ROMPAK
EPILOG
Genre: Umum
Kategori: Novelet
Paparan sejak 02 September 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
227

Bacaan






Betullah kata orang bahawa dendam yang membara membakar diri kesuma.Dendam yang membara hanya untuk apa?Untuk menambahkan lagi masalah yang sedia bertimbun?Sudahnya ianya tidak akan ada kesudahan...

 

“Jadi selepas itu encik heret mayat tersebut ke balai polis?Tetapi kenapa?Kenapa tidak tanam di mana-mana dan cuba melarikan diri?”Soal pegawai tersebut yang bernama Farid.

Aku berdecit sinis.”Manalah saya nak lari.Dunia saya dah kosong.Saya dah tiada tujuan dalam hidup ini.Selama sepuluh tahun ini,tujuan hidup saya hanyalah satu.Untuk menuntut bela atas kematian ibu dan adik saya.Adakah tuan akan melakukan perkara yang sama jika ianya berlaku kepada ahli keluarga tuan?Adakah tuan hanya akan lihat pesalah tersebut terlepas dan meneruskan kehidupan seperti biasa sedangkan kita sedang menanggung kepedihan?”Soalku tenang.

Terdiam Tuan Farid seketika.

“Sudahlah tuan Farid,saya sudahpun mengaku kesalahan saya di hadapan hakim.Saya membunuh dengan niat iaitu dendam dan setelah beberapa kali pembicaraan dan hampir enam tahun saya berada di penjara ini,saya sudah bersedia untuk pergi.Kalau saya keluar dari sini pun,orang tidak akan pandang saya sama seperti dahulu lagi.Orang akan pandang jelek.Bekas banduan.Susah untuk manusia memberi peluang kedua.Sebelum saya dibawa ke tali gantung esok pagi,saya berharap segala apa yang saya ceritakan ini bakal diceritakan kepada awam.Bakal jadi pedoman untuk semua bahawa perkara remeh jangan diambil mudah.Dan dendam yang membara hanya akan membakar diri kesuma.Saya telah kalah dengan bisikan syaitan yang menyuruh saya berdendam.Saya patut kembali kepada Tuhan.Namun,sebaliknya,saya berpaling dan memilih untuk mengikut bisikan syaitan untuk berdendam.Setelah semuanya selesai,lihatlah…Syaitan hanya ketawa di sisi melihat apa yang telah berlaku padaku kini.Tiada ketenangan yang dicapi.Tetapi,hanya masalah demi masalah yang diganti.Saya sudah letih tuan.”Aku berdecit sinis.”Tetapi,ada bagusnya juga saya berada di sini hari ini.Bagai sudah mengetahui bila ajal bakal tiba,ia bagai memberiku peluang untuk bertaubat dan menyembah kepadaNya sebelum nyawaku berpisah dengan jasad.Terima kasih tuan sebab sudi mendengar cerita saya dan terima kasih juga kerana memberikan saya makan dan minum terakhir saya serta kitab al quran ini untuk saya baca pada malam ini.Terima kasih…”

Tuan Farid hanya mengangguk.Dirinya hilang dengan kata-kata.”Semoga tabah encik Izwan.”Lenganku digenggam dan sebelah tangannya mengusap lembut lenganku.”Tabahlah…Semoga Tuhan memaafkan segala dosa encik”

“Begitu juga dengan tuan Farid”Aku membalas.

Tuan Farid menggariskan senyuman lalu mengangguk sebelum beredar.Aku memejamkan mataku sambil meghirup udara sedalamnya sebelum menghembusnya perlahan.Ini adalah ceritaku.Semoga ianya menjadi pedoman kepada semua bahawa dendam yang membara boleh membakar diri kesuma...Mama,papa,Syafiqa,tunggu along di sana...

-End-

 

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | 01 | EPILOG |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku