Anehnya Cinta
BAB 17
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2012
Pertemuaan Afini dengan Yus telah menggegarkan satu ofis. Yus, sering kali mengamalkan sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa sangka, dua insan yang sering bermasam muka ini akhirnya terpaksa mendirikan rumah tangga.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
9997

Bacaan







17

Afini bercuti selama seminggu. Hari ini sudah masuk tiga hari dia menghabiskan masa di rumah. Bilik adalah zon selesa untuknya sepanjang tempoh tersebut. Di bilik, dia boleh melepaskan segala kesengsaraan yang bergunung di hatinya.

Air mata penawar derita. Sering kali dia mendengar ungkapan itu dan dia yakin ungkapan itu ada kebenarannya. Di saat hati menanggung sengsara, air mata pula memainkan peranannya sebagai penawar. Hinggap seketika ketenangan tatkala menerima kunjungan titisan permata itu.

Ketukan di pintu utama menyentakkan Afini dari lamunan. Segera dia melangkah menghampiri pintu. Tatkala daun pintu dibuka, Yus dengan selamba melangkah masuk.

“Mak tak ada,” beritahu Afini.

“Tahu,” jawab Yus masih beriak selamba.

‘Bagaimana Yus tahu emaknya tiada?’ soal hati Afini.

“Icall you tadi. Tapi you tak angkat. Jadi I trylahcall mak you. Mak you cakap dia kat luar tapi you ada di rumah,” terang Yus.

“You nak apa?” Afini mengatur langkah ke sofa.

“Kenapa you tak angkat telefon setiap kali Icall you?!” sedikit meninggi intonasi suara Yus.

Jawapan tidak diberi, malahan persoalan pula yang Yus utarakan. “Afini! I tanya you ni! Kenapa you tak angkat telefon setiap kali Icall you? Nak dekat tiga hari dah I cubacall you! Mana you pergi!” Yus menghamburkan kemarahan sambil tangannya pantas menarik lengan Afini kasar sehingga mendorong isterinya itu menghadapnya.

“I tak pergi mana-mana. Ada dekat rumah aje,” jawab Afini akhirnya.

“Betul ke? Ke you ada keluar dengan mana-mana jantan? Zack?” Yus cuba serkap jarang.

“You ingat I apa? Tolonglah, kalau pun you nak cari pasal dengan I, jangan nak babitkan orang lain.”

“Nampaknya you betul-betul sayangkan Zack! Kalau tak, takkan you sanggup nak bela dia!” marah Yus.

“Yus, tolonglah… walaupun I tak cintakan you dan perkahwinan ini hanyalah satu perangkap untuk I, tapi I masih tahu bezakan dosa dan pahala. I takkan ada hubungan dengan lelaki lain selagi you tak ceraikan I!” kata Afini dengan tegas.

“Ceraikan you? I tak pernah kata yang I akan ceraikan you!” bentak Yus.

Afini mengerutkan dahinya. “Apa maksud you? Bukankah perkahwinan ini hanya satu lakonan supaya papa you takkan dapat hidu keaiaban you! Jadi maksudnya, bila cukup satu tempoh you perlu ceraikan I, kan?”

“Ada tak dalam perjanjian yang mengatakan you akan diceraikan? Ada tak dalam perjanjian menyatakan yang you hanya akan menjadi isteri I dalam tempoh masa tertentu? Dan ada tak dalam perjanjian yang menyatakan you boleh minta cerai?!”

Kata-kata itu menyesakkan dada Afini. ‘Tidak! Tak mungkin aku perlu menghabiskan seumur hidup bersama lelaki seperti Yus! Ya Allah, adakah ini jalan hidup yang terpaksa aku lalui?’

“Jadi mulai sekarang, you jangan pernah terfikir sekali pun nak curang dengan I! Kalau tak mampus you I kerjakan!” menyinga wajah Yus 'membaham' Afini.

Mendengarkan ugutan itu, Afini kian gerun untuk menghadapi saat-saat mendatang bersama lelaki yang masih memandangnya bengis.

Terbeliak mata Jeff mendengarkan cerita daripada Yus. Pada saat Yus melangkah masuk ke penthousemilik Jeff, kemarahan demi kemarahan diluahkan oleh Yus mengenai Afini. Jeff yang pada mulanya hanya mendiamkan diri, kini sudah berbahang telingannya dan meruap rasa marahnya terhadap sahabatnya itu.

“Kau gila ke!” marah Jeff setelah mengetahui perihal ugutan Yus terhadap Afini.

Yus mengeluh. “Habis tu, kau nak aku buat apa? Berlembut dengan perempuan tu?!” Suaranya sudah meninggi.

“Memang kau kena berlembut! Yus, Afini dah korbankan masa depan dia untuk berkahwin dengan kau. Cuba kau bayangkan. Dia sanggup korbankan masa depan dia semata-mata untuk tebus balik tanah pusaka mak dia. Afini bukan jenis perempuan seperti yang kau bayangkan.” Jeff cuba merasionalkan sahabatnya yang masih dikuasai amarah.

Yus pantas memicit perlahan kepalanya akibat denyutan yang kian terasa. Dia mengeluh. “Aku… aku dah tak boleh nak percayakan mana-mana perempuan, setelah apa yang perempuan jahanam tu buat dekat papa aku! Aku tak boleh…”

Jeff rasa simpati pada Yus. Bukan dia tidak tahu mengapa selama ini Yus mendendami wanita-wanita di luar sana. Semuanya gara-gara seorang wanita yang selayaknya bergelar ibu. Sepatutnya tempat untuk wanita itu adalah di tingkat teratas. Namun kerana kekejaman yang dilakukan, wanita itu tidak ubah seperti pembunuh di mata Yus. Pembunuh yang membunuh masa depan Yus. Pembunuh yang menjadi punca kebencian Yus terhadap semua wanita. Dan pembunuh yang telah membunuh rasa kasih Yus terhadap wanita yang bernama Nur Kamiilah.

“Aku faham perasaan kau, Yus. Tapi, sekarang keadaan dah berbeza. Afini dah jadi isteri kau.”

Yus hanya diam.

“Yus, walaupun aku tak rapat dengan Afini, tapi aku yakin dia seorang wanita yang tahu membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Seperti yang aku selalu beritahu kau, dia sanggup korbankan masa depan dia untuk orang yang dia sayang. Jadi, mustahil jugakan dia nak menduakan kau? Sebab perkara itu pasti akan mendatangkan aib pada mak dia. Mesti dia tak sanggup nak tengok mak dia kecewa.”

Dalam diam Yus mengakui kebenaran kata-kata Jeff. Tidak mungkin Afini sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan Zack sedangkan perkara itu akan mendatangkan keaiban dan kekecewaan terhadap insan yang amat disayanginya. Setahunya, Afini sangat menyayangi emaknya sehingga dia sanggup mengorbankan apa sahaja demi menjamin kebahagiaan wanita itu.

Sudah tiga kali Afini mengulangi pembacaan surat perjanjian yang berada di tangannya. Niatnya cuma satu. Ingin mencari tempoh berakhirnya pernikahan antara dirinya dan Yus. Namun, apa yang dicari tidak ditemui.

Mengapalah dia boleh terlepas pandang mengenai perihal sebesar ini? Adakah status gay yang disandang oleh Yus meyakinkannya bahawa lelaki itu tidak mungkin betah dalam permainan ciptaanya sendiri? Adakah disebabkan itu juga, dia langsung tidak ambil pusing perihal cerai sebelum dia menandatangi surat perjanjian itu?

Esak tangis Afini tidak mampu ditahan lagi. Biarlah malam ini dia menangis semahunya. Biarlah malam ini dia mencurahkan segala derita di hati dan biarlah malam ini tangisan menemani tidurnya andai itu yang mampu menguatkan dirinya untuk menghadapi hari yang kian bergelora.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku