Pelabuhan Cinta Arya
BAB 27
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Ogos 2017
Seorang Lelaki Yang Di Buru Cinta Walau Sudah Beristeri.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
275

Bacaan







Sementara itu,

               Dari balkoni di tingkat sembilan hotel bilik penginapannya, Arya membuang pandangannya jauh-jauh ke jajaran perumahan dan kawasan kediaman persendirian yang bertompok-tompok disinari cahaya lampu.  Deretan cahaya dari lampu kenderaan pelbagai bentuk dan jenis juga kelihatan menyinari jalan, bergerak berbaris-baris mengikut arus trafik menuju haluan masing-masing. Barisan lampu jalan menerangi suasana sekitar.  

               Air mata Arya mengalir.  Dikesatnya dengan hujung jari.  Dia berasa takut dan kesal. Dia tidak menyangka mengapa Zaqhwan berani bertindak sejauh itu?.  Bertindak lebih terburu-buru.  Dia sebenarnya sudah bersedia untuk membuka mulut menceritakan kisah lalu, membuka rahsia yang selama ini terpendam di lubuk hatinya.  Biar Zaqhwan tahu siapa dirinya yang sebenarnya. Namun hasratnya tergendala bila tiba-tiba saja Zaqhwan mendekati dan cuba mahu merangkul tubuhnya.

     “Oh, Zaqhwan, telah banyak aku cuba memberi isyarat dan petanda, tapi sayang kau tidak dapat membaca dan merungkainya”, bisik hati kecilnya.

               Satu perkara lagi yang membingungkan fikirannya ketika itu ialah tentang apa yang dikatakan oleh Zaqhwan tentang rahsia sulit dirinya. Apakah yang dimaksudkan dengan rahsia sulit yang dikatakan oleh Zaqhwan?.  Jika benar Zaqhwan sudah tahu, adakah ia ditakrifkan sebagai sulit pada pandangan Zaqhwan?. Adakah lelaki itu sudah tahu akan hal dirinya yang sebenar?.  Dari mana dia mengetahuinya?.  Kenapa Zaqhwan tidak mahu berterus terang sahaja?.  Adakah Zaqhwan masih belum bersedia meluahkannya dan membiarkan dirinya berada dalam teka-teki?.

               Ahh...fikirannya rungsing.  Dipalingnya wajah ke dalam bilik, melihat keadaan Nisa.  Gadis sunti itu sedang berehat sambil menonton televisyen. Jika Nisa tidak ada bersama-sama dengannya ketika itu mungkin sesuatu perkara yang lebih buruk akan terjadi.  Dia kesal, Sungguh kesal dengan peristiwa yang baru sahaja berlaku.  Namun dia tidak menyalahkan Zaqhwan seratus peratus kerana dirinya juga bersalah.  Hati yang telah jatuh cinta dan dibadai gelora rindu akan dirasuk fikiran yang tidak menentu dan perasaan yang sukar dikawal. Begitulah apa yang difikirkan terhadap dirinya dan Zaqhwan.

               Malam semakin larut.  

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku