Anehnya Cinta
BAB 11
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2012
Pertemuaan Afini dengan Yus telah menggegarkan satu ofis. Yus, sering kali mengamalkan sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa sangka, dua insan yang sering bermasam muka ini akhirnya terpaksa mendirikan rumah tangga.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8035

Bacaan







11

Sang mentari meluputkan dirinya dan sang rembulan memegahkan dirinya. Saat ketenangan dirasai kebanyakan insan di waktu malam yang mendamaikan ada seseorang yang sedang dilanda keresahan.

Beberapa kali Yus menjeling ke arah jam tangannya. Orang yang ditunggu masih belum kunjung tiba. Dia mula resah.

“Yus, papa tengok dari tadi kamu asyik tengok jam aje. Yus ada tunggu sesiapa ke?”

“Hmm… tak adalah papa,” dalih Yus.

“Atau kamu adaappointment dengan klien ke?”

“Tak adalah, papa. Papa tak nak tambah lagi? Lauk ni semua Yus dengan Jeff yang masak. Bukan senang nak rasa air tangan orang bujang.” Yus cuba mengubah topik perbualan.

“Betul tu, uncle. Makanlah lebih sikit. Lagipun dah lama kita tak berkumpul macam ni.” Jeff yang tahu siapa yang ditunggu Yus turut membantu mengalih perhatian Dato Haalim.

Yus menyendukkan lauk ayam masak lemak cili api ke pinggan papanya. Namun, tatkala terdengar ketukan di muka pintu, dia menghentikan pergerakan tangannya. Sesaat pandangan matanya dan Jeff bertemu. Terasa kuat debaran di dadanya.

Dia mengatur langkah menghampiri daun pintu. Bergetar tangannya. Di hadapannya kini, berdiri dua orang wanita. Salah seorangnya, wanita yang dinanti-nantikan kehadirannya. “Jemput masuk,” kata Yus.

Yus berjalan beriringan dengan Afini dan Siti mengekori dari belakang. Sesampainya di meja makan, Yus memperkenalkan wanita genit itu kepada papanya.

“Papa, kenalkan ini Afini… bakal isteri Yus,” kata Yus.

Dato Haalim terkaku melihat Afini. Baginya gadis itu terlalu cantik. Kecantikannya makin terserlah dengan kurung ungu yang membaluti tubuh kecilnya.

“Apa khabar Dato? Saya Afini.” Afini menghulurkan salam perkenalan dan huluran tangannya itu disambut. Dengan hormat dia mencium tangan lelaki yang kelihatan tersenyum bahagia tika ini.

“Silakan duduk Afini. Yang ni siapa pula?” soal Dato Haji Mohd. Haalim.

“Oh, ini Siti, kawan saya.”

Siti turut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Dato Haalim.

Dato Haalim tersenyum. “Dah lama Yus berkawan dengan Afini?” Pandangan lelaki tua itu sudahpun dihalakan ke arah Yus bagi meminta jawapan.

“Dah lama, papa. Sebelum ni kami kawan aje, tak serius pun. Tapi makin lama… Yus rasa Afini yang terbaik untuk Yus. Sebab tulah Yus ambil keputusan untuk perkenalkan kepada papa.” Yus mencipta alasan. Dia menjeling Afini sekilas.

‘Pandainya kau bersandiwara Yus! Kalau tak disebabkan aku betul-betul terdesak, tak ingin aku jadi pelakon layar kau!’ Geram hati Afini melihatkan sikap hipokrit lelaki yang masih memandang lembut ke arahku.

“Patutlah papa tengok Yus dari tadi asyik pandang jam aje. Rupanya tengah tunggu buah hati,” usik Dato Haalim. Di saat ini, terbang beban perasaan yang ditanggungnya selama ini akibat tohmahan dan fitnah orang sekeliling yang menyatakan anaknya pencinta kaum sejenis. Kini dia yakin Yus juga seperti lelaki lain yang ingin menyayangi dan disayangi kaum Hawa.

Sepanjang tempoh menikmati makan malam bersama, Yus melayan Afini bagaikan kekasih hatinya. Afini tidak menyangka bahawa Yus mampu melakonkan watak sebagai kekasih hatinya dengan begitu baik sekali. Ingin sahaja dia menjerit dan memberitahu Dato Haalim bahawa ini semua adalah satu penipuan. Namun… seandainya dia melakukan itu semua, punahlah harapannya untuk memenuhi impian emaknya.

“Hmm… papa, Jeff dengan Siti duduklah dekat ruang tamu dulu. Biar Yus dengan Afini yang kemas,” kata Yus sebaik sahaja mereka selesai menikmati makan .....

“Itulah gayanya kalau orang tengah bercinta,” usik Dato Haalim sambil melangkah ke ruang tamu.

Jeff dan Siti turut mengikuti langkah yang kelihatan berat meninggalkan aku berdua-duaan dengan Yus turut melakukan perkara yang sama.

Melihat kelibat mereka kian jauh, Afini merentap tanganku kasar.

Yus memandang Afini sekilas. “Thanks…” ucapnya tiba-tiba.

For what?” soal Afini sambil mengerutkan dahinya.

“For tonight.”

“Bila Encik Yus boleh berikan wang tu pada I?” soal Afini tanpa berdolak dalih. Dia terpaksa datang kerana dia begitu terdesak dan buntu.

“Malam ni I akantransfer terus ke akaun you.” Yus meninggalkan Afini dan melangkah ke arah pintu kaca yang memisahkan ruang makan dengan sebuah bilik kecil.

Sekilas Afini melilaukan pandangan matanya. Kelihatan sebuah piano dan meja kecil berlaci di sisinya menghiasi bilik kecil itu. Jelas kehidupannya dengan Yus bagaikan langit dengan bumi. Ruang makan itu walaupun tidaklah begitu besar, namun dekorasinya begitu eksklusif sekali. Tatkala tangannya meraba permukaan meja makan, dia yakin kayu yang digunakan untuk membentuk meja itu berkualiti tinggi.

“I nak yousign ni,” kata Yus tiba-tiba, mengejutkan lamunan Afini.

“Apa ni?” soal Afini kehairanan.

“Surat perjanjian. Lepas yousign surat ni, RM 20 ribu akan berada dalam akaun you.”

‘Perjanjian? Perjanjian apa? “Apa maksud you! You tak cakap pun pasal surat perjanjian ni pagi tadi!” marah Afini, namun cuba dikawalnya agar bicaranya tidak didengari oleh ketiga-tiga insan yang sedang berada di ruang tamu.

“Macam mana I nak cakap, kalau you dah menjerit macam orang gila pagi tadi?” kata Yus selamba.

Afini berasa geram mendengar kata-kata Yus. “Kalau I taksign?

“Okey... kalau macam tu you takkan dapat RM 20 ribu tu.” Yus tersenyum sinis.

Okay, fine. Kalau Isign you pun kenasign!” bentak Afini.

Yus mengerutkan dahinya. “Buat apa pulak I nak kenasign? Bukan I yang perlukan duit. Tapi you!” Dia tersenyum sinis.

“Betul... I perlukan duit. Tapi apa agaknya perasaan Dato kalau dia tahu yang you mempergunakan I untuk sembunyikan hubungan you dengan ‘kekasih’ hati you tu? I rasa mesti dia sedihkan kalau dia tahu yang you ni memang gay,” ugut Afini.

Yus mendengus geram. “Okey, Isign.” Dia pantas mengambil semula tiga salinan surat perjanjian yang berada di tangan Afini. “Sekarang giliran you pula,” katanya selepas dia menandatangani surat perjanjian itu.

“I tak kata pun yang I naksign sekarang. Bagi I satu malam untuk teliti isi kandungannya. Besok I bagi dekat you,” kata Afini. Dia mulai mengatur langkah untuk ke ruang tamu, namun dengan cepat Yus menarik lengannya.

“Kalau you taksign sekarang, I akan cari orang lain untuk gantikan tempat you dan jangan harap satu sen pun you akan dapat esok! I nak yousign sekarang.” Terbang sudah riak kerisauan yang tadinya menjengah. Kini terpamer kesombongan di wajahnya.

Afini mengetap bibir geram. ‘Tak guna punya jantan!’ jeritan bergema di segenap ruang hatinya.’ Dia terus menandatangani surat perjanjian itu dengan hati yang membara.

Yus hanya tersenyum sinis.

Afini dan Siti sudah lama melangkah keluar dari kondominium Yus. Dato Haalim pula baru setengah jam berlalu pergi. Biarpun beberapa kali Yus memujuk papanya itu untuk bermalam di kondominiumnya, namun papanya itu tetap berkeras hendak bermalam di banglo miliknya. Kini tinggallah Yus dengan sahabat baiknya, Jeff.

“Kau tak rasa bersalah ke dengan apa yang kau buat sekarang?”

“Maksud kau?” soal Yus kembali.

“Yalah... sekarang ni kau dah libatkan Afini dalam masalah kau. Aku bukan apa, setiap kali aku tengok muka dia… aku jadi simpati.”

“Aku tak paksa. Dia yang rela. Lagipun hanya aku sahaja yang dapat tolong dia selesaikan masalah dia tu,” ujar Yus tanpa rasa simpati.

“Rela kau cakap? Yus, mata aku ni tak buta. Walaupun dia cuba berlakon yang dia konon-kononnya bahagia bakal berkahwin dengan kau, tapi mata dia tu menunjukkan yang dia sebenarnya terseksa!” Jeff mengeluh.

“Kalau Afini jenis perempuan macam bekas isteri aku, aku tak kisah. Tapi aku yakin Afini perempuan yang baik,” sambung Jeff lagi.

“Habis… kau nak aku buat apa? Aku betul-betul perlukan dia sekarang! Kau ingat aku sengaja nak seksa dia?!” kata Yus sambil merenung Jeff dengan tajam.

“Okey, aku cuma nak tanya kau satu soalan. Kalau Afini tak datang malam ni, kau tetap akan tolong dia?” rasa ingin tahu yang menebal memaksa Jeff bertanyakan persoalan itu, walaupun dia tahu sahabatnya itu sudah berasa berang dengan topik perbualan yang masih berlanjutan.

Yus memandang Jeff seketika sebelum mengeluh. “Sebenarnya sewaktu aku pecat dia hari tu, aku dah mula rasa menyesal. Sebab… hari tu aku bergaduh dengan papa aku. Dato Azlil, dia beritahu papa aku yang aku ni bercinta dengan mamat mana tah. Aku yang memang tengah bengang hari tu, tak dapat nak kawal emosi. Jadi bila aku cari Afini tak jumpa dan aku tahu pula yang dia masuk lambat, aku lepaskanlah rasa marah aku pada dia.”

So, sebab tu kau pecat dia hari tu?” soal Jeff.

“Aku bukan sengaja, cuma tak dapat kawal emosi. Tapi aku yakin yang hari tu Afini memang ada masalah.”

“Kenapa kau begitu yakin?” soal Jeff persis seorang detektif.

“Tengah hari tu, aku nampak dia kelam kabut sangat waktu keluar dari office. Sampai aku pun dilanggarnya.”

Jeff menggeleng. “Tapi, kau tak jawab soalan aku lagi?” soalnya masih belum berpuas hati.

“Soalan apa?”

“Adakah kau akan tetap tolong Afini, kalau dia tak datang malam ni?”

Yus mengeluh. Dia merenung dikejauhan. Dia tidak ada jawapan untuk soalan Jeff.

Malam kian kelam. Tetapi Afini masih tidak dapat melelapkan matanya. Deraian air mata bagaikan tidak mahu berhenti. Dia masih melayan kesedihan di hati. Afini memeluk erat bantal yang menjadi bahan pelukannya.

Dia terkenang kembali permulaan episod duka dalam hidupnya… Bermula dengan pengkhianatan ayahnya.Arwah sanggup mencurangi emak tersayang. Arwah juga penyebab tergadainya tanah pusaka milik emaknya itu.Malahan ramai rakan-rakan arwah datang mencarinya untuk menagih hutang.

Menurut mereka sewaktu hidup, arwah sering berhutang dengan mereka. Semua hutang itu pastilah digunakan untuk memenuhi kehendak perempuan jahanam itu… Jannah! Dia benci mendengar nama itu. Disebabkan perempuan itulah, hidupnya dan emaknya porak peranda.

Emaknya juga hampir hilang pedoman diri. Dia ingin membahagiakan insan istimewa itu walaupun terpaksa memilih derita sebagai pengganti. Disebabkan itu jugalah dia sanggup menandatangani surat perjanjian yang disediakan oleh Yus. Dia bencikan lelaki itu. Tapi apa gunanya dia membenci Yus tika ini. Sedangkan setelah dirinya menandatangi surat perjanjian itu tadi, ini bermakna dia telah memperjudikan masa depannya dengan nilai RM 20 ribu.

‘Ya! Itulah nilai diriku di matanya! RM 20 ribu,’ rintih hati Afini. Tangisannya semakin kuat.

Siti yang telah lena diulit mimpi, terjaga apabila mendengar tangisan Afini. Dia menggosok-gosok matanya untuk menghilangkan rasa kantuk. Dia pantas bangun dan memeluk Afini erat. “Afini… kenapa ni?” soal Siti walaupun dia sudah dapat mengagak punca tangisan sahabatnya itu.

“Aku… Aku sanggup jual maruah aku sebab duit RM20 ribu tu!” Di saat Afini menuturkan kata-kata itu, tangisannya kian menggila.

“Tak Afini! Kau tak jual maruah kau dan ingat kau lakukan itu semua demi mak kau! Demi mak kau!” Siti mengulangi ayat terakhir untuk mengingatkan pengorbanan yang telah Afini lakukan.

Afini mngesat air matanya yang mengalir laju. Dia merenung jauh dalam kepekatan malam.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku