Anehnya Cinta
BAB 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2012
Pertemuaan Afini dengan Yus telah menggegarkan satu ofis. Yus, sering kali mengamalkan sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa sangka, dua insan yang sering bermasam muka ini akhirnya terpaksa mendirikan rumah tangga.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
7933

Bacaan







12

Siti mengambil cuti untuk menemani Afini menguruskan urusan bank. Siti tahu di saat ini sahabatnya itu memerlukan sokongan daripadanya dan yang lebih penting sekali, Siti ingin memastikan sendiri yang segala tunggakan hutang yang ditinggalkan oleh arwah ayah Afini dapat dilangsaikan.

Sorry, Siti. Disebabkan aku, kau terpaksa ambil cuti hari ni,” kata Afini sambil melangkah keluar dari bank.

“Tak apalah, yang penting kau dah selesaikan masalah tanah pusaka emak kau tu.”

“Alhamdulillah... rumah tu dah tak ada tunggakan lagi. Sekarang ni aku cuma fikirkan bayaran ansuran bulanan.”

Senyuman terukir di bibir Afini.

“Dah lama aku tak tengok kau senyum macam tu,” kata Siti sambil tersenyum.

“Hmm… mungkin sebab aku dah lupa erti gembira waktu tu. Oleh kerana hari ni aku rasa gembira sikit, apa kata aku belanja kau makan. Nak?”

“Eh! Mestilah nak. Aku nak makan banyak-banyak sampai termuntah sebab hari ni ada orang bayar,” usik Siti.

Afini hanya tersenyum.

Sesampainya di sebuah restoran yang agak terkenal di Klang, Afini dan Siti melilau mencari tempat duduk.

“Alamak, macam penuh aje. Jomlah kita cari restoran lain,” kata Siti

Afini dengan berat hati terpaksa mengikuti cadangan Siti. Tetapi belum sempat mereka melangkah keluar, terdengar nama mereka dipanggil. Sepantas kilat Afini dan Siti mencari suara itu.

Dada Afini berdebar-debar. ‘Kenapalah mamat ni yang aku jumpa?’ dengus hati Afini.

Siti menjeling ke arah Afini. Afini yakin sahabatnya itu dapat meneka apa yang sedang dia rasai tika ini. Ingin sahaja Afini menarik tangan Siti dan berlari menjauhi dua orang lelaki yang sedang memandang tepat ke arah kami.

Jeff masih tidak berhenti memanggil nama Afini bersama lambaian tangan agar wanita itu dapat melihat dirinya.

Walaupun hati dan minda Afini meminta tubuhnya beredar dari situ, namun kakinya tekah melangkah perlahan ke arah Yus dan Jeff.

“Afini, dari tadi lagi I jerit nama you. You tak perasan ke?” soal Jeff setelah mempersilakan kami duduk.

“Hmm… Maaf I tak perasan,” tipu Afini.

“Kalau dah pekak tu, pekak jugak!” kata Yus tiba-tiba.

Ingin sahaja rasanya Afini menyepak muka lelaki yang bersebelahan kedudukannya dengan dirinya itu. Kurang ajar punya jantan!

“I tak pekak, cuma tak perasan. Nasib baik Jeff yang panggil. Kalau you yang panggil, memang I buat bodoh aje. Biar you menjerit macam orang gila!” balas Afini geram.

Jeff dan Siti tersenyum. Yus pula memandang Afini tajam, mungkin tidak menyangka yang Afini berani menuturkan kata-kata itu di hadapan Jeff.

‘Padan muka kau!’ gerutu hati Afini.

“Hmm… kenapa you tak masuk ofis hari ni?” soal Yus sambil memandang Siti.

“I ada hal sikit bos. I dahapply cuti, bos,” jawab Siti.

Yus sekadar mengangguk.

‘Pelik! Selalunya kalau aku atau mana-mana staff yang sewenang-wenangnya mengambil cuti, pasti telinga akan bernanah mendengar maki hamun dan bebelan! Tapi hari ni pelik benar… Mungkin hari nimood dia baik kot,’ bebel hati Afini.

Di saat Afini sedang khusyuk melihat menu, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang. Debaran yang tadinya sudah menghilang kini kian kuat pukulannya. Pandangannya masih terkaku melihat lelaki yang sedang memandang gembira ke arahnya itu. Terasa sejuk seluruh tubuhnya tatkala mata mereka bertentangan. Kenapa kini lelaki itu hadir semula di saat dirinya sudah mampu untuk melupakan segala-galanya? Kenapa mesti dia hadir semula?

“Afini... Ya Allah... I rindu sangat dekat you. Lama kita tak jumpakan?” kata lelaki itu.

Afini masih terpaku melihat insan di hadapannya.

“Afini… Afini,” panggil lelaki itu lagi.

“Hmm…sorry. Ya kita dah lama tak jumpa. You apa khabar?” soal Afini sedikit gugup.

“Baik dan bertambah baik lepas I jumpa you. I rindu sangat dekat you,” kata lelaki itu lagi.

“Terima kasih… maksud I terima kasih sebab rindukan I.” Dapat Afini lihat perubahan di wajah Yus. Yus seperti tidak menyenangi kehadiran lelaki ini.

“You masih macam dulu. Cantik dan wajah you tu mampu buat I tersenyum,” melebar senyuman di wajah lelaki itu saat pujian demi pujian dihadiahkan buat wanita genit di hadapannya ini.

Afini sekadar tersenyum mendengar pujian itu.

“Amboi-amboi... Afini ajelah kau rindu. Habis, aku ni kau nak campak mana?” usik Siti.

“Lah! Kau ke Siti. Ya Allah, aku tak perasan kau. Kau apa khabar?”

“Baik. Macam mana nak perasan aku kalau mata kau tu cuma nampak Afini aje,” perli Siti.

“Janganlah cakap macam tu. Aku pun rindu dekat kau juga. Tak sangka ya, you dengan Afini memang tak dapat dipisahkan. Ke mana mesti berdua, macam belangkas.”

“Tau tak apa. Untuk pengetahuan kau, aku dan Afini satu tempat kerja tau,” terang Siti tanpa diminta.

“Ehem!” Jeff berdehem.

Ketiga-tiga mereka lantas memandang ke arah Jeff.

“Tak nak kenalkan I pada kawan you ke Afini?” soal Jeff. Yus pula masih memandang Afini dengan tajam.

Sorry, kenalkan ni kawan I, Zack. Zack, kenalkan yang ni Jeff dan ni… Yus,my boss,” tutur Afini, perlahan di hujung bicaranya.

Zack menghulurkan salam. Jeff menyambut mesra, namun tatkala dia bersalaman dengan Yus, terlihat riak tidak puas hati di wajah lelaki itu.

“Hmm… Okey Afini, I nak kena pergi dulu. Ni kad I. I harap you akancall I. I tunggu panggilan you.”

Kad bertukar tangan. Namun, tatkala Zack ingin melangkah pergi…

“Afini, you dah jemput Zack ke majlis perkahwinan kita?” Tiba-tiba Yus bersuara.

Sepantas kilat Zack memandang ke arah Yus dan kemudiannya bertukar kepada Afini. “You dah nak kahwin?”

Afini masih tidak menjawab soalan yang diutarakan oleh Zack. Mulutnya tidak dapat bersuara, kakinya sudah terasa menggigil bagai tidak mampu menampung tubuhnya berdiri.

“Jadi, maksudnya Afini belum beritahu you?” soal Yus sinis. Entah mengapa, hatinya merasa cemburu melihat kemesraan Afini dengan lelaki itu.

Afini merasa geram dengan Yus. Ingin sahaja dia menyumbat mulut Yus dengan kasutnya agar dapat dibisukan mulut lelaki itu.

“Tahniah!” Hanya itu perkataan yang keluar dari mulut Zack sebelum dia melangkah jauh meninggalkan Afini.

Afini memandang tajam ke arah Yus. Dia benci melihat lelaki yang sedang tersenyum puas itu. Untuk apa Yus melakukan ini semua? Untuk apa?

‘Aku benci kau Yus! Aku benci kau!!!’ Amukan menggegarkan kota hati Afini!

Siti dan Jeff pula hanya terdiam seribu bahasa bagai mengerti perang bisu di antara aku dan Yus.

Zack! Lelaki itu pernah mencuri hati Afini suatu tika dulu dan sehingga kini hati Afini masih miliknya. Namun, Afini sedar sedalam mana rasa cinta itu, tidak mungkin untuknya memiliki lelaki itu. Bukan kerana dia bakal berkahwin dengan Yus. Tetapi kerana Afini tahu, tidak mungkin untuk Zack menaruh rasa cinta terhadapnya kerana selamanya hati Zack hanyalah milik Has.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku