di sini panggil I Encik Yus. I lebih selesa orang panggil I dengan nama tu,” kata Yus.

Afini hanya mengangguk.

Afini dan Siti menikmati makan tengah hari di sebuah restoran berdekatan dengan pejabat mereka.

“Macam manafisrt day?

“Okey,” balas Afini sepatah sambil terus menyuap nasi berlaukkan sambal sotong ke mulutnya.

“Bagus. Pembantu kau okey?”

“May? Setakat ni aku nampak dia okey, rajin, suka membantu dan yang aku suka sangat dekat dia tu sebab fasih betul dia bercakap bahasa Melayu. Tak pelat langsung.”

“Dah tentu pakwe dia tu orang Melayu. Mestilah kena pandai cakap bahasa Melayu. Kalau tak nanti kenareject dengan mak mentua. Kan susah?” kata Siti.

“Orang Melayu? Siapa? Budak ofis kita jugak ke?” soal Afini ingin tahu.

“Ha’ah… Alah budak satu department dengan aku. Omar namanya.”

“Ya ke.”

“Alah, apa nak hairan. Zaman sekarang ni dah biasalah orang kahwin campur,” kata Siti.

Afini mengangguk tanda setuju.

“Encik Yus?”

“Yalah, Yus... Siapa lagi? Setahu aku cuma dia aje gay dekat syarikat kita tu. Tak tahulah aku kalau ada orang lain yang dah ikut jejak langkah dia tu.”

“Amboi-amboi. Ni nak mengumpat ke apa ni? Siap hilang dah panggilan encik dekat depan nama bos kita tu.”

“Alah… sekarang nikan luar waktu ofis.So, suka hati akulah nak panggil dia Yus ke? Yusuf ke? Atau pun… mamat gay!” Ada nada kemarahan dalam bicara Siti kali ini.

“Kau ni, tak baik tau. Diakan bos kita.” Afini cuba mengingatkan sahabatnya itu.

“Eh, Afini! Kau belum kenal tau perangai dia. Dahlah panas baran, kurang ajar pulak tu! Geram betul aku! Ada ke patut pagi tadi dia salahkan aku pasal aku tak boleh nak gantikan dia jumpa seorang klien ni! Aku beritahu dia baik-baik yang aku tak boleh gantikan dia, sebab jadual akufull hari ni! Banyak kerjapending yang aku nak kenasettlekan. Tapi dia tak faham. Apa yang dia faham aku ni kuli batak dia! Suka-suka hati dia aje nak suruh aku buat apa!” marah Siti.

“Alah biasalah… diakan bos. Dah tanggungjawab dia arahkan kita buat kerja dan tanggungjawab kita pulak buat apa yang dia suruh. Barulah professional namanya.” Afini cuba meredakan api kemarahan Siti yang kian membara di saat ini.

“Afini, kalau kau rasa aku ni tak professional, dia tu lagilah tak professional! Kalau dia dia tu professional sangat, dia takkan mengelak daripada berjumpa dengan klien tu hanya kerana klien tu mama dia!”

Afini terpempan tatkala mendengar kata-kata akhir yang keluar dari mulut Siti.

“Aku tak faham… maksud kau yang klien tu mama dia? Jadi kalau betul yang klien tu mama dia, kenapa nak kena jumpa dekat luar? Dekat rumahkan dia bolehsettle.”

Keluhan berat terpacul dari bibir Siti.

“Kenapa ni Siti? Kenapa kau mengeluh sampai macam tu sekali? Ada sesuatu ke yang aku tak tahu?”

Lama juga Siti terdiam sebelum menjawab persoalan Afini.

“Sebenarnya Afini… daripada apa yang aku tahu, Yus tu benci sangat dekat mama dia. Sebab… mama dia sanggup minta cerai dengan papa dia sewaktu dia masih kecil semata-mata hendak berkahwin dengan suami dia sekarang.”

Afini bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. “Tapi kenapa?”

“Sebab… dulu Dato Haji Mohd. Haalim tak sekaya sekarang. Dulu kehidupan Dato lebih kurang sama macam kita jugak. Hidup sederhana… Sedangkan Datin Nur Kamiilah mempunyai impian besar dan Dato tak mampu nak tunaikan waktu tu. Akhirnya setelah bertemu dengan suami dia sekarang yang pada waktu itu sudahpun begelar jutawan, Datin ambil keputusan untuk berpisah dengan Dato,” cerita Siti.

“Kau tahu tak Afini kenapa Yus tu jadi abnormal? Maksud aku kenapa dia suka kaum sejenis?”

“Sebab… mama dia?” teka Afini.

“Betul tu. Daripada apa yang aku dengar, salah satu sebab kenapa Yus benci sangat dengan kaum Hawa ni sebab mama dialah!. Dia anggap semua perempuan jahat macam mama dia! Tapi, aku rasa itu cuma pencetusnya sahaja. Pembangkit utama kenapa dia jadi macam tu, aku yakin sebab dia belajar dekat UK. Maksud aku, kau tahukan… Orang barat memang dah tak kisah pasal gay dan lesbian ni. Malahan ada sesetengah negara di barat mengizinkan perkahwinan sesama jantina.”

Afini setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Siti. Semuanya benar berlaka. Tetapi dirinya tidak kisah dengan semua itu kerana di saat ini mindanya sedang memikirkan satu persoalan…

Adakah rasa benci Yus sama seperti rasa benci yang sedang bersarang di hatinya ini akibat kecurangan arwah ayah terhadap emak tersayang?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku