Anehnya Cinta
BAB 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2012
Pertemuaan Afini dengan Yus telah menggegarkan satu ofis. Yus, sering kali mengamalkan sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa sangka, dua insan yang sering bermasam muka ini akhirnya terpaksa mendirikan rumah tangga.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8152

Bacaan






14

Hari ini, Afini pulang tepat 6.00 petang. Sesampainya di rumah, azan maghrib sudah berkumandang. Cepat sahaja dia mengambil tuala dan melangkah ke bilik air untuk membersihkan tubuhnya.

Seusai solat Maghrib, Afini terus mengenakan sepasang kurung berwarna merah jambu ke tubuhku. Dia mengikat satu rambutnya agar kelihatan kemas. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia mengatur langkah menuju ke bilik emaknya.

“Mak, cepatlah. Nanti lambat pulak.”

“Iya, mak dah siap ni,” balas Imah dari dalam biliknya.

Seminit kemudian, pintu bilik emak Afini terbuka. Emaknya berbaju kurung, bertudung sedondon dengan warna pakaiannya.

Afini tersenyum. “Wah! Merah mak malam ni. Cantiknya, mak siapalah ni?” usik Afini.

Imah mencuit lembut hidung Afini. “Kalau bab mengusik, bagilah kat dia. Dah jom, nanti lambat pulak. Kesian Siti.”

Afini mengangguk

JIRAN tetangga dan saudara mara telah memenuhi rumah keluarga Siti. Sebaik sahaja sampai, Imah terus ke dapur untuk menolong apa yang patut manakala Afini terus menuju ke bilik Siti.

“Afini!!!” jerit Siti tatkala melihat kelibat Afini. “Aku ingat kau tak datang. Sedih aku.”

Afini tersenyum. “Sorrylah. Aku dah siap awal tadi, tapi tunggu Mak Datin Imah kesayangan aku tu bersiap dulu. Tu yang terlambat sikit,” jawab Afini.

“Nasib baik kau datang.” Terusir sudah kesedihan Siti.

“Mestilah aku datang. Kaukan kawan terbaik yang pernah aku ada. Lagipun kalau aku tak datang… nanti ada pulak yang merajuk tak nak bersanding,” usik Afini.

Siti tersenyum.

“Tahniah, Siti. Akhirnya jodoh kau kuat dengan Zaid. Dia beruntung dapat kau. Mesti kauhappykan sekarang, dapat berkahwin dengan orang yang kau cinta.” Entah kenapa ada kesayuan dalam bicara Afini saat ini.

“Afini, kau janganlah sedih-sedih macam ni. Aku yakin, suatu hari nanti mesti kau pun akan bahagia!”

Bahagia? Apakah erti bahagia sebenarnya? Bahagiakah dia andai tidak lama lagi dia akan dimiliki oleh seorang lelaki yang tidak layak untuk mencintai dan dicintai?

“Afini, apa kata kau pun pakai inai sekali.” Siti memberikan cadangan sementelah Afini bakal menjadi pengapitnya esok.

“Hisy! Tak naklah. Tak pasal-pasal aku pulak yang diorang ingat pengantin nanti.”

“Alah... apa salahnya. Kau kan pengapit aku,” rengek Siti.

“Tak payahlah paksa Afini pakai inai. Lagipun bukan Afini yang nak bersanding, tapi kamu.” Mak usu Siti yang tadinya diam kini bersuara. Mungkin dia kurang senang melihat kerenah Siti.

“Hmm… Afini ni pulak bila nak naik pelamin?” soal mak usu kemudiannya.

Afini hanya tersenyum.

“Jangan tunggu lama-lama. Nanti dah tua, tak laku.”

‘Pedasnya mulut janda beranak dua ini. Nasib baiklah perempuan yang bermulut longkang ini mak saudara Siti. Kalau tak, dah lama aku cilikan mulutnya,’ kata Afini di dalam hati.

Siti yang menyedari perubahan wajah Afini, cepat mengubah topik bicara. “Afini, esok kau pakai baju kurung biru yang aku buatkan untuk kau tu ya.”

Afini tersenyum. “Jangan risau. Aku akan pakai cantik-cantik esok, supaya cepat dapat jodoh! Kan, mak Usu?”

Mak usu yang menyedari Afini memerlinya, berubah riak. Dia bangun dan mengatur langkah dengan alasan ingin membantu kerja di dapur.

Afini dan Siti hanya tersenyum.

Afini tersenyum melihat Siti yang kelihatan gelisah menantikan rombongan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya lima jam yang lalu. Majlis akad nikah yang berlangsung di rumah Siti pada pagi tadi ternyata berjalan dengan lancar. Hanya sekali lafaz sahaja Siti sah menjadi isteri Zaid. Kini tibalah pula majlis resepsi yang diadakan di rumah Siti untuk meraikan pasangan Raja Sehari itu.

“Afini, aku rasa takutlah. Dada aku ni rasa macam nak pecah.”

“Aku faham… kau relakslah. Kejap lagi pengantin lelaki sampai. Semuanya akan okey,” pujuk Afini. Dia menggenggam erat jari jemari Siti untuk memberi semangat kepada sahabatnya itu.

Afini memandang ke segenap wajah dan tubuh milik Siti untuk kesekian kalinya. Ternyata sahabatnya itu kelihatan cantik sekali. Seri pengantinnya terserlah. Kebaya songket biru yang membaluti tubuh Siti begitu sepadan dengan tubuh tinggi lampai miliknya.

“Kenapa kau pandang aku macam tu sekali?” soal Siti apabila menyedari Afini memerhatikannya.

“Kau cantik sangat hari ni. Terpegun aku. Itu baru aku yang pandang, belum lagi si Zaid tu. Agaknya kalau dia nampak kau cantik macam ni, tak sempat bersandinglah nampaknya,” usik Afini.

Siti sudsh tersipu-sipu malu dengan usikan Afini. “Kau nikan Afini. Teruk tau.” Dia cuba mencubit Afini, namun Afini pantas mengelak.

Tidak lama kemudian, kedengaran kompang dipalu menandakan ketibaan pengantin lelaki.

Siti semakin rasa berdebar.

Afini yang menyedari keadaan Siti, pantas memujuk. “Relaks. Buat macam biasa.”

Siti hanya mengangguk.

Sebelum bermulanya acara menepung tawar, persembahan silat dipersembahkan kepada ‘raja sehari’. Selepas itu, barulah acara tepung tawar dimulakan.

Ramai saudara mara serta sahabat handai yang hadir tidak melepaskan peluang menepung tawar. Berbagai gelagat dan telatah sewaktu menepung tawar dipersembahkan oleh para tetamu. Hendak ketawa pun ada dengan teletah mereka.

Tapi tatkala seorang lelaki yang amat Afini kenali naik ke atas pelamin dan mempunyai niat yang sama, matanya bagaikan terpaku. Lelaki itu segak memakai kemeja berlengan panjang berwarna sedondon dengannya dan berseluar hitam. Tatkala mata mereka, bertemu Yus menghadiahkan senyuman manis.

Setelah habis sesi bergambar, Afini meminta diri daripada Siti. Sewaktu dia mencari kelibat emaknya, dia terdengar namanya dipanggil. Pantas, dia menoleh. Tiga orang lelaki memandang tepat ke arahnya.

“Hai, Afini. Wah! Cantik hari ni, mengalahkan pengantin,” usik Jeff.

“Tak adalah, biasa aje,” balas Afini sambil tersenyum.

Yus masih memadang tepat ke arah wanita di hadapannya. Matanya tidak berkelip.

“Hmm... ni siapa?” soal Afini tatkala merasakan pandangan Yus mengganggu perasaannya.

“I kenalkan ni kawan I, Ed,” ujar Jeff bersahaja.

“Hai, Kak Afini,” sapa Ed dan menghulurkan tangan tanda perkenalan.

Afini menyambut huluran tangan itu. Sekilas memandang Ed, Afini yakin lelaki itu masih muda remaja. Ed, berkulit cerah dan mukanya persis lelaki berketurunan Cina.

“Afini!”

Dari jauh Zack sudah memanggil namanya dan melambaikan tangan.

“Puas I cari you,” tutur Zack setelah mendapatkan Afini.

“You cari I dekat mana?”

“Dekat London,” gurau Zack masih seperti dulu.

“You cantik sangat hari ni. Seingat I lah ini, kali pertama you bersolek sakan. Cantik,” puji Zack ikhlas, namun keikhlasan itu tidak disenangi oleh Yus.

Sorry, I tak perasan Yus pun ada. Untung you dapat Afini. Dahlah cantik, baik pulak tu.” Zack masih tidak puas memuji dan matanya masih terhala kepada Afini.

“Sebab dia cantiklah I terpikat,” balas Yus sinis setelah lama membisu.

Afini terasa amat kekok dengan situasai sekarang. Tidak tahu untuk berkata atau berbuat apa. Nasib baiklah dia terlihat kelibat emaknya. Dia mengamit emaknya menghampiri mereka.

“Afini pergi mana? Puas mak cari Afini,” kata Imah sebaik sahaja dia menghampiri Afini.

“Ya ke? Afini pun cari mak tadi. Nasib baik jumpa.” Afini sudah memaut manja lengan emaknya.

“Eh… ni Zack, kan?” soal Imah tatkala menyedari kehadiran anak muda itu di antara mereka.

“Ya mak cik. Dah lama tak jumpa,” kata Zack sambil menghulur tangan untuk bersalaman.

“Yalah, kalau dulu hari-hari kamu dengan Siti datang rumah buat kerja sekolah sama-sama. Mak cik rasa ada kot dalam dua tahun kita tak jumpa,” lembut Imah menuturkan kata-kata.

“Betul, mak cik. Saya baru balik dari Australia. Kerja dekat sana.”

“Kerja-kerja jugak. Ni bila ni nak bagi mak cik rasa nasi minyak?” gurau Imah.

“Tulah, ingatkan balik sini nak melamar Afini. Tapi nampaknya tak ada canlah sebab orang tu dah ada yang punya. Tak lama lagi dah nak kahwin.” Zack mengerling Afini sekilas.

Afini hanya tersenyum. Dia tahu tutur kata Zack hanyalah satu gurauan. Tidak mungkin untuk lelaki itu memilih dirinya sedangkan hati Zack hanyalah untuk Has!

“Afini ada buah hati? Dah nak kahwin?” soal Imah pelik dan memandang tepat ke arah anak tunggalnya di sisi.

Afini dan Yus serentak memandang. Seperti Afini, Yus juga kelihatan cemas andai rahsia yang disembunyikan terbongkar waktu ini.

“Mak, Afini lupa pulak yang pak teh cari mak tadi,” seraya menuturkan kata-kata itu, Afini menarik lengan emaknya melangkah menjauhi empat orang lelaki yang masih memandang tingkah mereka.

Sesampainya di rumah, Afini menarik nafas lega kerana tiada perkara buruk yang berlaku akibat kata-kata Zack di majlis perkahwinan Siti tadi. Emaknya juga tidak bertanya langsung mengenai apa yang dinyatakan oleh Zack. Mungkin emaknya itu menganggap ia hanyalah satu gurauan sementelah Zack yang emaknya kenali semenjak dahulu memang suka bergurau.

Setelah menunaikan solat Asar, Afini mengelap rambutnya yang masih basah.

“Afini! Keluar kejap. Ada kawan datang ni!” jerit Imah.

Afini yang mendengar jeritan itu pantas berlari ke ruang tamu.

“Aaaaaaa...” jerit Afini tatkala melihat Yus, Jeff dan Ed memandang tepat ke arahnya yang hanya memakai kain batik dan t-shirt. Lebih malang lagi rambutnya masih belum kering sepenuhnya. Dia berlari semula ke bilik untuk memilih persalinan yang lebih sesuai.

Yus, Jeff dan Ed terpinga-pinga seketika melihat reaksi Afini. Mereka saling berpandangan sebelum tersenyum.

Selepas menyalin pakaiannya, Afini ke dapur terlebih dahulu. Dia menyediakan teh panas dan sepinggan biskut kering untuk dihidangkan pada tetamu. Selepas itu, dia terus ke ruang tamu. Kelibat emaknya tidak kelihatan. Mungkin emaknya sedang menunaikan solat Asar.

“Minumlah,” pelawa Afini.

“Kenapa Kak Afini menjerit tadi? Macam nampak hantu aje,” soal Ed sambil tersenyum.

“Hmm… tak, tak ada apa-apa,” kata Afini.

“Afini pandai pakai kain batik ya?” Tiba-tiba Jeff menanyakan soalan pelik.

“Dah tentu. I kan perempuan? Mestilah pandai.”

“Tapi I tak pernah nampak mama dengan kakak I pakai.” Suara Jeff lagi.

Afini hanya tersenyum.

“Cantiklah Afini pakai kain batik tu. Lebih cantik daripada pakai seluar ni,” tambah Jeff lagi. T

anpa disangka Ed mencubit paha Jeff, persis seorang makwe mencubit paha pakwenya kerana cemburu kekasih hatinya memuji wanita lain. Pelik!

“Hmm… makanlah,” pelawa Afini sekali lagi dan kali ini matanya bertentang dengan Yus.

Yus merenung Afini membuatkan Afini rasa gelabah.

“Afini, pelawalah kawan kamu tu makan,” kata Imah yang kemudiannya mengambil tempat di sebelah Afini.

Afini memandang emaknya. “Mak, Afini kenalkan yang ni Ed, sebelah tu Jeff dan yang ni pula Yus.”

“Kamu semua ni kawan sekolah Afini ya?” soal Imah.

“Tak, mak. Jeff dengan Ed ni kawan Yus. Yus ni pula bos tempat Afini bekerja,” pantas Afini menjawab sebelum sempat Yus membuka mulut.

“Bos rupanya. Maaflah, Encik Yus. Mak cik tak tahu tadi,” kian sopan Imah berbicara.

“Tak apa, mak cik. Tak ada beza pun sama ada saya ni bos atau kawan Afini.” Yus memaniskan wajahnya.

“Apa tujuan kamu semua datang ke sini?” soal Imah kian mesra.

“Hmm… mak cik. Sebenarnya tujuan saya datang ke sini, sebab… nak beritahu yang dalam minggu depan papa saya akan datang ke sini untuk merisik Afini,” tenang, Yus menyampaikan hajatnya.

Afini membulatkan matanya, terkejut dengan bicara Yus. Emaknya pula sudah memandang wajahnya dan jelas riak terkejut yang amat sangat terpamer di wajah tua itu. Dia tidak menyangka yang Yus begitu berani berterus terang tentang tujuannya ke mari.

“Tapi seingat mak cik, Afini tak pernah beritahu tentang kamu dengan dia bercinta.” Suara Imah masih lembut.

“Saya tahu. Maksud saya… mungkin Afini tak bersedia nak beritahu tentang hubungan kami. Sebab tulah saya ambil keputusan datang ke sini untuk berjumpa dengan mak cik dan berterus terang tentang hubungan saya dengan Afini.”

Afini hanya membisu. Dia tidak tahu untuk menyampuk apa dalam bicara Yus kali ini.

“Kamu betul-betul ikhlas dengan Afini?” soal Imah meminta kepastian.

Yus menarik nafas dalam sebelum berkata-kata. “Saya ikhlas untuk mengambil Afini menjadi isteri saya, mak cik.”

Imah tersenyum. “Mak cik tak ada halangan. Tapi… kamu tahulah kami ni bukan orang senang. Jadi apa pun keputusan yang kamu berdua nak ambil, fikir masak-masak. Kita ni kalau nak berumah tangga bukan sehari dua kemudian bercerai.Kalau boleh biarlah kekal hingga ke Syurga,” nasihat Imah panjang lebar.

Afini tertunduk tatkala mendengar kata-kata itu. Hatinya kini dipaut rasa sedih kerana dia yakin kerisauan yang dituturkan oleh emaknya sebentar tadi pasti menjadi kenyataan. Perkahwinan tanpa rela ini, dia sendiri tidak tahu berapa lama ia mampu bertahan!

Yus dan Jeff masing-masing membuang pandangan ke arah Afini.

“Insya-ALLAH, mak cik,” kata Yus. Dia merenung Afini seketika.

Tidak lama kemudian, mereka bertiga meminta diri untuk pulang.

Afini terus merebahkan tubuhnya ke tilam. Badannya terasa penat setelah seharian membantu Siti di majlis perkahwinannya. Matanya sudah memberat, tetapi ketukan di muka pintu membantutkan niatnya untuk tidur. Dia membuka pintu dan cepat sahaja emaknya melangkah masuk ke dalam.

“Mak mengganggu ke?”

“Tak adalah. Kenapa mak?” soal Afini.

“Hmm… mak nak tanya Afini sikit ni,” katanya sambil merenung Afini.

“Pasal apa?”

“Pasal Afini dengan Yus.”

Berdebar dada Afini mendengar kata-kata emaknya. “Hmm… mak nak tanya tentang apa?”

“Betul ke Afini cintakan Yus? Betul Afini takkan rasa menyesal untuk berkahwin dengan Yus?” Terselit sedikit keraguan di dalam setiap persoalan yang ditujukan kepada anak tunggalnya itu.

Lain benar bentuk soalan emaknya kali ini. Adakah naluri keibuan emaknya itu dapat menghidu ketidakbahagiaan di wajahnya?

“Mak bukan apa. Mak tak nak apa yang berlaku pada mak akan berulang pada Afini. Mak tak nak anak kesayangan mak ni menderita. Cukuplah mak seorang dah rasa perit dan sakitnya andai orang yang kita cintai khianati kita.” Sedikit sebak nada Imah.

“Mak… Afini sayangkan mak. Afini… takkan menyesal untuk berkahwin denganYus. Afini nekad!”

“Betul Afini sayangkan Yus dan takkan menyesal?” soal Imah masih inginkan kepastian.

Afini mengangguk. Dia memeluk emaknya erat.

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku