Anehnya Cinta
BAB 21
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2012
Pertemuaan Afini dengan Yus telah menggegarkan satu ofis. Yus, sering kali mengamalkan sikap autokrasinya dan tidak disenangi oleh Afini. Apa lagi, berlakulah perbalahan kecil tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perang dunia. Siapa sangka, dua insan yang sering bermasam muka ini akhirnya terpaksa mendirikan rumah tangga.
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
9552

Bacaan






21

 

AFINI tergopoh-gopoh menyarungkan pakaian ke tubuhnya. Hari ini dia sudah terlewat. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Walaupun dia memegang status ‘puan besar’ di syarikat setelah mengahwini Yus, tetapi itu tidak memberikan ‘lampu hijau’ kepadanya untuk sewenang-wenangnya lewat hadir ke tempat kerja.

Yus? Kebiasaannya seawal 7.00 pagi lelaki itu sudah melangkah keluar. Selama dia mengenali Yus, lelaki itu teramat mementingkan masa. Tidak ada dalam kamus hidup Yus akan perkataan ‘lewat’.

Setelah bersiap ala kadar, dia mengatur langkah laju untuk keluar. Namun, sebelum sempat dia mecapai tombol pintu satu suara menyapanya.

“Afini!”

Afini lantas menoleh ke arah suara itu. Yus sedang duduk di meja makan sambil memandang tepat ke arahnya.

Bagaikan ‘tersihir’, Afni lantas melencongkan kakinya dan menghampiri diri Yus.

“Selalu lambat macam ni?” tanya Yus setelah Afini mengambil tempat berhadapan dengan Yus.

“Taklah. Hari ni terlambat sikit,” jawab Afini, jujur. Sejujurnya ini adalah kali pertama dua terlewat sepanjang tempoh dia duduk sebumbung dengan Yus. ‘Cuti am’ yang diperolehi menyebabkan dirinya tidak perlu bangun seperti biasa untuk menunaikan solat Subuh itulah yang menjadi punca utama kelewatannya hari ini.

“Hari ni you pun lewat?” soal Afini tidak senang diri diperhatikan. ‘Kenapalah mamat ni pandang aku macam ni?’

“Awal lagi I dah tunggu you dekat sini. Lama betul you bersiap. Ingatkan bersolek sakan, ini gincu pun tak pakai.” Yus sengaja menuturkan kata-kata itu bagi menutupi getaran di hatinya. Walaupun Afini tidak mengenakan sebarang solekan, namun kecantikan semula jadinya kian terserlah pagi ini. Naluri lelakinya bergelora tatkala melihat juraian rambut Afini.

“Kenapa tak keringkan betul-betul rambut tu?” soal Yus sambil tangannya menghulurkan secawan kopi dan sepiring roti bakar kepada Afini. Afini lantas menyambutnya.

“Hmm… tak sempat. Bangun lewat tadi.”

“Tak boleh tidur malam tadi? Fikirkan lelaki-lelaki tak guna tu?” Bersahaja Yus menuturkan kata-kata itu.

Afini diam. Dia menjamah roti bakar yang Yus sediakan. Air kopi diteguk perlahan. “Yus, I pergi dulu. Nanti lambat pulak.”

Afini bangun. Sementelah dia sudah benar-benar kelewatan. Sesaat kemudian…

“Hari ini dan seterusnya I tak nak lagi you bawa kereta buruk you tu.”

Afini pantas memandang Yus. “Kenapa? You malu? Malu yang isteri you ni pakai kereta buruk! Macam tu?!”

Angin yang tadinya sepoi-sepoi bahasa mendamaikan jiwa Afini kini bertukar puting beliung setelah ditiup oleh lelaki yang masih bersahaja memandang ke arahnya itu. Tiadakah sedikit pun rasa bersalah tertempek di hati Yus dengan kata-kata ‘pujiannya’ sebentar tadi?

“I tak malu. I cuma… cuma nak semua orang tahu yang kita ni nampak bahagia. Pergi kerja sama-sama, balik sama-sama dan I juga nak you lebihkan sikit lakonan you tu. Terutamanya depan Zakaria dan Ainal!” Yus sudah begitu hampir dengan tubuh Afini saat dia memberikan cadangan gilanya itu.

“I tak rasa yang cadangan you tu perlu. Buat apa nak tunjuk semua tu pada orang?” bantah Afini.

“Nak buat apa you tanya?” Yus mengeluh. “I nak kata you ni bodoh… tak juga. Nak kata pandai, lagilah tak.”

Hati Afini sudah mula terbakar mendengar kata-kata itu. “Kalau I ni bodoh, you lagilah bodoh bagi cadangan yang entah apa-apa! Cadangan you tu bukan sahaja menyusahkan diri you sendiri tapi I pun ikut susah! Nak balik terpaksa tunggu you! Malam-malam buta baru nak balik!” luah Afini.

Afini lantas ingin mengatur langkah. Namun belum sempat langkah sulung diatur, Yus dengan pantas merentap lengannya sehingga menyebabkan tubuhnya dan tubuh milik suaminya itu bertemu.

“I tak kata pun ini cadangan! Ini arahan I! Sama ada you suka atau tak, you kena ikut! Faham!”

Afini menelan liur mendengarkan tengkingan Yus itu. “Baiklah… kalau itu yang you nak.” Akhirnya dia mengalah.Tak ingin dia memandang lelaki yang sentiasa mengamalkan sistem autokrasi ini. Semua kata-katanya hendak dituruti! Tak boleh kata tidak!

“Tapi… bukan hari ni. Besok Istart naik dengan you. Hari ni I ada hal,” kata Afini.

“Hal apa?” curiga Yus.

“Adalah… I tak rasa you perlu tahu.”

“I suami you! I ada hak nak tahu semuanya! Atau… You nak jumpa Zack?” tuduh Yus.

Tersentap Afini mendengar tuduhan yang dilemparkan oleh Yus. Mengapa mudah sangat Yus mencurigai dirinya dan Zack? Sedangkan sudah hampir sebulan dia tidak mendengar khabar berita dan bersua muka dengan sahabatnya itu.

“Kenapa you tak habis-habis fikir yang I ada hubungan dengan Zack? Tolonglah, I dengan Zack tak ada apa-apa hubungan! Dan lagi satu, you tu cuma suami I dalam kontrak sahaja!So, tolong jangan nak masuk campur dalam hal peribadi I!” Afini cuba mengigatkan Yus akan status dirinya.

“Kontrak! Kontrak apa? Kalau pergi pejabat agama, you rasa boleh pakai ke kontrak tu? You jangan nak cabar I Afini! Kalau I tahu yang you ada hubungan sulit tak kira dengan Zack atau Zakaria, I kerat you 14!” marah Yus.

Kecut perut Afini mendengar ugutan lelaki yang memandangnya bengis saat ini. Masuk ini sudah dua kali Yus mengugutnya.

Tanpa rela, Afini terpaksa akur dengan kehendak Yus. Sepanjang perjalanan, hanya suasana bisu yang menyelubungi. Namun, di saat kereta milik Yus sudah menghampiri kawasan pejabat, Afini bersuara.

“Hari ni you balik lewat ke?” Afini terpaksa bertanyakan soalan itu.

“Kenapa?” soal Yus sepatah.

“Hmm… kalau you hantar I balik dulu petang nanti boleh?” Begitu lembut, Afini menuturkan soalan itu dengan harapan Yus akan memenuhi kehendaknya. Dia benar-benar ingin pulang awal hari ini. Hari ini merupakan hari yang teramat penting untuknya.

“You nak pergi mana sebenarnya?”

“I… I nak balik rumah mak. Sebab hari ni… hari lahir mak.” Akhirnya Afini terpaksa berterus-terang untuk tidak mengeruhkan keadaan.

Di saat Yus mendengarkan bicara Afini, sekali lagi hadir sesalan di dalam dirinya kerana mengungut Afini sewaktu di kondominiumnya tadi. “Kenapa you tak beritahu I dari tadi?” Nada suaranya lembut. Kali ini dia sudah tidak mampu mengawal dirinya. Tanpa sedar dia menggenggam erat jari jemari Afini sebagai tanda penyesalan.

Bagai adanya kejutan elektrik yang mengalir dalam tubuh Afini saat ini. Yus menggenggam jari jemarinya? Kenapa? Bukankah Yus hanya akan berkelakuan seperti ini di hadapan umum?

Ketukan di muka pintu mengganggu konsentrasi Afini. Kerjanya terhenti. May tidak kelihatan di hadapannya.Mungkin pembantunya itu sudah pergi ke bilik Zakaria untuk menghantar dokumen. Andai tidak, pembantunya itulah yang sering membukakan pintu. Malas hendak bergerak, dia hanya melaungkan suara menyuruh si pengetuk masuk.

Siti melangkah masuk sambil tersenyum.

“Kau ni apa hal? Senyum kau tu semacam aje. Pelik aku tengok?”

“Aku yang pelik ke? Atau kau yang pelik?” soal Siti kembali.

Afini mengerutkan keningnya tanda tidak mengerti.

“Eleh… buat tak faham pulak. Macamlah mata aku dengan budak-budak ofis ni buta.”

“Apa yang kau merepek ni?” Afini kian tidak mengerti dengan apa yang dibacarakan oleh Siti yang masih tersenyum.

“Afini… aku nak tanya sikit boleh?”

“Kau ni kenapa? Lain macam aje. Kau nak tanya apa?”

“Kau dengan Yus… dah ‘ehem-ehem’ ke?”

Afini pantas memandang tepat ke arah Siti. Bukan senyuman pelik sahabatnya itu yang menarik perhatiannya kali ini. Tetapi, maksud yang ingin disampaikan oleh Siti itulah yang menjadi puncanya.

“Janganlah pandang aku macam tu. Kau ni, aku tanya aje. Yalah... manalah tahu. Yus tu dah bertukar jadi lelaki sejati ke lepas kahwin dengan kau. Tu yang aku tanya tu.”

Afini mulai tertawa kecil mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. “Bertukar jadi lelaki sejati? Kau mimpi ke apa ni? Takkanlah si Jeff nak biarkan ‘suami’ aku tu bertukar jadi lelaki sejati. Dah tentukan perkahwinan ni untuk menutup rahsia dia orang.”

“Jadi maksudnya… kau belum ‘ehem-ehemlah’ dengan Yus.”

Afini segera menggeleng. Tawanya masih bersisa.

“Habis… kenapa pagi tadi heboh satu ofis cerita pasal kau dan Yus. Dua-dua orang masuk ofis lambat. Siap ada yang nampak si Yus tu bukakan pintu kereta untuk kau lagi. Dah tu jalan pun berpegangan tangan. Apa semua tu?”

Tawa Afini terhenti dan riaknya jua berubah. Sudah terbang tinggi senyumannya dan kini kesayuan pula yang hadir. Bersama keluhan, dia menceritakan segala apa yang berlaku kepada Siti.

“Habis kau diamkan aje dia ugut kau macam tu?!”

Afini terdiam.

“Afini… kau kena buat sesuatu. Sampai bila kau nak duduk serumah dengan lelaki gila macam dia tu!” marah Siti.

“Entahlah… yang paling aku tak faham, kenapalah dia nak babitkan Zack setiap kali kami bergaduh? Padahal dia tak pernah tahu pun sejauh mana hubungan aku dengan Zack.”

“Orang kalau dah cemburu…” Ayat Siti tergantung di situ.

“Kenapa pulak Yus nak cemburu? Bukan ke sepatutnya perasaan cemburu tu dia simpan untuk Jeff? Bukan aku. Siti, Yus tu gay! Dia takkan cemburu.” Afini menekan suara saat menuturkan perkataan ‘gay’ agar Siti sedar akan status Yus.

“Macam mana kalau Yus tu sebenarnya bukan gay?”

Afini bagaikan tidak percaya Siti boleh memikirkan perkara yang kebarangkalian untuk menjadi nyata amat tipis. “Mustahil! Aku duduk serumah dengan dia, aku tahulah.”

“Kau betul-betul yakin yang dia tak pernah cuba untuk sentuh kau? Pandang kau macam nak buatsomething? Atau mungkin cara dia berbicara… cuba untuk menggoda kau? Cuba kau ingat ada tak sepanjang kau berdua-duaan dengan dia, dia ada buat salah satu perkara tu?”

Tiba-tiba Afini rasa jantungnya berdegup kencang dan tubuhnya terasa sejuk. Satu per satu segala apa yang berlaku di antara dirinya dan Yus berlegar di ruang matanya. Bukan sekadar cara lelaki itu memandang, berbicara malahan lelaki itu juga pernah cuba untuk mendapatkan haknya sebagai seorang suami! Tidak mungkin dia dapat melupakan apa yang telah berlaku pada malam pertama dia dan Yus tidur sebilik!

“Afini… kau okey tak? Kenapa muka kau lain macam aje ni?”

“Tak… tak ada apa-apa. Aku okey. Hmm… pasal soalan kau tadi. Seingat aku, Yus tak pernah berkelakuan macam tu,” bohong Afini. Biarlah kali ini apa yang telah berlaku di antara dirinya dan Yus terus menjadi rahsia.

“Nasib baik.” Siti menarik nafas kelegaan.

“Aku nak tanya. Kalaulah Yus ada buat salah satu apa yang kau sebut, maknanya dia tu lelaki sejati ke?”

“Bukan lelaki sejati. Maknanya dia tubisexual?

Membulat mata Afini mendengar kata-kata Siti. Tak! Tak mungkin Yusbisexual! Tak mungkin! Dia tidak rela andai itulah kenyataannya.

Yus masih merenung sekeping gambar yang dipegangnya. Dirinya di samping insan yang sudah lama mencuri hatinya menghiasi ruang gambar itu. Wanita itu mengenakan busana berwarna putih yang amat cantik. Gaun yang tersarung di tubuhnya begitu padan dengan susuk tubuh seksi milik wanita itu.

Terus terang dia berasa cemburu tatkala melihat mata-mata lelaki berhidung belang yang berada di majlis perkahwinannya memandang insan kesayangannya itu dengan pandangan bernafsu. Andai diteliti gaun yang direka oleh Dick dan Erick itu, tidaklah seseksi mana. Namun, apabila dikenakan ke tubuh kecil milik Afini ia mampu menggoyahkan imannya.

Semakin lama dia mengenali wanita itu, semakin hatinya terpaut. Semakin tingginya cinta yang ingin dicurahkan. Tetapi itu hanyalah satu harapan yang tidak diketahui bila akan menjadi nyata.

Yus memusingkan semula tubuhnya menghadap komputer. Dia memandang kosong skrin komputer di hadapannya sementelah otaknya masih ligat mengingati sikap jahatnya terhadap Afini pagi tadi. Terdengar keluhan keluar dari bibirnya di saat teringatkan bagaimana takutnya Afini sewaktu mendengar ugutan daripadanya. Bukan ketakutan yang ingin diberikan kepada wanita kesayangannya itu! Kasih sayang dan cinta itulah yang ingin disemai.

‘Aku mesti betulkan keadaan!’

Yus pantas mengemas mejanya yang sedikit bersepah sebelum bangun dan mengatur langkah keluar.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku