Anehnya Cinta
BAB 29
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2012
Pertemuaan Afini dengan Yus telah menggegarkan satu ofis. Yus, sering kali mengamalkan sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa sangka, dua insan yang sering bermasam muka ini akhirnya terpaksa mendirikan rumah tangga.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6981

Bacaan






29

Kesibukan Afini menyebabkan dia terpaksa menolak ajakan Siti untuk menikmati makan tengah hari bersama. Terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikannya. Andai tidak, pasti gaji para pekerja di syarikat ini tidak dapat dibayar pada tarikh yang sepatutnya.

Perut yang sudah mengalunkan irama keroncong, diabaikannya. Biarlah ditangguhkannya seketika waktu makan tengah harinya itu.

Habis semua fail yang berada di dalam almari, dia punggah keluar. Fail berwarna merah yang terkandung di dalamnya dokumen penting menjadi cariannya.

“Mana pulak fail ni!” Kesabaran Afini kian tipis setelah hampir setengah jam dia tidak dapat mencari apa yang diingininya.

“Puan Afini cari apa tu?”

Bukan kepalang terkejutnya Afini disapa oleh May. Dia tidak menyedari akan kehadiran pembantunya itu.

“I cari fail…”

“Fail yang puan suruh I berikan kepada Encik Zakaria tu ke?”

Belum sempat Afini memberitahu fail apa yang diingininya, May terlebih dahulu memotong percakapannya. Afini mengangguk dan cepat sahaja May mengatur langkah ke arah mejanya. Setelah laci dibuka, May mengeluarkan sebuah fail yang mempunyai ketebalan sederhana dan berwarna merah. Ya! Fail itulah yang Afini mahukan.

“Lah… dekat you ke?”

“Maaf, puan. Hari tu I tak sempat nak berikan fail ni pada Encik Zakaria sebab dia dahoutstation ke Brunei.”

“Jadi maksudnya dia belum semak lagi dokumen ni?!” Suara Afini sedikit meninggi. Sepanjang dia berkerja dengan May, inilah kali pertama dia meninggikan suaranya kepada pembantunya itu. Kelaparan dan keserabutan yang kian bertindan di otaknya, menyebabkan mudah benar emosinya terganggu tika ini.

“Tak apalah. Nanti biar I sendiri yang berikan pada dia.” Afini sudah mengendurkan suaranya. Dia rasa bersalah kerana meninggikan suara pada May.

Ke hulu ke hilir Afini mengatur langkah mencari Zakaria. Terasa panas juga hatinya saat insan yang dicari masih belum ditemui. Ke bilik Zakaria, sudah. Ke bilik sahabat baiknya, Ainal pun sudah. Namun bayang-bayang Zakaria masih tidak terlihat di penglihatan Afini, sedangkan waktulunch sudah lama berlalu.

Perut Afini yang sudah bergendang sakan menyebabkan dia mematikan niatnya untuk terus balik ke biliknya. Dia melangkah ke ke pantri.

Niatnya untuk mengalas perut dengan secawan Milo panas dan beberapa keping biskut termati saat Afini terdengar suara Zakaria dan Ainal.

“Habis kau nak buat macam mana sekarang?” soal Ainal.

“Tak tahulah. Kalau ikutkan hati aku ni, nak aje aku ‘blah’ dari sini! Mana tahan. Setiap kali, aku aje yang nak kena pergioutstation. Sepatutnya dia yang pergi! Dia kan, bos! Dia yang kena ambil tahu semua perkara. Bukannya nak harapkan aku aje! Dahlah pembantu aku yang dia pecat dulu tu tak digantikan dengan sesiapa. Semua benda aku nak kena buat seorang! Tapi… aku dengar cerita staf aku tu dapat ganti rugi dari syarikat kita sebab buang dia 24 jam tanpa notis. Padan muka!” kata Zakaria.

“Aku pun ada dengar cerita pasal staf kau tu. Tapi, memang aku perasanlah. Semenjak bos kita tu kahwin dengan Afini, bukan main liat lagi dia nak pergioutstation. Dulu tak macam ni.”

Agak lama juga kedua mereka mendiamkan diri sebelum Zakaria bersuara semula.

“Kau rasa-rasa… bos kita tu dah ‘ehem-ehem’ tak dengan Afini?”

Tersentak Afini mendengar persoalan itu. Menyirap darahnya saat ini. Ingin sahaja rasanya dia masuk ke dalam dan memaki hamun kedua lelaki yang tidak tahu menjaga batasan ketika berbicara. Namun, kakinya bagaikan terlekat kuat di lantai.

“Aku rasa mestilah dah! Kau percaya ke dengan Yus tu? Cuba kau bayangkan hari-hari dia tengok badan putih melepak si Afini tu. Maunya tak teringin.”

“Tapi, Yus tukan gay!” Zakaria masih cuba menyangkal kemungkinan yang dinyatakan Ainal sebentar tadi.

“Gay pun kau ingat dia tak reti nak tukar-tukar selera. Hari-hari makan ‘ikan Kembong’. Sekali-sekala nak juga rasa ‘ikan Siakap’.” Ainal ketawa.

Benci Afini mendengar ketawa itu. Rasa nak dicili aje mulut Ainal.

“Kau ni kenapa Zakaria? Rilekslah bro… Afini tu dah jadi isteri orang. Lupakana je. Banyak lagi ‘bunga’ dekat luar sana yang kau boleh petik. Cantik-cantik lagi. Lebih cantik dari minah tu.”

“Memang banyak ‘bunga’ yang lebih cantik daripada Afini dekat luar sana. Tapi yang cantik tu ‘plastik’ dan dah tak ada harumnya,” sayu suara Zakaria.

“Jadi, kau masih cintakan Afini? Kau jangan cari pasal! Kau dah lupa ke, Yus tuwarning kita hari tu? Kau jangan nak cari nahas.”

Kali ini kedua-dua mereka mengeluh.

Yus memberi amaran kepada Zakaria dan Ainal? Bila? Amaran apa? Adakah dia yang menjadi isi utama dalam amaran itu? Adakah amaran itu penyebab mengapa Zakaria dan Ainal tidak mahu berbicara dengan Afini sejak kebelakangan ini?

Semua persoalan itu sedang menggasak otak Afini sehingga menghadirkan denyutan di kepala.

Deringan telefon membingitkan telinga Afini. Terasa malas untuknya menjawab panggilan yang entah daripada siapa. May telah diarahkannya untuk bertemu Zakaria bagi menyerahkan dokumen yang sepatutnya diserahkannya sendiri kepada lelaki itu. Namun, kerana peristiwa di pantry tadi, dia mematikan niat itu.

Setelah hampir tiga kali deringan berulang, dengan malas akhirnya Afini mengangkat gagang telefon.

“Selamat petang Puan Afini.” Suara Eliz, penyambut tetamu di hujung talian.

“Selamat petang. Ada panggilan untuk I ke?” Afini terus bertanya.

“Ada satu panggilan daripada seorang wanita. Katanya penting. Tapi bila I tanya siapa namanya, dia tak nak beritahu. Katanya ada urusan penting dengan puan.”

Afini pelik. Siapa pula yang menghubunginya? Mustahil emaknya. Baru sejam lepas, dia menerima panggilan daripada emaknya.

“Baiklah. You sambungkanline tu pada I,” arah Afini. Seketika kemudian line panggilan yang entah daripada siapa disambungkan ke talian Afini.

“Helo...” Afini memulakan perbualan. Namun, setelah seminit menunggu masih tidak kedengaran suara di hujung talian.

“Helo... siapa ni?” Masih tiada jawapan. Kesabarannya mulai menipis. Sudahlah hari ini dia dibebani kerja yang menimbun. Ditambah pula dengan sikap Zakaria dan Ainal.

“Kalau you nak main-main, I tak rasa sekarang waktu yang sesuai! Kalau you tak nak beritahu siapa you dan kenapa youcall I, I akan letakkan telefon sekarang!” tegas Afini kepada si pemanggil yang masih enggan bersuara.

“Jangan. Jangan letak telefon dulu.”

Saat Afini mendengar suara si pemanggil, otaknya ligat memikirkan siapakah gerangannya. Sungguh! Otaknya yang sedang berserabut kini tidak mampu dikerahkan lagi untuk meneka siapakah wanita yang bersuara lembut ini.

“Siapa ni?”

Agak lambat, barulah wanita itu bersuara semula. “Afini… ni… mama.”

“Mama?” soal Afini laju.

“Maksud I. I, mama Yus.”

Membulat mata Afini. Berdebar dadanya saat mengetahui dengan siapakah sebenarnya dia sedang berbicara. Seingatnya, kali terakhir dia bertemu dengan wanita ini adalah sewaktu dia menemani Yus pergi ke Viva Home. Waktu itu status Afini masih tunangan Yus. Selepas pertemuan yang tidak disengajakan itu, dia langsung tidak pernah berjumpa dengan wanita yang sedang menghubunginya ini. Jangan katakan mahu bertemu, tetapi ingin menyebut namanya pun, dia tidak berani.

Malahan sewaktu majlis persandingan yang berlangsung di rumah emaknya dan banglo milik bapa mentuanya, wanita ini juga tidak menghadirkan dirinya. Tidak pula dia bertanya kepada Yus, kerana dia pasti kemarahan akan mebuak di dada lelaki itu setiap kali mendengar nama wanita di hujung talian ini.

“Afini… You dengar tak?”

Bagai tersedar. Afini cuba mengawal debaran di dada agar tidak terdengar dalam bicara. “I… dengar Datin.”

“Tak perlulah panggil I, Datin. I kan mama Yus. Jadi maknanya… I ni pun mama you juga. Panggil mama aje.”

“Hmm… mama.” Sebagai tanda hormat Afini turuti jua kemahuan Datin Nur Kamiilah itu.

Agak lama suasana bisu menyelubungi mereka. Mungkin Datin Nur Kamiilah jua seperti Afini, tidak tahu hendak berbual apa.

“Afini sihat?”

“Sihat,” balas Afini, sepatah. Sungguh. dia berasa janggal untuk meneruskan perbualan itu. Apatah lagi otaknya ligat memikirkan penyebab mengapa wanita ini sanggup menghubunginya. Mustahil tidak ada niat yang khusus bagi panggilan ini. Adakah Yus penyebab utama?

“Hmm… Yus sihat?”

Tepat jangkaan Afini. “Sihat. Mama tak cuba hubungi Yus?” soalnya, pura-pura tidak mengetahui perihal dua beranak itu.

Terdiam Datin Nur Kamiilah mendengar soalan yang Afini berikan kepadanya.

“Mama, boleh Afini tahu… kenapa mama hubungi Afini?” Afini terus bertanyakan soalan yang tidak mampu disimpankannya lagi di hatinya.

Hampir seminit menantikan jawapan, tiada sepatah kata pun kedengaran.

“Mama, sebenarnya Afini betul-betulbusy hari ni. Jadi kalau boleh… mama berterus teranglah dengan Afini, kenapa mama sanggup hubungi Afini?” Afini akhirnya mengambil keputusan untuk berterus terang tentang situasi sebenar.

“Afini…”

Terdengar namanya dipanggil lembut dan entah mengapa kelembutan seperti itu mampu meningkatkan debaran di dada Afini. Sungguh! Dia takut namanya dipanggil sebegitu rupa oleh wanita yang tidak pernah cuba untuk mengenali dan mendekati dirinya sebelum ini.

“Afin... Mama… sebenarnya nak minta pertolongan Afini.”

Nak minta pertolongan? Pertolongan apa? Mengapa mudah wanita itu meminta sesuatu daripada Afini sedangkan dia tidak pernah kenal rapat dengan Afini? Apatah lagi wanita itu tahu akan status Afini sebagai isteri Yus. Lelaki yang menidakkan kehadiran wanita itu di bumi Allah ini!

Terukir senyuman puas di bibir wanita yang kian merasakan apa yang didambakan selama ini bakal menjadi nyata. Memang tidak sia-sia dia meluangkan masa bertemu dengan sahabatnya tempoh hari. Kerana pertemuan itulah, terlahirnya idea untuk mempergunakan Afini dalam rencananya. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Datin Saidah tentang Afini.

Ternyata menantunya itu memang bendul dan mudah untuk dipergunakan. Sedikit sahaja dia menjentik hati wanita itu dengan rasa sedih dan simpati. Terus wanita itu menjanjikan untuk membuat pertimbangan tentang apa yang diminta.

“Aku yakin budak perempuan tu mesti setuju! Aku yakin!” Keyakinan diluahkan oleh Datin Nur Kamiilah bersama senyuman yang kian melebar.

Afini baru sahaja menamatkan perbualan telefon dengan emaknya. Badan telah direbahkan ke katil. Matanya cuba dipejamkannya. Namun, tidak berjaya sementelah otak memberikan signal agar dia memikirkan sesuatu.

Sekali lagi Afini mengeluh. Lantas dia bangkit dari pembaringannya dan duduk bersandar sambil memeluk bantal. ‘Apa yang harus aku lakukan?’ Soalan itu terluah di hati Afini.

Dia benar-benar bingung untuk membuat keputusan tentang apa yang diminta oleh mak mentuanya itu siang tadi. Permintaan wanita itu terlalu berat untuk dituruti. Tapi andai dia tidak berusaha untuk melakukan sesuatu, pasti rasa hampa dan kecewa menakluki hati seorang ibu yang kepingin untuk bertemu dengan anaknya.

Afini mengeluh. Tiba-tiba bunyi melodi yang indah menggamit dirinya untuk mencari punca melodi itu teralun. Dia mengatur langkah keluar dari biliknya. Dia mendekati bunyi petikan piano yang mengalunkan melodi dan irama yang mampu menenangkan keresahan jiwanya. Matanya bagaikan terpaku melihat jari jemari Yus memainkan irama yang sungguh indah sehingga menimbulkan suasana romantik tika ini.

Tanpa sedar, dia membiarkan matanya nakal menerokai ke segenap wajah tampan milik Yus. Ya... Kekacakan dan ketampanan lelaki yang sedang memejamkan matanya bagi membolehkan dirinya menikmati keindahan dan kehalusan melodi yang terhasil telah menghadirkan getaran di jiwa Afini. Leka dia membiarkan nafsu dan keinginan terus menerus menerokai ke segenap tubuh sasa milik Yus.

Walaupun hanya melihat lelaki itu dari jarak jauh, sudah cukup untuk Afini. Sementelah dia tahu apa yang diingininya saat ini tidak mungkin direalitikan menjadi nyata oleh lelaki yang masih tidak menyedari akan kehadirannya. Status gay yang dipegang oleh Yus itulah penghalang utama.

Namun saat minda Afini, kembali mengingati apa yang diingini oleh Datin Nur Kamiilah. Debaran di dada hadir semula sehingga melenyapkan getaran di jiwa. Andailah Yus tahu apa yang diingini oleh mamanya itu, adakah ketenangan masih menguasai dirinya seperti saat ini? Adakah Yus tidak akan membiarkan syaitan menguasai dirinya seperti kebiasaannya? Apakah pula yang harus Afini lakukan?

‘Ya Allah bantulah aku.’ Doa Afini di dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku