Anehnya Cinta
BAB 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2012
Pertemuaan Afini dengan Yus telah menggegarkan satu ofis. Yus, sering kali mengamalkan sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa sangka, dua insan yang sering bermasam muka ini akhirnya terpaksa mendirikan rumah tangga.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
8548

Bacaan







10

Seawal 8.00 pagi, Afini sudah sampai di pejabat. Dia duduk di sofa lobi. Sewaktu dia tiba tadi, hanya kereta miliknya yang berada di tempat letak kereta. Tidak terlihat pula kereta Porsche 911 Carrera berwarna silver milik lelaki itu.

Sesiapa sahaja yang melihat Yus memandu kereta itu, pasti sudah dapat mengetahui latar belakang dirinya. Mana tidaknya, harga kereta itu sahaja sudah melebihi RM 800 ribu. Kan bagus kalau dia mempunyai wang sebanyak itu. Sudah tentu dia dapat menebus kembali tanah pusaka emaknya.

“Afini…”

Tersentak Afini dari lamunan tatkala namanya dipanggil.

“Dah lama sampai?” soal Yus.

“Taklah lama sangat.”

“Silakan…”

Pelik… lain benar tingkah lelaki ini, tidak seperti semalam. Afini mengekori langkah Yus.

Setelah mengambil tempat berhadapan dengan Yus. Afini masih mendiamkan dirinya begitu juga dengan lelaki di hadapannya itu. Keadaan sunyi sepi menyelubungi mereka… Yus masih membatu dan kadangkala terdengar keluhan berat keluar daripada bibir merah miliknya. Seperti ada sesuatu perkara yang terlalu sukar untuk diluahkannya.

“Encik Yus… Hmm… sebenarnya ada apa ya Encik Yus nak berjumpa dengan I?” Afini memecah kebisuan antara mereka.

Yus mengeluh. “Afini… sebenarnya I dah tahu perkara sebenar.”

“Perkara sebenar? Tentang apa?” soal Afini tidak faham.

“You!” jawab Yus sepatah.

“Saya? Maksud Encik Yus?” tanya Afini untuk kepastian.

Yus merenung wajah Afini sekilas. “Afini… semalam Siti jumpa I. Dia dah cerita perihal arwah ayah you… tanah pusaka milik emak you dan…”

“Dan apa?” soal Afini. Air matanya mula menitis.

“Afini… you perlukan RM 20 000 sebelum esokkan?” tanya Yus sambil merenung wajah Afini yang dibasahi air mata. Ikutkan hati dia terasa ingin mengelap air mata yang mengalir di pipi gadis itu.

Afini diam. Kenapa Siti tergamak menceritakan masalah peribadinya kepada Yus? Hatinya hancur dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Siti!

“Kalau Encik Yus suruh saya datang sini semata-mata untuk memandang rendah dan menunjukkan rasa simpati pada saya, terima kasih ajelah. Tapi saya tak suka orang pandang rendah pada saya dan mak saya!” kata Afini tegas bersama linangan air mata. Cepat-cepat dia menyeka air mata yang mengalir. Dia pantas bangun.

“Afini, tunggu dulu! I tak pernah pandang rendah pada you. You wanita pertama yang I rasa sedikit kagum. Selama ni, I ingat semua perempuan sama dengan perempuan jahanam tu!”

‘Perempuan jahanam??? Siapakah yang dimaksudkan oleh Yus?’ Hati Afini tertanya-tanya.

“Tapi… you lain. Sekurang-kurangnya tak semua perempuan tak guna!”

Afini masih diam.

“Afini… sebenarnya tujuan I panggil you datang ke sini adalah untuk memberi peluang kepada diri kita berdua.”

“Kita berdua?” soal Afini pelik lantas memalingkan wajahnya menghadap Yus semula.

“Hmm… sebenarnya I juga ada masalah dan I rasa hanya you yang dapat tolong I. Dalam masa yang sama, hanya I sahaja yang dapat selesaikan masalah you!”

“I tak faham.” Afini mengerutkan dahinya.

My dad…”

Your dad?” soal Afini kian tidak mengerti.

My dad… dia nak I cari… isteri. Maksud I… dia nak I kahwin. Sebab dia dah tahu yang I ni… gay! Jadi I rasa hanya you yang boleh berlakon menjadi isteri I dan sebagai ganjarannya I akan selesaikan masalah tanah pusaka mak you tu.”

Afini bagaikan tidak percaya dengan apa yang sedang didengarnya kini. Apa sebenarnya yang sedang difikirkan oleh lelaki yang masih memandangnya saat ini? Adakah dia berfikir yang dia akan bersetuju?! Adakah dia fikir yang maruahnya semurah itu? Tak guna punya jantan!!!

“Hei! Kau dengar sini baik-baik! Kau ingat aku ni apa hah? Perempuan murahan yang kau boleh gunakan untuk ikut rancangan bodoh kau tu! Kalaupun aku terpaksa merempat di tepi jalan, aku takkan jadi isteri kau!So, lebih baik kau jangan pernah berangan untuk pergunakan aku!”

Puas hati Afini dapat melepaskan amarahnya terhadap lelaki yang sememangnya tidak tahu untuk menghormati maruah dirinya. Langkah untuk meninggalkan bilik itu diatur namun, terasa tangannya disentap.

“Nanti dulu, Afini. I faham perasaan you sekarang. Mungkin you tak dapat fikir secara rasional. Ambil ni… Seandainya you ubah fikiran, I nak you datang ke alamat ini selepas solat Maghrib. Kalau boleh… pakai baju kurung warna ungu yang you pakai hari tu.” Sekeping kertas yang tercatit alamat di atasnya bertukar tangan.

Seandainya semalam hati Afini sedih kerana dia tidak lagi diperlukan oleh lelaki itu untuk menabur bakti di syarikatnya tetapi kini hatinya bagaikan dilanda tsunami tatkala dirinya ditawarkan untuk turut serta dalam sandiwara perkahwinan lelaki tak guna itu. Adakah dia kelihatan seperti wanita yang mudah untuk dipermainkan di mata lelaki itu? Apatah lagi dia ditawarkan untuk menjadi pelakon utama dalam menutupi keaiban hubungan Yus dan Jeff. Begitu hinakah dia di mata Yus?

Sewaktu Afini ingin ke keretanya, dia mendengar suara Siti memanggil namanya.

“Afini… Tunggu Afini.”

Afini masih meneruskan langkahku laju. Tidak mahu Afini melihat wajah sahabatnya itu tika ini.

“Afini! Tunggu Afini!”

Kali ini Siti berjaya meraih lengan Afini. “Afini… tunggu! Aku nak jelaskan sesuatu…”

“Nak jelaskan apa?! Nak jelaskan yang kau dah khianati aku! Tak cukup lagi ke kau tengok aku menderita! Tak cukup ke? Kenapa kau khianati aku Siti? Kenapa?”

Siti terdiam. Dia merenung wajah sahabatnya yang sudah dibasahi air mata.

“Sampai hati kau buat aku macam ni Siti. Kau orang yang aku paling percaya. Tapi kau…” Afini tidak berdaya meneruskan kata-katanya. Air matanya kian laju menuruni pipi.

Siti berasa serba salah melihat keadaan Afini. Dia cuba mencapai tangan Afini, namun Afini pantas menepis.

“Afini… aku minta maaf. Tujunan aku hanya satu. Aku nak tolong kau tapi aku tak ada duit. Hanya Yus yang dapat bantu kau.”

“Memang kau dah tolong aku. Kau dah tolong tambahkan rasa benci aku pada lelaki tak guna tu!” marah Afini lagi. Dia mengatur langkah meninggalkan Siti.

Siti hanya mampu memandang langkah Afini.

Sepulangnya Afini dari melawat kubur arwah ayahnya, dia terlihatkan kelibat seorang insan yang amat dikenalinya. Wanita itu terus menerpa ke arahnya saat pintu kereta dibukanya.

“Afini kau pergi mana tadi?” soal Siti sebaik sahaja Afini masuk ke dalam rumah.

Afini memandang Siti sekilas. Hatinya masih tidak dapat memaafkan perbuatan Siti. “Kenapa kau datang sini?” soalnya kasar.

“Afini, kenapa cakap macam tu? Tak baik… kesian Siti. Dekat tiga jam dia tunggu Afini balik. Afini pergi mana tadi?” tegur Imah.

“Afini melawat kubur ayah.”

Imah terdiam.

“Mak… Afini masuk dulu, nak bersihkan badan,” kata Afini sebaik sahaja ternampak perubahan pada wajah emaknya. Dia tidak dapat meneka samada emaknya sudah memaafkan ayahnya ke belum.

Siti mengekori langkah Afini.

“Afini… aku nak minta maaf. Niat aku hanya satu… aku nak tolong kau. Maafkan aku, Afini,” pinta Siti sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik Afini. Dia duduk di birai katil Afini.

Afini masih membisu.

“Afini… tolong jangan buat aku macam ni. Aku tak boleh kehilangan kau sebagai sahabat baik aku. Tolong Afini…say something. Please…” Air mata Siti mengalir laju.

Hati Afini menjadi sejuk apabila melihat air mata Siti. Dia yakin, niat Siti suci untuk membantu dirinya. Tapi, niat baik Siti itu disalahgunakan oleh Yus untuk mengikat Afini dalam rancangan kotornya.

“Siti…” Afini terus memeluk tubuh sahabat baiknya dengan erat. Tidak mungkin jua kerana salah faham ini, dia sanggup memutuskan persahabatan yang sudah terjalin hampir enam belas16 tahun itu. “Siti… maafkan aku.”

“Tak, Afini. Aku yang salah. Kau tak salah apa-apa… aku nak minta maaf kalau apa yang aku lakukan semalam menyebabkan kau ada masalah dengan Yus. Aku tak ada niat,” kata Siti, jujur.

Di saat Siti menyebut nama lelaki yang amat dibenci oleh Afini itu, tangisannya kian menjadi.

“Apa Yus cakap kat kau tadi?” tanya Siti.

Afini mengeluh. Dia mengesat air matanya. Selepas itu, dia menceritakan apa yang berlaku semasa pertemuan dengan Yus.

“Kalau aku jadi kau Afini, aku tumbuk muka jantan tu! Dia ingat dia tu siapa! Tak guna!” marah Siti sebaik sahaja Afini menamatkan ceritanya.

“Entahlah, Siti. Aku sendiri tak faham kenapa dia boleh terfikir sampai begitu sekali.”

Siti masih menggenggam erat tangan sahabatnya itu. Menyuntik sedikit kekuatan. “Habis apa kau nak buat sekarang?”

“Yang mana satu? Pasal hal tanah pusaka mak aku atau pasal jantan tak guna tu?!”

“Tanah pusaka mak kaulah,” jawab Siti.

Afini mengeluh. “Entahlah… aku tak tahu. Aku betul-betul buntu. Tak tahu nak buat apa. Aku tak kisah kalau aku hidup merempat. Tapi… aku tak tak sanggup nak biarkan mak aku terpaksa merempat kerana kehilangan tanah pusaka ni. Hanya inilah sahaja peninggalan arwah atuk aku. Aku tak tahu apa akan jadi pada mak aku, kalau dia tahu perkara sebenar.”

“Kalaulah aku boleh tolong kau… kalau aku tahu perkara macam ni akan berlaku, aku takkan guna duit simpanan aku untuk uruskan hal perkahwinan aku. Aku sanggup tundakan. Tapi sekarang, aku tak tahu macam mana nak tolong kau.”

“Apa kau cakap ni Siti? Kau ingat kalau kau serahkan duit simpanan kau, aku akan terima? Tak Siti! Tak! Aku takkan sanggup perjudikan kebahagian kau!. Hanya kau sahabat terbaik yang pernah aku miliki. Aku nak kau bahagia.”

Pelukan yang tadinya terlerai kini bertaut semula dan lebih erat.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku