SA'OM
SA'OM
Genre: Umum
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 12 September 2017
Ramai orang yang berani melaung-laungkan perkataan MERDEKA. Akan tetapi tidak ramai yang berani melaksanakan perilaku yang merdeka. Maka, cerpen ini akan menjawab bagaimana Sa'om menjadi contoh untuk menjadi orang yang merdeka.
Penilaian Purata:
447

Bacaan






Aku insan biasa saja. Adik beradikkuramai, Sembilan orang dan aku anak yang kelima. Anak yang tengah. Atasku semualelaki dan adik bawahku semua perempuan. Adil. Aku merupakan anak kampong.Tinggal di sebuah rumah kayu yang bertiang tinggi. Semasa kecil, aku bersekolahdengan menaiki basikal. Aku menaiki basikal kerana tidak muat motor bapakuuntuk membawa empat orang anak ke sekolah sekaligus. Maka, aku dan abangku terpaksamengalah. Bukan mengalah sebenarnya, tetapi bapaku yang membelikan kami basikaldan kami tidak mempunyai pilihan lain selain menuggangnya juga. Katanya, kamuberdua sudah besar, perlu belajar berdikari. Berdikari dengan pergi ke sekolahsendiri. Maka akupun gembira bukan kepalng kerana telah mendapat basikal baru.Namun, kegembiraanku sirna apabila melihat basikal yang dibeli oleh bapaku ialahbasikal tua. Tapi aku tidak berani protes, kerana bapaku garang. Lagipun, jikaaku protes, aku tetap perlu menunggang basikal ini. Menginginkan bapa akanmenukar basikal yang lain itu hanyalah sekadar aku bermimpi di siang hari!

Bercampur baur perasaanku. Antaragembira, tidak puas hati dan malu. Semua ada. Gembira kerana tidak perlumenunggu lama untuk pergi dan pulang dari sekolah. Maklumlah, perlu menunggugiliran. Aku tidak berpuas hati pula kerana basikal itu besar dan kategori basikaltua pula. Aku mahu basikal racing!. Basikalyang boleh ditukar-tukar gearnya itu.Malu, kerana kakiku tidak sampai untuk  memijk pedal. Walaupun sudah darjah lima,namun ketika itu aku pendek. Badanku kecil. Pasti kawan-kawanku akan mengejekmelihat punggungku menjadi senget kekiri dan kekanan ketika mengayuh basikaltua itu. Ah, pedulilah semua itu. Janganlah dihiraukan bersangatan kata-kataorang.

Namun, perkara yang selalumenerawang difikiranku ketika aku memperoleh basikal ini adalah, aku merasaselamat dengan menunggang basikal. Selamat kerana jika aku bertemu dengan Sa’om,aku boleh mengayuh basikal ku laju-laju. Sa’om pasti tidak akan dapatmengejarku. Aku pernah ada pengalaman dikejar Sa’om. Ketika itu aku berjalankaki pulang ke rumah. Kerana tak sabar menunggu bapaku yang sering lambatmenjemputku di sekolah. Aku berjalan beramai-ramai bersama adik danabang-abangku. Nasib kami tidak baik, dalam perjalanan kami bertemu Sa’om yangmerayau-rayau di kebun seberang parit. Saom menunjuk-nunjuk kami dengan jaritelunjuknya, matanya terbeliak dan mulutnya mengomel-ngomel. Terkejut berukkami dan terus lari seribu langkah. Padahal, Sa’om hanya mengejar kami dariseberang parit. Kami memang sudah kecut perut, jauh berapa batu pun tetap akanrasa takut. Syukur kami semua selamat apabila Sa’om sudah tidak mengejar kamilagi. Termengah-mengah dia melihat kami dari jauh anak-anak sekolah rendah ini yangmasih tetap berlari ketakutan seperti gayanya Watson Nyambek.

Bukan apa, takut kami bersebab. KeranaSa’om itu orang gila! Mana tahu diapa-apakannya kita.  Siapa yang mahu menanggung? Sudah lama Saomitu gila. Aku rasa sebelum aku lahir, Sa’om itu sudah menjadi orang gila.Pernah aku tanya bapa, kenapa Sa’om gila? Aku ingat aku tidak pernah mendapatkanjawapan kepada persoalan itu dari bapa. Aku hanya berjaya mendapatkan jawapanitu dari Emak. Emak memberitahuku, dahulu Sa’om itu seorang anak muda yang sangatbagus, kemas, pandai dan kacak. Sa’om sangat menjaga kekemasan penampilannyaitu, di poket seluarnya sentiasa tersisip sikat. Mana tahu kalau-kalau rambutnyaditiup angin kuat ketika menaiki bas, bolehlah disisirkanya semula. Maka ramaianak-anak dara yang tergila-gilakannya. Kebanyakannya hanya tergila-gila dalamdiam. Cakap belakang-belakang. Eh Sa’om itu begitu dan beginilah. Dia akanmenampar-nampar pula bahu temannya kerana malu ketahuan bahawa dia peminat Sa’om.Dia tidak mahu mengaku, padahal memang nyata dia suka!

Oleh kerana kelebihan itu makaseringlah Sa’om menerima surat cinta dari anak gadis. Tak kurang ada bapa gadisyang tidak segan silu menjadi wakil “perigi mencari timba” anak gadisnya. Sa’omorangnya bagus, siapa pun pasti mahu dan suka. Tapi semuanya ditolak. Inikerana, dia sudah ada pilihan hatinya sendiri . Nama gadis itu Saodah. Saodah ituanak gadis yang pemalu dan baik. Saom jatuh hati ketika pertama kali berselisihdi stesen bas. Saodah gadis yang sopan. Tak pernah matanya meliarmemandang-mandang lelaki. Jalannya menunduk saja. Maka itulah peribadi yangmenambat hati Sa’om. Maka dipinangnya Saodah. Bagai pucuk dicita ulammendatang, Saodah pastilah terima! Maka diikatlah tali pertunangan antaramereka. Bergembiralah keluarga kedua-dua belah pihak dengan pertunangan itu.

Namun,ramai juga yang tidak gembira. Meranalah anak-anak gadis yang cinta dalam diamterhadap Sa’om. Bukan setakat tidak gembira dan merana jiwa, tetapi bertukarmenjadi dendam. Itulah yang terjadi pada Rubiah yang cinta mati terhadap Sa’om.Cintanya terhadap tak didiam-diamkannya. Malah sering dijaja-jaja kepada semuaorang. Memang dia cantik menawan. Jelita sekali. Tapi lidahnya tidak bertulang.Berkata sekadar berkata. Tak fikir baik dan buruk. Banyak yang buruk dari yangbaik. Tersematlah dendam di dalam hatinya ketika cintanya ditolak mentah-mentaholeh Saom. Dia malu menjadi seorang Rubiah kerana dia tewas terhadap Saodahyang dianggapnya sebagai gadis yang lembab dan bodoh. Padahal bukan bodoh danlembab, tetapi adalah orang yang berfikir sebelum bertindak. Tidak meluluseperti dia itu.

Sudah berapa kali dia memujuk Sa’om.Jejaka itu tetap kebal dengan pujuk rayunya. Sudah berbelas-belas kebaya Salomaditempahnya khusus untuk menggoda Sa’om, namun semuanya hampa.  Sa’om tidak tertipu dengan badan yang cantikmenggoda. Kerana manusia yang cantik akan sentiasa kelihatan hodoh jikaperangainya hodoh. Maka, disihirnyalah Sa’om sehingga dia menjadi gila.Begitulah sorotan sejarah bagaimana Sa’om menjadi gila yang kudapatkan dariEmak. Sa’om bukan gila biasa-biasa. Tapi gila yang berbahaya. Tambahan ceritaemak, dan cerita itu buat aku bertambah gerun terhadap Sa’om. Emakku bilang Sa’omitu telah membunuh ayahnya. Waktu itu penyakit gilanya memuncak. Dihentamkepala bapanya dengan batang kayu sekuat hati. Aku pun tidak dapat membayangkanbagaimana keadaan itu. Sungguh mengerikan. Sa’om itu sudah sering ulang alikhospital sakit jiwa. Sa’om akan dimasukkan ke hospital jika keadaannya tidakboleh dikawal dan membahayakan keselamatan orang lain. Jika dia sudah tenangdan tidak agresif,  dia dikeluarkan darihospital. Begitulah hidup orang gila. Tidak ada tempat yang sesuai lagi untukdidiami olehnya.

Aku sering tertanya – tanya kepadadiri sendiri. Sa’om itu orang yang gila. Tidak boleh mengurus diri. Makan minumentah di mana-mana. Tidur entah di mana. Tapi umurnya panjang. Tidak sakit dantidak demam. Dia boleh ulang alik ke pekan. Entah dengan siapa, kadangkala menaikibas. Sa’om membayar tambang bas juga. Dia bayar RM2. Dari mana dia dapat duit?Dari peras ugut orang. Sa’om akan meminta kepada orang-orang yang dia bertemudi jalanan. Ayatnya mudah saja, dua ringgit! Selalunya akan diberi juga oleh orangtanpa banyak songeh. Barangkali takut Sa’om bertindak kasar jika tak diberiduit. Malas mahu banyak karenah, diberinya saja RM2 itu. Tak luak pun poketdengan nilai RM2. Yang penting Sa’om tidak mengganggu. Pernah, ketika aku dankakakku mahu ke pekan dengan menaiki bas. Tiba-tiba bas itu berhenti denganmengejut. Terdorong kami kehadapan. Rupa-rupanya Saom yang menahan bas itu.Apabila dia masuk kedalam bas itu, diberinya RM2 yang ada ditangannya. Oranggila juga tahu halal haram menaiki bas! Dia mahu membayar tambang juga.  Pemandu itu tidak mahu menerima. Katanyatidak apa. Lalu Saom bercakap keras, Bodoh!. Aduh, pemandu bas itu dibodohkanoleh Sa’om kerana tidak menerima duit tambang. Siapa yang sebenarnya bodoh? Akutidak mahu campur urusan dengan orang gila.

Pernah adikku bercerita kepadaku,sewaktu dia pulang dari kedai, dia terlihat Sa’om dicelah-celah semak samun dijalan lama kampung. Terbongkok-bongkok Sa’om. Adikku tertanya-tanya. Apakahyang dilakukan Sa’om sehingga terbongkok-bongkok sedemikian rupa. Apabilabasikalnya sudah berada agak hampir dengan kawasan Sa’om itu berada, rupanya Sa’omsedang tercirit! Kasihan. Ditekan-tekan perutnya. Mukanya berkerut-kerutseribu. Sa’om juga manusia, ada masa dia perlu melabur. Namun yang tidaksenonohnya Sa’om melabur di tepi jalan orang lalu lalang. Tapi dia tidak bolehdipersalahkan kerana dia memang orang gila. Hanya orang yang gila sahaja yangmelabur merata-rata! Tergeleng-geleng kepalaku mendengarkan ceritu itu. Gelicampur kasihan.

Menurutku, dalam beragam sikap dan perangaigila Sa’om, ada satu peribadinya yang sangat bagus. Sikap yang ada padakebanyakan orang gila seperti Sa’om barangkali. Sikap tersebut adalah jiwamerdeka. Sa’om bagiku adalah orang yang merdeka. Kenapa pula? Kerana bagiku Sa’omhidup dengan bebas sebebasnya. Tidak ada perkara yang ditakutinya. Dia tidaktakut sakit. Dai tidak takut dimarahi orang. Dia tidak tahu malu. Dia tidakpengecut. Dia tidak takut lapar. Dia tidak takut dilanggar mati oleh orangketika melintas jalan. Dia tidak takut apa-apa! Pernah terdetik di dalam hatiku,Sa’om tidak takut kepada tuhan jugakah? Orang gila tidak berakal, usahlahdicampurkan hal-hal tuhan segala! Aku membenarkan kata hati kecilku sendiri.

Pernah aku memberitahu kawanku, Hudanamanya. Aku kata seronok sekali menjadi orang gila kerana orang gila akanmasuk syurga. Tidak perlu dihitung amalannya. Seperti kanak-kanak yang matisebelum dia mencapai akil baligh. Semua perbuatannya dimaafkan kerana diaberbuat semua perkara tanpa menggunakan akal yang waras. Orang tidak berakaltidak berdosa! Tapi kawanku Huda pula menjawab begini, engkau mahu menjadi gilaboleh. Syaratnya aku perlu sanggup untuk tidur di mana-mana saja. Kadang-kadangtak usah berpakaian, rambut kusut masai, badan bau hapak dan gigi kuningberkarat. Tak ada orang mendekat. Sanggupkah? Oh, rasanya aku tidak sanggup!Lebih baik menjadi seperti sekarang. Berakal waras dan tidak gila seperti Sa’omyang melabur pun ditunjuk kepada orang! Tapi, hati kecilku mahukan syurga.Padahal nyata sekali syurga bukan percuma. Harganya adalah menjadi gila! Gilasekali idea mahu menjadi gila ini. Tidak pernah difikirkan orang kecuali aku.

Merdeka Saom tentu tidak sejujurmenjadi merdeka yang sejati. Merdeka Saom adalah pentingkan tubuh sendiri.Hanya dirinya sendiri yang merdeka. Sedangkan, orang lain tidak merasa ituadalah kemerdekaan jiwa yang sejati. Bukankah bagus jika orang yang berakalwaras mempunyai sebahagian sikap kemerdekaan yang ada pada Sa’om itu. Tidaktakut dicemuh orang jika diri benar. Tidak takut jika lapar dan haus jika yakinAllah jua yang memegang rezeki. Tidak takut tertimpa sakit jika yakin Allah juayang memberi ubat. Berkata terang. Apa yang terbuku di hati itulah yangdilancarkan di mulut. Terang, jelas dan nyata. Mudah kata, jujur! Alangkahsempurna sekali peribadi merdeka yang sejati itu. Masih adakah di zaman ini?Tentu! Hanya dua perkara saja alat yang boleh menyempurnakan kemerdekaan Sa’omitu. Iaitu akal dan kejujuran!

            Sa’om, dai tidakpernah berbohong terhadap orang yang dia benci. Dia tidak menyimpan perasaannyajika dia bertemu dengan orang yang dia tidak suka. Dia akan terus melengkingmarah sesuka hatinya. Dia tidak diam. Padahal orang yang diam sering sajaberbohong. Malah kadangkala orang yang diam itulah yang lebih banyak berbohong.Diam ketika melihat perkara yang mungkar dihadapan walaupun tahu itulahkebohongan yang nyata! Berbohong terhadap hati kecil yang mahukan kebenarantegak. Ramai yang suka beramal dengan iman yang selemah-lemahnya iaitu hanya beranimencegahnya dengan hati. Kerana tidak dapat meniru satu sikap yang ada padaperibadi Sa’om iaitu tidak pengecut! Berkata benar walaupun ia pahit mahupunberbahaya kepada diri sendiri! Alangkah permainya dunia jika ramai orang tidakberamal dengan amalan pengecut ini. Sikap inilah yang sering menjadikan negaratergadai ataupun gulung tikar. Kerana apa? Kerana orang merasa pengecut untukmenegur pemegang amanah negara dari menggelapkan duit rakyat! Itulah sikap yangsuka bermuka-muka dan tidak merdeka!

Memang berkata itu mudah.Berdegar-degar berucap bahawa kita harus menjadi seperti begitu dan begini.Beramal dengan ucapan itu tidak ramai yang sanggup. Apalagi mahu tekun daniltizam untuk beramal. Sa’om saja yang sanggup! Kerana dia tidak mempunyaikepentingan apa-apa kecuali untuk dirinya sahaja. Dunianya luas, fikirannyabebas, dia tidak memenjarakan dirinya dengan pangkat gaya dan kebendaan sertaomongan orang. Dia tidak hidup dalam persepsi. Dia hanya yakin menjadi dirisendiri yang gila, bebas, miskin dan hina. Dia gila, tetapi disisi Tuhan diamulia. Dia tidak takut menegur orang walaupun dengan teguran yang kasar. Orangyang tidak mahu menolong orang lain akan diberinya ajar. Contohnya ketika manadia mahu menumpang kenderaan orang, ditahan mana-mana kenderaan yang laludihadapannya. Kalau orang itu  berattulang mahu menolong akan diajarnya dengan dilempar dengan batu. Jika tidakmahu cermin kereta dan lori pecah atau kepala menjadi benjol, maka tolonglahjika Sa’om meminta tolong. Sa’om mendidik juga tetapi dengan cara memberi ancaman.Maka, ramailah orang-orang kampung yang sudah terdidik mindanya dan fahambahawa jika melihat Sa’om mendepangkan tangan di pinggir jalan hendaklahberhenti dan tolonglah dia. Dengan itu, tidaklah diapa-apakan orang itu. Jikabernasib baik, dihulur juga oleh Sa’om wang upah sebanyak seringgit dua. Itukanbonus namanya. Kerana orang yang merdeka tidak akan menolong untuk mendapatkanimbalan! Bukan begitu?

Beberapa tahun berlalu. Aku sudahtidak sering-sering berada di kampung halaman. Aku hampir melupakan kewujudanSa’om di dalam hidupku. Entah bagaimana keadaan Sa’om sekarang. Satu hari,ketika aku berada di kampung sempena cuti hari raya aku duduk di ruang dapurbersama adik bongsunku. Tiba-tiba adikku yang sedang duduk di tangga melurunaik dengan wajah cemas dan takut. Aku pun turut merasa cemas melihatnya danbertanya kenapa. Adikku berkata bahawa ada Sa’om yang sedang berlegar-legar dikawasan kebun belakang rumah. Segera dikuncinya pintu dapur takut kalau-kalauSa’om itu mahu masuk kedalam rumah. Bahaya besar akan menimpa kami! Aku mengintaidicelah-celah tingkap. Oh, masih hidup lagi rupanya orang gila ini. Masihdengan gaya berjalan yang lama. Masih kelihatan tidak siuman. Masih gila!Namun, aku dapat melihat satu perbezaan yang sangat ketara pada Sa’om. Bahawadia telah tua. Aku dapat melihat dengan jelas garis-garis tua di wajahnya, kulitnyayang semakin berkeriput dan rambutnya yang sudah semakin memutih. Berapa puluhtahun agakanya umur Saom itu. Aku berkira-kira barangkali umurnya sudahmenginjak 50 tahun.  Sudah lama sekali,namun masih tetap sihat dan masih lagi kuat untuk berjalan sekeliling kampung.Sa’om sudah kelihatan agak kurus. Jalannya juga sudah sedikit perlahan. Jikadia mengejar, masih sempat untuk melarikan diri. Sungguh kasihan akumelihatnya.

Antara perkara yang aku hairankanialah bagaimana Sa’om hidup dengan pakaian yang sentiasa bertukar ganti.Jarang-jarang pakaiannya sama setiap hari. Selalu akan bertukar. Walaupun tidakbaru tetapi ia kelihatan bersih. Siapakah yang baik hati itu? Setahuku semuaahli keluarganya telah membuangnya. Siapakah yang tulus dan merdeka jiwanya itu?Yang membantu tanpa mengira jenis orang. Tidak kisah samada manusia itu gilaatau waras! Asalkan gelarannya manusia akan tetap dibantu. Dalam diam akumengagumi insan-insan yang telah beramal terhadap satu perbuatan yang tidakakan diberi penghargaan oleh orang yang dibantunya itu untuk selama-lamanya.Sa’om tidak akan tahu untuk membalas budi orang terhadapnya kerana makna budiitu dia sendiripun tidak faham. Kerana dia gila. Benarlah setiap manusia ituada malaikat yang memeliharanya. Sa’om, ada yang menjaganya. Jika tidak,mustahil dia dapat hidup sendiri sebegitu lama. Seribu kali aku bersyukurkerana menjadi aku yang tidak gila dan waras untuk sentiasa memperbaiki diri menjadimanusia yang merdeka jiwanya dan masih sentiasa dipandu dengan akal dan iman.Mudah-mudahan satu hari nanti aku akan dikumpulkan bersama-sama dengan Sa’omdisyurga setelah kami meninggal dunia nanti. Kerana orang gila itu tidaklahberdosa!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku