Anehnya Cinta
BAB 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2012
Pertemuaan Afini dengan Yus telah menggegarkan satu ofis. Yus, sering kali mengamalkan sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa sangka, dua insan yang sering bermasam muka ini akhirnya terpaksa mendirikan rumah tangga.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
9338

Bacaan







15

Afini menyentuh cincin belah rotan yang sederhana besar saiznya jika dipadankan dengan jari manis miliknya itu. Tangannya beralih pula menyentuh cincin batu permata yang juga tersarung di jari yang sama. Walaupun dia tidak tahu menilai kualiti batu permata, tetapi dia yakin cincin dijarinya pasti mahal harganya. Kilauannya menjadi bukti.

Dua bentuk cincin dijari manisnya menandakan yang dia sudah pun dirisik dan menjadi tunangan orang. Masuk hari ini sudah hampir tiga bulan Afini menjadi tunangan Yus. Tanpa sedar, dia menghelakan nafas yang berat. Sebagaimana beratnya nafas yang dihelakan begitu berat jualah bebanan perasaan yang ditanggungnya kini.

Andai orang lain berasa gembira setelah bertunang dan bakal melangkah ke alam bahagia, lain pula ceritanya dengan Afini. Hari demi hari yang dilalui penuh dengan rasa terseksa. Apatah lagi hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi dia bakal diijabkabulkan dengan lelaki yang berstatus gay.

Ketukan di muka pintu menyedarkan Afini dari lamunan. Dia bangkit mengatur langkah dan membuka pintu.

“Afini, Yus datang tu. Dia kata nak ajak kamu keluar,” kata Imah.

“Nak ajak Afini keluar?” soal Afini untuk kepastian.

“Yalah. Dah, apa tercegat lagi tu. Cepat siap. Kesian Yus tunggu kamu.”

Afini hanya mengangguk.

Afini bersiap ala kadar. Dia hanya mengenakan t-shirt berlengan panjang berwarna coklat dan dipadankan dengan jeans biru gelap. Rambutnya pula dibiarkan lepas. Setelah bersalam dengan emaknya, Afini dan Yus berlalu keluar.

“Kenapa tak beritahu yang you nak datang?” soal Afini ketika kereta Yus sudah bergerak dari rumahnya.

“Kenapa? Tak boleh?”

“Bukan tak boleh. Tapi sekurang-kurangnya beritahu dulu!” geram Afini dengan sikap lelaki di sebelahnya ini.

“Suka hati I lah nak datang bila pun jumpa you!” Suara Yus sedikit tinggi

Malas hendak bergaduh, Afini hanya membisu sepanjang perjalanan. Hala tuju nak ke mana jua tidak dipeduli. Lantaklah!

Sesampainya di hadapan Butik D&E, Yus memberhentikan keretanya. Yus pantas turun, namun Afini masih berada di dalam kereta. Malas rasanya Afini hendak turut serta. Dia tahu apa tujuan Yus ke situ. Tetapi hatinya tidak merelakan matanya melihat kecantikan busana pengantin yang pastinya mahu disarungkan ke tubuhnya.

“Turun sekarang!” Yus sudah membuka pintu Afini. Suaranya sudah tinggi.

Afini buat endah tak endah.

“Boleh tak, jangan nak degil sangat!” bentak Yus setelah melihat Afini masih membisu dan tidak berganjak.

“Malaslah… you pergilah tengok sendiri!” Afini turut meninggikan suaranya.

“Masalahnya badan I ni bukannya satu saiz dengan badan you tu! I nak you turun sekarang! Keras kepala betullah you ni!” bentak Yus.

Afini mengalah akhirnya setelah beberapa pasang mata melihat adegan mereka.

Melangkah sahaja ke dalam butik, Yus terutamanya disambut mesra oleh Dick dan Erick, pemilik butik D&E. Mereka sudah mengetahui tujuan Yus dan Afini ke butik mereka.

Afini leka memerhatikan dekorasi butik pengantin yang cantik itu. Tiba-tiba Erick menupuk bahi Afini lembut.

“Afini, you cubalah baju ni,” arah Erick sambil menyua sepasang baju kebaya berwarna silver yang sangat cantik.

Kecantikan busana itu bukan sahaja kerana potongannya begitu padan dengan tubuh kecil milik Afini tetapi juga disulami batu permata. Selepas mengenakan baju kebaya berwarna silver itu, Afini diminta pula oleh Erick untuk mengenakan busana yang sama cantiknya. Cuma kali ini kebaya berpotongan agak labuh itu berwarna ungu. Warna tema bagi pihak Afini.

Andai di saat Afini mengenakan dua pasang busana sebelumnya, Yus buat endah tak endah sahaja. Tetapi di saat Afini mengenakan gaun pengantin berwarna putih yang diperbuat daripada serat sutera ini, Yus bagai terpaku melihat wanita di hadapannya. Bukan setakat Yus, Dick dan Erick juga turut memberikan reaksi yang sama.

Afini yang menjadi perhatian tiga pasang mata di saat ini berasa kekok dan tidak tahu untuk berbuat apa.

“Oh!My God! Afini… cantiknya you pakai baju ni,” sambil menuturkan kata-kata itu, Erick sudah pun mendekati diri Afini dan tanpa disangka tangan lelaki itu cepat sahaja meraba pinggang Afini.

Sungguh! Afini tidak selesa untuk diperlakukan seperti itu! Walaupun dia tahu Erick tidak berniat apa, namun perasaan tidak senang itu kian kuat menguasai dirinya. Dapat dia lihat riak ketidaksenangan jelas terpamer di wajah Yus. Lantas…

“Cantik sayang pakai baju ni,” kata Yus berpura-pura mesra dan merangkul pinggang Afini sehingga memaksa Erick menghentikan rabaannya.

Serta merta terasa haba panas di wajah Afini tatkala Yus berkelakuan seperti itu. Ingin sahaja rasanya dia mengusir kasar tangan Yus. Namun kudratnya tiada, apatah lagi rangkulan Yus di pinggangnya kian erat!

Di dalam kereta, Afini masih membisu. Tidak tahu untuk berkata apa-apa.

“Lepas ni kita pergi rumah papa. Tapi sebelum tu kita singgah satu tempat dulu.” Yus memecahkan suasana bisu antara mereka.

“Pergi mana?” soal Afini ringkas.

“Viva Home.”

“Nak buat apa pergi sana?” Rasa ingin tahu menyebabkan Afini mengutarakan soalan itu.

“Nak cari baranglah! Takkan nak cari orang kot!” kata Yus, sinis.

“Manalah tahu, you ada temu janji dengan kekasih you dekat situ ke.” Tanpa sedar Afini menuturkan ayat itu. Apabila menyedari keceloparan mulutnya, Afini pantas menutup mulutnya. ‘Mampus! Mesti aku kena maki ni!’ Resah hati Afini.

“You ni kan, kalau tak menyakitkan hati I tak boleh ke? Ada ajekan ayat you nak menjawab!”

Afini hanya mendiamkan diri. Dia dalam hati, dia memaki hamun Yus.

Melangkah ke bangunan yang mempunyai keluasan 660,000square feet dan mempunyai empat tingkat ini, menjadikan Afini berasa penat untuk melangkah walaupun langkah sulung belum atur. Tidakkah lelaki yang mendahului langkahnya ini terasa penat?

“Cepatlah sikit jalan tu,” arah Yus, persis seorang ayah mengarahkan anak kecilnya melangkah dengan lebih laju lagi.

Dari satushowroom ke satushowroom, Afini mengikuti langkah Yus. Kebanyakanshowroom yang dilawati berkaitan dengan penjualan barang kelengkapanhouse renovation.

Sewaktu mereka tiba di sebuahshowroom yang menjual kelengkapan katil dan set bilik tidur, Afini mengambil kesempatan melihat keadaan sekeliling sementara Yus pula sibuk dengan urusannya bersama salah seorang pekerja yang bekerja di sini. Matanya terpaku melihat angka di hadapannya.

‘Mahalnya tilam ni! Dekat 20 ribu satu unit,’ omel hati Afini sambil melihat tilam bersaiz king itu.

“Afini, you tengok apa tu?”

Terperanjat Afini dengan sapaan Yus. Dia pantas menoleh dan menggeleng. Dia terpaksa mengikuti langkah Yus yang masih laju langkahnya.

“Yus… tunggulah sekejap. I dah penat ni.” Afini cuba meraih simpati. Namun, bukan simpati yang diterima…

“Tulah kalau dah pendek tu, pendek jugak! Jalanlah laju sikit.”

Afini menghentakkan kakinya tanda protes.
Suka-suka hati sahaja lelaki itu mengutuknya. Sesampai sahaja mereka di hadapan showroom yang terletak di sudut serta mempunyai keluasan yang agak besar, Yus melangkah masuk dan Afini membuntutinya. Yus mengarahkan Afini duduk di sofa yang disediakan.

“Hai, Encik Yus. Sudah lama tak da mari,” sapa seorang lelaki Cina sambil menghulurkan tangan.

Yus tersenyum. “Sibuk sikitlah, Teoh.So, macam manalist yang I fakskan tu. You dah dapat?”

“Sudah. Okeylah, kalau you mahu semua barang dengan itu harga, I boleh kasi. Tak ada hal. Tapiinstallation, I tak dapat kasilah.Delivery bolehfree.”

“Takkan tak boleh kasifree installation. You dengan I jangan nak berkira sangat. Setiap kali ada projek pun I ambil barang sama you,” pujuk Yus.

Lelaki Cina itu mengambil kalkulator dan mengira sesuatu. Hampir lima minit barulah dia bersuara semula. “Bos, I bukan tak boleh kasi. Tapi barang yang you minta semua kualiti punya barang. You minta barang STUDIOLINE. Ini barangunder TEKA. You sendiri pun taukan TEKA punya barang Germany punya, bukan China. TEKA punya barang kualiti semua orang tahu bukan ‘cikai’ punya barang. Ini jenama TEKA dari tahun 1924 sudah ada.”

“Alah... you dengan I pun nak berkira ke?” Yus masih cuba memujuk.

“Okeylah bos, kalau you nak boleh. Tapi itu model you nak, mesti tukar. Macam itu you mintaVitroceramic Hob (TT 90 HZ), you tukar denganInduction Hoblah.” Lelaki Cina itu memberi cadangan.

“Ish… tak naklah I, kalauInduction Hob. I tak boleh nak pakaiglass, ceramic atau apa-apapot. Kena pakaistainlees steel pot aje. Tak naklah I. You adjust tengok, boleh kasifree installation tak. Janganlah berkira sangat tauke. Kita sudah lama kenal.” Yus menepuk lembut bahu Mr. Teoh.

“Atau you tukarlah itu sink. You minta jenama FRANKE, you tukar yang China punya produklah. Sebab FRANKE kualiti sangat baik. Lagi ini produk dari SWISS, lagi ini jenama sudah raikan 100 tahun penubuhan syarikat. Sudah banyak lama ini jenama atau cara terakhir you tukar itugranite sink. You minta jenama AUSCO dari Australia. Ini jenama sangat bagus punya. Ada 25 tahun warranti. You tukar jenama lainlah. Boleh, bos?” Mr. Teoh masih cuba berunding.

Afini melihat Yus sudah pun memicit-micit perlahan lehernya, sebagai tanda lelaki itu mulai kurang sabar dalam urus niaga ini.

“Tauke, I minta semua jenama tu sebab berkualiti. Kalau tak berkualiti, I takkan minta punya. Tak apalah kalau you tak boleh kasi. I cari lain tempatlah.”

Yus meraih tangan Afini menyuruh wanita itu bangun. Namun, belum sempat mereka beredar…

“Okey... okeylah, Encik Yusuf. You punya pasal, I bagilah. Kita pun sudah lama kenal. Bolehlah itu harga yang you minta I kasi campur sekali dengandelivery daninstallation. Okey?”

Yus pantas mengukirkan senyuman kemenangan.

Sewaktu Yus menyelesaikan urus niaganya dengan Mr. Teoh, Afini melilau ke segenap ruangshowroom itu. Dapat dilihatnya susun atur yang begitu kemas untuk barangan kelengkapan dapur dan bilik tidur. Setiap barangan ini disusun mengikut jenama pengeluarnya.

Hampir setengah jam, urusan Yus selesai. Mereka pantas melangkah keluar.

Telefon bimbit Yus berbunyi dan cepat sahaja dia menjawab sambil kakinya melangkah menjauhi Afini.

"Assalamualaikum, papa." Yus menghulurkan salam terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam. Yus dekat mana ni?" terdengar lembut suara di hujung talian.

"Dekat Viva Home lagi. Kejap lagi baru Yus gerak pergi rumah papa. Afini pun ada sekali." Yus memaklumkan kepada papanya akan kehadiran Afini.

"Lah… kenapa tak cakap yang Yus nak datang rumah papa. Siap bawak Afini lagi," sayu suara Dato Haalim akibat kesal dengan sikap anak tunggalnya itu.

"Kenapa papa? Papa tak ada dekat rumah ke?" Yus meneka.

"Papa baru keluar ni. Ada urusan dengan uncle Azlil," kesayuan masih menguasai intonasi suara Dato Haalim.

"Emm… kalau macam tu lain kalilah Yus bawak Afini jumpa papa."

"Yelah. Tapi ingat, lain kali beritahu papa dulu. Kalau Yus beritahu papa yang hari ni Yus nak bawak Afini, papa mesti takkan ke mana-mana." Sempat lagi Dato Haalim membebeli anaknya itu.

"Maaf papa." Yus tahu tuturan maaf harus diucapkan untuk memujuk hati papanya itu.

"Yelah. Nak buat macam mana dah tak ada rezeki papa nak jumpa bakal menantu papa tukan. Nanti jangan lupa kirim salam dengan Afini."

"Baiklah. Nanti Yus sampaikan salam tu. Assalamualaikum papa."

"Waalaikumussalam," lembut Dato Haalim membalas sebelum talian diputuskan.

Yus menghampiri Afini semula.

"Papa kirim salam. Papa tak ada dekat rumah." Yus menyampaikan salam papanya sebelum memaklumkan ketiadaan papanya di rumah.

"Waalaikumussalam. Emm… kiranya kita boleh terus baliklah kan?" Afini inginkan kepastian. Sejujurnya dia memang berasa malas hendak berjalan kemana-mana lagi dengan bakal suaminya itu.

Yus tidak menjawab. Hanya kakinya sahaja yang mengaturkan langkah.

"You dengar tak?!" sedikit geram Afini menuturkan persoalan kali ini.

“I lapar,” jawab Yus sepatah.

Mendengarkan jawapan itu, Afini tahu apa mahunya.

“Lepas makan kita balik!”

Andai Yus sudah memutuskan sesuatu siapa berani membantah!

Langkah diteruskan mencari tempat untuk mengisi perut Yus yang sudah bergendang berirama. Setelah hampir satu bangunan mereka jelajahi, akhirnya Yus melangkah masuk ke Kenny Rogers.

Cepat sahaja menu dibawa oleh seorangwaiter. Tanpa bertanya pendapat Afini, Yus terus memesan dua set Kenny’s Chicken & Garden Meal berserta coke.

Yus mengeluh. Dia bangun untuk beredar.

“You nak pergi mana?” soal Afini pelik dengan tingkah Yus.

“Nak pergitoilet!” jawab Yus kasar.

‘Tanya sikit pun nak marah!’ gerutu hati Afini.

Sementara menunggu Yus dan hidangan yang tak kunjung tiba, Afini melihat satu katalog yang bertanahkan warna hitam. Seperti pernah dilihat katalog itu dan mindanya cepat sahaja berfikir. Siti! Ya, Afini pernah melihat beberapa katalog tersusun di atas meja Siti dan salah satunya katalog yang sudah pun berada di tangannya kini. Tertera perkataan STUDIOLINE di mukanya. Jari jemarinya menyelak sehelai demi sehelai isinya untuk mengetahui mengapakah jenama ini menjadi pilihan ramaidesigner di syarikatnya. Tanpa diduga, terdapat sehelai bil bersaiz A4 terselit di dalamnya. Afini lantas membaca isi kandungannya.

Mata Afini beralih ke kolum jumlah. Serta merta matanya membulat bagaikan tidak percaya! ‘RM 75 200! Biar betul, mahalnya! Orang kaya ni memang suka membazir!’ bebel Afini sendirian.

‘RM 75 200 selepasless. Kalau belumless, berapalah harga sebenarnya?’ soal hati Afini. Dia masih memandang bil di tangannya itu.

Afini pasti, kesemua barang yang dibeli ini akan digunakan dalam proses pengubahsuaian rumah klien. Tetapi tatkala matanya terpandangkan nama Mohd. Yusuf bin Dato Haji Mohd. Haalim yang tertera di atas ruangan nama dan bukannya Syarikat D’Astana Living Sdn. Bhd, keyakinannya mulai goyah.

Otak Afini mula memikirkan pelbagai kemungkinan. Namun, tatkala terlihat Yus kian laju menghampirinya, otaknya terus berhenti berfikir dan cepat sahaja tangannya menyelitkan kembali bil dan meletakkan semula katalog di kedudukan asalnya.

“Air aje? Makanan belum sampai?!” marah Yus setelah mengambil tempat di hadapan Afini.

“Kan orang ramai. Sabarlah,” pujuk Afini.

Yus mengeluh. Mukanya masam mencuka. Kelakar pun ada tatkala melihat wajah kebulur Yus. Setelah hampir lima minit menunggu, seorangwaiter membawa hidangan yang dipesan. Berselera sungguh Yus menjamah makanan yang terhidang di hadapannya. Lagaknya seperti orang kebuluran. Sekali pandang macam orang yang baru balik dari perang pun ada. Terukir senyuman di bibir Afini melihat gelagat Yus.

“Yang you senyum-senyum ni kenapa? Gila ke apa?” marah Yus.

“Mana ada senyum,” jawab Afini seraya menyuap makanan ke mulut. Hampir 20 minit suasana bisu menyelubungi mereka.

“Baju nikah dah siap?”

“Hmm… mak kata dah nak siap,” jawab Afini, malas. Kenapalah persoalan ini yang diajukan? Tidakkah lelaki ini tahu yang dia tidak pernah berasa gembira andai perkara yang berkaitan dengan perkahwinan diutarakan?

“Kan I dah suruh you tempah aje?” Suara Yus sedikit tinggi.

“Mak yang nak jahitkan,” jawab Afini.

Yus terdiam. Dia terlebih dahulu menghabiskan makanannya. Dia merenung Afini hingga gadis itu tidak keruan.

“Tak payahlah pandang macam tu!” kata Afini.

Yus pantas mengalihkan pandangannya.

Setelah membayar bil, mereka melangkah keluar. Tiba-tiba terdengar suara memanggil nama Yus. Bagai pernah Afini dengari suara itu.

Pantas sahaja Yus melihat ke arah suara yang memanggil namanya itu. Dapat dilihat dengan jelas perubahan yang terpamer. Wajah Yus bertukar bengis tatkala bertentang mata dengan wanita yang masih jelita walau usia sudah merangkak senja. Datin Nur Kamiilah!

Ya! Wanita itulah yang sedang memerhatikan Yus dengan wajah gembira, namun lain pula riak yang terpamer di wajah lelaki yang menjadi penggandingnya tika itu. Lelaki yang usianya kelihatan sebaya dengan Yus itu kelihatan kurang senang melihatkan kegembiraan yang terpamer di wajah Datin Nur Kamiilah.

Pantas sahaja Yus meraih tangan Afini dan melangkah laju meninggalkan mereka berdua.

Di dalam kereta, Yus meluahkan kemarahannya dan kata cacian sentiasa mengiringi perjalanan ke rumah Afini. Tidak tahan mendengar kata cacian itu, Afini pantas menyampuk.

“Tak baik you maki mama you macam tu. Walau apa pun terjadi, dia tetap mama you,” kata Afini lembut.

“Kau diam! Kau pun sama macam perempuan tak guna tu!” jerkah Yus.

“Sama? Hei! You cakap baik-baik sikit! You ingat I ni apa?!” Suara Afini turut tinggi. Kesabaran di hati telah hilang.

“Salah ke apa yang I cakap? Kalau you tak sama dengan perempuan jahanam tu, you takkan sanggup jual maruah you untuk dapatkan duit RM 20 000 tu! You dengan perempuan sial tu dua-dua jalang!”

Hampir menitis air mata Afini tatkala mendengar kata-kata lelaki yang masih meluahkan kata-kata caciannya. Selama ini, sangkaannya memang tepat! Yus menganggap dirinya tidak ubah seperti perempuan murahan yang sanggup menjual maruah hanya kerana wang yang digunakan untuk menyelamatkan tanah pusaka emaknya! ‘Ya Allah, mampukah aku melangkah ke alam perkahwinan dengan lelaki yang tidak pernah memuliakan diriku ini?’



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku