Cinta 'Merdeka'
Cinta 'Merdeka'
Genre: Keluarga
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 05 September 2017
Cinta 'Merdeka' tentang usaha untuk memupuk semangat cinta akan kemerdekaan dan sebuah kisah cinta sempena Hari Kemerdekaan. Hafiz mempunyai hasrat untuk meraikan sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka. Hafiz berusaha memujuk ibu bapanya. Namun, tiada tanda-tanda positif pujukan itu berjaya. Cikgu Tasya tempat Hafiz meluahkan segala rasa. Kasih sayang Tasya terhadap anak muridnya membuatkan Tasya berasa Kasihan dengan Hafiz. Usul tasya terhadap tunangnya membuatkan Encik Tunang kian pening memikirkan masalah itu. Akan tertunaikah hasrat Hafiz? Dapatkah cinta 'Merdeka' Tasya dan Shamsul mencipta sejarah lagi?
Penilaian Purata:
341

Bacaan






BURUNG berkicauan peneman pagi aku sambil mengelamun rancangan pengajaran hari ini. Ya, aku seorang cikgu sekolah rendah. Cikgu Pendidikan Seni.

"Kringggg.." Bunyi loceng menyedarkan aku dari terus melamun. Aku terus mengambil beg dan buku untuk ke kelas. Gaya dedikasi diserlahkan dalam setiap langkah Cikgu Tasya.

"Sayanggg.." suara yang tidak asing lagi. Berkerut-kerut dahiku sekarang.

"Shhhh... Jangan cakap kuat-kuatlah. Nanti orang dengar." aku menekankan suaraku.

"Sorry. Dah makan?" Mimik muka ala-ala comel ditayangkan oleh Cikgu Shamsul.

"Dah. Tu je nak tanya? Baik tak payah. Bye!" Aku melambai dan segera meninggalkannya.

Jap. Cikgu Shamsul Ikmal tu sebenarnya Encik Tunang aku. Hehe.

××××××××××××××××××××

"ASSALAMUALAIKUM Cikgu Tasya." suara murid-murid kelas 2 Cekal mula kedengaran.

"Waalaikumsalam. Boleh duduk." aku memberi arahan.

"Cikgu harini kita nak buat apa?" tanya Haikal. Nampak teruja sekali.

"Okay, sebelum tu cikgu nak tanya. Bulan ni apa yang special?" soalan senang aku tanyakan.

"Raya! Raya! Raya!" beberapa pelajar berkata serentak.

"Aik? Raya dah habis la sayangku." aku berkata lembut.

"Birthday saya cikgu." ucap Anis penuh semangat.

"Erk.. Emm. Tekaan Anis tu betul tapi bukan apa yang cikgu nak cakap sekarang." Aku senyum.

"Saya dengar orang cakap merdeka cikgu." suara Fatin.

"Haaa.. Ini yang cikgu nak dengar. Bulan ni Bulan Kemerdekaan. Berapa haribulan?" Lagi sekali suasana kelas riuh dengan murid yang cuba menjawab.

"Tarikh kemerdekaan Malaysia ialah pada 31 Ogos 1957. Jadi hari ini cikgu nak semua lukis Jalur Gemilang dan bunga raya."  Aku memberi arahan lagi.

"Yeay!! " terdengar suara sorakan anak-anak murid kesayangan aku ini.

"Ikut gambar contoh yang cikgu lekat kat papan putih ni ya. Siapa buat cantik-cantik nanti cikgu bagi hadiah." Lagi semangat sorakan murid-murid 2 Cekal itu.

" Cikgu kalau belum siap hari ini, tak dapat hadiah la." suara agak kendur daripada Hafiz kedengaran.

"Cikgu bagi masa sampai esok. Esok hantar tau! " Lembut betul hati aku kalau dengan kanak-kanak. Inilah sebab kerjaya seorang guru menjadi pilihan aku. Aku suka sangat-sangat dengan budak kecil. Comel!

××××××××××××××××××××

PUAS digeledah satu bilik tapi pensel warna tetap tidak dijumpai oleh Hafiz. Habis bersepah satu bilik.

"Hafiz, turun makan sekarang." Arahan Puan Aina iaitu mama Hafiz lantang kedengaran sehingga ke tingkat 2 rumah mereka.

Hafiz kelegaan kerana kebiasaannya mamanya akan ke bilik untuk panggil makan. Kalau tak mesti kena marah tengok bilik ni. Bilik dibiarkan dan langkah diatur ke ruang makan.

"Lambat turun. Buat apa kat atas tu?" Soalan maut diaju Puan Aina.

"Cari pensel warna hilang." Riak takut kian terbias di muka Hafiz.

"Dah duduk cepat makan. Lepas ni kemas bilik tu. Jangan ingat mama tak tahu bilik tu macam mana sekarang. Hanis, lepas makan bagi adik pinjam warna." Tegas kata-kata Puan Aina.

"Hmm." Hanis membalas pendek. Malas mahu berkata-kata. Takut dimarahi mamanya.
Hafiz tersenyum.

××××××××××××××××××××

Hafiz sengaja menyiapkan kerja mewarna itu di ruang tamu. Mamanya khusyuk menonton televisyen. Manakala papanya membelek iPad.

"Mama, bila kita nak keluar jalan-jalan? Cuti nanti boleh tak?" Polos sekali soalan Hafiz.

"Tengoklah hujung minggu ni. Mama jugak dah lama tak shopping ni." Puan Aina menoleh sekilas dan terus menyambung tontonan.

"Ermm. Bukan tu maksud Hafiz." Kepalanya menunduk sahaja.

"Habis tu?"

"Kawan-kawan cakap kalau merdeka mesti dorang pergi dataran merdeka. Best sangat. Hafiz tengok dalam TV je. Teringin nak pergi." Hafiz mencuba nasib.

"Hish! Tak payah la. Sesak tahu tak. Susah nak parking pastu panas pulak tu. Rimas. Baik pergi shopping. Sejuk je mall tu." Puan Aina pantas membantah usulan Hafiz.

"Duit pun makin nipis. Betul tak?" Terdengar perlian Encik Khairul.

"Sekali sekala takpe la." Masam mencuka muka Puan Aina.

"Papa boleh tak?" Hafiz bertanya Encik Khairul pula.

"Ermm. Tengoklah papa pun busy jugak lately ni." Nada mendatar sahaja. Tak ingin berjanji tapi akan diusahakan.

Hafiz menyambung kerjanya. Harap dapat pergilah. Teringin tengok kereta kebal.

××××××××××××××××××××

Lagi sekali aku di kelas 2 Cekal. Kelas ganti. Walaupun penat demi anak murid aku sanggup.

"Baiklah. Harini cikgu ganti cikgu Asyikin tak datang. Jadi cikgu nak kamu hantar lukisan harini ya. Nak menang hadiah tak?" Aku cuba menarik perhatian murid dengan perkataan hadiah. Janji perlu ditunaikan.

"Nak!" Bukan main semangat lagi jawabnya. Yelah siapa tak nak hadiahkan.

Semua mula menghantar lukisan mereka. Sampai giliran yang terakhir iaitu Hafiz. Hafiz dengan riak muka yang sukar untuk diteka.

"Kenapa Hafiz semacam je ni?" Aku berlembut dengan Hafiz.

"Saya punya tak siap cikgu. Dan tak cantik." Suara Hafiz perlahan.

"Cantiklah Hafiz punya. Jangan rasa rendah diri macam ni." Aku memujuk.

Hafiz mula bergerak mengambil kerusi dan duduk di sebelah meja guru.

"Cikgu mesti saya tak dapat hadiahkan." Kata Hafiz lagi.

"Hafiz, cikgu kena adil. Jadi kalah atau menang adatlah. Hadiah cikgu bagi pun biasa-biasa je."

"Cikgu suruh buat lukisan ni sebab merdekakan. Saya nak tanya cikgu. Mesti cikgu pernah pergi Dataran Merdekakan?" soal si kecil itu.

"Hmm. Kenapa Hafiz?" Hafiz seolah-olah sedih. Ada sesuatu yang membelengu fikirannya.

"Semua orang cakap pergi sana best. Kawan-kawan. Hafiz teringin nak pergi." Hasrat hati Hafiz diluahkan kepadaku. Perasaan kasihan mula menghuni hatiku.

"Ala Hafiz jangan sedih-sedih nanti ajaklah mak ayah Hafiz bawa pergi sana." Aku menjawab seraya terus tersenyum.

"Hafiz dah cakap. Tapi mama dengan papa asyik busy je."

"Tak baik buruk sangka tau. Mesti bawa punya. Jangan risau. Dah duduk kat tempat kamu. Cikgu dah siap semak ni." Aku sendiri tak tahu nak pujuk macam mana budak ni. Biarlah ia selesai sendiri.

"Baiklah cikgu dah siap tanda. Hadiah yang cikgu nak bagi ialah bendera Malaysia. Walaupun biasa tapi cikgu nak ajar kamu semua erti menghargai." Ya, erti menghargai sebuah kemerdekaan. Lagipun bajet tak cukup nak hadiah mahal-mahal. Huhuhu

"Yeayy!!" Wah senorok betul ada anak murid yang sentiasa semangat ni.

"Okey. Pertama sekali cikgu nak cakap yang lukisan yang kamu buat semua cantik-cantik. Tepuk tangan untuk diri sendiri." Bunyi riuh tepukan pula menguasai dalam kelas.

"Cikgu nak bagi hadiah ni kepada Qistina, Haziq dan Zarul. Tahniah! Tepukan untuk mereka." Aku menyerahkan Jalur Gemilang kebanggaan Malaysia itu kepada mereka.

"Agak-agak kan apa yang boleh buat dengan bendera ni?" Soalan cepumas aku ajukan.

"Kibarkan."

"Hias dekat rumah."

"Letak dekat basikal."

"Letak dekat kereta dengan motosikal."

Banyak jawapan yang aku terima. Jawapan yang diberikan membuatkan aku tersenyum. Bijak sungguh anak muridku ini.

"Banyak sebenarnya. Tapi kebiasaannya macam kamu semua jawab tadi. Hias depan rumah, hias dekat kereta, motosikal, basikal dan banyak lagilah. Hias dalam kelas ni, hias satu sekolah pun boleh. Harga bendera bukan mahal pun." Aku menerangkan kegunaan bendera.

"Tujuan cikgu bagi bendera ni sebab nak kamu tahu erti menghargai. Menghargai sebuah bendera atau lebih lagi erti kemerdekaan." Erti kemerdekaan. Tak semua mengerti dan hargai. Generasi muda ni harus dididik erti menghargai sebuah kemerdekaan agar sejarah tidak berulang.

××××××××××××××××××××

Semangat kemerdekaan dalam diri Hafiz kian berkobar-kobar. Sangat berminat dengan kata-kata cikgu Tasya di sekolah pagi tadi.

Bunyi kereta menderu masuk ke bahagian garaj depan rumah menarik perhatiannya. Hafiz terus berlari ke luar rumah untuk menyalami papa dan mamanya.

"Papa tadi dekat sekolah cikgu cakap pasal bendera. Bendera ni cantik tau kalau kita hias." Tak menyempat masuk rumah Hafiz sudah berbicara.

"Hmm." Hanya itu balasan Encik Khairul yang masih sibuk dengan handphone di tangan sementara menggapai barang untuk dimasukkan ke dalam rumah.

"Nanti papa hiaslah bendera dekat kereta mesti cantik. Hafiz boleh tolong belikan dekat kedai." Hasrat terus disampaikan.

"Eh, eh. Tak payah. Buat rosak cermin kereta je. Nanti habis melekit-lekit cermin ni. Ingat senang ke nak tanggal kesan double tape bendera tu. Mengada je lebih." Tiba- tiba suara Puan Aina meninggi.

Hafiz terus berlari masuk ke rumah. Satu demi satu hasrat cuba disampaikan kepada mama dan papa. Satu demi satu juga ditolak. Seolah-olah tidak memahami jiwanya. Malah lebih besar lagi, seolah tidak memahami semangat kemerdekaan.

"Kalau nak cakap elok-elokkan boleh. Tak payah marah-marah budak tu. Kesian dia." Encik Khairul cuba menegur isterinya.

"Eleh. Saya cakap benda betul tau abang." Puan Aina berkata seakan tidak bersalah.

"Huh. Malas cakap. Fikir sendiri." Usai berkata begitu Encik Khairul terus masuk ke dalam rumah.

××××××××××××××××××××

Memikirkan hari yang kian mendatang kadang aku berdebar. Status tunang aku dan cikgu Shamsul yang masih rahsia. Teringat majlis tunangan hampir setahun lalu buat aku tersenyum.

Aku baring meneletang di atas tilam dalam bilikku. Aku tinggal sekadar rumah sewa yang dikongsi bersama 4 orang. Telefonku yang memanggil membuatkan aku segera mengangkat apabila melihat nama Shamsul.

"Assalamualaikum, Tasya. Mesti sekarang tengah fikir pasal saya kan? Sebab saya tengah rindu sekarang." Sungguh aku geli mendengar ayat tunangku ini.

"Waalaikumsalam. Eeiii, gelilah awak cakap ayat macam tu." Aku segera merespon ayatnya. Aku membetulkan dudukku atas tilam.

"Habis tu nak cakap macam mana lagi?" Suara yang kedengaran seakan sengaja dilembutkan Shamsul.

"Cakap-cakap elok-elok atau saya tutup call. Pilihlah." Aku seolah marah.

"Hish! Tu pun marah. Kalau merajuk karang takde orang pujuk pulak. Apalah nasib saya ni dapat tunang garang?" Suara sayu pula kedengaran. Shamsul mula pandai bermain dengan emosi.

"Padan muka." Aku mengejek.

"Apa yang mengganggu emosi awak ni sampai marah-marah?" Shamsul dapat menghidu sesuatu.

"Takde apalah. Sorry sebab saya termarah. Kenapa awak call ni?" Aku cuba bertenang. Entah kenapa sejak dua menjak ni aku memikirkan tentang Hafiz yang sedih.

"Saya call sebab cuti merdeka nantilah. Saya ambil awak tau. Pakai cantik-cantik sikit." Rancangan Shamsul baru hendak bermula.

"Ermm.. Kita bawa student saya, Hafiz ikut sekali boleh tak? Sebab saya kesian tengok dia sedih-sedih tak dapat pergi Dataran Merdeka."

"Apa pulak nak bawak orang lain dalam date kita. Hish!" Aura pergaduhan mula kedengaran. Adui! Budak ni kacau line betullah.

"Apa salahnya bawak dia sekali. Saya cuma prihatin sebagai seorang guru. Saya akan cuba bantu anak murid saya bila mereka sedih. Itu tanggungjawab saya." Aku memberi alasan kukuh. Sekarang aku berdiri di tingkap bilik cuba mencari ketenangan.

"Saya tak nak cakap apa dah. Saya akan usaha selesaikan masalah ni." Shamsul tak berani beri kata putus.

Shamsul sendiri pening memikirkan jalan penyelesaian. Dia masih lagi mencari angin tenang pada malam hari di laman rumahnya.

"Aku takde cara lain. Aku kena buat sesuatu sebelum rancangan aku gagal. Rancangan besar kot." monolog Shamsul sendirian.

Nombor seseorang didail. Ini je jalan penyelesaian yang tinggal.

"Assalamualaikum, Akmal. Weh, aku ada masalah besar ni. Kau kena tolong aku." Aku menyatakan hasrat sejurus panggilan disambut.

"Waalaikumsalam. Relax beb. Jangan resah. Selagi boleh tolong, aku tolong. No problem." Akmal cuba menenangkan rakannya.

"Aku ada plan untuk Tasya hari merdeka ni tapi ada masalah sikit. Ada ke patut dia nak ajak student dia ikut kitorang sekali? Panas pulak aku." Keras suara Shamsul ketika menerangkan masalahnya. Akmal memang tahu hubungan Shamsul dan Tasya.

"Ish.. Ish.. Ishh.. Tak patut. Tak patut. Hahahaha." Itu sahaja balasan dari Akmal sambil menggelengkan kepala kemudian gelak.

Cubaan untuk menghiburkan sang rakan gagal nampaknya apabila Shamsul senyap sahaja di hujung talian.

"Okey. Okey. Sekarang kau nak aku buat apa?" Akmal cuba serius.

"Aku nak kau cari nombor telefon mak ayah budak tu. Aku nak ajar sikit. Namanya Hafiz. Aku tak tahu pulak nama panjang dia. Dia budak kelas 2 Cekal." Shamsul memberi arahan kerana kebetulan Akmal merupakan salah seorang pegawai pentadbir di sekolah.

"Hishh.. Susah ni. Tapi aku akan usaha. Lagi satu, kau jangan buat pelik-pelik pulak dekat mak ayah budak tu. Aku tak nak bertanggungjawab." Semangat Akmal untuk menunaikan hajat temannya. Siap beri pesanan penaja lagi.

"Ini yang aku nak dengar. Thanks bro. Don't worry. Aku masih waras." Ucapan terima kasih tidak dilupakan juga.

"Takde apalah. Nak kahwin nanti panggil aku. Cari calon untuk aku sekali." usai  mengucapkan itu, Akmal gelak terbahak-bahak.

"Cehh.. Dah la. Thanks tau. Aku nak tidur ni. Bye! Assalamualaikum." Shamsul menamatkan panggilan selepas selesai Akmal membalas salam.

Shamsul sudah boleh tersenyum sedikit.

××××××××××××××××××××

Encik Khairul bagai teringat-ingat pesanan yang diterima beberapa hari lalu. Pesanan daripada seorang cikgu sejarah. Apa yang dikatakannya ada betulnya. Cara pemikiran isterinya perlu diubah.

Dia kasihan dengan anaknya yang ingin merasa erti sebuah kemerdekaan. Malam ini Encik Khairul bertekad untuk berbicara dengan isterinya setelah beberapa hari memikirkan hal ini.

"Aina, abang nak cakap sikit ni." Panggilan daripada Encik Khairul mengganggu konsentrasi Puan Aina yang sedang melayari internet di tablet.

"Hmm. Cakap jelah. Saya dengar." Puan Aina meletakkan tablet itu dan menumpukan perhatian dengan apa yang akan dikatakan suaminya.

"Abang nak kita luangkan masa dengan anak-anak Hari Kemerdekaan nanti." Ayat dimulakan.

"Abang, kan saya dah cakap haritu. Saya ingat nak shopping masa cuti. Lagipun ada sale tau." Puan Aina menyandar pada katil dan memeluk bantal.

"Awak kena ingat juga, semua barang tu tak penting tau. Yang penting keluarga kita. Sejak dua menjak ni, abang rasa macam kita dah banyak gaduh dalam family. Tahu sebab apa?"
Puan Aina memintal bantal. Bukan sedih tapi cuba untuk memahami. Entah kenapa dia mudah sangat naik marah sekarang?

"Semua ni sebab kita dah kurang ada masa keluarga bersama. Kita sibuk nak kerja saja. Nilah masa untuk eratkan balik hubungan kita. Kita boleh pujuk Hafiz sekali. Senyap je sekarang, kurang bercakap dengan kita."

"Hmm.." Mulut Puan Aina seolah kelu untuk berkata-kata. Apa yang dikatakan suaminya semua betul.

"Lagi satu, abang nak keluarga kita faham apa itu merdeka. Hargai sebuah kemerdekaan. Perit-jerih nenek moyang cuba mempertahankan dan memerdekakan negara. Macam mana nak hargai?" Encik Khairul cuba untuk menghilangkan perasaan kekok isterinya.

"Sambut merdeka." Perlahan suara Puan Aina. Puan Aina termalu dengan diri sendiri. Manusia memang mudah lupa.

"Ya. Pandai isteri abang. Kita kenalah bersyukur dengan kemerdekaan. Jangan jadi macam palesit yang memburukkan nama negara. Tujuan abang cakap untuk kita hargai kemerdekaan. Lagi satu, abang nak ajar anak-anak kita cinta akan sebuah kemerdekaan. Cinta 'merdeka'. Sayang fahamkan." Encik Khairul sengaja memberi hujah yang panjang agar isterinya itu memahaminya.

"Hmm. Saya faham. Manusia memang mudah lupa. So, abang nak gerak pukul berapa ni?" Puan Aina tanya dengan senyuman manis.

"Gerak apa? Pergi kerja esok ke?" Encik Khairul blur sekejap.

"Haha. Abang ni. Gerak ke sanalah." Lembut kedengaran tawa itu.

"Eleh abang saja je. Nanti kita bincang. Jom pujuk Hafiz." Ajak Encik Khairul. Hafiz mesti gembira dengan persetujuan isterinya ini.

××××××××××××××××××××

Hafiz sungguh bersemangat harini. Yelah merdeka kan. Sanggup bangun pagi-pagi tolong mamanya sediakan sarapan. Sepanjang perjalanan pula mulut tak henti-henti menceceh. Walaupun dalam perjalanan balik pun masih segar.

"Mama, papa, kakak terima kasih ada dengan Hafiz harini. Best la datang sini. Betul kawan-kawan cakap." kata Hafiz semangat.

"Papa buat semua ni nak ajar kamu cinta 'merdeka'. Hargai sebuah kemerdekaan." Suasana senyap seketika dalam kereta.

"Besarkan kereta kebal tadi? Hafizkan? Kalau boleh papa nak beli je. Tapi takde orang jual pulak." Encik Khairul cuba bergurau.

"Tipu je papa ni. Nak beli konon. Huh." Suara Hanis pula kedengaran. Muka menyampah terbias sekadar gurauan.

"Nanti tahun depan Hafiz nak merajuk lagilah. Baru mama dengan papa bawak datang sini lagi." Riuh gelak tawa mereka dalam kereta itu.

"Okey. Sekarang kita nak pujuk mama pulak."

Dahi Puan Aina berkerut cuba memahami. Mana ada dia merajuk.

"Papa nak bawak kita semua shopping pulak. Jom!" Suara dikuatkan.

"Yeay!" Semua seronok betul. Lagi-lagi Puan Aina.

××××××××××××××××××××

Hatiku gembira harini. Mesti Hafiz seronok dapat sambut merdeka di Dataran Merdeka. Sungguh lega apabila Hafiz ceria menceritakan  rancangan keluarganya hari ini.

"Tasya, awak menung apa? Awak nampak happy sangat harini kan." Suara Shamsul menegur.

Aku cuma senyum. Ya, aku happy sangat-sangat.

"Sekejap! Ni bukan jalan balik. Kita nak ke mana lagi?" Aku mula pelik.

"Kita pergi makanlah. Takkan tak lapar kot. Tak sabar nak tambah lagi happy awak harini." Shamsul berkata sambil senyum penuh makna. Sikit masa je lagi.Hehe.

"Eh! Betul jugak kan." Aku malu sendiri. Tu pun tak boleh fikir.

Sejurus sampai aku masuk ke sebuah restoran yang agak cantik dekorasinya. Aku merasakan ada sesuatu yang pelik. Restoran ni tiada pelanggan ke?

"Awak duduklah. Jemput makan." Shamsul mengejutkan aku daripada keterujaan mataku melihat sekeliling. Cantik tetapi tiada pelanggan. Sayang sungguh.

Makanan dekat sini pun sedap. Aku kenyang sangat. Makan banyak hehe.

"Awak apa yang saya buat harini semua bermaksud tau. Saya ada sesuatu nak cakap ni." Shamsul menunggu reaksi Tasya.

"Bermaksud? Awak ada niat tak baik ke dekat saya ke hah?" Aku mula curiga dan takut.
"Hishh! Jangan fikir bukan-bukan."

"Dah awak cakap macam tu. Macam mana saya tak fikir bukan-bukan?" Aku tertinggi suara.

"Okey, maaf sayang. Harini genap setahun kita tunanglah. Awak tak ingat ke?" Shamsul rasa seperti mahu merajuk dengan tunangnya. Lelaki merajuk??

"Takkan saya tak ingat tarikh bersejarah harini. Saya ingat awak yang tak ingat. Saja je ajak tunang 31 ogos. Heh." Mahu tergelak aku apabila ingat balik majlis tunang bersejarah kami.

"Saya ingat okey! Sejarah negara pun saya ingat, apatah lagi sejarah kita. Harini saya nak tambah satu lagi sejarah. Natasya, sudi tak awak jadi isteri saya." Sekotak baldu merah terbuka menyerlahkan sebentuk cincin emas putih bertatah berlian, Shamsul hulurkan kepadaku.

Jujur aku kelu. Aku cuba hilangkan kekok. "Apa awak ni. Tahun lepas pun awak ada lamar saya sebelum tunang." Aku segih tak menjadi.

"Itu lamaran tak rasmi. Guna WhatsApp je. Harini secara rasmi. Sudi tak?" Shamsul tergelak sikit.

"Jawapan saya sama macam tahun lepas. Saya sudi." Aku menjawab malu-malu sambil menutup pipi kerana malu.

"Alhamdulillah. Bukan ni je surprise saya harini. Mesti awak kagum dengan restoran ni kan?" Shamsul lega dengan jawapan balas Tasya.

"Bukan kagum je tapi pelik sebab takde orang."

"Ni restoran saya tau. Saya tutup harini untuk kita tapi pekerja adalah. Kalau tak memang tempah bala. Saya bosan bila balik sekolah duduk rumah. Jadi sebab tu saya usahakan restoran ni." Segala persoalanku terjawab akhirnya. Sungguh aku kagum dengan semangat kerja Shamsul.

"Masih ada lagi satu kejutan untuk awak." Shamsul berkata lagi.

"Ada lagi. Banyak betul kejutan. Terkejut habis saya harini." Aku sengaja bergurau.

"Kita akan kahwin hari Malaysia tau. 16 september ni. Jadi siap sedia." Usai Shamsul berkata aku terus menutup mulutku. Sungguh aku terkejut.

"Awak!! Persiapan macam mana? Cepat sangat ni." Aku tertinggikan suara lagi. Yelah masih terkejut. "Sekejap! Patutlah family saya asyik call je tanya pelik-pelik. Saya suka warna apalah? Tema kahwin nanti nak macam mana?"

"Sorry sayang. Saya kesian tengok awak terkejut teruk betul harini."

"Macam mana saya tak terkejut? Persiapan nak kahwin ni dah siap belum?" Aku mula risau tarikh perkahwinan kami yang menghitung hari sahaja lagi.

"Sudah. Jangan risau. Cuma nak isi borang nikah dengan fitting baju je." Aku kelegaan.

"Akhirnya cinta 'merdeka' saya terlaksana. Saya buat macam ni supaya ia menjadi sejarah cinta yang akan saya ingati. Tak semua lelaki ingat tarikh penting ni. Ini adalah cara saya untuk ingat tentang cinta 'merdeka' kita. Terima kasih untuk cinta ini sayang." Ucap Shamsul penuh romantis.

Semoga cinta 'merdeka' ini berkekalan dan seutuh harapan kemerdekaan negara kita.

-TAMAT-





Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku