Anehnya Cinta
BAB 33
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2012
Pertemuaan Afini dengan Yus telah menggegarkan satu ofis. Yus, sering kali mengamalkan sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa sangka, dua insan yang sering bermasam muka ini akhirnya terpaksa mendirikan rumah tangga.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7316

Bacaan






33

Inilah kali pertama kali Afini menjejakkan kaki ke PWTC. Dia ke sini untuk menyertai rakan sekerja yang lain mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat D’Astana Living.

“Pelbagai ragam manusia yang dapat ditonton sepanjang setengah hari dia berada di sini. Ada yang ramah dan bersopan bertanya itu dan ini serta ada jugacustomer yang begitu sombong dan bongkak. Mungkin kerana status kemewahan yang melingkari diri mereka menjadikan mereka alpa untuk saling menghormati dan bersopan sewaktu berbicara.

“Eleh... ingat kau tu Dato, aku hairan! Kalau tak nak gunakan perkhidmatan ni, tak payahlah nakcondemn. Menyampah aku!” Brosur di tangan Siti campakkan ke atas meja.

“Sabarlah, Siti. Aku faham apa yang kau rasa. Tapi, nak buat macam mana. Diakancustomer,” pujuk Afini.

“Kau tahu tak, sepanjang aku terlibat dengan industri ni, inilah kali pertama aku berjumpa dengan orang tua yang tak sedar diri! Ingat dia tu kaya, sesuka hati aje nak cakap macam tu dekat aku! Nasib baiklah dia tu orang tua. Kubur dah kata mari, dunia dah kata pergi. Kalau tak, mahu aje aku tumbuk muka dia! Biar dia tu sedar diri sikit!” marah Siti lagi.

Omar yang pada mulanya hanya menjadi pemerhati, kini sudah menghampiri. “Alah. Rilekslah, Siti. Manusia, biasalah. Sering kali lupa diri. Kau anggap aelah orang tua tu tak sedar yang kata-kata dan kelakuan dia pada kau tadi telah mengguris perasaan kau. Buat apa kau nak marah-marah lagi. Tak ada gunanya. Lebih baik kau fokus pada kerja. Bukan apa, kalau kau maki-maki macam ni, maknanya tingkat diri kau pun sama ajelah dengan orang tua tu,” nasihatnya.

Afini berasa kagum dengan lelaki hitam manis dan mempunyai ketinggian sederhana di hadapannya ini. Bicaranya sering kali dijaga. Amanah yang diberikan padanya juga sentiasa dipelihara. Walaupun rupanya sederhana tetapi ‘nur’ yang terpancar di wajah lelaki itu sentiasa menjadikan hati Afini tenang sewaktu bertemu muka dengannya.

Mungkin kerana sikap dan sifat itulah yang telah membuka pintu hati May untuk menyintai lelaki itu. Dia yakin, andai benar jodoh pembantunya itu dengan lelaki yang masih cuba memadamkan api kamarahan Siti, pasti wanita itu bahagia. Apatah lagi ilmu agamanya turut boleh dibangga.

“Kau cakap senanglah! Bukan kau yang kena! Cuba kalau kau berada di tempat aku? Kau boleh sabar?” tempelak Siti.

“Boleh. Sabar itu bukan hanya berada di dalam bicara sahaja, tapi harus dimulakan di sini.” Omar meletakkan jari jemarinya di dada.

“Dahlah, Siti. Apa kata kita pergi makan tengah hari dulu. Nanti lepas makan, sejuk sikit hati kau tu,” pujuk Afini.

Tiada reaksi daripada Siti.

“Woi! Apa lepak-lepak dekat sini. Tak buat kerja ke?” sergah Ainal.

“Kau apa hal! Nak cari gaduh dengan aku ke?!” marah Siti.

“Rilekslah, Siti. Aku main-main aje. Takkan nak marah kot.”

“Main-main kepala otak kau! Lagi sekali kau sergah aku macam tu, aku pijak-pijak kau!!!” kian meninggi suara Siti.

Terlihat riak ketakutan di wajah Ainal. Siapa tak kenal Siti! Panas barannya setanding Yus! Sering kali Yus bertegang urat dengan pekerjanya ini. Masing-masing tidak mahu menyerah kalah. Akhirnya kedua mereka bermasam muka.

“Okey, aku minta maaf. Aku datang sini sebab Encik Yus suruh kau dengan Omar pergi makan dulu. Biar aku jagabooth ni,” perlahan Ainal bersuara.

“Tak apalah, Ainal. Biar Afini dengan Siti pergilunch dulu. Lepas tu giliran aku pulak.” Omar memberi kata putus.

Ainal hanya mengangguk.

“Apa lagi kau tunggu. Pergilah berambus dari sini!” halau Siti.

Untukexhibition kali ini Yus menyewa empatbooth bagi mewakili Syarikat D’Astana Living. Dua daripadanya di bawah pengendalian Siti, Omar dan beberapa orang lagi rakan sekerja yang lain. Selebihnya di bawah penguasaan Yus, Zakaria, Ainal dan beberapa orang pekerjapart time.

Ainal segera meninggalkan mereka.

“Afini, kau tunggu sekejap. Aku nak pergi tandas dulu,” kata Siti.

Afini hanya mengangguk. Siti melangkah pergi. Omar pula menghampiri seorangcustomer yang mengunjungibooth mereka.

Hampir 15 minit menunggu, tetapi kelibat Siti masih belum kelihatan. Perut Afini pula sudah menjerit minta diisi. “Lamanya minah ni pergi toilet.”

“Kenapa tak beritahu nak datang sini?”

Afini mengurut dada. Terkejut dengan sapaan itu.

“I tanya, kenapa tak beritahu nak datang sini?” Yus sudah pun berhadapan dengan Afini saat ini. Wajahnya yang tampan dihalakan kepada isterinya itu. Memandang wanita yang amat dicintainya itu dengan pandangan lembut. Selembut tuturannya sebentar tadi. “Afini…”

Afini masih tidak mengendahkan panggilan itu. Hatinya masih berdarah dengan peristiwa yang sudah hampir seminggu berlalu itu.

“Afini…” Yus menggenggam jari jemari isterinya itu.

Terkejut Afini dengan tingkah Yus saat ini. Membulat matanya menentang pandangan sayu suaminya itu.

“Afini... Kau kata nak pergi makan. Jomlah,” kata Siti yang masih tidak menyedari kelibat Yus.

“You nak pergi makan? I nak ikut sama boleh?”

“Encik Yus!” Siti terjerit kecil kerana terkejut dengan kehadiran Yus.

“Hmm… kalau Encik Yus nak makan, pergilah makan dengan Afini dulu. I boleh pergilunch dengan Omar nanti.”

Terkejut Afini dengan cadangan Siti. Bukankah Siti sudah sedia maklum yang perang dingin masih meletus di antaranya dan Yus?

yus tersenyum. “Baiklah. Kalau macam tu, I pergilunch dengan Afini dulu.”

Yus mengambilhandbag Afini dan dibimbitnya. Dia menarik tangan Afini lembut agar mengikut langkahnya.

Afini terpaksa mengatur langkah seirama dengan langkah lelaki itu.

“Kita nak pergi makan dekat mana?” lembut, Yus bertanya.

“Suka hati youlah,” jawab Afini, malas.

“Hmm… kalau macam tu, kita cari restoran yang okey sikit.”

‘Okey sikit?’ Minda Afini terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang diperkatakan oleh Siti tentang makan tengah hari yang mereka rancang bersama sebentar tadi. Sesuatu yang tidak digemari oleh Yus. Lantas, dia tersenyum. Senyuman penuh makna.

“You tunggu sini. I pergi ambil kereta.”

Sebelum sempat Yus melangkah, Afini cepat mencapai semula jari jemari suaminya itu. Yus terkaku dengan perlakuan isterinya itu.

Andai diikutkan hati, memang tak ingin Afini melakukan ini semua. Tetapi demi rancangannya, dia sanggup melakukan apa sahaja. Dia tersenyum. “Tak payahlah pergi makan jauh-juah. Kita makan dekat situ aje.” Jari telunjuk, Afini halakan ke arah deretan kedai makan yang berada di seberang jalan.

Wajah Yus yang tadinya kelihatan senang, kini bertukar. Ternyata yang lelaki itu tidak dapat menerima cadangan isterinya itu. Memang itu yang Afini mahukan! Afini mahu Yus membatalkan niat untuk menikmati makan tengah hari bersamanya.

“Tak apalah. Kalau you tak nak, I boleh pergilunch sendiri,” putus Afini. Cepat sahaja dia melangkah. Dia yakin yang Yus tidak mungkin menyertainya. Lelaki itu amat cerewet dalam bab memilih tempat untuk santapan perutnya.

Yus masih berdiri diam di belakang Afini. Afini pula kian rancak mengatur langkah. Terasa dirinya telah berjaya dalam misi yang direncanakan oleh mindanya. Senyuman kemenangan sudah terukir senang di bibir. Namun, tidak lama. Saat dia mahu melintas jalan, Yus segera berlari ke arah isterinya itu dan dicapainya jari jemari Afini. Terkejut Afini menerima kehadiran suaminya itu.

“Kita makan sama-sama!”

Benci, Afini mendengar ayat itu! Sengaja Afini memilih kedai makan yang kelihatan paling uzur di antara deretan kedai makan di sekelilingnya.

Afini mahu Yus termati seleranya. Biar perut lelaki itu bergendang-gendang sepanjang hari. Baru puas hatinya!

“Makanlah. Tunggu apa lagi?”

Yus masih merenung makanan di hadapannya. Apa yang ada di dalam pinggannya sama dengan apa yang sedang dijamahi Afini kini. Ikan keli goreng, ulam dan sedikit tempoyak membangkitkan selera Afini. Tetapi tidak bagi Yus.

“Makanlah. Kenapa? Tak berselera?” tanya Afini.

“Hmm… I dah makan pagi tadi. Kenyang lagi.” Yus memberi alasan bagi menutupi ketidaksenangannya dengan persekitaran.

“Kalau dah kenyang, kenapa ajak Ilunch?” tanya Afini. Dia terus mengunyah makanan di dalam mulut.

“Sebab dah lama kita tak duduk sama-sama macam ni. Dekat rumah,you dah tak nak temankan I makan. Dekat ofis lagilah.”

Tidak Afini nafikan apa yang diluahkan Yus itu benar belaka. Seboleh-bolehnya dia memang mahu menjauhkan diri daripada Yus. Dia tidak mahu bertentang mata, apatah lagi duduk semeja dengan lelaki di hadapannya ini. Hatinya masih terasa pedih dengan apa yang diucapkan oleh Yus.

Yus merenung Afini. “Afini… I tahu. I banyak buat salah pada you.”

Afini masih membisu.

“Afini. Kalau boleh... I nak minta… nak minta…”

“Nak minta apa? Nak minta maaf?!” Tidak sedar, Afini menggunakan nada keras sewaktu membalas bicara Yus yang tiada penghabisan sebelumnya.

“Dahlah, Yus. I dah tak larat dengan semua ni. Bila you buat salah, senang aje you minta maaf. Lepas tu you buat balik. You ingat I apa? Patung?” Afini masih tidak membalas pandangan Yus yang kian sayu. Dia takut andai dia membalas pandang itu, pasti hatinya menjadi cair dan mudah sahaja saat itu lidahnya memberikan kemaafan kepada lelaki itu.

“I tahu, memang I tak layak untuk dimaafkan. Tapi, sekurang-kurangnya jangan layan I macam ni.”

“Layan you macam ni? Macam mana?”

“You dingin dengan I. Nak tengok muka I pun you tak nak. Bercakap apatah lagi. Kalau boleh… I nak kita jadi macam dulu.”

“Ooo... Hati you sakit! Tahu pun hati you sakit bila I bersikap dingin dengan you. Bila I tak pandang muka you, pandai pulak you rasa sedih. Habis you ingat I tak rasa semua tu bila you layan I macam sampah sewaktu Jeff ada depan mata you!”

Yus terdiam.

“Kenapa diam?” soal Afini. Suaranya masih lagi kasar.

“I… I dah tak tahu nak cakap macam mana lagi. Kalau you masih tak sudi nak maafkan I, I tak boleh paksa. Cuma, satu benda aje you perlu tahu. I betul-betul menyesal dengan apa yang I dah buat pada you. I harap, kalau pun you benci sangat dengan I, tapi sekurang-kurangnya sudikanlah hati you untuk melihat wajah I. I tak sanggup setiap hari berhadapan dengan situasi sekarang.” Suara Yus sayu.

Kata-kata Yus yang sayu mencairkan hati Afini yang keras.

“Afini…”

Afini masih lagi diam.

“Kalau you bencikan I sekali pun… tolong jangan buang I terus daripada hidup you.”

Hampir gugur air mata Afini mendengar rayuan lelaki yang masih berusaha untuk mendapatkan kemaafan daripadanya. Tetapi mengapa mesti Yus berbicara seperti itu sedangkan dia tiada di hati lelaki itu? Tidakkah Yus tahu ungkapan seperti itu hanya akan menambahkan kesedihan di jiwanya? Tidakkah Yus tahu dengan mengungkapkan kata-kata itu akan menambahkan lagi rasa cintanya terhadap lelaki itu?

Selepas makan, Afini terus mendapatkan Siti dibooth mereka.

“Afini, Yus ada cakap apa-apa tak dekat kau pasal aku?” tanya Siti sebaik sahaja Afini duduk di sebelahnya.

“Tanya apa?”

“Maksud aku. Ada tak suami kau tu cakap pasal aku marah-marah Ainal ke? Pasal akubad mood dengancustomer tua tadi tu ke? Ada tak Afini?” Risau benar Siti.

Afini diam. Pandangannya dihalakan tepat ke arah Siti. “Ooo... sebab tulah kau tak nak ikut akulunch tadi.”

“Kau janganlah marah. Aku bukan apa… kau tahu ajelah mulut Ainal tu. Mengalahkan longkang. Aku takut dia pergi mengadu dekat Yus pasal aku marah-marah tadi. Tu yang aku tak berani nak ikut sekali. Lagipun apa salahnya kau berdua-duaan dengan Yus. Tak salahkan?” Siti tersenyum..

Afini menjeling.

Siti berasa serba salah. “Afini, kau marah aku ke?”

“Kau rasa?” Afini berteka-teki.

“Mesti kau marahkan? Aku minta maaf.”

“Aku tak marahkan kau. Tapi aku marahkan sikap kau tu. Kau sendiri tahukan situasi antara aku dan Yus sekarang.”

Siti menundukkan wajahnya. “Aku… aku tahu kau dengan Yus ada masalah. Aku minta maaf.” Sekali lagi dia memohon maaf. Perasaan simpati segera melingkari tangkai hati Afini.

“Dahlah. Sebenarnya, kau tak ada salah apa-apa pun. Aku yang tak tahu nak selesaikan masalah aku dengan Yus sampai terpaksa melibatkan kau,” kata Affini.

“Terima kasih, Afini. Hmm… kau dengan Yus macam mana?”

Afini mengerutkan kening.

“Yalah. Tadikan kau berdua-duaan dengan dia. Dia tak ada kata apa-apa ke tentang perubahan sikap kau pada dia?”

Kali ini lantai yang Afini pijak menjadi santapan matanya. Terlalu banyak yang diluahkan oleh Yus. Tetapi, kali ini mulut Afini begitu berat untuk menerima kemaafan lelaki itu. Tidak seperti hatinya yang sudah cair memaafi segala apa yang dilakukan oleh Yus. Sebagaimana beratnya mulutnya untuk memaafkan Yus, begitu jualah beratnya mulutnya saat ini untuk menjawab persoalan Siti. Biarlah kali ini, Afini menyimpan sedikit memorinya bersama Yus. Tidak perlu dia ceritakan kepada Siti apa yang telah berlaku.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku