Adakah Dia Bidadariku?
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 September 2017
Hidup berdikari bukan penghalang untuk Amran. Dia dibuang keluarga walaupun bukan salahnya. Iman Lyiana gadis comel yang membuatkan Amran ingin melindunginya hadir.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
209

Bacaan






Bab 2

     Sambil menyedut minuman, mata Linda tidak lekang memandang sekeliling. Dia perasan banyak pasang mata sedang memerhati dan kesemuanya perempuan. Gelas dihentakkan di atas meja. Terhincut bahu Amran.

“Ni yang aku tak suka ajak awak lunch ni.” Amran pula tak peduli masih lagi menyuap rezeki di hadapannya.

 “Awak? Saya tengah cakap dengan awak ni.”Linda mengetuk meja beberapa kali.

“Ye saya tahu. Awak kan yang ajak saya keluar lunch. Tapi kenapa pula setiap kali kita tengah makan macam ni awak cakap tak suka pula.” Sorry mulut penuh rasa tak sopan pula cakap.

“Yelah. Macam mana nak sukanya kalau banyak mata hyenas yang memerhati.” Linda menunjukkan keadaan sekeliling dengan matanya. Agak lucu juga sebab nampak macam juling dia buat macam tu.

“Biar je lah. Lagipun kita rugi apa kalau diaorang pandang macam tu pada kita.” Air disedut sambil mata memandang sekeliling. Alamak! Memang mata hyenas nampak mangsa betul mereka ni. Tak henti – henti tenung Linda.

“Memang tak ada ruginya. Tapi mata tu pergi mana? Semua arah saya. Semua mata – mata tudah nak terkeluar tengok saya dengan awak.” Mood Linda berubah.

“Dahlah wak. Makan je. Saya dah habis ni. Habiskan makanan awak tu. Kali ni saya belanja.” Aku meninggalkan Linda pergi ke kaunter untuk membayar makanan kami berdua. Ui, melekat mata minah berdua ni nampak aku jalan hampir pada diaorang.

“Saya bayar sekali untuk girlfriend saya tu.” Linda yang sedang makan ditoleh sekilas.

“Hai,Amran.” Sapa salah seorang staff wanita yang sama kerja bahagian dengan Linda. Apa pun beri senyum je lah. Mak ai, nak cair pula?

“Awak cakap girlfriend tadi? Betul ke? Ke kita berdua ni salah dengar?” Tanya seorang lagi.

“Yes.”Nampak berubah muka dua orang tu. Resit di ambil dan duduk bersama Lindasemula.

Aku memandang semula arah dua staff wanita itu. Mereka berdua masih lagi menoleh arah aku dan Linda. Senyuman diberikan dan dibalas dengan senyuman nakal.

 “Jom sayang.” Aku mengapai tangan Linda danLinda mengeluh dalam. Bersiap sedia untuk pukulan bertubi – tubi. Dah agak dah.Tangan Linda tak berhenti – henti memukulku sebaik saja kami berdua keluar dari restaurant itu.

“Awak ni memang sengajakan nak bagi ‘Fans Club’ awak tu menggila? Siapa jadi mangsanya? Saya juga yang kena.” Aku hanya mampu menahan ketawa mendengar keluhan Linda.

“Chillla. Lagipun aku tak tahulah kenapa mereka boleh tergila – gilakan aku sampai macam tu sekali. Handsome sangat ke aku ni?” Aku berjalan membelakang sambil memandang Linda.

“Haa kan. Kenapa diaorang tergila – gilakan awak erk? Sedangkan muka awak cuma biasa – biasa saja aku tengok?” Tak membantu langsung lah Linda ni.

“Dahlah. Ha ni. Kes awak dengan boyfriend awak tu macam mana? Dah settle dah?”Kasihan kawan aku sorang ni. Namun pertanyaan tak dijawap maksudnya belum settle lagi lah tu. Asyik berjalan tup – tup dah sampai office. Maklumlah tak jauh sangat pun dari restaurant tadi. Di dalam lif pun Linda masih termenung. Kenapa pula ni?

“Hey!”Linda tersedar dengan petikan jari itu tadi.

“Jauh dah? Dah sampai mana? Johor? Sarawak? Sabah?” Linda memandang aku dengan mulutnya yang ternganga. Apa lagi ambil kesempatanlah kacau. Masukan kertas chewing gum tadilah. Aku ketawa besar melihat Linda mengeluarkan kertas itu.

“Sempat lagi awak kenakan saya kan?” Linda marah la pula.

 “Okay, okay sorry. Sengaja. Adui sakit perut.Dah lah masuk kerja cepat. Asyik termenung saja.” Aku dan Linda berpisah dihadapan lif.

Sebaik saja sampai di mejaku, aku pula yang ternganga melihat gunung di meja.

“Awak?”Zaira menghampiri dan mencuit bahuku. Aku masih ternganga.

“Semua ni Boss suruh awak selesaikan dalam masa dua minggu ni.” Mulut ditutup menoleh arah Zaira.

“Thank you for your information Baby.” Aku masih kaku melihat timbunan tadi manakala Zaira tersenyum riang dengan panggilan aku sebentar tadi. Memang bagi harapan palsu betul. Dalam keadaan macam ni masih nak main – main lagi?

“Adui, baru satu fail je kau semak dah sakit macam ni badan kau?” Aku bercakap pada diri sendiri sambil mengurut – urut bahuku.

“Nah,ni untuk awak. Tentu awak penatkan?” Zaira tiba – tiba muncul dengan secawan kopi.

“Thank you.” Smile eyes yang diberikan. Mana tak cairnya perempuan tu dibuatnya?

“Awak tak balik lagi ke? Lagipun jam office dah habis dah.” Aku memandang sekeliling.Ak a. memang aku dan dia ni je yang masih sini rupanya. Tak perasan pula.

 “Kalau macam tu saya balik dulu lah.” Fail ditutup. Beg diambil terus gerak keluar.

“Awak, Kopi ni?” Panggil pula.

“Tak apa. Susah – susah je?.” Tapi kaki cepat – cepat melangkah.

“Tahupun susah – susah kita buat. Tapi kenapa tak minum?” Muka Zaira monyok memandang air kopi di atas meja masih belum disentuh. Ting!!! Datang idea pula time macam tu. Begnya juga cepat diambil. Kelihatan Amran masih lagi di tempat parking.

“Awak!”Aku yang mendengar panggilan itu memejamkan mata dan membuat muka.

“Awak?Boleh tolong saya?” Nak apa pula dia ni?

“Ya saya?” Terpaksalah toleh dengan muka 50sen.

 “Awak kalau boleh, saya nak tumpang awak balik?” Aku memandang lengan bajuku yang digetel – getel entah kenapa. Gelilah pula.

 “Ek eh, no tak boleh. Sorry. Saya nak tumpangkan tapi ni.” Pandang juga apa yang aku tunjukkan.

“Kereta ni agak sensitive. Kalau saya bawa awek esok dia merajuk pula. Tak awak dapat tengok saya masuk kerja esok. Nah cari teksi.” Fuh, panjang punya tipu. App Grab Teksi dibuka. Cepat tangan ambil phone aku nampak.

“Dah. Awak terima kasihlah walaupun awak tak tumpangkan.” Senyuman manis diberikan.Balas jugalah senyum tu. 

“Awak dah nak balik dah?” Aku buka pintu kereta ni kot?

“Ya,ada apa – apa lagi ke?” Gerakku terhenti. Dah kenapa pula pandang sekeliling?

“Saya takutlah awak. Boleh teman saya kejap?” Aku hanya mampu beri reaksi -_-.

Jamdi tangan asyik – asyik dilihat. Kenapalah teksi ni lama pula. Ada yang limpas nanti berdua dengan dia macam ni, naya aku.

“Ha,tu teksi awak. Okayah awak saya balik lu.” Belum sempat Zaira berkata. Kereta aku sudah laju memecut keluar dari tempat itu.

“Huh,selamat. Apalah dia tu. Aku ni pun satu. Kenapa layan budak tu? tak ke susah diri sendiri. Betul – betul jatuh cinta budak tu kang, apa nak buat? Tak keterluka dia nanti?” Volume dinaikkan lagi. Orang radio ni memang tahu aku minat Haqiem Rusli betullah. Setiap kali radio dibuka, masa tu jugalah lagu dia ni dimainkan.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku